Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kisah Seram Malam Jumaat #2

Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2

Rate this book
Ada 4 cerita seram yang bakal menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram Bidan Sumiah, kerana harta sanggup mewarisi ilmu hitam yang salah, kisah seram Alya, Alya kembali menuntut dendam kepada mereka yang menyeksanya, kisah seram Kem Motivasi yang penuh tanda tanya dan menyeramkan dan kisah seram Hutan, memaparkan dendam lama sudah kembali.

160 pages, Paperback

First published February 1, 2017

24 people want to read

About the author

Suzani Nadzir

9 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (51%)
4 stars
9 (29%)
3 stars
6 (19%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
November 25, 2017
Selesai baca volume 2. Empat cerita juga dan empat penulisnya. Bagi aku yang kedua lagi best. Keempat-empat cerita masing-masing ada kekuatannya. Aku paling suka kisah Bidan Sumiah. Kisah hantu saka yang biasa kita dengar. Kacau orang kampung... nak cari pewaris. Yang bestnya cara penulisan si penulis, Suzani Nadzir. Kemudian kisah hantu Alya yang nak balas dendam ke atas sekumpulan lelaki yang buat jahat kat dia. Yang ni pun best juga. Kisah Hutan dan Kem Motivasi pun menarik. Kisah hutan seakan macam cerita Anaconda skit. Ye ke? Kem Motivasi plak macam tengok satu episod siri popular supernatural. Apa pun memang terbaik.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
April 6, 2017
KISAH SERAM MALAM JUMAAT 2
(1)BIDAN SUMIAH - Suzani Nadzir
Terus terang, jujurnya....hahaha permulaan novel nie sangat2 teruja membaca, rasa mcm kita berlari, sgt2 best. Bidan Sumiah nama yg semua penduduk kg cukup kenal duduk terasing di penjuru kg.

Dijdkn cerita Bidan Sumiah dtg setelah dijemput Omar utk menyambut kelahiran ank sulong Omar, sesuatu yg pelik telah terjd. Ank Omar meninggal setelah beberapa ketika manakala isterinya pula diam tidak beraksi, membawa Omar mencari Bidan Sumiah. Dptkah Omar berjumpa dgn Bidan Sumiah ??? Setelah beberapa ketika kecoh pula penduduk kg diganggu lembaga yg menyerupai Bidan Sumiah, gangguan plg teruk diterima oleh keluarga Zainab. Apakah kaitan Zainab dgn gangguan yg mengganggu penduduk kg ??? #suzani nadzir #bidansumiah

(2)ALYA - Aida Adia
Menjumpai sesuatu yg pelik n menakutkan bknlh sesuatu yg diminta oleh 2org kaki pancing. Misi utk mendptkn ikan terpaksa dilupakan apabila mereka bertempiaran balik setelah dirayu utk menghulurkan bantuan. Semenjak itu mereka sering diganggu. Siapakah yg mengganggu mereka ???

5org sahabat yg baru abis konvo barcadang utk weekend ride ke cameron highland. Malang dlm perjlnan motor salah seorg dr mereka gagal berfungsi, apa yg lbh menghairan, 2 buah motor lg turut mengalami nasib serupa. Mereka diterpa ketakutan apabila tiba2 diganggu oleh sesuatu yg mereka kenali. Apakah rahsia yg mereka sembunyi kan n adakah mereka berjaya menyelamatkan diri ??? #aidaadia #alya

(3)HUTAN - Noorfadzillah
Ada RAHSIA yg tersembunyi
Ada NYAWA bakal terkorban
Ada DENDAM yg membara
DiKIANATI adalh sesuatu yg sgt menyakitkan....
Siapakah pengkianat tersebut ???

Itulh yg sdg dihadapi oleh Zulaikha skrg, beliau terpaksa mengikuti ekspedisi ke sebuah hutan, diketui oleh profesornya, bersama dgn beberapa org lg anggota utk mencari akar yg dipercayai boleh mengubat penyakit kanser. Wlupun hatinya sgt berat untuk turut serta n beberapa amaran telah dia perolehi supaya membatalkan hasratnya tp kali ini dia tak dpt menolak lg. Pelbagai dugaan yg terpaksa dihadapi oleh mereka termasuklh gangguan yg menyebabkan nyawa melayang. Bagaimana nasib mereka ??? Apakah rahsia yg bakal terbongkar ???
Wow satu lg novelet yg sy rasa sgt2 menarik drpd penulis.

