Jump to ratings and reviews
Rate this book

Puisi Tepi Jalan

Rate this book
banyak yang susah sebenarnya dalam hidup aku.
banyak nak mampos.
benda yang orang fikir cuma ada dalam drama2 bangang di kaca tv.

apa aku tak pernah rasa?

apa kejatuhan paling tipikal dalam filem2 klise yang aku tak pernah tanggung? dari lari rumah merempat sampai la miskin tahap kereta kena tarik yang bikin ego berderai demi melutut pada macha tarik kereta. hidup bergelumang dengan macam2. kenal dengan perbagai jenis manusia. dari yang paling malaikat sampai yang paling binatang. dari yang paling popular atas pentas sampai manusia paling tak bercakap dalam dunia. pernah main cinta dengan yang paling menyejukkan hati orang tua sampai cina naga petaling street sambil jual barang2 haram.

apa aku tak pernah rasa?

kalau aku adalah tulisan aku, sebuah buku takkan adil mendifinisi aku. aku perlu dijilidkan—kerana hidup aku berlapis2 fasanya. kerana aku manusia. dan aku masih degil untuk tidak lagi belajar darinya. selagi aku belum mati, penjilidan seorang aku tetap berterus tak mau berhenti.

puisi adalah eskapisme aku. dunia di mana aku bisa lari dan bercerita tanpa perlu menumpahkan semua di dada. frasa2 tergantung menyelamatkan maruah aku dari terus lalai menceritakan semua.

kita semua ada rahsia.
dan puisi adalah peti besi aku.

*diam*

tapi aku sekadar pencerita.
dan semua yang mendengar semua cuma mahu mencari kisah mereka dalam cerita aku.

maka cari.

200 pages, Paperback

First published January 1, 2012

130 people are currently reading
1439 people want to read

About the author

Fynn Jamal

2 books89 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
281 (45%)
4 stars
153 (24%)
3 stars
124 (20%)
2 stars
43 (6%)
1 star
15 (2%)
Displaying 1 - 30 of 52 reviews
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
February 7, 2013
Aku simpulkan ini rencah rasa dalam diri sang pencerita. Adakala dia seperti memberontak manja kerana lelah dikecewa kasih, dihenyak nasib, yang kerap saja meletak dirinya di kitaran bawah roda. Sesekali terdengar rintih sayu akan sunyi hari-hari yang dilewati. Tapi masih terkesan aura gagah semangat padu di balik santun. Dia tak terkalahkan oleh semua itu. Semakin aku hampiri halaman akhir, dia geletek hati kerdil aku dengan cerpen pada suatu hari yang keenam. Terima kasih kerana membuat aku tersenyum.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 29, 2019
Sekali lagi, puisi bukan my forte.
Jadi jangan tanya apa-apa haha.

Full review: 29/01/2019

Walaupun lebih banyak emosi sedih daripada gembira, atau rasa amarah dan kecewa lewat coretannya dalam buku kecil ini, aku tetap rasa okay, masih boleh dihadam.

Ada beberapa yang aku suka misalnya ‘Tak Terubahkan’, ‘Kemam’ dan ‘Hendak Pulang.’ Lain-lain, macam aku kata awal tadi -- terlalu larut dalam emosi sedih jadi aku sedikit lelah untuk menyukai tiap satunya. Mungkin.

Apa pun kerana ianya Fynn Jamal dan tulisannya. Walaupun terasa lain benar dengan catatannya sekarang aku tetap enjoy menghabiskannya, baris demi baris.

Aku tutup review (kalau ini boleh dipanggil review haha), dengan keratan puisi 'Tak Terubahkan', panjang tau tapi aku paling suka hat di bawah ini:

Jodoh mati sesungguhnya--
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,
emisrengeklah,

tak terubahkan.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
June 19, 2022
Puisi paling best "Hey Raju", yang tu la paling boleh faham maksudnya. Yang lain terlalu berjiwa rintihan wanita. Maaf aku rasa bosan membacanya ditambah pemilihan kata yang kurang sedap bunyinya pada aku. Maaf.
Profile Image for gasko.
40 reviews3 followers
August 15, 2013
Jika ditanya pada saya siapakah penulis yang popular dalam generasi ini, nama Fynn Jamal tidak boleh dikais ke tepi sementahnya. Pengaruh beliau sebagai pemuisi dan pembahasa serigkali menjadi imitasi, replikasi, maupun "di-wannabekan" lapisan ini.

