Jump to ratings and reviews
Rate this book

Raka

Rate this book
Untuk memulakan halaman pertama, cukup sukar sekali. Nat hilir-mudik berlenggeng di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap berbaring. Akhirnya siap satu halaman setelah berpuluh kali proses taip-padam-taip-padam. 
Nat tarik nafas lega. Halaman pertama adalah perkara paling susah dalam memulakan sebuah novel. Halaman pertamalah yang akan membuatkan pembaca mahu membaca terus atau mahu berhenti membaca.
Nat guna sudut pandang orang pertama. Itu akses terbaik untuk dia masuk ke dalam pemikiran pembunuh. 
Halaman pertama menceritakan kejadian di malam gelap di mana si pembunuh mengundurkan kereta ketika melepasi seorang perempuan di tepi jalan. Semuanya bermula dari detik kereta itu diundurkan. Dari situlah konflik dan cerita bermula.

267 pages, Paperback

First published April 27, 2018

7 people are currently reading
81 people want to read

About the author

Mahizan Husain

18 books28 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (19%)
4 stars
61 (53%)
3 stars
23 (20%)
2 stars
4 (3%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 40 reviews
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
June 12, 2018
RAKA – Mahizan Husain
Maka bertemulah kamu dengan pelbagai watak dalam novel suspen thriller yang tidak mendewa dewakan sesiapa melalui pemeran pusat yakni NAT.

Novel yang berlaras bahasa menarik dan cermat ini dirasakan bagus dibaca oleh novelis novelis muda untuk melihat susunan kronoloji cerita serta sisipan bijak melalui watak yang ditemui oleh Nat. Ada hal hal falsafah, muzik, medis dan hal hal sosial yang disentuh sipi sipi secara berkesan dan relavan.

Sepanjang membaca diumpan pelbagai tanggapan siapa agaknya pembunuh misteri, siapa yang kerap mencuri barang barang di rumah Nat, kekalutan Nat di bab bab akhir menebak apa sebenarnya sedang dilaluinya? Watak Senja yang ditampilkan menjadi rangka pada awal, pertengahan dan penghujung cerita. Pastikan kamu awas pada gerak geri dan kata kata Senja.

Penulis yang sudah menghasilkan beberapa buah novel dan antoloji gabungan dalam naskah membuktikan kematangan beliau menulis. Kita sentiasa kagum dengan penulis yang tidak menghebatkan watak utama, Mahizan menumpukan pada konflik dan alur penyelesaian, malah dalam setiap bab Nat digambarkan sebagai manusia yang tidak bodoh namun terpinga pinga cuba menelah laluannya. Bagaimana dia menjadi sang Parkour hebat, bertemu manusia berkepala anjing dalam ruang waktu dan masa (yang juga didebatkan secara bijak sepanjang penceritaan).
Secara peribadi, RAKA enak dibaca. Ianya berisi dan sesekali membuatkan kamu tersenyum dan mahu berfikir!

Secara peribadi saya suka pada gambaran Nat sewaktu berparkour malam. Digambarkan suasana rasa manusia yang hidup dalam bangunan. Di situ ada hal hal sepi diperlihatkan dan bacaan Nat menggambarkan siapa dirinya, sensitif tetapi tidak bertemu.

Sesiapa sahaja di antara kita mampu untuk jadi pembunuh!

Maaf NO SPOILER di sini…sila dapatkan satu
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
January 16, 2021
Mungkin mengandungi beberan–

Mula-mula baca sebenarnya adalah berniat nak bagi bintang banyak sikit. 2 bintang macam tu. Lebih daripada 1 kira banyak jugalah. Kalau dalam tatabahasa orang putih pun bilangan jumlah macam tu dah kena tambah ‘s’ di belakang. Sebab buku ni ceritanya bergerak dengan perlahan, amat perlahan, sangat perlahan dan terlalu perlahan. Gaya bahasanya agak kemas jika mahu dibandingkan dengan kebanyakan buku-buku Buku Fixi yang lain. Walau bagaimanapun gaya penulisannya adalah amat tawar. Dari sudut jalan cerita pula jika mahu dibandingkan persis seperti mendengar seseorang yang pekak ton menyanyi – mendatar. Sekali-sekala akan ada kematian yang berlaku dan sepertimana orang dengan pekak ton itu cuba mahu mencapai not yang tinggi, berputik sedikit harapan yang mungkin nyanyiannya akan mula menjadi semakin baik, berputik sedikit harapan yang mungkin ceritanya akan menjadi semakin menarik juga. Dan seperti mendengar nyanyian si penyanyi pekak ton itu juga, ia berakhir dengan kekecewaan. Seterusnya apabila lagi beberapa muka surat mahu mencecah 100 muka surat dan masih lagi tiada perubahan, aku pun dah mula mengeluh. Memang tidak boleh buat apa lagilah. Aku dah mula rasa yang aku takkan suka buku ini dan setelah selesai membaca, perasaan aku masih lagi sama.

Sekian.

