Percutian Naurah, Puteri, Nora, Masni dan Musliha ke Air Papan Mersing dilanda malapetaka selepas mereka menginap di sebuah tempat penginapan jenis hostel yang tidak berpengunjung. Sejak mereka menjejakkan kaki di tempat penginapan itu, Naurah sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata tebakan dia mengena apabila malam menjelma, mereka hilang seorang demi seorang. Makhluk apa yang telah menculik mereka?
Apabila yang berada di hadapan mata, bukanlah yang sebenarnya... / HILANG
Hari pertama Aida melangkah di hostel jururawat Cempaka Sari, dia dibelenggu misteri. Sebuah hostel lama yang terletak bertentangan meninggalkan tanda tanya di fikiran. Bangunan hostel itu terpasak pagar papan di sekelilingnya yang tertulis kata-kata amaran. Cerita-cerita menakutkan daripada senior tentang hari 10 Oktober membuatkan Aida kian tidak betah. Hari demi hari yang dilalui kian menggerunkan sehinggalah pada suatu hari papan yang mengelilingi hostel lama itu patah. Sesuatu yang terkurung lama di situ telah terbebas! Kematian demi kematian berlaku. Siapa dalang yang membebaskan ‘ia’? Dan apakah kaitan tarikh puaka 10 Oktober dengan bangunan hostel lama itu?
Setiap kali ia menjelang, kematian penamatnya. / 10 OKTOBER
Herlina bukan tiada pendidikan tinggi tetapi desakan hidup membuatnya terima sahaja pekerjaan maid di Borneo Amazon Homestay, Tawau. Sebuah pusat penginapan tidak jauh dari Lost World, Maliau Basin Sabah sangat pelik tempatnya. Setiap malam di bilik hostelnya, ada sahaja gangguan yang dialaminya. Peliknya hanya dirinya sahaja mengalaminya. Kenapa yang lain santai dan tiada? Blok ‘Rawalingga’ itu mempunyai struktur bangunan lain dari yang lain. Lalu, perlahan-lahan semakin terbongkar rahsia gelap kejahatan bersemadi di tapak hostel itu. Semuanya bermula dari ratusan tahun dahulu.
Jaga-jaga! Jangan terpedaya apa yang kau lihat. / PETAKA DI RAWALINGGA
Lima gadis, dengan agenda tersendiri menyertai satu penggambaraan telemovie realiti seram yang dikelolakan oleh seorang pemuda bernama Syahsyamusa. Daliana, Rosmuna, Widelia, Amani, Faeza dan Cahaya berjaya dalam uji bakat yang diadakan. Mereka ditawarkan dengan wang sebanyak RM 50,000 sebagai bayaran. Sebuah Hostel yang baru dibina tidak diduduki menjadi sasaran lokasi penggambaraan. Pelakon-pelakon hantu bersedia untuk memainkan peranan.Dan kisah seram lima gadis itu pun bermula…
Jangan celopar, bila jumpa di depan mata baru kau diam! / SYY...
naurah, nora, masni, puteri dan musliha dalam perjalanan ke penginapan space inn yang bakal mereka menginap sepanjang percutian di air papan. penginapan mereka adalah hostel, ini kerana murah dan bertepatan dengan bajet yang mereka ada. sesampai di sana, tempat tersebut agak suram dan tiada siapa yang lain datang menginap. sambutan pak cik amran, pemilik hostel berkenaal juga sangat pelik. dan.. bermula kisah ngeri mereka di situ. rupanya ada sesuatu yang berlalu. sesuatu yang menyebabkan mereka alami peristiwa pelik di hostel berkenaan.
sangat cantik pergerakan dari awal hingga akhir kisah. padat dan tersusun karya penulis Hasrudi Jawawi. sangat tak dijangka rupanya ada yang tersirat disebalik semua apa yang terjadi...
2) 10 OKTOBER EQBAL MOHAYDEEN
hostel lama berhampiran dengan hostel baru tempat menginap jururawat sangat menarik perhatian aida yang baru melapor diri. bangunan lama tersebut di pagar papan dan ada kata-kata amaran yang diletakkan. aida menyungkil kisah. ada peristiwa ngeri berlaku setiap kali tiba 10 oktober yang membuatkan hostel lama itu di tutup. tanpa di sangka, aida ada terkait dengan sejarah lampau.
tuan penulis Eiqbal Mohaydeen sememangnya bijak menarik perhatian pembaca setiap karyanya. emosi pembaca akan diheret untuk sama rasa cemas, gerun, ngeri dan tertanya-tanya. olahan yang mantap dan perkembangan kisah yang buat pembaca tak mau berkalih pandang...
