Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelakimu Yang Dulu

Rate this book
Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah.

"Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya

Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara.

Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya.

"I nak jumpa anak I!" - Hazrul

"Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya.

Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

"I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul

"Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya

"Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?

Paperback

Published January 1, 2018

83 people are currently reading
922 people want to read

About the author

Farah Darianna

4 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
70 (35%)
4 stars
48 (24%)
3 stars
26 (13%)
2 stars
22 (11%)
1 star
30 (15%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 30, 2020
UPDATE:
Dah SOLD OUT.
.
.
Pertama kali baca karya penulis.

Terdapat beberapa perkataan yang aku tak faham maksud dia yang sedikit sebanyak mengganggu fokus pembacaan. Dan aku tak rajin nak pergi cari makna dia di laman PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Jika ini merupakan buku rujukan, memang wajib aku cari maksud perkataan tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
p/s: Nak lepaskan novel ini. Jika berminat, boleh la hantar mesej. Terima kasih.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
May 6, 2018
Bestt.. better dari novel yang pertama.. suka cara penceritaannya.. keep writing.. 😊
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
February 7, 2019
[BOOK 10]

Lelakimu Yang Dulu by Farah Darianna.
.

Suka!!!!!
.

LYD ialah antara buku yang memang dah lama aim nak baca. And I love it so much.
.

Dulu, masa baca teaser je, terus jatuh hati ngan buku ni. Sebab curious nak tahu tentang Hazrul dan apa kejahatan yang dia buat. Lepas tu, bila tengok cover, rasa cam macho nya. Hahaha. Tapi, bila baca, kita akan tahu, kenapa caption nya ialah, "mengejar sempurna". Because he is too far, far away from being perfect.
.

Hazrul dan Daliya terpisah apabila Hazrul dimasukkan ke penjara atas tuduhan merogol. Wehhh, isteri mana yang boleh terima hakikat suaminya begini? Bila Daliya minta penjelasan Hazrul, dia tidak menafikan. Maka, Daliya pergi membawa diri bersama kandungannya yang dirahsiakan daripada Hazrul.
.

Dan setelah 2 tahun, mereka bertemu kembali. Hazrul muncul bersama motif tertentu untuk merampas Heidi daripada Daliya. Kononnya, Hazrul ingin membalas dendam sebab Daliya tinggalkannya sewaktu dia di penjara. Hey, come on la. Kau dah rogol perempuan lain, kau expect isteri kau akan setia ngan kau? Kau tak tahu Daliya dikecam oleh orang kampung.
.

Tapi, lama kelamaan, misinya berubah. Daripada sekadar ingin mendapatkan Heidi, dia juga inginkan Daliya. Tapi, bukan semudah yang disangka.
.

Bagi aku, cerita ni nampak simple. Tapi, serius, emosinya berat. Kisah Daliya dan Hazrul ni, tak perlukan orang ketiga pun. Cukup mereka berdua pun, emosi dah kacau bilau. Dengan Hazrul yang masih berahsia. Betul ke Hazrul seorang perogol? Dan apakah motifnya?
.

Dan paling penting, watak Heidi ni sangat menghiburkan. I love the way FD create watak Heidi ni. Dan dia gambarkan satu-persatu apa yang Heidi buat. Comel giler.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
October 16, 2019
Pertama kali baca novel karya penulis. Ada menggunakan beberapa perkataan yang perlu dirujuk dengan PRPM. Ditambah dengan gaya penceritaan yang kurang jelas bagi saya, sekejap saya rasa 'lost' nak hubungkaitkan watak dan perwatakan.

Nak sampai akhir tu menitis juga air mata bila Hazrul cuba mendapatkan keampunan emak kandungnya. Dan banyak juga info tentang tumbesaran bayi dan kanak-kanak.

