Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anomali

Rate this book
Ini kisah tiga orang manusia;
Seorang boleh baca fikiran.
Seorang pernah menewaskan Krampus.
Dan seorang lagi pernah berdepan dengan beberapa entiti dari alam lain.
Mereka, dan beberapa orang lain harus bersatu untuk menyiasat satu kejadian anomali, yang lebih aneh daripada kejadian-kejadian yang pernah mereka hadapi sebelum ini: kemunculan sejenis entiti yang boleh mengawal dan menjatuhkan hukuman kepada manusia, dan mengaku dirinya sebagai Tuhan.
Sekali lagi Fa’iq kena selamatkan orang, Dani perlu menyiasat, dan Iskandar harus berhadapan dengan entiti baru.
Namun… Adakah ‘sekali lagi’ itu akan menjadi kali terakhir buat mereka?

300 pages, Paperback

First published March 29, 2019

20 people are currently reading
300 people want to read

About the author

Syafiq Aizat

20 books340 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
179 (57%)
4 stars
91 (29%)
3 stars
36 (11%)
2 stars
6 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 61 reviews
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
March 7, 2020
4/5 for Anomali!

Awal2 pembacaan agak blur2 sikit sebab watak2 dalam buku Anomali ni semuanya watak2 dari buku2 penulis yang lepas. Mostly macam dah ingat2 lupa, baca lama sikit baru boleh recall tiap2 watak ni.

Mungkin bagi saya babak diorang lawan dengan tuhan palsu terlampau panjang & sampai dah takleh imagine macam mana dah 😅 yang saya tunggu bila tuhan palsu tu nak kalah je lol.

Anywayy i kinda like that two thousand gay teen & bromance thingy! 😝
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
April 8, 2019
fuhhh.. mula tu, sukar juga untuk aku fahami. (Mungkin sebab terlalu banyak nama watak dan karakter tersebut dalam kelapa), tapi kemudian boleh memahami sikit demi sedikit. Cerita yang bagus dan ada kritikan halus dalam tu.

kadang-kadang tu aku keliru juga dengan dialog. dialog milik siapakah ini. terpaksa, baca berulang kali agar tidak disalahertikan.
Profile Image for Ira Hazlee.
30 reviews11 followers
Read
September 26, 2020
Hohooho..
Akhirnya habiss juga baca.

Total bintang,4.0🤩

1. 2⭐ untuk cover yg cantik yg pada awalnya aku x faham tulisannya tapi disebabkan ada kawan aku yg 'pandai' baca tulisan terbalik,akhirnya aku paham.(actually aku ingat tulisan tu guna kod yg sama macam buku ENTITI.

2. 2⭐ untuk cerita yang agak menarik.Awlnya mungkin aku keliru sikit tapi keseluruhan cerita agak menarik dan best.Terima kasih kerana memberikan ending yg bagus.sangat baguss

3. 1⭐ untuk penulis yang dapat membuatkan aku berhalusinasi dan terbayangkan yang aku ni duduk dlm dunia ANOMALI ni.Sampaikan aku berdebar setiap kali mak aku buka berita awani.

4.aku -1⭐ mungkin sebab ENTITI lagi best kot.

Tapi apapapun, writer memang powerrsampai boleh buat aku berjaga-jaga bila keluar rumah.
TQ SYAFIQ AIZAT untuk buku ni.
GOOD JOB😁😁😁
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
December 7, 2019
Anomali; cukup lah dengan tajuk itu sendiri betapa menyatakan ke'anomali'an jalan cerita buku ini. Bermula dengan kejadian di luar batas fikir manusia, tetapi anomali menjadikan semua kejadian jatuh pada logik yang logik -- anomali cukup menjelaskan semua ketidakjelasan.

Semua yang berlaku sepelik apapun adalah tidak mustahil; hanya disebabkan oleh keterbatasan ilmu manusia yang merasakan yang mustahil adalah mustahil -- itulah kebijaksanaan yang Maha Bijaksana dalam mengatur kerajaannya. Keterbatasan ilmu manusia itu dipimpin oleh iman dan tauhid kepada tuhan yang Esa -- Al Mulk yang mengatur segalanya, se'abnormal' apa pun ia -- dan dengan kesedaran itulah yang akan membolehkan manusia untuk menerima segala sesuatu yang berlaku yang belum ada jawapan yang mereka peroleh.

______

Anomali menggabungkan kehidupan watak-watak daripada buku-buku penulis yang lepas di dalam satu dunia yang sama, untuk mengalami dan menempuh satu masalah yang mereka perlu bersama-sama selesaikan.

Dan kerumitan masalah yang diwujudkan dalam jalan cerita mungkin akan membawa sedikit kekeliruan, tapi tak akan dapat mengalahkan rasa ingin tahu yang wujud sepanjang pembacaan. Kita tak begitu perlu penerangan melalui naratif, watak-watak itu sendiri menghidupkan jalan cerita, memudahkan pemahanan kisah Anomali ini sendiri.

