Jump to ratings and reviews
Rate this book

Manikam Kalbu

Rate this book
Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian. Katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.


“ Gabungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan
bahasa menjadikan Manikam Kalbu sebuah novel remaja yang
kuat dan menarik. Novel ini dihasilkan berdasarkan pembacaan
dan kajian yang mendalam. ”
- Panel Hakim
~

364 pages, Paperback

First published February 23, 2007

19 people are currently reading
574 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
381 (54%)
4 stars
234 (33%)
3 stars
67 (9%)
2 stars
12 (1%)
1 star
5 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 90 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
October 14, 2014
Seperti biasa, karya Faisal Tehrani amat mengagumkan pembaca.

Dulu aku pernah belajar cara melipat destar, dan aku juga ada 1 destar di rumah yg aku lipat sendiri.

Tapi tu dlm setahun lepas. Sekarang dah tak berapa berminat dah.
Tapi bila dah khatam Manikam Kalbu, aku bersemangat nak tahu seni & falsafah busana melayu. Bukan setakat destar, tapi dan lain-lain juga.

Aku tak reti menjahit, dan tak tahu pun jenis-jenis kain, dan tak tahu pun jenis jahitan. Memang tak tahu langsung. Walaupun aku tak dapat gambarkan macam mana jahitan dalam Manikam Kalbu ini, tapi, "wah, melayu itu penuh budaya, tradisi, falsafah, dan seni"!!

Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
February 11, 2017
Setiap kali usai menamatkan karya Faisal Tehrani, ada dua perkara besar yang saya pasti peroleh: Ilmu dan Rasa.

Manikam Kalbu mengajak pembaca untuk merenung semula cara kita berpakai pada zaman ini. Manusia rata-ratanya sudah melupakan prinsip asli berpakaian. Ramai yang memakai bukan lagi untuk menutup badan, bahkan mengenakan baju dengan niat untuk mendedahkan tubuh badan.

Gaya penceritaan dalam Manikam Kalbu amat menarik dan unik. Naratif novel diselangselikan antara kisah Ziryab dan hikayat Manikam Kalbu. Ziryab, pemuda yang mempunyai cinta mendalam terhadap busana dan fesyen, sehingga sanggup mendaftar masuk kelas Ekonomi Rumah Tangga dan menjadi satu-satunya kumbang di tengah-tengah bunga. Manikam Kalbu, seorang anak hamba abdi yang dikurniakan bakat menjahit dan mencipta busana pada zaman awal Kesultanan Melaka.

Kedua-dua kisah atau hikayat yang jaraknya mencapai ratusan tahun ini dihubungkan oleh kuasa sakti seekor kucing Madura. Dikatakan kucing Madura punya kelebihan untuk hidup panjang dan mampu bertutur dengan manusia yang terpilih.

Gaya penceritaan satu hal. Falsafah yang menunjangi Manikam Kalbu turut menguatkan lagi pesona naskhah. Faisal Tehrani berhasrat untuk menjentikkan kesedaran terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu yang berpegang pada adat dan terikat dengan syariat jelas tercermin pada pakaian yang dikenakan.

Baju melayu, baju kurung, destar, dan pakaian tradisional yang kita kenakan hanya sewaktu majlis rasmi dan sambutan keagamaan ternyata punya maksud dan erti tersendiri.

Melayu yang lupa adalah Melayu yang tidak mempelajari sejarah dan jati diri bangsa sendiri.

Dalam menongkah arus globalisasi dan kemodenan, kita sering mengagungkan kehebatan sains, sehingga seni terpinggir.
Dan itulah kesilapan terbesar manusia.

Ingat,
"Sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya"

Naskhah yang hebat dan agung. Saya tak ragu-ragu untuk memberi 5 bintang!
Profile Image for aliyahrambely.
195 reviews9 followers
May 8, 2020
Mind blown!

