“...Diksi, serta penyusunan baitnya memberikan pengucapan dirasakan lebih ringan, remaja dan mendekati unsur popular. Bagaimanapun ia menggunakan imej-imej segar yang telah membangunkan emosi serta fikiran dalam sentuhannya yang langsung.....” (Petikan laporan panel hakim)
Cinta, keintiman, kerinduan membentuk bait-bait puisi yang segar dan menyentuh oleh Syafiq Ghazali.
Patutlah buku puisi ni menang anugerah, memang sedap dibaca pun, buat aku terinspirasi untuk menulis puisi jugak. Cuma puisi ni aku rasa antara karya sastera yang kena tulis ikut mood, dia tak boleh tulis puisi macam makan nasi. Lagi sedih bila spurs kalah lagi.
Aku tertanya kenapa tema fizikalnya jingga sehingga membaca puisi 𝘚𝘦𝘯𝘫𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘥𝘪 𝘞𝘢𝘫𝘢𝘩𝘮𝘶 baru mendapat jawapan. "dalam segala warna, jingga yang paling kusuka... mungkin suatu hari aku boleh mengumpul senja, dan mencurahkan jingganya ke wajahmu." Kompilasi puisi dalam tiga bahagian; 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘴𝘪𝘢𝘱, 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘥𝘪𝘳𝘪𝘮𝘶 dan 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘪 𝘵𝘶𝘣𝘶𝘩𝘮𝘶. Tema klise tentang rindu dan cinta, agak sederhana dan bersahaja namun diksi penulis agak menarik perhatian aku. Matranya lirikal dengan retorik bahasa yang merdu dan sedikit tersirat, alunan asonansinya juga sepadan dan beritma. Suka dengan metafora dan kiasannya yang mengikat setiap rangkap. Kredit untuk ilustrasi bertona 𝘧𝘦𝘶𝘪𝘭𝘭𝘦 𝘮𝘰𝘳𝘵𝘦 yang mengiring setiap helaian. Sentimental dan kaya emosi. "siang menjalar ke malam, ia tetap di belakangku, menjaga jaraknya serupa sepasang mata yang sembunyi memerhati orang yang diam-diam ia suka."
Puisi saudara Syafiq yang pertama saya baca merupakan sajak Tranungnya, ‘Mok, Aku Nok Bace Sajok.’ Ada sesuatu dalam sajaknya itu yang meyakinkan saya penulis ini berbakat dalam mencipta karya penuh emosi. Itu merupakan sebab tunggal saya ingin memiliki kumpulan puisi ini. Dan sememangnya puisi-puisi di dalam buku ini tidak mengecewakan. Cinta dan perpisahan ditransformasi dalam kata-kata yang sarat emosi. Puisi kegemaran saya dalam koleksi ini: Yang tersembunyi dalam minuman pelangi, Menjelaskan rindu, dan Sehelai tisu comot.
Sebuah perjalanan kisah cinta si penyair yang dibahagikan kepada tiga Bahagian:
1. Cinta belum siap 2. Menjadi dirimu 3. Hari terakhir di tubuhmu
Kata-katanya penuh emosi dan perasaan. Segala sanjungan & pujian terhadap kekasihnya dihidangkan kepada para pembaca dengan begitu indah. Akan tetapi, percintaan itu tidak kekal malah dirampas oleh tangan lain. Banyak pertanyaan yang tak terjawabkan oleh kekasihnya. Kekecewaannya terserlah dengan begitu terluka. Luka yang mendalam dan telahpun beku.
Puisi puisi cinta dan rindu. Tema yang klise. Cara penulisan yang tidak. Macam puisi Hadi Jaafar yang lebih berperenggan. (Mana saya tahu, saya tak pandai pasal puisi). Tapi sedap, tidak susah untuk difahami dan apa yang mahu disampaikan, betul betul sampai. Tiada pilihan perkataan yang rumit dan susunannya cantik, termasuk metafora dan aspek puisi lain.
Ada beberapa sajak aku rasa seperti olahan berbeza sajak yang sama. Ada beberapa sajak yang amat aku suka - buatku tersenyum atau berhenti sebentar menikmati kata-kata.
