Maafkan aku, Deeja. Tolong jagakan adam untuk aku. - MAYA
Satu mesej ringkas daripada sahabat baiknya, Maya telah membuatkan hidup Deeja berubah 360 darjah. Anak kecil yang tidak berdosa terpaksa membayar harga kesilapan yang dilakukan oleh si ibu.
Atas dasar tanggungjawab, Deeja mengambil keputusan untuk menjaga Adam. Siapalah yang tidak jatuh sayang pada si comel itu? Kehadiran Adam telah merapatkan lagi hubungan Deeja dengan rakan sekerjanya Aali Jazimin yang sarkastik, misteri dan perahsia. Kedatangan Adam juga telah menyingkap satu rahsia AJ yang selama ini tersimpan kemas.
“Aku takut budak-budak. Aku ada pedophobia. Jadi jauhkan Adam dari aku.” - AJ
“What? Pedophobia? Astaghfirullahalazim... Aku tak sangka selama ni kau bernafsu pada kanak-kanak. Itu jenayah dan berdosa pula tu!” - DEEJA
“Woiii... Aku sebut tadi pedophobia bukan pedophilia, mangkuk!” - AJ
Pelbagai cabaran perlu ditempuhi untuk membesarkan Adam. Deeja bukan sahaja perlu berdepan dengan tohmahan masyarakat, dia juga perlu menepis kebencian ayahnya yang melarang dia untuk terus menjaga Adam.
“Kalau kau dah gatal sangat nak jadi ibu, biar aku carikan kau laki. Masa tu kau jagalah anak sendiri! Tak payah sibuk nak jaga anak orang yang dah tentu-tentu tak sah taraf!” - ENCIK YAACOB
Dugaan silih berganti namun AJ tak pernah berganjak dari sisi. Lamaran yang diterima membuatkan Deeja dijamah rasa terkejut.
“Why me? Why do you want a broken person like me?” - DEEJA
“Well... I'm not here to fix you. Aku di sini untuk berkongsi beban bersama kau. Tu aje.” - AJ
“You got a terrible mind, AJ.” - DEEJA
“Really? Because the only thing on my mind is... You.” - AJ
Ada sesetengah cerita dipendam kerana ia terendam dengan duka. Berkongsi hidup bermakna mereka perlu berkongsi rasa sakit bersama. Apakah rahsia yang tersimpan di sebalik fobia yang AJ alami? Mampukah seorang Deeja membantu AJ untuk sembuh? Bagaimana pula dengan nasib Adam? Adakah Maya akan pulang menuntut si kecil?
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.
Akan ada masanya, kau akan dipertemukan dengan seseorang yang saat kau bersamanya, kau mengenal makna cukup. Yang dalam kesederhaannya, membuatkan senyum tetap hidup dan cukup. Kesederhanaan itulah alasan untuk bahagia.
Saya. Suka. Novel. Ni. TITIK 🥰
Entah kenapa, bila baca novel ni... hati bersalut bahagia. Entah kenapa, bila baca novel ni... senyuman sentiasa terukir di bibir.. Entah kenapa, bila baca novel ni... kesedihan bagai menjentik rasa. Entah kenapa, bila baca novel ni... terserap aura positif ke dalam diri.
Siti Khadeeja
"AJ, hati yang baik akan sentiasa gembira walaupun takdir yang datang tak selalu menggembirakan."
Mulianya hati seorang Deeja, sampai ada yang ambik kesempatan di atas kebaikannya. Tapi dia tetap seorang wanita yang kuat dan cekal walau sering kali terluka. Kebaikan yang dilakukan bagai tiada kesudahan. Memang sukar untuk menemui seorang Deeja di bumi yang nyata ini. Tapi semua itu tak mustahil. DEEJA ada, tapi bukan di sekeliling kita. Dia ada, sebagai wanita kiriman Tuhan untuk mereka yang terpilih. Dialah penawar hati. Dialah bunga yang mewangi. Dialah bidadari tanpa sayap untuk AJ. 😘
Aali Jazimin
"Aku selalu rasa Deeja itu bidadari. Bidadari tanpa sayap. Dia sentiasa mahu menghulur bantuan tanpa memandang siapa yang ingin dibantu. Dia sentiasa mengosongkan hatinya untuk kasih sayang yang tak berbelah bahagi."
Seorang yang sarkastik, misteri dan penuh rahsia. Jiwanya tercedera. Dibenci oleh orang yang paling dia sayang adalah suatu luka yang paling dalam. Semuanya berlaku disebabkan satu kejadian yang tidak disengajakan. Sehingga dia mengalami pedophobia. (Takut kepada budak-budak.) Hadirnya Deeja dan Adam seakan memberi satu nafas baru dalam hidupnya. Bila hati dijentik dengan perasaan kasih dan sayang, lahir rasa tanggungjawab dan cinta yang tak berlebihan. Cukup sederhana. Atas reda Sang Pencipta. Sampai ke akhir cerita, dia sememangnya superhero idaman hati Deeja. 😍
Naim
"Kagumlah dengan hati sendiri. Walau pernah diabaikan dan ditinggalkan. Tapi masih saja dia kuat untuk tetap bertahan."
