Jump to ratings and reviews
Rate this book

TOPENG

Rate this book
Apa rasanya memakai topeng di hadapan manusia? Tersenyum masa marah, ketawa masa hati kelam. Aku dibuang sejak bayi dan hidup meringkuk dalam memori demi memori yang memberi kesan mendalam pada jiwaku, wajahku, kerana topengku kini berlapis-lapis.
Aku hanya mahu satu, mak aku. Dan Bomoh Kisman perkenankannya dengan satu syarat: untuk aku tinggal di sebuah rumah yang mengandungi bilik-bilik rahsia, yang melambangkan topeng-topeng paling berat aku pakai. Mampukah aku hadapi memori paling hodoh dalam lipatan sejarah hidupku? Berhadapan topeng-topeng muka yang memberi derita?
Aku akan hadapi semua memori jijikku. Dan selamat datang dunia kegelapan topeng.

348 pages, Paperback

Published April 27, 2018

4 people are currently reading
51 people want to read

About the author

Bali Baim

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (18%)
4 stars
20 (24%)
3 stars
36 (44%)
2 stars
9 (11%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
March 21, 2022
“Semua orang gembira dengan topeng aku yang sesak dan bau bangkai.”

Aku tak tahu apa maksud ayat atas ini tapi yang aku tahu ayat atas ini buat aku rasa tak senang duduk dan perut rasa macam ada semut, rasa tak sedap. Dan ini adalah hal yang bagus sebab tak semua buku boleh buat kau rasa begini pada mukasurat yang pertama.

Okay, baiklah. Topeng menceritakan tentang seorang Aku, yang hanya ada satu pinta sejak dari kecil: Aku hanya mahu mak Aku. Aku telah dibuang sejak bayi dan hidup terperangkap dalam memori memori jijik yang telah memberi kesan yang sangat mendalam pada jiwa dan wajahnya (kesan kepada wajah ini aku anggap secara literal dan metafora). Kisah yang gila menyakitkan, sangat sangat membuka mata dan kadang kadang mengelirukan seperti ya, hidup kita semua. Jalan ceritanya biasa saja bagi aku, agak perlahan tapi perlahan yang masih boleh diterima, tidak meleret leret (mungkin ada satu dua) - kisah perjalanan dan ujian Aku dalam usaha terdesak mencari emaknya sampai sanggup guna bomoh. Walaupun jalan cerita biasa, apa yang buat buku ini punya rencah dan buat perut kita rasa sebu ialah isu-isu yang dimainkan oleh penulis. Isu isu yang ditulis adalah sangat dekat dengan masyarakat hari ini seperti isu keganasan domestik, isu buli, gangguan mental, institusi masyarakat yang rapuh - dari sekecil kecil individu sehingga institusi sekolah dan alam kerja. Isu isu yang buat kita sedar yang masyarakat kita ini sedang sakit sebenarnya. Sangat sakit.

“Seorang mak lebih bermakna dari 10 perempuan lawa kan?”
“Daripada satu dunia. Mak kau lebih bererti daripada satu kelilingan dunia,”


Baiklah, cara penulisannya pula. Ada benda yang aku suka dan ada benda yang aku kurang suka. Benda yang aku suka ialah penulis pandai menerangkan sesuatu, dia gila deskriptif. Contoh kalau kau baca bahagian yang ganas ganas, kau takkan boleh baca dalam sekali duduk saja, ia sangat sangat mengganggu. Kau boleh rasa sakit bila muka protagonis dihentak ke lantai, kau boleh hidu apa yang protagonis hidu bila mukanya bertemu dengan air kencing, kau boleh rasa pilu bila protagonis merintih yang dia amat rindukan emak beliau. Tapi penulisan deskriptifnya aku kira tak berapa konsisten. Maksud aku, ada bahagian yang deskriptif gila dan ada bahagian yang aku rasa ia boleh jadi deskriptif tapi penulis menerangkan dengan biasa biasa saja jadi aku rasa tak puas. Seterusnya, penulis sangat pandai bermain dengan vibe misteri dan saspens yang kadang kadang buat dada aku rasa sesak sebab berfikir fikir apa sebenarnya yang terjadi, di mana emak protagonis, siapa Fairuz sebenarnya - and this is really a good thing actually. Tapi ada bahagian bahagian yang bila aku baca, aku tak dapat tangkap maknanya, sebab misteri vibe yang penulis cuba convey dah jadi sangat misteri sampai dia jadi sangat mengelirukan, dan aku tetap tak dapat tangkap walaupun dah baca berulang kali. Tak tahu sama ada ini hal ini memang disengajakan atau kekurangan dari pihak penulis.

