Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Afifah dan Purnama Nilam, dua insan berlainan zaman, dahulunya telah dipertemukan oleh takdir dan kemudiannya terpisah jua oleh takdir. Meski berjurang beribu zaman, namun kasih tetap mekar merangkul perasaan.

"Meski musim sudah berganti, dunia memudar dan masa berputar, namun kasih hamba padanya akan sentiasa subur di hati..." - Purnama Nilam

"Saya berasa bersalah pada Purnama... meninggalkan dia sendirian, di kala dia memerlukan." -Afifah

Sayang, pertemuan yang sepatutnya menggembirakan berubah menjadi tragedi. Masa lalu yang hampir terlupakan telah datang menghantui. Bara dendam yang jauh terpendam menyeruak, menenggelamkan seluruh Panca Sakti dengan kegelapan. Dan di saat huru-hara memuncak, saat itu jugalah kasih dan persahabatan bakal diuji.

"Ketika bulan dan matahari menyatu, kasih yang terpisah pasti bersatu..."

277 pages, Paperback

First published October 17, 2019

3 people are currently reading
115 people want to read

About the author

Tey Marzuki

13 books101 followers
Penulis bagi novel/novelet :

1) Sindrom - 2017 (DearNovels)

2 Kerana Kirana (Projek Kerajaan Paling Seram Vol 2) - 2018 (DearNovels)

3) Purnama - 2019 (DearNovels)

4) Vendetta - 2020 (DearNovels)

5) EVA - 2021 (DearNovels)

6) Ebook EVASIF - 2021 (Bersama-sama 4 orang penulis)

7) Ebook Isteriku Di mana? - 2021 (bersama-sama 4 orang penulis)

8) Hikayat Suwarga Sukma Canderawasih - 2022 (Swaterbit)

9) Siri Puaka Sekolah : Puaka Surau Asrama - 2024 (Penerbit X)

10) Siri Puaka Sekolah : Puaka Gelanggang Silat Sekolah - 2024 (Penerbit X)

11) Hikayat Suwarga Indera Bumi - 2024 (Swaterbit)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
88 (68%)
4 stars
37 (28%)
3 stars
4 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for Amal Lee.
276 reviews34 followers
May 4, 2023
Thisssssss!!!! 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻

‘Ketika bulan & matahari menyatu, hati yang terpisah pasti bersatu’.

Novel sekuel yang kedua selepas Sindrom, sambungan setelah Purnama & Afifah terpisah dek zaman yang berbeza. Untuk yang ni aku dapat rasa perbezaan yang ketara dengan yang pertama. Lebih menjiwai bila baca. Dengan aksi yang lebih banyak buatkan aku terbayang scenes dalam ninja movie, perselisihan sedikit persahabatan antara Purnama & Suria Kencana dannnnn yessss kali ni watak Purnama & Afifah I lurveeeeee.

Dan…. Gerhana!!! wehhh hshshsh banyak betul rama-rama berterbangan dalam hatiku dan perutkuuuu ahh gitu. Sejenis bad boy tapi jadi love boy bila jumpa insan tersayang 🫶🏻. Pastu scene pengakhiran Mahewari rasanya sikit sangat macam ehh gitu je? Punyalah jahat tapi gitu jeee?

Yang paling aku suka mestilah surat Purnama ke Afifah! Mak aiiii jiwaku bergetorrr. Bahasa yang puitis..

‘ketahuilah, kasihku tidak pernah berlalu. sentiasa penuh untukmu. meski berjurang waktu, namun tetap setia menantimu’

haishhh 🫠

p/s - nasib baik masa aku beli sindrom memang beli sekali demgan purnama. selalunya kalau buku yang first pun aku tak berapa boleh masuk mesti yg ke2 aku dah tak pandang 😔 nasib baik! kalau tak rugi.

Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews61 followers
October 13, 2022
Straight away baca sekuel lepas Sindrom, and I have to say Purnama ni improved so muchhh than the first one, in all aspects 😤☝🏻 Kita personally amazed gila dengan how much this author improved in 2 years time sebab Sindrom released 2017 while Purnama released 2019. Purnama kalini bukan romance semata, tapi action packed & black magic jugak!

Ok masuk bab reviu —

WHAT - A - RIDE 🎢

Cerita dia agak fast paced bagi kita, lepas satu satu tak berhenti dia bagi. Suspens dia fuh, this is the situation Im in when I was reading the first 100 pages …

“𝘞𝘦𝘩 𝘢𝘱𝘢 𝘯𝘪?!”
*𝘵𝘶𝘵𝘶𝘱 𝘣𝘶𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘱 𝘣𝘦𝘧𝘰𝘳𝘦 𝘴𝘢𝘮𝘣𝘶𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘤𝘢*
“𝘖𝘮𝘰 𝘰𝘮𝘰 𝘩𝘦’𝘴 𝘢 𝘣𝘢𝘥 𝘣𝘰𝘺 𝘯𝘰𝘸?”
*𝘵𝘶𝘵𝘶𝘱 𝘣𝘶𝘬𝘶 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘳𝘢𝘪𝘯 𝘪𝘯𝘧𝘰*
“𝘌𝘦𝘦𝘦 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘩𝘢𝘵𝘪!”
*𝘵𝘶𝘵𝘶𝘱 𝘣𝘶𝘬𝘶 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘳𝘰𝘭𝘭 𝘦𝘺𝘦𝘴 𝘴𝘦𝘬𝘦𝘫𝘢𝘱*

… and this situation continues until the end ngl 😮‍💨☝🏻

Tak dilupakan, laras bahasa yang digunakan dalam ni cantik! Kita suka! Klasik tapi tak memeningkan, still understandable and consistenttt!

"𝙎𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙧𝙚𝙨𝙢𝙞𝙣𝙮𝙖 𝙧𝙚𝙢𝙗𝙪𝙡𝙖𝙣, 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙙𝙞𝙩𝙪𝙩𝙪𝙥 𝙜𝙚𝙡𝙖𝙥 𝙜𝙚𝙢𝙖𝙬𝙖𝙣, 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥 𝙟𝙪𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙨𝙞𝙣𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖. 𝙄𝙣𝙜𝙖𝙩𝙡𝙖𝙝, 𝙘𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙗𝙖𝙩 𝙜𝙚𝙡𝙖𝙥.” — 𝙂𝙪𝙨𝙩𝙞

Characters! I have to say naming sense author ni padu la, full mark. Now I know why ada Suria, Purnama and Gerhana, nama diorang bukan sengaja letak cemtu.