3) PETAKA DI RAWALINGGA NOORFADZILLAH
borneo amazon homestay yang berhampiran dengan lost world maliau basin mengambil tempat dalam kisah ini. herlina melapor diri di situ atas cadangan matusin bila payah sungguh dia mahu mendapatkan pekerjaan. sesampai di sana, herlina agak pelik melihat kawasan suram, tidak rancak seperti yang diberitahu. dia tetap kuatkan hati mahu bekerja cuma dia tidak dapat menghubungi emaknya. perkara ini merisaukan emak dan adiknya dan disebabkan inilah adiknya hairul mula mencari jalan mahu melihat tempat kakaknya bekerja. rupanya, ada agenda jahat yang berlaku..
yang menjadi tarikan karya puan penulis Noorfadzillah Omar ini bila lost world menjadi latar belakang cerita dan kisah perjanjian syaitan. begitu singkat akal fikiran manusia yang mencari jalan untuk senang dengan cara yang sangat salah! ingatan keras buat semua umat Islam, jangan sesekali keluar dari akidah dan punya perasaan wasangka dan tidak yakin pada kuasa Yang Maha Esa.
4) SYY... ILLYA ABDULLAH
paling ringkas antara semua bila kejadian hanya berlaku pada satu malam sahaja. tapi kengeriannya agak menarik perhatian juga. daliana, rosmuna, widelia, amani, faeza dan cahaya ditawarkan habuan rm50 ribu untuk berlakon dalam telemovie seram. telemovie yang tidak perlukan jalan cerita dan skrip oleh syahsyamusa yang mahu merakamkan adegan seram dan misteri yang original. hostel yang baru dibina tapi tidak didiami atas tapak banglo lama menjadi pilihan. permainan kisah seram pun bermula....
nak bermain sangat dengan syaitan kan? entah kenapa ada yang auka kononnya nak merakam kewujudan entiti sebegini. kita tahu kewujudan syaitan dan jin, tak perlulah nak buat perkara bukan-bukan. ringkas tapi menarik penceritaan puan penulis Ilya Abdullah. idea dan jalan cerita juga padat dan berhenti bila sampai waktu, tak meleret. ada yang ditinggalkan tanda tanya akhir kisah..
secara KESELURUHAN, keempat-empat kisah punya kekuatan tersendiri menjadikan PROJEK SERAM HOSTEL antara yang terbaik daripada semua projek seram yang diterbitkan. tahniah pada semua yang terlibat.
Membaca buku ni pada waktu malam memang satu 'kesilapan' yg menyeronokkan. Sumpah, rasa ada 'benda' tengah memerhati setiap kali saya selak helaian buku 😌.
Buku ni ada 4 cerita dan ini pendapat saya untuk setiap satu:
1. Hilang – 4/5 💫 Saya baca balik cerita ni selepas 8 tahun. Walaupun dah pernah baca dulu, tapi feel tetap sama. Ramai kata cerita ni ada vibe2 macam filem Karak, bagi saya ada la sikit2 je gitu, tapi versi buku ni jauh lagi sedih.
Kisah Naurah, Nora, Puteri, Musliha dan Masni ni memang bagi impak. Plot twist tu punca utama kenapa cerita ni rasa hiba sangat ").
2. 10 Oktober – 4.5/5 💫 Antara keempat2 cerita, ini yg juara bagi saya. Seram? Ya, memang tahap luar biasa walaupun hanya sekadar membaca.
Banyak nasihat diselitkan, tapi dalam masa yg sama saya rasa geram juga dengan watak Aida tu. Dah kata dilarang dan tak boleh buat, tak payahlah nak makin curious bagai. Plot twist pun saya dapat agak juga. Babak2 seram tu jangan cakaplah, saya memang tak berani baca malam2 😂.
3. Petaka di Rawalingga - 3.5/5 💫 Cerita ni bagi saya okey saja, cuma kurang puas hati sikit. Sampai ke ending pun masih ada beberapa persoalan yg tak terjawab.