Seorang sahabat sejati. Yang selalu ada untuk AJ dan Deeja. Menasihati mereka tanpa ragu. Memujuk hati mereka tanpa jemu. Sentiasa menjadi 'alarm' dan doktor cinta buat seorang AJ. Dan menjadi 'bodyguard' seorang Deeja.
****
BTS, bukan kisah cinta antara lelaki dan perempuan semata. Cinta itu konsepnya luas. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah saw dan dijadikan ikutan, cinta kepada ibu bapa, cinta sesama adik-beradik, cinta kepada sahabat dan cinta kepada orang di sekeliling kita yang mengajar kita erti kebaikan. Cerita ini bagi saya suka rencah. Ada gembira, sedih, geram dan kata-kata dalam novel ni pun semua best-best. Dapat menyuntik aura positif dalam diri kita. Rugi sangat kalau korang tak baca.
Deeja tu memang sebaik-baik hati manusia, sanggup berkorban apa saja demi melihat orang yang disayangi bahagia. Moga ku dapat meniru keperibadiannya itu. Paling saya jatuh cinta, opkoslah watak AJ. Lelaki kiriman Tuhan yang punya kekurangan tapi sentiasa reda dan ikhlas menerima ketentuan hidup. Walaupun dia ni sejenis annoying, rasa nak hempuk je time dia sarkastik tu tapi bila dia dah start bertukar jadi gentleman, korang mesti cair. 😁 Yang paling ku tak boleh lupa, part dia mula nak memikat Deeja. Bagi coklat tu biasa-biasa je, tapi bila dia hadiahkan Deeja bulu ayam tu, ku gelak tak hengat. Ada simboliknya tau. Kalau nak tahu kenalah baca. Satu lagi part Hud (abang Deeja) & Umar (kembar Deeja) interview AJ sebelum diorang kahwin. Soalan dia pasal basic agama dan ada yg buatku gelak jugak. Pokoknya, ada banyak sangat part menarik dan menyentuh hati dalam BTS. Cubalah selami dengan mata hati.
Siti Khadeeja & Aali Jazimin, kedua-duanya dicipta untuk saling melengkapi. Berkongsi kebahagiaan dan rasa sakit yang sama. Mencintai tanpa ada sebarang sebab.
Memang cerita ini akan buatkan mood korang bahagia dengan cara sederhana. Really recommended. 5 ⭐️ untuk BTS. Congrats kak Ezza Mysara. Semoga terus menulis dan sentiasa menjentik aura positif dan bahagia dalam hidup mereka yang tanpa jemu menyokong karyamu.
Asalnya novel ni tak masuk dalam list PBAKL tapi bila tengok review kata best maka beli jugak... Dah habis baca risau pulak merosakkan rating buku ni so setelah ditimbangtara i maintain 5*.haha..
Dah lama rasa tak baca karya Ezza Mysara. Jadi rasa berbeza style dengan novelnya yang pernah saya baca. Bila baca Bidadari Tanpa Sayap ni buat saya teringat style Rehan Makhtar.Tapi bukan nak kata style sama cuma terasa dijiiwa setiap ayat2 yang dituturkan watak2 dalam BTS ni. Membuai perasaan dan dalam masa yang sama mendidik pembaca. Saya suka style sebegini maka saya bagi 5*.
Dari segi plotnya tidaklah berat atau complicated,sekadar mungkin kisah2 biasa dalam kehidupan seharian cuma yang luar biasa bila dihayati bagaimana penerimaan watak2 dalam BTS ini terhadap ujian yang menimpa. Harap diteruskan style sebegini dalam karya seterusnya!
Boleh tak nak bagi semua bintang dilangit khusus untuk naskhah Bidadari Tanpa Sayap ini.
Sejujurnya, inila pertama kalinya aku membaca naskhah hasil tulisan daripada Ezza Mysara. Aku pon tak tau kenapa sebelum ni aku tak follow karya2 beliau.. Adalah beberapa orang yang rekomen aku untuk baca buah tangan EM ni. Dan ini yang pertamanya.
Bagi aku novel BTS sangat sempurna garapannya. Cukup rencahnya. Hingga aku terbuai-buai dek penangan BTS ini. Aku target nak habiskan naskhah ini dalam masa paling lewat seminggu. Yalah, novel ini tebal . Hampir 800ms. Tapi bila aku start baca, tanpa sedar aku dah cecah 200ms yang pertama. Nampak tak, betapa BTS ini mengkhayalkan. So aku cuma mengambil masa lebih kurang sehari setengah untuk khatam.
