Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.
“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.
Berkisar mengenai pasang surut kehidupan rumah tangga Mia Adriana dan Khuzairi setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Kehadiran Puan Hayati dan Nurul Ain membuatkan pergolakan rumah tangga mereka makin hebat. Ditambah lagi dengan mulut laser Mak Leha yang tidak sebulu dengan Mia Adriana. Menjadikan novel kedua ini lebih 'menyakitkan' hati.
Untuk kesinambungan ini, saya kira usaha Siti Rosmizah tidaklah sia-sia. Kali ini penulis memberi penekanan kepada watak-watak sampingan seperti kisah rumah tangga Helmi-Sofi, Nad-Zaidi dan juga kejahatan Puan Hayati-Syakila-Nurul Ain-Datuk Johari dan ramai lagi watak antagonis. Sedikit sebanyak menjadikan karya kali ini tidak hanya berfokus pada konflik Khuzairi semata-mata.
Tuntasnya, novel 7HM2 ini masih mengekalkan gerak cerita yang sama. Tidak banyak bezanya. Cumanya, saya menggemari karya Siti Rosmizah kerana beliau berjaya menghidupkan nilai kekeluargaan. Antara semua keluarga yang pernah wujud dalam novel SR, keluarga Pak Samad yang terbaik! Tahniah buat SR atas kelahiran novel ini.
Kadang-kadang rasa macam nak lempang jer Mak Leha ni. Bukan Mak Leha jer, Mia dan watak-watak lain juga.
Senang cakap, masing-masing ada kebodohan yang tersendiri. Mia dengan egonya, Mak Leha dengan sikap penting dirinya, Puan Hayati dengan dendam bodohnya, Nurul dengan gedik tak malunya. Eeeee geramnya aku...
Memang ramai watak perempuan dalam citer ni spesies yang menyakitkan hati aku. Watak-watak lelaki jugak yang best and cool gitewww...
Pak Samad memang terbaik, pembela Mia nombor 1. Khuzairi pulak tak payah cakaplah. Sayang giler-giler kat Mia tu. Semua kerenah Mia dia layan dan hadap dengan sabar. (Fuhh mana aku nak cari lelaki macam ni eh? Hahaha.) Helmi dengan barannya tak habis-habis. Tapi best watak dia. Walaupun baran, tapi sebenarmya dia baik sangat. Aku suka sangat watak Helmi ni.
Watak-watak lain tu malas aku nak hurai.
Dari segi jalan cerita, mula-mula baca tu rasa tak puas hati jugak. Sebabnya nampak macam lebih kurang sama dengan 7 Hari Mencintaiku jer. Tapi makin aku teruskan pembacaan, baru nampak ada perbezaan jugak. Dan sebenarnya bila baca betul-betul sampai habis, konflik antara Mia dan Khuzairi takdelah berat sangat sampai ada scene lari dari rumah bertahun-tahun ke, cerai-berai ke, madu-madu ke, bunuh-bunuh ke, atau bla bla bla. Novel ni jadi tebal pun mungkin sebab ramai sangat watak yang kisah hidupnya diceritakan penulis. Macam Nadia-Zaidi, Sofi-Helmi, Mak Andak-Pak Andak, Puan Hayati-Dato Johari, Kenit-Syakila. Masing-masing ada konflik tersendiri.
Tambah pulak dengan scene pujuk-memujuk antara Mia dan Khuzairi. Memang banyak scene pujuk-pujuk ni. Maklumlah Mia kan kuat merajuk, Khuzairi pulak pantang tengok bini merajuk sikit terus menggelabah pujuk. Memang sweet laa Khuzairi ni.♡
Air mata? Bukan karya Siti Rosmizah laa kalau tak sedih, kan? Bagi aku, scene yang sedih sangat bila Mia tuduh Pak Samad macam-macam. Padahal Pak Samad ni sayang sungguh kat Mia macam anak sendiri. Pak Samad pun sampai menangis, aku yang baca ni pun join sekaki bergenang jugaklah mata ni, hahaha.
