[BOOK 130]
Sus.suk by Nnajwa Azmee.
.
Ini buku pertama penulis. Quite good for the debut.
.
Ini kisah ala-ala seram pun ada jugak. Oh ya, sus.suk ni maksudnya sorok/sembunyi kalau ikut loghat pantai timur. So, takde kena mengena dengan susuk kecantikan tu.
.
Selepas ayahnya dipenjarakan dan ibunya jatuh sakit, Nasuha mula menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dia mengusahakan tanah ibunya untuk bercucuk tanam dan setiap pagi akan bawa sayuran tu ke pasar.
.
Pada masa yang sama, kakak kepada ibunya, Rogayah, akan datang ke rumahnya untuk memujuk si ibu supaya menyerahkan tanahnya kepada Rogayah ni. Dahlah Daud, suami Rogayah pula berperwatakan seperti kerbau dicucuk hidung gitu. Lagipun, Nasuha ni memang dah tahu rahsia Rogayah.
.
Tak lama kemudian, ayah Nasuha, Aziz dibebaskan dan dia kembali ke rumah tu. Mula-mula, Aziz ni perangainya okay je. Tapi lepas tu, jadi teruk.
.
Sehinggalah kematian ibu Nasuha mula membongkarkan beberapa rahsia yang disembunyikan selama ini.
.
Hahah..masa mula-mula baca buku ni, banyak kali aku tertukar nama Nasuha dengan adiknya, Suhana. Pening sis.
.
Okay, basically cerita ni ada la elemen seram. Dan juga misteri tentang Siantang tu. Tapi malangnya, misteri tentang Siantang tu tak dikembangkan lagi.
.
Dan jujurnya, cerita ni agak straight forward je. Tak pening kepala nak fikir twistnya. Mungkin disebabkan dah terbiasa dengan novel Prolog yang wow, so, rasa macam plain sikit la cerita ni. Tapi menarik je.
.
P/s 1: aku terhibur dengan watak Tipin sebenarnya. Comel je budak gemuk ni.
.
P/s 2: tetiba aku rasa, susahnya jadi team Prolog ni. Macam mana dorang nak cari manuskrip yang betul-betul wow. Lagipun, pembaca macam aku ni dah ada high expectation terhadap keluaran Prolog. Semoga sukses PM.