Di dalam catatan seorang Residen Jeneral British tahun 1884 yang telah dibukukan secara akademik, ada dinyatakan tentang sekumpulan manusia yang biologinya boleh berubah menjadi seekor binatang. Ini mendorong Scha, seorang wartawan majalah, merungkai cerita di sebaliknya. Penyertaan Balqis, seorang pelajar tahun akhir Komunikasi Massa dan Kewartawan ke dalam sidang redaksi itu mempertembungkan mereka kepada hujah sains dan kepercayaan hantu juga tahyul.
Pada masa yang sama, kepulangan Faizal sekeluarga ke kampung halaman diduga dengan petaka apabila anak bujangnya, Fareez hilang tidak dapat dikesan. Faizal meminta bantuan masyarakat orang asli untuk menjejak anaknya tetapi dia tidak sedar, penduduk di sana juga sedang berdepan dengan serangan makhluk buas yang keluar dari hutan, mencari makanan setiap kali malam bulan mengambang.
Apa mungkin segala kejadian seram, mistik dan misteri yang berlaku di kampung itu berpunca daripada peristiwa lampau pada tahun 1948? Tragedi berdarah melibatkan tujuh buah keluarga dibaham hidup-hidup dan dipercayai angkara bangsa cindaku.
Dapatkah Scha dan Balqis menyelesaikan misi mereka? Apa yang terjadi Fareez sebenarnya? Dan wujudkah bangsa cindaku? Siapakah mereka?
“Bunyi gemerencing yang kita dengar tadi... datangnya daripada rantai besi yang dipasungkan pada kaki harimau.” – Faizal
“Ini sketch yang aku dapat bila temuramah orang kampung beberapa bulan lepas. Mereka percaya tiap kali fenomena bulan penuh, benda ni akan keluar dari hutan dan minum air di sepanjang Sungai Tembeling. Menarikkan skop kita?”– Scha
“Itu bukan harimau biasa tapi...harimau jadi-jadian!” – Maimun
Best...walaupun seram tu tak la mana sangat bagi sayalah..lain orang lain perasaan rasa seram dia kan tapi ada sesuatu yang Tuan Penulis nak sampaikan pada para pembaca sekelian..
Well..sebut pasal harimau jadian ini kan orang dulu2 memang ada menuntut ilmu ini khasnya untuk menjaga Kebun mereka dari diceroboh..😬ade sebahagian scene dalam buku ini buat saya tersentuh hati..keluar jugalah airmata tu..hehe
Ohhh ya ..ada beberapa perkataan saya tak pernah dengar dan jumpa sebelum ini contohnya:
pengakhiran kisahnya membawa kepada ketenangan cuma agak sedikit tergesa untuk dihabiskan, kot akak je yang terasa begitu. isi keseluruhan... ada sesetengah bahagian akak tak mampu nak tarik nafas. ada juga sesetengah bahagian buat akak lupa nak lepuk nyamuk kat lengan. terasa-rasa ngauman cindaku bermata biru ada di sekeliling.
dik Anuar Darwisy, tahniah kerana sekali lagi memberikan kami para pembaca suatu objek kisah yang biasa di dengar dan dibaca tapi olahan rapi dan pengisian yang sangat berbeza. kisah harimau jadian, manusia harimau atau cindaku. tuan penulis muda ini sememangnya lebih gemar mengambil kisah yang biasa di sekeliling tapi garapan dan olahannya buat pembaca bertemu dengan banyak ilmu baru. tak perlu nak mencuba wujudkan suatu yang baru. keliling kita pun sudah banyak kisah untuk diperkisahkan lagi...
kisah berselang zaman. majid dan emaknya, maimun di tahun 1948. faizal, fareez, scha dan balqis di tahun 2016. penemu mereka, saudara bertujuh dan keturunan leman. bila pembahagian kisah ini diselang buat rasa debaran sepanjang pembacaan lebih kuat. leman yang tamakkan kuasa, ingin menjadi gagah perkasa sanggup menyerang harimau tak berbaka dan melapah mengambil bahagian penting. dalam masa yang sama, saudara bertujuh, ada antara mereka yang tidak puas hati dengan jaka iaitu si sulung yang terlalu melindungi taruna iaitu si bongsu. mereka bangsa cindaku, manusia harimau.
taruna, hatinya lebih lembut dan punya naluri istimewa antara mereka bertujuh. dan hanya dia saja yang mampu menyambung baka cindaku. walaupun dianggap lemah oleh guntur tapi dia punya sisi baik, menyelamatkan manusia yang hatinya bersih. fenomena bulan mengambang digunakan sepenuhnya oleh leman dalam menuntut ilmu sesat. kemuncaknya, isteri muda mati akibat serangan dirinya sendiri tapi dia tetap menyalahkan taruna. pertembungan inilah membuatkan ada yang mengambil kesempatan.
faizal yang pulang ke kampung halaman untuk melihat keadaan tanah yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya. rupanya kepulangan membawa kepada bencana. faizal menyimpan rahsia, noraizah tertanya, fareez yang menanggungnya! majid mula main peranan agar niat jahat dapat disekat tapi mampukah dia berhadapan dengan saudara yang mahu bangkitkan kembali amalan cindaku, apatah lagi rupanya ada yang bekerjasama mahu memporak peranda keamanan yang ada?
dah. semuanya berbalik pada pencipta Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. apa yang ada dalam hati manusia. segala-galanya. kita manusia sangat terbatas pengetahuan yang ada. segala rahsia alam milikNya.
Kalau tengok pada cover, mesti kite terbayangkan kisah mistik harimau jadian. Mana munculnya harimau jadian ni? Manusia yang terlalu taksub untuk mempunyai kuasa luar biasa membuat mereka berpaling daripada agama. Hinggakan sanggup melakukan apa saja demi memenuhi hajat hati .
Dlm novel ni, ia terbahagi kpd dua zaman. Iaitu flashback pd tahun 1940an dan juga tahun 2016 .
Leman. Dia sanggup mempertaruhkan nyawa demi mendapatkan harimau raden. Harimau Raden adalah harimau yg tinggal seekor diri, namun kelebihannya mampu digunakan dlm membuat manusia mempunyai kuasa luar biasa .
Manusia harimau. 7 bersaudara. Tinggal di tengah hutan. Siang manusia, malam berubah menjadi harimau. Si bongsu, Taruna mempunyai kelebihan pabila hanya dia yg mampu ada keturunan. Tidak bg yg lain. Hingga menimbulkan iri hati dlm saudara lain kecuali si sulung .
Scha, Balqis, Karl dan Tajul merupakan antara yg terlibat utk merungkai kisah di Kampung Ranggul. Mereka merupakan team drpd Majalah Kelibat .
Faizal, kerana satu wasiat drpd peninggalan ayahnya, dia perlu pulang ke kampungnya di Hulu Tembeling, Jerabtut. Namun perjalanan pulang dia sekeluarga tdk semudah yg disangka. Dan mereka dibantu oleh masyarakat asli iaitu Dedet dan Danuk .
Bg aku, penulis pasti melakukan byk kajian utk menjayakan naskah ni. Bagi aku sgt2 mantap. Novel ni ramai yg rekomen kt aku. So thanks pd yg rekomen, serius mmg xrugi langsung. Sangat menarik. Sekurangnya aku dpt tau kisah 'harimau jadian' ini .
Nanti korang dh baca, korang dpt kaitan antara 2 zaman tu dengan watak2 yg aku dh listkan dekat atas. Serius, aku rekomenkan korang utk baca novel ni. Memang tak rugi .
Buku ini best.. Memang Sha cadangkan untuk dibaca.. Menarik sebab kisahnya mengenai harimau.. Bukan setakat harimau jadian tapi semuanya mengenai harimau... Petua masuk ke hutan.. Petua menghadapi harimau.. Memang ohsem..
Kisah yang disampaikan penulis berkisar di dua zaman.. Zaman lampau dan zaman kini namun penulis bijak mengadun cerita sehingga tidak terasa langsung bersimpang siur penceritaannya.. Semuanya disampaikan dengan tersusun.. Satu persatu diperjelasi dan dirungkaikan.. Cuma mengenai Taruna sahaja tidak diperincikan.. Misteri sungguh Si Taruna bermata biru itu.. Keturunan cindaku dan juga harimau jadian diperkenalkan sedikit demi sedikit.. Perjalanan cerita disusun dengan baik.. Petempuran yang berlaku berjaya membuatkan hati Sha bergoncang.. Terasa kegusaran dan kegalauan mereka yang menghadapi pertempuran itu... Watak yang melekat dihati Sha selain Taruna, dah tentulah si cilik Majid.. Majid yang begitu ingin tahu tapi bersifat pelindung.. Walaupun usianya muda, namun tingkahnya sangat matang.. Memang ternanti-nanti kemunculan wataknya..