______

Saya suka dengan cara penulis menyelitkan pengajaran tentang syariat agama, dengan cara tidak terus menerangkan hukum dengan memaksa pembaca atau watak untuk menelan sahaja -- sebaliknya melibatkan watak yang cuba untuk memahami, yang belajar daripada kesilapan, kerana iman akan lebih hidup dengan ilmu dan seterusnya amal. Realitinya manusia ini tidak lari daripada berbuat kesilapan -- tetapi tidaklah bermakna yang kesilapan itu boleh saja-saja ingin dibuat -- dengan memahami sebuah hukum melalui pengetahuan akan menjadikan hukum itu lebih mudah untuk dipatuhi dan diamalkan.
______

Terima kasih sebab bawa budak ajaib hidup semula dalam kisah ini.


Profile Image for Mushair..
21 reviews2 followers
April 14, 2019
4 bintang untuk buku terakhir universe Ajaib Syafiq Aizat. Plot dibina dengan baik dan ada character development diawal ke ahor cerita. Timeline disusun baik di samping memberi klu kpd pembaca utk refresh kembali apa yg berlaku di buku² lepas.

Selain itu, twist Anomali boleh dijangka dan ada sedikit kelemahan di bahagian akhir cerita. Masih terdapat plot hole atau persoalan yang tidak berjawab kerana langkah penulis utk menggunakan idea parallel universe sebenarnya memungkinkan lebih byk kekeliruan.

Seperti yg kita tahu, masa boleh membentuk paradoks. Lagi lagi bila Iskandar menggabungkan dua realiti utk menyelamatkan faiq dan izaq. Dari segi logik, ia akan membentuk lebih byk kekeliruan pada diri manusia dan pada masa yg sama, Iskandar di parallel universe tak diceritakan. Jika ada dua orang Iskandar, maka kedua duanya possible utk ada kuasa seperti di main timeline? Possibility cerita ini tidak diterangkan oleh penulis dan hanya ditutup dgn Iskandar akan menghadapi apa sahaja yg berlaku kelak.

Iskandar adalah watak yg powerful, tapi dari hemat saya, dia juga adalah berbahaya dan boleh create instability to the universe.

Yang sepatutnya penulis hendaklah menutup cerita dengan something like limitation or anything utk menunjukkan batasan terhadap apa yg berlaku. Ini hanya pendapat picisan saya dan secara jujurnya saya enjoy dgn kesemua buku buku syafiq Aizat yang merupakan salah seorang penulis buku fixi kegemaran saya.

Terima kasih untuk karya anda, dan teruskan menulis. Peminat buku fixi dan Syafiq Aizat, boleh segera membaca Anomali setelah membaca kesemua buku sebelumnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syarul.
45 reviews1 follower
May 20, 2019
Buku ni sambungan pada cerita Entiti. Aku rasa lagi sedap baca Entiti daripada Anomali ni. Cuma pujian harus diberikan pada Syafiq Aizat sebab Anomali tak kurang hebatnya.

Sekali lagi, aku suka buku ni sebab banyak sebut pasal Kuantan, bandar kelahiran aku. Siap sebut pasal Tempoyak Ikan Patin lagi. Ahaks!
Profile Image for Hannan.
41 reviews
March 31, 2019
Great ending. Twist yg superb. Cuma lost sikit sebab lupa beberapa watak untuk lima novel sebelum ni(aku engat si mind reader,Fa’iq tu sorang ja😅), so masa baca macam ‘emm...jap, sapa eh ni?’. Overall, aku enjoy baca Anomali. I guess this book adalah penutup kepada hikayat budak-budak sixth sense. Mungkin karya seterusnya hikayat baru. I don’t know. *nampak syafiq masa kat pbakl baru ni, tapi segan nak pi jumpa minta autograph🙈.
Profile Image for Kieraeinz.
38 reviews3 followers
February 21, 2020
Sebelum tu aku nak bagitahu yang aku bias. So, novel ni memang akan dapat lima bintang tanpa ragu-ragu lagi.

Tiga hero dari tiga kisah berbeza digabungkan tapi dari tiga hero akan ada seorang sahaja yang benar-benar hero dalam menyelesaikan masalah. Dan kekuatan setiap hero-hero ni berbeza namun setiap satunya mengimbangi satu sama lain.

Yang buat aku paling, paling, paling suka adalah si dia. Dari awal karya penulis lagi aku suka sangat dengan si dia. Dan tanpa disangka si dia muncul. Wah! Wah! Wah!

