Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Athena 2: Pertarungan Neo-Manusia

Rate this book
Athena - neo-manusia yang dicipta di dalam makmal merasakan yang hidupnya adalah untuk melindungi manusia daripada kezaliman.

Apabila Erudayn diancam teroris dan isteri Tuan Presiden diculik, Athena, Natalya dan Joseph sekali lagi berganding bahu dalam misi menyelamatkan Erudayn daripada bahaya.

Namun, kemunculan neo-manusia baru bernama Zeus mengejutkan mereka bertiga. Ternyata, kekuatan yang dimiliki Zeus tidak mampu ditandingi Athena.

Pertemuan dua neo-manusia ini membawa Athena merenung kembali persoalan besar dalam hidupnya: Apakah sebenarnya tujuan dia diciptakan? Sebagai pelindung, atau senjata?

Dan mampukah dia mengalahkan Zeus?

270 pages, Paperback

Published March 27, 2020

1 person is currently reading
45 people want to read

About the author

Syeraho

7 books68 followers
Penulis novel trilogi Projek Athena.

Editor fiksyen dan pereka letak buku. Suka berkongsi tips-tips penulisan di Youtube dalam channel Syeraho.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (28%)
4 stars
33 (50%)
3 stars
13 (19%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
April 30, 2020
Susah untuk kekal membaca apabila dada kau berkocak, setiap perkataan membangkitkan perasaan kau untuk 'turut serta'. Sepertimana kau mengemudi peranti permainan, begitulah juga dalam keseronokan membaca Projek Athena 2. Benda yang buat kau khayal dan tak kisah berada di dunia sendiri. Hebatnya lah makhluk ciptaan Allah yang bernama 'imaginasi'.

Buku ini sangat tidak mengecewakan and thumbs up kepada penulis sebab banyak sangat improvement terutama dari segi action! Segala-galanya bagai terbayang depan mata begitu.

I see you focus on the main plot, ada nampak 'penekanan' background story and it work like a charm! Pembacaan lebih smooth, tersusun dan berpandu. The kind of penulisan yang senang untuk di imaginasikan.

Syeraho totally unlock her another level of writing, (wohoo!) ke arah lebih berfokus dan strategy begitu. Novel ni ibarat komik, ringkas, senang hadam, ada teladan yang baik daaan ada plot twist nya yang tersendiri. Watak-watak juga telah diberi perhatian lebih, inner obligation, kisah mereka sendiri etc. I like the way you write it short, just enough details untuk buat orang tertanya tanya and screaming in mind 'nakkkk lagiiii!'

Bagi saya, buku ni bukan bersifat 'craving satisfied', pengakhirannya banyak tanda soalan, beribu dan mungkin berjuta. Ianya adalah sebuah perjalanan 'menyampaikan' dari seorang penulis kepada pembacanya.

Silalah baca sekiranya anda peminat cerita ringkas dan out of box begitu. Rekomen sangat kepada yang minat aksi dan karya sci fi.Bacalah kalau anda nak masuk ke dalam minda seorang Syeraho 😎.

Ending dia memang buat kita tak sabar nak tunggu novel seterusnya!
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
January 2, 2024
Kehadiran Zeus yang serupa namun lebih hebat darinya membuatkan Athena terkejut. Dan fahaman yang berlainan membuatkan mereka bertarung antara satu sama lain. Puan Irene isteri kepada Tuan Presiden diculik bagi memaksa Tuan Presiden untuk tunduk kepada tuntutan Ezkiel.

Kali ini lebih banyak rahsia yang akan terungkai namun di dalam masa yang sama masih banyak lagi persoalan yang perlu dirungkaikan.

Walaupun lebih nipis, namun karya ini lebih padat dengan aksi-aksinya. Kelicikan Ezkiel terus membuat pihak berwajib pening kepala. Kebijasanaan Natalya pula banyak membantu Joseph dan Athena.

SH sangat geram dengan perangai Tuan Presiden. Tahulah awak tu Presiden tapi bercakap dengan orang bawahan tak perlu dengan keangkuhan. Seolah-olah dunia di dalam genggamannya. Namun itulah hakikat bagi mereka yang mempunyai kuasa dan harta. Sering memandang rendah kepada orang lain. Tidaklah semua namun ramai yang bersikap sebegitu.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
June 15, 2020
Kota Aveyond digegarkan dengan serangan bom pengganas -- yang didalangi Ezakiel -- yang telah meragut nyawa ramai orang awam. Seterusnya sebuah hospital turut menjadi sasaran, yang telah menyaksikan pertembungan dan pertempuran pertama dua neo-manusia -- Athena dan Zeus -- dan berlakunya penculikan Puan Irene, isteri Presiden William.

Kedua-dua Athena dan Zeus punyai pandangan berbeza tentang kemanusian, namun kedua-duanya punya persamaan yang serupa tentang bagaimana mereka mengenal sisi dunia ini; iaitu melalui manusia sendiri.

