Laris memanglah laris tapi sayang, mulutnya bak longkang tak bertapis...
Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?
Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.
“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.
“Pehah, Pehah...Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...”– Zack.
I've read this book like.. when? Last month? Cadangnya tak nak pun tulis review, tapi lepas sebulan rasa nak men'review' tu membuak-buak. So here it is.
Terbaca status penulis yg hero ni adalah hero yg paling dibenci Malaya, aku rasa itu silap. Aku tak benci hero dlm cerita ni. Tapi aku menyampah dgn watak perempuan dlm cerita ni. Dah orang cakap tak nak, tak suka tu, dah la. Tak faham bahasa ke? Where's your pride and dignity, girl? Chin up. Walk away with style. Ini tak, masih dgn ayat; "Saya isteri awak. Awak suami saya. We must be together." Muak okay? The next girl pun sama, terlalu memaksa. Kita yg baca ni pula rasa rimas.
Buku ni dibaca langkau2 babnya. Maaf, tapi mmg tak mampu habiskan buku ni. Rasa kalau dibaca utk 5 minit lagi, aku mungkin akan end up koyak buku ni.
Novel romantik ni lain sikit dari selalu yang dibaca sebab majoriti pov adalah hakmilik kekal si hero. Sesekali saja terselit pov watak lain. Kelainan tu dah buat hati ni terkinja-kinja nak baca. Susah jugalah nak dapat novel ni tapi berkat usaha sampai juga ke tangan.
Zafran Aldrin Kamarulzaman aka Zack aka Zaf (baru perasan yang nama hero dan heroin kalau di novel memang gah sungguh) sering pulang ke kampung masa cuti sekolah untuk bersama dengan atuk kesayangannya yang juga Tok Imam masjid. Sejak usia 6 tahun lagi Zack rajin ikut Tok Ayah ke masjid tapi ikut ada makna ya. Rupanya nak mengintip si dara kecil molek yang seusia dengannya. Huh, tak padan dengan sunat pun belum.
Zack berkawan dengan tiga si nakal kampung tersebut walaupun ditegah Tok Ayah. Bagi Zack apalah salahnya berkawan sedangkan bukan apa sangat pun yang mereka lakukan selain menempek di tembok dan sesekali mengusik anak dara orang yang lalu di situ.
Persahabatan musim cuti mereka (yalah sebab jumpa masa Zack cuti sekolah saja) kekal sehingga Zack berusia 18 tahun. Kejadian hitam yang memaksa Zack menikahi Pehah, menyebabkan Zack menaruh syak wasangka kepada 3 sahabat baiknya itu. Akibat benci dengan perangkap yang dipasang Pehah, Zack melarikan diri nun jauh ke Australia dengan bantuan kakaknya.
Membawa hati yang terluka, Zack nekad tidak mahu menunjukkan diri kepada si ibu dan bapa malahan Tok Ayah kesayangannya. Kakak Zack yang curi-curi mengambil gambarnya untuk ditunjukkan kepada ibu tercinta. 2 tahun Zack menjeruk hati tanpa pernah pulang lagi ke Malaysia walaupun di hari raya.
Berita pemergian Tok Ayah buat selamanya membuatkan Zack melangkah juga ke tanahair. Dia ditemani oleh Idayu, gadis yang tidak dikenalinya tetapi junior kepada kakaknya. Sikap Idayu yang tanpa segan-silu menyendeng padanya membuatkan Zack rimas. Ditambah pula dengan desakan si Pehah untuk menerimanya kembali. Zack nekad. Pehah diceraikan malam itu juga.
Zack kembali ke Australia dan cerita berganjak ke usianya 28 tahun. Kini Zack sudah bekerjaya, menetap dengan orang tuanya dan masih menduda. Ramai sudah calon yang dicanang oleh ibunya tetapi hati Zack tak pernah terbuka. Dek kerana rimas dengan desakan si ibu, Zack meletakkan beberapa syarat. Tetapi bukan senang ya mencari calon dengan status dudanya itu.
Akhirnya Zack menerima Idayu, walaupun dia cuak dengan sikap queen control gadis itu. Pada masa yang sama Zack berkenalan dengan Anis, si cantik manis rakan sekerjanya yang membuatkan hati Zack berdetak kencang. Adakah itu Pehah?
Pemergian Idayu dijemput Ilahi membuatkan Zack kembali murung walaupun tak ada sekelumit cinta pun untuk gadis itu. Tetapi sikap Anis yang tak berhenti mencuba memberikan semangat, membuatkan Zack kembali ceria. Anis diterima baik oleh ahli keluarga Zack dan sekali lagi Zack bersetuju apabila dijodohkan dengan Anis, walapun hatinya tak lagi berdetak kencang seperti dulu.