Apa-apa pun, di sebalik ada sakit hati, ada air mata, ada senyum-senyum, buku ni mampu puaskan hati akulah secara keseluruhannya. Kiranya takde laa aku menyesal beli mahal-mahal sebab harga berbaloi dengan ketebalannya dan jalan ceritanya. Tapi mungkin sesetengah pembaca akan rasa sebaliknya. Citarasa masing-masing, kan?
cerita yang berulang ulang sehingga ke tahap tidak boleh befikir dianggapnya pembaca ni..come on siti rosmizah! u can do better than this! makin lama makin hambar novel puan dan tidak ada satu pn kisah refreshing baru. rindu jalan cerita yang sempurna mcm curi curi cinta! really want to let go this novel. kepada sesiapa yg meminat 7 hari mencintaiku 1. better not reading this!
Jalan cerita masih sama berpaksikan mentua benci menantu.. macam versi yang pertama..hahhaa, dah nama pun bersambung.. cuma ada tambahan pak mentua pun benci menantu (kisah sofi dengan helmi).
Haihhh, kalau dah jahat dan busuk hati (dengki, iri, dsb) memang susah la. Ingatkan dah kena simbah asid tu betullah dah bertaubat nasuha..rupa-rupanya ada lagi saki-baki sifat 'syaitonirrojim' yang nak meruntuhkan hubungan suami isteri.
Diharapkan tak ada sambungan la..7 hari mencintaiku 3 pulak. Tak sanggup dah nak menghadap perangai terlebih manja si Mia Adriana ni..anak pun dah masuk tiga orang, Mia!! Orang lain pun sayang bini jugak Khuzairi tapi berpada-padalah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tidak dinafikan setiap cerita Kak Siti Rosmizah memang menyentuh perasaan.. seperti 7HM1 .. karya 7HM2 juga tetap mempunyai masalah yg sama.. Tak banyak beza pun... Bagi saya.. walaupun watak hero dan heroin nya ialah Mia dan Khuzairi.. tetapi saya lebih tertarik dengan watak Sofi dan Helmi.. macam best sgt bila mereka tarik tali gaduh2 manja.. seronok tgok Helmi pujuk Sofi.. he..he..he.. watak Kenit diwujudkan umpama mengantikan Buntat.. but sorry Kenit... Saya masih tidak boleh move on dgn Buntat... 😭😭😭.. Bagi saya.. keseronokkan cerita bila Mia dapat tahu Mama dia menipu dan sengaja pecah belahkan Mia dan family Khuzairi.. kesian Mia... Pengakhiran cerita yg menarik... Watak yang paling saya suka tetap Pak Samat.. he..he...he...
7 hari mencintaiku 2...Khuzairi dan Mia ariana...siapa tak ingat kisah cinta mereka yang penuh onak dan duri ditambah lagi dengan tanpa restu ibu dan mertua sendiri...Dalam novel 7 hari mencintaiku 2 ini sekali lagi mereka diuji...
semuanya bermula dengan Nadia ,adik khuzairi yang memutuskan pertunangan dengan zaidi kerana mempunya orang lain ..tanpa nurul sedari sebenarnya itu adalah helah dan muslihat ibu mia ariana yang ingin memusnahkan kehidupan keluarga Pak samad dan mak leha..
Bukan hanya tetapi juga dengan perkahwinan adik ipar nya Helmi dengan Sofi sepupu mia sendiri...dan tidak juga ketinggalan dengan keluarga bahagia Mia ...dengan hasutan daripada ibu nya...kemunculan Nurul anak angkat kepada Umi Radziah akhirnya konflik pun bermula...
Sekali lagi mia dibenci Ibu mertuanya sendiri....sekali lagi Mak Leha mencari calon isteri untuk khuzairi...dan sekali lagi ianya berlaku ketika mia sedang mengandungkan anak kedua mereka...ditambah lagi dengan dendam syakilla akhirnya semuanya bertambah hancur...
ditambah lagi rasa benci itu bukan hanya untuk mak leha tetapi pak samad....puan hayati menuduh pak samad cuba menodainya...namun pak samad tetap syangkan mia...kehadiran Nurul yang selalu ke rumah dan makin rapat dengan mak leha akhirnya menjerat kehidupan Khuzairi..