Eh, belum lagi.

"Kau dah dapat tajuk novel?" soalnya terus. Macam tak sabar mahu dengar.
"Raka," jawab Nat pendek.
"Raka? Apa tu?"
"Entah. Aku pun tak tahu apa maksudnya. Saja-saja je aku reka."
"Tak ada makna?"
"Ya. Tajuk yang tak ada makna. Macam kau. Tak ada makna."


Secara dukacitanya ingin dimaklumkan bahawa ini adalah tidak benar. Dengan satu carian mudah di internet melalui laman sesawang DBP yang merumitkan keadaan kerana begitu payah sekali mahu selesai dimuatkan dan kemudian terpaksa merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat yang berkulit keras sebelum sekali lagi melalui laman sesawang DBP, kali ini dengan mengetik cached dan seterusnya text-only version bagi memudahkan urusan salin dan tampal, perkataan raka ada maksudnya.

Maksud yang disalin dan tampal dari laman sesawang DBP adalah seperti yang berikut:

[ra.ka] | راک
Definisi : retak dan hampir pecah atau patah (kayu, pinggan, dll): pinggan itu ~, hanya menanti pecah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Sekian.

Eh, belum lagi.

Raka adalah satu cubaan dalam menghasilkan novel yang surreal dan bersifat metafiksyen. Sesuatu yang tidak mengejutkan–

"Dia tidak pernah membaca satu pun buku Harry Potter kerana baginya, genre sihir adalah bacaan yang tidak menghiburkan. Lebih baik dia baca cerpen-cerpen Jorge Luis Borges yang langsung dia tidak faham. Ada juga faedah, walaupun tak faham."

• Petikan di atas boleh juga diubah suai dengan menggantikan ‘genre sihir’ kepada ‘Raka’ sekiranya mahu mengikut pengalaman membaca aku.
• Dalam ayat terakhir, tertanya-tanya: Apa faedahnya sekiranya dia tidak faham apa yang dibaca?

"Aku nak kau tulis novel yang orang tak boleh adaptasi. Aku tak suka novel aku diadaptasi. Kau buat novel yang orang susah nak adaptasi."
"Macam mana aku nak tulis novel yang susah nak diadaptasi?"
"Tulis novel dengan plot berbelit-belit, sampai orang pening, sampai orang tak boleh figure benda apa kau nak cerita. Buku macam tu gerenti tak ada orang nak adaptasi."


–jika diperhatikan melalui beberapa rujukan dan petikan ayat yang diselit di dalam buku ini.

Juga agak mengejutkan kerana dengan menyelitkannya dalam cerita yang berselirat dan berbelit-belit serta tidak dilupakan bergerak terlalu perlahan, segala unsur luar biasa tersebut mula terasa normal dan klise. Terlalu normal dan klise sehingga aku tidak sedar apa yang aku baca adalah satu luar biasa dan menyebabkan aku terpaksa merujuk kepada ulasan-ulasan positif bagi mencari apa yang aku terlepas pandang. Rata-rata disebut dalam ulasan-ulasan tersebut adalah mengenai unsur tidak nyata buku ini.

Acapkali turut tertanya-tanya juga sepanjang membaca buku ini apakah sebenarnya buku ini cuba mahu sampaikan kerana dengan hanya melompat dari satu plot ke satu plot lain dengan desakan dalam syarahan, ceramah, huraian dan penjelasan panjang lebar dan meleret secara berkala daripada watak-watak lain mengenai kejadian-kejadian yang berlaku dalam terma dan jargon yang begitu ketara sekali mahu menekankan betapa luar biasanya dan tingginya tahap pemahaman yang diperlukan bagi memahami isi buku ini, tidak cukup untuk mengaburi pandangan bahawa tiada apa sebenarnya yang luar biasa dengan jalan cerita yang disajikan.

Selain daripada kegagalan dalam cubaan untuk menghasilkan sebuah karya surreal dan bersifat metafiksyen, beberapa isu di dalam buku ini juga turut memainkan peranan memberatkan proses membaca. Isu utama yang diperhatikan dalam buku ini adalah mengenai konsistensinya. Seperti dialog dalam bahasa Indonesia yang diucapkan dalam beberapa babak di dalam buku. Seringkali perbualan dalam bahasa Indonesia lebih dekat kepada bahasa Melayu baku. Walaupun ada sedikit-sebanyak persamaan antara kedua-dua bahasa, boleh diperhatikan dalam kebanyakan dialog seolah-olah penulis terlupa mahu mengubah bahasa yang digunakan kepada bahasa Indonesia. Mungkin sekali ini dilakukan dengan sengaja – merujuk kepada pendedahan di kemudian cerita mengenai identiti salah seorang watak – dan mungkin sekali merupakan salah satu kes terlepas pandang dalam pembacaan semula.

Tidak dilupakan juga bagaimana dialog-dialog di dalam buku ini kedengaran seperti kebudak-budakan. Seperti sedang bercakap dengan seseorang yang suka berloyar buruk. Kerana amat malas mahu menyalin lebih banyak lagi petikan di dalam buku ini, berikut adalah contoh yang mengambil sedikit intipati dialog yang dimaksudkan.

