Jump to ratings and reviews
Rate this book

Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini

Rate this book
Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini mengupas dengan mendalam konsep budaya ilmu, dengan menyorot sejarah pelbagai bangsa dan tamadun. Ciri-ciri budaya ilmu yang boleh diteladani serta perkaitan antara jatuh bangun sesuatu peradaban dengan budaya ilmu dianalisis dan dihurai. Turut dikupas ialah takrif faham Islamisasi ilmu-ilmu semasa yang menjadi teras budaya ilmu dalam tamadun Islam.

Edisi ini memuatkan empat bab baharu yang meliputi budaya ilmu di Andalusia; di alam Melayu; dalam perpaduan dan kesjahteraan negara serta pengalamannya dalam institusi pendidikan.

Buku ini dikarang khusus buat para sarjana, pendidik, ahli politik, mahasiswa, aktivis kemasyarakatan, pentadbir, profesional dan ibu bapa yang prihatin akan daya usaha menghapuskan kejahilan, pembangunan makna diri bangsa dan tamadun berteraskan keilmuan.

413 pages, Paperback

First published January 1, 1991

34 people are currently reading
379 people want to read

About the author

Wan Mohd Nor Wan Daud

19 books117 followers
Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud mengikuti pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Inggeris Tanah Merah dan Sekolah Menengah (SM) Dato' Mahmud Paduka Raja Tanah Merah, sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu serta menyambung pendidikan ke Northern Illinois University dalam Sarjana Muda Kaji Hayat dan Sarjana Kurikulum & Pengajaran dan menyempurnakannya dengan Ijazah Kedoktoran Falsafah (Pemikiran Pendidikan Islam) di University of Chicago.

Beliau berpengalaman sebagai Presiden Kebangsaan Kumpulan Kajian Islam Pelajar Malaysia (MISG) AS dan Kanada dan Presiden Kebangsaan Muslim Students' Association of US and Canada.

Wan Mohd Nor memulakan tapak akademiknya sebagai Tutor Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan (ERPD) di Kementerian Pendidikan, sebelum berpindah ke International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) untuk bersama-sama Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas membina institusi pemikiran dan peradaban Islam itu sebagai Timbalan Pengarahnya bermula 1988 hingga 2002. Pada 2006 pula, beliau dilantik sebagai Felo Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM sebelum menyumbangkan bakti kesarjanaan di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Karya-karya beliau telah diterjemah ke bahasa Melayu, Indonesia, Turki, Jepun, Parsi, Rusia, Bosnia, Arab dan Macedonia. Beliau turut diundang ke pelbagai seminar dan ceramah di AS, UK, Rusia, Iran, Turki, Afrika Selatan, Pakistan, Sudan, Oman, Arab Saudi, Mesir, Jepun, Indonesia, Bosnia dan Singapura.

Sumbangan akademik beliau turut disalurkan sebagai Advisory Council for the Center for Strategic Middle Eastern Studies (CSMES), Zirve University, Gaziantep, Turki; mantan Editor Perunding Jurnal ISTAC, as-Shajarah; ahli Majlis Penasihat Toda Institute for Global Peace and Policy Research, Hawaii; mantan Penasihat Antarabangsa, Program Sarjana Pengajian Islam, University of Melbourne, Australia; Editor Perunding AFKAR di Akademi Islam, Universiti Malaya (UM); International Journal of Pesantren Studies di Jakarta; Tsaqafah: Journal for Islamic Sciences and Culture, juga di Jakarta dan Tafhim, iaitu jurnal Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
86 (66%)
4 stars
31 (24%)
3 stars
7 (5%)
2 stars
2 (1%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
October 3, 2013
Saya selalu menunda ingin membaca buku-buku anak2 murid Syed Muhammad Naquib al-Attas kerana saya fikir buku2 mereka sarat falsafah. Tapi tidak! Sangkaan saya meleset sama sekali. Buku ini seperti pencairan daripada falsafah tinggi Prof Syed Muhammad Naquib ditujukan khas untuk orang awam.

Saya rasa buku yang saya cuba hadam waktu sekolah menengah dahulu jauh lebih susah, misalnya buku Ameer Ali Api Islam (terjemahan Spirit of Islam) yang belum berjaya saya habiskan.

Walaupun mudah dihadam, tetapi gagasan2 yang dibawa sebenarnya gagasan tinggi yang memerlukan daya usaha yang luar biasa untuk bertapak dalam masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu.