Membaca buku ini ibarat berada di dua perjalanan berbeza dengan satu destinasi yang sama. Latar belakang kisah mempunyai banyak persamaan, iaitu memastikan busana Melayu tidak mati ditelan peredaran zaman. Unsur Islam terhadap busana Melayu dipastikan agar menjadi tunjang utama.

Ziryab dan Manikam Kalbu. Keduanya mempunyai minat, tekun, kebijaksanaan dan pegangan yang sama terhadap busana Melayu. Kagum dengan watak yang hidup dan sebagai pembaca, terlalu banyak pengetahuan baru yang diperoleh. Elimen lucu juga diselitkan agar pembaca tidak bosan.

Oh! Tidak dilupakan pada manira si kucing bertuah. Manira pula merupakan seekor kucing yang menjadi bunga pada kisah mereka berdua. Hobinya makan, tidur, bermain dan bercerita. Sekiranya tidak dapat makan, maka rajuklah dia dengan tuannya. Miau!

Kagum sebenarnya dengan penulis yang mempunyai ilmu pengetahuan luas bukan sahaja berkenaan ilmu jahitan sahaja. Tetapi juga latar belakang sejarah Melayu Melaka dahulunya juga segar dihidupkan oleh penulis. Ishh buku jenis apa dan pemikiran yang bagaimana yang dihadamkan penulis ini sehingga dapat menghasilkan karya indah begini. Tidak hairanlah dapat merangkul Pemenang Sayembara Mengarang Jubli Emas DBP Pertama. Ini karya pertama Faisal Tehrani yang saya baca dan saya tidak menyesal!

Sesuai menjadi bacaan golongan remaja mahupun dewasa. Sarat dengan ilmu, sejarah dan kebijaksanaan.

Selamat membaca!
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews328 followers
October 8, 2025
Aku tak pasti kenapa novel ini dipakej sebagai sebuah cerita remaja - sebab bagi aku, novel ini sebuah manifesto budaya yang mengangkat busana Melayu sebagai simbol peradaban, adab dan spiritualiti - yang mana lebih sesuai untuk golongan tertentu, terutamanya orang dewasa.

Ia mengisahkan 2 naratif yang saling berkait: 1 berlatar zaman moden, 1 lagi berlatar zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Di zaman moden, Ziryab, seorang remaja lelaki yatim piatu, menjadi satu - satunya pelajar lelaki dalam kelas jahitan dan seni reka fesyen. Minatnya terhadap busana Melayu diwarisi dari neneknya, bekas jurubusana istana yang menghidap Alzheimer. Dalam pencariannya untuk memahami dan mendalami warisan ni, Ziryab bertemu seekor kucing Madura yang dinamakan Manikam Kalbu, yang menjadi penghubung kepada naratif ke-2 - kisah klasik tentang seorang anak hamba di istana Melaka yang menjadi jurubusana terkenal dan mencipta baju kurung (nama asal Baju Melayu). Kedua - dua naratif ini disampaikan dengan gaya humor, reflektif dan penuh mesej, menjadikan novel ini bukan sahaja menghiburkan, tapi juga sarat dengan pengajaran budaya dan spiritual.

Ziryab adalah watak yang luar biasa. Dia bukan sahaja menolak stereotaip maskuliniti, tapi juga menjadi lambang keberaniannya untuk menuntut ruang dalam bidang yang dianggap feminin. Ketekunannya dalam seni reka fesyen tak didorong oleh glamor, tapi oleh cinta terhadap warisan dan adab. Neneknya, walaupun dah uzur, menjadi penjaga memori budaya yang hampir hilang. Dalam naratif klasik, Manikam Kalbu pula adalah jurubusana istana yang menunjukkan bagaimana seni dan busana boleh menjadi alat diplomasi, identiti dan spiritualiti. Watak - watak ini tak hadir sebagai simbol semata - mata, tapi sebagai individu yang bergelut dengan zaman, nilai dan makna.

