Ada 4 cerita seram yang bakal menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram Syaitan, di mana manusia bertopengkan syaitan sanggup melakukan apa saja demi diri sendiri. Kisah seram Raya, hantu muncul di malam raya. Kisah seram Mancis, kenapa dan apa akibat jika mancis yang ada terlebih dalam kotak dan kisah seram Potret Lama, merungkai misteri potret lama di sebuah banglo lama.
Sejak Diah bertunang dengan Ikram, seorang ustaz, dia nekad berubah ke arah yang lebih baik - menjadi muslimah sejati. Namun, sejak itu ada saja gangguan yang menghampiri. Semakin cuba berubah, semakin kerap dan dahsyat gangguan yang diterima. Sehinggakan, melibatkan orang2 sekelilingnya dan memaksa campur tangan rakan serumah dan tunangnya, Ikram.
nukilan penulis tak pernah mengecewakan saya. Kali ini, gangguan sihir diketengahkan namun dari sudut dan olahan yang berbeza. Permulaan, seperti dapat menghidu ianya berkaitan dengan gangguan sihir namun penulis bijak mengolah dan lebih menumpukan kepada syaitan atau jin yang mengganggu Diah. Permulaan yang sempurna untuk antologi ini.
*rating : 4.5*
2. RAYA by Naim Tamdjis
Kepulangan Mael Keding dari surau ke rumahnya menjadi malam yang penuh berliku. Tambahan pula, malam itu adalah malam raya, di mana malam yang dikatakan hantu syaitan kembali bebas daripada belenggu selama sebulan berpuasa.
Bersantai seketika dengan karya penulis ini, dengan seram komedi ketika malam raya. Enggan mengulas lanjut, seperti pernah membaca kisah2 yang dibawakkan dalam naskhah ini. Masih boleh dihadam.
*rating : 3.5*
3. MANCIS by Sufi Abqari
Kisah kematian seorang gadis penjual mancis di sebuah taman perumahan, menghantui anak beranak Biah dan Mazuin yang baru berpindah. Mulanya, Mazuin tidak percaya dengan cerita itu sehinggalah dirinya terkorban rentung dibakar, meninggalkan ibunya Biah yang terus dihantui gadis mancis. Kedatangan anak saudaranya, Peri untuk menemani Biah dan Mak Esah dan Pak Wadi, yang mendakwa kakak dan abang kepada Marlia, gadis mancis tersebut.
Penulis mengetengahkan mitos gadis mancis, yang popular di Jepun (kalau tak silap saya). Di adun dengan keadaan dan kesesuaian masyarakat di Malaysia, namun sedikit 'bercelaru' olahan penulis. Tidak dapat dinyatakan secara jelas kepentingan watak Peri. Seeloknya, di beri tumpuan kepada watak Biah dan anggota polis tersebut saja. Kecelaruan Biah yang sekejap percaya dan tidak kepada gadis mancis sedikit mengganggu. Mungkin, andai dikemaskan dan dipanjangkan ke bentuk novel, pasti lebih menarik.
*rating : 3.8*
4. POTRET LAMA by Fazrin Fauzi
Kedatangan 3 sekawan, Isyana, Afiq dan Haris ke banglo Kasturi pada mulanya sekadar untuk memenuhi tugasan mereka. Namun, penemuan sebuah potret di dalam banglo itu mengubah segalanya. Haris tiba-tiba tercampak entah ke mana, Afiq dan Isyana pula diganggu makhluk hitam yang seakan-akan beruang. Haris bertemu dengan Pak Mus, yang berjanji akan membantu Haris menyelamatkan kawannya. Namun, kejadian semakin pelik dan pertemuan dengan Anuar, kawan lama Haris merungkai segalanya.
Kisah mengenai saka diangkat menjadi tunjang untuk kisah ini. Namun, mungkin disebabkan kependekkan muka surat, olahan penulis terlihat tergesa-gesa dan banyak yang tidak dirungkaikan sepenuhnya. Apa tujuan Haris dicampak jauh? kewujudan Pak Mus juga seakan2 tak begitu mendalam kesannya, melainkan diakhir cerita. Mungkin, jika diberikan lebih ruang akan menjadi lebih menarik. Ending juga agak pantas.
Cerita pertama : Syaitan (A. Darwisy) Sangat menarik dan mendebarkan... couldn't stop reading until end of the story...