Tahap seram dia pun bagi saya 'so-so' saja kalau nak banding dengan cerita lain dalam naskhah ni. Huhu..
4. Syy... – 4/5 💫 Berkisarkan tentang seram-thriller yg sangat nice dan tak meleret. Segala persoalan yg bermain di minda masa awal cerita terjawab pada akhir cerita.
Cuma tulah, punca kejadian semua tu datang daripada plot twist yg tak disangka. Sikap director dalam cerita ni memang ibarat menjolok sarang tebuan! Pada akhirnya, haa kan, padan muka!
---
Korang suka baca kisah seram asrama atau hostel punya vibes? So buku ni memang sesui untuk korang baca!
Kepada penerbit dan barisan penulis, terima kasih hasilkan dan terbitkan buku ni. Lepas ni, memang saya kena fikir berpuluh kali dulu kalau nak menginap kat hostel samada berseorangan mahupun dengan family ☺️.
Percutian 4 sahabat bertukar tragedi. Sebenarnya nak review macam lain tapi terkejut lalu terdiam. Hahahaha. Pendapat saya penulis patut end kan story dekat bab 13. Sambungan agak tak faham dan meleret.
10 Oktober
Kalau bab Tanjong Malim ni memang tak boleh. Saya kena biased jugak hahaha. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Tajuk pula 10 Oktober. Buat yang bukan anak kandung suluh budiman, 10 Oktober tarikh keramat cerita turun temurun. Boleh search dekat google nanti !!! Bila dah baca ilham penulis, betullah eh cerita ni inspired dari 10 Oktober yang selalu jadi dekat situ. Pandai penulis main ayat, memang seram nak imagine. Nak termuntah pun ada.
Petaka di Rawalingga
Kisah berlatar belakangkan bumi Sabah. Erli yang menjadi insan terpilih untuk dipersembahkan pada tuhan mereka. Misteri pekerja homestay yang semua pelik.
Syyy…
Daliana yang menjadi pelakon cerita seram di hostel terbiar. Terpaksa hadap demi duit. Cantik la pulak nama watak cerita ni hahaha Daliana, Widelia, Rosmuna, Faeza.
Memang ohsem!! Kesemua penulis berjaya memberikan cerita berkaitan Hostel dengan gaya yang tersendiri.. Memang terbaik!! Review penuh di http://kasihkuamani.blogspot.my
👻 Projek Seram: Hostel – 4 Penulis Hebat, 4 Cerita Menyengat
Antara naskhah Projek Seram yang masih menghantui ingatan walaupun dah lama dibaca...
Walaupun aku dah habis baca buku ni agak lama, tapi memori seram yang ditinggalkan masih berbekas. Projek Seram: Hostel menampilkan empat kisah seram berlatarkan dunia asrama, bangunan tinggal, penempatan terpencil dan tempat kerja yang misteri — dan semuanya berjaya buat aku rasa tak selesa tidur malam 😅
Harap maaf aku dah lama habis baca buku ini, tapi aku lupa nak review. Itulah perangai suka sangat bertangguh sampai terlupa. ---
👁️ Apa Yang Aku Ingat & Kenapa Ia Masih Melekat
💀 Kisah “Hilang” – Cerita paling aku ingat sebab ending dia ada plot twist yang padu! Kita ingat semuanya dah selesai, tapi penulis sengaja simpan jawapan terakhir sampai ke hujung. Suspens, licik dan menakutkan.
🏥 Kisah Asrama Jururawat – Ini pun seram! Bayangkan tinggal di asrama yang menghadap bangunan lama, dan satu-satunya jalan nak balik asrama kena lalu simpang ke bangunan lama tu juga. Penulis pandai main dengan suasana dan ruang – terasa betul suasana sunyi dan aura misteri tu.
😢 Kisah Budak Perempuan & Tempat Kerja – Kisah ni buat aku rasa simpati. Dapat kerja jauh, niat nak bina hidup baru, tapi rupanya semua orang kat tempat tu... hantu. 😭 Lagi sedih bila dalang sebenar tu orang kampung sendiri. Kecewa dan sakit hati campur seram.
🏚️ Kisah Rumah Terbiar – Cerita terakhir ni buat aku terus ‘Google’ lokasi-lokasi rumah tinggal. Kisah pasal satu bangunan yang pernah jadi saksi kematian ramai orang. Ada yang selamat, tapi ada yang jadi korban. Mereka yang masuk bukan sebab nak seram-seram, tapi sebab terdesak cari duit. Tapi bila nyawa dah jadi taruhan… siapa nak bertanggungjawab?