And ofc, characters kalini lebih hidup dari buku sebelum ni. Im quite sad but also understand kenapa and macam mana keadaan yang memaksa yang buat seseorang manusia tu sebegitu 😢 Banyak character yang menarik minat kita tapi kita comment both MC je lah.

I have to say, Afifah just keeps scoring in this one! 💓
Weh dia punya vibes tu eeee goals! A doctor, beautiful, pemurah, always put other people first and on top of that, dia pandai silat! And tak harapkan Purnama untuk protect dia okay, she can take care of herself on her own quite well, tu yang paling kita respect.

Gerhana hshahahahah Gerhana ni ada vibes kdrama male second lead 🤣 dia bad boy tapi baik tapi bad boy 🦋🦋
jarang jarang kita rasa butterflies sebab fiction heroes but Gerhana did it, and ofc in a kdrama style — baca dulu baru tahu kenapa 🥲☝🏻

Apa yang kita kurang puas hati maybe pada backstory gelang dan belati tu, sebab itu la punca segalanya terjadi tapi explanation dia cuma sikit. Kita tak puas bila origin story gelang and belati tu cuma satu perenggan and I want to know more macam mana diorang dipisahkan oleh masa yang jauh (Afifah vs Purnama) sebenarnya.

All in all, recommended! - 4.5🌟
Profile Image for Amira Zaidat.
63 reviews3 followers
February 1, 2024
While tengah baca SINDROM haritu ternampak la buku PURNAMA ni. Im curious sebab dalam SINDROM ada watak nama Purnama, and so I asked kak Tey Marzuki, is PURNAMA is actually sambungan from SINDROM and she said yes. Makanya habis je SINDROM terus la kita baca PURNAMA pulak.

My first thought about this book is this is going to be a journey of 2 people living their own separate life while missing each other because of how things ended in SINDROM. Nak tau ke SINDROM habis macam mana? Pegi baca sendiri. Anyway, rupanya tidak ye kawan kawan. Mula mula je lepas tu dah tiada duniamu duniaku. Yang ada cuma dunia kita bersama. Haaaaa gitu. Nasib baik sangkaanku meleset belaka kalau tidak jadi cerita sedih je la dari awal sampai sudah.

Tak. Cerita ni walaupun sedid tapi cuma sedikit. Seronoknya banyak. Gigihnya Afifah. Setianya Purnama, Kasih sayangnya Suria dengan Seri. Well lets not foget pasal Maheswari kalau tak nanti sesia semua kena sihir dengan dia pulak. Lets just agree to disagree Maheswari is not really jahat to begin with. Nobody was born jahat. Dia nya mangsa keadaan je. And theres nobody for her. Its not her fault. Wahhhh matang gitu. Ini kalau baca time muda remaja ni mesti sampai lubang cacing aku marahkan Maheswari ye kawan kawan. Dasar betul Maheswari ni. Tapi sebab dah besar sikit, dah nampak la sebenarnya takde sapa yang salah pun.

Ceritanya masih tetap best dengan pacing sedang sedang gitu sedap je baca. Bahasanya pun tak main main. Saya suka ya macam mana penulis masih kekalkan cara percakapan Afifah walaupun dia merentas zaman. Nampak tak dibuat-buat. Nampak natural je.

Ending kali ni pun best. Maybe sebab dah penutup jadinya dia tutup habis. Bagus bagus. Ini yang kita mahukan ye kawan kawan semua.

Apa apa pun, tahniah kepada penulis atas cerita yang menarik ni. Sangat recommended sekali lagi buat yang minat cerita cinta yang santai tak cringe and buat yang minat lawan lawan gaya pahlawan melayu zaman sultan dulu dulu and jugak buat peminat yang suka watak berdendam bawak ke mati memang boleh baca buku ni. And also baca SINDROM dulu ya kawan kawan.

Terima kasih.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
November 23, 2019
alahai. nak review, tertinggal lak buku dalam kereta. mana yang ingatlah ya.

banyak perkara yang melintas di fikiran. kenapa penulis Tey Marzuki memilih gerhana? apa kaitan ombak besar? mana hilangnya afifah tanpa jejak? kenapa seri cahya menjadi seperti beban kepada suria kencana untuk bergerak? kenapa senang-senang saja maheswari menguasai semuanya?

siapa yang dah baca sindrom, mesti tahu yang afifah di diagnos ada ketumbuhan dan dikata yang pembedahan ke atasnya berjaya. afifah juga telah kembali ke masa kini. setelah setahun berlalu, dia di datangi semula mimpi dan bayangan. alamak... lupa pula ayat tu. err.. 'ketika bulan dan matahari menyatu, kasih yang terpisah pasti bersatu.' dan afifah hilang. puas tracy, sahabat baiknya cuba mencari tapi gagal. dan satu yang paling tracy takuti, afifah dilanda kemurungan dan ambil tindakan yang luar jangka.

afifah kembali ke zaman silam. ketika ini suria kencana telah menjadi sultan dan mereka sedang ditimpa bencana. dan paling menggerunkan bila purnama menjadi watak lain iaitu gerhana. maheswari telah menyihirnya menggunakan sisi gelap yang ada pada purnama. sisi gelap dalam hati.

maheswari, yang memegang tampuk cerita kali ini. dia adalah sepupu kepada suria kencana. dia mula terpinggir bila lahirnya suria kencana. walaupun bapa saudaranya berjanji untuk menjaganya sebaik mungkin, tapi atas satu kesalahan yang dia lakukan tanpa sedar, dia dihukum dengan keras. seterusnya purnama yang mulanya bersahabat baik dengannya juga mula lupa akan dirinya dan rapat dengan suria kencana.

atas dendam kesumat, maheswari mula memporak perandakan segala yang ada. dia mahu berkuasa, dia mahukan perhatian dan dia mahu membalas segala dendamnya terhadap suria kencana.

afifah pula, kemunculannya mungkin pada dasarnya kelihatan seperti ada tak ada tapi dialah yang main peranan dalam menyelamatkan sultan, permaisuri dan seterusnya perubahan gerhana. dan dia juga, membuat satu keputusan yang sangat penting untuk kehidupan purnama, dan juga kehidupannya sendiri.

kalau sindrom agak ringkas, tapi purnama sedikit berat permainan emosinya. pembaca pun sama mampu merasa segala kepayahan, kesedihan, sisi gelap manusia dan keputusan yang berat melibatkan segala yang ada.

beb, kehidupan ini semuanya sememangnya tentang pilihan. mampukah kita menjalankan tanggungjawab diri kita terhadap pilihan yang kita pilih sendiri sama ada disedari ataupun tidak?

