Jump to ratings and reviews
Rate this book

#CeritaSeram #3

#CeritaSeram3: Syaitan

Rate this book
"Assalamualaikum bang, saya bapa kepada pesakit katil hujung tu. Boleh kita borak kejap kat luar?" tegur seorang bapa pesakit dari wad yang sama. "Semalam Farish nampak hantu ke bang?" pemuda tadi memulakan bicara. "Dia cakap ada pocong datang tengok dia. Biasalah bebudak, dah sakit gitu macam-macamlah meracau." Bob cuba berdalih tak mahu sensasikan cerita semalam.

"Bang, apa yang Farish nampak tu betul bang. Saya sendiri nampak pocong tu. Cuma yang Farish nampak tu satu, tapi saya nampak dua bang!" pemuda tadi separa tinggi nadanya. "Apa yang kau nampak? Kat mana?" Bob mula bertanya. "Macam ni bang. Masa abang bangun nak kencing, saya terjaga kejap. Saya pandang Farish, saya nampak ada satu susuk tubuh baring sebelah Farish, saya ingat abang. Lepas tu saya teringat saya nampak abang masuk tandas. Saya buka mata sikit, saya nampak yang baring tu berbungkus bang. Saya terperanjat saya baring tegak pandang ke atas, masa inilah saya menggigil hampir nak menjerit bang."

"Uish kenapa? Apa yang kau nampak?" Bob teruskan soalan.

"Bang, ada dua ekor pocong berbungkus atas siling baring merenung saya bang. Tuhan je tahu saya nak menjerit macam mana. Suara rasa berbuku dekat kerongkong. Saya baca apa saja yang terlintas. Dekat 5 minit baru dua ekor tu hilang bang. Sumpah, Farish bercakap benar bang. Ada hantu dalam wad ni."

175 pages, Paperback

First published January 1, 2016

28 people want to read

About the author

Jarr Nadjmuddean

5 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (11%)
4 stars
12 (27%)
3 stars
23 (52%)
2 stars
4 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Azril Noor.
314 reviews5 followers
May 12, 2022
Koleksi cerita seram yang dikumpulkan ada yang biasa, ada yang bikin meremang. Tapi bukan semuanya terasa seram. Lebih kepada cerita gangguan. Walaubagaimanapun, aku memang tak akan berani untuk baca malam ya. Yang menjadi kesukaan aku ialah Kilang Tinggal, Joget Gamelan, dan Maut.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
May 28, 2016
Separuh isi cerita buku ni menyeramkan esp yg melibatkan pglmn penulis dan juga keluarga dan juga rakan2 beliau. Tp bila masuk part separuh akhir aku baca dgn takde feel..ada gak ayat2 yg mencuit hati..tp pling syok bila babak watak tu gi tgk bola..Liverpool lwn MU.. "spt biasa mlm itu kemenangan berpihak kpd Liverpool. Dunia sedia maklum MU itu pasukan bangang. Mana bisa mahu bersaing dgn kelab gah spt Liverpool?" HAHAHA !
Profile Image for hans.
1,165 reviews152 followers
May 13, 2017
Baca sepanjang petang tadi. Usaha juga nak habiskan sebelum malam. Pheww.

Spooky juga. Cerita seram di pusat peranginan, gangguan di highway dan personal experience. Menarik, penceritaan pun simple saja. Tapi cuaklah especially cerita AJ dengan Sheena tu, cerita Rashidi tu pun sama. Tak gemar betul cerita yang hantu menyamar jadi orang ni.

Bila baca satu dua kisah gangguan dalam ni, kadang terfikir juga kenapa bila orang berdengki ni mesti nak hantar 'benda tak elok' sampai jatuh sakit orang yang kena tu, tak boleh ke just dengki saja dan cakap belakang-belakang dah lah. Have a bit of humanity, please lah.

But anyway, terima kasih penulis berkongsi pengalaman. Not bad untuk buku santai genre seram. 3 bintang lah!
Profile Image for Gerobok  Yan.
61 reviews9 followers
February 15, 2023
Cerita seram 3 : Syaitan | Jarr Nadjmuddean

Review;
Ada banyak kisah, tapi tak semua seram. Ada yang bagi saya biasa biasa je, ada yang boleh buat meremang bulu roma. Ya walaupun biasa biasa, saya tetap takut nak baca malam malam. Oh ya, cover buku ni sesuatu sangat. Jangan masuk dalam mimpi dah la 😌

Penceritaan tu biasa biasa je bagi saya. Kadang macam ringkas sangat. Tak sempat nak takut cerita dah habis 😆 Antara kisah yang best ; joget gamelan dan maut. Ada lagi ape ntah tajuk dia.
Profile Image for Hafizuddin Ghazali.
23 reviews1 follower
January 29, 2026
Perjalanan kisah-kisah dalam buku ni sangat laju. Mungkin cara olahannya pendek dan guna POV1 dan POV3. Tapi tahap keseramamnya tak umph seperti buku kedua. Semakin kurang seram. Mungkin sebab bukan cerita asal dari penulis. Hanya mendengar cerita dari yang nak bagi cerita. Lagi-lagi masuk POV3, terus rasa hambar. Banyak cerita macam tergantung. Tak ada pengakhiran. Tapi overall okeylah.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
May 31, 2021
Jalan penceritaan yang diceritakan oleh penulis agak 'spooky' & 'creppy'. Siapa yang nak baca cerita-cerita yang dimuatkan oleh penulis ni perlu bersedia mental dan fizikal. Fuh, lega dapat habiskan sebab sepanjang pembacaan agak meremang bulu roma.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
May 7, 2016
Yuppp, sehari je dah habis baca buku ni. Nak perap lama-lama cuak pulak, sebab duk sewa kat rumah baru. Kang ada yang tumpang baca. HAHHA. Lagipun bila dah start baca, rasa macam tak boleh stop pulak dah. HAHHA

Cerita-cerita dia ringkas tapi berjaya naik jugak bulu roma walaupun baca dalam bas. HAHHA. Such a coward. Luls. Ada satu cerita tu, cerita pasal lif tu, macam rasa terkenang zaman lalu pulak. Yang aku kena kat fak. Engine U aku. Elok-elok nak turun level G dari tingkat 4, dia pergi naik tingkat 14. Heck. Pintu lif terbukak, pastu lampu kelip-kelip gak macam disko. Tekan butang nak tutup lif, tak jugak tutup. Aku sempat keluar nak tekan butang tutup dari luar lif (Kalau lif tutup tinggalkan aku, memang matilaaanak) 3 minit kat atas tu dah rasa cukup lama la kalau dah area pukul 12 tgh malam (masa tu aku stay dekat library). *tetiba cerita kisah sendiri* HAHHHA.

Cuma satu je buku ni, part-part depan memang aku rasa macam cerita kisah benar. Tapi part hujung-hujung tu, rasa macam tak berapa kisah benar sangat. Aku yang rasa begitu or memang dia tak berapa benar or gaya penceritaan yang buat aku rasa cenggitu?

To those yang nak naikkan bulu roma, dipersilakan beli.
Profile Image for Shea.
153 reviews5 followers
March 2, 2016
3 1/2 stars for Jarr's third book in my library.

Brought this book along on my vacation and it was a good beach read.

I think it was better written than the previous two. Still as spooky and an enjoyable read. Paranormal fans would enjoy this.
Profile Image for Rozie Ruslan.
3 reviews
June 19, 2016
Buku ni buat aku rasa takut nak tinggal kat hotel lepas ni.. Bacaan yang santai, cume kadang-kadang tak berapa faham apa yang diterangkan sebab ayat terlampau ringkas.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.