Tak sangka dapat habiskan buku 560 ms ini. Buku ni kutip depan History department kat uni yang bagi free books setiap minggu. Hajat asalnya nak habiskan buku ni sebelum trip ke Québec, tapi trip tak jadi pulak. Sedey.
Tapi rase tak pernah rugi jika kita membaca sejarah, sebab dengan sejarah kita mampu menilai masa kini dan memberi kita persediaan untuk merangka masa depan.
Québec antara wilayah yang unik dan perhaps paling kontroversi dekat Kanada. Their struggle for separation from Canada, languange laws dan recently the charter of values menyerlahkan identiti kuat French-Canadian nationalist mereka. Semuanya ini adalah produk dari sejarah mereka.
Québec (at least in the period being studied 1867-1928) adalah wilayah paling homogenus di Kanada. Jadi struggle for status quo telah lama menjadi identiti sosio-politik Québec. Although largely liberal and partly secular, pengaruh agamawan Katolik pada waktu ini sngat kuat dan hampir tidak mampu dicabar. Seperti kolonial territori yang lain, Québec diasaskan dan continued to be ruled over oleh kelas borjuis. Eksploitasi buruh dan staggering discrimination on women merupakan landskap biasa Québec early in post-confederation. Tak hairanlah starting in1900s gerakan feminisme mula muncul dalam wacana sosial Québec.
Pengaruh agamawan yang dianalisis sangat menarik. Agamawan yang menyeru kepada konservatism bukan sahaja aktif dalam wacana politik tapi juga sangat influential dlm bidang sosial sehingga mampu membendung gerakan buruh radikal dan feminisme yang dianggap a threat to social harmony. Penentangan gereja kepada aliran liberisasi juga sangat menarik kerana seakan ada parallel comparison yang dapat dibuat dengan wacana liberal dan Islam di Malaysia sekarang.