Saya kenal lambat penulis yang satu ini. Barangkali lewat 2020, walaupun buku ini sudah diterbitkan sejak februari 2020, dan saya mula miliki buku ini pada Mac 2022. Hari Terakhir di Tubuhmu ini kali pertama saya baca di sambutan hari raya pertama 2020 bersama teman-teman di puchong ketika sambutan raya dalam kondisi pandemi. Puisi yang saya pilih untuk baca pada hari itu "Kau nyala lampu padamku",
"aku tak lagi menulis kata-kata yang kau suka, setelah perpisahan menjatuhkan noktahnya antara kita. buat apa aku berbagi kata-kata nyaman sedang kau lena dalam pelukan lain.
rindu yang dulu tumbuh meliar sudah kusimpan dalam bekas yang aku tak bajai. ia mati dan menjadi debu yang mengaburi kaca jendela, tempat kita pernah menghirup kopi panas dan memintal asapnya menjadi jenaka-jenaka berbuah ketawa.
tapi, setelah bertahun, kau muncul tiba-tiba, seperti hujan yang terlepas dari pengawasan matahari. bibirmu melengkungkan senyum. bulan yang satu ketika dulu selalu menyluh mataku. dan mengingatkan aku bahawa keindahan tak perlu tinggal di syurga.
bukanlah kita sudah menanda jarak antara ingatan? kenapa kau buka kembali suis masa lampau?
atau kau kira aku lampu yang menyala atas kemahuan senyummu?"
Puisi, kadang-kadang boleh menjadi begitu dekat jaraknya dengan kita. Seolah-olah ia bercakap secara halus dengan kita dan merasai denyut perasaan dan emosi yang berombak di dada. Dan begitulah kumpulan puisi ini memberi satu udara yang seperti memahami setiap waktu.
Saya gemar dengan tulisannya yang nampak bersahaja dengan tajuk yang dekat di hati kebanyakan, cinta.
Buku ini hanya setebal 81 muka surat, ditemani ilustrasi dari Aslah yang menyenangkan. Puisi-puisinya terbahagi kepada 3, menggambarkan fasa-fasa hubungan si penulis dengan sang kekasih. Cinta belum siap apabila si penulis mula memutik perasaan; Menjadi dirimu apabila si penulis dan sang kekasih adalah satu; dan Hari terakhir di tubuhmu apabila kedua-duanya tidak lagi bersama. Terasa seperti pembaca bersama-sama dengan penulis dalam setiap fasa tersebut. Saya tertanya-tanya adakah semua puisi ini tentang sang kekasih yang sama.
Cuma agak kesal, dengan ilustrasi yang hampir menghiasi setiap muka, lebih wajar agar nama penghasil seni itu juga disiarkan di muka depan sebaris si penulis puisi, kerana dua-dua adalah penghasil seni yang sama indah, sama penting.
Sudah tentu saya akan membaca lagi puisi-puisi ini pada masa akan datang.
'memilihmu adalah kejadian paling sempurna pernah kucipta.'
Dari POV sang patah hati. Puisi2 ni terbahagi kepada 3 bahagian. 3 bahagian tu aku boleh kata mula dengan bismillah asamualaikum, aku dan kamu dan yang last perpisahan yang pasti. Mungkin sebab aku masih lagi dalam mood galau, jadi menghabiskan puisi ni satu penyeksaan jiwa juga. Hahahahaha nice saya suka :’D
Bukankah kita sudah menanda jarak antara ingatan? Kenapa kau buka kembali suis masa lampau?
Sebagai bacaan ringan okeylah. Saya kurang baca puisi sebab kadangkala ada perkataan yang kompleks dan maksud tersirat yang sukar untuk pembaca puisi pemula macam saya faham. Tapi buku ini, okey. Pemilihan perkataan tidak terlalu kompleks dan maksud puisi itu sampai kepada pembaca.
sebuah buku puisi yang menarik.. puitis dan banyak kosa kata baru..
Sejujurnya aku tenggelam dalam bait puisinya Menyentuh perasaan yang nun di laut hati paling dalam Bibirku menarik satu garis Tersimpul senyum, merah dan panasnya pipi Bagai memahami keliru dan resah kata.
puisinya sederhana namun cukup menyentuh jiwa. saya lebih suka puisi yang tidak sulit untuk difahami tapi cukup berbekas di dalam hati. terima kasih Syafiq, atas togel rasanya. teruskan menulis!
Sedikit kecewa. Terlalu sedikit puisi yang sedap, selebihnya adalah cerita-cerita Syafiq Ghazali yang tidak sempat dipanjangkan jadi novel atau cerpen yang dia lebih selesa.