Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.
Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.
Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?
Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?
Memang tak sangka saya akan baca buku Suri Ryana lagi setelah mempunyai kenangan pahit dengan PISA! Nampaknya drama adaptasi novel telah berjaya mempengaruhi saya. Curious jugalah apa kelebihan novel ini sehingga diangkat menjadi drama.
Unfortunately, saya tidak nampak apa istimewanya novel ini. So, saya simpulkan pihak pembikinan drama mungkin memang mahukan cerita yang berlatarbelakangkan negara orang putih seperti Italy. Agaknya lah. Kalau dilihat dari segi cerita, memang tiada yang stand out. Kalau dilihat dari segi kesinambungan plot, masih ada yang tergantung dan dibiarkan sepi begitu saja. Apa cerita Emilia?
Tapi yang paling annoying di sini ialah Malissa – heroin dalam cerita ini. Malissa, you don’t have to tell us countless times that your husband is physically handsome and all. Cukuplah sekali dua. Otherwise, akan timbul rasa menyampah. Nampak sangat Malissa ini hanya tertarik dengan fizikal Iskandar saja. Itu belum masuk part terkena renjatan elektrik. Cerita ni memang banyak elektrik. Dan lagi satu, banyak gula. Saya sebenarnya suka makan yang manis-manis ni. Tapi tidak mahulah mengambil secara berlebihan, takut nanti jadi penyakit. Jadi saya syorkan, biarlah kita mengambil gula secara sederhana untuk kebaikan bersama.
3.0 ***. Cerita cinta biasa2 je. Takde faktor 'wow' sangat. Boleh le untuk bacaan santai. Cerita berkisar tentang rajuk manja suami isteri...dalam benci, masih ada rindu. Dan tentang memberi peluang kedua kepada pasangan utk memperbaiki hubungan yg 'retak' sebelum ini.
1. Dah alang kepalang memang collect buku2 Suri Ryana so apa salahnya beli buku terbaru pula.
2. Cover yang menarik. Even ada part nampak seperti terlalu 'penuh' tetapi tidak sesak mata melihat. Cuma...itu bukan ke gambar Venice? Scene banyak di Florence kan? Bukan ke Venice sebab honeymoon ke?
3. Rasanya adalah lebih baik sekiranya puan penulis ceritakan lebih lanjut tentang sebelum Malissa ditinggalkan dua tahun. So pembaca akan lebih faham. Bukan hanya letak sejemput sedikit di depan, sejemput sedikit di tengah dan sejemput sedikit di akhir.
4. Juga tentang ibu kandung Dina. Itu pun buatkan Yuni curious kisah disebaliknya.
5. Yuni lebih nak anggap ini hanyalah kesalahan typo. Walaupun sepatutnya tidak boleh berlaku. Apa fungsi editor? Sekejap Raina ni anak tan sri. Sekejap anak datuk pula. Hmm...Mungkin bagi orang lain, ini hanya minor mistake tapi bagi Yuni, editor where are you?
6. 2 tahun ditinggalkan suami tanpa sebarang penjelasan. Dihalau oleh mak mertua. Bila dah jumpa semula pun masih dihina sebegitu. Rasanya Yuni perlu belajar bersabar dengan Malissa. Okay, take it as karakter yang baik untuk diikuti. Walaupun sepanjang perjalanan Yuni dengan 'Ti Amo, Sweetheart 100 Hari', Yuni rasa Malissa ni bodoh. Sudah berbaik dengan suami, mak mertua pula buat perangai. Ada yek mak yang sanggup menipu anak2 tentang sakit kronik macam tu. Kalau kamu mati terus, padan muka.
7. Penulis memang suka amik benda yang tak menonjol sangat untuk diletak di hadapan ke? Cover Venice tapi main scene di Florence. Yuni rasa perkataan 100 hari tu tak sampai 10 kali disebut2 tapi dijadikan tajuk. Yang Ti Amo tu overdose pula. Hmm....
makan tahun kot ML peram naskah ni.... well ... walaupun ML peminat setia... pengumpul karya SR.. tapi... ML tak boleh menipu kalau karya dia agak bosan.
ya .. agak bosan sedikit karya ni... may be ML bukan jenis yang suka sweet muweet yg tumpah bertan-tan gula. kengkadang ML rasa.. iskandar ni x der kerja lain ke... ya...memujuk mcm tu sekali.. fine.. ML mengakulah.. laki ML x romantik.. tp kalo dpt laki mcm iskandar tu.. mintak ampun lah.. not my type kot.. geli geleman den ghaso ha...ouh.. plz lah...
x tahulah nak cakap.. novel ni ML rasa kurang segalanya... duk fikir.. bilalah nak habis... sorry suri... i don't like it
novel dari author favorite.. mmg x pernah mengecewakan..
Kesian lisa ditinggalkan suami akibat di fitnah.. Geram aku ngan rania yang x reti malu.. dok hadap ngan iskandar yang tahap gila cintakan lisa. Bila terbongkar mmg sweet overdose laa iskandar dok nak ngorat balik bini dia nie..