Watak-watak dalam BTS ini juga dihurai dengan cukup sempurna. Aku tabik bila EM mampu mencipta watak wanita yang sekuat dan setabah Siti Khadeeja ini. Masya Allah. Andailah bidadari itu wujud di dunia ini. Watak Deeja ini terlalu sempurna. Dengan sikap sabarnya. Sikap tabahnya. Andai aku mampu sekuat dia. Alangkah indahnya. Andai aku juga mampu menutup telinga mendengar segala tohmahan orang. Fuhh.
Aali Jazimin aka AJ. Sikapnya pada awalan cerita nampak tersangat la kasar. Bahasanya..uiii kalah makcik bawang. Setiap bait-bait ayat yang dituturnya ibarat bom atom yang mampu memusnahkan. Berbisa. Tapi dalam sikap kasarnya, tersingkap sesuatu yang tak mampu kita lihat dengan mata kasar. Dia penghidap Phedophobia. Dimana dia tak mampu untuk mendekati bayi atau kanak-kanak. Macam mana dia boleh jadi macam tu. Kenala baca. Boleh dikatakan AJ ni sangat misteri. Kebanyakkan perihal dia rahsiakan daripada pengetahuan orang. Tapi dia seorang yang sangat caring. Boleh nampak macam mana dia protect Deeja saat mula-mula dia jumpa Deeja.
Naim. Bagi aku Naim ni wataknya mewarnai BTS ini. Entahla. Aku rasa watak Naim ni melengkapkan sebuah cerita antara AJ dan Deeja. Persahabatan antara Deeja, AJ dan Naim. Setiap bait kata yang ditutur oleh Naim, banyak buat aku tergelak sendiri. Cara dia nak kenenkan antara Aj dan Deeja mencuit hati aku. Nampak effort dia untuk satukan AJ dan Deeja. Walaupon kedua orang tu tak meluahkan yang mereka sebenarnya ada hati antara satu sama lain, tapi Naim nampak hal itu.
Maya, merangkap kawan baik Deeja. Tapi dia telah membuat kesilapan dalam hidupnya hingga lahirnya seorang bayi dan ditinggalkan bayi itu dengan Deeja. Ya setiap orang pernah melakukan kesalahan. Dan itu bahagian Maya. Tambahan pulak dia langsung tak dapat sokongan daripada sesiapa melainkan Deeja. Dia jadi putus asa lalu meninggalkan anaknya, Adam bersama Deeja. Golongan seperti ini sebenarnya perlukan sokongan daripada orang terdekat bukan tohmahan.
Ke 4 watak yang aku huraikan ini adalah antara 4 watak yang penting dalam BTS. Watak-watak inilah yang menghidupkan naskhah BTS ini hingga ia menjadi sebuah cerita yang sangat-sangat menarik.
Adalah beberapa watak langau yang diwujudkan dalam novel ini. Sebagai penambah rasa. Antaranya Rita yang merangkap teman serumah Deeja dan Maya. Amran, orang yang bertanggungjawab memusnahkan hidup Maya. Puan Jamilah, pemilik rumah sewa Deeja, Maya dan Rita. Encik Yaacob merangkap ayah Deeja yang membenci anaknya hanya kerana anaknya perempuan dan kurang cerdik. Lastly, Puan Suraya merangkap ibu AJ. Dia membenci AJ hanya kerana satu peristiwa hitam. Aku tak taula kenapa wujud emak dan ayah macam tu. 😡
Dan apa yang paling best dalam novel ini adalah, tempatnya di Kuantan. Setting tempat dalam novel ini hampir Keseluruhannya di bandar Kuantan. Tempat tinggal aku. Bila disebut tentang sesebuah tempat tu, aku akan bayangkan scene tu dilakonan disitu. 😅
Psst : boleh tak EM buatkan sebuah novel based on Next Chapter yang ditulis Shinyu tu? Sebab kalau ia dijadikan sebuah novel, sangat menarik.
Bidadari Tanpa Sayap is the second book I read that's written by Ezza Mysara and I can only say I regret not reading it sooner! Took me a week to finish because I decided to appreciate each and every line written. As usual, I started my journey without reading the blurb and I recommend you do the same.
What I love the most about this book is all the characters have flaws. And that's okay because nobody is perfect. But.. how come nobody warned me that this book will take me on a crazy rollercoaster of emotion??
My girl Deeja had to go through all sorts of things, yet she was able to stay positive and look at the bright side every single time. With every challenge and hardship, one man stood by her side. AJ - her frenemy, is a guy with a sharp tongue that spoke whatever he felt.