“Sesetengah orang diberi pilihan, dengan mudah. Sesetengah orang, pilihannya sukar - ada sesetengah orang, mereka tak diberi pilihan. Wajarkah mereka dinilai dengan mata merit yang sama?”

Satu benda lagi yang aku sangat suka ialah bila aku baca Topeng, aku rasa dekat sangat dengan protagonis. Salah satu sebabnya mungkin kerana cerita ini diceritakan sendiri oleh si protagonis, si Aku. Bila dia guna Aku, lagi senang untuk kau letak diri kau dalam memori-memori dan topeng topeng yang dipakai oleh protagonis. Lagi senang untuk kau rasa apa yang dia rasa dan lagi senang untuk kau memahami kekusutan yang dihadapi oleh Aku. Okay, sampai sini saja rasanya. Overall, aku sangat suka dengan buku ini, buku yang buat aku berfikir-fikir dan buat aku tak senang duduk. Bila habis baca buku ini, aku jadi sedar yang kita semua sedang memakai topeng sebenarnya – topeng yang menjijikkan, topeng yang penuh kepura-puraan, topeng yang seakan binatang. Dan yang paling meresahkan sekali ialah satu kebenaran yang topeng topeng ini lambat laun akan terlihat juga di muka, jiwa dan tingkah laku kita.

Apa apa pun, tahniah, Bali Baim! Buku ini adalah buku debut yang power gila dan teruskan menulis!
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
July 22, 2018
Idea cerita yang not bad tapi cara penceritaannya tidak seperti aku harap dan jangkakan. Permulaan yang penuh dialog dengan ekspresi, emosi dan interaksi watak-watak yang agak janggal, seakan tidak serasi dengan naratif. Aku tak kisah cerita banyak dialog tapi sekurang-kurangnya bagi ia menarik-- tak draggy, lari topik atau nampak macam rambling too much. Bab awal dengan kacau bilau hal pejabat, Fazle, Fairuz dan Hanna. Hanna yang datang dengan masalah, jadi muncul saja dia di perenggan setiap kalinya juga dengan bawa masalah. Hanna dan Hazrul-- their relationship messiness, ini semacam cubaan mahu buat cerita lebih variasi dengan cipta konflik hubungan tapi gagal.

Kisah si watak utama-- tentang Hasnan yang mahu sangat jumpa ibunya hingga setuju ikut ritual si bomoh untuk tinggal di sebuah rumah di satu kampung. Watak Dois muncul dan ada backstory Hasnan di sekolah dan sepanjang kehidupan alam remajanya. Tentang hal 'topeng' yang dipakai Hasnan hingga ke dewasa. Agak keliru sebenarnya sebab penceritaan berselerak, perbualan meleret dengan topik yang selalu keluar dari fokus.

Betullah kata Darus, Hasnan ini mood swing-nya mengalahkan perempuan. Emosi turun naik, barangkali sebab pengalaman dan trauma dulu buat dia ada ragam semacam sekejap okay dan tidak. Satu hal yang aku rasa okay pun mungkin sebab jalan cerita ada sentuh pasal moraliti, keluarga dan persahabatan (walaupun setiap cerita tak semestinya perlu ada moral atau pengajaran pun) jadi nampak tujuan cerita ini ke mana.