“Kau pembunuh.”
“Siapa kata?”
“Aku kata. Aku tahu kau pembunuh.”
“Tahu adalah tauhu yang kekurangan huruf u.” Si pembunuh ketawa.
“Kau lawak.”
“Tiada siapa yang lawak di dalam dunia ini. Hanyalah pelawak yang melawak lawak di dalam dunia ini.”
“Apa yang kau nak?”
“Aku nak bunuh kau.”
“Jadi, betullah kau pembunuh!”
“Siapa kata?”
“Kau kata.”
“Aku cuma kata aku nak bunuh kau. Bermaksud aku nak jadi pembunuh. Aku belum membunuh. Kau belum dibunuh. Jadi, aku bukan pembunuh.”


Lebih kurang macam itulah. Menjengkelkan juga baca berulang kali gaya perbualan antara watak-watak dalam buku ni macam ni.

Haih. Kalau nak diikutkan banyak lagi sebenarnya isu aku dengan buku ini. Fokus utamanya sudah tentulah gaya penulisan, watak dan jalan cerita yang mendatar. Tetapi sebab terlalu seksa cuba nak habiskan buku ini sampaikan otak aku dah jadi mendap cuba nak huraikan lagi lebih banyak. Ya, ulasan yang panjang berjela ini adalah bukti kemendapan otak. Jangan persoalkan aku!

Mungkin satu hari nanti aku akan tambah.

Mungkin tidak.

Tidak.

Sekian.

Eh–

Terlalu panjang; malas nak baca:

Jika mahu dirumuskan buku ini, bolehlah sekiranya memetik ayat yang diguna oleh beberapa pengguna laman sosial Twitter: Dia macam tiber, tapi takpelah.

Sekian.

–dan bebelan.
Profile Image for Clerk Can.
19 reviews4 followers
June 29, 2018
Kebanyakan buku-buku terkini yang saya baca terlalu mengejar plot dan twist sehingga melupakan aspek penting dalam sesebuah novel: bahasa. Dan suka saya katakan, novel ini ada kedua-dua aspek tersebut. Plot dan twistnya ada. Dan bahasanya, ah, memang ralit membaca tulisan mahizan. Boleh terbuai-buai dalam bahasanya yang cantik sambil diseleti dialog yang kadang-kadang absurd, kadang-kadang informatif.

Susah saya hendak kategorikan buku ini di dalam kategori apa. Hendak dikatakan crime fiction, rasanya ceritanya lebih menjangkaui daripada itu. Hendak dikatakan literary nonsense, rasanya banyak juga yang make sense. Mahu dikatakan kafka-esque, saya pun tak pernah membaca karya Kafka. Atau murakami-ish? Rasanya terlalu blantant, mungkin sebab saya pun ada juga baca beberapa karya murakami.
Pendek kata, tajuk novel ini memang kena dengan ceritanya. RAKA. Nak tahu apa maksud RAKA, kenalah baca.

*Spoiler alert* Cuma saya rasa subplot tentang serigala jadian tu macam tak perlu dan membuatkan plot agak jumpy. Tapi itu mungkin saya seorang saja kot. Mungkin saya tak perasan apa yang cuba disampaikan oleh Mahizan dan saya anggap itu adalah kelemahan saya.

Oh ya, mungkin ada pembaca yang merasakan endingnya macam sedikit tergantung, tetapi bagi saya, endingnya satisfying.

Anyway, buku ini bagus. Saya akan cari lagi buku-buku Mahizan selepas ini. Khabarnya beliau seorang penulis yang agak prolifik juga.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 11, 2019
Banyak yang aku ingin katakan sudah dikatakan oleh pembaca yang lain. Cukup aku katakan bahawa novel ini sangat indah bahasanya, teratur jalan ceritanya dan besar pemikirannya. Sangat layak memenangi sayembara fixi. Tahniah!

P/s: Sukar nak bayangkan Senja. Terlalu damai.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
January 5, 2020
Raka. Jika mengikut definisi DBP, raka bermaksud retak atau hampir pecah. Membaca Raka seolah-olah kau perlu memecahkan sedikit demi sedikit segala persoalan yang kau temui dan merungkai misterinya.

Cara penulis mengolah dan menyusun cerita ditambah dengan laras bahasa yang indah dan menarik membuatkan pembacaan melekat hingga ke akhir. Graf keterujaan membaca naskhah ini semakin meningkat di pertengahan cerita. Dan siapa sangka, ia tetap kekal sehingga ke hujung.

Kekuatan naskhah ini bukan sahaja terletak pada keelokan ayat dan kosa katanya bahkan tarikan penulis untuk memaksa pembaca turut sama berfikir mencongak-congak cuba menyelesaikan teka-teki segala persoalan.