Fast forward, they develop feelings for each other. You can see AJ's fatal attempts in courting Deeja. If I were her, I'd crawl towards AJ right away because the dude is just ughhh!!
Aali Jazimin is the standard, y'all!!!
But don't be too chill, the moment AJ showed his weakness... My heart hurts for him, for real.
I. Can't. Take. It.
I spent the night sobbing my heart out throughout the last 20% of the book. It was really heart-wrenching, and I know I shouldn't be saying this, but I still loved it. Let me share you the lines that absolutely destroyed me.
“Terima kasih sebab pinjamkan abah awak siang tadi.”
“Terima kasih juga sebab awak pinjamkan ibu awak pada saya.”
Memang totally unexpected. Dah lama in a reading slump. Baca beginning pun slow je. Sampai tengah tu memang enjoy sangat! Bersemut baca 🤡 Sweet betul AJ and Deeja 🫶🏻
Cuma 2 je saya kurang:
1. Cik Mah tu jerit kat Deeja yang PTSD and tengah pegang pisau tu 🙂 Lagi bahaya buat org PTSD terkejut kan..
2. Note Deeja tinggal utk AJ tu rasanya unnecessary senanya. Mungkin nak bagi nampak real, tapi kot ye pun boleh je tulis as simple as ‘bye’ 🤷🏻♀️
Tapi apapun, memang enjoy sangat! Best baca hubungan suami isteri AJ and Deeja ni ❤️
Update 2nd time baca:
Ee, baru teringat knp annoyed sgt dgn Deeja. Adoi, sesuka suki buat decision utk tinggal AJ semata nak mak AJ syg AJ. Ikut logik, apa guarantee yg Deeja tu ada yg mak AJ akan still syg AJ even after dia pergi??? Iolls confused dgn her thinking? 🧐 Dah tengah mengandung, sorok kandungan dah satu hal.. ni nak tinggal pula 🤦🏻♀️ Then, confused knp AJ marah after reunion?? Nyah 🤏🏻 A bit confusing ya Deeja punya train of thoughts and common sense
1 bintang dibawa lari Deeja & kenapa ending dgn bapa Deeja macam tu jee?
Actually, awal bacaan aku dah tertarik dengan cara penceritaan. tapi bila sudah makin ke tengah graf bacaan aku menurun sebab bagi aku terlalu banyak penggunaan quotes & pengajaran yang diguna pakai dalam perbualan antara AJ dan Deeja membuatkan aku agak 'bosan' sedikit. Tetapi, banyak juga ilmu yang boleh dapat dari bacaan 👍. AJ love language & as a husband is asdfghjklmno.
Sedap dibaca. Perjalanan cerita lancar. Cuma tertanya-tanya kenapa Deeja begitu baik sekali? Simpati betul terhadap perjalanan hero dan heroin cerita ini yang punya latar belakang tak berapa baik dengan keluarga masing-masing. Syabas untuk penulis! Lima bintang!
🤗🤗🤓Assalamualaikum ,selamat pagi,semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.
😉😊🤓 on the way ke office ni,nak review sikit novel terbaru novelis Ezza Mysara ,Bidadari Tanpa Sayap (BTS). Sudi² lah baca ye 😉.
🕊B- Berbaloi baloi memang sgt berbaloi untk beli & membaca BTS.kenapa? ..erm mmg cukup rencah dgn seribu satu macam emosi.ada part kelakar memang ketawa besar juga sorang² masa baca tu,time part sedih cover² juga lap birai mata bila ' mata mula berpeluh'(ayat ni cik penulis y ajar ngeee), bila bab geram ngan mulut puaka si rita rasa macam nak sekeh je dia tu hahaha.Paling suka part abang² Deeja interview bakal adik ipar dia (siapa?? Nak taw kena baca sdri ,x nak jadi spoiler),kelakar tapi perlu djadikan teladan dlm memilih bakal imam kepada adik dia si abang mementingkan ilmu agama bakal pemimpin adiknya.
🕊T - Terbaik bila byk pengajaran yg dpt dalam novel nii, dalam bersahaja penulis bijak menasihatkan kita kepentingan membaca surah al mulk ,dll,kepentingan dan fadhilat tahajjud serta dhuha,doa dan mutiara kata yg indah.
🕊 S- Sabar itu indah,sabar juga satu nikmat y wajib disyukuri,sabar juga amat diperlukan utk baca novel ni sbb jln cerita nya menarik myebabkan saya tak sabar nak habiskan ,nak langkau sayang hahaha,Sesungguhnya Pujian Bagi ALLAH yang mengurniakan ilham yg baik pada cik penulis.analogi tentang kopi dgn gula, philosophy tentang kasut dengan jodoh sangat bijak,menyebabkan kita sbg pembaca tersenyum sendiri.ada benarnya apa y ditulis penulis.