Aku tertarik dengan watak Fairuz sebab predictable betul watak dia (dan betul macam apa aku agak) dan curious nak tahu the real story kenapa Hasnan jadi seorang Hasnan yang ber'topeng'. Kalau cerita ini tak draggy atau kurang konflik pelik-pelik dan tak perlu, mungkin aku akan suka.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 21, 2018
Hasnan aka Aku, ditinggalkan di rumah anak yatim. Hasratnya, cuma satu -mencari ibu kandungnya. Dan, demi tujuan itu, dia sanggup berjumpa bomoh untuk menemui ibunya. Syaratnya, dia harus tinggal selama sebulan di sebuah rumah banglo dan masuk ke 4 bilik berbeza setiap malam jumaat, tepat 12 tengah malam.

Secara peribadi, saya agak teruja tatkala membaca blurb di belakang buku. Agak tinggi pengharapan agar novel ini menyajikan sesuatu yang segar dan dekat dengan realiti. Rasanya, part itu memang ada, pelbagai konflik yang biasa melanda di hidangkan satu persatu dalam novel ini; hakikat pekerjaan maka gaji, buli, kejijikan dengan status sosial seseorang, golongan madrasah, dab sebagainya. Banyak isu yang penulis ketengahkan, walau pun tidak secara details, langsung atau pun tidak.

Namun, apa bila disulami dengan perangkap psikologi dalam setiap bilik dan kes pembunuhan si topeng Doraemin (yang teteknya kerap dibicarakan) menjadikan sedikit lelah untuk menghadam buku ini. Terasa dragging, keliru dan hilag fokus- terasa terawang-awangan membaca setiap kisah. Rasanya, terlalu banyak sub plot yang disumbat sekali (walaupun boleh agak perkaitannya dan terjawap di akhir cerita) namun andai difokuskan kisah Aku dan Bomoh Kisman, mungkin lebih menarik. Malah, perhubungan Bomoh Kisman dengan semuanya juga di biar tidak terjawap.

Walau bagaimana pun, tahniah untuk penulis berjaya lahir dengan sebuah buku yang segar dan kemas juga olahan konflik dan peleraiannya.
Profile Image for Mr. Joey24.
18 reviews10 followers
May 5, 2020
4 bintang.

Cerita ini adalah mengenai Hasnan yang ingin mencari ibunya. Telah terpisah dari ibunya sejak kecil. Jadi apabila sudah di alam kerjaya, dirinya ingin meneruskan misinya.

Jalan cerita best. Banyak plot twist yang mampu buat aku tergeliat otak. Dicampur pula dengan unsur thriller dan misteri.

Jalan cerita memang baik. Ikutkan aku nak bagi 5 bintang. Tapi aku tak berpuas hati dengan teknik penceritaan. Seperti penulis mahu menghabiskan cerita dengan segera.

Plot twist dah memeningkan. Tambah lagi watak yang ada. Aku sampai tak boleh nak tahu mana satu lelaki mana satu perempuan. Mana satu realiti mana satu ilusi. Perwatakan setiap watak kurang ditonjolkan dengan baik.

Penceritaan latar belakang tempat juga kurang memberangsangkan. Aku tak boleh membayangkan setiap peristiwa yang berlaku tu di mana. Kurang detail.

Apa-apa pun cerita yang sangat menarik. Aku suka. Watak utama dalam cerita ni sangat kesian. Asyik kena belasah je.

Apa yang penting, dapatkah Hasnan bertemu emaknya? Dapatkah Hasnan melepaskan rindu dengan memeluk, mencium emaknya? Yang tu korang kena baca sendiri. Alang-alang otak aku pun tergeliat, giliran korang pula merasa.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
October 9, 2018
Perasaan ketika membaca buku ini bercampur baur. Kadang aku seronok membaca bab demi bab, kemudiannya keseronokan itu boleh berubah jadi hambar dan secara tiba-tiba aku boleh rasa seronok semula. Huh???