Syabas buat penulis.. Harapan Sha semoga penulis akan terus memberikan sesuatu yang segar dan meninggalkan kesan kepada pembaca seperti mana buku-buku beliau yang sebelum ini..
Done in one day actually… buku ke brpa dh yg penulis nie tulis yg aku baca…. Honestly the Reading went smoothly… the Story itself show that penulis dia mmg buat kerja and not only menulis secara semborono… terlalu byk ilmu yg dimsukkan ke dlm cerita ini which i like sbb mostly Org diluar sana yg x suka membaca suka sgt cop novel2 nie sbg karya picisan which im not agree since dekat zmn form 6 lgi… every Books has It own message and knowledge …
Berbalik kpd novel nie… secara keseluruhannya sgt baik cuma sya bersetuju dgn pdgn readers lain yg ckp penghujungnya agak rushing utk ditamatkan… plus ada persoalan jgak yaaa… what happen to Leman??? Sbb mcm x mati je or ak yg terlepas… apa2 pun kudos to the author… i like …
Cerita best sangat! Kagum dengan penulis. Segala apa yang ditulis bukan sekadar penulis kosong malah saya yakin banyak kajian & rujukan yang dibuat penulis sepanjang menghasilkan naskah yang sebagus ini.
Banyak yang dapat dipelajari daripada naskah ini terutamanya berkaitan bangsa Cindaku. Baru tahu juga ada beza antara manusia harimau & harimau jadi-jadian.
Plot twist pun best. Kadang yang dirasa baik itu yang sebenarnya jahat. Musuh dalam selimut.
Cuma ada beberapa watak yang dirasa seperti ada sesuatu pada watak tu. Cuma tidak dinyatakan. Tak pasti watak itu memang sengaja dibuat kita sebagai pembaca tertanya2 atau mungkin ada sequel daripada cerita ni..? Ke saya aje yang rasa macam tu? Hahaha.
Apa-apapun memang naskah ini wajib dibaca terutama pada mereka yang meminati siri mistik.
Penulis A Darwisy tak pernah mengecewakan. Seperti, Jangan Biar Dia Masuk, penulis berjaya menghadiahkan pembaca dengan sebuah karya yang sangat menarik dan lain dari yang lain. Hampir setiap bab akan ada babak cemas atau seram dan sering diakhiri dengan klimaksnya yang tersendiri, membuat pembaca tak nak berhenti baca kerana ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Tahniah penulis
Dah kenapa setiap kali habis satu bab je aku mengaum. Berat nanang buku ni. Huhuhu... Yang ni kasi bikin filem jugak lah. Dah lama takde cerita rimau sejak si tora. Kan?
Mula-mula ingatkan kisah tentang harimau jadian rupanya bangsa cindaku adalah manusia harimau manakala harimau jadian adalah manusia yang mengamalkan ilmu salah demi kepentingan diri. Ada rasa seram dan thriller yang mana part seram pada aku adalah sewaktu group wartawan masuk ke dalam hutan dengan Pak Cik Adenan. Merinding bulu roma. Cuma part Scha diculik tidak diperincikan kenapa dia dilarikan dari kampung orang asli tu. Atau aku yang termiss part tu? Erm.. Oh ya, ada plot twist yang tak disangka. Don't judge a book by its cover. Overall buku ni superb!
Naskah daripada Anuar Darwisy yang ditunggu-tunggu! Dan sekali lagi penulis membuktikan kemampuannya membawa pembaca merasai setiap emosi : cemas, takut, teruja, geram, dan bermacam-macam lagi melalui penulisannya yang epik. Pada saya naskah terbaru ini melepasi "expectation" saya selepas AJT.
IDEA : Sangat menarik dan original. Jika disebut tentang perubahan manusia kepada harimau, saya hanya tahu tentang perubahan dalam bentuk jadi-jadian atau saka. Tapi penulis berjaya membawa kelainan di mana perubahan itu tidak semestinya daripada ilmu yang salah, tetapi juga daripada bangsa atau keturunan. Saya juga sangat suka pada perbincangan ilmiah yang diketangahkan oleh penulis, tanpa ada rasa dibebel (penting ni!) Dan saya turut mendapat ilmu daripadanya. Rasanya kalau saya di tengah-tengah perbincangan tu, makin meleret-leretlah jadinya. hahahhaa.
GARAPAN BAHASA : Saya sentiasa terkesima dengan penulisan Anuar Darwisy. Pasti ada saja perkataan baru yang saya belajar daripada naskahnya. Tentang laras bahasa memang tidak dapat disangkal, sentiasa dalam lingkungan yang terbaik. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan boleh diletakkan sebaris dengan penulis senior yang lain seperti tuan RAM. Saya memang sentiasa jadikan naskah penulis sebagai "guru" untuk saya memperbaik cara penulisan saya sendiri.
PLOT : Okay, ada beberapa plot yang saya rasa perlu diperbaiki oleh penulis. Terutamanya di babak-babak terakhir. Ada beberapa kelompongan di situ yang membuatkan saya tertanya-tanya. Tetapi kelompongan itu tidaklah mencacatkan pembacaan, cuma sudah terbiasa dengan karya penulis yang sentiasa ada jawapannnya.
WATAK : Penulis memang bijak mencipta watak yang meninggalkan kesan di hati pembaca. Cuma terkadang pada saya, ada beberapa watak yang mempunyai persamaan dengan watak-watak pada naskah sebelumnya, terutama watak yang degil dan terlalu curious tu. Geram juga dibuatnya. huhuhuhu. Mungkin di lain naskah, penulis boleh kurangkan sikit watak yang terlalu curious tu. Boleh sakit jantung saya. hahahahhaa.
Okay, kalau disebut tentang watak yang digemari dalam naskah Ngauman Cindaku, saya akan pilih watak MAIMUN. Bagi saya Maimun adalah watak paling kuat dalam naskah ini. Maimun membuktikan bahawa selembut-lembut wanita itu, tersimpan kekuatan yang boleh menggoncang dunia. Tersenyum sendiri saya bagaimana Maimun digambarkan sebagai seorang ibu yang paling garang di kalangan teman-teman anaknya (sebab saya pun mak yang garang. hahahahaha) tetapi cepat saja sejuk hatinya bila melihat anak-anak kecil itu dalam kesusahan. Babak paling mengesankan bagi saya apabila Maimun bertarung seorang diri ketika kampungnya dilanda serangan Cindaku. Bagaimana jiwa seorang perempuan itu begitu kuat berhadapan dengan situasi getir seperti itu. Syabas, penulis! Maimun is my favourite! And will always be! (Lebih daripada Taruna.. hehehhehe)
PENGAJARAN DARIPADA NASKAH : Tema kekeluargaan yang begitu kuat dalam naskah ini banyak memberi peringatan kepada saya betapa pentingnya ikatan suci itu dan betapa memeliharanya adalah satu bentuk perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi. Kasih sayang Faizal kepada keluarganya, Jaka kepada adik-adiknya (meski adik yang lain melihat Jaka hanya mementingkan Taruna, namun hakikatnya jauh daripada itu), Maimun kepada anaknya Majid, juga sayangnya Zainab kepada adiknya Kamil. Tersentuh hati saya pada kasih sayang Zainab pada Kamil yang ada kekurangannya itu.
Satu naskah yang terbaik daripada penulis. Rasanya tak banyak buku yang boleh saya baca dua kali, tetapi naskah kali ini memang saya akan baca semula.
Saya akan sentiasa menanti-nanti karya terbaru daripada penulis.
Masa mula2 baca karya ni, ingatkan cindaku tu sejenis harimau jadian. Rupanya harimau jadian ni manusia yg menuntut ilmu salah dengan jin. Bangsa cindaku pula memang keturunan manusia-harimau yg wujud sejak lama dulu. Karya a.darwisy mmg tak pernah mengecewakan. Penuh dengan ilmu yg buat kita berfikir. Bukan sekadar menakutkan pembaca. Yang mana belum baca naskhah ni, segera dapatkan di kedai buku berhampiran dan rasailah debaran ngauman cindaku!
Scha dan rakan-rakan wartawannya ingin ke sebuah kampung di Hulu Tembeling untuk merungkai sebuah cerita harimau jadian. Namun, pelbagai kejadian menimpa mereka. Faizal sekeluarga pula yang dalam perjalanan pulang ke kampung di Hulu Tembeling tiba-tiba tersadai di tengah perjalanan akibat kereta rosak dan terpaksa menumpang di rumah orang asli. Mereka juga melalui pelbagai kejadian di saat itu.
