Memahami fasa peralihan, dari moden kepada pascamoden, dan yang terpenting sekali melihat kecelakaan-kecelakaan kapitalisme yang direlakan oleh liberalis-liberalis menjadi tujuan asal esei-esei ini dihimpunkan dan dibukukan.
Ringkasnya, himpunan esei ini cuba merasai nuansa masyarakatnya yang terjebak dengan idea kebebasan liberal yang meletakkan rasional dalam ruang sempit sehingga sang hamba ketawa memikirkan dirinya 'MERDEKA'.
Sebuah buku yang memberikan kritikan kepada idea-idea dan falsafah moden baik dari sudut ekonomi, politik & sosial dll. Bahasa yang digunakan agak tinggi (dan indah?) jadi saya cadangkan anda (pembaca) untuk membuat glosari ringkas di hujung buku ini untuk membantu anda memahami buku ini dengan lebih mudah sekaligus menambah kosa kata. (at least that's what I did) Kagum juga dengan penulis kerana berjaya mematahkan idea-idea liberal dengan menggunakan hujah idea-idea itu sendiri. Ringkasnya buku ini mengajak kita untuk benar-benar berfikir sendiri berbanding berlaku dungu hanya mengikut jumhur masyarakat.
Bagi saya, pada satu sudut penulis berjaya bertanyakan soalan-soalan penting dan menarik yang mencabar norma masyarakat. Satu sudut yang lain pula, saya dapati beberapa kesimpulan yang dibuat penulis agak terburu-buru dan pukul rata spt isu universiti yang dikemukakan penulis.
Namun saya hargai kewujudan buku ini kerana buku ini banyak menyedarkan saya untuk menilai semula idea-idea dan institusi yang wujud di sekeliling saya. Selepas baca buku ini semakin saya faham mengapa Thukul Cetak sudah mati. (mati dibunuh?) #RIPThukulCetak
buku yang bagus dan jarang dapat bertemu dengan buku seakan ini,bahasanya mudah,contoh yang baik dan mudah difahami.
aku syorkan buku ini perlu dibaca semua orang,terutamanya mahasiswa dan pelajar.
apakah yang klise itu menjadi klise kerana selalu diucap dalam ritual harian?atau ,apakah yang klise itu menjadi klise kerana kita memahami dalam kerangka moden sehingga tidak ternampak makna dalam bahasa yang terulang-ulang?
Walaupun sangat menghargai iltizam penulis untuk memastikan terma yang digunakan disesuaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu, tetapi tak tahan dengan penulisan yang berulang.
Sebuah catatan idea yang tersusun. Bahagian pertama buku ini lebih santai, dan bahagian lainnya perlu dibaca dengan teliti dan seeloknya dibaca tanpa melangkau ke muka surat lain. Buku yang sarat kritikan terhadap isme-isme moden yang berasal dari falsafah Barat. Menariknya, kritikan yang diberikan tidak menggunakan hujah seperti para agamawan. Dan buku ini membuatkanku percaya bahawa untuk mengkritik sesebuah ideologi, perlu kembali kepada asal usul ideologi tersebut sendiri dan kita akan jumpa kelemahan di dalamnya. Penulis menutup catatan dalam buku ini dengan sebuah ketegasan yang mantap, dan membuatku merenung kembali pandanganku terhadap Islam.