Cerita kedua : Raya (Naim Tamdjis) Lebih kepada horror comedy... tak sabar nak puasa n raya haha
Cerita ketiga : Mancis (Sufi Abqari) Menarik... watak adik beradik marlia mungkin lebih bagus kalau dikembangkan lagi...
Cerita keempat : Potret Lama (Fazrin Fauzi) Sedikit berserabut penceritaannya... and actually, saka sangat susah utk dihapuskan. Kena buat research lebih sikit on the saka part...
Ada 4 cerita seram terkumpul dalam buku ini, iaitu:
Syaitan. Cerita seram dengan nasihat islamik. Cerita yang okay. Susunan cerita pun agak baik. Tetapi jalan ceritanya agak klise dan juga merupakan sesuatu yang telah diulang guna beberapa kali dalam filem seram Melayu.
Raya. Suka suasana kampung pada malam Hari Raya yang menjadi latar buku ini. Ceritanya tak seram. Mungkin lebih kepada komedi, tetapi babak lucunya tidak terasa kelakar, sebaliknya agak kebudak-budakan.
Mancis. Olahan semula dalam versi seram kisah dongeng gadis penjual mancis. Permulaan yang okay. Tetapi makin lama makin merosot pula kualiti cerita. Terlalu banyak penjelasan berulang tentang kisah di sebalik gadis penjual mancis itu. Watak-watak yang satu per satu muncul kemudiannya pula seperti tiba-tiba je hadir dan berfungsi hanya untuk buatkan cerita lebih serabut.
Potret Lama. Entahlah. Rasa paling serabut ceritanya. Dibaca seperti cerita yang penulisnya dipaksa tulis pula.
Keempat-empat cerita seram tadi kesemuanya pendek-pendek je ceritanya. Tetapi penceritaannya terlalu berlengah-lengah untuk sampai ke babak yang menarik mahupun seram. Dan bila sampai ke bahagian tersebut pula, rasa terlalu mendadak dan mendatar pula. Susunan ceritanya pun memang dah sesuai sangat dari cerita yang okay dan makin lama makin merosot kepada cerita yang membosankan.
1) SYAITAN A. DARWISY diah mahu berubah. berubah menjadi insan yang lebih dekat pada agama. satu persatu perubahan perlahan-lahan mahu dilakukan. apatah lagi sejak bertunang dengan ustaz ikram. tapi, perubahan sepatutnya positif berubah menjadi sebaliknya. perasaan waswas, rendah diri dan sentiasa dalam ketakutan mula bertapak dalam diri diah. teman serumahnya mira dan bahyah bertindak mengadu pada tunang diah.... bila perasaan dengki dan busuk hati bermaharajalela dan merasakan diri lebih sempurna dari insan lain, inilah padahnya. sanggup meranapkan insan lain dengan cara yang amat keji...
penulis muda Anuar Darwisy sememangnya tidak boleh dinafikan kebolehannya dalam memakukan pembacaan pembaca karyanya. walaupun kisah ini pendek tapi padat isi penyampaiannya. Beliau berjaya tidak menggunakan elemen hantu atau entiti yang menyeramkan tetapi sebaliknya keseraman muncul dalam watak itu sendiri.. Tahniah nuar!
2) RAYA NAIM TAMDJIS di malam akhir puasa mail kering ditakutkan oleh haji hamzah yang hantu syaitan dah dibebaskan. bermula dengan berjumpanya makhluk yang juga mentaati perintah Allah dan mahu bertakbir di malam raya. Kemudian yang membonceng motornya. sehinggalah berjumpa dengan teman lamanya deris mamak..
Penulis berjiwa besar Naim Tamdjis ini punya satu pengenalan sebenarnya dalam setiap karya yang dihasilkannya. walaupun genre seram tapi penulis ini tidak mahu pembaca terlalu memberatkan fikiran dengan adegan seram tapi sebaliknya pembaca akan terhibur dengan adegan lucu yang terselit. mula-mula dulu memang akak tak boleh nak adapt sangat tapi bila makin banyak baca karya penulis ini akak sendiri rasa terhibur. Tahniah naim!