Saya suka bab mengenai Sistem Nilai Budaya Ilmu dan Jelmaan Sejarahnya yang menggariskan nilai2 berikut:

1. mementingkan ilmu
2. berkekalannya hasil ilmiah
3. berterusannya usaha keilmuan
4. hormat-kritis terhadap ilmu
5. kesinambungan ilmu
6. kepimpinan
7. bermusyawarah
8. peranan wanita

Buku ini patut jadi bacaan wajib mahasiswa mahasiswi, malah mungkin patut dihuraikan di kalangan pelajar lepasan SPM dan yang bakal menduduki STPM sejak di bangku sekolah lagi.

Perjalanan ilmu peribadi tiba2 terasa sangat2 jauh!
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
May 29, 2015
Susunan buku ini amatlah cantik. Bermula dengan teori budaya ilmu, kemudian pembaca dibawa pula kepada topik pelaksanaannya, susunannya hampir sempurna.

Tidaklah saya layak memberi ulasan mengenai buku yang hebat ini, melainkan memujinya kerana isinya yang sangat-sangat bermanfaat.

Dan sekiranya buku ini dibaca secara meluas oleh masyarakat kita, pastinya budaya ilmu mampu terlaksana dan akan dihargai.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
May 17, 2015
Tidak layak diri ini untuk memberi ulasan. Cukuplah dengan kenyataan bahawa aku begitu terkesan dengan buku ini. Sungguh masih jauh diri ini daripada mengamalkan budaya ilmu yang sebenar.
Profile Image for Akmal A..
172 reviews8 followers
May 12, 2019
Baru-baru ini dunia telah digegarkan oleh seorang remaja perempuan di Sweden, Greta Thunberg berumur 16 tahun yang ponteng sekolah kerana turun untuk protes kerana kebimbangannya tentang perubahan iklim yang mendadak hari ini. Thunberg tidak seperti orang lain tahu tentang perkara ini tapi membiarkannya. Baginya dia cukup sedar dengan perubahan iklim yang menggila ini dan membuatnya untuk turun aksi.

Saya kagum dengan semangatnya yang penuh berprinsip, kesedarannya dan keresahannya. Jika melihat kebelakang sewaktu saya remaja, umur 16 tahun saya masih tak tahu apa itu perubahan iklim dan masih tertanya tanya apakah kaitan hidup saya dengan jadual berkala kimia ini. Saya tak segan mengakuinya santai saja.

Kesedaran yang berlaku dalam diri Thunberg bukanlah kerana dia mendapat wahyu Tuhan melainkan saya pasti ini adalah hasil didikan dan budaya ilmu yang telah disemai sedari awal lagi. Lalu persoalan yang penting timbul bagaimana untuk menyemai budaya ini?

Prof Wan dengan cemerlangnya memberi huraian yang panjang lebar peri pentingnya budaya ilmu sebagai asas membina tamadun. Tamadun Islam cemerlang kerana budaya ilmunya kemudian Tamadun Barat mengambil pelajaran dari situ kemudian mengembangkannya mengikut acuan mereka sendiri. Tetapi malangnya budaya ilmu ini dalam lingkungan masyarakat Islam semakin ditinggalkan.

Saya mencadangkan untuk sesiapa saja membaca buku ini sebab di dalamnya terkandung buah fikiran yang bagus untuk sama-sama kita renungi dan baik untuk kemajuan diri sendiri.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
December 21, 2019
Habis membaca buku ini ketika sesi resensi buku Suri Membaca bulan April 2019. Buku ini adalah edisi kemas kini dari buku Penjelasan Budaya Ilmu terbitan DBP oleh penulis pada tahun 1991.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ini kerana banyak ilmu baru yang dapat dikutip di setiap helaian. Bagi yang biasa membaca buku-buku prof Wan Mohd Nor dan juga Prof Syed Naquib Al Attas, mungkin akan menemukan beberapa pengulangan dan penegasan.

Membaca karya-karya begini selalu menjadikan saya rasa kembali 'insaf' dan pentingnya memilih dan membaca buku-buku yang benar-benar memberikan ilmu dan bermakna demi tidak membazirkan masa yang sepatutnya. Tapi, kadang-kadang lepas beberapa ketika akan kembali alpa.

