Anira, seorang wanita yang tua, hodoh dan lumpuh, telah tiba di kampung Dangi pada tahun 1923. Ketibaannya di-iringi satu sumpahan 100 tahun lamanya. Dia terpaksa membunuh dan memakan jantung lelaki setiap hari untuk mengekalkan kejelitaannya dan kuasanya.
Kampung Dangi menjadi porak peranda. Hari demi hari, Anira membuat onar! Membunuh tanpa belas kasihan.
Sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis rupawan bernama Marini. Kejelitaan dan keperibadian Marini seiras dengan wajah anaknya, Hartini. Anak tunggalnya yang dibakar hidup-hidup 100 tahun dahulu.
Anira Nekad! Marini harus dijadikan anaknya untuk mengisi jiwanya yang kosong dan mengubat luka di hatinya…
Sebuah cerita Pontianak yang betul2 seram dan menyeronokkan. Jalan ceritanya tersusun, banyak babak cemas dan hampir kesemua Bab diakhiri dengan twistnya tersendiri.
Mula2 yg terlintas difikirannya sy adalah siapa Anira, sehinggalh sy g cari kt wall fb penulis. Maaflh klu sy terlepas info, kenapa info pasal Anira x dimasukkn dlm novel nie, sbb rasa mcm tergantung. Untuk part seram dlm cara penyampaiannya mmg seram bila dibayangkan. Saya suka seram n seriau rasa hahaha mcm nk mrh jer kt Marini yg x mahu ikut arahan hahaha
Secara ringkasnya 100thn dulu Anira nie seorg janda yg hodoh dibantu hidupnya oleh seorg saudagar yg ikhlas. Dik kerana sakitnya hati sbb cinta ditolak saudagar, membawa Anira berjumpa seorg dukun utk menjdkn dirinya cantik. Sayangnya harga yg terpaksa dibyr utk menjd cantik sgt mahal... Ada sumpahan yg terpaksa dihadapi.
Di sebuah kg yg lain bernama Dangi pula, kekecohan telah berlaku apabila seorg demi seorg terkorban dengan ngeri n aneh tanpa diketahui sbbnya. Dlm kekalutan penduduk kg mencari punca, ank penghulu kg pula hilang tanpa jejak. Apakah nasib penduduk kg yg tinggal ? Kenapa ank penghulu hilang ? Apa yg sdg menyerang kg tersebut ??? Tanpa mereka sedar, Kg Dangi bknlh kg yg pertama diserang bahaya.
Ada tambahan sedikit, maaf sekadar pendpt sy shj, sy rasa tajuk mcm x berapa kena melainkn penanda kubur dikembangkn ceritanya. Membaca tajuk sy terbyg lain dr yg dibaca. Apa pun tahniah kpd penulis, semoga dpt segera membaca karya beliau yg akn dtg.
Review : Actually, someone recommended this book to me many years ago but I couldn’t find it. Only manage to catch this when I was at PPAS Pekan Jaya One, PJ. Overall the book is good. Ada unsur seram yang boleh menyebabkan tak mahu lelapkan mata. Sampai bulu roma meremang ketika waktu-waktu debaran dan keseraman datang. Kira berjayalah penulis. For that I bagi 3 untuk penghayatan dan keseluruhan cerita.
Cuma timbul beberapa perkara yang kurang seiring dengan jalan cerita. Contohnya... Peralihan Anira (sebagai pergerakan hantu) dari perigi ke arah Marini sedikit kaku. Menutup mayat Dollah dengan kain putih? Sinonim mayat asyik dengan kain putih? Mana dia dapat kain putih dalam hutan? Scene Zombie Kampung Pisang terperangkap di dalam Dewan agak kaku penceritaannya. Percanggahan di mana pada asanya digambarkan Halimah memakai pakaian seperti lelaki. Tapi tiba-tiba digambarkan Halimah mengoyakkan kain sarungnya untuk menutup luka di leher Azman. I was a bit confused on that. Nevertheless, ‘twas a good reading material to kill the time.
This review is from my point of view. We may have different opinions. Feel free to share if there is any.