Tuan FT menulis dengan gaya yang kaya, berlapis dan penuh permainan bahasa. Gabungan antara bahasa klasik dan moden, serta penggunaan humor dan metafora, menjadikan pembacaan novel ini suatu pengalaman yang merangsang intelek dan emosi. Teknik naratif 2 zaman yang disambung melalui seekor kucing montel bukan sahaja kreatif, tapi juga berkesan dalam menyampaikan mesej bahawa warisan bukanlah sesuatu yang mati, tapi hidup dalam bentuk yang tak dijangka. Dialog dalam novel ini bersifat reflektif, adalakala falsafah, tapi tidak pernah membosankan. Hendaklah kau membaca dengan hati dan akal.

Novel ini mengangkat falsafah berpakaian dalam Islam dan budaya Melayu sebagai tema utama. Pakaian selain sebagai penutup tubuh, juga pelindung malu, petunjuk budi dan adab. Tuan FT mengajak kita untuk melihat busana sebagai manifestasi spiritual dan budaya, bukan sekadar gaya atau fesyen. Konsep tajdid - usaha kembali kepada asal - ditekankan sebagai jalan untuk memperbaharui warisan tanpa kehilangan akar. Dalam dunia yang sering menyerap budaya Barat, novel ni menjadi suara yang menyeru kepada kesedaran budaya dan spiritual yang mendalam.

Apa yang menjadikan novel ini sebuah karya yang lain daripada lain ialah keseni reka fesyen diangkat sebagai medan perjuangan budaya dan spiritual. Ia menolak naratif yang klise dan sebaliknya menawarkan wacana yang matang dan mendalam. Cuma kadang - kadang aku sangsi mengenai fakta yang dipersembahakan kerana tiada bahan rujuk yang senang diakses - terutama tentang butang baju Melayu (butang 5 dan butang 7) selain naratif klasik yang lebih bersifat legenda daripada realisme. Ia menuntut kajian mendalam apabila tiada rujukan sumber sah.

Ini sebuah karya yang matang, berani dan penuh jiwa. Ia menggabungkan sejarah, budaya, agama dan seni dalam 1 naratif untuk kita baca kemudian ber-refleksi secara mendalam, Bagi aku, novel ni boleh dijadikan buku entri untuk mengenai Tuan FT dan karyanya.

4.6 / 5 stars
230 reviews4 followers
November 14, 2009
Plotnya agak menarik, dengan bab-babnya diselang-selikan antara zaman dahulu dan zaman sekarang ini. Tema yang dipilih Faisal Tehrani kali ini ialah tentang pakaian - satu aspek penuh dengan unsur-unsur Islamiyah yang ramai sudah ketepikan hari ini. Melayu begitu kaya rupanya dalam seni menenun dan menjahit. Sayang muda-mudi hari ini tidak tahu dan hanya ikut fesyen barat tanpa mendalami ilmu bangsa sendiri yang begitu maju satu ketika dahulu dalam seni ini. Satu buku yang patut anda baca!
Profile Image for Iza B. Aziz.
223 reviews29 followers
January 14, 2023
Khatam membaca Manikam Kalbu terus timbul pertanyaan..

𝘈𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘢𝘬𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘢𝘺𝘢? 𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘮𝘪 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢, 𝘣𝘶𝘥𝘢𝘺𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢-𝘥𝘶𝘢𝘯𝘺𝘢?

Karya Faisal Tehrani mewah dengan isi fakta, mainan bahasa dan pengajaran buat pembaca. Ketelitian dalam menyampaikan tentang fabrik, kaedah warna, lakaran baju dan proses menenun sangat luar biasa. Begitu juga dengan unsur Islam yang terjalin dalam pakaian orang Melayu.