Buku yang sangat baik. Buku wajib ada di setiap perpustakaan rumah. Telah berniat mewariskan buku ini buat anak-anak saya.
230 reviews4 followers
February 27, 2015
Buku ini membuka mindaku tentang bagaimana kita harus melihat ilmu, terutamanya cara kita menimba ilmu. Ia juga mengetengahkan masalah-masalah yang kita hadapi sekarang dalam penimbaan ilmu dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya. Sesiapa sahaja patut membacanya, kerana pembentukan budaya ilmu yang sihat adalah tanggungjawab semua, sama ada ibu bapa, guru, pendidik hingga ke golongan atasan seperti kerajaan, cendikiawan dan ahli politik.
Profile Image for Izwan Suhadak Ishak.
4 reviews
March 8, 2022
Pencerahan tentang makna konsep budaya ilmu oleh Prof Wan Mohd Nor sangat mengesankan fikiran saya. Wajib dibaca oleh pencinta ilmu, mahasiswa dan pelajar.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews7 followers
August 15, 2017
Buku ini dibaca atas saranan dari senior yg sedang ambil master di Jabatan Akidah. .

Katanya kalau nak mudah faham karya2 Naquib AlAttas, mula dengan buku ini. Sebab prof anak murid Naquib Al Attas. .

Tapi...saya pun mcm awak juga 😉 kenal dan baca buku prof al attas dulu. Huhu .

So, buku ini seperti tajuknya. Prof menjelaskan mengenai konsep budaya ilmu dan ciri-cirinya. Prof mengetengahkan ciri2 budaya ilmu dalam beberapa tamadun dunia terdahulu seperti tamadun yunani yg kita akui memberi pengaruh yg besar kepada perkembangan ilmu. .

Oh ye. Buku ini ada 8 bab. Bab 1 menceritakan budaya ilmu dan tamadun. Bab 2 menceritakan konsep budaya ilmu. Bab 3 sistem nilai budaya ilmu dan jelmaan sejarahnya. Bab 4 islamisasi ilmu-ilmu semasa. Bab 5 budaya ilmu di alam melayu. Bab 6 perlaksanaan dalam masyarakat. Bab 7 Budaya ilmu institusi, prof bawakkan contoh ISTAC. Bab 8 epilog .

Buku ni mmng best sebab kita selalu berbicara tentang ilmu. Tapi apakah betul ilmu yg kita anggap ilmu itu adalah dikira ilmu di sisi Islam? Buku ini punya jawapannya. Penulis menegur budaya ilmu yang keliru dalam kalangan masyarakat hatta mahasiswa itu sendiri. Penulis turut menghuraikan nilai-nilai yg perlu ada dalam sesuatu budaya ilmu antaranya hormat-kritis terhadap ilmu dan kesinambungan ilmu. Dan yg menarik prof juga meletakkan musyawarah dan peranan wanita dalam nilai penting yg perlu ada dalam sesuatu budaya ilmu. .

Prof turut menegur sikap setengah masyarakat yg bersikap xenophobia. Iaitu sikap yg terlalu kritis terhadap tamadun lain sampai menimbulkan kebencian dan membutakan diri kebaikan yg ad pada tamadun tersebut. Sedangkan memjadi muslim kita boleh belajar dari sesiapa sahaja. .

Selamat membaca! .
Profile Image for S.M.Y Kayseri.
291 reviews47 followers
April 13, 2021
Another important publication by CASIS-HAKIM. A bit disappointed I missed buying the festschrift of al-Attas, a bit of my saltiness is medicated by this good volume showcasing budaya ilmu or a culture of knowledge the author wish to expound upon.

Most of the volume are used to declare and outline the principles and mechanism to cultivate a culture of knowledge in our home country of Malaysia.

I found the chapters examining the culture of knowledge in medieval Andalusia and a brief outline regarding Nurudin al-Raniri's Durr al-Faridis especially instructive.
Profile Image for Zulhilmi Zakaria.
39 reviews8 followers
January 17, 2017
Sebelum ini saya pernah membaca buku Prof Wan berjudul Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna. Saya akui, ia membuatkan saya terpukau dengan gaya penulisan dan hujah yang tepat dan praktikal oleh Prof. Ini merupakan buku kedua beliau yang saya baca. Seperti yang kita maklumi, Prof. Wan merupakan anak murid rapat kepada tokoh intelektual besar di Malaysia iaitu Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Membaca buku Prof. Wan ibarat membaca ringkasan idea serta penerangan (sharah) kepada tulisan-tulisan gurunya itu.