Penculikan Puan Irene, isteri Presiden William ialah cagaran kepada tuntutan pihak Ezakiel yang perlu dipenuhi oleh pihak presiden dan pihak ketenteraan yang diketuai Joseph. Yang sebenarnya membawa kepada konspirasi yang mungkin akan lebih tidak dijangkakan oleh Joseph, Athena dan mahupun Natalya.

_______


Projek Athena 2; masih membawa tema sama seperti buku pertama dalam siri ini, namun pembaca dapat melihat pula bagaimana sisi lain seorang neo-manusia -- Zeus -- yang didoktrin dengan kejahatan dan keganasan seawal penciptaannya. Bagaimana tindakan yang dituruti Zeus ialah hasil daripada apa yang dia faham akan dunia ini, yang sememangnya bebeza dengan Athena. Di dalam buku ini juga lebih banyak konflik yang wujud, persoalan yang dicipta -- tentang dendam, tentang keadilan, kuasa pemerintahan dan unsur kemanusian.

Perjalanan cerita pada saya ialah pada kadar yang laju, tetapi pembaca masih tetap disajikan dengan adegan pertarungan dan penggunaan senjata yang detail -- yang pada saya memang forte penulis.

Plot twist di dalam buku ini sememangnya akan membuka cerita kepada buku seterusnya siri Projek Athena.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
June 21, 2021
Yang ni pun dah baca lama. Saya ada buat review dalam video ni.

KLIK>> TONTON WRAP UP | Projek Athena 2

Buku ini semestinya lebih baik daripada buku pertama. Nampak Syeraho take note daripada ulasan dan maklum balas novel lepas.

Cantik betul penceritaan watak Athena dan Natalya. Suka dinamik karakter mereka dan bagaimana mereka bergabung. Plot kali ini lebih berfokus kepada neo manusia Zeus.

Aduh, aduh... Tak sabar nak baca Projek Athena 3!

------------------

Cari saya di SINI: YOUTUBE | INSTAGRAM | WEBSITE
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
July 26, 2020
Sejujurnya, karya Syeraho pada Projek Athena 2 lebih mendebarkan dan tersusun. Aku suka buku aksi lagi-lagi ditulis oleh penulis wanita. Setiap babak perlawanan seperti aku menonton filem dan kadangkala aku juga berasa ingin membantu Athena dalam melawan Zeus.. Setiap kata-kata yang ditulis membuat aku terkesan dan boleh digunakan sebagai pendoman. Banyak yang aku pelajari dari buku ini..
Jadi, memang tak rugi untuk memiliki.

"Zeus bukanlah neo-manusia yang jahat. Dia hanya keliru"

"Tiada sesiapa yang lahir untuk menjadi jahat"

Aku juga tidak sabar untuk sambungan novel ini seterusnya🤩
July 4, 2020
Seperti biasa, Syeraho mampu membuat saya tidak tenang membaca novelnya terutama apabila diceritakan mengenai pertempuran antara Athena dan musuh yang lain. Setiap pergerakan dan serangan diterangkan dengan begitu terperinci sehingga saya merasakan saya melihat adegan tersebut di hadapan mata.

Berbanding novel pertama, saya sangat suka dengan jalan penceritaan Projek Athena 2. Terlalu banyak bahagian yang mendidik secara langsung dan tidak langsung. Kadang-kadang saya termuhasabah dengan sendiri.

Antara persoalan yang muncul :
1. Adakah aku manusia yang betul-betul mempunyai kemanusiaan?

2. Pernah atau tidak apa-apa perbuatan aku menjadikan seseorang beranggapan bahawa dunia ini tidak indah?

3. Adakah aku ini seorang yang sentiasa ada di saat rakan berada dalam kesusahan. Adakah aku pernah “mengangkat beban” daripada bahu mereka.

4. Pernah atau tidak aku menjadikan seseorang itu berputus asa disebabkan ketidakpedulian aku.

Apa-apa pun kembali semula kepada tujuan asal Allah mencipta kita. Iaitu sebagai hamba dan khalifahnya.

Sekiranya kita menjadi orang yang sentiasa memberi dan menghargai pemberian orang, nescaya kita akan menjadi seorang yang bersyukur.

Dendam. Tidak akan menyelesaikan masalah. Tapi, dendam pemula kepada kemusnahan dunia. Yang menghapuskan kemanusiaan daripada seorang manusia.

Saya menantikan apa lagi seorang neo-manusia, iaitu Athena mahu mengajar saya lagi mengenai kehidupan di buku ketiga.
Profile Image for Eiffelynne.
Author 3 books15 followers
October 5, 2021
Ulasan pendek, rate yg exact 3.5. sebab aku dah boleh agak plot so its a bit mehhh for me. But overall buku ni masih seronok untuk dibaca. Setiap watak sudah ada perkembangan masing-masing dan mula ada konflik diantara mereka. Kepada yang enjoy scifi dan action thriller, boleh try baca buku ni. Bahasa ringkas dan mudah untuk difahami.