Aku tak faham kenapa watak Hasnan macam tu. Aku tak faham dengan dirinya. Betul, dia bertopeng-topeng, dan disebabkan topeng-topeng bodoh dia itulah hidupnya jadi tak indah.

Kenapa perlu pakai topeng, sedangkan dia boleh memilih untuk menunjukkan dirinya yang sebenar? Hakikatnya, Hasnan sendiri yang menyeksa dirinya.

Watak-watak yang hidup di sekelilingnya juga tak kurang jahatnya. Ya, ustaz Ariffin, Aman, ibu angkat dia, penjaga dia dan ramai lagi semuanya perangai bermuka-muka, jahat. Malang betul Hasnan kenal orang-orang macam ni.

Watak paling membosankan bagi aku ialah lelaki bertopeng Doraemon. Jujurnya disebabkan ada scene Hasnan tak sudah-sudah tonton video pembunuhan yang dilakukan lelaki bertopeng Doraemon inilah yang buatkan aku rasa ceritanya jadi hambar sikit di situ. Aku bosan dengan babak itu, dan aku lebih bersemangat nak tahu siapa mak Hasnan daripada nak ambil tahu siapa sebenar lelaki di sebalik topeng Doraemon itu.

Walaupun akhirnya terbongkar wajah di sebalik topeng Doraemon, tetap tak memberi effect pada aku. Rasa terkejut itu cuma sepintas lalu saja, tak meninggalkan kesan langsung pada aku. Masih, aku tak sabar nak tahu siapa mak Hasnan.

Cuma satu watak saja yang buatkan aku dari awal lagi rasa tertarik, iaitu Fairuz. Aku memang dah syak awal-awal yang watak dia tu memang 'sesuatu'. Dan Hasnan sendiri pun aku dah agak dia tu sememangnya bermasalah. Tapi entah kenapa aku rasa kecewa kerana begitu saja pengakhiran watak Fairuz. Semacam tiada sesuatu yang 'wow' sangat.

Di sebalik aku rasa tertarik dengan watak Fairuz, ada satu hal yang memeningkan aku. Dari awal pembacaan lagi aku keliru sama ada Fairuz tu lelaki atau perempuan. Sekejap aku membayangkan dia lelaki, sekejap aku membayangkan dia perempuan. Sedikit sebanyak kekeliruan aku di sini buatkan aku rimas. Tak boleh nak fokus pada watak.

Nama dia Fairuz. Orang lelaki boleh pakai nama tu, orang perempuan pun boleh. Penulis pula takde sebut tentang jantina watak Fairuz dari awal (atau mungkin aku yang terlepas pandang?). Akhirnya aku membayangkan Fairuz itu lelaki dan dia gay. Sebab Fairuz sendiri mengaku yang dia cintakan Hasnan.

Tapi... rupa-rupanya di akhir cerita baru aku tahu yang Fairuz itu sebenarnya perempuan! Cisss sangat!

Panjang lebar aku bercerita tentang watak. Dari segi jalan cerita pula...

Sebenarnya jalan ceritanya itulah yang kadang-kadang berjaya buat aku rasa lost. Rasa berbelit-belit sekali jalan ceritanya. Sekejap flashback masa Hasnan remaja, sekejap flashback masa Hasnan kanak-kanak, dan kemudian flashback masa Hasnan remaja semula, selepas itu tiba-tiba flashback masa Hasnan dah dewasa.

Pendek kata, memang langsung tak teratur.

Tapi dari segi keseluruhan jalan ceritanya, kisahnya boleh tahan menarik dan mampu aku hadam. Aku pun berpuas hati dengan ending.

Untuk jalan cerita, Hasnan dan Fairuz, aku hadiahkan 4 bintang pada TOPENG tanpa ragu-ragu.

Akhir sekali, aku nak ajukan satu pertanyaan.

Siapa lelaki yang Hasnan nak bawa balik rumah di muka surat terakhir tu?
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
July 30, 2018
Bercelaru sikit aku baca ni. Setiap manusia memang ada topeng sendiri, tapi topeng Hasnan ni bagi aku tak berapa nak kuat untuk dijadikan tajuknya topeng. Atau tajuk Topeng tu sebab bilik-bilik bomoh tu? Lost.