"...𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙗𝙪𝙨𝙖𝙣𝙖 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 𝙞𝙩𝙪 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙗𝙪𝙨𝙖𝙣𝙖 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢."
_____________________
Sulaman kisah dua zaman antara watak Ziryab dan Manikam Kalbu membawa saya mempelajari rahsia pakaian Alam Melayu. Walaupun terpisah dengan masa, tujuannya tetap sama untuk memartabatkan busana anak bangsa.

Novel ini menjentik semula kenangan saya sebagai seorang pelajar sekolah teknik ERT, jurusan fesyen pakaian. Saya cemburu dengan Ziryab! Kelas ilmu seni jahitan, sejarah busana tradisional dan teknik menjahit lebih gah berbanding dari apa yang saya pernah pelajari.

Hebatnya pula penulis bila menghidupkan watak fiksyen Manikam Kalbu seolah jurubusana istana yang benar-benar nyata. Kembara Manikam Kalbu di Aceh, Minang dan Palembang pula membuka benak tentang warisan lama pembuatan pakaian.
_____________________
Lipatan plot tidak menjemukan, ada masam dan sudah tentu manisnya. Ditambah kehadiran si kucing 'manira' iaitu penglipur lara dan punya sedikit unsur misteri.

Cukup rugi tidak mengenali Manikam Kalbu lebih awal. Bagi yang belum baca, mungkin ini masanya untuk kita fahami prinsip dan falsafah disebalik Baju Kurung dan Baju Melayu.

Supaya kita tidak lagi lalai menjadi mangsa arus pemodenan fesyen tradisional.

Akhir kalam, saya ingin mencuri kata-kata 'manira'..

"𝙈𝙞𝙖𝙪! 𝙈𝙞𝙖𝙪!"
_____________________
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
Read
April 1, 2017
Seperti pertama kali aku dijodohkan dengan karya penulis ini melalui Sebongkah Batu di Kuala Berang, keghairahan aku tak pernah luntur dari awal hingga ke mukasurat terakhir.

Apa yang sering menarik perhatian, Faizal Tehrani tidak sama sekali akan membiarkan naskhahnya kosong tanpa fakta yang mengujakan pembaca. Seperti dalam Manikam Kalbu ini, fakta mengenai dunia busana Melayu ini tidak lokek dalam helaian demi helaian.

Sehingga ke satu bab aku rasa seperti sudah pandai menenun songket, membuat kurung dan juga memasang benang di mesin jahit. Setiap inci perkara ini ditulis di dalamnya tidak seperti novel picisan yang lain.

Yang paling utamanya novel ini banyak mengajar tentang apa itu busana Melayu yang sebenar.

***

" Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semengah, berkain baju berdedah-dedah. Barang siapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tiada beradab. Adat orang Melayu jati,berkain baju berhati-hati. "

***

Terima kasih FT atas karya ini. Moga terus berkarya meski dilarang !
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
August 7, 2025
57/2025

-Manikam Kalbu
-Faisal Tehrani

Tidak hairanlah buku ini mendapat tempat pertama. Wataknya, ceritanya, latar yang dipilih membuatkan pergerakan cerita ini tidak langsung memberi rasa bosan kepada saya sebagai pembaca. Faisal Tehrani berjaya daripada menggunakan tema busana menjadi sebuah cerita yang lengkap segala sudut.

Ceritanya dibahagikan kepada dua bahagian, masa kini yang berfokus kepada watak Ziryab dan masa dahulu yang memberi fokus pada Manikam Kalbu. Walaupun terdapat dua sela waktu, namun ia tidak mengganggu fokus pembacaan memadangkan penulis sudah pun mengasingkan mengikut bab.

Untuk mereka yang suka bidang jahitan, buku ini boleh juga dijadikan sebagai bahan bacaan memandangkan ia turut menyelitkan bagaimana peri pentingnya mengekalkan elemen keIslaman dalam pembuatan busana.
Profile Image for Kataklicik.
938 reviews18 followers
March 27, 2017
Terpegun, terkesima, terkedu, ter-semuanya lah.