gerhana, walaupun gelita tapi cahayanya tetap ada. dan ia masih bulan yang setia di paksinya selagi dunia ini, ada.

begitu juga hati kita, kan?
Profile Image for Nurin Insyirah.
33 reviews
January 23, 2022
Gaya bahasa yang penulis garapkan dalam novel bergenre historikal fiksyen ini sangat indah, puitis dan manis; perasaan bila membacanya seperti ketika kita menikmati sepotong kek coklat Secret Recipe😭✨❤️

'Purnama' adalah sekuel kepada novel pertama penulis yang berjudul Sindrom dan masih mengetengahkan dua watak utamanya iaitu Afifah dan Purnama Nilam. Dua watak utama ini datang daripada latar masa dan tempat yang berbeza; Purnama Nilam hidup di zaman kerajaan Panca Sakti manakala Afifah pula datang dari masa hadapan (masa kini?¿) uwuu. Kalian kena baca Sindrom dulu ya, sebagai pengenalan dan pendedahan mengenai pertemuan awal antara Purnama dan Afifah. 'Purnama' ini banyak berfokus kepada konflik yang lebih berat dan sangat beremosi🤧 (tapi yang kelakarnya, Nurin terbeli and baca 'Purnama' dulu😂 sksksk🏃‍♀️)

Novel ni antara novel yang membuatkan Nurin tak boleh nak tumbuhkan rasa benci terhadap watak antagonisnya😌 Serba-salah nak cakap watak Maheswari tu jahat ke tak lepas baca backstory dia... She deserves a better life😭❤️ Tapi apapun, yang salah tetap salah, masa silam tak boleh merasionalkan kesilapan yang sedang kita lakukan :') Dan seterusnya tentang... Gerhana!!!😆 ahhh watak Gerhana ni serious menyebabkan emosi Nurin turun naik🏃‍♀️ Mula-mula rasa geram dan sedih bagi pihak Afifah tapi bila Nurin dah sampai pertengahan buku, ehhh sweetnyaaa :)) Setiap perbuatan Gerhana sudah cukup menjelaskan segalanya✨ But still, setiap kali muncul babak Afifah dan Gerhana, my chest terus rasa sebak terutamanya bab-bab awal tuuu🤧 Afifah, you are so strong! *hugs* ❤️❤️❤️

Eh asyik cakap pasal Afifah and Gerhana je🤣 Okay, Nurin sukaaa jugak watak Karma, Tracy, Bayu, Suria Kencana, Seri Cahya dan Mak Inang Embun✨ (ya, saya hanya mention sahaja~ untuk tahu selebihnya mengenai watak-watak ini, sila dapatkan segera novel 'Purnama' ni!😤✨) Tahniah juga kepada penulis kerana berjaya menyampaikan mesej besar (selain tema persahabatan antara Afifah dan Purnama) iaitu mengenai sihir, penyembahan syaitan dan bagaimana tekadnya iblis ingin menyesatkan anak Adam hingga tiba hari Akhirat kelak.

5/5!✨ *byee nak cari sindrom pulak XD*
@teymarzuki
Profile Image for Glow.
81 reviews
June 10, 2023
Pace plot Purnama ni lebih laju daripada Sindrom. But serius, best gila story Purnama ni. Cuma yelah awal tu aku sedih bila terjadinya ehem-ehem. Rasa koyak pula hati kita yg bacanya hahaha. Apapun menanti karya klasik seterusnya dari Puan Penulis. Love it! Full star from me. Keep writing ya ❤️
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
June 4, 2023
Cover buku Purnama sangat kena dengan aura dalam cerita ni..Sebagai sekuel kepada novel Sindrom, pembaca disajikan dengan lebih banyak aksi dan thriller..Im glad that I enjoyed the second book so much..Aura Purnama sgt terserlah ya..Bikin parah ni, dah terjatuh cinta dengan Purnama 💯
164 reviews2 followers
August 20, 2024
Cover lawa. Tajuk pun lebih sesuai as compared to the first book. A fast-paced story yet everything is wonderful (well, except some typos & errors but it’s okay!).

Be it Purnama or Gerhana, the heart wants what it wants. I’m also pretty sure Afifah would have made the same decision even if she were healthy. Thanks & congrats, author!
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
June 26, 2024
Ada hikmah juga sebenarnya bila secara tak sengaja memulakan bacaan novel sekuel ini dulu tanpa baca novel prekuelnya. Hahaha! Pengakhiran yang sangat puas hati, indah dan happy ending (spoiler sikit) walaupun ada rasa kasihan terhadap kawan-kawan Afifah di dunia sekarang.

Tak nak ulas banyak-banyak. Cuma saya kagum dengan perwatakan Afifah. Seorang wanita yang berwawasan tinggi dan sangat tenang di saat Purnama Nilam bertukar menjadi Gerhana.

Cinta di antara Purnama Nilam dan Afifah tu aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Saya jarang baca novel kisah cinta, tapi percintaan kedua-duanya sangatlah membahagiakan. Betul-betul contoh terbaik cara bercinta versi nusantara. Hahaha.

Terima kasih buat penulis. Rasa macam nak cari kesemua karya beliau. Penulisan memang cantik dan tersusun.
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
March 25, 2023
3.8

Akhirnya habis jugak. Purnama lebih baik dari Sindrom.

Walaupun bagi aku scene akhir tu macam sikit sangat, tak dapat rasa kekejaman Maheswari. Macam cepat betul Maheswari mengalah lepas tengok Purnama - Afifah bermesra mesraan haha

Dalam Sindrom, Afifah merentas zaman sewaktu dia tenat di hospital. Jasad masih ada. Aku fikir, kondisi sakit tenat tu yang menyebabkan Afifah merentas zaman?

Tapi bukan. Okay.

Disebabkan ombak yang menarik Afifah, kali ni dia hilang terus. Lenyap. Jasad pun tak ada di dunia sebenar. Jumpa Tracy dalam mimpi.

Purnama - Afifah bersama juga akhirnya setelah 10 tahun terpisah . Tamat.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
October 2, 2023
'Meski musim sudah berganti, dunia memudar dan masa berputar, namun kasih hamba kepadanya akan sentiasa subur di hati.'

'Sungguh, tiada yang lebih bernilai di dunia melainkan kasih sayang daripada mereka yang dicintai.'

'...kerana hati seorang sahabat sentiasa memahami sahabatnya yang lain.'