---
🩸 Seram, Jahat & Syirik – Campuran Meletup
Seram buku ni tak hanya datang dari hantu, tapi dari kejahatan manusia sendiri. Ada unsur ilmu hitam, penganiayaan, dan manusia yang sanggup buat apa saja demi kepentingan sendiri. Itu yang menjadikan seramnya terasa lebih ‘real’.
Projek Seram: Hostel adalah antara buku Projek Seram yang aku akan repeat baca, walaupun dah tahu ending. Ia bukan saja seram, tapi ada plot twist, emosi dan mesej sosial yang buat pembaca berfikir. Kalau anda suka cerita asrama berhantu, kerja misteri dan bangunan tinggal yang ada sejarah gelap, buku ni memang untuk anda.
Hilang Hasrudi Jawawi- Permulaan cerita menimbulkan tanda tanya adakah semua betul-betul terlibat dgn tragedi itu. Pertengahan & pembinaan cerita & keseraman yg menarik.
Namun, pengakhiran cerita sekali lg menimbulkan tanda tanya, adakah bakal ada sambungannya?
10 Oktober Eqbal Mohaydeen- Cerita pendek ini tidak menyerlahkan keseluruhan jalan cerita karya Eqbal seperti yg aku baca dlm 3 buah novel panjangnya iaitu Nyawa, Azazil, dan Penanggal. Tetapi tetap ada kekuatan dalam cerita ini.
Petaka di Rawalingga Noorfadzillah - Jalan cerita sudah ada, memang ada tenaga misteri tersendiri. Tetapi kalau dipanjangkan dengan satu atau dua lagi kesulitan pasti menarik.
Kadang-kadang seorang sahaja watak utama yg diganggu tidak mencukupi, tetapi utk cerita seram pendek spt ini sudah memadai.
Projek Seram: Hostel adalah antologi seram yang menghimpunkan empat kisah menyeramkan dari latar hostel atau asrama. Ditulis oleh Hasrudi Jawawi, Eqbal Mohaydeen, Noorfadzillah, dan Illya Abdullah, setiap cerita membawa misteri dan elemen seram yang berbeza tetapi sama-sama mendebarkan.
Dari kisah kehilangan misteri di Mersing (Hilang), hostel berhantu dengan rahsia gelap (10 Oktober), homestay seram di Sabah (Petaka di Rawalingga), hingga penggambaran telemovie realiti yang bertukar ngeri (Syy…), novel ini memberikan pengalaman seram yang pelbagai.
Kekuatan buku ini terletak pada gabungan elemen seram psikologi dan kejutan yang tidak dijangka. Gaya penulisan setiap penulis juga memberi variasi menarik kepada penceritaan. Bagi peminat genre seram, buku ini pasti memberikan kepuasan dengan kisah-kisah yang mampu membuat bulu roma meremang.
Seram beb! Tak sangka first time baca koleksi Projek Seram dah seram gila! Hal tersebut telah buatkan aku rasa macam terfikir banyak kali gak nak sambung baca yang lain2 ke tak... But overall aku boleh cakap yang perasaan seram tu memuncak bila aku baca dalam gelap! Bukan setakat bulu roma je meremang tapi bulu hidung pun rasa bergerak! Tapi tulah masalah bila malam aku kena tutup lampu kalau tak kena sound...so nasib baik ada eBook bolehlah aku baca memalam untuk amik feel seram tuh! Nah aku share link dia (https://www.e-sentral.com/book/info/9...).. jangan buat dek je trylah klik :)
The greatest and the first horror novel I've ever read. I read it during my standard 6 and I couldn't forget it until now. I even borrowed it from my neighbour since we don't have enough money that time 🤣 but it's fine I still enjoyed it. I still remember most of the story except for story number one, maybe because it's something easy to forget? but the 2 middle story is great. honourable mention to the last one too - woah plot twist!