P/s: 5 bintang per 5 bintang.panjang pula review ni,byk nk tulis lagi,tapi takut org bosan nk baca hahaha.k terima kasih cik ezza kerana menulis cerita y best ni,tqvm juga y baca entri saya ni.
NOVEL : Bidadari Tanpa Sayap PENULIS : Ezza Mysara
Boleh ke salahkan novel ni sampai terlupa nak buat persiapan raya di malam raya nan hening ini? Gitu... Tidak sia-sia memilih novel Bidadari Tanpa Sayap ini sebagai penutup Ramadan. Kemain ayat. Tapi, sejujurnya novel ini bagi saya memang best. Cukup rencah. Ada tawa, ada duka...
Novel ini membawa kita mengenal kisah Deeja, si gadis penjual bunga dan AJ, si penghantar bunga. Tidak Deeja menyangka, AJ sebenarnya telah lama memendam rasa cinta buat Deeja sehinggalah lelaki itu punya keberanian meluahkan segalanya. Akhirnya, dua hati disatukan. Tapi, cinta mana yang tidak memerlukan pengorbanan? Cinta mana yang tidak diuji?
Tahniah buat Ezza Mysara atas kelahiran novel yang penuh warna ini! Kalau didramakan, Mira Filzah sesuai watak Deeja. Gitukan dah fikir siapa pelakon.
Sebab tanggungjawab & sayang dekat Maya, Deeja jaga Adam. Adam jugalah yg merapatkan hubungan antara Deeja & AJ🤭Aali Jazimin nama diberi (haih nama pon hijau eh)
Deeja & AJ dh lama kenal sebab dorang kerja sama-sama. Kehadiran Adam membongkarkan rahsia AJ yg satu. Which AJ ada Pedophobia (takut dengan budak🥺)apa puncanya?
Banyak cabaran dan kisah yg terungkai dari Deeja & AJ😣masing-masing ada kisah sedih yg tersendiri☹️apakah itu? serious kena baca😖AJ & Deeja saling melengkapi masyaAllah sempurna sangat😫dialog dorang wow😍Ad suka sangat every words dalam ni. Both of them sweet sangat towards each other.
MasyaAllah, indahnya kata-kata dari buku kak Ezza Mysara ni🥺my comfort book🙆🏻♀️Ad suka sangat sangat it's really comfort me✨AJ memang top list favourite character Ad😏baca tau korang! menyesal tak baca awal😭sila cari, beli, baca🤍jap last ayat from AJ to Ad eh i mean Deeja😜
Bestnye la buku ni. Ada lawak dgn keletah si aj dan deeja. Sedih pulak sedih sgt 😩🥹 menitik jgk air mata. Haih nak hunting novel sis ezza mysara yg lain 😊
Membaca novel ni tanpa tahu sinopsis adalah pilihan yg tepat sbb dlm sinopsis ada diselitkan spoiler..Bergenre slice of life..Ceritanya comel dan juga pedih bagi aku..Novel ni buatkan aku jatuh cinta dgn gaya penulisan Ezza Mysara sbb karyanya diselitkan unsur dakwah dan agama..Nak bg 5 bintang tp 1 bintang lg tu dibawa lari Deeja
Deeja & AJ ------------------ Samanya mereka, jauh dpd kasih sayang ahli keluarga. Deeja disisih oleh ayahnya hanya kerana dia seorang anak perempuan, manakala AJ disisih oleh maknya kerana kesilapan yg tidak disengajakan di zaman kanak2nya.
Bezanya mereka, Deeja sentiasa positif, sentiasa terlihat tulus ikhlas dalam byk perkara, sentiasa mendahulukan insan2 yg tersayang melebihi dirinya sendiri, sentiasa telus sehingga mudah diselam jiwanya.
Manakala AJ, perwatakan tak selari dengan peribadinya...tuturnya sarkastik tetapi hatinya baik, maka dia cenderung mengguris perasaan org lain tanpa sengaja. AJ membina batas pergaulan demi melindungi kelemahannya... yg menjadi rahsianya bertahun2 lama...sehingga menjadikan trauma dlm hidupnya.
Adam ---------- Si kecil yg merupakan amanah yg dititipkan buat Deeja. Dia menjadi keutamaan hidup Deeja tetapi merupakan kelemahan AJ yg paling utama. Dan dia juga menjadi alasan rapatnya Deeja & AJ sehingga tanpa sedar, terbit rasa cinta yg semakin hari semakin tidak ternafikan. Demi Adam, mereka berkahwin.
Sesungguhnya, perkahwinan adalah utk saling melengkapkan. Lompong kasih sayang yg mereka rasa, ditutupi oleh baiknya layanan mertua. Mereka bahagia dengan cara mereka.