Plot twist? Sudah semestinya ada.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 23, 2018
Nat, seorang penulis upahan yang hidup di sebuah flat di pinggir kota sering turun makan ke kedai masakkan Indonesia di bawah flat itu. Di sana, dia bertemu Senja, yang bekerja di kedai makan itu. Di sana juga dia bertaruh dengan Yamin, Ed dan Nawi untuk mengorat Senja. Dan, bertemu Ellis yang mengajaknya menyertai parkour pada waktu malam, sebelum terlibat dalam pemburuan malam bersama Odin dan Alfonso. Oh yaa, kes pembunuhan gadis-gadis di kawasan berhampiran yang sering dilaporkan Rafik, wartawan sambilan yang juga ahli parkour, telah melibtakannya secara tidak langsung apabila ternampak pembunuhan itu pada satu malam.

Di awal pembacaan, saya meletakkan buku ini sebagai sebuah kisah psikologi seperti Delirum (Sahidzan Salleh), namun bertukar rentak di bab 6 apabila berlaku kes kematian Ed, dan diikuti kes pembunuhan wanita yang dikelar itu. Saya mula percaya ini mungkin kisah penyiasatan, saling berkait atau pun tidak, namun pasti berkaitan Nat. Namun, semakin jauh membcaa, terasa semakin jauh andaian saya. Di kuatkan dengan kes kehilangan barangan di rumah Nat, saya mula mengesyaki sesuatu. Dan, rasanya jangkaan saya mungkin betul, ditambah pula dengan ending yang seakan menjurus segalanya kepada Nat.

Pertama kali membaca buku penulis, saya kira sesuatu yang berbaloi dan tidak mengecewakan, dengan bahasa santai tapi masih tersusun kebas (tidak terlalu terikut-ikut arus BBNU) dan plot maish terjalin baik, walaupun pelbagai watak diperkenalkan, dan 3 kisah berbeza diketengahkan (atau 4,5?). Setiap kes yang diketengahkan, walaupun tidaklah semuanya terjawap, namun masih dapat disimpulkan sebenarnya.

Walaupun bagi saya permulaan agak lambat dan membuat pembaca lost mencari arah tuju buku ini, namun dengan pelbagai kejadian menimpa satu persatu, menaikkan mood membaca semula. Cuma, ending saya agak tidak bebrpuasa] hati, mungkin agak mudah dileraikan, seperti kata Rafik , "sebuah prosa yang senang sangat ditamatkan".

Apa pun, masih menarik dan berjaya memjebak pembaca ke dalam sebuah labirin minda Nat yang tidak bertemu jalan keluar. Tahniah penulis.
Profile Image for hans.
1,165 reviews152 followers
June 17, 2018
Saya suka idea untuk watak utama-- gabungan parkour, saksofon dan penulis hantu. Bahasa cerita RAKA agak bagus, terutama bila penulis bermain metafora dengan alam. Ia jadi puitis dan beritma. Sedap bila dibaca.

Plotnya kemas dengan susun atur penceritaan yang just nice, tidak kelam kabut atau terpotong/tergantung. Ada humor dan hal-hal ekstrem, dunia paralel atau entah apa saja namanya (saya sedikit lost di sini sebenarnya), hal jenayah dan kriminologi. Yuri dan kelab bertumbuk (inspirasi Fight Club agaknya) itu antara hal kegemaran saya. Naratif dua bab akhir agak cepat, padat dan tak terjangka. Ending-nya okay walau saya rasa penulis ambil langkah 'selamat'. Kasus pembunuhan tiga lelaki itu bagi saya agak 'tergantung' atau mungkin tergesa. Saya masih ragu dengan hipotesis Nat sebab pengakhirannya macam apa yang Rafik kata-- "Mudah sangatlah kes bunuh ini dihuraikan. Sebuah prosa yang senang sangat ditamatkan." Atau kalau saya fikir in between line boleh nampak maksud tersirat, lagi pula Rafik tahu kondisi Nat bagaimana-- runsing pula saya fikir pasal kes ini :/

Tentang para karakter-karakter-- mereka fun dan misterius. Perkembangan setiap satunya amat menarik-- Senja terutamanya. Dia sangat suspicious pada mulanya, tetapi dia jugalah tulang belakang RAKA. Saya juga suka watak 'lelaki misteri' si pencuri buku dan pengumpul buku-buku Pram (dia belum baca Rumah Kaca, katanya). Licik yang pendiam, macam apa yang Nat kata-- survivalist enthusiast.

Satu penulisan yang tidak bosan, ada harsh moment, gementar dan seram, simpati dan hilang orang tersayang, buku lejar keluar masuk mangsa bunuh dan sepotong bulan yang sedang menghendap. Bak kata si pembunuh bersiri-- ia terlalu berat, terlalu gila, orphic!
Profile Image for Elvina Zafril.
721 reviews104 followers
June 4, 2018
Tentang Penulis

Mahizan Husain dilahirkan di Pulau Pinang dan bersekolah di Bukit Mertajam. Setelah berkerja macam-macam, dia nekad menjadi penulis sepenuh masa. Telah menghasilkan beberapa novel, sejumlah skrip TV dan sedikit cerpen. Raka ialah novel pertamanya terbitan Buku FIXI.