Wah!!!Karya penulis² ini memang tak pernah mengecewakan...Novel mereka berjaya membawa minda saya untuk menghayati karya novel ni...Seolah olah saya merasakan sendiri alur ceritanya yang sangat menarik dan jugak menyeramkan...Sebelum ni saya pernah membeli buku terbitan serius Projek Seram: Wad....twletapi yang ini memang lain daripada serius Projek Seram yang pernah saya baca sebelum ni
Assalamualaikum..novel Hostel ni patut,wajib,mesti,harus ada dlm simpanan hampa..hampa xkan rugi sesen pun duit hampa beli novel ni..percayalah cakap kami..setiap penulis mengetengahkan cerita yg berbeza dan lain dr kebiasaan kita dengar cerita seram hostel..tahniah untuk penulis sebab berjaya menyeramkan hari saya baca hostel..dapatkan naskah hostel anda dipasaran..kami bagi ⭐⭐⭐⭐⭐..
Jalan cerita yg menarik terutamanya cerita yg ketiga, antara komponen cerita seram yg saya suka adalah selitan misteri dan plot. Ternyata buku ini ade komponen2 tersebut terutamanya cerita yg ketiga .
tamat pd 04:45am PROJEK SERAM HOSTEL (1)HILANG ~ Hasrudi Jawawi
Kisah kali nie agak seram n seriau, aduhai sepanjang sy baca, sy terasa2 sy bersama Naurah & kwn2nya. Ternyata hasil tanya penulis semakin mendpt temp di hati sy, bertambah menarik dr satu karya ke satu karya.
Pd asalnya mmg agak pelik n misteri Pak Cik Amran tu, tp x sangka kenyataannya lain huwaaa. Sewaktu diaorg mengelak lori tu sy dh duga lain mcm jer nie tp bila mereka dh sampai kt Hostel sy ngat dugaan sy silap. Kejadian di Hostel membuat sy terpikir semula dugaan sy ttg kewujudan diaorg huhuhu
Cuma sy x paham sejak bila iblis tu ada di Hostel n motif diaorg, n ke maner ilgnya 3org team paranormal tu emmmm.... Yg penting novelet nie mmg best.
Wahh....nmpknya kali ini novelet penulis ini pun berjaya membuat sy seram, seriau, meremang, segala bagai ketakutan lahir. Beberapa kali dh sy berhenti sbb x sanggup nk teruskan bacaan, jarang sy berperasaan mcm nie. Nampaknya garapan kali ini betoi2 berjaya melemaskan sy dlm ketakutan.
Arghhhh.... nmpk gaya semuanya belum berakhir, ingat nk tarik nafas lega, maner tahu sesuatu yg x dijangka telah berlaku. Manisah aka jin ifrit nmpknya masih berpeluang bermaharajalela.
Siapa sangka mimpi Aida ada maksudnya ??? Siapa plak Aida ? Siapa yg bersubahat dgn jin ifrit ??? Apakah punca hostel itu dipagar & ditulis amaran ??? Persoalan inilh yg memaksa sy meneruskan pembacaan. Siapa yg teringin nk membaca tu selamat datang ke hostel yg membuat anda berdiri bulu roma.
Novelet ini juga tidak kurang hebatnya, agak susah utk meneka dalang pd awalnya, nmpk mudah jk setakat kita perhatikn watak yg mencurigai. Perasaan seram yg hadir kebanyakkannya di hostel temp Erni menginap. Time tu klu ada kuasa mcm nk sembunyi jer, ehhh skrg Erni sape sy ker hahaha yg sibuk nk sembunyi bagai hahaha
Tapi kalau sy jd Erni sy mmg pindah bilik hahaha n x kn pergi bilik air srg2. Kisahnya bermula begini apabila Erni nie terdesak utk membantu keluarga dia sanggup bekerja sebagai maid di sebuah homestay yg sudah lama ditutup. Jejak jer kaki di saner pelbagai tandatanya bermain dipikiran beliau sbb byk perkara yg pelik berlaku. Yg menjdkn hidupnya x keruan bila dia mula diganggu oleh sesuatu, tambahan pula dia seperti terputus hubungan dgn dunia luar.
Berjaya ker Erli menghadapi semua itu ??? Siapakah mereka di sekeliling Erni ??? Siapa dalang yg memerangkap Erni ??? Apakah sejarah di Hostel Rawalingga ??? Rasailh sendiri ketakutan n kekalutan yg Erni lalui di saner.
First time dlm Projek Seram sy suka semua novelet dlmnya. Biasa mest ada yg ok ada yg kurang. Projek kali nie mmg terbaik, semuanya seram2 belaka tahap nk bhenti x mahu baca hahaha.