Karya Faisal Tehrani ini very well-researched, well-written, well-told. Hairan, bagaimana penulis yang sebegini muda tidak terperangkap dalam satu genre tetapi aktif dalam kepelbagaian. Aneh, tapi menakjubkan, jalan cerita karya-karya Faisal Tehrani yang berbagai dan tidak membosankan.

Selepas membaca Manikam Kalubu, tak hairanlah saya kenapa Faisal Tehrani mempunyai seakan cult-following di kalangan pembaca!
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
July 28, 2021
Manikam Kalbu, satu lagi air tangan dari Faisal Tehrani. Sebuah buku tentang Busana Malayu, sebuah buku untuk mengangkat Busana Melayu. Kisah tentang 2 zaman: Zaman moden dan zaman Kesultanan Melayu. Kisah tentang kecekalan remaja dan kisah tentang cita-cita remaja yang kedua-duanya ingin mengangkat martabat busana Melayu di persada dunia.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
June 8, 2019
Dua latar masa yang berbeza tetapi punya matlamat yang sama. Latar masa zaman kesultanan Melayu Melaka menceritakan bagaimana pemerintahan Sultan Muhammad Syah yang mahukan rakyatnya berbusana Melayu tanpa mengabaikan suruhan agama. Alkisahnya pada zaman tersebut, seorang pemuda yang juga seorang hamba kepada Sultan bernama Manikam Kalbu mempunyai bakat dan kemahiran dalam mereka bentuk pakaian Melayu.

Sebaliknya pada latar masa zaman moden, kebanyakan orang Melayu sudah mula rasa segan untuk berbusana Melayu dan sekalipun ada pakaian tersebut sudah lari dari mengikut ciri-ciri yang disebut sebagai ‘tradisi’. Ziryab seorang pemuda yang mengambil jurusan ‘Rumah Tangga’ cuba mengembalikan tradisi tersebut walaupun dipandang sepi oleh kebanyakan sementelah dia satu-satunya pelajar lelaki dalam jurusan tersebut.

Bagi saya plot penceritaannya sangat menarik yang menjadikan kucing Madura sebagai narator yang disebut-sebut sebagai kucing yang mempunyai kebolehan bercakap dengan manusia dan mempunyai umur ratusan tahun. Segala rinci busana disingkap dengan begitu teliti termasuklah jenis jahitan, jenis kain, jenis warna yang dihasilkan dan sebagainya. Turut dirungkai bagaimana tiap-tiap pakaian yang dihasilkan mempunyai maksud tertentu sebagai contoh lima butang pada baju dan juga lima lipatan pada destar melambangkan lima rukun iman.

Jujurnya plot penceritaan yang bagus tidak dapat membantu saya sepenuhnya dalam menikmati perjalanan Manikam Kalbu dan Ziryab memandangkan saya tidak langsung tahu ilmu jahitan selain apa yang dipelajari di sekolah sedekad yang lalu (semestinya sudah lupa). Namun begitu, pujian tetap diberikan kepada penulis yang melakukan kajian dalam menghasilkan naskah ini. Dan bagi yang punya kebolehan dan ilmu jahitan, disarankan untuk membaca naskah ini disamping mengharapkan kepada ‘mereka’ ini untuk tetap semangat dalam mewarisi dan menjaga busana Melayu seiring dengan peredaran zaman.
Profile Image for Amri Hakim.
114 reviews2 followers
September 8, 2025
4/5 🌟

Ini merupakan kali pertama saya membaca karya Faisal Tehrani. Daya tarikan utama buku ini terletak pada watak seekor kucing yang bertindak sebagai narator dalam alur cerita kedua, yang mengisahkan perjalanan Manikam Kalbu menjadi seorang jurubusana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Saya benar-benar kagum dengan pengetahuan penulis tentang busana daripada jenis kain, jahitan, tenunan, hinggalah kepada perincian halus yang mempesona.