Tapi yang saya suka kesalahan ejaan yang minima. Tahniah untuk penulis dan editor!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
June 5, 2021
daliya, bangkit setelah hidupnya lumat dicerca. kehadiran heidi dalam hidupnya buat dia makin tabah mengharungi apa jua yang mendatang.

tapi

bila muncul semula hazrul, langkah dia mula pincang. dia tidak mahu heidi dibayangi dosa yang buat dia dan hazrul terpisah. walaupun tak bercerai, tapi bagi dia hazrul bukan sesiapa dalam hidupnya.

hazrul. apa yang dilakukan yang berdasarkan dendam. dendam yang membakar hidupnya. dendam yang mengakibatkan ayahnya hilang nyawa. dendam yang buat emaknya menganggap dia anak derhaka. dan dendam yang memisahkan dia dengan isteri dan anak yang langsung dia tak tahu tentang kewujudannya.

payahkan bila dendam buat manusia ambil keputusan yang sangat bodoh?

bila peluang kedua ada depan mata, hazrul tak bertangguh. dia tahu apa yang perlu dilakukan. walaupun daliya pada awal langsung tak menerimanya tapi hazrul tetap kuat. dicercalah sebanyak mana oleh daliya, dia tak peduli walau hatinya tetap pedih bila gelaran banduan sentiasa menjadi topik utama dari mulut isterinya itu.

tapi heidi lah menjadi pengaman antara mereka berdua. daliya sedar, hazrul mampu mengimbangkan keperluan heidi. bila tahu anaknya lambat berjalan, hazrul lah yang mengambil langkah dalam membantu perkembangan anaknya itu. jadi, apa lagi yang daliya mahu sebagai bukti yang hazrul takkan sia-siakan anaknya itu?

cerita penulis Farah Darianna ini tak habis begitu saja. bila penulis sentuh tentang emak dan keredhaannya, pembaca akan dapat tangkap keseluruhan pengajaran yang ada. dua watak emak yang dibina berbeza personaliti. maryam yang bersifat pelindung dan shida yang bersifat penghukum. tapi kedua-dua menggambarkan sifat mulia seorang ibu dan betapa kasihnya mereka terhadap anak walau bagaimana keadaan anak itu.

kadang, dosa silam akan menghantui sepanjang kehidupan. walau bangkit dengan penuh kesedaran dan keinsafan, payah untuk lupakan kisah lampau yang penuh kepedihan.

cuma

teruslah memohon keampunan. yakinlah

Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Profile Image for Penchinta Novel.
78 reviews
April 25, 2019
Lelakimu yang dulu.

Done karya FD. Tahniah penulis.
LYD mengisahkan tentang hazrul dan daliya yang berpisah disebabkan kesilapan masa silam hazrul yang lalu.

Membawa diri daliya membesarkan anaknya bersama hazrul, baby heidi. Kasih sayang yang melimpah di berikan kepada si anak. Beberapa tahun terpisah, hazrul mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri.
Lantas rancangan diatur untuk mengambil semula zuriat yang disembunyikan.

Tetapi pabila bertemu semula si isteri, kasih lama yang tersulam mula membuatkan hatinya berbelah bahagi.
Akhirnya daliya dan heidi di bawa tinggal bersama-sama.. Hati daliya masih menuntut jawapan atas apa yang berlaku sehingga membuatkan si suami meringkuk di dalam penjara, namun sikap hazrul yang perahsia itu membuatkan hubungan mereka sedikit berantakan. Ya, hazrul ni penuh dengan rahsia. Rahsia apa kena baca. 😁