(4)KEM MOTIVASI - Helmy Effendy
Kem motivasi yg pernah yg ada sejarah hitam dan menggemparkan dulu, kini dibuka semula selepas 5tahun. Apa yg mereka tidak tahu, sejarah bakal berulang krn dendam yg terpendam. Tanpa berlengah hari pertama shj nyawa sudah dituntut. Siapakah yg bakal menjd mangsa, adakah rahsia yg tertimbus dulu bakal terbongkar ??? Dua beradik pemburu hantu dtg menghulurkan bantuan. Berjayakah mereka ???

Wlupun hanya sebuah novelet, tp kisah yg disampaikan cukup menarik. Aduhai McD pun terkait sama, plg x boleh tahan ayat, "Dah lama kita boikot. Nak jugak merasa hari ini." Nie ada berkenaan dgn iklan aym McD yg terbaru ker tp rasanya x kot.... dlm nie dia mkn burger jer hahaha #helmieffendy #kemmotivasi

#bukuprima
#ilhamkarangkraf
#kisahserammalamjumaat2
#seramlicious
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 18, 2017
PBAKL2017 #23

4*

Seram-seram semuanya. Kisah Kem Motivasi sy bayangkan ala-ala drama bersiri Supernatural, Dean dan Sam Winchester.
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
April 9, 2017
#kisahserammalamjumaat
090417 tepat jam 0000 habis baca tapi akak dah ngantuk nak buat review. So pagi ni baru ada masa nak review.
Ada 4 cerita. Bidan sumiah.alya.kem motivasi.hutan
Pendapat akak vol 2 lebih best dari vol 1. Akak paling suka cerita bidan sumiah n alya.
Bidan sumiah karya suzani nadzir mengisahkan tentang hantu bidan sumiah yang ganggu penduduk kampung sebab cari pewaris. Saspen cerita ni. Sebab ending ceritanya kita memang tak sangka.
Alya karya aida adia. Akak dh pernah baca cerita ni sikit kat blog ari tu. Kisah dendam gadis yg dianiaya oleh boyfriend, dirogol beramai2 dan dibunuh dengan kejam. Tahniah aida.
Hutan karya noorfadzillah mengisahkan tentang penerokaan sekumpulan pengkaji yg masuk ke hutan mayan yg misteri mencari akar pokok langka utk mengubat penyakit kanser. Rupa2nya salah seorang peserta ekspedisi ada niat lain utk masuk ke hutan tersebut.
Kem motivasi karya helmi effendy mengisahkan tentang kem motivasi yg dibuka semula setelah ditutup selama 5 tahun. Pembukaan kem tersebut telah membangkitkan banshee yg dahagakan darah manusia.
#rakbukudedizul
Profile Image for Lea Azleeya.
39 reviews2 followers
July 9, 2017
Ada 4 kisah seram dalam sebuah buku..

1. Bidan Sumiah - Suzani Nadzir

Mengisahkan tentang seorang bidan yang memiliki saka turun temurun dari keturunannya.. Setelah kematiannya, saka itu mencari tuan baru yg juga dari keturunan bidan sumiah... Kisah ini berjaya mengganggu gugat perasaan aku semasa membaca.. Sampai aku berhenti baca bila waktu malam.. Huhuhu.. Tahniah kepada penulis kerana menggarap sebuah cerita yg terkesan keseramannya..


2. Alya - Aida Adia

Alya pula mengisahkan seorang student sebuah kolej yg telah mati dibunuh oleh teman lelakinya sendiri setelah dirogol secara beramai-ramai dan dibakar hidup² oleh mereka dan ditaman disebuah hutan di ulu yam.. Mayatnya tak diketemui sehinggalah kaki pancing menjumpai rangka mayatnya ditaman ditepi sebuah sungai semasa mereka memancing.. Cerita ni pun berjaya membuatkan aku rasa suspen dan seram.. Jalan cerita disusun dengan baik..


3. Hutan - Noorfadzillah

Hutan, kisah yang bila aku baca seperti aku sedang baca novel karya Ramlee Awang Murshid kerana berkaitan dengan hutan di sabah sarawak sana.. Cerita yang menarik dan berjaya membuatkan aku baca dengan tekun dan penuh perhatian.. Aku suka cerita ni.. Kisah tentang pembunuhan yg dilakukan oleh penunggu hutan dari kaum keturunan org terdahulu.. Pembunuhan kejam yg dilakukan dengan memakan jantung segar manusia untuk menjadi lebih berkuasa dan juga utk menamatkan sumpahan.. Menarik ceritanya..