Zack diperkenalkan kepada Inas, adik Anis yang lengkap berniqab. Walaupun hanya nampak dua biji mata, tetapi sudah cukup membuatkan Zack penasaran. Zack ego tidak mahu mengaku yang dia cintakan Inas kerana tidak mahu memalukan keluarganya lagi. Hatinya tambah tak keruan pabila mendapat tahu rahsia Inas. Tetapi kenapa Inas melayannya begitu? Bencikah Inas padanya?
Walaupun mulut kata setuju bersama Anis tetapi hatinya kuat ke arah Inas. Tetapi tegakah Zack meninggalkan Anis sedangkan lagi 2 minggu majlis pernikahan mereka? Mahukah Inas menerima dirinya? Mampukah dirinya menerima Inas sebagai adik iparnya sedangkan api cemburu makin marak pabila sahabat baiknya juga berminat dengan Inas?
------
Pehah - Walaupun cara gadis itu tak betul tapi yelah, budak baru habis SPM, penuh gelora di hati dengan cinta, apalah dia dapat fikirkan selain memerangkap lelaki yang disukainya untuk jadi suami.
Idayu - Perempuan ni dari mula muncul sampai ke hujung nyawa, gedik dan queen control tak pernah luput. Tak ada watak ni pun rasanya tak mencacatkan cerita.
Anis - Gadis manis yang disangkakan sebagai Pehah oleh Zack disebabkan matanya sama dengan Pehah. Anis memang manis, baik hati, mulia dan kiranya pakej lengkaplah kalau nak dijadikan suri hati.
Inas - Gadis berniqab yang berjaya menjentik hati Zack. Satu-satunya gadis yang kalau boleh tak nak ada kaitan langsung dengan Zack. Makin Zack dekat, makin jauh dia lari. Rahsia besarnya yang akhirnya diketahui Zack membuatkan dia makin menjauh.
4 gadis yang muncul dalan hidup Zack. Sebenarnya ramai lagi tapi yang ini saja yang ditonjolkan penulis. Antara semuanya, saya sukakan Pehah walaupun seperti saya katakan, Pehah memang tak patut memerangkap Zack. Mungkin saya pun seperti Zack juga, terkena sumpahan si Pehah.
Since saya boleh layan cerita ni dari awal sampai habis - walaupun filler tu rasanya lebih banyak dari cerita - mood saya lebih relaxed dan saya jadi lebih lenient.
Saya memang pilih buku ni sebab nak relakskan fikiran. Tak letak apa-apa expectations since I know what to expect (dah baca 2 buah buku dr penulis sebelum ni). Tapi boleh dikatakan exceed my expectations juga la sebab mampu pegang my interest from the start to the end.
Misi menghabiskan pending list. Novel ini pernah dibaca separuh jalan mase mule2 beli. Kesnya masetu tiada mood membaca. Jadi hold sampaila sekarang. Beli novel ni mase tengok ianya akan diadaptasi.
Aku cuma xboleh terima watak wanita dalam novel ini. Nampak sangat terhegeh-hegeh dekat lelaki. Pehah, Idayu & Anis. Semuanya dok gilakan si Zack ni. Padahal Zack ni mulut dia boleh tahan jugak 'longkangnya'. Entah apa la yang dipandang sangat dekat Zack.
Banyak dah novel yang aku baca daripada penulis Aifa Batrisya. Tapi tak dapat menandingi novel pertama beliau, Kahwin Ganti. Aku rase novel tu ada auranya.
Kalau tengok tajuk dan gambar cover buku, Duda Terlajak Laris memang tak masuk dalam senarai novel yang saya nak baca. Ada drama bersiri / film ke cerita ni, entah saya pun tak tahu. Buku ini saya beli sebab ada permintaan customers dan selepas baca, hailaaa, terkejut sehhh.
Duda Terlajak Laris, tak madan yang cheesy tajuk dia, gambar kulit buku pulak sangat gitew, sajaaa jer nak tarik perhatian girls / women readers cara tak berapa terhormatkan 🙄 terliur ke orang perempuan tengok gambar dan tajuk macam ni?
Tetapi, ceritanya serious boleh tahan 👍👍 Banyak juga adengan lucu, sengal comel dan kasih sayang keluarga yang tulus ikhlas. Biarpun ko perangai tak semonggah, bukan bermaksud selamanya gitu. Dan fitrah manusia adalah berubah kepada yang lebih baik dan Takdir boleh berubah ke yang lebih menggembirakan dengan usaha sungguh-sungguh dan doa. Kasih ibu bapa dan atuk juga, luasnya tak terukur. Sis tak sangka sungguh. Watak lelaki utama dia, Si Duda mata sepet yang tak berapa kacak, tinggal dengan ibu dan ayah lagi walau dah lama kerja, asyik bergayut harap kan Kakak Nuha cover dia bila ayah naik Syeikh keluarkan pedang samurai dan kerja pun tak berapa nak hebat, mulut dia bukan main laser tak pakai silencer, sombong nyer dengan wanita 😂
Mentang-mentanglah dia cucu Tok Abah imam masjid kampung. Tapi iya juga lah, pengalaman menakutkan Zack ditarik dek dua tangan misteri masa dia sedang tukar kan mentol lampu, tiba-tiba masuk ke ruangan berdinding zink yang gelap gelita, tiba-tiba lepas tu terpaksa nikah, baru habis SPM kot.... memang patut Zack benci dan cukup rimas bila diganggu wanita, apalagi yang ketot sememeng bernama Pehah.