Satu je nak komen: I Like!
Profile Image for seu g.
1 review
January 30, 2022
a very great reading experience as i love the genre of this book (i dont remember the name). i thought i will be clueless because i read this one straight away before reading the first trilogy and the other two earlier related books, but it turned out just fine! but of course, there are multiple references from previous books that can be easily comprehended if the earlier books are read beforehand. overall, i really love this book and i will most probably go buy the trilogy and other books from the same author!! (and seriously, its so good that i finished the whole book in just one day)
Profile Image for Maira.
398 reviews30 followers
June 27, 2021
Anomali adalah bagi saya buku yang sangat 'deep'. Banyak persoalan yang penulis sentuh seperti kehidupan, ketuhanan, kepercayaan, dosa dan pahala. Nada kali ini juga sangat serius jika nak dibandingkan dengan Kampus dan Entiti.

Konsep buku ini sangat-sangat menarik. Entiti seperti satu 'introduction' untuk apa yang berlaku dalam buku ini.

It took me a while untuk tiba-tiba adjust dengan apa yang tengah berlaku dalam buku ini. Tapi saya salahkan ekspektasi saya sebab saya tak tahu apa yang saya jangkakan setiap kali saya baca karya Syafiq Aizat. Saya ingatkan buku ini genre Sains Fiksyen tapi setelah selesai, saya rasa genre Fantasi lebih hampir. Sebab apabila saya kategorikan buku ini fantasi, saya tidak akan tercari-cari penjelasan logik mengenai beberapa perkara yang berlaku dalam buku ini 😂

Kampus - Comedy Thriller
Entiti - Comedy Horror (?)
Anomali - Fantasy

Oleh itu, kalau nak baca karya Syafiq Aizat, kena 'expect the unexpected' kot 😅
Profile Image for Hannani.
20 reviews1 follower
October 24, 2022
So. Habis dah. Pengakhiran dia baik sangat, simpulkan semua yang terjadi dalam 6 buku ini. Pure action dari hujung ke hujung. Yang jahat vs baik. Tapi jahat tu, tk semestinya jahat. Jahat dia bawa makna.

Banyak maksud tersirat kat sini pasal manusia, yang baik, yang buruk. Mesej dia sort of macam avenger infinity war lah : adakah ‘menghilangkan’ manusia itu adalah cara terbaik untuk Kesejagatan manusia kesemuanya? Mustaffa is kinda right, but no entity is bigger than God.

Action style , ada aura cerita avatar Aang , Avenger maybe a bit of xmen.

Cuma itulah, happy ending pun rasa macam tak puas hati. Perhaps akan disambung dalam Siri Gram? Thank you for this series author! Looking forward for next series !!
Profile Image for Farah Amira.
43 reviews1 follower
December 20, 2019
Aku baca buku ni masa dekat Kuantan sambut raya haji dikampung suami, jadi feel dia lain macam punya IN tau sebab kau tau kat mana lokasi dalam buku ni, contoh macam pusat tarikan benda ghaib yang terletak dalam Kuantan Plaza, dan aku pernah jalan jalan kawasan tu sebelum ni. Aku personally rasa entiti lagi menyengat, sebab kepuasan yang aku dapat lepas baca setiap buku ni sangat berbeza, Entiti memberi rasa kepuasan dan kekaguman pada pengembaraan Iskandar dan buku ensiklopedia buku ghaibnya, sementara Anomali memberi rasa penat sebab aku kena bayangkan plot budak budal sixth sense ni bertarung dengan so called Tuhan Palsu tu, dan sedikit terganggu dengan parallel timeline yang dicipta Iskandar tu.

Anomali membawa semua watak budak sixth sense dari buku pertama trilogi Ajaib, yang aku dah lupa sebab dah lama sangat aku baca, jadi ada sedikit usaha untuk aku layan buku ni sebab aku kena brainstorm ni watak mana,tapi ok je sebab masih boleh paham sebab ada sedikit info dari sudut penceritaan oleh watak watak dalam buku ni. Budak budak ni macam berlumba lumba dengan sifat ingin tahu siapa untuk mencari siapa tuhan palsu, masing masing dengan cara sendiri, sampai satu semenanjung Malaysia huru hara. Semua sebab dorang rasa dengan kelebihan yang dorang ada, dorang boleh lawan tuhan palsu tu. Nanti dekat akhir cerita, kau baca sendiri macam mana dorang bertarung. Pengakhiran yang memberi keadilan pada persahabatan Izaq dan Faiq dan mungkin penamat pada trilogi kisah kisah budak sixth sense, dibumi Kuantan.

4.5 🌟 sebab kalau endingnya seolah penamat pada cerita yang panjang, ada sedikit sayu di hati sebab aku dah baca trilogi ni lama sangat dah, dan ia mungkin berakhir disini kot?
Profile Image for huna.
234 reviews20 followers
August 22, 2021
4.8/5⭐

THIS IS SO CRAZY GOOD... I cried, especially at the ending.. Seriously, LIKE UGLY CRY..