Sinopsis

Untuk memulakan halaman pertama, cukup sukar sekali. Nat hilir-mudik berlenggeng di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap berbaring. Akhirnya siap satu halaman setelah berpuluh kali proses taip-padam-taip-padam.

Nat tarik nafas lega. Halaman pertama adalah perkara paling susah dalam memulakan sebuah novel. Halaman pertamalah yang akan membuatkan pembaca mahu membaca terus atau mahu berhenti membaca.

Nat guna sudut pandang orang pertama. Itu akses terbaik untuk dia masuk ke pemikiran pembunuh.

Halaman pertama menceritakan kejadian di malam gelap di mana si pembunuh mengundurkan kereta ketika melepasi seorang perempuan di tepi jalan. Semuanya bermula dari detik kereta itu diundurkan. Dari situlah konflik dan cerita bermula.


Review

Saya suka cerita ni sebab laras bahasanya sangat menarik. Cara penyampaian penulis pun menarik. Pada mulanya rasa agak mengantuk masa baca first half sebab banyak penerangan tapi lama kelamaan cerita ni jadi menarik dan tak sabar nak habiskan. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah apabila penulis memperkenalkan tentang nama nama pembunuh bersiri seperti Jack The Ripper, Zodiac, The Lipstick Killer dan ramai lagi. Penulis juga ada menyebut tentang Agatha Christie dan spree killer seperti Anders Behring Breivik yang menggunakan bom untuk bunuh ramai orang. Terus saya macam aaaaaa!!

Penulis juga bercerita tentang perkara perkara berkaitan dengan sains seperti kuantum fizik, waktu dan alam dimensi. Dengan adanya penerangan ini membuatkan cerita ini lebih menarik perhatian saya kerana saya memang sukakan cerita cerita macam ni. Dari penerangan ini, dapat diketahui bahawa penulis telah banyak membuat research tentang alam semesta dan kes kes pembunuhan yang pernah berlaku. Seperkara lagi yang ingin saya ketengahkan, saya boleh relate dengan watak Nat kerana daya imaginasinya yang tinggi sebab bila baca buku ni, penulis berjaya membuatkan saya membayangkan tentang perkara perkara yang diceritakan dalam buku ni. Bukan senang untuk pembaca membayangkan situasi situasi seperti ini. Ianya memerlukan kekuatan dalam gaya penulisan. Sangat bagus.

Plot

Plot cerita ini saya boleh katakan agak memuaskan je. Ini kerana pada saya, ada bahagian yang membuatkan saya keliru dan terpaksa ulang semula baca previous chapter. Bukan nak kata tak ada kena mengena tapi there’s something missing. Tapi yang paling bestnya, penulis buat saya tertanya tanya apa yang akan jadi seterusnya. Ending cerita ni pun agak memuaskan juga. Ada rasa sedikit tak puas hati sebab tak tahu apa jadi kepada sesetengah watak.

Watak

Nat: Seorang yang suka memanjat, suka membaca dan suka menulis. Nat seorang yang punya rasa ingin tahu yang tinggi. Nat banyak tahu tentang kes kes pembunuhan termasuk di luar negara. Nat bukan seorang penulis yang handal tapi dia pandai menulis dan mereka cerita. Saya suka watak Nat sebab dia mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Alfonso: Seorang yang tidak mudah putus asa dan sukakan cabaran. Sometimes I want to be like him. Dia juga sukakan aktiviti yang lasak.

Yamin, Ed dan Nawi: Mereka bertiga ni seperti lelaki lelaki yang tak pernah jumpa perempuan. Lelaki lelaki yang bernafsu syaitan.

Senja: Seorang pelayan warung. Senja seorang yang sederhana, baik hati tapi tak bodoh. Senja amat menyayangi orang tuanya. Suka watak Senja ni sebab dia ada ilmu tentang dunia sains.

Rafik: Seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi sama seperti Nat. Suka lakukan penyiasatan dan tidak suka mengganggu kerja polis.

Pembunuh: Tiada nama. Seorang yang misteri. Seorang yang memaksa dan buat sesuatu untuk kepuasan hati dan tiada penyesalan.

Dan ada beberapa watak lain yang saya rasa sesuai dengan cerita ni. Tak terlalu berlebihan watak mereka.

Akhir sekali, ingin saya katakan bahawa saya suka cerita ini dan saya recommend buku ni kepada semua peminat Thriller dan Science Fiction.
Profile Image for SyaMimi.
152 reviews12 followers
July 21, 2018
RAKA karya Mahizan Husain. Salah satu sebab laju tangan ni sambar buku ni dari rak, bahasa. Cantik, kemas dan sedap dibaca.