Berkisar mengenai Anira yang disumpah untuk mendapatkan darah lelaki bagi memastikan kecantikannya terus terpelihara. Kampung Dangi menjadi sasaran. Satu demi satu lelaki di kampung itu dibunuh. Adakah Anira mampu dihalang?
Keseluruhannya, tahap keseraman novel ini tidaklah sampai seperti 'ada yang menemani' saat membaca novel ini. Cumanya, bermula dari halaman pertama hingga akhir, pembacaan saya terhadap novel ini serasa mudah dan tidak terganggu, bermaksud perjalanan cerita tidak bersimpang-siur. Lurus saja. Mudah dihabiskan dalam masa singkat. Tahniah buat penulis!
Penanda Kubur Anira.. Novel seram yang merungkaikan sebuah kisah seram yang berlaku disebuah kampung dizaman dahulu kala.. Kisah pontianak yang mahukan lelaki muda utk dihisap darah dan dimakan jantungnya bagi tujuan kecantikan paras rupa dan dirinya dek kerana sumpahan..
Ramai orang kampung Dangi yang menjadi mangsanya.. Siapa pontianak tu? Dah tajuk pun penanda kubur Anira, so Anira la pontianak itu... hehehe..
Anira ni sebenarnya seorang wanita yang sangat tua dan sangat hodoh.. Untuk kembali cantik, dia kena hisap darah pemuda dan makan jantungnya dan barulah dia kembali menjadi seorang gadis yang sangat cantik.. Terdapat paku dibelakang lehernya... Bila paku itu dicabut, maka terhapuslah segala sumpahan dan kuasanya.. Dia akan kembali menjadi wanita yang sangat tua dan hodoh itu.. Paku itu juga akan menjadi penanda kuburnya apabila dia mati..
Bagi aku, novel ni ada part memang seram gila.. Ada juga part cam biasa-biasa aje.. Ada kadang kalanya, penceritaannya agak kelam kabut sampaikan kena baca dua tiga kali supaya lebih faham akan sesuatu situasi itu.. Watak juga terlalu banyak dalam kisah ini... Tapi pape pun jalan ceritanya menarik... Kalau x menarik memang tak baca sampai habis..
Ini adalah kisah tentang Siti Zanira yang terkena sumpahan. Satu sumpahan yang mendatangkan bala. Satu sumpahan yang perlu ditamatkan. Satu sumpahan yang menuntut pengorbanan. Kisah yang amat bagus untuk diangkat ke layar perak. Tahniah buat penulisnya Hafiz Aziz. Semoga ada kisah prekuelnya. Pasti ramai yang ternanti-nanti.
Kampung Dangi dilanda huru-hara apabila seorang demi seorang penduduk kampung didapati meninggal dunia. Mereka semua mempunyai luka di leher dan hilang jantung. Semua terjadi angkara Anira.
SH tak nampak kepentingan tajuk dengan cerita ini. Macam tak kena tajuknya. Tidak menggambarkan keseluruhan cerita.
Latar belakang Anira juga tidak diceritakan di dalam naskah ini. Membuatkan SH tertanya-tanya siapakah Anira dan mengapa dia menjadi begitu. Padahal dialah watak yang seharusnya menjadi tumpuan tetapi tiada langsung cerita tentang latar belakangnya.
Jalan ceritanya agak menarik namun dek kerana kehilangan kisah Anira itu sendiri meninggalkan lompong di dalamnya. Banyak persoalan yang tiada jawapannya.
buku pertama dari Tuan penulis yang tidak menghampakan .. Tahniah Tuan Penulis
beberapa bab awal sedikit keliru penceritaannya tapi bab seterusnya mengujakan.. lajuuu tempo pembacaan . seram, ngeri, sedih
cumanya tidak diterangkan siapa anira, kenapa dia dimakan sumpah. kenapa anak dan suaminya mati .. kalau diceritakan secara terperinci boleh bagi full bintang :)
Kampung Dangi tiba-tiba dikecohkan dengan penemuan-penemuan mayat disekitar kampung. Lebih menggemparkan apabila cara kematian setiap mangsa- SAMA!