Sebuah naskah yang sangat menarik perhatian SH. Banyak misteri dan persoalan yang sengaja ditinggalkan oleh penulis seiring perjalanan cerita yang membuatkan SH nak teruskan pembacaan untuk tahu apa yang bakal terjadi seterusnya. Aksi-aksi yang ditampilkan juga sangat menarik.
Biasanya SH dengar cerita harimau jadian sahaja tetapi naskah ini memberikan nafas baru untuk cerita harimau jadian. Terbahagi kepada 2 kumpulan. Jadian dan manusia cindaku. Tetapi SH kesian juga dengan manusia cindaku ni. Menjadi harimau bukan di atas kehendak mereka. Tetapi sudah darah keturunan mereka begitu. Bak kata Taruna 'ada harimau nak jadi manusia, tetapi manusia pula pula yang sibuk nak jadi harimau'.
SH juga suka apabila penulis banyak memasukkan peribahasa melayu yang rasanya jarang didengar ke dalam naskah ini. Sampai gigih SH google nak tahu maksud. Dengan adanya unsur sebegini di dalam sebuah naskah bacaan fiksi, sekurang-kurangnya menambahkan minat untuk lebih cakna dengan peribahasa melayu. Banyak juga peribahasa di dalam naskah ini yang SH baru tahu.
Majid ni memang budak yang hebat. Cerdas kerana mampu belajar sendiri ilmu yang belum ibunya turunkan. Juga mampu bertenang walaupun keadaan mendesak. Dengan ketenangan itu dia mampu membuat keputusan yang lebih bijak. SH suka betul dengan watak Majid ni. Walaupun pada mulanya digambarkan sedikit nakal dan tak mendengar kata tetapi seiring perjalanan cerita banyak kualiti yang bagus ditampilkan.
Memang banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada naskah ini. Bagaimana jin kafir dan syaitan tak akan berputus asa menyesatkan manusia. Bagaimana manusia sering dikelabui dengan kekayaan, kekuatan, dan pelbagai kelebihan lagi. Hingga sanggup melakukan apa sahaja demi itu.
Sebuah novel yang menceritakan tentang persengketaan antara manusia dengan bangsa cindaku (manusia harimau). Menggunakan teknik penceritaan dua zaman. Pada zaman 1948, menceritakan tentang sengketa 7 adik-beradik cindaku dengan penduduk Kampung Ranggul di Pahang. Dalam masa yang sama, muncul harimau jadian yang turut mengganas. Penduduk Kampung Ranggul; Majid, ibunya Maimun, Tok Tamam, dan penduduk kampung yang lain terpaksa berkerjasama untuk menghalang amukan harimau cindaku dan harimau jadian itu.
Pada zaman 2016, menceritakan tentang Faizal dan keluarganya yang terpaksa pulang ke kampung halamannya di pahang. Nasibnya malang apabila anaknya, Fareez tiba-tiba hilang. Dalam masa yang sama, sekumpulan wartawan yang diketuai oleh Scha turut menjadi mangsa serangan makhluk seperti harimau.
Secara ringkasnya, cerita ni best. Baca sekali harung jer dalam masa sehari. Kisah dua zaman diceritakan dengan baik, secara berselang-seli. Aksi-aksi pertempuran pun menarik. Bagi saya, tak seram pun citer ni, lebih kepada suspen. Tapi, tetap menghiburkan...
Naskah yang ditunggu-tunggu kemunculannya, akhirnya dapat ditamatkan.. pada jam 3:00 petang tanggal 18th Nov 2018.
Secara keseluruhan, novel epik ini tidak mengecewakan dan sememangnya menjadi trademark penulisnya. Novel yang membuatkan emosi kita sebagai pembaca bercampur gaul, sedih, marah, suka, sayang, kasihan, ingin tahu digaul secukup rasa..
IDEA ++++ Idea yang sangat menarik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri walau ada juga novel lain yang menyebut tentang bangsa cindaku ini. Idea menulis tentang bangsa cindaku ini secara tidak langsung memberitahu kita bahawa selain manusia terdapat juga makhluk lain di bumi ini selain makhluk halus. Selalunya dalam novel dan drama kita disuakan dengan cerita mengenai saka harimau - tentunya berkenaan orang di Negeri Sembilan tetapi dalam novel ini kita disuakan juga tentang bangsa cindaku yang berasal nun jauh dari Jambi dan juga harimau jadian akibat menuntut ilmu yang salah. Penulis berjaya menulis idea ini mengikut caranya yang tersendiri.
PLOT ++++ Plot atau jalan cerita ditulis dengan baik dan berkembang. Sela masa yang saling bertukar-tukar, masa lalu dan masa kini. Momentumnya beralun-alun turun dan naik dan disesuaikan dengan emosi ketika itu. Novel yang membuatkan emosi kita sebagai pembaca bercampur gaul, sedih, marah, suka, sayang, kasihan, ingin tahu digaul secukup rasa..
Namum begitu ada bahagian-bahagian yang tertentu yang menimbulkan pertanyaan dan seperti tidak bersinambungan dan terungkai. Mungkin ini adalah taktik penulis untuk buku yang akan datang? Mana tahu kan? Penulis membuatkan pembaca agar tertanya-tanya kenapa, bagaimana dan siapa? Ini sesuatu yang menyeksa emosiku dan batinku.. Hahahaha.. Jahat sunggu..
GARAPAN BAHASA +++++++++++++++ Bahasa yang digunakan adalah mudah untuk difahami walaupun banyak juga perkataan-perkataan yang baru diperkenalkan dan semestinya yang baru kepada saya. Secara tidak langsung, saya dapat menambahkan kosa kata bahasa Melayu saya. Bahasa yang digunakan sesuai dengan peredaran masa dan juga usia setiap watak. Ayat-ayat yang digunakan membuatkan saya ingin terus membaca kerana berjaya menimbulkan rasa ingin tahu. Bait-bait yang saya kira mantera yang digunakan oleh bangsa cindaku adalah cantik dan membuatkan saya jatuh cinta kepada bait-bait ini. Harap-harap tiadalah yang memberi kesan.
WATAK ++++++ Setiap watak dalam cerita ini mempunyai kekuatan dan kepentingan mereka yang tersendiri. Boleh dikatakan setiap watak dikembangan dengan baik walaupun ada juga satu dua watak yang membuat saya tertanya-tanya.. Namun tidaklah sampai mencacatkan jalan cerita. Seperti yang saya katakan mungkin kita akan tahu dalam siri kedua? Juga bagaimana setiap watak ada hubungkaitnya dengan watak yang lain.
Mengenai watak pilihan sebenarnya ada 3 watak yang menjadi pilihan. Selain Maimun yang menjadi tunjang cerita di zaman lampau dan Taruna, saya memilih watak Majid. Kenapa? Sebagai seorang kanak-kanak, Majid boleh dikatakan sebagai seorang budak lelaki yang berani, lebih matang daripada umurnya sendiri dan memiliki sifat pelindung. Dia seboleh-bolehnya ingin melindungi keselamatan orang-orang yang ada disekitarnya. Akalnya bijak dan 'laju' memikirkan penyelesaian terhadap satu-satu persoalan atau masalah yang dihadapi. Bijak dan cepat mempelajari sesuatu yang baru. Majid juga seorang yang bertanggungjawab demi mengalas tanggungjawab sebagai penjaga datuk harimau.
KELAINAN & MESEJ YANG DISAMPAIKAN ++++++++++++++++++++++++++++++++ Satu kelainan yang ada dalam novel ini adalah bait-bait mantera yang digunakan oleh bangsa cindaku. Selain itu penulis juga cuba memperlihatan sisi baik bangsa cindaku.
Mesej yang boleh kita dapat apabila kita menamatkan novel ini sudah tentunya mengenai kekeluargaan, persaudaraan dan kasih sayang. Adakalanya sikap kita menunjukkan kasih sayang terhadap saudara yang lain tidak kira adik beradik ataupun anak-anak membuat yang lain terasa seperti dipinggirkan - seolah-olah tidak sama rata atau berat sebelah. Satu lagi mesej yang cuba disampaikan oleh penulis adalah sikap tanggungjawab. Tanggungjawab yang ditinggalkan oleh orang sebelum kita seperti Majid yang menyambung tanggungjawab sebagai penjaga datuk harimau dan tanggung Jaka dalam menjaga keselamatan Taruna si bongsu demi memastikan kebelangsungan keturunan bangsa cindaku.
HARAPAN ++++++++ Diharapkan pada masa hadapan penulis dapat menghasilkan novel yang sebaik ini dan yang lebih baik lagi. Novel yang mempunyai ilmu di dalamnya dan ada mesej baik yang disampaikan dan ada pengajaran yang boleh pembaca ambil sebagai iktibar. Novel yang dekat dengan realiti dan masyarakat.