________

Setahun Afifah kembali ke dunia realitinya, sedekad berlalu di Panca Sakti -- Purnama tanpa sedetik melupakan gerangan gadis yang terpisah dek zamannya itu, namun kembali menjalani hidup sendiri berbakti kepada sang sahabat, Suria Kencana yang sudah memikul tampuk pemerintahan Panca Sakti. Namun hidup tidak selamanya mampu berlayar di laut dunia dengan tenang tanpa ombak memukul, ribut membadai. Ujian sering datang menimpa Purnama, kehilangan seorang demi seorang insan yang dikasih malahan semakin ditambah buruk dengan berhadapan pula serangan rampasan kuasa pemerintahan Panca Sakti oleh seseorang yang pernah ada dalam lipatan hidup sebelum ini. Maka ujian semakin memburukan tali persaudaraan, persahabatan dan mungkin juga percintaan apabila susuk Afifah kembali semula ke dunia yang pernah dia kunjungi ini, merentas zaman dan waktu. Yang pasti pada akhirnya akan ada sesuatu yang harus dilepaskan pergi.

________

Purnama; buku ini merupakan sekuel kepada Sindrom (tetapi masih berdiri dengan sendirinya -- stand alone -- jadi boleh baca buku ini tanpa baca Sindrom dulu) dengan perjalanan cerita yang masih tidak meninggalkan tema yang serupa yakni merentas masa; tetapi membawakan lebih banyak elemen misteri dan saspens serta persoalan-persoalan utama lain berbanding Sindrom, malah turut menjawab beberapa persoalan yang ada dalam buku terdahulu juga. Buku ini menyentuh tentang pertarungan dengan musuh yang ingin merampas kuasa pemerintahan di Panca Sakti; sejarah kehidupan Purnama dan Suria Kencana dan hubungan mereka yang akan diuji nanti; kisah disebalik gelang dan belati perak milik Purnama dan Afifah; serta yang paling utama untuk saya dan semua yang menunggu akhir kisah cinta antara dua watak utama kita dulu, yang bertemu sekali lagi pada zaman ini, ialah bagaimana kesudahannya buat hubungan Purnama dan Afifah nanti. Disamping itu, alur kisah diwujudkan dengan karakter antagonis yang menambah kepada rencah dalam perjalanan cerita serta perkembangan watak, lebih tepat lagi, yang memperlihatkan lebih banyak sisi perwatakan watak-wataknya. Bahkan unsur misteri juga berjaya disentuh penulis dengan mencipta babak yang menangkap rasa ingin tahu pembaca pada awal pembacaan.

Konflik yang dibawakan dalam buku ini adalah lebih kritikal dan menarik serta menciptakan ketegangan yang lebih mengujakan berbanding Sindrom. Penceritaan masih dengan penggunaan bahasa baku klasik yang bersesuaian serta mudah; membuat pembacaan pada kadar yang pantas juga untuk saya secara peribadi. Walau bagaimanapun, olahan penulis masih banyak dengan gaya memberitahu dan tidak menunjukkan -- pada pandangan saya banyak juga babak dimana saya rasa lebih sesuai untuk dimasukkan dialog, dan bukan hanya naratif yang telah menjadikan babak terasa seperti dipaksa.

Seterusnya, perkembangan plot banyak diisi dengan babak perlawanan menentang musuh yang terasa berulang-ulang dan hasilnya pula tetap sama sahaja di sepanjang jalan cerita -- dimana musuh yang kerap kali mengalah ketika sudah bersemuka lalu berundur dalam setiap perlawanan -- sedikit lewah dan berlanjutan dengan babak-babak ini yang saya rasa tidak menambah kepada pembinaan yang menaik untuk mencapai puncak klimaks dalam plot. Bahkan dek kerana perkara ini tanggapan saya pada watak-wataknya ialah merasakan yang mereka ini tidak bijak, sekurang-kurangnya tindakan mereka tidak terasa bijak -- watak-watak protagonisnya tiada plan yang strategik untuk menangani musuh; begitu juga dengan musuh, tindakan mereka tidak nampak ada kredibiliti dan kebijaksanaan, tiada kesan mengagumkan yang ditinggalkan daripada setiap tindakan mereka ini.

Peristiwa gerhana bulan merah yang menjadi salah satu faktor kepada tujuan utama watak antagonis Maheswari, tidak begitu mendebarkan ketika sudah menemui penceritaan babaknya, walhal ia ialah seperti satu perkara utama yang telah mengambil tempat dalam konflik cerita untuk mencapai klimaks pada graf penceritaan -- namun babak ini berlalu pantas, pertarungan antara antagonis dan protagonis tidak begitu detail/tidak digambarkan dengan begitu baik, justeru titik klimaks ini terlalu pantas selesai. Banyak konfliks dirungkai dengan penerangan, menjadikan persoalan-persoalan turut terjawab mudah -- yang untuk jalan cerita buku ini bukanlah satu kelebihan yang menarik pada saya, kerana ia buat penerokaan pada persoalan itu tiada atau hanya pada permukaan dan menjadikan keterujaan ekspektasi pada cerita jatuh mendatar sudahnya. Ada babak yang serupa daripada buku Sindrom kembali terjadi dalam Purnama, yang tidak mencipta kelainan yang unik untuk buku ini, walaupun nampak seperti 'wow' kerana ada hubung kait tetapi tidak pada saya secara peribadi.

Jujurnya, pada asas buku ini saya suka secara keseluruhan tentang ideanya, cuma kelebihan yang tidak saya temukan untuk terpukau tentangnya adalah banyak kepada bagaimana pembinaan kisah ini sendiri. Entah kenapa saya ingin melihat pada sudut lain bagaimana idea buku ini dapat ditulis dan dikembangkan (tetapi tidaklah bermaksud saya mampu untuk menulis seperti penulis sendiri, justeru satu pujian buat penulis pada aspek ini), cuma, tidak dapat tidak sepanjang pembacaan saya kerap membandingkan buku ini dengan buku bergenre fantasi lain yang sudah saya baca -- pada gambaran babaknya, penciptaan dunianya, tindakan dan rencana wataknya, aksinya, politiknya. Jadi pada saya kalau saya inginkan benda lain daripada sesebuah buku itu, bermaksud ada yang tidak sampai daripada penulisannya ataupun saya tidak temukan apa yang saya harapkan usai membacanya. Apa-apapun pujian harus diberikan buat penulis atas percubaan menulis kisah yang jauh daripada biasa ini.
Profile Image for Ririn Aziz.
788 reviews106 followers
August 28, 2024
Okay, penulisan dan pengkisahan kali ini lebih baik dari buku sebelumnya.