Melalui buku Puisi Tepi Jalan (kompilasi sebenarnya), sekali lagi Fynn Jamal menerkam benak kita dengan bait puisi nya yang merdu, tetapi progresif. Pada lenggok bahasanya halus mulus dan lembut, dalam masa yang sama ada nadi yang terketar tentang kekesatan menggugah yang tak bisa digambarkan. Membaca buku ini membikin kita terjangkit dengan suatu rentak bahasa yang termudah direplikasi. Jika saya mengenali beliau dengan buku ini, apa yang saya mampu katakan adalah ianya 'tidak ternama, tetapi menyegarkan'.

Tapi bila kelamaan merangkak raksa demi raksa, halaman demi halaman, puisi-puisi Fynn Jamal ini sebenarnya sarat dengan personal, kaya dengan bahasa, tetapi tumpul intipati.

Walau bagaimanapun, perkara yang menarik ghairah saya ialah lembaran terakhirnya, bertema "Pada Satu Hari". Satu komposisi padu cerita pendek yang melekukkan hati dengan setiap penamatnya.

Melalui buku ini Fynn Jamal berjaya mengheret kita ke ruang bahasa pada limitasi baru dengan bunyian yang lebih "rangup" tetapi empuk dan padu.
Profile Image for Zoul Yazix.
Author 5 books29 followers
April 3, 2013
Dua bintang tanda kecewa, tapi masih menghargai usaha teman di Rabak Lit untuk menerbitkan naskah ini.

Aku jangkakan sesuatu yang lebih berdasarkan promosi dan puji pujian orang yang dah baca buku ini. Aku rasa ini kompilasi daripada puisi puisi Fynn yang dulu, jadi maksudnya aku sedang baca Fynn yang lama, yang aku pernah kagumi waktu aku mula mula into scene puisi dahulu. Aku nak baca Fynn yang baru, dengan puisi puisi yang lebih matang.

Buku ini boleh jadi lebih menarik kalau Fynn tak kumpulkan puisi puisi dengan tema yang serupa dan susun rapat rapat. Misalnya puisi yang bertemakan kekecewaan, selesai baca satu puisi, aku dihidangkan dengan puisi yang lebih kurang serupa dan ini timbulkan rasa muak emosi (oh harap terma ini wujud!).

Apa pun, aku tetap tunggu produk Fynn Jamal yang seterusnya, mungkin yang terbaru!

Profile Image for mira.
2 reviews6 followers
Read
February 20, 2013
bahasanya. tiap bait katanya. tepat ke hati.
Profile Image for Nusrah.
25 reviews26 followers
August 26, 2013
"Mari larutkan tubuh dalam bancuhan awan
dan hilangkan likat dosa yang terlalu sebati
moga hanyirnya hilang tersagat ribut
dalam terbangnya ke langit nanti

betapa terhanyut seorang aku.
hendak pulang, tapi malu."


-- Hendak Pulang, ms. 68

"Tuhan,
kuatkan aku.

jiwa aku mendebu langit,
tolong aku."


-- Tolong Aku, ms. 119

-----

Separuh daripada buku dihadam dua bulan yang lalu ketika buku masih lagi panas. Beberapa puluhan helaian terakhir dihabiskan ketika menunggu kakak menjemput pulang di Stesen Komuter.

Sesuai dengan baris-baris hujung di ruang diskripsi ;

"tapi aku sekadar pencerita.
dan semua yang mendengar semua mahu mencari kisah
mereka dalam cerita aku.

maka cari."


di mana aku, kadang-kadang seperti membaca diri aku pada puisi Kak Fynn. Jazakillah Kak Fynn atas semua rasa yang dikongsi. Mungkin kau juga akan merasa perihal yang sama, kerana kita semua manusia yang punya jiwa.

Memang emosi aku turun naik bila membacanya. Mungkin puisi-puisi ini terlahir sewaktu Kak Fynn mengalami waktu-waktu kejatuhan dulu. Maaf, berlaku jujur dengan meletak hanya tiga bintang. Jika setiap kepingan puisi ini disusun dengan lebih baik, diasing mana satu puisi yang berbau kecewa, dikumpul mana satu puisi yang bernada senyum, mungkin ia tidak terlalu sarat dengan emosi.

Yang paling aku suka, Hendak Pulang.
Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
April 18, 2020
Saya mengenali nama Fynn Jamal sebagai seorang penyanyi bukannya sebagai seorang pemuisi. Lagu-lagunya seperti Arjuna Beta, Terbang Tunduk, Suatu Pernah dan Levitasi pernah menjadi halwa telinga saya.

