Tema mental illness yang di perspektifkan mengikut acuan kreatif seorang penulis berbakat seperti Teme perlu di berikan pujian yang selayaknya.
Ini bukanlah penulisan Teme yang pertama yang menjemput sebak dan genangan air mata pembaca seperti saya.
Cuma yang istimewanya kali ini, Teme telah mencarik emosi seorang manusia normal ke dunia manusia abnormal yang luar biasa penghayatannya. Entah berapa banyak pembacaan, pemerhatian, kajian serta pengalaman peribadi yang Teme alami dan santuni untuk hasilkan penulisan sebegini.
Sudah tentu ada bahagian-bahagian babak penulisan yang datang dari imaginasi dan mimpi kerana ia adalah sebuah buku bergenre fiksyen.
Namun, sebagai seorang pembaca karya dan juga pengikut yang mengikuti rapat perkembangan Teme di medsos, saya cuba memahami gaya bahasa dan jalan cerita yang tersirat dan tersurat dalam #SelamatTinggalPurnama (Strain I dan II) ini.
Strain II:
i) Melunaskan tanggungjawab; halal dan haram adalah jelas di sisi agama.
– Atas dasar rasa tanggungjawab dan sayang pada si isteri dan anak, Latif Purnama tidak mahu berterus-terang kerana bimbang akan menerbitkan rasa risau pada isteri dan anak kecilnya. Namun itulah antara punca utama yang mengundang konflik-konflik lain untuk hadir dalam cuaca rumahtangga.
Seorang ketua keluarga perlu berterus terang dan punyai keberanian untuk berhadapan dengan realiti; ekonomi, sosial, mental, fizikal yang terjejas… berkomunikasilah dengan telus supaya tidak mendatangkan syak dan wasangka.
ii) Iblis bertopeng kapitalis
– Babak-babak yang melibatkan Latif Purnama dan majikannya Sinar Mawar memang meletihkan. Entah kenapa, saya menerawang jauh mengingati beberapa berita dunia Kpop yang pernah dibaca suatu masa dahulu. Tentang syarat-syarat tak masuk akal yang ditetapkan oleh VIP syarikat rakaman gergasi di Korea Selatan terhadap artis rakaman mereka. Psikologi dan fizikal di kongkong dan di perkotak-katikkan sesuka hati. Sejak bergelar trainee hingga debute di atas pentas Inkigayo, mereka tidak boleh membantah, hanya perlu menurut perintah.
Janji jualan album perlu pecah rekod, lagi laku album, lagi teruk kena kerja kuat. Lagi banyak hasil dapat bermakna tiada istilah rehat. Kemasyhuran artis dapat, tapi yang berseronok menumpang masyhur dan bakat lebih hebat merancang muslihat. Kita mungkin kata, “siapa suruh cari pasal dan menjerat diri masuk dunia hiburan”. Hakikatnya, hanya rakyat Korea Selatan yang mengerti kenapa hedonisme itu yang mereka cari dan ikuti. Sepertimana mereka tidak faham kenapa rakyat Malaysia mudah terjebak dengan MLM dan beli produk sampah untuk harm diri sendiri.🤷🏻♀️
iii) Psikopat; insan yang jiwa dan emosinya tersakiti hingga tidak mahu mendepani realiti lalu memanipulasi emosi sendiri.
– Ini adalah antara elemen kejutan yang sangat menarik dalam penulisan Teme kali ini. Mendalami jiwa insan-insan yang terluka emotionally, physically and spiritually. Di mana pada masa yang sama Latif Purnama yang ada semua kategori luka itu masih mampu mendukung sifat empati dan simpati. Masih gagah dan gigih dia bertahan mencari solusi dengan berdiam diri dan menyendiri.
Banyak ilmu baru tentang psikologi manusia yang saya pelajari dan baru ketahui dari penceritaan STP Strain II ini.
Antara kasihan dan sakit hati, antara persahabatan dan pengkhianatan, antara kejujuran dan penipuan, antara karya dan cinta, antara kenyataan dan kepalsuan. Setiap satu darinya di rungkai dengan jelas tanpa prejudis.
Saya yakin, akan ada strain yang seterusnya. Cantuman vinyl di kulit buku masih belum sempurna dan pemergian Latif Purnama masih "belum cukup diraikan" di pengakhiran cerita 😉
#safaread
#selamattinggalpurnama