Dah lama tak membaca karya tulisan Suri Ryana, dan novel ini menjadi pilihan untuk dibaca. Bagi saya penulis memang bijak dalam melakar cerita yang 'manis' seperti ini. Itu tidak dinafikan. Cumanya, mungkin disebabkan kisah seperti ini telah menjadi kisah biasa kebanyakan penulis novel, menjadikan karya ini kurang umph kata orang. Tapi... Rasa itu tetap ada. Novel ini saya kira novel yang ringan saja jalan ceritanya dan tidak melelahkan.
this time hero getting less kekwat compared to her other books.
i like the storyline altho ada kepelikan in few areas. cerita santai. ada drama but not too heavy. ada few antagonist tapi tak la menyirap darah sangat.
this time kita ke italy n a short visit to venice. niceee... i like how the author narrates bout the places that they visited. i enjoyed that.
i like how strong lisa is and i like that there r no secrets between both Dato n Datin after the second chance coz kalau ada rahsia, confirm lagi meleret cerita kan. (muda2 dah dapat pangkat dato')
what i dont really like is... too much adengan ti amo tu. as i mentioned in my previous review... these are what is selling at the moment. however, if evrybody is selling the same stuff, people might not wanna buy anymore... just my 2 cents... *peace*
Dah beli novel ini last year but pending dalam book cabinet. Bila tahu nak diadaptasi ke novel, berkobar-kobar tak sabar nak baca dan terus saya capai novel ini.
Saya setuju dengan pendapat reviewers yang lain. Arwah mummy Dina kurang dijelaskan. Nama arwah Amelia just di angin lalu, mentioned a bit here and there.
Awal pertemuan dan perkahwinan antara Iskandar dan Malissa kurang ditonjolkan. Semuanya samar-samar, lompang sana sini buat saya tertanya-tanya bagaimana kehidupan mereka berdua semasa Malissa 18 tahun dan menjadi ibu susuan Dina. Kemudian Iskandar dan Malissa berkahwin. Alih-alih selepas dua tahun ditinggalkan Iskandar, Malissa ke Italy untuk mencari suaminya. Kurang rempah ratus sehingga banyak persoalan tanpa penjelasan.
Agak exaggerate dan meleret juga bab-bab Iskandar nak tawan hati Malissa balik. It's repetitive. Watak-watak sampingan Zati, Fatin dan Faliq buat cerita ni sikit best sebab ada humour.
Overall, pada saya Ti Amo sebuah cerita yang sempoi, santai untuk pembaca walaupun tak ada kelainan dalam plot yang boleh memberi impak pada pembaca. Kepuasan untuk novel ini agak kurang bagi saya. Her previous novels are much more better and ada oompph.
Buku ini dibeli lama dulu. Tapi baru punya masa untuk dibaca hari ini. . Ti Amo Sweet Heart ditulis dengan menggunakan POV pertama dan pada saya cerita ini seperti sebuah kisah soap opera versi Melayu. . Menggunakan resepi kisah cinta antara dua darjat sama seperti filem Ibu Mertuaku. Bezanya, Malissa bukanlah Ramlee yang buta matanya dan Iskandar bukanlah Sabaridah. . Sisi watak antagonis Rania membuatkan saya tersenyum. Maruah seorang wanita yang dipotretkan pada Rania yang 'desperate' dan obses untuk menjadi isteri kepada Isaac Iskandar dilihat rendah pada kaca mata saya. . Dan Malissa pada kaca mata saya adalah seorang perempuan lemah yang tak punya pendirian. Sepanjang pembacaan, saya melihat sosok wanita lemah yang berserah. . Penipuan oleh Mummy Isaac Iskandar, pada saya digarap kurang sempurna oleh penulis di akhir cerita. . Somehow, it just not my cup of tea. . Book [01/2020]
Slalu follow kak suri di ig je.dah komen di ig sblm ni...hurm at first adore personality dan suka tgk akak ni travel the world .didn't know she is an author...lps tu terbaca potongan2 dialog di ig berkenaan issac iskandar, malissa & dina dan sumenye bermula jeng3.....kih3.sumpah tak sabo tunggu novel nih sbb dialog yg sikit2 tuh dah runtun2 hati i utk baca cerita full.mmg berbaloi menunggu.cite ni sgtler best!!!!Cover pun cans giler melting!!part malissa n iskandar mmg sweet overdoseee! Malissa bg i sorang yg tabah....yg plg i suka is step yg diambil utk kuat walau pembaca tahu bertapa dia sometimes fake her strenght.nampak comel bla dia cuba push iskandar d sbalik hati yg berdebar2 tuh....sweettttt o.k.seluruh bintang d langit tok karya nih.tahniah kak suri.tulis lg okeh!
Novel dari Suri Ryana wajib di beli kerana jalan cerita yang menarik .
Cuma kali ini kecewa sikit. Novel-novel sebelum ini konflik lebih berat. Kali ini ringan sikit, walaupun konflik utama adalah masalah antara Isaac dan Malissa. Mungkin kerana watak Iva, Su kecil comel menjadikan lebih santai. Dan kisah 100 hari, permulaan menyatakan Isaac akan habiskan 100 hari bersama Malissa ada . Dan tergantung selepas itu.
Bahagian Mummy Isaac dan Rania pun pendek sahaja.
Perasaan ada typing error, nama Iva tertukar dengan nama Lisa.
Bahagian Iva kata Rania seperti Mak Lampir tu rasa pelik sikit. Tak tahu kenapa. Rasa tidak sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun sebut perkataan itu. 🤔
buku kedua pbakl yang berjaya kakak khatam...bacaan tahap santai sebab konflik pun tak tahap kritikal...watak antagonis pun tak lah sampai tahap mengjengkelkan sangat... kali ni dapat menjelajah itali plak..dapat jugak belajar bahasa itali sikit... ti amo!
bolehlah....tp tak cukup membuatkan saya rasa teruja nk baca sampai habis. boring sikit. berbanding novel2 suri sebelum ni, saya katakan novel Ti Amo ni takde syok sgt baca. itu pendapat sayalah. apapun, tahniah utk penulis ini.
erm...aq bukn pandai sangat nk bgi feedback ke ape ke... tpi bgi aq buku ni buku pling best laaa.... cover book pon menarik.. jln crita dia powerr...cara penulis sampaikan jalan cerita novel ni memang best...tu je kot..hehe