Ok, so awal-awal tu memang dah excited because all the main characters from this trilogy and trilogi Ajaib berkumpul. I get to meet Faiq and Izwan again uwu~ Each of them ada kebolehan dan kepercayaan masing-masing, so memang seronok tengok how they approach the huge problem yang mereka alami sekarang. Iskandar punya watak tu macam susah sikit nak percaya, because he sounds too powerful. Batas untuk kebolehan dia tu memang ada, tapi hurmm macam tak puas hati sikit hahaha and also, part paling suspense (the fighting scene tu) is a bit complicated BUT after all, this is fiction and I can say with confident that I enjoy this book so much.

Note: Geram jugakla sebab asyik mention tentang budak rambut selerak tu sobsob penat sendu waktu baca.

Personally, I think in this book, ada perkara yang kita perlu ambil sebagai pengajaran. And some words memang tepat kena di hati gitu.

"Kesusahan adalah fitrah hidup. Itu adalah ketetapan yang mungkin kita tak dapat ubah. Tapi, kita boleh belajar daripada kesusahan yang ada. Supaya kita kenal betapa berharganya nikmat yang kita rasa. Sebab, kalau tak ada kegelapan kita tak akan nampak bintang."

The ending... the ending.. even though rasa tak puas (because I don't want to let go of the characters huhu), it is perfect. It feels impossible, but I want to accept the ending because it is what I want to happen hahaha~~ With that, I officially declare that this is my second favorite book from Syafiq Aizat (first is Awan, of course). Hope I'll meet all the characters again.

So, now let's move to Sonogram!

Profile Image for Hafizul Shahar.
41 reviews
February 17, 2023
aku kagum macam mana penulis buku ni dapat inspirasi menulis macam ni. cerita dia memang another level. aku rasa ini, kalau dijadikan movie memang level Harry Potter. JK Rowling pun nak collab dengan Syafiq Aizat lepas ni.

kalau baca buku Syafiq Aizat sebelum ni, memang takde masalah nak faham semua watak dalam cerita ni. kali ni diorang semua berkumpul untuk selesaikan masalah Tuhan Palsu. konflik antara diorang paling teruk aku rasa bila sikap Dani yang berlagak dengan Fa'iq yang sarkastik. wah...memang meletup.

tahap kekayaan Dani yang luar biasa menang tak terbayang. dia boleh masuk tv waktu primetime untuk explain dekat seluruh Malaysia. Damm! kaya dan sangat berani.

Iskandar pulak dah dapat superpower polaroid ini menjadikan dia super human. yang paling best, tak terikat dah...bukan macam dalam Entiti. another super human. jauh lagi hebat dari enam orang budak sixth sense

Fa'iq, my personal favourite character...dia buat banyak untuk selamatkan orang. Dia sedarkan Dani sampai Dani boleh berubah. Sudut pandang yang unik dalam melihat agama bagi setiap orang. Dia tak paksa, dan dia tak lepaskan macam tu je. Dia masih lagi gigih jaga Iwan macam adik sendiri. And ada scene dia jumpa Izaq. Kelakar tak kelakar, dia masih lagi gelar Izaq tu budak rambut selerak
Profile Image for Hidayah Fauzi.
178 reviews3 followers
April 23, 2019
Oh my God. Okay. Entiti rasa macam dah awesome giler tapi anomali lagi hebat. Masukkan semua elemen yang berlaku dalam dunia sekarang ni (isu semasa sekarang) dalam satu buku. So far, apa yang aku rasa tu laa. Haha

Last but not least, just nak bagitau sebelum baca novel ni, baca novel trilogi ajaib, kampus dan entiti dulu. Huhu.

Sorry tak dapat bagi sumbangan banyak kat review cuma nak bagitau yo sapit awesome. Tiber. Lol

Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
April 12, 2021
jarang nak kasi 5 star.. tapi disebabkan ni mungkin pengakhiran universe ajaib... jadi aq sdikit syahdu... bye izaq bye ayiq bye is bye yaw by iwan by hasra bye smua watak2 hm... thanks sapit for the book ...
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
June 14, 2021


Genre: action-fantasy

Sambungan trilogi ajaib, kampus dan entiti

Sekali lagi iskandar, dani, faiz dan izwan kena selamatkan negara dari serangan "entiti berlagak tuhan"

Lepas baca 5 novel sebelum ni, novel ke-6 di akhiri dgn pengakhiran yang sungguh cantik
Profile Image for Nurul Adibah.
33 reviews1 follower
May 31, 2019
Puas. Aku rasa puas gila. This is the ending I’ve been waiting from the previous 5 books. 🥰
1 review
Read
November 29, 2019
Wey sapa2 plis reply
Izaq hidup balik ke cam ne??