Buku ini membawa kita ke dunia manusia jadian dengan kisah penuh aksi, imbas kembali (flashback) masa lalu dan sekarang, serta konflik emosi yang mendalam. Antara watak yang benar-benar meninggalkan kesan ialah Raden—sayang sekali kerana tindakannya banyak dipengaruhi oleh kehilangan dan siapa yang mendidiknya. Mungkin jika dia kekal bersama Roqayah, sifatnya akan berbeza. Mak cik Maimun pun boleh tahan juga power dia. Seram aku tengok part Leman serang dia masa tu. Jahat betul watak Leman.Sikit lagi nak NGAP!!!
Elemen manusia jadian yang berkawan dengan syaitan tidak terlalu menonjol pada babak akhir. Watak Leman pula lebih kepada pelengkap—sekadar penyedap cerita untuk geng empat pengkhianat yang sebenarnya hanya gilakan kuasa dan akhirnya memakan diri sendiri kerana melanggar batas yang telah ditetapkan.
Bahagian akhir sangat epik: pertarungan antara anak cucu T dan G. Kalau difilemkan, babak di KLCC pasti meletup dengan aura “Ngaum!!!”—asalkan penggunaan CGI tidak berlebihan. Aksi klimaksnya begitu mengujakan, seolah-olah pembaca dapat melihat dengan mata sendiri.
Ada lagi scene tak boleh dilupakan - di awal cerita, babak geng pengkhianat menyerang manusia yang masuk ke kawasan mereka terasa begitu gore dan mendebarkan. Penulis sangat teliti menggambarkan suasana, membuatkan setiap babak aksi terasa hidup dan mendalam.
Secara keseluruhan, buku ini sarat dengan: Aksi (70%) – pertarungan, pergelutan, babak gore yang mendebarkan. Konflik (60%) – perebutan kuasa, pengkhianatan, dan pergolakan batin watak. Nilai keluarga & persahabatan – ikatan yang masih menjadi nadi penceritaan. Antara momen paling menyayat hati ialah apabila S dipotong tangan dan lidahnya. Trauma itu begitu terasa, seolah-olah kita sendiri mengalaminya.
Kesimpulan Ngauman Cindaku adalah naskhah penuh tenaga dengan adunan aksi, konflik, dan emosi yang seimbang. Ia bukan sekadar kisah manusia jadian, tetapi juga peringatan tentang akibat tamak kuasa, pengkhianatan, dan bagaimana didikan membentuk jiwa seseorang. Membaca buku ini membuatkan kita teruja, ngeri, dan pada masa yang sama sebak dengan pengorbanan wataknya - kena kuat demi melindungi..📚🔥
Wow. Tiada apa yg boleh dkata lg. Gaya pnulisan A. Darwisy mmg superb! Bila kita baca smua tulisan dia, terasa benar2 berada dlm suasana yg dia cuba gmbarkn. Sy bmula dgn mbaca novel beliau btajuk Jgn Biar Dia Masuk shinggalah Amukan Jembalang Tanah. Memang terrrrbaikkk. Sy kasi 10 bintang! 😍😍😍
hehe macam biasalah buku dah lama diterbitkan tapi sekarang baru ada masa untuk baca ngauman cindaku, fuh tak sangka hanya dalam tempoh 2 hari je dapat habiskan novel ni selalunya novel lain akan ambil tempoh masa yang lama.
okayyy, sebenarnya tak sabar nak baca buku ni sebab kebanyakan orang cakap best dan bagi ranting 5 stars.. yep, tak dinafikan novel ngauman cindaku memang gempak dari awal permulaan hingga ke penghujung penceritaan kerana penulis menggunakan gaya penulisan yang hebat dan teratur.
tahniahhh A. Darwisy berjaya menghasilkan karya yang begitu menarik bukan sahaja dari segi susunan plot cerita malah latar belakang cerita ni pun menarik. Ngauman Cindaku? Ingatkan pasal harimau jadian, rupa-rupanya ada harimau lain iaitu manusia harimau. Tidak sangka penulis dapat idea begitu bernas untuk menghasilkan sebuah novel yang berkisahkan tentang harimau. Ey, kita tengok harimau pun dah seram sejuk. Hahaha. Okayy, penulis menggunakan sfera fungsional sebagai contoh sfera keindahan seperti aksi pertarungan antara bangsa cindaku yang bertarung. Dalam novel ni, saya sebagai pembaca turut berasa berdebar-debar apabila bangsa cindaku lawan sesama mereka. Saya juga berasa tidak bernafas buat seketika apabila baca part yang mengerikan kerana dapat membayangkan betapa kejamnya harimau jadian yang sanggup menggadai nyawa orang tidak bersalah. Bukan itu sahaja, saya juga tertarik dengan watak Majid yang begitu matang walaupun ketika dia masih kecil apabila menghadapi situasi cemas kerana berani berlawan dengan musuh demi menyelamatkan orang kampungnya. Saya begitu kagum apabila penulis memasukkan watak orang asli daripada kaum Semai sebab kita tahu kawasan pedalaman yang menjadi tempat petempatan mereka jadi memang banyak kebolehan orang asli dalam meredah hutan, menghadapi ancaman bintang buas dan sebagainya. Bukan apa, kita sebagai masyarakat Melayu kurang didedahkan dengan orang asli yang memiliki kebolehan semula jadi berkaitan alam sekeliling mereka. Dalam novel Ngauman Cindaku juga, penulis mendedahkan pembaca berkaitan kepercayaan orang asli Semai berkaitan roh jahat dan roh baik. Hehe, kalau penulis tak masukkan watak orang asli sudah semestinya kita tak tahu kan perkataan yang digunakan oleh orang asli? Novel ini juga memberi pengajaran kepada pembaca seperti menjaga tingkahlaku ketika masuk hutan dan jangan bermulut celupar kerana dalam dunia ini bukan sahaja manusia yang mendudukinya malah terdapat juga makhluk Allah yang lain serta janganlah kita memiliki sifat dendam kerana ia akan menyebabkan kita jauh daripada Allah SWT dan membinasakan diri sendiri.
Sekali lagi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada penulis! Semoga terus menghasilkan karya yang bermutu dan dapat menarik minat para pembaca. Saya amat mengesyorkan orang ramai supaya dapat meluangkan masa untuk membaca novel Ngauman Cindaku. Terbaiklah, A. Darwisy ❤️❤️
Cerita ni best. Nak tau best dia macam mana kena baca sendiri. Kalau tak nanti tak faham. Jalan cerita yang sangat menarik dan bertepatan dgn peratusan mistik 90% ,80% ngeri,70% seram masa berada dalam hutan dan ketika kejadian2 misteri yg berlaku.
Penceritaan yg menggunakan 2 garis masa yg berbeza selari dgn penceritaan n buat pembaca rasa ternanti2 & terfikir2 yg akan berlaku seterusnya . Unsur suspen dan plot twist yg buat pembaca tertanya siapa dalang kejadian yg sebenarnya dan siapa baik sebenarnya.
Cerita ni ada aura tersendiri. Menarik. Sbb penulis ajk pembaca mengimbau kembali permainan zaman kecik2 dlu. Lepas tu seperti biasa banyak ilmu baru dlm ni. Jatuh cinta dgn watak Taruna yg sgt penyayang,hormat org dan paling pandai guna akal yg waras dlm buat keputusan. Tertarik dgn watak Jaka yg tegas & bengis tp ada perasaan kasih syg nun jauh disanubari walaupun ganas.
Suka hubungan antara mak dan anak iaitu Maimun dan Majid. Sifat bertanggungjawab meraka dan semangat kesatuan mereka amat teguh dalam apa pun keadaan. Dan sikap yg berpegang pada janji Maimun tu ajar kita utk berpegang pada janji.
Si Leman yang berdamping dengan syaitan tu masih ada perasaan bila keluar dari cengkaman ilmu hitam yang diamalkanya. Walaupun dia jahat tapi sebenarnya dia seorang yang penyayang. Cuma dia taksub dengan kuasa yang memakan diri dan keluarganya.
Tapi rasa mcm tak puas baca cerita ni. Rasa mcm akan ada sambungan yg kedua. I want Ngauman Cindaku 2.