Adakah bahagia akan menjelma dalam hidup mereka berdua? Kenalah baca buku ni. Tahniah cik penulis.
Maaf review yang tak seberapa ini. ☺
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
February 25, 2019
Lelakimu Yang Dulu punya jalan cerita yang sangat menarik. Namun, saya melihat penulis tidak mengembangkan idea untuk cerita ini dengan baik. Terlalu banyak gambaran yang tergantung. Kisah silam Hazrul, Nazli dan dari mana datangnya Daliya sepatutnya diceritakan dengan cermat supaya ia nampak kemas dan adil. Apa-apapun, ini antara cerita terbaik yang pernah saya baca untuk tahun ini.
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
Read
January 21, 2025
Dua tahun memisahkan Hazrul dengan isterinya, Daliya kerana kesalahan sendiri. Dendam yang membara membakar diri sendiri sehingga dia dipenjarakan. Kerana kesalahannya, dia dihukum undang-undang dan isterinya. Pertemuan tanpa sengaja selepas dua tahun mengejutkan Hazrul dengan kehadiran si kecil, Heidi Isyraf. Anak yang dia ketahui kewujudannya selepas dua tahun. Geram dengan si isteri yang mnyembunyikan kandungan serta anaknya, Hazrul nekad mahu mendapatkan Heidi. Dan kerana rindu dan cintanya yang masih bersisa pada si isteri, Daliya harus dibawa pulang ke sisinya.

Aku senang dengan watak Hazrul yang berusaha untuk dapatkan semula Daliya dan Heidi walaupun terpaksa gunakan cara yang keji. Kesalahan yang Hazrul lakukan perlahan-lahan diceritakan dengan hints yang membuatkan aku ragu-ragu patut ke tidak suka watak Hazrul ni. Dan, bila rahsia tu terbongar bersama asbab dia melakukan, terus aku rasa nak maki dia. Punyalah ikut perasaan marah dan dendam tu sampai tak fikir kesan atas perbuatan sendiri.

Daliya pula bagi aku seorang yang sanggup buat apa saja untuk Heidi. Kerana Heidilah, dia tinggalkan Hazrul tanpa beritahu tentang kandungannya dan kerana Heidi juga dengan tak relanya dia pulang ke pangkuan Hazrul. Perasaan takut Daliya untuk masa depan Heidi, sayang dan kecewa dia kepada Hazrul, semuanya sampai.

Premis cerita ni agak menarik bagi aku dan tak dinafikan aku seronok membaca. Tapi, perasaan seronok tu perlahan-lahan menurun bila 'musuh' Hazrul muncul. Bukan apa, babak-babak selepas identiti musuh tu nak terdedah were all over the places. Sekejap kena culik, tiba-tiba dah selamat larikan diri. Macam tiba-tiba sangat. Lepastu, backstory si musuh ni pun kurang jelas (ke aku je yang tak faham? Entahlah). Oh ya, cerita ni sangat tak sesuai untuk bacaan bawah umur sebab perangai miang Hazrul.

Nasib baiklah watak Heidi ada sebagai penyeri cerita. Aku suka dengan watak dia yang memang terasa kebayian tu. Tak ada depan mata pun boleh bayang macam mana comel keletah dia. Dengan manjanya dia dengan Daliya, selesa dia dengan Hazrul, ish, comel gilalah senang cerita. Kerana Heidilah aku bertahan untuk tak dnf buku ni.
Profile Image for Skylar J.
11 reviews7 followers
November 13, 2019
Pada mulanya, niat ingin membaca kerana dramanya yang dilakonkan oleh Nelydia dan Sharnaaz. Keserasian di layar kaca TV cukup membuatkan hati melonjak ingin mengetahui bagaimana cerita asalnya di Novel. Benarlah kata pengarahnya, yang cerita ini hanya inspirasi kerana mereka mengambil 30% sahaja inti untuk diterjemahkan ke dalam Drama. Tetapi yang penting Novel lebih menarik berbanding drama yang draggy dan kadang melalut. Ada beberapa plotholes. Mungkin mereka rushing hendak menghabiskan drama kerana due date.

Walaupun a bit matured because some scenes yang memperlihatkan Hazrul seorang yang gatal. Tetapi lama kelamaan saya sudah menjadi biasa. Mungkin itulah perangai lelaki setelah terlalu lama berjauhan dari isteri.

Ada juga pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini. Antaranya
*anak- anak jangan menderhakai ibu bapa sendiri
*hubungan adik beradik yang renggang malah akan lebih merenggangkan keluarga itu.