Lucu dan bongok tapi menarik. Siapa nak beli? Sis ada beberapa naskah nak jual murah jer ni.
Sebenarnya agak berbalah juga nak rate kan berapa bintang ni, antara 3 atau 4. Tapi saya rasa better saya bagi 3 saja, tapi apa pun, buku ni sebenarnya best. Korang patut try baca. Cumanya, cerita dia agak biasa dah didengar, kecuali part dia jadi duda terlajak laris tu, tunang byk kali tapi last2 tak jadi apa HAHAHAHA. Mengisahkan seorang Zack yang terpaksa bernikah dengan orang yang dia sendiri tak pernah kenal gara2 ditangkap walhal bukannya salah dia pun!
Cerita dia fast-paced, takde konar sana konar sini. Dari Zack yang kahwin pada usia 18 tahun, 2 tahun lepas tu bercerai, 8 tahun lepas tu cuba nak bagi diri sendiri peluang untuk bina keluarga walau tak jadi apa. And then, dia bertemu dengan 3 orang perempuan setelah 8 tahun lepas tu. 3 watak penting yang akhirnya lead Zack ke jodohnya yang sebenar. Dari segi penceritaan, memang laju, jadi baca pun laju😂 ada unsur2 komedi yang setiap kali baca tu aduih tak kering gusi!
Watak pula, ada banyak watak penting. Tapi ada 4 je watak yang mmg boleh bawak ke cerita. Ada seorang tu, dia ni macam penyibuk. Jadi kalau takde watak tu pun tak jadi apa sebenarnya. Ada tertulis dekat blurb (blurb rasanya) bahagian belakang buku tu. Namanya Idayu. Dia ni tak penting sangat pun, tiberrr je masuk.
Ok2 back to the square one, ada 4 watak penting. Zack, Pehah, Anis dan Inas. Zack, hero cerita ni, mulutnya ya ampunnnnn cakap kemain kutuk orang. Pehah adalah heroin. Orangnya mungkin beria2 sgt sbb perangkap Zack, tapi dia still rasa bersalah and tetap nak jadi isteri yang sangat baik buat Zack. Jujurlah, dia mmg the best (walaupun saya tak kenan dengan dia Mula2). Anis ni boleh cakap, the best supporting character EVER. Sebab dialah, dia dpt bantu Zack ke jalan takdir yg sebenarnya. Inas adalah gadis misteri yang dah buatkan Zack jatuh hati dengannya.
Banyak supporting character yg memang btol2 support hero and heroin kita. Tapi kalau nak diulas, panjang berjela karang nak menulisnya😂 jadi ada baiknya korang discover sendiri buku ni. Kalau ikut rate, mungkin cuma 3 daripada 5 bintang je. Tapi untuk rate sebenar, saya boleh bagi 3.8/5. Memang tak mengecewakan, walaupun ending dia tu macam dah biasa dengar kat mana2 novel Melayu lain.
Buku ni juga ada sentuh persahabatan, dan how the main character manages to overcome his problems. Zack yg selama ni lari dari masalah, dia cuba untuk hadapinya. Character development yg diambil pun boleh kata tak lah lambat sangat. Sebab mamat ni macam lalang sikit. Kejap berani, kejap pengecut. Tapi sejak dia jumpa Inas, dia mula tekadkan diri, tak nak lari dari masalah. Tapi masalahnya, dia jumpa Inas tu pun bila dah lebih dari separuh buku dibaca. So, lambat sikit la kut? Haaa itu jelah. Panjang lagi karang nanti takut ter-spoiler pula hahahaha😂 sorry sgt2 sbb ayat saya tak berapa tersusun masa nak tulis review ni🙏😅
Orang tua-tua selalu pesan jangan dok benci orang sangat nanti bertukar sayang..
Duda terlajak laris,zafran aldrin(zack) terpajsa berkahwin di usia 18 tahun dek perangkap si gadis kampung bernama pehah.
Ketidakpuasaan zack atas perkahwinan itu membuatkan dia lari mengikut kakaknya selama 2 tahun.
Kepulangannya ke malaysia selepas 2 tahun apabila tok ayahnya meninggal.pada masa ini lah zack ceraikan pehah.