3) MANCIS SUFI ABQARI biah kehilangan anaknya mazuin yang terbakar di dalam kereta. sebelum itu mazuin suka saja memperolokkan ibunya tentang kisah gadis mancis dikawasan yang baru saja mereka diami. biah merasakan nasib malang dirinya berjangkit pada orang sekelilingnya. tapi kedatangan pak wadi dan mak esah merungkai rahsia sebenar gadis mancis dan kenapa dendam gadis itu bermaharajalela..
idea yang menarik. jika penyusunan ayat diatur lebih kemas pasti boleh menaikkan lagi mood seram. penulis Sufi Abqari yang akak kenal ini memang tidak pernah mengalah. sentiasa cuba menampilkan sesuatu yang menarik. tahniah sufi!
4)POTRET LAMA FAZRIN FAUZI isyana, afiq dan haris ke banglo kasturi dalam mahu menyempurnakan kajian mereka.isyana terkejut bila sampai di banglo itu yang serupa muncul dalam mimpinya yang mana ada makhluk hitam menunggu kedatangannya. gangguan bermula. Haris terpisah kedudukan dengan kedua temannya itu manakala isyana dan afiq mula diganggu oleh makhluk hitam tersebut. Mampukah mereka melepaskan diri. Apa kaitan dengan potret lama yang cuba hendak dibawa keluar oleh haris? Dan kenapa isyana dikaitkan dengan makhluk itu serta banglo tersebut?
penyampaian dan idea yang baik. penulis berbakat Fazrin Fauzi ini tak berlengah-lengah dalam bercerita. walaupun ada sedikit kalut tapi ada disesetengah titik penyampaiannya buat pembaca rasa teruja nak tahu apa yang jadi seterusnya. Tahniah dik fazrin!
KESELURUHAN: bila kisah seram disampaikan secara pendek-pendek ini, rasa seronok nak baca. keempat-empat kisah yang menarik dan buat pembaca tak jemu dari awal sehingga akhir. Tahniah buat semua yang terlibat. Akak memang tunggu kisah seram di ILHAM dibukukan.. Moga karya yang lain juga akan menyusul...
Empat kisah... Empat penulis. Sejujurnya aku beli Volume 1 Kisah Seram Malam Jumaat ni sebab aku nak baca tulisan Anuar Darwisy. Hehe... dan ternyata kisah 'Syaitan' yang beliau tulis bagi aku sangat fresh dan tak stereotaip. Cerita yang lagi tiga pun bagus jugak. Cerita bertajuk 'Raya' ada suntikan elemen komedi. Cerita yang berkisarkan hantu-hantu yang mengganggu keseronokan manusia ketika malam raya. Dah sebulan terikat di bulan puasa. Mana taknya. Tapi macam biasa lah twist hujung cerita sangat tipikal. Huhu. Kisah 'Mancis' plak bagi aku macam ala-ala cerita hantu urban legend orang putih yang dimelayukan. Not bad lah jugak. Lastly, kisah 'Potret Lama'. Yang ni macam cerita hantu orang putih campur cerita melayu. Haha... ok, akan baca volume 2 plak pasni.
Novel yang mengandungi 4 cerita seram yang berbeza karya 4 penulis yang hebat..
SYAITAN by A. DARWISY ➡️Sebuah cerita yang menarik dan berjaya membuatkan aku rasa seram semasa membacanya.. Kisah seorang wanita yang baru ingin berubah daripada kehidupan yang jahilliah kepada yang lebih baik.. Tetapi syaitan terlebih dahulu menguasai dirinye sehingga dia hampir tersesat jalan dengan mengamalkan ajaran sesat.. Ada sebab dia terjerumus dalam kancah ajaran sesat.. Disebabkan perasaan hasad dengki dan cemburu, kawan baiknya sendiri telah mendajalkannya secara halus sehingga dia tersesat dan terpengaruh dengan syaitan..
RAYA by NAIM TAMDJIS ➡️Cerita ni sekali baca cam seram tetapi rupanye kelakar... Boleh dikatakan cerita horror comedy la.. Di malam raya terserempak dengan jin (bunian) dan hantu... Sampaikan diekori hingga kerumah.. Siap tumpang naik motor lagi... Last sekali, rupanye bermimpi.. Hadoiii.. Tekanan mak membacanye nakk!! hahaha.