Oleh kerana tidak banyak karya genre timetravel-fantasi ini dalam bahasa melayu, maka ia menjadi sesuatu yang segar kerana kelainan yang dibawanya. Saya seringkali tersenyum dengan pemilihan kosa katanya. Adakalanya digunakan bahasa langka yang tidak pernah kita tahu wujud pun, tetapi kadang-kadang kata penerangan yang digunakan terlalu modern menjurus ke arah saintifik!

Masih banyak kelonggaran, tetapi ideanya menarik. Kebetulan ketika tempoh pembacaan buku ini, saya sedang belajar subjek sejarah Asia Tenggara dan juga karya-karya agung klasik melayu. Secara tidak langsung saya tercari-cari ciri-ciri sejarahnya untuk disesuaikan dengan tempoh masa agar dapat membayangkan keadaan ketika itu. Kesimpulannya, ini adalah cerita lipur lara yang ditulis pada zaman modern 😁. Saya perlu mengingatkan diri bahawa ini adalah fiksyen fantasi, bukannya fiksyen sejarah!

Jom, kita ke perjalanan yang seterusnya!
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
December 13, 2022
I'm back!

Akhirnya habis juga baca buku ni, lama terpendam dan terperuk bacaannya disebabkan reading slump yang bersambung dari bulan Oktober sehingga kini.

Untuk sequel kali ni, tinggi juga jangkaan saya memandangkan buku nombor satunya dah buat saya cukup geram membaca pengakhiran ceritanya. Banyak sebenarnya improvement dari susunan ayat, pemilihan kata untuk Purnama berbanding Sindrom. Lebih terasa zaman dahulu kala itu berbanding Sindrom.

Sebenarnya banyak adengan yang buat saya sebagai pembaca tertanya-tanya. Dan semuanya terungkap dengan baik susunannya, satu persatu diberi penjelasan dari satu bab ke bab yang lain. Pengajaran untuk buku ini juga bagus dan ditekankan dengan baik. Ada juga beberapa ilmu perubatan tradisional dan moden yang disematkan antara dialog kepada pembaca.

Tetapi untuk watak saya betul-betul harapkan lebih banyak character depth, serasa tidak puas mengenali Suria Kencana, Seri Cahya, Afifah dan Purnama Nilam. Penulis lebih banyak fokuskan ceritanya kepada jalan penceritaan jadi kurangnya pada character development.

Saya sebenarnya tak puas nak baca kisah cinta antara Purnama dan Afifah, ada beberapa adengan antara mereka berdua buatkan saya menjerit tak keruan lepastu aku pishang sorang-sorang sebab aku single HAHAHAHAHA.

Untuk buku fantasi atau sejarah futuristik, saya sarankan buat siri yang panjang sebab banyak potensi dari segi world building, character development, konflik, romansa dan banyak lagi yang boleh diolah. Saya cakap ni sebab saya betul-betul tak puas nak baca kisah antara Afifah dan Purnama.

Saya bagi 4.0 ⭐
Profile Image for Lila.
5 reviews
May 26, 2023
It's beautifully presented.. ini karya ke tiga dari penulis yang saya beli.. kerana saya tertarik dengan karya hikayat suwarga.. saya beli sindrom dan purnama.. karya sulung penulis.. Dengan hanya baca 2 karya ini kita dpat tgk perbezaan penulisan yang sangat ketara..

Sejujurnya buku pertama beliau.. saya mengambil masa yang agak lamaa untuk menghabiskn sebb mode membaca saya hilang.. di karya pertama beliau saya kurang mendapat gambaran jalan cerita..

NAMUN.... bila sahaja saya baca buku purnama ni.. srsly gambaran cerita yang jauh lebih tersusun.. lebih beralur cerita.. penulis pandai mengolah jalan cerita menjadi lebih cantik.. menggunakan plot twist.. dan saya mmng tk sabar ii nak tau ending cerita (bukan sejenis fast reader) Kat Tey Marzuki banyak improvement dalam buku beliau yang kedua ni..

So siapa yang tak baca lagi... go find it.. srs tak menyesal.. Btw thank u Kak Tey Marzuki sebb ship saya antara T&F menjadi.. walaupun tak bnyak scene mereka berdua 🫠..

Untuk yang tertanya ending sedih ke tak.. tak tau lah nak ckp guane.. dua² ada.. so baca sendiri okey..
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 21, 2022
Kesinambungan kisah Afifah-Purnama. Bagaimana dua insan yg ingin menyulam kasih tapi berbeza zaman?
.

Kalau dalam Sindrom, kisahnya lebih kepada pengembaraan Afifah di Panca Sakti. Namun dlm Purnama ni, kisahnya lebih gelap. Panca Sakti diambang bahaya pabila adanya dendam lama menuntut keadilan
.

Maheswari, dendam yg merajai hatinya menjadikan dia ingin menakluk Panca Sakti. Dia ingin menuntut haknya sebagai salah seorang waris Panca Sakti. Lalu, Suria Kencana dijadikan tawanan. Berbekalkan ilmu sihir yg dipelajarinya, Maheswari mampu menaiki takhta Panca Sakti. Kasih yg dulunya berputik pada Purnama, menyebabkan Maheswari menjadikan Purnama seorang Gerhana. Yang penuh aura kehitaman. Purnama berubah tingkah laku
.

Afifah kembali ke Panca Sakti. Namun dia berasa kecewa pabila gelang perak miliknya berada ditangan Maheswari. Atas kata2 Suria Kencana, Afifah berlapang dada. Tugasnya satu, menyelamatkan Purnamanya
.

Rancangan demi rancangan yg dibuat oleh Maheswari dgn bantuan Megat untuk menawan kembali Suria Kencana. Namun bertemankan beberapa orang berpengetahuan, mereka terhindar dari serangan Maheswari
.

Bagaimana Panca Sakti dapat kembali kepada pemilik takhta yg sebenar jika salah seorang laksamana terkuat, dalam tawanan dan bertukar menjadi musuh mereka? Siapakah sebenarnya Maheswari? Apakah benar dia merupakan salah seorang pewaris Panca Sakti? Dapatkan kehadiran Afifah memulihkan kembali Purnama? Atau Purnama akan kekal sebagai Gerhana? Adakah kuasa Ilahi akan memecahkan sihir yg bermaharajalela?
.