Selepas perceraian zack seperti terkena sumpahan pehah..apabila 2 3 kali juga dia putus tunang...idayu pilihan kakak zack untuk menjadi isterinya...
Pada masa yg sama muncul Anis Nabihah yang seakan pehah...zack hilang arah selepas kematian idayu..
Saat itu Anis menjadi teman setia di sisinya..suatu hari zack bertemu Dr.Inas Fasihah...hati zack terpikat dgnnya...dan tanpa didugaan dia adik kpd anis..
Saat zack mula menerima Anis,satu rahsia terbongkar.Siapa Inas sebenarnya. Bila duda bertemu jandanya semula..Bagai terkena sumpahan Zack teringat kembali kata2 akhir antara dia dan pehah selepas bercerai
"Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi,suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya.Itu Doa saya!'-Pehah
"Pehah,Pehah..Dunia ini bulat tau tak?Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara AIshah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiiii..."-Zack.
Masing2 ego..apabila zack memilih anis sebagai bakal isterinya,manakala inas memilih bob....
Maka bermula episod pergolakan hati zack..memilih anis namun hati mencintai inas.... Namun akhirnya,setelah 10 tahun duda dan janda bertemu jodoh semula.Kali ini dua2 punya rasa hati yang sama.
*setiap orang berhak diberi peluang kedua. Semua orang pernah melakukan kesalahan jadi kita kena belajar memaafkan dan memberi peluang.
Selepas baca banyak novel Aifa Batrisya sebelum ini, saya teruja dengan tajuk Duda Terlajak Laris kali ini. Sungguh tak sabar nak baca namun saya kecewa kerana naskhah ini kurang jiwa. Her previous novels are much better. Watak Zack menjengkelkan dari mula sampailah habis cerita. Watak Pehah pula kurang matang. Dah sukakan Bob tapi boleh pula fitnah Zack sampai terpaksa kahwin pada usia 18 tahun. Tapi Pehah ini seorang pelajar yang bijak sampai boleh jadi doktor gigi. Idayu yang hampir kahwin dengan Zack pun seorang yang bijak, bekerja sebagai peguam tapi perangai tak semenggah. Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita agak menarik tapi sayang sekali penceritaannya sangat perlahan. Banyak kali saya stop bila tiba tahap boring. Ada sesetengah bahagian meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan. Nasib baik ada dialog kelakar yang mencuit hati. Saya paling suka Zainura dan Anis walaupun mereka hanya pendokong watak sampingan.
bagi saya, jalan cerita dia menarik walaupun macam biasa, pengakhiran cerita dapat diagak dari awal. hah.
bila baca novel ni, ada terselit rasa segan. sebabnya watak perempuan dalam novel ini sangat lah berani. suka katakan suka. dan kalau betul suka apa salahnya usaha lebih. fuh. peluh besar kecil.
cuma entah kenapa saya banyak skip sepanjang pembacaan. bosan mungkin? heh.
kalau ditanya akan ulang baca? err mungkin bila sangat-sangat bosan dan tiada bahan bacaan yang lain. mmm.
5 bintang untuk novel ni...tahniah untuk penulis aifa...rasanya kali pertama baca karya penulis ni..saya suka karya DTL ni sebab ada unsur unsur komedi so taklah stress bila baca....kadang2 tu tergelak jugak sorang sorang..so lepas ni bertambah list favourite writer yang wajib dibeli novelnya... pengajaran: berhati hati dengan apa yang kita tuturkan...mana tau allah balikkan hati kita..apa yang kita benci sangat sangat boleh jadi suka...benda yang kita suka boleh jadi benci...
ekceli, aku beli novel sebab kat fb ramai bagi review yg best2.. ramai ckp novel ni best.. gigih gila kut aku nak baca ni, skali, bila dah start baca tu.. rse mcm nak jual balik. agak membosankan.. sbb cerita nni lambat. aku pelik, kenapa novel yg tk best diorg ckp best ? sorry misswriter ... tapi, novel dia yg sebelum ni mmg best giloss... serius, cuma, yg ni agak kurengg sikit. keep it up sis !
Walaupun first half of the book agak meleret, tapi ia berjaya menarik perhatian acik in the 2nd half. Hingga tak boleh berhenti dan sanggup acik bersengkang mata untuk mencari titik noktah atas keegoan seorang Zack!.
Overall acik puas hati dengan conclusion cerita ni dan sweet revenge took 10 years!
jalan citer yg best..walaupn de mase agak stress ngn prangai zaf yg memilih dan egoistik. inas yg cool n cemburu wpun mulenye agak merimaskn.hehehe dan anis yg sgt spoting. x membosankan
penat nak menghabiskan buku ni. mulut si zack tu...tak semenggah betul! ada moment bagus dan banyak yang tak bagus..entahla,, apa yg best sgt erk sampai buat drama?