Apa purpose dia kena tanggal topeng setiap bilik pun aku kabur. Terlalu banyak cerita dan terlalu banyak kesengsaraan. Motif yang tak jelas.

Apa-apa pun aku enjoy baca novel ni. Aku tak rasa bosan, cuma mungkin salah aku berharap lebih.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
February 13, 2020
Penat baca buku ini.. Rasa macam tebal gila.. Jenuh nak habiskan.. Agak meleret dan kacau bilau..
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
August 23, 2020
Permulaan dan pengakhirannya baik, tetapi di pertengahan jalan cerita mcm tak berapa menarik penceritaanya.
Profile Image for Erin95.
150 reviews5 followers
January 10, 2019
Ending yang agak mengecewakan untuk aku. Siapa laki tak siuman tu aku masih x dapat tangkap certain scene yang berlaku dalam buku ni.

-Aku mengaku salah aku jugak sebab aku takde mase yang panjang untuk habiskan buku ni in a row of time so aku hanya dapat curi2 baca chapter by chapter.

-and each of everytime aku start baca new chapter nak2 part hasnan dh smpai dekat rumah yang bomoh Kisman tempatkan dia tu. Cerita dah mula berputar kat situ je.

-Hari2 hasnan akan sembang dengan kak Dois, kadang2 yut kacau. Lepastu tengok video pembunuh topeng doraemon

-can anybody tell me is it hasnan is the killer (pembunuh topeng doraemon)

-overall good job untuk penulis. Penulisan yang kreatif bila mana at last tu aku baru tahu yang fairuz tu perempuan eh rupanya. 😁

-cuma ada beberapa plot yang aku tak berapa nak faham. Overall it's still a good job for the writer
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syafiqha.
66 reviews2 followers
March 23, 2022
Be aware, buku ni full with trauma, penuh dengan kisah silam, penceritaan seorang pendosa, pembunuh dan seangkatannya.

Untuk ending dia, serius aku terkejut! Banyak jugak plot twist dia. tapi ada je yang aku dah jangka. Misteri dia boleh tahan pastu buat aku tertanya-tanya.

Yang kurang aku suka dalam buku ni bab penulisan masa dialogue tu. Aku jadi confius siapa yang tgh bercakap tu. Tapi, overall memuaskan.
Profile Image for mira..
182 reviews28 followers
August 22, 2022
cerita ni macam tak sampai sikit dekat aku. aku baca macam tak berapa faham. tapi okay je. sekali hadap pun dah boleh habis. tak bosan sangat lah maksudnya
Author 2 books12 followers
January 5, 2022
Bacaan pertama untuk tahun 2022 dan bacaan terbaik pertama juga untuk tahun 2022. Tak terfikir untuk baca Topeng pun sebenarnya. Macam biasalah, kalau dah reading slump, ebook percuma dari buku fixi aku pilih. Aku tak pasti genre novel ni pada awalnya. Kejap macam melankolik, kejap angst, kejap seram, kejap thriller tapi yang aku pasti, jalan ceritanya bagus walaupun ada unsur 18+, kekerasan, penderaan. Bab awal agak lambat dan membosankan. Awalnya, aku ingatkan jalan ceritanya biasa-biasa saja tapi aku salah. Nasib baik aku teruskan pembacaan sehingga bab pertengahan. Dari situ, bacaan aku lancar dan rasa ingin tahu aku tentang kehidupan Hasnan, tentang mak Hasnan dan pembunuh di video slow death semakin melonjak-lonjak. Plot twist? Aku terkejut dengan semua plot twist yang dikarang oleh penulis. Aku cuma dapat teka satu saja (tentang ‘kewujudan’ Fairuz) Novel ni memang terasa seperti kehidupan sebenar seseorang dan penulis betul-betul dapat menggambarkan dunia yang dipenuhi dengan manusia bertopeng. Saat pembacaan, aku cuma bagi 4🌟 saja tapi lepas baca plot twist, aku rasa novel ni deserve 5 🌟 dari seorang pembaca macam aku.
This entire review has been hidden because of spoilers.
112 reviews3 followers
August 29, 2018
Letih!! Selepas Hikayat Raja Babi, mungkin ini adalah buku kedua yang aku ambil masa yang sangat lama untuk habiskan. Tamatnya bacaan memberi aku kelegaan besar.

