Kenapa kau berdoa? kautanya, sedikit sinis. "Mungkin sebab, Tuhan mahu tahu bagaimana hari kita?" kujawab. Kemudian kita terdiam sekejap. Ya, mungkin Dia ingin kita teruja bercerita kepada-Nya.
Buku mahanipis ini menampilkan catatan peribadi Qurratul 'Ain, seorang kembara urban antaragama -- tanpa peta dan kabus -- ke daerah-daerah asing dalam dan luar diri.
Qurratul ‘Ain is the author of a collection of prose, Dua Rahsia Berjabat (2020). Qurratul ‘Ain’s first poetry book, Momen (2020) was a finalist in the Sayembara Kata-Pilar 2.0. She received a Dewan Bahasa and Pustaka’s Hadiah Sastera Perdana Malaysia in the poetry category (2019/2020) and a Hadiah Sastera Selangor (2021).
Harapnya nanti ada patron-patron budiman yang menaja Ain untuk menjelajah ke negara-negara luar, dengan budaya baru, dan pemerhatian baru, supaya kita boleh terus menikmati tulisan-tulisan indah Ain hasil kelananya.
Sedap nya puisi dia. Lepas habis baca puisi karya penulis ini terus aku rasa puisi aku paling sorot. 😂
Aku baca dua kali tau. Nak rasa apa yang penulis ini tulis. Halaman pertama dah buat aku jatuh cinta dengan karya penulis. Tapi bab-bab belakang itu, aku dah tak berapa nak faham. Anggap aje kreatif itu seni.
“Tak ada yang lebih meresahkan daripada memasuki diri sendiri dan menemui ribuan dirimu — tetapi mereka sedang berangkat pergi — entah ke mana. Mereka menepuk bahumu; sayu dan berkata, “Kita bukan Kita lagi.”
Saya sangat suka dengan penulisan 'Ain. Saya sebenarnya peminat puisi dan yang lagi bermakna ini adalah buku puisi pertama yang saya telah beli. Apa yang dapat saya katakan saya sangat berpuas hati dengan tulisan ini, sepertinya membawa saya mengembara ke suatu tempat asing dan berhenti sebentar untuk menghirup secawan kopi.
Menikmati Dua Rahsia Berjabat seperti mengembara di dalam cebisan-cebisan peristiwa yang misteri . Ain mempunyai kreativiti dan eksistensi imaginasi yang unik . Pemilihan kata dan olahannya seimbang dengan penggunaan instrumen agama dan budaya. Saya sukakan catatan pertama , kelapan, ketujuh belas dan kesembilan belas yang lebih tertumpu kepada "diri" . Semoga tulisan Ain mengekalkan kesegaran dan keromantisannya.Saya berasa puas memecah masuk rahsia-rahsia Ain.
Mengenali Ain membuatkan saya ingin tahu apa ada di Timur dan Barat. Makanan, filem, agama, manusia, bahasa...semuanya indah belaka dicoret dan dinarasi oleh Ain. Ah, Zine ini masih tidak cukup untuk kerakusan saya terhadap puisi-puisi Ain. Berharap Ain terus menulis dan menghasilkan lebih banyak puisi yang sedap untuk dinikmati oleh segala lapisan masyarakat.
Entah mengapa lebih gemar dengan sajak Qurratul. Tapi, ada catatan yang menarik macam Pertama, Ketujuh, Kesebelas dan Ketujuhbelas. Tulisan Qurratul lembut, lazinnya. Dalam 4 catatan yang saya sebut, ia lembut, berahi dan hampir seksi.
Selesai baca tahun lepas lagi, tapi tahun ini baru dapat beri bintang. Keseluruhannya okey, macam menonton potongan filem tanpa suara. Juga macam menatap lukisan monotone. Sepatutnya tulisan begini lebih panjang lagi. Baca sikit dah habis.
Saya telah berjaya berjabat dengan kedua puluh satu rahsia dalam zine ini. Paling suka Catatan 1, 7,15 dan 17. Seperti biasa, Qurratul 'Ain tidak pernah mengecewakan pembacanya.
Seperti membaca monolog dari sudut pandang pertama 🤔 first time baca sajak bercorak sebegini. Terasa menjadi mata, perasaan dan ingatan qurratul ain sendiri bila baca setiap bab.