Apabila Mia melarikan diri dan satu pergaduhan terjadi yang mana akhirnya Khuzairi menerima Nurul menjadi calon isterinya..dan Mia disyaratkan ada di hari pernikahan tersebut,,Mia pula sudah menerima apa yang ditakdirkan...dia bersetuju dan akan pergi meninggalkan khuzairi di hari pernikahan tanpa membawa anak2nya...
kerana bagi mia...khuzairi hanya terpaksa bersama dengan dia demi anak...namun sebaliknya yang berlaku...dalam tempoh menunggu hari pernikahan..Mak Leha seakan dihimpit bersalah...apabila suatu terjadi dan Mia adalah penyelamat..
Nurul pula bukan seperti yang diharapkan...seluruh keluarga semakin kasihan dan semakin sayang terhadap mia...Mampukah mereka bertahan...Korang kena baca...atau pun NUrul adalah orang yang benar2 boleh membahagiakan Khuzairi...
Dan adakah Doktor Adam yang selayaknya membahagiakan MIa...
Cara penulisan yang menarik dan menyentuh hati. Tbh,baca novel lebih seronok daripada drama tv. However, I only can give 3.2 rating out of 5 sebab kisah dia tak jauh beza dengan novel 1st dia. Kalau dah baca novel 1st, you will feel less hype sebab cerita dia ibarat pisang berbuah dua kali. Watak Mia dalam novel ni dia tengah mengandung anak ke-2, mungkin sebab tu dia agak sensitif. Tapi untuk dia percaya pn. Hayati tu bulat-bulat dan sikap kasar kat pak samad memang tak boleh diterima. Watak Khuzairi pun tak larj jauh dari novel pertama, anak yang patuh dgn ibu dia and a caring person. I don't really have any issue dengan watak Khuzairi ni sejujurnya. Mak Leha.... tak tahu la nak cakap apa. Rasanya setiap kali gaduh dengan menantu dia lepastu terjumpa calon yang sesuai mesti nak kawinkan dgn anak dia. Kalau benci macam mana pun dengan menantu dia, perlu ke nak suruh anak dia kawin lain? Tak boleh ke kalau suruh cerai dulu ke apa. My favourite part from this novel is part Helmi and Sofi. Part dorang sweet, lawak and that the only part yang I baca and feel refreshing compare to part Mia dan Khuzairi.
To summarize things, cerita ni pasal Mia back to her arrogant self sbb tertipu dengan helah pn. Hayati. Mak leha jadi benci dengan Mia dan suruh Khuzairi kawin baru sebab dia jumpa calon yang 'sesuai' di mata dia. Mia sedar yang pn. Hayati tipu dia, insaf dan minta maaf dengan semua orang lepastu mak leha tetap suruh khuzairi kawin lain and khuzairi setuju. Mia nak tinggalkan Khuzairi . And at the end ,everthing back to a normal hppy ending story dia. Khuzairi tak jadi kawin, mak leha and mia berbaik semula .
This entire review has been hidden because of spoilers.
Idea boring.. Sama je macam season 1.. Agak2nya kalau ada season 3 mesti sama je jalan ceritnya.. So boring.. Mia yang tak habis2 nak bela mama dia.. Bila dah tahu mama dia jahat, mulalah terhegeh2 nak berbaik dengan family pak samad.. Mak leha pula jenis berkenan dengan langau.. Asal bertudung je mesti nak buat menantu..
Boleh tak jangan guna nama panjang2 simple je pun ok ambil mia je ni tak mia adriana juga..dan cerita dia ok cuma masalah yang berlaku bukan susah nak selesaikan..jalan ceritanya ok..mia tu bukan percaya sangat suami dia asyik merajuk jak.. Hehe pendapat saya..sorry kalau lebih2..
KIsah kebahagian sebuah keluarga muda yang mula bergolak dengan dendam kesumat dan perbuatan jahat dari kalangan keluarga sendiri. Masalah menjadi bertambah rumit dengan hasutan ibu sendiri dan perasaan benci keluarga terdekat.