Profile Image for Alia.
2 reviews
March 20, 2022
buku syafiq aizat tak pernahlah tak best 😭😭😭
Profile Image for Abby.
6 reviews2 followers
December 23, 2025
4.5 ⭐️ sebab ada things yang aku tak berminat sangat.

Tak tau lah kenapa aku stop baca series ni selama 2 tahun. Actually aku tahu ja. Sebab the mention of gay was too much. After reading all 5 books in one year, it can be too much. That's why I stopped. Tapi bila dah start baca balik, tak teruk sangat pun. Aku ja yang tak ada mood.

Okay nak komen apa lagi? Okay inner monologue. Untuk aku, most of the inner monologue rasa sama. Semua kedengaran sama. Their thoughts, although from different POVs feel almost the same. What did I expect? Penulis sama kot. Tapi untuk each character distinct personality ada la dalam setiap POV. Tapi ke'kacip'an dan ke'random'an tu, terasa sangat seperti fikiran penulis dan bukan character. or maybe just Fa'iq in general. Like why is Dani tetiba cakap 'pengkomaan'. That joke feels like Fa'iq inner thoughts. Kadang-kadang aku take time untuk realise yang aku sebenarnya baca POV Dani or Iskandar dan bukannya Fa'iq.

Tetapi untuk apa apa yang related to their personality, okay ja. Macam Dani is self centered and Iskandar is curious and a nerd.

However to me, Dani punya self-centred is very self-aware which is very weird to read. Macam "Aku kan kaya jadi aku tak pernah susah." (not real quote). However, those orang kaya yang selalu kita tengok in social media is not self-aware. Instead, they will go, "Oh, aku pun pernah susah, ayah aku tak nak belikan aku Iphone 17 yang baru tu." That's why I feel like it feel like the same thoughts and not their individuals'.

Honestly aku miss jugak some character. By some I mean, Izaq and Samad. Kitonyo bias.

And I also like the magic system and all. I am also familiar with the magic system and story, jadi senang untuk aku sambung baca walaupun dah lama tinggal dan ada beberapa orang yang aku tak kenal dan ingat.

I like the Islamic element in this book. That is actually why aku sambung baca series ni. That was what kept my interest throughout all the books. Although it does feels weird untuk baca a book yang also talk about sins. The discussion of faith and Islam in this book, I like. The relation between logical explanation and Islam. I like it. The fact that eventhough they have power and maybe a cosmic entity, they still acknowledge a higher power. And I like that. ALSO, I NEED TO KNOW MORE ABOUT HAZIQ AND HIS FAITH! YOU MENTION ABOUT HIM BLINDLY FOLLOWING ISLAM AND NOT MAKING HIM A TOPIC OF DISCUSSION, WHY?

For the plot, it's okay. Maybe because there were too many characters and the author have to touch on a few different things at the same time, making the plot a bit meh and quite unexciting. Honestly speaking, Dani punya POV tak ada pun, okay ja sebenarnya. Can you tell I don't like Dani that much? You did? Thank you for noticing.

Also some things macam contradicting dalam buku ni. Tapi aku malas mempersoalkan, aku pilih yang mana aku nak. Benda kecik ja. Aku yang nak besarkan sebab ganggu flow pembacaan aku.



⚠️⚠️⚠️STARTING FROM THIS DAH SPOILER BECAUSE I NEED TO LET THIS OUT OF MY CHEST⚠️⚠️⚠️

My sweet sweet boy, Izaq! Suddenly, I'm his age. He was supposed to be older than me and now I am his age. Anyway, that is not thing that I want to talk about. The thoughts of this just making me emotional.

I am still going to talk about Izaq. Izaq is that well loved that he came back from death. Or he was never dead to begin with. If you are looking at that point of view. I am happy that my boy is back but I want more of him. I want interaction between him and Izwan. Pretty sure there were little to no interaction between the siblings in the past books. I can be wrong tho.

Izaq, my sweet sweet angel. How I missed you. Honestly speaking, one of the reason I want to stop reading is because Izaq was no longer with us. But the book occationally mention him. And everytime, he was mention, I shed a tear. Everytime Fa'iq saw him from different timeline, I cried. In some way, I do want this book to not bring Izaq back. Maybe grief can be a good topic discussed through the whole series. I love that Izaq is there. But give me back my tears. I feel dehydrated from all that crying. I also want back my tears from 2 years ago when he died.

Actually, is he even the same person? I know the people are fused amor whatever. But Izaq is someone else. From a timeline that we are not familiar with. And as we learn. Different timeline can mean different personality and life choices. Maybe he is not the Izaq that I loved. Maybe I will still have to grieve the old Izaq.