Sekian corat coret Ngauman Cindaku. Yana bagi 10 bintang ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐. Andai ada jutaan bintang kat langit. Boleh bagi semua untuk NC ni . Pengolahan yang baik dan dapat bawa pembaca berada dalam situasi yang diceritakan. Awesome sangat. 😍
A.Darwisy satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan di Malaysia. Setelah meledak dengan kisah Orang Minyak dalam karya Jangan Biar Dia Masuk (JBDM) dan Jangan Biar Dia Masuk II (JBDM II), kemudiannya Amukan Jembalang Tanah (AJT) yang mengangkat mahkluk mistik Jembalang Tanah sebagai subjek penceritaan, penulis berbakat besar ini kini kembali dengan karya terbaru berjudul Ngauman Cindaku. Pada awalnya, sewaktu mendapatkan naskhah ini di pasaran sejujurnya saya merasakan buku ini agak tipis bilangan muka suratnya. Sebagai pengemar karya beliau sememangnya saya lebih menggemari membaca naskhah yang tebal seperti JBDM dan JBDM II kerana naskhah yang tebal lebih terasa puas dan seronok dibaca berbanding naskhah yang tipis. Limitasi bilangan muka surat pastinya menyebabkan penyampaian cerita sedikit tergantung atau tidak banyak perkara yang boleh dimuatkan dan diceritakan sedangkan kehendak pembaca pastinya ingin sesuatu yang lebih lagi dalam kisah yang dibaca. Bagaimanapun, ini hanyalah pandangan peribadi saya sebagai pembaca yang sememangnya menyukai gaya penulisan dan penceritaan oleh penulis ini.
Berbalik kepada novel Ngauman Cindaku ini, penulis masih mengekalkan penceritaan bertemakan mahkluk mistik, kali ini penulis mengetengahkan pula mahkluk Harimau menjadi subjek utama penceritaan dalam karya epik seramnya. Walaupun kisah Harimau atau Pak Belang agak klise dalam masyarakat kita kerana lazimnya sebagai pembaca apabila melihat subjek dan tajuk naskhah yang berkaitan Harimau, andaian yang timbul adalah sudah tentunya cerita klise mengenai saka harimau.
Namun kisah yang digarap oleh penulis ini ternyata berbeza dari kisah yang pernah diperdengarkan dan dipertontonkan sebelum ini dan andaian awal itu nyata tersasar jauh kerana idea segar penulis dalam naskhah ini memberikan suatu pengalaman baru dan cukup berbeza kepada para pembaca setelah naskhah ini tamat dibaca dan ditekuni.
Sungguhpun, dilabel sebagai naskhah seram dengan 90% unsur mistik, tetapi bagi saya naskhah ini merupakan satu naskhah seram mistik yang bersifat intelektual kerana seram yang digambarkan bukan sengaja diada-adakan supaya pembaca takut tanpa sebab, atau menyampaikan kisah mitos semata-mata tetapi penulis bijak menghurai pandangan dan memberi penjelasan dari sudut sains, logik akal dan sejarah menerusi hujah-hujah yang dilontarkan oleh watak-watak dalam naskhah ini. Kisah manusia harimau, harimau jadian, harimau belaan dan penjaga harimau jarang-jarang kita dengar atau langsung tidak pernah dengar tentangnya, hanya setelah membaca naskhah ini barulah sedikit sebanyak saya sebagai pembaca dapat mengetahui keunikan dan perbezaan yang ketara antara setiap satunya.
Penceritaan bermula di sebuah perkampungan yang terletak di Negeri Pahang sekitar tahun 1948, pembaca diperkenalkan dengan watak-watak kampung. Genre ini cukup sinonim dengan penulis yang gemar menampilkan watak orang kampung dan menceritakan kisah orang lama di kawasan kampung dalam penulisannya. Dari perkampungan inilah bermulanya segala kisah mengenai manusia harimau tujuh bersaudara bergelar bangsa cindaku; kehebatan dan ketangkasan seorang wanita penjaga dan perantaraan harimau bernama Maimun; kecilikan dan keberanian si anak kampung bernama Majid dan si durjana pengamal ilmu syaitan bernama Leman. Pelbagai kejadian buruk tercetus di kampung tersebut lantaran sikap ego, tamak dan hati yang penuh hasad lantas menimbulkan konflik, perbalahan, pertelingkahan dan perseteruan yang berpanjangan.
Bagi yang sedia maklum, lazimnya penulis gemar mengolah cerita dari dua zaman yang berbeza tetapi saling mempunyai perkaitan dan trademark ini masih dikekalkan penulis dengan penceritaan menelusuri dua zaman yang berbeza iaitu tahun 1948 dan tahun 2016. Plot cerita bergerak secara imbas balik antara dua zaman ini, namun sedikit pun pembaca tidak terganggu kerana kesinambungan kisah antara dua zaman ini digarap dengan sangat kemas dan tersusun rapi tanpa ada sebarang kelompongan. Plot twist yang tidak disangka-sangka juga dibuat dengan sangat cermat dan berjaya mencipta kejutan yang besar dalam naskhah ini. Ini menampakkan kematangan dan peningkatan mutu penulisan berbanding karya sebelum ini.
Menyentuh mengenai watak di dalam naskhah ini, saya menyukai penggunaan nama-nama watak yang menggunapakai nama yang ringkas dan mudah diingati. Ini menjadikan pembacaan lebih lancar tanpa perlu mengulang baca nama watak yang panjang dan sukar disebut serta menggelakkan berlakunya kekeliruan. Jika ditanya tentang watak yang digemari dalam naskhah ini, saya menyukai watak Maimun, Majid dan Faizal.
Maimun adalah seorang wanita kampung yang dikurniakan kelebihan luar biasa. Wanita ini mampu berinteraksi dengan binatang-binatang di dalam hutan, tangkas bertindak sebagai penyelamat, menjadi pendamai serta perantara antara manusia dengan bangsa cindaku. Apa yang menariknya watak Maimun bagi pandangan saya adalah sudah tentunya dengan kebolehan luar biasanya itu, namun begitu masih punyai sifat keibuannya, kelihatan tegas tetapi sebenarnya menyayangi anaknya. Maimun adalah lambang kekuatan, keberanian dan ketenangan seorang wanita walau dalam apa situasi yang ditempuhinya.
Majid pula merupakan anak lelaki kepada Maimun, apa yang menarik tentang Majid adalah kebijaksanaan dan keberanian Majid dalam menangani apa jua masalah yang mendatang. Walaupun di usia yang masih mentah, si cilik ini sangat matang berfikir dan bijak bertindak mengikut situasi. Manakala Faizal pula adalah watak bapa kepada Fareez ,saya menyukai watak ini kerana dapat melihat Faizal sebagai seorang ayah yang sangat menyayangi dan melindungi anaknya. Kasih seorang ayah terhadap anak lelakinya jelas tergambar dalam setiap perbuatan dan perlakuan walau rasa sayang itu tidak diungkapkan.
Bagaimanapun, saya berpendapat kekuatan naskhah ini selain dari watak-watak yang dicipta penulis adalah kerana penggunaan ayat dan susunan Bahasa yang mudah difahami, tidak meleret tetapi cukup jelas dapat menggambarkan keadaan suasana dan situasi yang berlaku. Samada situasi cemas, seram, sedih,ngeri dan lain-lain situasi semuanya bagai terhampar di depan mata pembaca. Ini terbukti apabila seawal pembacaan lagi penulis berjaya membuatkan saya menangis tika membaca kisah Si Harimau Raden dan sehingga kini pun saya masih mampu membayangkan babak tersebut. Begitu juga untuk babak-babak lain yang membuatkan saya turut terbawa-bawa dengan rasa sedih, geram, marah, takut, simpati dan seribu satu emosi. Boleh dikatakan naskhah kali ini lebih banyak bermain dengan emosi dari awal cerita hinggalah ke penamatnya. Tahniah penulis kerana berjaya mempermainkan emosi pembaca.
Selain itu, penulis turut menggunakan kisah ini sebagai medium berdakwah menerusi dialog bersahaja tetapi berunsur nasihat dan terkandung mesej dakwah yang jelas. Selain berdakwah, penulis juga berjaya menyampaikan ilmu baru kepada pembaca dengan penggunaan perkataan-perkataan dan istilah yang baru pertama kali atau jarang-jarang didengari oleh pembaca. Secara tidak langsung ini dapat menambahkan pengetahuan pembaca dari sudut perkembangan tatabahasa dan perbendaharaan kata. Berbicara soal Bahasa juga, saya sebenarnya cukup tertarik dengan bait kata berunsur sakti yang diolah penulis di dalam naskhah ini seperti “Di atas langit masih ada langit, di atas sakti ada yang lebih sakti….”; “Gemuruh akan suaraku, Halilintar akan mataku,Kilat akan senjataku…….”. Tertanya-tanya juga dari mana penulis beroleh ilham menyusun bait-bait tersebut.
Antara lain yang menarik dan kelainan dalam naskhah ini juga adalah alatan yang diperkenalkan. Jika di dalam naskhah JBDM dan JBDM II sebelum ini, pembaca diperkenalkan dengan alatan muzik gamelan dan tarian. Tetapi di dalam Ngauman Cindaku ini pembaca diperkenalkan pula dengan sejenis kayu bernama Kayu Kaboa. Kegunaan dan kesaktian kayu ini banyak diperkatakan dan diperincikan dalam naskhah ini. Di samping itu juga, pembaca turut didedahkan dengan beberapa adat, budaya dan kepercayaan orang Asli. Secara tidak langsung pembaca dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai suku-suku orang asli yang wujud di negara ini dan dapat memahami budaya mereka yang jarang diperdengarkan.