Penceritaan penuh dengan info dan sering membuatkan otak berfikir sejenak menghadam pernyataan dan info-info tersebut. Tapi sangat bagus sebenarnya, diselit juga tentang muzik lagu, falsafah dan nama-nama tokoh (mungkin artis pelakon). Watak-wataknya sesuai. Nat sebagai watak utama dan Senja merupakan watak yang menarik.

Keseluruhannya, penulisan RAKA sangat baik, plot dan susun atur cerita yang saspen dan misterinya menjadi dan membuat pembaca terfikir-fikir dan asyik meneka-neka siapa pembunuh dalam kes yang berlainan. Cuma beberapa bab terakhir yang dirasakan agak drastik turun graf plotnya, seakan penulis tergesa mahu merungkai misteri. Ada jawapan samar yang dianggap penulis ingin biarkan pembaca terusan berfikir di akhir halaman.

Secara peribadinya, telahan saya tentang Nat tepat seawal 1/3 buku lagi. Namun tidak mudah ditebak juga sebenarnya. Walaupun dilindung selit dengan beberapa subplot; manusia-anjing (elemen surreal!) dan barang rumah Nat dicuri.

Menarik dan disarankan kepada yang meminati genre thriller dan misteri.

4.3/5.0
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
November 23, 2020
Ulasan asal di sini.

Entah dunia mana saya tinggal selama ini sehingga tidak mengetahui kewujudan Mahizan Husain sebagai penulis dan mengenal karya-karyanya sebelum ini. Rasa macam duduk bawah tempurung pun ada, dan saya rasa amat malu.

Novel Raka ialah pemenang Sayembara Buku Fixi 2017/8. Maka memang besarlah harapan saya agar buku ini memang buku cerita sedap, sebab pemenang kot?! Dan ternyata ia tidak mengecewakan saya yang sememangnya cerewet ini.

Melalui blurb di belakang buku saya tidak pasti pada mulanya apa tema novel ini melainkan peran utamanya, Nat seorang penulis — penulis hantu/penulis upahan (walaupun saya lebih gemar istilah penulis siluman sebenarnya) dan dia sedang menulis cerita tentang seorang pembunuh.

Apabila menguliti buku ini, kita dibawa mengembara mengikuti kisah hidup seorang Nat yang selain menjadi penulis upahan, Nat juga bermain saksofon dan seorang ahli parkour yang hebat. Kita dibawa mengenali watak-watak seperti ahli kumpulan parkour yang lain, juga tiga lelaki yang bertaruh bersama-sama Nat untuk mendapatkan Senja, gadis pramusaji di kedai makan tempat Nat selalu melepak yang pada mulanya sedikit misterius dan menimbulkan syak wasangka. Pada saya Senja bukanlah heroin dalam novel ini (dalam novel ini peran utama cuma Nat seorang) tetapi dia tetap membawa peranan penting yang membentuk rangka cerita.

Sepanjang pembacaan, ada beberapa misteri yang mengikat untuk kita terus-menerus ingin tahu kesudahan novel ini dan penulis dengan bijak memasukkan hal-hal perubatan, psikologi, kriminologi dan jenayah untuk membuat kita berfikir. Saya tertanya-tanya siapa pembunuh misteri yang meminta Nat menulis jalan cerita hidupnya, apa pula kaitannya dengan kasus pembunuhan tiga lelaki yang dibuat-buat seperti bunuh diri, siapa yang mencuri barang-barang kepunyaan Nat, dan yang agak menarik kerana ada elemen surreal — kewujudan manusia-anjing dari dunia paralel walaupun mungkin dari satu sudut, ia cuma seperti filler, yang tidak pun mengganggu plot cerita jika ditiadakan tetapi saya suka akan perbahasan tentang teori tentang relatif masa yang dimasukkan, jadi saya tiada masalah dengan itu.

Cara penceritaan dalam novel ini sungguh kemas dan teratur dengan lenggok bahasa memukau. Bahasanya cantik betul sehingga saya tak menyangka Fixi terbitkan buku begini kerana selama ini saya tahu ramai penulis Fixi lebih suka bahasa yang straight forward dan tidak terlalu ‘sastera’ untuk meraikan semangat urban. Banyak juga saya kumpul kosa kata baharu daripada buku ini, terima kasih. Begitu pun saya masih dapat mengesan beberapa kesalahan tanda baca, ejaan dan tatabahasa. Saya betul-betul berharap agar penerbit mengambil berat hal ini.

Pengakhiran novel ini bagi saya seperti agak tergantung. Plot twistnya menyebabkan saya terfikir-fikir barangkali itu bukan pengakhiran yang sebenar. Atau mungkin penulis sebenarnya sengaja memberikan ending yang ‘selamat’ supaya pembaca sendiri boleh membuat interpretasi masing-masing? Dengan kondisi Nat, segalanya mungkin.

Nyatanya, buku ini termasuk dalam senarai beberapa buah buku Fixi (yang tidaklah begitu banyak) yang saya berikan jempol. Saya pasti akan mencari karya-karya Mahizan Husain yang lain.