4. Kem Motivasi - Helmi Effendy

Kisah ke-4 ni aku tak berapa suka jalan ceritanya.. Mengisahkan sebuah kem motivasi yg ditutup hampir 5 tahun kerana gangguan dan dibuka semula setelah 5 tahun ditutup... Semasa program dijalankan, berlakulah gangguan.. sehingga menyebabkan beberapa kematian.. Sehinggakan 2 org pemburu hantu dtg menyelamatkan keadaan.. Adehh dah mcm filem omputeh jerk gayanya.. Tak seram langsung.. Memang tak memberi kesan pd aku cerita ni... huhuhu.. Jalan cerita yg membosankan dan tergesa-gesa..
Profile Image for ⠀.
123 reviews35 followers
October 15, 2022
Sekiranya nak dibandingkan, Vol 2 kali ini lebih baik daripada Vol 1. Dalam buku kali ini ada cerita:

Bidan Sumiah. Macam biasa, cerita pertama cerita yang paling okay. Cerita tentang bidan. Rasa-rasanya dah boleh agak tentang apa dan aku pun dah terbiasa dengan cerita seram berkaitan dengan bidan, jadi tak rasa ada apa-apa yang baru dalam cerita ini. Tapi penceritaannya tetap aku akui okay.

Alya. Tak berapa minat dengan cerita yang ini. Ada bahagian pertemuan mangsa dan penjahat ditulis seperti kisah cinta yang kebudak-budakan.

Hutan. Kisah ekspedisi ke dalam hutan mencari akar langka. Premis yang menarik. Bahagian pertama cerita memang dah okay walaupun watak-wataknya serabut betul rasa. Tapi bahagian kedua rasa macam satu kisah lain yang dipaksa cantum dengan kisah asal pula.

Kem Motivasi. Seperti cerita yang sebelumnya, bahagian pertama cerita dah okay dah. Rasa menariklah juga. Tetapi entah kenapa lepas itu jadi episod siri Supernatural pula dah.
52 reviews4 followers
May 11, 2018
kisah pertama, BIDAN SUMIAH lebih kepada kisah gangguan yg dialami oleh penduduk kampung akibat 'belaan' bidan sumiah.

kisah kedua, ALYA mengenai pembalasan dendam roh yg tak tenang. tak terasa sangat seramnya tapi i suka cara olahan kisah ni. terhibur dengan papan tanda "awas anda berada di zon kematian". hehe.

kisah ketiga, HUTAN ni agak menarik. pasal hutan, makhluk aneh penunggu hutan, dan perbalahan antara keturunan suku kaum yg mendiami hutan tu. cerita dah ada tapi olahan agak mengelirukan sikit. dan sedikit terganggu dengan bahasa yg digunakan.

kisah keempat, KEM MOTIVASI paling menarik! ringkas dan padat. seram pun ye. tambah bila part lagu cindai tu. lagu cindai tu sendiri pun dah seram inikan pula didendangkan kat kem. tapi terhibur bila masuk part pemburu hantu. lain dari yg lain.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
186 reviews6 followers
September 10, 2025
Novel ni saya baca sejurus selepas selesai volume yang pertama. Pandangan saya, volume kedua ni ada rasa kelam kabut sikit. Saya faham yang mungkin nak beri rasa penceritaan yang thrill dan keterujaan dengan melajukan situasi dalam cerita. Tapi, mungkin bukan taste saya. Rasa penat bila baca. 

Sama juga dengan novel yang sebelum. Ada 4 kisah secara total. Yang paling suka mungkin kisah terakhir iaitu Kem Motivasi tulisan Helmi Effendy. Boss The Patriots, buat sesiapa yang mengenali. Ada sedikit elemen kelakar dan spontan dalam kisah ni. 

Kisah pertama iaitu Bidan Sumiah, backstory nya tak berapa dijelaskan membuatkan cerita ni hanya di surface. Kisah kedua, Alya, kisah tentang seorang gadis yang membalas dendam akan kematian beliau. Kisah ketiga, Hutan, memeningkan kepala saya sebab tak boleh nak visualkan apa yang berlaku sebenarnya. Terlalu banyak nama watak yang melibatkan keturunan lama. 