Ulasan panjang ada di youtube: jemput tengok kayy
#LynneREVIEW | 002 - Projek Athena 2 (Pertarungan Neo-Manusia) by Syeraho
Profile Image for Harizharz.
23 reviews
April 9, 2022
It is a continuation from a previous novel, this time Athena and the others have to face the threat of a terrorist attack as well as a new human-neo, Zeus.

The power of Zeus was so shocking to them, especially for Athena. She began to question her own existence after their battle. Is she a weapon or a protector?
.
🔸Interestingly for this book, we can see a few clues given about the past story of Athena and also Zeus. And also there is a secret behind the things they are facing right now.
.
Rating: 4.0⭐⭐⭐⭐
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
July 13, 2021
Tersentuh dengan watak Athena atau Aria yang begitu percaya bahawa masih wujud manusia-manusia yg baik. Juga percaya pada peluang kedua walaupun untuk orang yg kelihatan begitu jahat sekali.

Persoalan yang cuba dibawa penulis adalah persoalan yg juga sering bermain di fikiran kita. Tentang arah tuju kehidupan dan kenapa ada orang memilih kejahatan walaupun sedar akan kesannya.

Tema persabahatan yang diangkat dalam watak Athena & Natalya juga menarik perhatian saya apabila penulis menggambarkan bahawa terkadang kerana terlalu 'kisah' atau sayang, sahabat Kita akan melakukan sesuatu yg kita rasakan tidak patut. Justeru sebagai kawan yang baik, kita harus berusaha mendengar dan memahami terlebih dahulu.

Ok. Selamat membaca! Terutama buat kawan-kawan yang meminati fisyen aksi.
Profile Image for XRXNX.
149 reviews11 followers
March 14, 2021
-‌Highly action-packed and fast-paced plot. I finished reading it in two seatings, but it's also probably because the book is short (less than 300 pages)
-‌Plenty of social commentary about living in the present and appreciating people around you, and letting them help you when you're in need
‌-I like the bond that was developed between Athena and Natalya and how they are protective of one another, and between Natalya and Joseph. Dude is kinda WISE
-‌Natalysa backstory during her childhood though... Sob sob....
-‌Mind-blowing plot twist!!
Profile Image for Lyza Amran.
19 reviews3 followers
January 21, 2022
Kesinambungan dari Novel Projek Athena - Manusia Ciptaan.

Review aku sama seperti sebelum ni. Ok untuk pembacaa. Ok untuk dibuat koleksi. Cerita pantas takda meleret2.. cuma takda elemen suprise dan juga plot twist.

Atau mungkin boleh d katakan watak Puan Irene tu agak twist gak la.. ..dan serasa aku akan ada Projek Athena ke3.

Well aku tetap beli sebab nak tahu kesinambungan novel ni cuma kalau dapat, penulis boleh details kan watak supaya dapat bermain dengan emosi pembaca, supaya pembaca rasa sayang dan ada hubungan dengan watak2 dalam novel ni.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
95 reviews
March 26, 2022
Plot Twist last last tu. Sumpah ingat ending lain dengan kekejaman lagi. aku rasa mcm tertipu. sumpah dia mcm tgk movie marvel dah. mcm Athena ni salah satu karakter Hero yang aku suka sangat nak tengok ada hero lain dalam universe yang sama. Macam marvel dgn dc.. Ahhh bestnya
Profile Image for Suha Abdul.
19 reviews
July 17, 2022
Untuk PA2, aku anggap ini permulaan yang baik untuk konflik yang lebih besar. PA1 pada pendapat aku merupakan langkah pertama untuk pengenalan watak, PA2 pula ialah langkah susulan untuk mendalami konflik di Erudayn. Aku tertarik dengan watak Zeus. Neo-manusia yang dicipta untuk sekadar menurut perintah dan tidak dibenarkan untuk mempersoal segala hal. Kadang aku terfikir betapa sunyinya menjadi seorang Zeus, atau Athena, yang tujuan hidup mereka samar-samar. Jika mereka diciptakan menjadi senjata, apa gunanya lagi mencari makna hidup?

Ulasan penuh trilogi Projek Athena aku kumpulkan pada buku terakhir.
Profile Image for Azril Noor.
314 reviews5 followers
March 24, 2023
Sebagai pelindung, atau senjata? Penulisannya makin baik dari buku pertama. Munculnya seteru baru, Zeus - Neo-Manusia versi lebih kuat berbanding Athena. Buku kedua ni lebih kepada konflik dalaman. Plot kali ini bergerak lebih laju, dan ada sedikit membuat beberapa babak nampak terlalu rushing. Walaupun lebih nipis, tapi tak sangka ianya membawa kepada sebuah konflik yang lebih besar. Ada sedikit juga dibongkarkan misteri tentang di sebalik penciptaan Athena dan Zeus.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
June 15, 2022
Sambungan yang mengancam.. Kemunculan Zeus mengejutkan Athena namun buah fikiran Natalya berjaya membantu mereka menumpaskan Zeus.. Malangnya ada konspirasi lagi besar dari apa yang mereka lawan..
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.