Kisah dlm nie mengenai 5org gadis pd asalnya n berenam ketika mereka tiba di Hostel. Mereka nie semua terlibat dlm satu penggambaran realiti seram di sebuah hotel yg keras tanpa pengetahuan mereka dgn ganjaran yg lumayan. Wlupun antara mereka yg tahu tetap ada yg x percaya atau ragu2 utk menpercayai.
Pada asalnya lakonan mereka nmpk real tanpa mereka sedari realitinya, sehingga satu tahap barulh mereka menyedari, tp semuanya sudah terlambat. Mereka semua berusaha utk menyelamatkn diri dr menjd mangsa seterusnya. Unsur2 seram sentiasa mengekori sy sepanjang mereka di lokasi penggambaran.
Novel ni aku beli sebab ada nama Eqbal Mohaydeen. Ada 4 cerita - Hilang, 10 Oktober, Petaka di Rawalingga dan Syy...
Secara keseluruhan, aku suka semua cerita ni. 5 bintang untuk Projek Seram Hostel. Kisah pertama, Hilang aku dah baca dalam Siri Gerbang Puaka. Boleh check review kat #StarlitStoriesbyS
Kisah kedua, 10 Oktober nampaknya aku terlewat untuk post review ni pada 10 Oktober lol. Cerita Eqbal Mohaydeen memang favorite aku, harap harap ada sambungannya nanti. Ke takde? 🥴 Aku suka paparan ayat ayat al-Quran dalam cerita, dan bacaan rukyah.
Setiap 10 Oktober, para jururawat penghuni hostel Cempaka Sari dilarang keluar dan pulang ke asrama.
Aida kerap diganggu tapi dia rasa macam bermimpi. Aku yang membaca ni pun cuak. Tambah pulak senior-senior Aida, Kak Syarmimie, Kak Izzati dan Kak Farhana turut berkongsi pengalaman menakutkan. Fuhhh... Scene semasa Aida solat pun sangat menyeramkan. Aku tak tau kenapa dia berani pergi solat kat surau sorang. Padahal dalam bilik boleh je. 😭
Semua yang berlaku ada kaitannya dengan kejadian 200 tahun lalu. Kejadian apa? Haa kena lah baca buku ni. Kenapa dengan Aida? Ada apa dengan tarikh tu? 10 Oktober ada jawapannya. Or not?
Petaka di Rawalingga membawa kita ke The Lost World, hutan simpan yang tak diterokai oleh manusia. Herlina yang sudah lama menganggur mengambil peluang untuk bekerja di situ. Herlina dan kawan-kawannya yang lain menetap di asrama pekerja. Tapi, aku pun sangsi betul ke kawan-kawan dia tu manusia. Ke hantu je sebenarnya 🥴 Sedih aku memikirkan nasib Herlina dekat asrama tu. Dalam masa yang sama aku pening juga dengan olahan ayat penulis. Tapi ketinggian ilmu Pak Cik Halim buat aku rasa kagum semula dengan plot cerita. Ada sejarah yang tersingkap. Ada kepercayaan khurafat.
Kisah seterusnya membawa kita ke lokasi telemovie seram. 5 gadis dikehendaki tinggal di hostel yang baru dibina. Ada bayaran lumayan kepada sesiapa yang berjaya. Ada nenek yang sediakan makanan di kantin pada waktu malam. Masalahnya betul ke tidak nenek tu 😭 beberapa kamera dipasang dalam asrama berkenaan sebab telemovie ni bertemakan realiti. Jadi producer nak real time recording. Walaupun ejaan dalam novel banyak yang cacamarba tapi aku tetap nak tahu kesudahan cerita. Pelbagai gangguan dialami peserta. Ada gangguan yang dah dirancang tapi sebaliknya pula yang terjadi. Penamat yang tidak kusangka 😥
saya kira, kali ini lebih baik berbanding beberapa projek seram sebelum ini yang jalan cerita seakan2 sama.
1. Hilang 4*
kali ini garapan penulis lebih kemas, dan tidak terlalu klise seperti sebelumnya. elemen2 seram yang dipaparkan saya kira menjadi & mendebarkan.
2. 10 Oktober 4.5* kisah kali ini turut memaparkan beberapa kisah yang disampaikan secara tidak langsung, namun masih berkaitan dan diolah seadanya. Berbanding Pemangsa, kali ini lebih kemas dan nampak lebih originalitinya.