Sehingga suatu masa, rahsia AJ bukan lg rahsia. Sehingga di suatu ketika, bahagia mereka diduga. Kebaikan Deeja menjadi kelemahannya...menjadi punca kepada perpisahan mereka. Seorang AJ kehilangan bidadarinya dalam kudratnya menggapai syurganya. Dia tak boleh tamak utk menggenggam kedua2nya, kerana adakalanya perkara terjadi perlu dibayar dgn harga...bahagia perlu dibayar dgn luka, senyum perlu dibayar dgn airmata...
Kisah ini tentang betapa kebaikan mampu membawa kepada lebih byk kebaikan.. tentang betapa besarnya kuasa kasih sayang .. tentang perlunya manusia sentiasa bersangka baik dengan takdir Tuhan... juga tentang setiakawan.
YA ALLAH, tak tahu nak cakap betapa sukanya cerita ni sampai bila habis tu perasaan dia sedih benar. Sedih sebab dah tamat.... T_T (Tebal dia 800 lebih tapi langsung tak rasa meleret.)
tak melampau kalau aku cakap, ini antara karya EM yang paling BEST BEST DAN BEST! Feeling perasaan ni sama masa baca Bukan Cinta Secondhand. Mungkin berkonsepkan cerita yang hampir sama iaitu jaga seorang baby. Dan sungguh, aku tak boleh nak predict langsung hala tuju cerita ni.
1st. Aku tak pernah tahu kewujudan penyakit Pedophobia. Pedophilia tahulah. ini yang menambahkan rencah cerita ni. sebab buat kita tertanya-tanya mcm mana AJ boleh kena fobia macam gitu?
2nd. Aku suka kematangan antara AJ dan Deeja. Cukup manis tapi langsung tidak keterlaluan.
3rd. Aku suka watak sampingan dalam cerita ni. Naim, Shinyu, Hafiy, Maya (Walaupun menyampah dan sakit hati pada dia), abang-abang Deeja. Tak terfikir langsung yang abang2 dia interview AJ siap masuk rukun negara. Seriously? tersembur ketawa.
4th. Aku pun rasa watak antagonis dalam ni tak melebih lebih. Tapi tetap rasa nyampah kat Rita, Amran, En Yaacob dan Pn Suraya.
5th. Aku suka ada cerita2 Shinyu dalam tu. Watak Leo dan Alya. tapi kisah mereka macam tergantung. Mungkin EM sengaja gantung sebab ada sambungan ke kan? (Aku je ke yang rasa macam ni eh?)
6th. Seperti biasa. buku2 EM akan banyak pasal tazkirah, motivasi, quote2 best yang aku tak boleh nak list sebab banyak sangat yang best.
7th. Ada jugak plot twist sikit. Aku dah agak dah tekaaan aku betul. Rupanya meleset. Eh rupanyaaa... bacalah sendiri.
8th. aku suka sebab konflik cerita ni bukan pasal cemburu buta ke tak percaya ke apa ke? konflik dia........ (baca sendirilah)
..... dan banyak lagi aku suka tapi takut terbagi spoiler.
NOTA KAKI: TAHNIAH EZZA MYSARA! saya dengan ini menyusun sepuluh jari agar EM boleh buat sambungan pasal watak Umar. Sukalah watak dia tu. =P
Sebenarnya nak bagi 3.5⭐ jer buku ni tapi aku tekan lah jugak 4 ⭐ sebab Ezza Mysara garap cerita yang agak menarik walaupun aku jadi 💆🏻♀️💆🏻♀️💆🏻♀️
Aku sebenarnya masih sedang memikirkan apa kah jenis review yang patut aku tulis dalam Goodreads ni.
Perasaan ingin tahu aku pasal kenapa buku ni famous kat TikTok telah bertukar menjadi 'penambah anger issues' menghampiri penghujung buku ni atas sebab apa yg Deeja buat dalam buku ni💆🏻♀️💆🏻♀️💆🏻♀️
Dapatlah aku simpulkan orang yang rating & rasa macam buku ni best gila sebab nak orang macam AJ atau lebih lagi; rasa macam boleh relate dengan Deeja adalah orang yang mempunyai pemikiran tipikal iaitu cara berfikir & membuat keputusan yang agak cetek akal ye 😒
Maybe sebab aku ni bukannya perempuan yang tipikal (kut) sebabtu aku tak suka cara Deeja buat tindakan? Aku ada banyak gila benda yang aku tak setuju dengan Deeja sebenarnya salah satunya keputusan dia untuk jaga Adam tu. Bagi aku, kalau nak jadi baik pun berpada-padalah. Takkan lah sampai camtu sekali?