4/5
Profile Image for ISLAH ISMAIL.
2 reviews
August 29, 2018
Saya dah baca banyak karya Mahizan Husain. Raka adalah novel thriller pertama Mahizan yang saya baca. Dan ini juga merupakan review pertama yang saya buat..hehe.
Raka digarap kemas dan bergerak pantas. Seperti biasa, Mahizan bermain dengan kata-kata yang meralitkan. Mahizan yang jugak seorang penulis skrip mempunyai kelebihan membentuk suasana yang bercerita. Dia mencipta watak-watak yang kuat termasuk watak2 sampingan yang bukan sekadar hadir sebagai pekakas untuk melancarkan cerita. Mahizan menulis dengan visual hingga saya sebagai pembaca boleh nampak jelas setiap karakter dan gambaran yang ditulis. Saya boleh ingat tentang lipstik Senja dan cara dia tersenyum. Saya sukakan dunia suram Nat. Saya juga sukakan setiap keraguan yang diperlihatkan Senja.
Subplot dunia paralel dalam Raka adalah seperti simbolik pada dua keadaan - antara nyata dan tidak, di tengahnya ada jurang gelap iaitu tempat segala kejahatan dalam bentuk manusia anjing dilepaskan.
Saya rekomen novel ini pada pembaca yang sukakan bahasa yang cantik dan jalan cerita yg menarik.
Profile Image for Kafka Firdaus.
56 reviews5 followers
July 6, 2018
Nak tau sebab apa best bacalah sendiri. Saya tak pandai kasi review.
Profile Image for Azira Zainuddin.
65 reviews9 followers
November 2, 2018
Aku rasa macam baca karya dari seberang. Lagi-lagi dari segi lenggok bahasa. Teringat pula Bilangan Fu dari Ayu Utami.
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
December 28, 2021
Buku Raka ni mempunyai satu konsep yang menarik dan ditulis dengan bahasa yang cukup cantik. Cara penulisan Mahizan Husain memang lain daripada kebanyakan buku FIXI yang aku selalu baca and it's one of the positive side of this book.

Aku juga suka dengan cara penulis mengolah plot dan sentiasa membuatkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku. It makes me keep wanting to know more and what's gonna happen next.

Buku ni mengutamakan topik seperti mental illness (krisis identiti), parallel universe, crime (murders) and solving mysteries, which is not my top favourite topics to read except for the mental illness and I think it is somehow well written.

However, I do find the overuse of references kinda turn me off. Throwing famous names here and there in the book for each and every little things made me annoyed a little. Also, despite me loving the plot twist and how the author actually makes a lot of sense for whatever happens throughout the book, I found that everything happens after the plot twist was kinda meh. Yes everybody got their happy ending. Tapi cliffhanger tu seakan lacking of something, luckily it does work by allowing the readers to make their own ending for the story.

But tbh, at the end of the story, I was left with a feeling of pointless. Okay, so what did I learn or get from this story? Nothing. Did I learn about parallel universe? Well that's crafted so no. Maybe a bit on the mental health issues, but the impact of the story is close to nothing. The only thing I appreciate is the beautiful language.

But if you want to read this book, go check out the synopsis and other reviews as well.

TW: suicide, mental health, murder scene
117 reviews
July 3, 2021
Aku masih tak percaya dengan apa yang aku baca ni.

Sejujurnya, Raka beri aku vibe pelik dan sangatlah misteri. Sebelum baca apa-apa buku, aku ada jenguk review orang lain sbb aku tak suka habiskan masa aku baca benda yg tak dapat puaskan hati aku. Begitu juga dengan Raka. Berdasarkan sinopsis, memang spesis Raka lah yang aku cari.

Bila mula baca, aku masih tak nampak hala tuju Raka. Tapi bila dah mula kisah pembunuhan, semangat ingin tahu berkobar lain macam. Plus, penggunaan bahasa penulis sangatlah cantik dan penyusunan ayat serta cerita sangat kemas membuatkan pembaca tidak terlepas dari elemen misteri yang cuba ditonjolkan. Aku puas dapat baca modus operandi pembunuhan bersiri.

Penulis juga ada mention beberapa kisah/selingan prominent figures/past criminals dalam Raka dan walaupun sebentar tapi cukup menarik. Kira berinformasi dan bukan bahan bacaan yang kosong. Walaupun aku rasa konsep dunia selari dalam Raka mcm filler, tapi ok je sbb aku memang suka bacaan yang berkaitan relatif masa. Aku paling suka perbualan antara Senja dan Nat. Senja ibarat heroin yang intelektualnya tinggi.

Overall, 4.5
Profile Image for jasminebloom.
28 reviews
May 31, 2024
Jalan cerita yang sempurna. Semua watak di dalam cerita ini memberikan rencah yang lengkap sehingga menimbulkan plot yang sangat bagus. Sepanjang membaca novel ini, jantung rasa resah meneka apa yang bakal terjadi. Siapa yang membunuh Yamin, Eddie dan (maaf nama seorang lagi saya lupa)? Siapa pembunuh bersiri yang sering menelefon Yat? Siapa Senja? Siapa sebenarnya kawan Nat yang begitu membenci penulis? Siapa Ellis? Persoalan-persoalan itu (belum termasuk persoalan lain sebenarnya) membina sebuah perasaan rasa ingin tahu itu memuncak.