Tu ja kot yang aku nak yap pasal buku ni. Aku tulis ni literally lepas habis baca. Tak hadam betul betul lagi ni. Kalau ada perubahan opinion, aku edit la kot.
Profile Image for Nurul Shahzira.
65 reviews
March 18, 2025
Some books entertain, some books make u think - and Anomali does both brilliantly. Imagine God gives immediate punishment for our sins. Imagine the divine punishment happen in real-time? Imagine we could see it with our own eyes, hear it with our own ears, feel it in our own bones. Set in Malaysia, this gripping novel follows a group of individuals with supernatural abilities, known as Budak Sixth Sense, alongside one incredibly intelligent (and super-rich) normal kid. Their mission begins when, one day, a train mysteriously stops, and all passengers collapse into a coma—except for one.

Anomali had me hooked from start to finish. I think the alternating perspectives between characters are well-structured and flow seamlessly. The suspense is just right—not too overwhelming but enough to make you want to turn the page And I like that it got somewhat a two ending. The first one wraps up the mystery surrounding the entity, while the second focuses on one of the main characters, adding a deeper emotional impact.

The characters themselves are all alright. But then there’s Dani—self-absorbed and dramatic to an almost ridiculous degree, yet so amusing that I found myself giggling throughout his chapters. His personality adds such an amusing contrast to the intensity of the plot. Beyond the thrilling storyline and engaging characters, Anomali have few insightful takeaways.

One particular line struck me:

"…kita semua ada dosa masing-masing. Boleh jadi kita akan kena hukum koma juga akhirnya. Tapi rasa takut tu yang buatkan kita takut untuk teruskan hidup…”

Why do we sin in the first place? Why are we afraid more of sinning than fearing the punishment? Even though we all know very well what are the punishments. Is it because we don't see the immediate consequences in our lives?

We can't run away from sinning or making mistakes anyway coz we’re human right. Learning about the punishment from the Quran don't really make us afraid to sin don't we? Well, we probably afraid of it but do we still sin? We probably do most of the time. So we probably getting punished either way right?

After spending a long time of contemplating, writing, erasing, and organizing my thoughts on these questions (reflecting on this makes me realize how dark my heart actually is), it all comes down to show how Merciful and Forgiving Allah is.

Imagine if He gives you immediate punishments for every time u sin, every day. I cant imagine that. But instead, He gives you time to repent and seek forgiveness until the Time ends. This book taught me that rather than living in constant fear of being punished which likely results in anxiety, we should focus on seeking forgiveness and striving to be better. Okay, this has become more of a tadabbur than a book review hahahaha but id like to keep this here as my reminder.

This book really stuck with me. Even now, whenever I take the train and it suddenly stops abruptly, I think of Mustaffa and imagine how all passengers would suddenly collapse except one hahaha but no that was creepy.

This is my first time reading Syafiq Aizat’s work, and I'm already a fan! If you love a well-structured mystery with supernatural elements, engaging characters (and a teeny tiny hint of bromance lol), and a story that lingers in your thoughts long after you finish, Anomali is a must-read.

TL;DR: Anomali is a thrilling supernatural mystery with well-structured suspense, engaging characters (Dani is hilariously self-absorbed!), and deep reflections on sin, fear, and forgiveness. It kept me hooked—and now, every time the train stops abruptly, I think of Mustaffa. Creepy. 9/10 would read more Syafiq Aizat!
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
October 23, 2021
[Sinopsis]
Dani, Fa’iq & Iskandar bersatu untuk rungkaikan Anomali, satu entiti yang mengaku sebagai Tuhan, menghukum manusia dengan menghilangkan kesedaran minda mereka. Siapakah yang dikatakan Tuhan palsu itu? Dari mana dia dapat kuasa mengawal minda manusia? Apa kaitan Iskandar dan polaroid kosong itu?

[Review]
Ini mungkin agak bias tapi ini lah yang seikhlasnya dari saya.

Pembaca tak digalakkan masuk baca buku ini in blind, haruslah ikut turutan Trilogi Ajaib-Kampus-Entiti-Anomali to get the best out of it. I did it and yes, sangat puas ending itu untuk kita 😭

Somehow, kita rasa buku ni delivered deep meaning. Bila manusia berubah jadi baik sebab takut dihukum Anomali si Tuhan palsu, ada yang anggap tu perubahan baik tapi ada yang rasa seram sebab itu syirik kan. For me, manusia betul betul takut Tuhan atau takut mati sebenarnya?