Namun, ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan. Watak Nenek dilenyapkan begitu sahaja dan saya anggap pengakhiran dan 'twist' yang diberikan oleh penulis agak malas, manakala penggarapan watak Cikgu Natasya terasa agak janggal. Ada beberapa bahagian prosa yang bersifat suggestive, seolah-olah cuba menyatukan beliau dengan Ziryab, pelajarnya. Unsur tersebut agak pelik dan sedikit mengganggu keseluruhan pengalaman membaca.

Walau bagaimanapun, watak kucing tetap menjadi yang paling mencuit hati. Babak kegemaran [spoilers] saya adalah ketika Manikam Kalbu mempersembahkan jawapan teka-teki Maharaja Cina melalui sehelai sapu tangan hasil tenunannya, adegan yang begitu kreatif, lucu, dan memukau.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
June 17, 2018
Manikam Kalbu. Faisal Tehrani. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2009.

1) Apa itu Manikam Kalbu? Hahaha..entah aku pun tak tahu. Kalau dalam buku ini, Manikam Kalbu merupakan nama watak seorang tukang jahit istana dan juga nama seekor kucing.

2) Buku ini ada kisahnya yang tersendiri sewaktu aku ingin melamarnya. Buku ini mengandungi 357 mukasurat dan 25 bab.

3) Di dalam buku ini, ada 2 buah kisah di dua zaman yang berbeza. Namun, mempunyai tema cerita yang sama.

3) Di dalam buku ini, penulis cuba mengangkat tentang keindahan serta keistimewaan busana masyarakat Melayu seperti baju melayu dan baju kurung.

4) "Masyarakat melayu tidak mencipta sesuatu itu tanpa sebab." ~ Ziryab ~

5) Melalui novel ini, aku baru tahu rahsia di sebalik penciptaan baju melayu. Kenapa baju melayu ada 5 lubang untuk butang? Kenapa baju melayu ada 3 buah kocek? Kalau kau nak tahu, kau kenalah baca buku ini.

6) Bagi aku, buku ini memang seronok dan sangat bermanfaat untuk kita semua baca. Tak rugi, percayalah!

7) Ok itu je nak tulis. Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#2018readingchallenge
[ DUApuluhDUA ]
Profile Image for Mali.
210 reviews
June 15, 2019
Fokus pd kisah Ziryab Zaim yang merupakan seorang anak yatim yang tinggal bersama neneknya. Antara ujian yg dihadapi Ziryab adalah apabila diejek orang kerana mengambil kursus menjahit/fesyen sdgkan dia merupakan seorang lelaki.

Buku ini ada sebut bhw menjahit atau mereka fesyen bukanlah sesuatu yang memalukan bagi lelaki kerana Nabi Muhammad, Nabi Idris sendiri menjahit. Malah, pd nama watak hero kita, iaitu Ziryab ada cerita mengapa menjahit/mereka fesyen itu sesuatu yg seharusnya dipandang tinggi.

Selain menceritakan ttg sejarah busana Melayu melalui seekor kucing Madura yg bergelar 'Manira', buku ini juga menegaskan bhw tujuan pakaian bukanlah utk memperagakan badan, tetapi utk menutup aib dan aurat.
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
June 11, 2009

Tajuk Buku: Manikam Kalbu
Penulis: Faisal Tehrani
Penerbit: Dawama (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 364 halaman
Dibeli Di: KLIBF 2008
Harga: RM 20.00 (selepas diskaun 20%)

Sinopsis:

Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian. katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.

Ulasan saya:

Pening untuk membuat pilihan, begitu banyak buku cerita untuk dibaca, buku belajar untuk ditelaah, maka kali ini, saya baca yang serasa saya ikut suka.

Membaca Manikam Kalbu memberikan satu kelainan yang tidak dijangka. Seperti biasa, Faisal Tehrani, tidak mengecewakan. Bukan mudah menjadi seorang penulis, yang mampu mengkaji secara mendalam tentang satu-satu bidang yang ditulisnya.