MANCIS by SUFI ABQARI ➡️Cerita mancis ni memang mengujakan aku semasa membaca.. Garapan dari penulis memang real dan sangat menyeramkan... Kisah seorang kanak-kanak mati akibat kesejukan dalam hujan yang dipaksa oleh mak tirinya untuk menjaja/menjual mancis sehingga habis... Selagi tak habis selagi itulah dia tak boleh pulang kerumah.. Sehinggalah dia mati dalam kesejukan.. Sejak itu, roh kanak-kanak itu mengganggu org kampung.. Dia digelar Hantu mancis..
POTRET LAMA by FAZRIN FAUZI ➡️Utk cerita yang terakhir ni, jalan ceritanya ok la jugak.. Kisah sebuah potret lama yang dicuri oleh tiga org pelajar yang ingin menyiapkan task mereka disebuah banglo lama.. Lepas potret lama dicuri, pelbagai kejadian yang mengerikan berlaku kepada mereka...
Orite, dalam keempat-empat cerita ni aku lebih suka kisah Syaitan dan Mancis.. Kisahnye lebih menyeramkan...
KISAH SERAM MALAM JUMAAT (1)SYAITAN - A.Darwisy Berkisar seorg pekerja bank, ppuan yg dlm proses untuk mengubah diri menjadi lebih baik dr semua segi, baik amalan, pemakaian & segalanya. Namun usaha beliau mendpt tentangan keras dgn jelmaan n bisik2kan yg sering mengekori beliau. Sehingga satu tahap beliau mencederakan diri sendiri & seakan tawar hati utk bersama meneruskan hubungan dgn tunangnya seorg ustaz. Perbuatan beliau mengundang kebimbangan kawan sekerja & teman serumah yg prihatin dgn beliau.
Dapatkah beliau bertahan dgn dugaan yg mengganggu beliau ??? Siapakan teman serumah beliau, realitinya mmg memeranjatkan. Kali nie watak seram ditampilkan penulis dlm cara yg berbeza namun aura seramnya msh menghantui pembaca. #anuardarwisy #syaitan
(2)RAYA - Naim Tamdjis Adoi sakit perut mengenangkan Mail Keding yg diganggu termasuklh keluarganya serta Haji Hamzah pd mlm raya. Ehhhh....pesal bau dodol hangit nie hahaha. Silalh baca mmg best. Apakah kesudahan nasib mereka ??? #naimtamdjis #raya
(3)MANCIS - Sufi Abqari Awas jgn cuba2 bakar mancis yg isinya ganjil n jgn sesekali bergelap krn bakal mengundang musibah yg menjd kepercayaan di kaw perumahan tersebut. Apakah yg terjd jk pantang dilanggar n apakah punca kepercayaan itu ditakuti mereka ?? #sufiabqari #mancis
(4)POTRET LAMA - Fazrin Fauzi Kedatangan tiga sekawan ke Banglo Kesturi untuk satu tugasan membawa kpd musibah yg tidak terjangka. Mereka terpisah setelah slh seorg dr mereka berniat mencuri potret yg tergatung. Muncul makhluk yg bertindak ganas n mengaku slh seorg dr mereka adalah haknya. Apakah yg dituntut oleh makhluk tersebut, dptkah mereka keluar dgn slmt dr banglo n apakah misteri yg membelenggu banglo tersebut ??? #fazrinfauzi #potretlama
#kisahserammalamjumaat 080417 : ada 4 cerita seram. Syaitan.raya.mancis.potret lama. Paling terkesan baca cerita syaitan karya @iamdarwisy. #Syaitan bukan tentang cerita hantu yang ada muka seram, gigi taring, rambut panjang macam yg ada dalam filem or tv tu. Tapi bila akak baca syaitan ni memang rasa keseriauannya. Thumbs up kat a.darwisy. tak perlu pun memomokkan pembaca dengan identiti hantu tapi pembaca dapat feel seriau tu. 5 bintang.. #Raya karya @naimtamdjis memang mengimbau nostalgia kisah di kg pulai manis. Mail keding.haji hamzah.raya bergenre seram komedi.sebab mula2 seram pastu lawak. Tahniah naim.. #Mancis karya sufi abqari. Tak pernah baca karya sufi sebelum ni. Bagi akak karya mancis ni mungkin boleh ditambah baik lagi. Apa pun good job jgk utk sufi. #potretlama karya fazrin fauzi. Kisah pasal saka hantu raya yang nak cari pewaris sebab tuan dia dah mati. Tak pernah baca karya dia sebelum ni. Komen akak mungkin boleh ditambah baik lagi cerita potret lama ni. Apa pun good job utk fazrin.