Serius, aku rasa sangat2 rugi lambat membaca Sindrom dan Purnama. Tak tau nak eksperesikan perasaan aku tika membaca nashkah ini. Sungguh2 memikat. Tahniah buat penulis atas kelahiran 2 naskah hebat ini. Aku sangat2 rekomenkan korang untuk baca. Memang tak rugi. Kisah time-travel yg sangat menarik
.
Author 2 books12 followers
February 7, 2022
My best read in January 2022! 💖

“𝙼𝚎𝚜𝚔𝚒 𝚖𝚞𝚜𝚒𝚖 𝚜𝚞𝚍𝚊𝚑 𝚋𝚎𝚛𝚐𝚊𝚗𝚝𝚒, 𝚍𝚞𝚗𝚒𝚊 𝚖𝚎𝚖𝚞𝚍𝚊𝚛 𝚍𝚊𝚗 𝚖𝚊𝚜𝚊 𝚋𝚎𝚛𝚙𝚞𝚝𝚊𝚛, 𝚗𝚊𝚖𝚞𝚗 𝚔𝚊𝚜𝚒𝚑 𝚑𝚊𝚖𝚋𝚊 𝚔𝚎𝚙𝚊𝚍𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚜𝚎𝚗𝚝𝚒𝚊𝚜𝚊 𝚜𝚞𝚋𝚞𝚛 𝚍𝚒 𝚑𝚊𝚝𝚒,” - 𝙿𝚞𝚛𝚗𝚊𝚖𝚊 𝙽𝚒𝚕𝚊𝚖

Representing my new favourite novel. Sekiranya korang suka baca novel Ramlee Awang Mursyid dan Hilal Asyraf, I highly recommend this duology! Konsep bagi novel Sindrom agak sama seperti Bagaikan Puteri but in light version. Bagi Purnama pula, jalan cerita totally lebih menarik, tense dan banyak plot twist (A PAGE TURNER!) Bab awalan lagi, penulis dah buat pembaca tak keruan dengan segala macam misteri yang mengganggu heroin dan babak peperangan yang tercetus secara tiba-tiba. Kandungan bacaan pula sangat selesa untuk dibaca. Penggunaan ayat yang digunakan penulis sangat gramatis dan puitis tetapi mampu difahami dengan baik (contohnya, penjelasan untuk sesuatu tempat atau situasi. Pembaca dapat bayangkan perkara yang mahu disampaikan) Dialog zaman dahulu kala juga sangat menjadi! (Sejujurnya, trauma nak layan novel atau drama konsep zaman dahulu kala ni sebab takut kecewa dari segi dialognya. Selalunya kelaut China Selatan! Tapi, untuk novel ni...*chef kiss* 😘🤌🏻 Next, watak heroin iaitu Afifah. I just in love with this WOMAN! Tak mengada-ada! Sangat independence, gagah, tegas! Same goes tu Abang Purnama aka Gerhana 🙊🙈 GENTLEMAN! *love in the air* Setiap romance scenes dalam novel ni sangat kena dengan tekak. NO CRINGY ALERT! Action scenes pula, tak payah cakap. HIDUP. Situasi yang dikarang disampaikan dengan baik oleh penulis. Kalau dihadam betul-betul, penulis banyak terapkan tentang kasih sayang, persahabatan dan kekeluargaan (this one sentiasa ada pada penulis Tey Marzuki 💖) Ending? Bae giler dengan ending dia! Sangat puas hati.
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
May 26, 2022
Meski musim sudah berganti, dunia memudar dan masa berputar, namun kasih hamba kepadanya akan sentiasa subur di hati. - Purnama Nilam
.
Sekuel kepada Sindrom dengan pengakhiran yang semua pembaca mahukan. Oh yeah! Menariknya kisah purnama ini, kisah perbutan kuasa yang menjadi penyambung kisah cinta antara insan dari dua dunia. Purnama dan Afifah, kedua-duanya setia. Kali ini Afifah datang bersama jasad, memungkinkan pengakhiran bahagia untuk kisah mereka, ini idea yang memang saya semat dari awal pembacaan lagi. Penulis macam bagi hint, hikhik.

Sekalipun tanpa kehadiran si Purnama, Karma tetap menjalankan tanggungjawabnya melindungi afifah, kerana dia tahu itu yang Purnama mahukan. Disebabkan inilah saya suka watak Karma. Dia takde love-line tapi terserlah ke-gentleman-an dia dalam kisah kali ini. Kalah si putera, Suria Kencana.

Saya lebih suka kalau penulis sertakan lebih banyak plot yang menyerlahkan engagement antara Gerhana dan Afifah. Plot menghampiri pengakhiran tu seakan cepat mahu habis, masa Gerhana ubatkan Suria Kencana dan semasa mereka menyerang malam 'majlis' Maheswari.

Pastinya sad ending di dunia asal Afifah, tetapi happy ending buat Purnama (dan readers). Terima kasih penulis untuk kisah manis Afifah dan Purnama. Comel lah Purnama ni malu-malu, ciri sebenar lelaki Melayu, Malu tapi gagah! Hahaha
Profile Image for Sarahevo.
14 reviews2 followers
June 8, 2023
Dah lama habis baca cuma baru nak tulis review. Mula mula saya beli buku ni sebab tertarik dengan konsep tercampak ke masa lampau mirip Bagaikan Puteri by RAM.

Saya tak tahu buku ini sekuel kepada Sindrom maka saya agak blur dengan watak watak yang tak dikenali dan jalan cerita yang seakan sambungan. Maka saya beli dan baca Sindrom pulak baru baca semula Purnama. Barulah boleh rasa connection dengan watak utama. Jalan cerita yang simple tapi best. Especially Purnama, lebih banyak perkara yang berlaku yang buat saya tak berhenti membaca. Gaya bahasa cantik tapi mudah difahami.

Cuma satu yang saya harapkan. Saya berharap sangat Maheswari diberi peluang untuk bertaubat instead of mati begitu saja. Saya merasa kasihan dengan Maheswari kerana dia jadi sebegitu kerana dipinggirkan sejak kecil dan diambil kesempatan oleh syaitan atas kepolosannya dan jiwanya yang kesunyian. Saya berharap watak watak lain lebih memahami Maheswari dan ending yang lebih baik untuknya. Maka dengan itu dikurangkan 1 bintang.

Apapun tahniah Puan Tey untuk novel ini dan semoga terus diberi ilham menghasilkan novel novel yang bagus lagi. Saya tunggu sekuel Hikayat Suwarga ya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for sn_fiq.
162 reviews11 followers
September 24, 2021
Unpopular opinion tapi saya lagi suka Sindrom dari Purnama. Tengok tajuknya, saya ingatkan watak utama dalam cerita ni Purnama tapi Gerhana ialah watak utama. 80% ialah Gerhana, Purnama sikit saja. Tak dapat nak ubat kerinduan kepada Purnama (walaupun baru habis baca Sindrom semalam). Jadi sebab ini, terpaksa saya tolak satu bintang.
Ya, memang Gerhana tu Purnama tapi lain wataknya, Gerhana tak semanis Purnama. Izinkan saya menangis di bucu katil sebab kekurangan kemanisan Purnama di dalam hidup.