Berikutan lagunya yang pernah menjadi fenomena, saya gigih mengikuti perkembangannya di instagram. Tapi hanya untuk beberapa tahun. Namun, sepanjang mengikuti perkembangan Fynn jarang-jarang pula saya menyinggah di blognya kerana pada masa itu saya tidak begitu meminati puisi.

Buku ini saya sendiri tidak pasti kenapa saya membelinya pada tahun 2016 kerana sudah saya maklumkan yang saya ini bukan pencinta puisi.

Walaupun telah membaca buku ini buat kali kedua pada tahun ini, puisinya masih kompleks dan banyak yang tidak berjaya dirungkai apa yang Fynn Jamal hendak sampaikan kepada pembaca-pembacanya.

Mungkin perlu dibaca lagi 10 tahun akan datang, kalau umur cukup panjang.
Profile Image for An z..
12 reviews33 followers
March 2, 2013
Dua bintang bukan bermaksud aku tak suka tapi disebabkan aku rasa banyak sangat puisi yang bernada kecewa; yang terang terang menggambarkan terus keadaan kecewa dan remuk hati. Ada puisi yang aku rasa ditujukan pada aku; yang memberitahu bahawa bukan aku seorang yang ada masalah, orang lain ada yang jauh lebih parah.

Mujur di bahagian hujung ada bahagian cereka. Itu bahagian yang paling aku suka.
Pada suatu hari...
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
December 14, 2013
Saya rasa, tulisan Kak Fynn sekarang, jauh berbeza berbanding dulu.
Profile Image for Jiha Borhan.
5 reviews
May 21, 2019
Ikut citarasa hendak saja diberi 4 bintang tetapi aku kurangkan 0.5 bintang sebabnya cuma dua—

Disebabkan adanya satu muka surat itu ditulisnya "bajingan" sahaja dengan bertajuk "ah", KF (fynnjamal) tinggalkan aku dengan persoalan apa yg dimaksudkan sebenarnya dgn "ah" dan "banjingan" dia itu. Juga, puisi "hey raju" berjaya mencetuskan pertanyaan di dalam kepala aku, Raju manalah yg cari pasal dgn KF sehingga lahirnya puisi berbunyi sebegitu rasis?

Puisi-puisi dari halaman satu hinggalah kisah-kisah "Pada Suatu Hari" di halaman yg ke seratus sembilan puluh dua, terbentang pelbagai cerita dan rasa dalam pelbagai tahun. Kebanyakannya puisi-puisi yg dinukilkan berbunyi kecewa lebih dari ketawa. Puisi-puisi yg terperuk rasa ingin mati mungkin kerana sudah lali dgn diri, juga lelahnya dlm petualangan sepanjang pencarian makna hidup di dunia dia yg takseberapa di ketika itu.

Juga, puisi-puisi dari memberontaknya jiwa dengan nasib hidup, malah di belakang kulit buku begitulah apa yang dijelaskannya. "Apa aku takpernah rasa?" dan aku tahu, KF ramai yang tidak suka akan caranya, namun itulah Fynn Jamal, begitulah caranya dan tulisannya. Keras, jujur, lantang walau dalam sayu. Sejujurnya, aku suka cara dia. Kecewanya tidak lompong. Puisinya tidak kosong. Kecuali "ah itu tadi hahaha.

Yang paling berjaya mencuri perhatian aku:

1. Tak Terubahkan
2. Rupa-rupa
3. Simpan Pegang Seranah Caci
4. Dia Itu Ada
5. Lari dan Terus Lari
6. Tahu
7. Pada Suatu Hari (Satu)
8. Pada Suatu Hari (Lima)
9. Pada Suatu Hari (Sembilan)
10. Pada Suatu Hari (Sepuluh)
11. Pada Suatu Hari (Tiga Belas)
12. Pada Suatu Hari (Tujuh Belas)

Aku akhiri post kali ini dgn puisi merangkap lagu yg aku putarkan berulang kali di lewat malam, Tahu

Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi
Di riuh engkau berdiri

Satu persatu hilang ertinya
Berdikit dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan bersembunyi
tapi mana engkau harus pergi

Haus... tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama engkau ada
Maka perlu apa engkau bongkar gali
Kalau cuma diletak tepi

Sayu... tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Apa kau cari
Yang sebetul betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya

Apa kau cari
Yang sesungguh sunguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Apa kau cari
Yang sebetul betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya

Apa kau nanti.
Yang sesungguh sunguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Apa kau cari.
Yang sebetul betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya

Apa kau nanti
Yang sesungguh sunguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama tuhan
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
December 31, 2013
sebenarnya selain pak samad dan faisal tehrani, sosok yang mendekatkan aku kepada kesusasteraan adalah fynn jamal. aku jumpa fynn di blog dan semenjak itu hati aku terpaut dengan kalimah-kalimahnya, bait-baitnya, dan ayat-ayatnya yang menggoncang.