Setelah menamatkan pengembaraan dalam naskhah ini, saya merasakan walaupun ianya berkisar kisah mitos dan mistik tetapi di dalam nya terkandung pelbagai mesej yang jelas disampaikan oleh penulis secara langsung dan tidak langsung kepada para pembaca untuk diambil iktibar darinya. Mesej utama yang jelas adalah jangan sesekali kita menyekutukan Allah kerana tiada mahkluk lain yang dapat menandingi kekuasaanNya.
Jika kita perasan atau sedar juga, sebenarnya penulis ada menerapkan dan menekankan mengenai hubungan baik sesama manusia samada hubungan dalam kelompok masyarakat, hubungan antara anak dengan ibu dan ayah, hubungan antara suami dan isteri, hubungan antara keluarga, hubungan adik beradik dan juga hubungan dengan rakan-rakan. Sentiasalah kita memelihara hubungan yang terjalin dengan sebaik-baiknya kerana itulah anugerah Allah untuk kita sama-sama berkasih sayang dan menerima segala baik buruk serta kelebihan dan kekurangan mereka tanpa rasa hasad sesama sendiri.
Antara pengajaran lain adalah, naskhah ini menyedarkan saya bahawa baik dan buruk laku seseorang itu sebenarnya adalah atas pilihan sendiri. Jika kita memilih jalan yang salah maka buruklah nasib dan perjalanan hidup kita. Tetapi sekiranya kita memilih jalan yang lurus dan berkehendakkan hidayah, maka hidayah itu akan sampai kepada diri kita. Ini kerana hidayah itu perlu dicari dengan hati yang ikhlas dan suci serta mengakui kekhilafan diri tanpa ada rasa ego dan bongkak dalam diri.
Selain itu, penulis turut menyampaikan mesej bahawa dendam yang tidak berkesudahan hanya akan membawa kebinasaan bukan sahaja kepada diri sendiri malahan kepada insan yang disayangi dan juga insan lain yang tidak berdosa. Penulis juga secara tidak langsung memberi ingatan kepada pembaca bahawa golongan munafik yang suka bermuka-muka ada di mana-mana. Maka hendaklah kita sentiasa berwaspada dengan golongan sebegini yang seringkali menjadi musuh di dalam selimut tanpa kita sedari.
Sebagai manusia juga, adakalanya diri kita meronta-ronta dengan sifat ingin tahu yang berlebihan. Walaupun sifat ingin tahu perlu ada dalam diri, tetapi jangan sampai memakan diri lantaran memenuhi keinginan rasa dan kedegilan diri sendiri. Sikap begini hanya mengundang bahaya kepada diri jika tersilap percaturan.
Konklusinya, setelah bacaan sampai ke penghujungnya saya merasakan walaupun naskhah Ngauman Cindaku ini berkisar kisah mitos dan mistik tetapi di dalam nya terkandung pelbagai ilmu dan mesej yang berguna. Jarang-jarang kita jumpa tika membaca novel seram yang adanya menerapkan unsur kekeluargaan, persahabatan, keagamaan, budaya, perkongsian ilmu, nilai-nilai murni dan sebagainya. Akan tetapi Ngauman Cindaku ini menggabungkan semua unsur-unsur tersebut menjadi rencah dalam penceritaan. Ini sekaligus dapat menepis persepsi buruk terhadap novel seram yang dikata hanya cerita tahyul, mengarut , khayalan dan bacaan yang tidak berilmiah.
Bagaimanapun, di masa akan datang atau untuk karya akan datang mungkin penulis boleh mewujudkan watak yang mewakili kaum dan bangsa lain di Malaysia seperti kaum Cina dan India pula, serta menceritakan budaya dan kepercayaan bangsa atau kaum tersebut. Diharapkan juga akan ada sekuel untuk Ngauman Cindaku ini kerana rasanya banyak lagi kisah yang tidak diceritakan dengan lebih lanjut terutama watak Maimun.
Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang saya rasakan sangat sempurna pengisiannya dan sangat rapi pengolahan kisahnya serta banyak pengajarannya. Setiap karyanya memang tidak pernah menghampakan dan sangat berbaloi untuk didapatkan. Terima kasih juga atas perkongsian ilmu yang ada di dalamnya.
Buat penulis juga, semoga penulis dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa diberikan ilham untuk terus berkarya. Buat pembaca di luar sana, jika ingin melalui dan merasai satu lagi pengalaman baru merentas hutan belantara dan "berkenalan" dengan si belang boleh lah dapatkan karya ini di pasaran. Wasalam.
Novel ini sebenarnya dibeli tanpa sengaja, dek kerana kecewa menanti novel Anding Ayangan 2 yang masih belum muncul di rak buku popular. Stress kita!
Tapi, usai membaca novel ini, saya terasa alah menyesal ye tidak membeli novel ini pada awal keluarannya. A. Darwisy kembali lagi dengan karya seram epiknya. Selain kekuatan elemen seram itu sendiri, penulis berjaya menyulamkan kisah ini dengan unsur sejarah, keagamaan dan juga sains! Sukar untuk kita menemui karya bagus yang punya semua elemen ini.
Dari JBDM sehinggalah NC, penulis memang berjaya membuatkan saya terpaksa 'memerhati' sekeliling, risau tiba-tiba ada yang 'menumpang' baca sekali. Hahaha... TAHNIAH buat A. Darwisy atas kelahiran novel Ngauman Cindaku. Teruskan berkarya!
p/s :- Dengar-dengar Jangan Biar Dia Masuk akan difilemkan kelak. Berharap benar agar 'epik'nya novel itu akan dikekalkan momentumnya dalam filem kelak.
Penantian karya terbaru daripada novelis Anuar Darwisy nyata berbaloi. Kali ini Nua mengangkat kisah mitos rakyat iaitu ‘Manusia Harimau’ melalui Ngauman Cindaku untuk dikupas dan diperhalusi ke aras pemahaman yang boleh diterima akal dari pelbagai sudut teori.
Masih mengekalkan penceritaan melalui dua latar masa yang berbeza, perjalanan kisah ini bergerak pantas dan lancar walaupun ianya disampaikan secara berselang-seli. Langsung tak mengganggu pembacaan kerana Nua bijak menyulam babak antara dua latar masa itu dengan baik dan kemas. Setiap babak punya debaran tersendiri. Pertembungan antara hak dan batil, antara rahsia alam dan fakta ilmiah serta antara nafsu dan pertimbangan akal mencetuskan aura luar biasa. Dan melengkapkan rasa teruja pastilah disebabkan plot twistnya yang menjadi. Percaya tak, sewaktu khusyuk menekuni setiap patah kata terutama babak cemas dan aksi, bahang terasa disekeliling tubuh dan bayangkan, ada beberapa babak, kepala spontan ke sisi konon mengelak dari dicakar rimau! Aduhai penangan Tok Ketua!
Garapan bahasa Nua cantik seperti dalam karya sebelumnya. Beberapa peribahasa dan perkataan yang jarang diguna pakai menjadi pilihan Nua sebagai penambah seri dan ianya secara tidak langsung memberi ilmu tambahan kepada pembaca dan pada masa yang sama sentuhan ‘air tangan’ Nua menjadi semakin tinggi nilai seninya.
Watak dan perwatakan dalam naskah ini, terlihat lebih didominasi oleh mereka yang berada pada tahun 1948 dari segi ruang penceritaan, kehebatan dan keperibadian. Walaubagaimanapun mereka yang ‘beraksi’ pada tahun 2016 juga tidak kurang hebat dalam menggalas peranan sehingga ada yang berjaya mengelirukan pembaca dengan sikap yang tidak melambangkan dirinya yang sebenar. Watak yang berkenan dihati? Terus terang susah nak membuat pilihan. Setiap watak mempunyai keistimewaan yang tersendiri tetapi saya pilih Majid walaupun Taruna semestinya lekat dihati. Bagi saya, Majid adalah saksi kronologi cerita ini sejak dari kanak-kanak sehingga tua dan terasa seperti kisah ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Walaupun ketika masih kecil, cara pemikiran Majid mendahului usia. Sikapnya yang matang, berani dan bijak banyak membantu ibunya Maimun sewaktu berhadapan dengan ancaman harimau yang menyerang penduduk kampung mereka walaupun dia dilarang keras mengambil tahu apa jua yang dilakukan oleh ibunya pada ketika itu. Dan sebagai pewaris keturunan, Majid memikul tanggungjawab dengan amanah dan sabar setelah ibunya meninggal dunia sehingga dirinya tua dimamah usia.