Seperti biasa, gaya bahasa, plot, dan jalan cerita sangat menarik. Ceritanya lebih serius dari Sindrom. Lebih gelap. Ada watak2 yang dulu hanya sikit saja ditampilkan dalam Sindrom, kini dikembangkan.

Penutup ceritanya agak sedih, tapi saya setuju dengan keputusan Afifah. Warkah meminang Purnama kepadanya juga sangatlah sweet. SAYA PERLUKAN SEORANG PURNAMA NILAM DALAM HIDUP SAYA. TERIMA KASIH.

Penulis ada nak sambung lagi tak kisah Afifah dengan Purnama Nilam? Saya sokong kalau sambung. Muka surat sampai 500 pun saya sanggup baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Flowerwf.
6 reviews
January 27, 2022
URGHHHH the ending is really what we want!!!!!!!!!! BTW it is kinda sad when the reunite after 10 YEARS but they still being LOYAL with each other I THINK WE NEED ANOTHER EXTRA BOOK
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
February 4, 2020
"Jangan pernah percaya dengan buku pertama dalam himpunan siri buku, kerana pergembaraan sebenar bermula di buku yang kedua" - Honest by Eyqa, hahaha.

I learned this the hard way since ACOTAR, dan memang tak sangka perkara yang sama berlaku kepada siri bahasa Melayu pula. Setelah ambil beberapa ketika untuk menenangkan diri seusai membaca helaian terakhir Purnama, akhirnya ada juga kekuatan untuk menulis reviu.

Before jump into the best part, lets have a short intro about Purnama.

Purnama adalah novel kesinambungan daripada Sindrom, berkenaan Afifah. Sekali lagi Afifah kembali ke masa silam, dan kali ini lebih banyak drama. Kedatangan musuh baru yang menakluki Panca Sakti, bisakah tautan hati antara Afifah dan Purnama akan kembali? Tsk. Bagi sinopsis jak dah bergenang air mata, haha, nak tahu sebab sedih atau gembira, kenalah baca buku ni.

New villian, new things to find solutions, new key person, and new plus hard decision to make with. Just list of things that what I like on this book:

Pertama sekali, I've realized improvement dari segi writing, yang buat kan kita sangat wauuu, none like other I have read before. Sesuai dengan zaman yang diutarakan, bunga-bunga ayat, makna-makna tersirat, halus penuh nasihat, membaca pun kita tidak awkward, penulis berjaya sampaikan tulisan dalam keadaan yang smooth, membuatkan pembaca membaca easy through the flow. Syabas Tey!

Kedua, karakter-karakter baru, even the villian pun ada part mereka di dalam ini. I've realized that in this book, penulis banyak mempertengahkan emosi didalam karakternya. Bahagian pertama dimulai dengan baik, imbas semula secara slow and smooth, pertanyaan demi pertanyaan diberikan, tidak secara paksaan, just a nice tiny chunks but enough to embark the reader curiousity untuk teruskan membaca.

Watak-watak yang banyak mempengaruhi emosi saya:


Plot cerita saya simpulkan tidak klise, meskipun ada beberapa part yang saya sudah dapat agak apa akan terjadi namun perasaan saya kurang bersedia, maka dalam ketidaksediaan tu sebenarnya emosi saya sudah mula bergolak, sedar tidak sedar, air mata sudah membasahi pipi even before the plot happen, and bila plot tu happen, tambah bursting out my tears, itulah makanya saya perlukan tempoh bertenang kerana di akhir nukilan ini pasti akan mengusik manusia-manusia yang berhati tisu macam saya, hahaha. Kesimpulannya, plot lain dari yang lain, even kalau kau dapat agak pun, keberangkalian untuk beremosi masih berimpak tinggi. (p/s: Nasib tak baca buku ni di ruang awam, kalau tak mesti orang hairan kenapa budak tu nangis-nangis, kah kah).

Walaupun ada beberapa part yang agak bland, namun kepuasan dalam helaian yang seterusnya, yang menjawab segala pertanyaan and in the end, I feel content and satisfied. Its like that bland part never happen. Hehe.

Buku ini sesuai untuk siapa?
- Buku ini sajikan tentang penceritaan semula cerita klasik melayu dari sisi yang lain, sisi yang lebih intimate.
- Setiap karakter dalam buku ini tidak disia-siakan kewujudannya
- Buku fantasi aksi yang santai, tapi still make you sit on the edge of your chair.
- Romantik? Barangkali hahahaha.

Akhir kata, I just can't get enough of this book, there is something about this book that I'll remember for the rest of my life. Macam susah sikit nak move on ni, hahaha.

Syabas and thank you Tey for this wonderful book!
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
January 30, 2022
Kepada penulis tey marzuki, percayalah karya sindrom & purnama telah menjadi satu "comfort book" untuk saya selalu ulang, selak baca dan tersenyum sendiri.
.
Untuk novel purnama, sebelum memulakan pembacaan, saya ada membaca review2 di goodread dahulu, dan sedia tahu mengenai gerhana. Jadinya saya seakan berat hati untuk membaca nya. Saya risau tidak akan menemui purnama di dalam nya. Tapi saya silap, gerhana tetap purnama, menyinari dengan cara tersendiri. Malah lagi sweet !! haish tolong la tak boleh tau stop senyum bila part gerhana "peduli dalam diam". kejadian menukar kain luka, dan ayam hutan tu buatkan saya rasa "ahhhhh oke comel !!"
.
Saya sedih bila part purnama luahkan rasa kepada kencana. Dan saya pun seperti kencana, lupa purnama juga manusia. Kasihan dia. Saya fikir dia boleh tanggung semua benda dengan tenang. Tapi rupanya dia memendam satu rasa yg tersangat berat, dia bekorban terlebih lebih dalam semua perkara sehingga perkara itu menjadi sebab yg membolehkan maheswari mengambil kesempatan untuk merubahnya. Haih, kasihan padamu duhai purnama.....
.
Saya sedih juga untuk maheswari. Dia layak untuk bahagia. Merasa bahagia dan menjadi bahagia. Kasihan maheswari. Terlalu ikutkan dendam sehingga menjadi tunggangan iblis. Dan Megat, hurm nampak benar kerana didikan salah ibu bapa yang terlalu mengejar dunia sehingga anak rosak. Sayang seribu kali sayang. Apalah makna harta dunia dan kemahsyuran jika begitu nasib di akhirnya.
.
Eermmmmm boleh tak ada lagi sambungan..tapi nak happy ending. Tak puas baca manisnya kisah afifah dan purnama rasa tak puas...💓💓💓.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
December 10, 2023
“Ketika bulan matahari menyatu, hati yang terpisah pasti bersatu…”

Pada pendapat aku, novel Sindrom dah best tp Purnama berkali ganda lagi best. Boleh bayang tak apa yg aku rasa?