Orang kampung mula kecoh. Takkan harimau? Kalau harimau….mustahil jantung saja yang dimakannya. Pastu macam mana pulak mayat si Dollah boleh dok atas pokok? Tinggi tu tersangkut kat celah-celah dahan.
Pontianak? Riuh rendahlaaa orang kampung dengar pontianak punya angkara. Tahyul? Tak mustahil betul 💁♀️ tapi kenapa mayat orang lelaki ja orang kampung jumpa? Saleha pulak? Runsing….runsing 💆🏻♀️
Dah la kes orang kampung mati pun tak selesai lagi, tiba-tiba Marini - anak penghulu kampung, hilang! Diculik pontianak?! Ish …biar betul?
2 hari jek untuk aku habiskan buku ini. Penanda Kubur Anira.. Laju kerana jalan ceritanya terlalu simple. Seram?? Pada aku tidak cukup seram... Walau ada adegan gigit leher mangsa.. Jantung dikeluarkan dari dada tapi ntah kenapa feel tu tak sampai. Emosi sepanjang baca buku ini flat.
Bila habis baca buku ni, byk soalan yg timbul. Persoalan yang tidak terjawab hingga habis, 1. Apa yang menyebabkan Anira menjadi jahat? 2. Apa yang menyebabkan dia bersumpah hingga sumpahan itu wujud 100 tahun? 3. Macam mana paku tu boleh terbenam kat tengkuk Anira? 4. Macam mana Azman boleh jadi penolong Anira? 5. Kekuatan utk Anira mengambil Marini hanyalah setakat wajah yang sama tapi ikatan antara Anira dan Hartini tak di jelaskan secara mendalam. 6. Apa yang twistnya?
p:s: lepas bertanya kawan2, sinopsis atau cerita sebelum jalan cerita dalam buku ada di 1 website. Cuma patut dinyatakan agar pembaca membaca kat web dulu baru buku.. takde laa pembaca mcm terpinga2.
Sebuah kisah pontianak yang di adun dari sudut berbeza, dengan sedikit idea segar dari penulis.
secara keseluruhannya, kisah hidup anira ini menarik untuk diselusuri. dendam yang tak berkesudahan dan demi menunaikan impiannya sendiri, Anira sanggup melakukan apa saja.
malangnya, buku ni terlalu nipis untuk mengungkapkan kisah hidup Anira. Boleh dikatakan, buku ini hanya menceritakan satu bahagian dipertengahan cerita, tanpa ada awalan dan akhiran yang ampuh.
mungkin, penulis sengaja mahu berteka teki dengan pembaca, memandangkan buku ini nipis saja.
olahan penulis agak santai, namun masih ada ruang untuk diperbaiki. Ada antara ayat2 terlalu mendatar dan meleret2.
apaupun, satu naskhah yang wajar dibaca untuk mencari suatu kelainan.
kisah perempuan tua yang perlu makan jantung manusia untuk terus kekal cantik. tahap keseraman 3/10 je kot. Boleh dibaca siang atau malam.. Tapi penulis berjaya susun plot cerita dengan baik. smooth je time baca. cuma kakak tertanya-tanya juga macamana si anira ni boleh jadi pontianak.🤔 sebab tak ada pun dalam novel. So cerita macam tergantung sikit. Kakak ingatkan anira ni pontianak sebab ada paku kat leher. rupanya terkena sumpahan sebab taksub dengan kecantikan #rakbukudedizul #bookstagram #bookoftheday #penandakuburanira #instabook
Membaca Penanda Kubur Anira seperti menonton drama seram yang ditayangkan di Astro.Plot cerita tersusun dan mudah difahami namun agak kecewa sedikit sebab tak diceritakan dengan lebih lanjut siapa Anira sebenarnya.
Cerita yang menarik.. Tidak meleret.. Penuh kejutan.. Ngeri tapi menarik.. Gaya penceritaan yang tidak meleret.. Memang terbaik.. Anira yang kejam dan ganas.. Ending nya juga menarik..
boleh tahan .. action nya non stop .. bab kejar mengejar .. nak kata seram .. tak sangat .. maybe malas nak imagine betul kang tak pasal terbawa dalam mimpi .. hehehe ...