Cerita ni tiada hantu. Tapi penuh dengan hikmah. Betapa syaitan tu selalu mencari ruang untuk menghasut manusia. Sesungguhnya penyakit was-was tu penyakit daripada syaitan.
2. Raya - Naim Tamdjis
Tengah baca terkekek gelak. Confuse jap ni cerita lawak ke cerita hantu. Sabo je le dengan karakter dalam ni.
3. Mancis - Sufi Abqari
Saya tak boleh hadam cerita yang ni. Melompat2. Dan sangat tiba-tiba. Tak ada kesinambungan langsung. X logik dek akal. Dan sangat x boleh difahami.
4. Potret lama - Fazrin Fauzi
Untuk cerita yang ini pun saya kureng sikit. Rasa macam tak smooth penceritaan nya.
Dalam 4 penulis yang menulis dalam naskhah KSMJ (vol 1) hanya lah Naim Tamjdis sahaja yang pernah saya baca hasil penulisanya sebelum ni. Kebetulan saya mendapatkan naskah ni pon saya beli dengan beliau.
Kisah 1) Syaitan - Plot twist dia menarik. Terasa macam betul je kisah ni sbb perangai manusia sebegitu memang wujud di dalam dunia nyata ni.
Kisah 2) Raya - Watak dan tempat yang sama dengan Roh Rumah Sewa. Kelakar seram tapi still boleh layan.
Kisah 3) Mancis - Plot agak kurang kemas, buat tumpuan saya tersasar-sasar sikit. Kalau highlight sikit lagi kekuatan watak dan perincikan lagi suasana seram tu mungkin lebih baik.
Kisah 4) Potret Lama - Kisah dah biasa dengar, tentang banglo lama yang penuh misteri, tapi kalau istimewakan lagi dengan kisah yang unik mungkin boleh jadi lebih menyerlah. Plot kurang kemas, tak faham kenapa Haris dicampak berbatu jauh dari Banglo sedangkan dia yang curi potret lama.
Dalam novel seram yang tidak lah tebal dan tidak lah terlalu nipis ini, ada 4 kisah semuanya. Kisah pertama berjudul ‘Syaitan’ tulisan Anuar Darwisy, kedua ‘Raya’ tulisan Naim Tamdjis, ketiga ‘Mancis’ tulisan Sufi Abqari dan kisah terakhir ‘Potret Lama’ tulisan Fazrin Fauzi.
Bagi saya, cerita seram yang paling saya suka dalam novel ni ialah kisah pertama iaitu Syaitan. Penulis nya juga penulis kisah seram terkenal, kan. Saya belum pernah baca lagi karya beliau yang lain. Apa yang menarik adalah kisah ni seram dan menakutkan, bagi saya, tapi tak ada langsung kelibat hantu. Tak ada. Jahat betul syaitan ya, mereka akan mengacau manusia yang nak berubah ke arah kebaikan.
Kisah kedua yang paling suka ialah Mancis dan diikuti Raya. Kisah paling tak gemar mungkin yang kisah keempat iaitu Potret Lama. Bagi saya, plotnya kurang kemas dan backstory nya datang taktahu dari mana.
Buku yang amat menarik dibaca. Cuma tak sesuai dibaca pada waktu malam. Ada 4 cerita di dalam buku ini: Syaitan, Raya, Mancis dan Potret Lama. Syaitan adalah karya yang terbaik antara semua tajuk kerana plot dan watak jelas. Cuma secara peribadi, saya suka Raya, kerana ia adalah komedi seram yang menghiburkan. Mancis mempunyai jalan cerita yang menarik, tetapi jalan ceritanya agak terburu-buru. Potret Lama juga mempunyai permulaan yang baik namun penutup ceritanya juga agak terburu-buru (abrupt ending). Overall, a nice read, definitely. 👍
Keempat-empat cerita ada keistimewaan tersendiri. Semya best-best. Tapi sy paling suka kisah Syaitan karya A.Darwisy sbb agak meremang bulu roma bila part Diah baca al-Qur'an palsu tu.