Untuk naskhah Purnama yg merupakan sequel kpd Sindrom, penulis improved banyak. Dari segi jalan cerita yg fast pace, begitu juga laras bahasa yg digunakan klasik tp mudah difahami. Setiap karakter adalah lebih kuat dan menonjol.

Muncul watak-watak baru spt Maheswari dan Gerhana yg menyedapkan lagi kisah Purnama. Mereka watak antagonis tp bila dah sampai pertengahan kita akan tahu apa sebenarnya yg terjadi sampai merubah hidup Maheswari dan Gerhana. Kali ini bukan hanya kisah cinta dan merentas masa yg dihidangkan kpd pembaca tetapi ada diselitkan unsur ilmu hitam utk memantapkan lagi cerita ini.

Pasti yg menjadi persoalan utama bagaimana cerita Purnama ini akan berkembang kerana Purnama dan Afifah sudah dipisahkan oleh jarak masa yg terlalu jauh. Adakah hanya sekadar merindui antara satu sama lain?

Dalam “Purnama” juga akan terungkai tentang perkaitan belati dan gelang yg dimiliki oleh Purnama Nilam dan Afifah. Di sini baru kita akan faham knp Afifah dan Purnama ditakdirkan bertemu.

Kesimpulannya, aku suka sangat dgn novel ini. Tahniah kpd penulis. Cuma aku rasa kalau dikembang dan dibangunkan lagi watak-watak akan jadi lebih baik dan lengkap. Macam tak puas bila baca kisah setiap watak spt Purnama Nilam, Afifah, Suria Kencana, Seri Cahaya,Tracy dan beberapa watak lagi.
1 review
September 3, 2021
Hai assalamualaikum hehe
Sis baru je selesai baca sindrom dan purnama. Sejujurnya nk cakap yg saya bukanlah peminat novel yang menggunakan ayat2 melayu yg baku (i mean zaman dulu...yg guna word mcm 'tuan hamba') tpi lepas baca novel ni terus jatuh cinta..haa gitew

- jalan cerita yg unik.
- penggunaan perkataan yg baik. Ayat² yg puitis giteww
- sweet hahah..pada saya sweet kasih sayang antara afifah dan purnama..sgt klasik..walaupun tkde ayat² yg sweet tpi saya suka..x terlalu romantik..sbb saya x suka ayat² romantik hahah
- penulis membawa pembaca ke dalam zaman dahulu..sgt real..saya suka heheh
- menanam semangat patriotisme dlm diri..utk pertahankan negara..ada cerita pasal peperangan..sgt best!

Tu je kut review saya..and lgi satu..kalau korang nk baca novel purnama ni kena baca novel sindrom dulu..pada saya Purnama lagi best daripada sindrom. Ok tu je tq..
Profile Image for Izma Normaizatul.
8 reviews
September 5, 2023
Sebenarnya bintang yang ada dekat rating ni tak cukup sebenarnya. Patut ada rate infinity rate. Sebab tak tergambar perasaan ni happy nya dapat jumpa buku ni. Cinta, persahabatan, aksi, magis, lengkap! Percintaan afifah dan purnama haih, manisnyaaa tanpa perlu sentuhan atau ayat cinta yang melebih lebih pun sampai betul rasa cinta tu. Persahabatan suria dan purnama, bagaimana keadaan menyebabkan Maheswari menjadi mangsa keadaan. Ego nya bapa Megat menyebabkan Megat menjadi mangsa. Semua susunan tu suka sangat. Tapi tak puas dengan penceritaan asal usul gelang dan belati perak tu. Mengharapkan penceritaan yang lebih untuk part tu. Sedih tengok perkataan tamat dekat hujung buku. Tapi dalam masa yang sama happy untuk purnama dan afifah.
Profile Image for Amiratul Afida.
29 reviews3 followers
March 23, 2020
kurang drpd 24 jam sy berjaya hbskan pembacaan novel ni...tiada 1 perkataan pun sy tinggalkn kerana pemilihan diksi oleh penulis yg luar biasa kerana tidak menggunakan diksi biasa yg mana diolah dlm ayat dan frasa yg ckup indah...judul yg menggunakan nama watak utama pengkisahan novel menjadikan pembaca sgt2 teruja utk mengetahui kesinambungan drpd kisah sblumnya dlm novel Sindrom. masih mengekalkan kisah di luar logik akal menambahkan lg keistimewaan novel ini. konflik penceritaan yg tidak memberatkan otak menjadikan novel ini sgt sesuai dibaca oleh pembaca yg mencari ketenangan melalui pembacaan...sgt membuai jiwa kisah cinta hero dan heroin yg mana manisnya tidak keterlaluan. nilai tambah buat novel ini yg bebas drpd sbrg babak lucah mahupun ganas melampau malah mengangkat agama Islam sbg cara hidup seharian dlm mendepani apa jua rintangan. sgt sesuai dibaca oleh segenap lapisan pembca.
tahniah kpd penulis dan teruskan menulis...smoga trus sukses dlm dunia penulisan tanah air.

#readingbookschallenge
#teymarzuki
#dearnovels
Profile Image for Nurnadzirah Rodzi.
1 review5 followers
March 8, 2020
Sejujurnya bila membaca naskah hasil nukilan penulis kak Tey memang benar-benar sampai ke lubuk hati hamba. Lenggok gaya bahasa yang digunakan sangat sesuai dengan genre yang dibawanya. Setiap plot yang dibangunkan sekaligus mengingatkan hamba pada Sindrom. Cuma permainan emosi kali ini agak berat berbanding novel yang pertama.
Setiap watak yang wujud, digarap dengan begitu teliti terutama sekali watak utama Purnama Nilam. Cliff hanger yang diletakkan juga bagus. Hamba suka. Tahniah kepada penulis kerana telah berjaya hasilkan sebuah naskah yang penuh dengan ilmu. Semoga Kak Tey terus sukses ya!

"Sisi yang cerah, akan tetap bersinar walaupun cuba dikuasai oleh kegelapan."

Displaying 1 - 30 of 48 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.