And si dia muncul dalam novel ni, si dia yang buat kita jatuh hati in the first place, si dia yang kita rindu kewujudan dia eventho just a fictional character. And bila dia muncul, I cried — baca lah untuk tahu siapa si dia yang kita mentioned 🥲

[Rekomendasi]
Untuk orang yang berimaginasi tinggi, sukakan actions and perlukan closure daripada ending Awan ☺️

—————
𝕋𝕦𝕙𝕒𝕟 𝕥𝕒𝕜 𝕒𝕜𝕒𝕟 𝕓𝕖𝕓𝕒𝕟𝕜𝕒𝕟 𝕕𝕖𝕟𝕘𝕒𝕟 𝕜𝕖𝕤𝕦𝕤𝕒𝕙𝕒𝕟 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕜𝕚𝕥𝕒 𝕥𝕒𝕜𝕞𝕒𝕞𝕡𝕦. 𝔹𝕖𝕣𝕞𝕒𝕜𝕟𝕒 𝕓𝕚𝕝𝕒 𝕜𝕚𝕥𝕒 𝕣𝕒𝕤𝕒 𝕓𝕖𝕓𝕒𝕟 𝕥𝕦 𝕓𝕖𝕣𝕒𝕥, 𝕋𝕦𝕙𝕒𝕟 𝕤𝕖𝕓𝕖𝕟𝕒𝕣𝕟𝕪𝕒 𝕥𝕖𝕟𝕘𝕒𝕙 𝕞𝕖𝕟𝕘𝕒𝕜𝕦𝕚 𝕜𝕖𝕥𝕒𝕓𝕒𝕙𝕒𝕟 𝕜𝕚𝕥𝕒 𝕤𝕖𝕓𝕒𝕘𝕒𝕚 𝕞𝕒𝕟𝕦𝕤𝕚𝕒 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕜𝕦𝕒𝕥 - 𝕒𝕘𝕒𝕚𝕟, 𝔽𝕒𝕚𝕢 𝕞𝕪 𝕓𝕖𝕤𝕥 𝕓𝕠𝕪 🤍

🌟🌟🌟🌟🌟/5
—————

Good job penulis and selamat jalan Ajaib universe 🥺
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
March 20, 2025
Genre : islamik, fantasy, science fiction, mystery, psychological thriller

BUKU NI BEST

buku ni memang bagi penutup for the whole universe bermula dari trilogi Awan, Ajaib dan Aksara, lepastu Kampus dan Entiti dan yang terakhir, Anomali.

Kalau ada yang tertanya, boleh ke nak skip satu buku macam Kampus dengan Entiti? Bagi saya, tak boleh skip. Sebab kalau tak memang akan confuse dekat beberapa part dekat dalam buku ni.

Awan, Ajaib, Aksara, Kampus, Entiti, Anomali

Pada pendapat saya, buku ni berjaya menjawab segala persoalan yang saya ada dekat buku sebelum ni. Asalkan korang baca semua buku sebelum Anomali tu, korang akan faham segalanya.

Saya agak pening skit dekat hujung scene yang diorang menentang Tuhan Palsu tu, susah nak membayangkan apa yang jadi dekat situ. Macam2😂

Buku ni mengisahkan beberapa watak dari buku sebelum ni cuba merungkai misteri disebalik kejadian orang awam jatuh koma dan kemunculan satu entiti yang menggelar dirinya sebagai "Tuhan" yang ingin menghukum pendosa-pendosa.

Watak :
Fa'iq, Izwan, Izaq, Kanda Hasra, Inspektor Bahirah, Yaw, Hasif, Alin, Fadhia, Fadini(trilogi Ajaib, Awan & Aksara)

Dani, Haziq, Dean, Daud, Dr. Maimun(Kampus)

Iskandar, Jasmine, Khai, Pak Su, Aunty Laura, Pak Jeb, Mustaffa, Samad(Entiti)

Ni list watak saya senaraikan sebab saya nak usha balik nanti. Takut lupa.

Tapi overall sangat satisfied. insha'Allah mungkin nak usya trilogi Hologram kalau berminat.
112 reviews3 followers
February 19, 2020
Ohoo... naskah ni ada banyak elemen yang aku suka. Terutamanya MC lelaki dan banyak betul watak lelaki 😍 Cuma, aku dah biasa dengan cerita yang ada sedikit saja humor so bila baca yang chill chill macam ni, kena adjust sket.

Ada baaanyak sangat nama-nama penting dalam hidup aku digunakan sebagai nama watak dalam buku ni(hanya nama Izwan yang dieja berlainan) which is aku tak suka so potong 1 ⭐️... 😜 Memandangkan ini buku pertama penulis yang aku baca, aku jangka aku akan temui banyak lagi nama-nama ni di naskah- naskah beliau yang terdahulu. (Oh, my heart... don’t cry 😢)

Satu perkara yang jelas. Naskah ni antara yang punyai suntingan terbaik. Jadinya, selesa dibaca. Bezanya Fixi tak Italic-kan penggunaan Bahasa Inggeris dan kata nama khas maka bagi penulis-penulis yang karya mereka direject oleh Fixi, satu hal plak nak baiki untuk hantar kat penerbit lain.