Ngauman Cindaku, membuktikan Nua adalah antara penulis yang bersiap siaga dari pelbagai sudut dalam menghasilkan karya. Identiti penulisannya menjadikan kisah seram epik ini berada dalam kelas yang tersendiri. Salutan ilmiah yang merangkumi fakta sains, islamik, moral dan nilai murni padat disatukan dan disampaikan dengan santai dan mudah untuk difahami. Mengangkat tema kekeluargaan ternyata memberi impak yang cukup menyentuh hati. Membawa mesej bahawa kasih sayang menjadikan seseorang itu lebih menghargai antara satu sama lain. Cemburu dan dendam adalah sekam yang merosakkan jiwa dan seterusnya mampu memusnahkan ikatan persaudaraan.
Kepada Nua, teruslah menghasilkan karya yang hebat dan semoga sentiasa diberi ilham yang boleh memberi manfaat dan kepuasan membaca kepada khalayak. Tahniah dan 5 bintang!
Alhamdulillah tamat sudah pembacaan naskah terbaru karya A. Darwisy, Ngauman Cindaku.
Sukar digambarkan perasaan setiap kali muka surat pertama di baca bermula menghayati pembacaan daripada karya penulis Jangan Biar Dia Masuk 1 dan 2. Kini Ngauman cindaku menghadirkan perasaan keterujaan yang sama. Seolah karya sebelum ni menjadi kesinambungan kepada wujudnya pula ngauman cindaku.
Sangat meminati cara olahan penulis dalam naskahnya di mana terdapat dua era zaman yang berbeza yang menjadi perkaitan antara keduanya. Menjadikan kita sebagai pembaca tidak mahu melepaskan setiap bait ayat pada setiap muka surat sehingga penamat di temui. Saya rasakan seolah kita turut berada di setiap detik yang mencemaskan dalam naskah ini.
Sebagaimana karya penulis sebelum ini, saya amat kagumi garapan bahasa yang di ketengahkan yang selama ini tidak pernah didengari dan dibaca.Penulis sangat bijak dalam penggunaan bahasa melayu klasik yang punyai maksud tersirat.Saya sangat sukakannya.
Terdapat elemen islam di mana ada petikan surah yang tertentu dalam al Quran boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian. Ilmu yang memberi peringatan dan penekanan buat saya.
Saya mengemari watak dua beranak Maimun dan anaknya Majid . Maimun seorang ibu yang tegas malah sangat berani dan punyai ilmu kebatinan yang tersendiri. Dengan kepakaran yang dimiliki menjadikan dia sebagai penasihat dan penyelamat penduduk kampung Ranggul.
Majid seorang kanak-kanak yang turut mewarisi keberanian ibunya. Dia bukan kanak-kanak biasa tapi punyai jiwa kepimpinan, keberanian malah bijak mempraktikkan ilmu yang dipelajari daripada ibunya. Di kalangan rakan sebayanya, dia mampu menjadi lebih dewasa pemikiran dan bertindak.
Terdapat beberapa mesej yang disampaikan melalui naskah ini, sebagai manusia biasa seburuk mana sikap atau cela yang dilakukan menjadi kewajipan kita menjaga aib si pelaku. Malah ada surah di dalam Al-Quran memberi peringatan buat umat islam.
Perbuatan syirik, khurafat yang diamalankan oleh watak Leman menjadi peringatan buat kita. Demi rasa dendam kesumat, demi ingin menjadi berkuasa hasutan syaitan diturutkan. Sungguh lemah jiwa Leman yang penuh dengan katamakan akhirnya kebinasaan menimpa.
Nilai murni dalam watak Jaka dalam mengekalkan hubungan tali persaudaraan yang utuh,penjaga amanah seperti yang tercatit dalam kitab tujuh yang di jaga, sangat menyayangi 6 saudara yang lain terutama Teruna walaupun Guntur sering menimbulkan sengketa.
Harapan saya moga ada kesinambungan ngauman cindaku, selagi manusia punyai sifat mazmumah di hati selagi itu ada persengketaan wujud.
Moga penulis terus mengekalkan gaya penceritaan untuk karya akan datang InsyaAllah selagi Allah menganugerahkan ilham selagi itu ada pembaca seperti saya menantikannya. Berjuta bintang, bulan dan matahari ku berikan untuk penulisan A. Darwisy. Sekian wasalam.
Ngauman Cindaku Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd / 413 mukasurat A. Darwisy #novelserammistik #bukuepik #bukusedap
Ini adalah novel terbaru garapan penulis muda Anuar Darwisy yang cukup terkenal dan sinonim dengan karya-karya epik seramnya. Sebuah karya yang cukup hebat dan menarik plot penceritaannya dan tak salah kiranya kalau saya katakan ianya setanding dengan sekuel Jangan Biar Dia Masuk 1 & 2. Cukup puas rasanya dapat baca kisah yang sesedap sebegini. Dan tak pernah sekali pun beliau gagal buat saya rasa teruja dan kagum dengan setiap karya-karyanya. Ngauman Cindaku bagi saya cukup segala ‘rencah’ dan ‘perisanya’. Penulis tak lupa juga menerapkan sekali akan nilai sesebuah persahabatan yang erat, ikatan kekeluargaan yang sarat dengan kasih sayang dan juga banyak pengajaran yang boleh kita kutip jadikan panduan dan sempadan disebalik kisah cindaku 7 bersaudara ini.
Kisah bermula ratusan tahun yang lalu, yang mana pada masa itu bangsa cindaku pernah menjadi perantaraan antara harimau dan manusia. Amanat itu masih lagi dijunjung teguh oleh bangsa cindaku 7 bersaudara iaitu Jaka, Guntur, Agus, Bima, Hardi, Damar dan yang paling bongsu, Taruna. Tetap kekal terpelihara semuanya sehinggalah ada antara dikalangan cindaku yang cuba ingkar dengan apa yang telah ditetapkan. Mereka memberontak dan mulai hidup berpuak-puak malahan hingga sanggup bersetongkol dengan syaitan. Berpecah-belah mereka akhirnya. Berdendam benar nampak gayanya Guntur, Agus dan Bima kepada cindaku yang bongsu itu. Iri hati dengan kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan kepada Taruna dan merasa sering dipinggirkan Jaka yang melebihkan adik bongsu mereka. Dendam kesumat yang menjadi punca terputusnya tali persaudaraan antara mereka dan mengakibatkan seluruh keturunan Taruna menjadi buruan saudara-saudaranya sendiri sehingga kini. Masa terus berlalu namun cindaku 3 bersaudara itu menunggu saat dan ketikanya untuk melunaskan segala dendam yang telah lama beraja dihati.
Faizal yang dalam perjalanan pulang ke kampung atas urusan pindah milik tanah warisan ayahnya menerima musibah yang tak disangka-sangka. Fareez anak lelaki tunggalnya hilang secara tiba-tiba tanpa jejak berhampiran dengan sebuah perkampungan orang asli. Dan ada dikalangan penduduk orang asli percaya dan membuat andaian yang semua ni besar kemungkinan ada kaitannya dengan bangsa cindaku atau lebih dikenali sebagai manusia harimau. Apa benar misteri kehilangan Fareez ada kaitan dengan bangsa cindaku atau angkara pihak lain. Atau diri Faizal dan Fareez sendiri ada kaitan dengan bangsa cindaku. Siapa sebenarnya Faizal dan Fareez? Yang pastinya ada perhitungan yang belum lagi diselesaikan antara mereka. Selanjutnya korang kenalah baca kalau ingin tahu bagaimanakah penamatnya ya..
Mengorbankan waktu rehat tengahari jumaat demi menghabiskan naskhah Ngauman Cindaku ternyata tak sia sia.Cindaku yang membawa maksud manusia harimau merupakan satu subjek yang sebenarnya tak asing lagi bagi peminat karya seram. Almarhum Tan Sri P Ramlee sendiri pernah mengetengahkan subjek Harimau Jadian dalam filem arahannya, Sitora Harimau Jadian.Bahkan Shuhaimi Baba juga menggunakan subjek yang sama dalam filem Waris Jari Hantu.
Namun karya A.Darwisy ini ternyata berbeza dengan kedua dua filem yang disebut di atas.Walaupun mengetengahkan subjek yang sama namun A.Darwisy amat bijak merangka setiap plot ceritanya. Sepanjang membaca novel ini terasa seperti sedang menyusun puzzle di samping menyelesaikan teka teki. Terdapat banyak plot twist yang bijak dilakukan oleh A.Darwisy menjadikan novel ini bertambah menarik.