Pokoknya cerita ini sangat mengujakan pembaca. Sila baca dan beli buku ini dan saya yakin rasa penyesalan tidak akan pernah terdetik di dalam diri anda.
Profile Image for Nur Arafah.
7 reviews1 follower
September 13, 2020
"Sebuah buku haruslah bagai menikam atau melukakan pembacanya. Kalau buku tak boleh mengejutkan kita dengan satu tunjal di kepala, untuk apa kita membacanya? Itu yang aku mahu kau tulis. Tulis cerita yang boleh buat pembaca terasa ditunjal di kepala.” - Kafka

Sekarang aku rasa sebagai seorang pembaca! plot twist yang buatkan kepala aku rasa pening dengan pelbagai watak dan persoalan.
Buku yang sangat menarik untuk dibaca sebab mengajak kita untuk berfikir siapa sebenarnya watak utama dalam cerita ini? aku rasa macam diri aku penyiasat.
Profile Image for ddhia.
41 reviews2 followers
September 26, 2023
baca buku ni mengingatkan aku dengan filem Zodiac pasal memang dia ada vibe-vibe cerita tu pun. dari niat nak usha awek kedai makan Indo, terus masuk ke plot pembunuhan yang mencurigakan seterusnya entiti makhluk misteri dan pembunuh ala Zodiac tu.

tulisannya bagus, bahasanya juga dan beberapa persoalan yang penulis kemukakan tu terjawab dalam novel tapi disebabkan ending dia tergantung, ending cerita ni buat aku teringatkan ending filem Zodiac haa

hampir dapat tapi tak dapat kenal pasti siapa pembunuhnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ursa A. Atera.
2 reviews
May 9, 2024
Rekemen betul buku ni, dengan trope yang memainkan mental kita, plot dengan sudut pandang pertama, ending yang membiarkan pembaca membuat andaian sendiri atas semua benda yang berlaku dalam novel ni. Penulis memang kreatif dalam mengolah plot, sampaikan pembaca kena kejar dan hadam macam-macam. Walaupun pada awal cerita agak membosankan, tapi kena paksa dulu ketengah baru kita dapat rasa thrill tu. So far, worth it to read!
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
September 3, 2019
Bahasanya sedap sehingga terbuai-buai saya dibuatnya. Ceritanya bagus dan diceritakan dengan penuh cermat. Ideanya bernas. Terdapat twist dihujungnya. Saya nak bagi 4 bintang tapi saya rasa buku ini tidak terlalu mengujakan saya usai pembacaannya. Macam ada yang kurang tapi tak tahu apa.

3.5 bintang, mungkin.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
October 20, 2019
Masa mula-mula baca ingatkan watak Nat tu seorang perempuan sebab penulis perempuan. Jalan cerita bagus, bahasa bagus. Tapi banyak petikan-petikan falsafah yang terlalu banyak. Cerita boleh dibaca, macam jalan cerita filem Memento dan The Machinist. Ending cerita macam tergesa-gesa, macam ada ending tapi tak ada ending.
Profile Image for N.otabene.
192 reviews3 followers
April 25, 2020
Banyak referens daripada sudut kriminologi kepada teori Einstein dan relatif masa yang membuatkan fikiran aku bercambah hanya daripada membaca sebuah buku bertajuk Raka. From the beginning, penulis berteka teki & menimbulkan perasaan ingin tahu yg kuat dalam naluri pembaca. Sampai ke penghabisan . Menarik!
Profile Image for Azril Noor.
314 reviews5 followers
April 4, 2019
Penuh twist. Bercampur emosi bila baca buku ni. Aku bersetuju dengan Rafik untuk kes 3 orang tu, ianya terlalu mudah untuk dirungkaikan. Dan aku suka endingnya yang terbiar untuk difikirkan oleh pembaca sendiri. Asu. Terbitan

@BukuFixi
Profile Image for Nabilah.
9 reviews
June 21, 2021
Aku suka dgn cara penulisan & penceritaan yg jelas dan padat. Tiada penerangan yg tidak perlu seperti kebanyakan buku. Plot cerita yg sangat menarik. Satu persatu misteri muncul di hujung bab-bab terakhir dan berjaya digarap dengan baik serta tidak membuat pembaca rasa keliru. Terbaik.
21 reviews1 follower
September 26, 2023
pelik juga ada yang bagi rating 1 pada buku ni.
Bagi saya, penulis berjaya menghasilkan satu kisah menarik dnegan gaya bahasa yang baik.
Sastera - tapi tidak terlalu sastea hingga sukar memahaminya.
kalau anda seorang penulis dan mahu menjadi penulis yang baik, hadamlah karya mahizan husain.
Displaying 1 - 30 of 40 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.