Buku ni bagi aku, menarik. Aku suka gaya bahasanya. Tapi sangat banyak kisah, ada perkara yang aku tak faham (*dan aku jadi tak peduli untuk faham)

Ada bahagian-bahagian yang sangat menarik hinggakan aku belek untuk baca beberapa kali.

Logik akal aku dah tolak ke tepi sepanjang tempoh pembacaan. Aku sekadar nikmati dan hiburkan diri. Aku harap dia terus menulis lagi sebab bagi aku dia memang berpotensi. Sekian, hehe 😉
Profile Image for nani?.
3 reviews1 follower
September 13, 2019
*i can't speak in malay fluently, so imma review this book in english :]

So basically, this story tells about this man, Hassan, who has a tragic backstory that led him to have a lot of "topeng". His purpose is to find his mother, that betrayed him from when he was a baby. He met up with a shaman that made him lived in a house that's filled with secrets and memories.

( p/s ; correct me if i did any mistake lol)

The book has some good character development, plot twist and a handful of gasps. Some of the parts are really confusing but nevertheless i enjoyed it.

Profile Image for cheeto.
4 reviews
December 22, 2024
Awal-awal tu aku memang confused gila apebende aku baca. the plot twist aku dh expect dari awal tp aku rasa mcm 'takkanla..' tibe mmg betul jangkaan aku. oh tp satu je plot twist yg aku dpt agak, lg satu tu mmg aku tak terfikir langsung mat, and ternganga jugakla sikit. tp all in all, good writing, tak laju sangat pun plot ceritanya, everything just nice. this book is very 'fixi' in my opinion.
1 review1 follower
April 23, 2019
Penulis pandai merangka, and pandai main dengan jiwa pembaca. Aku suka cerita yg boleh tarik aku rasa sekali. Jalan cerita memang best, aku suka jalan cerita yg aku tak jangka , yg buat aku lost tiba2, yess aku suka.
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
June 15, 2023
cerita yang menarik, tetapi susunan plot yang boleh ditambahbaik. terdapat banyak persoalan yang tidak dijawab, mungkin disengajakan. ending dia aku rasa macam terlalu 'rush' untuk tamatkan cerita ini.

Apa-apa pun, well done penulis. keep it up.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
March 10, 2019
"Hanya sebab Dia tak beri beri kehendak kau sampai kau nak protes? Kau ingat kau siapa? Tuhan kepada Tuhan?"
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
September 23, 2021


“Mak kau lebih bererti daripada satu kelilingan dunia”

The idea of story line semua cantik dan unik.

Tapi penceritaan quite draggy.. (meleret-leret) boleh hilang fokus😅
Profile Image for el ♡.
117 reviews4 followers
March 18, 2024
Tak sure cerita ni yang berpusing2/draggy or i yg susah faham. Sbb sampai hujung i tak berapa faham apa benda yg i baca haha. Takpelah
100 reviews3 followers
Read
April 30, 2024
"Notahanyauntukaku"

Mcm menyesal baca..cerita mcm syok sendiri tp kekuatan cerita ni dia lain sikit ceritanya. Sbb tu gagahkan utk menghabiskan bacaan.
Profile Image for Aishah Humaira' (Mermaird ♡).
389 reviews58 followers
May 9, 2020
Awal sekali aku baca sinopsis buku Topeng ni, aku rasa sangat tertarik akan plot dia. Dan boleh aku katakan memang secara keseluruhan, idea disebalik cerita Topeng ini sangat bagus dan banyak yang boleh dipelajari melaluinya. Cuma, aku rasakan jalan penceritaannya tidak berapa baik. Cara penulisan pengarang agak bersepah, sebab terlalu banyak situasi imbas kembali yang tidak disusun secara baik sampai tahap aku keliru nak memahami jalan penceritaan. Aku rasa sekiranya penulis meletakkan tarikh atau sekurang-kurangnya umur Hasnan dalam setiap situasi, mungkin pembacaan boleh jadi lebih lancar.

