Pada zaman dahulu, bintang kebiasaannya menjadi petunjuk kepada para pengembara untuk mencari jalan ketika mengembara. Berpandukan kepada jenis-jenis bintang yang pelbagai, pengembara dapat menentukan arah. Maka, para pengembara akan sampai ke tempat yang dituju dengan selamat. Jika tiada petunjuk, maka sesatlah mereka. Para Sahabat Nabi SAW bagaikan bintang di langit. Jika kita mengikuti mereka, nescaya kita akan sentiasa berada pada jalan yang benar.
Sebagai umat Islam, kita perlu menjadikan Para Sahabat sebagai contoh ikutan kita. Selagi mana kita mencontohi ketaatan mereka kepasa Allah SWT dan Rasullullah SAW, selagi itulah kita akan selamat daripada kesesatan. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang menceritakan kepada kita mengenai kemuliaan Para Sahabat Nabi SAW. Dalam banyak-banyak Sahabat Nabi SAW Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayyidina Umar r.a. lebih diutamakan. Terdapat hadis yang menyebut, "Ikutilah Abu Bakar dan Umar selepas ketiadaanku."
Namun begitu, kita dilarang untuk membanding-bandingkan Para Sahabat dengan niat untuk merendah-rendahkan mereka. Kelebihan yang terdapat pada Para Sahabat berbeza-beza tetapi mereka saling melengkapi. Ibarat bintang-bintang di langit, bukan semuanya bercahaya terang tetapi semuanya mendapat cahaya daripada Allah SWT.
memperincikan secara ringkas tapi penuh teliti tentang Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. sangat menarik kisah. buku ini harus anda ada sebenarnya sebab ianya bukan sekadar kisah Khalifah ini tapi secara keseluruhan kisah di sekelilingnya juga. secara kronologi peristiwa disampaikan dari saat penghujung hayat Rasulullah SAW, zaman Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dilantik menjadi Khalifah termasuklah rentetan cabaran yang terpaksa ditempuh.
Ada juga dimasukkan tentang kisah penyebaran Idlam di Negeri Iraq dan Syam. betapa kuat dah hebatnya mereka diwaktu itu, tidak gentar langsung dengan cabaran dan dugaan yang ada walhal ancaman amat berat termasuklah memerangi golongan murtad. Para Sahabat lain pun ada diselitkan antaranya Sayyidina Umar al-Khattab, Sayyidina Ali,Zaid bin Tsabit dan ramai lagi. Sebak juga baca dihujung-hujung waktu Sayyidina sakit masih menjalankan tanggungjawab terhadap agama, memulangkan harta ke baitulmal dan melantik penggantinya. Jangan ingat banyak hartanya kerana Para Sahabat yang lain masuk ke baitulmal harta yang ada hanyalah sekeping duit satu dirham. mampukah kita yang sibuk mengumpul harta sedangkan Sayyidina menyerahkan semua yang ada semasa hayatnya untuk dibawa berperang. Sifat dermawan dan pengorbanannya terhadap agama mendahului yang lain...
baca, hayati dan ambil pengajaran. buku ini boleh kira sebagai pengenalan kerana anda boleh cari buku tambahan yang lain untuk melengkapkan pembacaan. tapi dari buku ini sebenarnya banyak kisah yang adanya kita sendiri terlepas pandang...
It is a good book 🤗 Telling people ‘bout Sayyidina Abu Bakar - about his life - sirah during his government - what were his sacrifice to ummah - This book doesn’t only tell about him but also tell about other Sahabat especially ‘Asyara Mubasyara’ and mostly about Saifullah,Khalid al-Walid 😯 Also tell how Sahabat fight to keep Islam at the top 💕 until some of them syahid 😢