Buku ini (Budaya Ilmu) merupakan buku yang wajar ditelaah oleh setiap kelompok masyarakat umumnya, serta goloongan yang terlibat dalam dunia keilmuan khususnya. Pada saya, ia ditulis dengan jelas dan tersusun itu membuatkan pembaca mudah untuk menggarap idea yang mahu disampaikan. Dari Bab Satu yang memperihalkan "Budaya Ilmu dan Tamadun" itu benar-benar mengujakan. Prof. membawa kita menyelami pelbagai tamadun di dunia seperti Tamadun Yahudi, Cina, India , Islam, dan Barat dengan mengaitkan budaya ilmu yang menjadi asas pembangunan tamadun-tamadun tersebut.

Amat tertarik nilai yang diketengahkan oleh Prof. Wan iaitu sikap hormat-kritis. Sikap Hormat-Kritis itu perlu menjadi nilai yang perlu ada bagi mereka yang mengamalkan budaya ilmu dari sudut peribadi mahupun masyarakat. Hormat-kritis itu ialah keberanian mencari kebenaran dengan menimba dan memperbaiki hasil pemikiran manusia terdahulu dan semasa. Hal ini wajar dikembangkan akan kerana kita melihat budaya yang tidak baik dalam masyarakat kita khususnya Muslim yang cenderung untuk menolak segala yang datang dari Barat sekaligus hikmah dan pengajaran yang dapat dijadikan tauladan. Bukankah Nabi kita pernah menyuruh mengutip hikmah jika dijumpai?, kerana ia merupakan barang yang hilang bagi orang mukmin. (okay, tak nak hurai panjang ini).

Seterusnya Prof. berbicara berkenaan dengan gagasan Islamisasi Ilmu (Islamization of Knowledge). Beliau membawa pandangan -pandangan daripada pelopor-pelopor Islamisasi kontemporari seperti gurunya sendiri, Syed Naquib Al-Attas, Ismail Raji' Al-Faruqi, serta tokoh-tokoh falsafah Islam yang terdahulu seperti Ibn Sina, Al-Kindi, dan Al-Farabi dengan berhujah bahawa nereka yang terdahulu itu sudah menggerakkan proses Islamisasi Ilmu ini meskipun tidak menamakannya sedemikian.

Akhir sekali, Prof. menyenaraikan lapan perancangan untuk melaksanakan budaya ilmu di Malaysia dan menujukan khususnya kepada tiga kelompok masyarakat iaitu pemimpin politik dan pentadbir, kumpulan guru, dan kumpulan ibu bapa. Lapan cadangan yang dikemukan adalah berkaitan:

1. Sistem nilai dan falsafah pembangunan negara.
2. Penghormatan kepada ilmuwan dan pendidik.
3. Merapatkan cendekiawan dengan masyarakat.
4. Pembacaan bermutu.
5. Peranan contoh pemimpin.
6. Ilmu dalam membuat keputusan.
7. Peranan media massa.
8. Persediaan bahasa ilmu dan kegiatan terjemahan.

Akhirul kalam, buku ini merupakan buku yang wajar dibaca untuk saat ini, pada tahun 2017 bagi setiap masyarakat Malaysia dalam memupuk budaya ilmu yang sihat serta masyarakat demokratik bagi sesebuah negara. Malah, meningkatkan usaha membudayakan ilmu itu lebih penting dan utama daripada membuat perubahan politik sekalipun menggunakan nama agama. Kerana mana-mana pembangunan sesebuah negara atau tamadun yang tidak mempunyai budaya ilmu yang kuat dan mendalam, ia tidak akan mampu bertahan lama, sebaliknya menuju kelembah kehancuran dan kebinasaan!
Profile Image for Nik Aisyah Najwa.
17 reviews
March 1, 2018
Buku ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ilmu dan budaya ilmu melalui sudut pandangan alam Islam dan turut menyelit perbandingan dengan tamadun-tamadun lain yang lalu.Saya kagum dengan cara penulis mengupas konsep asas yang biasa dibincangkan seperti fardhu ain dan fardhu kifayah yang memperluaskan lagi maksud tersebut.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
April 4, 2016
Segar sungguh idea dan perbahasan Prof Wan Mohd Nor dalam karyanya ini. Penulis bermula dengan mengupas sejarah pembentukan tamadun-tamadun besar dunia diikuti dengan konsep dan sistem nilai budaya ilmu itu sendiri.