Dan akhirnya
*Di antara suami isteri haruslah tiada rahsia. Kedua-duanya harus menerima kekurangan masing-masing dan malah harus melengkapi antara satu sama lain.
Profile Image for Shaja Muhamad.
2 reviews28 followers
October 19, 2019
Spoil bila asyik terbayang sharnaz je. Ini la bahana bila baca novel adaptasi drama.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
January 7, 2022
Its a good reading…sweet..and suka penulis potray people deserve 2nd chance..jahat macam mane pon..ade peluang utk org berubah… love how strong heroin as a wife and mother…
Profile Image for a i n c e r a.
126 reviews14 followers
December 28, 2021
#05/2021

"Your're not here to be perfect but to be real" - Daliya

Salah satu buku yang aku sangat-sangat ternantikan suatu masa dulu. Masa tu belek-belek teaser dekat Wattpad je. Time tu aduhai memang rsa nak beli sesangat. Tak lama lepas tu, dekat TV3 keluarkan drama ni. Aku apa lagi memang happy gila. Tahun ni bru aku berkesempatan beli dan baca buku ni. Lama gila aku ambik masa 😂.

Long story short, buku ini mengisahkan perhubungan yang telah terlerai antara Daliya dan Hazrul. Misi Hazrul adalah untuk mendapatkan Heidi tetapi atas sebab-sebab tertentu Hazrul cuba untuk mendapatkan Daliya sekali. Dalam buku ini, penulis banyak memfokuskan penceritaan antara Daliya dan Hazrul.

Penulis berjaya buat aku rasa simpati dengan Daliya dan Hazrul. Garapan watak-watak yang sangat perfect bagi aku. Masing-masing diselitkan dengan kesilapan dan penyesalan. Sampai aku pun tak tahu nak salahkan siapa dalam kisah mereka ini kerana kedua-duanya mempunyai perjalanan hidup yang perit. Love-Hate-Relationship ⚊ favourite trope.

Aku suka bila penulis menerapkan juga nilai kasih seorang ibu terhadap anak mereka dengan 3 perspektif yang berlainan iaitu Daliya, mak Hazrul dan mak Nazli. Dibekalkan dengan 3 bentuk kasih sayang yang ditonjolkan oleh seseorang yang bergelar ibu. Sangat menarik bagi aku.

Tak lupa juga kasih sayang bapa (Hazrul) terhadap anaknya (Heidi). Salah satu moment-moment yang dapat menyentuh perasaan pembaca. Nampak Hazrul seorang 'family-man' bila dia dengan Heidi walhal karakternya lebih kepada dingin dan kurang mesra.

Satu kekurangan yang ada pada buku ini ialah karakter yang lain nampak tak ber'function'. Mungkin untuk kurangkan konflik atau drama daripada dragging. Jadi, karakter sampingan hanya muncul untuk plot-plot yang penting sahaja. Selain dari itu, memang lebih kepada Hazrul dan Daliya.

Overall from the first book i read from this author, I enjoyed it. Will absolutely try a new one.
3 reviews
May 18, 2018
jatuh suka bila baca teaser di fb. firstime baca full novel dari writer ni..

best, jln citer yg menarik, dengan telatah heidi yg cute....rindu pulak.

teruskan berkarya. goodluck!
52 reviews4 followers
August 7, 2018
tertarik dengan imej maskulin hazrul. especially jambang tu! tengok cover pun boleh terasa aura maskulin novel ni! tapi jalan cerita tak semaskulin covernya. urmm

cerita yg ok pada permulaannya. tapi fokus i mula hilang entah kenapa. rasa macam memaksa diri sangat untuk habiskan bacaan.

dont know where things went wrong. suka pengenalan cerita. faham rasa takut daliya. curious nak tahu kesalahan apa yg hazrul buat sampai kena masuk penjara. 'rasa' kisah cinta hazrul dan daliya. tapi... entah la.. dan sisi maskulin hazrul pula hilang seiring cerita berkembang.

oh ya banyak kali juga i belek cover sebab ingatkan tengah baca novel inggeris. hehe. belek juga la lagi kot kot ni novel LE rupanya tak. sebab macam terperinci juga adegan panasnya errrr..
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.