puisi-puisi fynn ni, hmm, boleh dikatakan ok, tapi mungkin bukan hidangan yang akan aku jamah. bahasanya menggegarkan, mengoyakkan, membakarkan, tetapi terkadang terlalu janggal, terlalu dilebih-lebihkan untuk kesan yang tidak seberapa.

isinya pula biasanya melingkar disekitar hal2 perempuan patah hati, macam kena tinggal, kena tipu, dsb. pendek kata, sajak-sajak perempuan emo lah. untuk lelaki yang berjiwa pemberontak macam aku (eceh), aku tak berapa berkenan sangat. tak tahulah kauorang macam mana.

btw, happy new year!
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
May 14, 2013
Mixed feelings. Itu yang aku rasa.

Few favourites. m/s 3 , m/s 41 , m/s 47 , m/s 100 , m/s 111 , m/s 129 , m/s 136 the only reason might be ianya puisi pendek dan aku boleh relate.

Banyak sangat pasal kekecewaan, kesedihan, kematian hati. And put that on constant repeat membuatkan aku tertanya-tanya adakah bila kecewa sahaja barulah beroleh buah fikiran untuk menulis puisi.

Mungkin. Kalaulah temanya bercampur gaul gembira dan sedih sehingga sebati nescaya puisi ini akan lebih ada uhmpp.

Nak dekat part ending, lagi-lagi part "pada suatu hari" memang berjaya membuatkan aku senyum kembali.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
February 11, 2013
Bahasanya tinggi, lentoknya lemah-gemalai, puisi tepi jalan mewah barangkali, terlalu tinggi nilainya, hingga aku acap kali berkali-kali cuba memahami maksud puisi yang dibicarakan. Maka penutupnya dengan cerita pada suatu hari yang ringan buat aku santai, dan ia ternyata cukup lengkap.
Profile Image for Ska.
31 reviews3 followers
April 28, 2013
Okaylah, kalau ikut rating dua bintang. Aku suka pada suatu hari, dan puisi lain-- bolehlah. Mungkin tak terbiasa dengan lenggok bahasa indah yang dicampur dengan jatuh, bawah, kecewa. etectera. Sebab tu kot lama nak habiskan
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 5, 2016
kelebihan fynn jamal - menggunakan bahasa yang mudah untuk menyampaikan makna yang tersirat..

lenggok bahasa yang dipadankan menjadikan puisi2 nya lebih mendalam dan bermakna

banyak juga yang tak faham...hehe
Profile Image for Norlina Alan.
30 reviews34 followers
April 21, 2013
tiga bintang sebab tak boleh bawak aku meneroka sampai hujung dunia. dan ambik masa yang agak lama untuk sampai separuh buku. sekarang masih lagi separuh buku..
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
November 28, 2022
Puisi Tepi Jalan
Fynn Jamal

Kalau dengar lagu-lagu Fynn Jamal ni, sasteranya tinggi. Begitulah juga dengan buku ni. Dah nama pun, buku puisi kan.

Ada luahan hati. Ada kritikan tajam. Ada sumpah seranah. Ada euforia. Ada erotika.

sini, pandang aku.
hey, buta, kau sudah kenapa?

sini, dengar aku.
hey, pekak, kau itu kenapa?

sini, rasa aku.
hey, bodoh, kau sudah lupa?

sini, pada aku.
hey, kamu, kau cari apa?

dari dulu.
dasar buta, pekak, bodoh.

dari dulu.
sudah aku mahu.
sudah aku perlu.
sudah aku rindu.
sudah aku tunggu.

sini.

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
March 28, 2014
Banyak bermain dengan emosi. Hanya itu kesimpulan yang dapat diberi. Bagi aku, hasil penulisan Fynn Jamal ni ada nilai-nilai yang tersendiri. Luahan rasa dalam bentuk puisi macam ni memang suatu cara yang berkesan untuk meredakan hati yang bergolak. Bila dibaca puisi-puisi tersebut, kita sendiri mungkin boleh mendalami perasaannya pada puisi yang tertentu. Kalau kita boleh tafsirkan apa yang ditulis olehnya, pasti jiwa kita berbisik mengatakan hidup kita pun persis seperti dia. Cuma memerlukan ketabahan dan kekuatan agar dapat menyambung hidup menuju abadi. If nak dibandingkan dengan buku saudara Zahiril Adzim : Bogel Menuju Tuhan, aku pilih Puisi Tepi Jalan kot. Sebab lagi tebal mukasurat dia dan reasonable price. Ehehe

*dah baca buku puisi, nak review pun kena ala-ala puisi gak la kan? hehe pis!
Profile Image for Wanny.
16 reviews4 followers
July 29, 2013
begitu lah...

tulisan fynn jamal,
begitulah...