Dua bab yang terakhir iaitu budaya ilmu di Malaysia dan cadangan pelaksanaannya sangatlah memuaskan. Antara kupasan yang menarik ialah :

- konsep ilmu itu sendiri iaitu kemampuan individu untuk menghubung kait sesuatu sistem dan ma'na yang tiba padanya
- bagaimana falsafah ilmu di Malaysia berubah pasca kemerdekaan daripada membentuk good human kepada utilitarianisme iaitu membentuk individu yang berguna/taat kpd negara.
- distortion of knowledge, beza multiple-disciplined and inter-disciplined.
- kajian yang menunjukkan bahawa 60% penghasilan buku tahunan di Malaysia rata-ratanya ialah jenis buku teks. Ironi sekali dengan 70% penghasilan buku di Korea yang rata-ratanya ialah jenis buku bacaan umum.
- saranan utk mewujudkan program kepada politician, meningkatkan gaji para pendidik sebagai simbol penghargaan yang tinggi, merapatkan jurang ilmuan dengan pelajar sekolah, penubuhan team penterjemah supaya lebih ramai rakyat dapat memahami teks-teks klasik dll.
- membaca terjemahan buku yang baik jika difahami dengan cermat lebih baik daripada membaca sumber asal yang tidak mampu dicerna dengan betul.
- jangan sampai pembaca sekunder menjadikan ilmu yang disampaikan oleh pengarang/maksud asal pengarang menjadi tidak jelas disebabkan pembaca itu lemah dalam pemahaman dan penyampaian mesej tersebut kepada masyarakat.

Buku ini sangat susah ditemui di kedai-kedai buku kerana ia sudah lama ditulis dan tiada terbitan baru (setakat ini). Mujur perpustakaan USIM ada menyimpan naskhah terbitan lama ini. Penceritaan berkenaan bab awal buku ini iaitu sejarah budaya ilmu beberapa tamadun besar dunia rasanya boleh didapati di laman sesawang.
Profile Image for Safwan Hazeman.
36 reviews1 follower
April 15, 2019
Sungguh kenyang dengan perbahasan dan kupasan buku yang saya beli ini di PBAKL 2019. Seminggu berakhirnya pesta buku, setebal 413 dapat saya habiskan. Rugi sungguh penuntut mahasiswa dan pemikir tidak meneliti dan membaca risalah hebat ini.

Banyak pemikiran yang dikupas penulis antara yang saya paling suka konsep 'ingkar ilmu' oleh sesetengah pelajar. Ia bukan menolak kepentingan ilmu, tetapi merujuk fenomena tujuan menuntut, menyelidik, mengajar dan menyebar ilmu diselewengkan dan dipesongkan. Penulis telah menghuraikan dengan panjang lebar sikap martabat ilmu telah disalah ertikan untuk mengejar nama, pangkat dan menjadi bualan orang.

Antara yang diketengah oleh penulis, kesilapan keilmuan barat ialah 'penisbian ilmu' iaitu pemahaman ilmu terutama sains sosial tidak sejagat sifatnya yang boleh berubah/tidak statik mengikut sesuatu tempat.

Oleh itu, penulis bawakan isu islamisasi ilmu-ilmu semasa yang dijelaskan lebih terperinci dalam buku yang lain " Peranan Universiti, pengislaman ilmu semasa, penafibaratan dan penafijajahan"

Banyak contoh yang diberikan penulis sejarah budaya ilmu oleh ilmuan islam seperti imam alghazali, ibnu sina, alfarabi yang mana islam tidak membezakan antara yang kaya dan miskin.

Apa yang menarik, penulis cuba mengaplikasikan 'pohon rimbun ketatanegaraan Imam AlGhazali dalam kitab beliau 'nasihat al-mulk' kepada pohon perpaduan dan kesejahteraan negara Malaysia.

Beliau dengan pengaruh pemikirah SM Naquin AlAttas mahu para ilmuan mengkaji ilmu islam daripada ilmuan silam kemudian diolah dalam bentuk yang segar dan baru.

Beliau juga menegur para intelektual yang hanya membuat penyelidikan ke antarabangsa sedangkan manfaat untuk bangsa sendiri diabaikan.

Kata beliau " keghairahan menerbitkan karya-karya ilmiah di dalam jurnal-jurnal luar negara atau institusi-institusi luar negara kerana mendambakan pengiktirafan akan memiskinkam muti jurnal-jurnal ilmiah dalam negara dan penerbit-penerbit ilmiah tempatan".
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.