3. Petaka di Rawalingga 3.5* kisah ini ada potensi untuk dinovelkan, cuma garapan penulis agak lemah. banyak adengan yang seakan tak menjadi dan persoalan yang dihuraikan seakan tidak lengkap,. namun, kisah yang dipaparkan memang lain dari kebiasaan.
4. Syy.. 5* saya paling suka kisah ini! dapat dilihat peningkatan karya penulis berbanding dalam projek seram sebelum ini. lebih padat, ringkas dan mendebarkan.
HILANG - Hasrudi Jawawi ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Cerita utamanya hanyalah kisah 1 malam sahaja. Diakhir cerita, kisah yang terjadi juga pada 1 malam sahaja. Sesuai dengan tajuknya, seorang demi seorang hilang tanpa tahu apa yang terjadi. Namun kehilangan kawan2 Naurah hanya wujud dalam fikiran Naura sahaja. Macam mana boleh hilang? Bacalah cerita ini baru tahu...Kesian Naurah.. Kisah kedua.. wahhh tak tersangka plak ada part nama saya laa... hihihihi... mereka hilang dek kecabulan mulut.. dek berani tak bertempat.. Namun persoalannya siapa yang menghilangkan mereka kerana mayat pon tidak dijumpai.. Siapakah lembaga hitam itu? Siapa wanita berjubah lusuh?? Masih tiada jawapan sehingga keakhir cerita...
10 Oktober - Eiqbal Mohaydeen ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Keseraman cerita ini boleh dirasai sedari awal. Jalan cerita yang mudah difahami.. Sewaktu membaca memang boleh teka siapa yang menyeru puaka cuma tak sangka siapa dia yang sebenarnya... Watak ustaz Yusuf tak banyak.. hanya nama sahaja.. Nasib baik ada ustaz Luthfi.. Anggap aje ustaz ini yg pihak hostel panggil. Namun kesian sangat... pengakhiran ustaz Luthfi. Part flashback masa Pak Akob cerita memang best.. Kalau ler dapat dikembangkan lagi watak jahat tu..
Petaka di Rawalingga - Noorfadzillah Omar ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Masih membiasakan diri dengan gaya tulisan penulis ini. Ada part tertentu saya perlu baca lebih dr sekali dengan intonasi yang betul barulah saya dapat tangkap maksudnya. Jalan cerita yang baik dan lancar. Keseraman memang terasa. Jalan cerita yang memaparkan baik dan jahat, yang haq dan batil. Saya suka dengan jalan cerita sebegini.
Keteguhan kita percaya dan yakin pada Allah untuk apa saja ujian yang Allah turunkan. Suka pula pada waktak Pak Cu.. tenang saja..
Cuma diakhir cerita rasa tak puas hati pula bila kisah di sana seakan-akan tiada penamatnya. Siapa yang muncul? Rasa boleh teka? Tapi kenapa dia muncul kalau dia sebenarnya 'baik'.
Syy - Illya Abdullah ~~~~~~~~~~~~~~~ Mainly cerita ini hanya berkisarkan 1 malam sahaja.. Cerita seram bercampur thriller sebab hantunya membunuh dengan kejam. Mula-mula tak faham kaitan epilog dengan main cerita.. Bila diakhir cerita barulah faham kaitannya.. Kerana keceluparan, keangkuhan, tidak percaya pada sesuatu cerita jika tiada bukti.. akhirnya membawa padah. Apa yang terjadi pada setiap watak? Sila baca.. tak seronok lah kalau diceritakan... Kadang2 apa yang diberitahu atau diingatkan oleh penduduk sekitar, kita kene ikut.. Ada cerita disebaliknya..
Well, to be truth im actually dont have any high expectation towards this novel since this is my first one from buku prima. However, it turned out to be good and such well written overall and it gives me that chills and thrills vibes throughout reading. The story lines makes me curious to know what happened next. Thus this is my rating:
Hilang: 4/5 ; ykno cliffhanger
10 Oktober: 5/5 ; yup this is my fav whereas the settings took place during ancient times and somehow makes it looks nostalgia.
Petaka di Rawalingga: 4.5/5 ; bcs all i want is just a plot twist where ratna bayu escaped from all these tragic incidents and stay alive :(
Syy: 4/5 ; ayy screw the director of the thriller movie i hate him