Dari segi cerita, OK jelah bagi aku. Very fun to read. Tak sempat habis dah gatal rasa nak belek muka surat belakang semula 😂

Bukan takde kelemahan tapi bagi aku tak pentinglah nak disentuh atau dipeduli. Ada satu saja yang aku rasa penting tapi aku nak simpan untuk diri sendiri 😄

Sekian, review merepek kali ni.
Profile Image for Yaya Zali.
3 reviews
May 14, 2024
Kalau real rating, maybe 4.9/5. Memang mixed feelings dengan apa yang Syafiq Aizat pilih untuk buat bila dah sampai klimaks. Bukan saya tak gembira tapi cam hmmm tak gemar la main dengan masa ni (sepatutnya expect benda ni berlaku bila dah baca Entiti).

Pertama, saya nak ucap tahniah sebab penulis berjaya masukkan satu tema yang agak berat, iaitu berkaitan kepercayaan dan agama. Sejujurnya, saya tak sangka itu masalah yang watak-watak akan hadapi dalam menyelesaikan suatu Anomali yang telah berlaku.

Pada permulaan, agak mengelirukan memandangkan buku ni paling banyak POV dan sentiasa berubah-ubah apabila tamat satu bab, berbeza dengan buku-buku penulis yang sebelum ini. Kadang-kadang saya kena semak balik saya sedang baca dari POV siapa.

Saya suka juga bagaimana penulis masukkan reference anime dan juga kaitkan dengan perkara-perkara yang berlaku dalam dunia sebenar. Saya percaya itu yang membuatkan pembaca mampu lebih rasa dekat dengan cerita ini sebab setting di tempat yang wujud dalam dunia sebenar.

Dan pasti, nilai persahabatan yang merupakan tema yang dibawa dari Ajaib sehingga ke buku ni.

Nanti PBAKL nak grab Trilogram dan Angkasa 🏃‍♀️
Profile Image for hidayah r..
17 reviews
August 4, 2023
4.6/5
the plot is good but boring at first. and i forgot some parts from the previous books bcos i read kampus followed by entiti, ajaib, awan n aksara (i didnt followed the flow)

as i said the plot was kinda boring at first n im kinda blur but as the story goes it got well. it was well written and executed. the ending was also good.

for characters, faiq, iskandar, haziq n izwan still the same n good written. dani had character development. for antagonist, mustaffa, he reminds me of kenjaku n makima for some reason. i feel like he is an anti hero (ig) but his actions are still wrong. ah ya, the friendships/relationships the author put together is good [i feel like they’re fruity especially faiq n izaq *ehem ii* they r bf (jk)]

in conclusion, THE BOOK IS GOOD. SYAFIQ AIZAT U SLAY IN WRITING THIS BOOK.
Profile Image for Noor Hidayah.
74 reviews6 followers
November 21, 2023
Walaupun aku blur masa buku ni sebab masa beli buku ni, aku tak tau pulak ada trilogi sekual nya.. Tapi cerita dia agak menarik bagi aku, maka aku teruskan pembacaan sampai habis.. benda dah baca, nak berhenti sayang.. Hadap jela..

Cerita tentang beberapa orang anak muda yang mempunyai 'sixth sense' or magical (?) melawan musuh yang juga mempunyai 'dark sixth sense; yang boleh mengawal orang lain.. kadang-kadang bila kita ni ada kelebihan sikit, mula la nak takbur, sombong, pastu rasa kita lagi bagus dari orang lain.. itu la manusia.. Nauzubillah min zalik.. semoga Allah melindungi kita dari kejahatan diri sendiri dan orang lain..

Rate aku bagi 3 bintang sebab aku cuma 'liked it' je.. tak la melebihi 'really liked it'.. bukan la tak enjoy langsung.. Dan aku agak kepeningan dan keliru sikit sebab:
1) watak yang banyak, + watak tambahan entah tiba-tiba muncul, kalau tak ada pun tak menjejaskan cerita pun.
2) setiap bab dipisahkan dengan menggunakan POV setiap watak 'magical' tu dengan menggunakan kata ganti diri 'Aku'.. Jadi agak keliru sikit, kene faham dan ingat betul2 siapa 'Aku' yang dinyatakan pada tajuk setiap bab.

Yang lain, aku suka je cerita fantasi moden gini.. mungkin aku kene baca triloginya baru aku boleh memahami keseluruhan cerita.

Profile Image for Izz Rais.
28 reviews
November 11, 2023
Anomali. Novel terakhir dalam timeline Ajaib sampai ke Entiti.

Anomali berkonsepkan macam Avengers End Game dengan novel Magis (Ramlee Awang Mursyid) di mana hero-hero semua berkumpul di dalam satu novel. Syafiq Aizat never disappoint me with his masterpiece. Walaupun banyak watak, Iskandar main character untuk cerita ni. Jadi plot tak terabur walaupun ada banyak watak-watak penting. The ending was quite emotional bila semua berkumpul.

I wrote this review after years of reading it so not so many details that I remembered but this novel is very good. 8/10
Displaying 1 - 30 of 61 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.