'obesiv maha kompulsiv' mencuri perhatian..
yang lain-lain, begitulah,
sepertimana tulisan fynn jamal kebiasaan nya, begitulah..
Profile Image for Miss Moonji.
7 reviews
February 25, 2022
Alhamdulillah, setelah sekian lama tak berpuisi, bisu bicara dari kata. Tapi buku PTJ berjaya menarikan pena yang lama menyepi. Secara konklusinya, memberi inspirasi dalam berkarya kembali. Meskipun ada beberapa part yang tertanya² maksud disebalik puisi, kita skip kan aje ahaha. 4 ☆ cause, I can't say no to poetry. Pemuisi ada cara masing² dalam menghasilkan karya so, why not🙊


.

Puisi bernyawa.

Menghidupkan jiwa² yang mati dalam bicara.
Menginsafi hati² yang dicemari durjana.
dan sejumlah amatan terpendam tafsiranya.

Wajar digelarkan,
Puisi Yang Bernyawa.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 12, 2021
Sebuah buku yang menghimpukan koleksi puisi dari Fynn Jamal.. ada yang sentap sampai ke jiwa, ada yang berjaya menyedarkan.. memang menarik sebagai bacaan santai dan juga refleks diri..
Profile Image for Haifa Balkis.
24 reviews1 follower
June 6, 2016
Puisi Tepi Jalan by Fynn Jamal

Fynn Jamal dikenali sebagai seorang yg keras dan jujur dalam melemparkan ideologi yang beliau percaya. Pengalaman menempuh banyak cabaran dan bertemu pelbagai jenis ragam manusia menjadikan beliau seorang yang peka tentang perkara sekeliling. Puisi-puisi yang dihasilkan sangat jujur dan menggunakan bahasa yang ringkas. Susunan ayat dan pemilihan kata yang puitis membawa pembaca merasai apa yang cuba penulis sampaikan.
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
January 16, 2020
Membaca kembali segala nukilan yang sangat dekat dengan jiwa ini setelah 2 tahun ku biarkan ia jadi pameran di rak buku, tenggelam dek buku² baru yang meraih perhatian.

Aku dewasa dengan riuh rendah aksara Fynn Jamal. Hingga sekarangpun, segala bebelan dan kongsi ceritera hidupnya di ig, aku ikuti dengan setia walau ada yang aku tidak bersetuju dengannya.

She is a person who walk the talk.
I adore her stuborn-ess.

May Allah bless you kokping 🌹
Profile Image for Wan Atiee.
38 reviews22 followers
November 21, 2013
Fynn jamal, satu nama yang tidak asing lagi dalam penulisan puisi terutamanya golongan-golongan peminat puisi remaja. Apabila membaca puisi didalam buku ini saya cuba sedikit sebanyak untuk mencari cerita dan kisah hidup saya. Walaupun puisi nya bagi saya agak "keras" dan "kasar" namun itu terletak di tangan pembaca sendiri untuk menilai nya.
Profile Image for Teeny.
3 reviews
October 27, 2014
lebih kepada bermain dengan kata tapi kurang bermain dengan jiwa. penulis sepertinya berusaha kuat untuk mencantikkan ritma dan prosa bahasa, tapi kebanyakan pada puisi jiwanya tiada. pemilihan kosakata yang bombastik, namun metaforanya tidak hidup. maaf. ini mungkin cuma aku. tapi part "pada suatu hari" itu memang aku terlalu ghairah untuk membaca sehingga muka surat terakhir langsung habis.
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
April 8, 2014
banyak yang aku tak faham, tapi bila ulang-ulang baca aku faham dan faham dan faham...
dan Puisi Tepi Jalan selalu ada sebelah untuk ulang2 baca... :) murah je tak rugi pun beli...
bukan setakat puisi adalah benda dia nak cakap dalam tu...
Profile Image for Azira Zainuddin.
65 reviews9 followers
December 4, 2016
Buku-buku begini, kau tak boleh hanya sumbat dan telan..tak..ibarat sistem pencernaan lembu, perlu lalui hingga 4 ruang baru kau boleh hadam..

Yang ini, aku perlu ulang baca..sebab aku bukan hanya nak telan..aku nak hadam..
Displaying 1 - 30 of 52 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.