Ok lah, saya nak baca yang volume ketiga pula.
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
May 21, 2019
Mengisahkan bidan sumiah yang mana sakanya mencari waris untuk dijadikan Tuan yang baru.Pelbagai kisah pelik berlaku selepas kematian bidan sumiah ditambah lagi tragedi Omar sekeluarga..Kehilangan anak yang baru lahir,isteri dan dia jadi tak waras.

Alya..Gadis yang dirogol dan dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan pelajar universiti.Dia menuntut pembalasan dan pertolongan agar bangkainya dikebumikan dengan cara yang betul.Siapa sangka hanya kerana merasa diri hebat akhirnya seorang gadis menjadi mangsa.

Kem Motivasi dan Hutan..memang terbaiklah himpunan kisah seram ada yang dalam buku ni
Profile Image for Lin.
145 reviews6 followers
December 11, 2018
Boleh tahan seram.. Seronok baca. Lagi seram dari Vol 1.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
April 4, 2017
1)BIDAN SUMIAH
SUZANI NADZIR
bermula dengan kisah hanum yang hendak bersalin tapi kesukaran hendak ke hospital. omar yang pada mula tidak mahu memanggil bidan sumiah akhirnya terpaksa mengikut juga arahan ibunya, maimun bila melihat isterinya hampir bersalin. kecelakaan mula berlaku bila anaknya meninggal dan uri bayi hilang. omar yang mahu mengamuk menemui mayat bidan sumiah. sejak itu kampung tersebut diganggu. zainab jiran pada maimun mula perasan kehadiran makhluk yang menuntut sesuatu.. apakah yang dituntutnya?.. kenapa cucunya mira yang sering dimimpikan?...

panas permulaan buku. menarik idea yang diketengahkan oleh cik penulis cantik Suzani Nadzir. dan pengakhiran yang tidak dijangka langsung. tahniah untuk kisah ini..


2) ALYA
AIDA ADIA
satu persatu kematian yang berlaku di antara lima sahabat raid. ada sumpah di antara mereka. sebelum itu di majlis konvokesyen, mereka berjumpa dengan adik alya yang mewakilkan kakaknya untuk mengambil anugerah. adik alya memberitahu kakaknya alya hilang tanpa dikesan.. apakah perkaitan alya dengan mereka berlima?

ringkas saja penceritaan. mungkin kisah roh membalas dendam ini agak biasa tapi olahan yang baik oleh puan penulis Rohaidah Aida Adia.. tahniah..


3) HUTAN
NOORFADZILLAH
zulaikha di minta oleh profesor gumelar untuk mengikut ekspedisi mencari akar langka yang dikenal pasti mampu menjadi ubat. namun akar langka amat sukar diperoleh dan mereka terpaksa menjelajah ke hutan mayan di kalimantan tengah. zulaikha cuba mencari maklumat tentang hutan mayan namun hampa. cuma dia peroleh satu maklumat dari seorang renjer hutan iaitu tuan yatim yang hutan mayan bukan sebarang hutan. banyak khazanah bernilai namun jika sudah masuk kebarangkalian untuk keluar dari hutan tersebut amat tipis. rupanya ada satu rahsia antara hutan mayan itu dengan zulaikha tanpa zulaikha sendiri sedari...

serius, tak puas baca. bila pendek sangat rasa macam tak cukup. kan bagus kalau kisah ini dijadikan novel dan diperincikan lagi kisahnya kerana banyak adegan dan plot menarik yang boleh dibina. tahniah buat puan penulis Noorfadzillah Omar kerana berjaya menangkap perhatian...


4) KEM MOTIVASI
HELMI EFFENDY
kem bina diri lembayung purnama di buka semua setelah 5 tahun ditutup atas sebab yang tidak diketahui. nova-q dimiliki oleh farid wadji berjaya membuka semula kem tersebut dan kumpulan pertama terdiri daripada 30 pelajar yang bakal menduduki SPM. tanpa disangka, malam itu malam yang menuntut nyawa...

tuan penulis Helmi Effendy II ini memang terkenal dengan kisah yang luar jangka dan penceritaan yang agak ekstrem. idea ringkas dan agak menarik.. tahniah..


KESELURUHAN: nak kata seram sangat, tak jugak. boleh la dok luar rumah malam-malam sambil baca.. cuma kalau ada yang mencuit kat sebelah buat taktau jer la ya... hehe..
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.