Gabungan beberapa orang penulis dalam antologi cerpen seram ini dengan pelbagai kisah dipaparkan. Walau pun ada sesetengah cerita kelihatan klise dan seringkali diketengahkan, namun ada beberapa yang berjaya menarik perhatian dan sesuatu yang segar dihidangkan buat pembaca.
Secara keseluruhan saya masih berpuas hati kerana kisah yang dipaparkan kebanykkannya pendek, ringkas dan padat, tapi elemen seram yang diselitakn tetap terasa.
mula-mula dapat novel ni dok terfikir, awatlah antologi ni buat tebal-tebal. kang kata bosan baca nanti, sentap lak. hehe... ada 30 buah antologi seram, mistik, misteri. nak tau kisah?
malaslah akak nak story. sebabnya, korang yang baca takkan sempat nak rasa bosan..ni bukan kes bergetar tulang rusuk ke, ovari pecah ke... ni kes otak korang akan bersatu dengan hati, akan setuju dengan perasaan dan hantar pulak signal suruh anggota badan korang bertindak. hati cuak, perasaan seram dan anggota badan seram sejuk, dok pandang kiri kanan atas bawah. nak seram sangat tadi, kan? nah, ambik....
pembuka kisah pun si jaka sulung malawi dah kacau bilaukan perasaan kita bila baca. tu belum masuk Nasa Yusuf huru-harakan hati kita. belum kisah si W3 yang mana dikoreknya. belum lagi Cik Sri Pagi, Naomi Sakura, Maira Huda dan Iza Iman dok cucuk-cucuk pembaca dengan entah dari mana kisah seram dia orang dapat ntah. Tajul Zulkarnain II? lagilah, dah dia penyelenggara, lagi banyak pulak kisah seram dia ada. mana korang semua dapat idea, dapat kisah benar ni weeihhh??.....
kalau rasa dalam kategori penakut tapi nak baca, baca siang-siang dengan teman ya. kalau nak ambik feel seram, bacalah waktu senyap sunyi. waktu malam lagi best. sebenarnya di sebalik semua kisah, satu je kita kena pegang, apa pun yang datang, apa pun kesusahan, apa pun kegembiraan, baliklah pada Allah. bersyukur dengan nikmat-Nya, mengadu pada-Nya, mohon pertolongan dari-Nya. SEGALANYA. tak perlu susah-susah nak percaya, nak minta tolong makhluk yang entah apa-apa. ok?
Antologi cerpen yang dikumpulkan dalam satu buku.. Mengandungi lebih kurang 30 cerpen pendek yang ditulis oleh 8 orang penulis.. Pelbagai rasa yang diberikan dan yang pasti perasaan seram dan seriau tu real terasa.. Cerpen yang pelbagai dari 8 penulis memang akan memberi rasa yang pelbagai.. Ada yang berjaya memberi kejutan macam Etwas dan ada yang biasa-biasa sahaja.. Ada juga yang mengganggu jiwa yang membaca.. Keseluruhannya semua penulis dalam ini mempunyai potensi besar.. Semoga mereka terus berjaya..
Seriau Twirlight Zone Publishing / 547 mukasurat Tajul Zulkarnain, Nasa Yusuf, W3, Cik Sri Pagi, Naomi Sakura, Maira Huda, Iza Iman & Jaka Sulung Malawi #novelserammistik #bukusedap
Buku ni mengandungi 30 buah cerpen bergenre seram dan mistik hasil garapan barisan penulis-penulis yang tak kurang hebat nya. Diselenggara oleh tuan Tajul Zulkarnain yang mana dia juga ada menyumbangkan 10 buah cerpennya dalam naskah ini. Antara tajuk cerpennya ialah Etwas, Amukan Roh, Van Jenazah, Jangan Mia!, Menyewa Dengan Jin, Spirit Of The Coin 1, Spirit Of The Coin 2, Dendam, Tweet dan terakhir sekali Kisah Seram Abang Runner. Manakala Jaka Sulung Malawi pula ada menyumbangkan 2 buah cerpen bertajuk Naskah Mati dan Seriau. Seterusnya karya Nasa Yusuf, 6 buah cerpen iaitu Sekilas, Incognito, Tersilap, 7 Hari Kembali, Rindu dan Dua Penunggu. Penulis W3 dan Cik Sri Pagi pula masing-masing menyumbangkan 3 buah cerpen yang bertajuk Pusaka, Lapar, Diari 1 Malam, Cindai Laila, Cinta Hati Abah dan Diari Seorang Penulis. Seterusnya Naomi Sakura, Iza Iman dan Cik Maira masing-masing menyumbangkan 2 buah cerpen iaitu Selamat Tinggal Maya, Lemah Semangat, Jelmaan, Housemate, Kathrina dan Rooftop.
Setiap satu cerita bagi saya ada pengajarannya, ada mesej yang ingin penulis sampaikan kepada pembaca-pembacanya. Boleh dikatakan hampir kesemua cerpen dalam buku ni best dan saya suka. Kebetulan pulak novel atau cerpen seram ni memang salah satu genre kegemaran saya. Bagi anda yang belum ada dan belum lagi membaca novel ni, satu je ingin saya katakan disini, buku ni sangat berbaloi untuk anda beli dan baca. Sebuah naskah yang tak rugi untuk anda miliki.
4⭐ tu adalah bagi keseluruhan buku tu tidak termasuk karya-karya di bawah nama penulis Jaka Sulung Malawi.
Bagi penulis lain, ada karya yang amat bagus. Ada yang kureng. Namun secara keseluruhan, naskah ni berbaloi untuk dimiliki dan dibaca.
Kenapa penilaian bintang tak termasuk karya Jaka? Sebab kalau aku ambil kira, mungkin aku bagi 2⭐ saja.
Berlebihan memuji karya/naskah atau diri sendiri bukan sesuatu yang aku suka. Apatah lagi memetik nama naskah yang sedang pembaca baca, bukan naskah lain yang guna nama pena yang sama. Bukan dia sorang yang buat dalam naskah ni. Tapi teknik dia aja yang menjengkelkan. Unacceptable. Tak akan mati keindahan sesuatu cerita tu kalau tak guna nama penulis sendiri sebagai watak di dalamnya.
Tak boleh berhenti bila dh mula baca wpn 547 pages. Salah satu antologi cerita seram terbaik yg pernah dibaca di abad ni. Cerita pndek tp padat & tgglkan kesan. Tak merepek2 & sgt terkesan. Terbaik penyelenggara Seriau, Tajul Zulkarnain & penulis2 yg trlibat dlm novel.