Walaupun aku tidak bersetuju dengan cara kehidupan Hasnan yang kerap tidur bersama perempuan-perempuan, aku hargai sisi Hasnan yang tahu akan dirinya seorang pendosa dan dia masih cuba sedaya upaya untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Bagi aku, ini membuatkan watak Hasnan lebih realistik, sebab aku boleh nampak pergelutan dia sebagai seorang hamba Allah. Aku juga kagum kerana walaupun bermacam-macam dugaan yang Hasnan tempuhi, dia masih sanggup bergelut dengan kehidupan dan hendak mencari maknya tanpa putus asa.

Watak lain seperti Fairuz dan Kak Dois pun sedikit sebanyak membantu menjadikan Topeng cerita yang lagi menarik. Kadang-kadang aku rasakan Fairuz ni watak yang agak menjengkelkan sebab dia terlalu nak berkepit dengan Hasnan sentiasa, tapi ada juga gunanya kewujudan Fairuz di sisi Hasnan. Dari awal aku rasakan Fairuz ni bukan seorang kawan yang "biasa-biasa" saja dan mereka berkawan mesti sebab kisah silam Hasnan. Pada penghujung cerita memang betul tekaan aku tentang Fairuz ni. Cuma aku tak tersangka dengan cara bagaimana persahabatan Hasnan dan Fairuz ni bermula.

Secara keseluruhan, Topeng merupakan sebuah cerita yang menarik, lengkap dengan elemen misteri dan seram. Aku puas dengan cara cerita ni berakhir sebab boleh katakan yang aku tak sangka cerita ni akan berakhir sebegitu. Aku cuma tak berapa gemar dengan cara penulisan yang agak berterabur dan juga satu lagi, siapa sebenarnya Bomoh Kisman dan macam mana dia dapat bantu Hasnan cari maknya? Persoalan ni sampai ke akhir tak terjawab, jadi aku anggap memang Bomoh Kisman gunakan cara yang bomoh-bomoh suka lakukanlah.
Profile Image for Kieraeinz.
38 reviews3 followers
July 10, 2020
Topeng adalah karya yang mengandungi angst. Dan aku sukakan kisahnya. Terasa dekat. Mungkin sebab kebanyakan manusia adalah pemakai topeng. Menyorok emosi di sebalik wajah yang ditayangkan.

Hasnan penuh dengan ego. Hanya perbuatan baik buat seketika dia mula memandang tinggi pada diri sendiri. Namun di saat permainan lampau berulang dia akhirnya sedar akan penerimaan.

Sesuatu yang kita mungkin pernah hadapi juga. Menghukum tanpa sedar, mencaci tanpa berfikir panjang. Hanya apabila situasi itu menjadi sebahagian dari situasi kita barulah kita mahu memahami.

Sepanjang pembacaan aku rasa pedih dengan apa yang telah Hasnan hadapi. Keinginan naifnya banyak diambil kesempatan. Salahkah seorang anak hanya mahukan belaian seorang ibu? Tujuan Hasnan yang tidak berubah ini merupakan faktor utama pembentukan personaliti dirinya dan desakan sekeliling memaksa dia untuk terus memakai topeng.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
April 30, 2025
Campur tolak dharab bahagi, buku Topeng ini membentangkan idea jalan cerita sebab musabab yang bagi saya boleh memberi manfaat. Disclaimer, kena ada niat yang berlandaskan fitrah, iaitu sentiasa mengharap dan mendoakan kebaikan.
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.