Juga, untuk sesiapa yang bertanya, "Mana lah nak cari laki macam AJ ni ye 😍??," untuk makluman anda, lelaki macam AJ atau.. lelaki yang lebih baik dari AJ pun masih ramai lagi atas muka bumi ni. Dengan syarat jangan buat benda bodoh macam Deeja buat tula kat akhir cerita ni 🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️
Aku rasa agaknya tulah benda yang Ezza Mysara nak sampaikan dalam cerita ni. Which is, sebaik mana pun manusia dalam bumi ni, tetap ada jugak yang tak sempurna macam Deeja (actually cara Deeja tu buat baik tetap adalah cara yang aku tak setuju 😒)
Aku rasa sampai situ jer kut bebelan review aku pasal buku ni kut. Sekian, terima kasih.
First time baca hasil penulisan EM...ternyata berbaloi. Memang best cita ni. Saya suka sangat dengan watak seketol AJ ni dan seketol Deeja. AJ so sweet, wlaupun hero & heroin kerja kedai bunga je, tapi still AJ ni sweet sangat aih.
My second book by Ezza Mysara. memang buku dia semua buat orang nangis ya 😤😤
aku faham kenapa semua orang sayang gila buku ni. Cinta dan kasih sayang AJ terhadap Deeja cukup menutup ketidaksempurnaan dia. AJ love language is just 💥💳💥💳💥💳.
i love every conflict, every plot in this book. aku suka ayat ayat AJ (kadang tu mesti la rasa nak sepak je AJ ni 🙄). AJ ni mulut puaka tapi kalau dah manis tu, terlebih gula betul, bukan takat Deeja je jatuh hati, aku pun ikut sama 😤
Conflict dalam buku ni ada pasal kekeluargaan & kawan. stress juga baca conflict kekeluargaan tu sebab tak faham kenapa ayah dia macam tu??? apa sebab dia benci sangat?? gituh.
Khadeeja. Polos tapi degil. Sikapnya yg terlalu suka membantu orang sekeliling tanpa prejudis wajarlah dia digelar bidadari tanpa sayap oleh Aali Jazimin (AJ). Deeja dan AJ kombinasi dua orang yg sangat comel bagi aku. Suka dengan cara AJ menjaga Deeja selama mereka bersahabat. Kehadiran Adam yg meresahkan AJ kerana kejadian silam dalam keluarganya sehingga dibenci oleh ibu sendiri. Novel ni kisahnya dekat dengan realiti dan telah menambat hati saya dari awal baca blurb lagi. Jadi, 5 bintang utk BTS. Tahniah penulis 😁
Dan Shinyu? Pandai mereka sorok rahsia. Kesian Deeja sampai sudah kena kelentong... 😅
Tergerak beli novel ni sebab rating tinggi. Sejujurnya saya suka jalan cerita yang tidak terlampau rumit. Konflik cuma sekejap dan tidak berlebihan. Saya suka.
Banyak ayat² yang saya tanda dalam novel, asyik dan menyenangkan.
Read this book in 5 hours straight. Truly a page turner.
Saya suka semuanya dalam buku ni maybe involve personal reason jugak. Kisah Deeja dan AJ yang saling melengkapi, sengal, sweet, misteri aihhh. Tersenyum, berkerut, sebak sorang sorang baca buku ni.
WHAT’S THIS ABOUT?:- Mencintai orang yg sama tanpa tapi kenapa dan sempadan. The only thing i know is i love you. Why? Let’s discover together, haha. This book is about ‘sayap’ or something, is this about terima apa seada nya? Okay. Berkongsi pain? And takdir.
Karakter : **AJ** - sarkastik misteri perahsia grumpy suka mengusik Deeja aje 😝 caring dan prihatin , bgs lah takdelah peramah tak bertempat . Putih merah, mata bundar , mulut nipis elok kurus tinggi suka pakai cap terbalik
**Deeja** - Dia kuat tapi bukan acah2 kuat dan seeker attention, she broke when she sad she smile when she want to. She control her life just like a queen own her life, she deserve everything in life. She’s an angel not just because she’s kind but how she see everything with kindness and the benignity emited within her. Her wings is her effection
PLOT :- Semua bermain dan berkaitan dengan takdir, kemana takdir ini akan membawa mereka? **Maya** dengan anak luar nikahnya dan dibuang family (tak normal). **Deeja** pula ayah nya tak pernah sayang anak perempuan (tak normal). **AJ**? **Adam** anak luar nikah maya lahir didunia tanpa tahu apa perjalanan yang akan membawa dia.
MY IMPRESSION : Best lah jalan cerita dia, pergaduhan pun bukan yang cliché , their humour and keserasian bersama OMG so comel and natural. And his confession??! OMG i want AJ in my life, dia meluahkan keinginan hatinya untuk memiliki dan mencintai Deeja, not to fix her but to with her. CLEAN AND CLEAR. Gentleman!!