Sesiapa yang pernah membaca karya A.Darwisy sebelum ini, pasti amat mengenali laras bahasa A.Darwisy yang boleh saya katakan tinggi. Ada beberapa perkataan baru yang tidak pernah saya dengari atau baca diguna pakai oleh A.Darwisy.Dapat satu ilmu baru disitu. Terima kasih A.Darwisy.
Dalam karya ini sebenarnya terdapat banyak watak watak penting yang menggerakkan cerita ini.Walaupun boleh dikatakan watak yang diwujudkan itu terlalu ramai, namun saya sedikit pun tidak terkeliru dengan setiap watak yang ada kerana penulis begitu bijak menyusun setiap satu babak untuk watak watak itu beraksi. Saya sebenarnya amat menyukai pemilihan nama untuk setiap watak. Ringkas dan mudah untuk diingati.
Pastinya dalam setiap karya, akan ada satu watak yang paling disukai. Untuk novel ini, saya teramatlah menyukai watak Jaka.Seorang abang dan ketua yang begitu berpegang teguh kepada janji dan amat menyayangi adik adiknya. Walau dibenci dan ditentang oleh darah daging sendiri tetap punya rasa sayang yang tidak pernah hilang terhadap saudara sedarah sedagingnya.
Banyak sebenarnya mesej berguna yang terkandung dalam naskhah ini, tapi yang paling terkesan di hati saya ialah mesej kekeluargaan. Benarlah kata pepatah, bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh. Hubungan kekeluargaan yang dipenuhi kasih sayang akan meneguhkan keluarga itu tapi hubungan kekeluargaan yang disulami dengki dan kebencian akan membawa kemusnahan.
Akhir kata, semoga karya A. Darwisy yang akan datang bertambah hebat.Tahniah untuk Ngauman Cindaku.
Wow betul cerita ni !! Cerita tentang manusia harimau atau dikenali sebagai bangsa cindaku yg memeterai perjanjian dengan manusia. Plot cerita tersusun kemas walaupun diadun daripada 2 latar masa. Ada elemen surprise apabila plot twist nya langsung tidak dijangka.
Cerita berlatarbelakangkan Kampung Ranggul di Mukim Hulu Tembeling, Pahang apabila berlaku tragedi berdarah melibatkan 7 buah keluarga yg dibaham hidup-hidup angkara bangsa cindaku.
Masa lampau: Kesemua 7 beradik manusia harimau yg tinggal selepas tragedi itu mematuhi perjanjian yg dibuat bersama manusia apabila mereka hanya tinggal di sempadan mereka di dlm hutan. Mereka tdk mengganggu manusia sekiranya mereka tdk diganggu.
Taruna, bangsa cindaku yg bongsu amat tertarik apabila terdengar laungan azan & secara rahsia mula belajar tentang Islam dgn org Kampung Ranggul.
Selain bangsa cindaku, ada juga harimau jadi-jadian, iaitu manusia yg menuntut ilmu yg salah drp jin semata-mata untuk mencapai apa yg diingini.
Maimun, penjaga datuk harimau, bg sy ialah heroin Kampung Ranggul yg berani & handal dlm menangani serangan manusia harimau & harimau jadian di kampungnya. Majid merupakan anak Maimun yg kemudian mewarisi ibunya menjadi penjaga datuk harimau.
Masa kini: Faizal & keluarganya terjebak apabila mereka pulang ke kampung atas urusan harta pusaka yg ditinggalkan oleh arwah bapa Faizal. Masalah menjadi rumit apabila Fareez (anak Faizal) tiba-tiba hilang. Ada juga sekumpulan wartawan yg turut terjebak dgn permasalahan ini apabila Scha hilang & Karl mati dibunuh dengan kejam.
▪️▪️▪️
Bagi saya cerita ni sangat best (mungkin sbb sy suka cerita kampung2 zaman dulu2). Peminat siri seram kena baca buku ni, walaupun bagi sy cerita ni tak seram. Tp bestlah, macam tgok movie. Penulis A.Darwisy tidak mengecewakan. Saya bagi 5⭐ 🤓
This entire review has been hidden because of spoilers.
!!!!!!SPOILER!!!!!!! Buku keempat A. Darwisy yang aku baca dan tetap menggunakan penceritaan dua zaman yang berbeza. Tak dinafikan jalan ceritanya memang menarik. Bukan sekadar cerita harimau belaan seperti filem 'Waris'. Gabungan kisah bangsa Cindaku, Harimau Jadian dan Datuk Harimau menjadikan novel ni lebih teruja untuk dibaca.
Penceritaan melibatkan dua zaman, tapi aku lebih sukakan kisah pada tahun 1948. Sebab apa yang terjadi pada tahun itu lebih menarik berbanding kisah Fareez pada tahun 2016.
Dari segi watak pula, sebenarnya aku agak keliru watak siapa utama? Fareez atau Majid. Kerana karakter Majid lebih 'kuat' dan memberi kesan kepada aku berbanding Fareez.
Plot twist pula memang penulis pandai olah. Fikirkan orang naik motor itu yang jahat tapi sebaliknya. Dan aku dah syak Si Balqis atau Tajul pun jahat tapi tak rupanya. Walaupun dah baca Jangan Biar Dia Masuk, penjahatnya adalah orang yang rapat tetap terkena juga dengan buku ni. 😭
Dan terakhir penamatnya. Tak tahulah orang lain tapi aku rasa penamatnya macam cepat sangat habis. Macam tergesa gesa. Permulaan dan pertengahan cerita memang mengujakan tapi penamatnya biasa pula. Macam ehh...habis dah? Rasa sayang pula Guntur, Agus dan Bima mati. Ada rasa nak tahu apa dia orang buat sepanjang hidup. Rasa simpati pun ye. Boleh hidup lama tapi tak boleh berpasangan. Sampai aku persoalkan kenapa macam tu. Tapi bila difikirkan, mungkin sifat dan jiwa ganas diorang lah yang menyebabkan takdir sebegitu. Yelah kalau ada keturunan yang hidup bebas memang makan orang lah jawabnya. Oklah, jadi itu saja lah ulasan aku untuk buku ni. Sekian.
Ngauman Cindaku, naskhah yg bermain dengan emosi, kepuasannya setanding dengan Jangan Biar Dia Masuk, Amukan Jembalang, Kala Senja Dia Datang. Saya paling suka Majid, membayangkan keletahnya sajer dah buat saya tergelak srg2 😂😂😂, ngatkan masa kecik jer rupanya dh tua pun kelakar 😂😂😂, teringat masa Majid kt tembok tu. Tu watak yang bestlah. Watak yang x best n buat saya rasa geram nk mrh, watak yg berani x bertempat, x mo dgr kata tu, ishhh geram betoilh dia tu. Lagi watak yang x dgr kata, si isteri..... pun sama, stress toi baru saya nk hanyut masa si suami tgh berlawan ngan harimau, dia plak ganggu tumpuan. Suami dia pun saya geram sebab berahsia, kalau terangkan awal2 naper dia selalu beralasan x mo balik kg kan senang sikit 😂😂😂 Jalan cite semua best, puas hati, mcm biasa ada perkara yang buat kita tertanya2, berteka teki, mmg best. Yang plg best banyak benda baru yg saya x tahu dikisahkan dlm nie 😘😘😘 Dengan ini semua naskhah dr Tok Ketua saya sudah habis baca.
Ok tumbuhan dalam naskhah nie plak ialah Keladi Gajah, saya rasa tok ketua kita terlepas pandang pasal Lidah Mertua yg saya tanya sebelum nie 😅😅😅
Novel Ngauman Cindaku ini banyak mengingatkan saya akan siri Novel Twilight. Bezanya, Ngauman Cindaku lebih “relatable” dan lebih realistik untuk saya dalami manakala novel bersiri Twilight tersebut lebih kepada fantasi semata-mata. Ngauman Cindaku pun tidak lokek dalam berkongsi pendapat, ilmu sains dan ilmu agama yang banyak saya pelajari.
Ngauman Cindaku merupakan antara novel yang buat saya tak senang duduk disebabkan rasa ingin tahu dengan lebih lanjut setiap kali saya perlu berhenti membaca atas urusan masa lain.
Menerusi novel inilah baru saya terperasan yang saya sudahpun memiliki novel-novel seram yang lain yang ditulis oleh Tuan A. Darwisy. Tidak saya sangka, cara penulisan Tuan A. Darwisy sudah ada “signature”nya tersendiri sehingga saya tergerak hati meneliti koleksi buku-buku seram saya dan perasan akan 2-3 buah buku novel Tuan sudahpun dimiliki.
Saya amat terhibur dengan novel ini (cuma sedikit terkilan, bahan bacaan sudah habis dibaca 😅). Moga banyak lagi karya Tuan A. Darwisy akan dikeluarkan pada masa hadapan. Saya akan nantikannya. 👍🏽