And he was forced to flirt with her, but how. Naim yang suruh guna otak dia dan cara dia, so dia gunalah taktik pikat Deeja yg awkward dan cute, it’s really his style. Aku pun tergelak, memikat dengan hati dan cara dia tersendiri ♥️🫶😂 AJ adalah lelaki yg terlalu baik untuk aku lukai, Deeja adalah wanita yg terlalu baik untuk dihancurkan kebahagiaan nya. Laki baik utk perempuan baik ♥️ OMG stop it lah you too!
MY THOUGHTS :- The chemistry and make my hati berbunga2, how come you berubah 120celcius after your confession MR AJ?! Yang best nya buku ni tak drag, dia progressing dengan cepat dan membina karakter dan perasaan, so pembaca memang terbuai dengan buku ni. If you want a comforting, blushing, penuh hikmah, wether you are now broken with your family / takdir / cinta, a wholesome, romantik book, this is perfectz
Ada orang, hati dia bukanlah bahagia mana, tapi bila dia kongsi kegembiraan dan keceriaan, moga hatinya juga mampu bahagia. Ada orang, bukanlah tahu pun doanya mustajab atau tidak, bila dia doakan kebaikan kepada orang lain, dengan harapan doa yang sama jugalah malaikat aminkan pada dirinya. Hidup ini, belum tentu apa yang kita mahu, dapat tercapai dengan hanya terus meminta. Adakala kita perlu terlebih dahulu memberi, supaya apa yang dimiliki dan ingini, tak lokek untuk kita terus berkongsi....
tak tahu ayat ni siapa dan dari mana.. tapi bole relate dgn khadeeja ^.^ dia yang baik, sabar dan jenis nak tlg sume org... walaupun dibenci keluarga tapi tetap masih ade yang sayang.. kawan yg setia dan yg positif.. I really like how the author make the plot twist and entwined with her other works.....
Akhirnya..cerita yang menarik..mula2 cerita memang buat rasa nak baca terus..cuma agak meleret sedikit part AJ nak pikat Deeja..tapi ok balik lepas mereka berkahwin..lepas tu baru rasa seronok baca sampai habis..happy ending..
"Jangan berhenti bertahan =) Tuhan sentiasa adil dalam memberi luka."
Novel ni ceritakan tentang banyak perkara. Kekeluargaan , persahabatan , trauma... Banyak benda yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran dari novel ni .
- AJ dan Deeja . Mereka saling melengkapi satu sama lain . Terharu bila Deeja dalam kesusahan , sentiasa ada AJ untuk membantu . Apabila AJ berduka , sentiasa ada Deeja disampingnya 😭💗
Deeja... I really love her 😭 Selalu utamakan orang lain dulu , sumpah kagum dengan kebaikan hati dia 😭 Macam mana dia boleh sabar dengan ayah dia , Macam mana dia sanggup pikul tanggungjawab untuk tolong jagakan Adam 🏃🏻
AJ... Aaaaaa penat senyum , blushing sorang ii bila dia keluarkan ayat sweet dia tu 🏃🏻 apa soft spoken sangat ni ee 😭 Tapi bila dia keluarkan ayat sarkastik dia tu haih HAHAHAHA , urhm srs hebat macam mana dia bertahan hadap kebencian ibu dia tu 😭 bila dia cuba untuk hadapi phobia dia smpai pengsan argh 😭
Oh ii NAIMMM hehehhdnahde this man 💘 suka tengok dia jadi pakar cinta antara AJ dengan Deeja hoho 🆒 srs dia nmpk matang gila bila dia start keluarkan nasihat dia tu (ノ≧∇≦)ノ ミ ┻━┻
Buku ni eee rugi kalau tak baca 😭 banyak pengajaran yang boleh kita ambil , banyak benda yang buat kita sedar betapa banyak nya kekurangan diri ni . Banyak juga ilmu ii baru yang boleh dipelajari >< Huwaa ayat ii dalam cerita srs comforting gila 😭 indah nya bahasa ii yang digunakan 😔💘 Character ii dalam cerita ni pun fuh 😩 the way they comfort and help each other 🥺 jdbssjsjsjebs bye !
Ok ni 1st time rse nk review novel.. x boleh berenti baca no el ni.. setiap ayat x bosan.. so xde la rse rugi keluarkan duit beli novel ni.. mane nak cari lelaki baik dan penyayang tapi sarkastik macam AJ n perempun yang baik sesangat macam deeja.. kalau nak cerita menarik apa2 watak pon suke hati penulis la nak reka kan n sekadar hiburan untuk pembaca but still banyak pengajaran.. dari kisah cinta sampai la kisah kasih sayang keluarga..