Manikam Kalbu, merupakan sebuah kisah menarik yang diangkat tentang jahitan dan fesyen pakaian zaman tradisional. FT berjaya menarik minat pembaca dengan diselang selikan di antara setiap bab, kisah Ziryab dan nenenknya pada zaman kini, dan kisah seorang tukang jahit yang diberi nama Manikam Kalbu, yang hidup sekitar zaman kesultanan Melayu Melaka.

Ziryab yang namanya diangkat dari seorang tukang jahit terkenal dan ulama zaman kegemilangan Andalus, begitu menyintai dengan kursus jahitan, sehingga sanggup menjadi pelajar lelaki tunggal yang mengambil kelas jahitan di sebuah sekolah teknik. Dugaan pada Ziryab, yang merupakan anak yatim piatu, apabila dibela neneknya seawal usia sekitar 4 tahun. Neneknya kemudian menghidap penyakit alzheimer ketika Ziryab berusia kira-kira 17 tahun. Walaupun sebegitu, Ziryab tetap kasih akan neneknya yang mempunyai ilmu & kepakaran dalam bidang jahitan. Ziryab turut belajar menjahit pakaian & menyulam manik serta kerawang untuk pelanggan neneknya.

Cerita tentang Manikam Kalbu turut menusuk perasaan. Manikam Kalbu merupakan hamba yang hidup di zaman Sultan Alauddin Syah. Dia sebenarnya sangat meminati jahitan pakaian & fesyen Melayu tradisional. Kisah Manikam Kalbu diceritakan oleh Manira (itulah rupa seekor kucing menggunakan mesin jahit), kucing montel yang mudah dibela dan disayangi. Manikan Kalbu turut menyertai pertandingan rekaan pakaian yang dianjurkan sultan, maka di saat-saat akhir, beliau berjaya menjadi pemenang. Tujuan Manikam Kalbu ingin mempertahankan budaya Melayu dan menuntut di Acheh, untuk mempelajari pakaian yang menutup aurat. Banyak ilmu yang diperolehi, terutamanya saat-saat melucukan turut timbul di mana Manikam Kalbu akibat rasa keluh dan kesah menanti seorang nenek mengajarnya cara menenun kain, terus berniat untuk mengahwini nenek tersebut supaya ilmu sampai kepadanya.

Manikam Kalbu turut diuji maharaja Cina ketika dibawa belayar ke sana. Bukan mudah soalan yang dilontarkan, antaranya, kenapa ikan banyak di laut? Bunyinya mudah, tetapi perlu dijawab dengan jahitan di atas sapu tangan sutera.

Berbalik kepada kisah Ziryab, dia turut diuji dengan pelbagai dugaan, antaranya dituduh berkelakuan tidak semenggah dengan perbuatannya oleh Cikgu Natasya. Ini membuatkan Ziryab sedih, tambahan pula pada masa yang sama, neneknya yang membesarkannya meninggal dunia. Apapun, semuanya berakhir dengan baik, di mana Ziryab diajar menjahit dengan sempurna sekali oleh seorang lelaki tua sezaman dengan arwah neneknya, yang juga tanpa dijangka mengenali arwah nenek Ziryab yang merupakan bekas tukang jahit istana dan berhenti kerana kecewa dengan peloporan, kononnya era kemodenan yang merubah warisan Melayu seperti baju kurung pesak Johor dan sebagainya.

Penghubung antara cerita adalah sebuah beg yang dibuat dari kulit kambing, yang digores dengan tulisan hak milik Manikam Kalbu, ditemui di kedai jahitan arwah nenek Ziryab.

Akhir kalam, Ziryab turut berusaha menggapai impiannya, walaupun jalannya bukan mudah.

Hendak tahu impian Ziryab? Maka, perlu membaca Manikam Kalbu sendiri :)
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
November 18, 2017
Kagum dengan ketelitian dan usaha Faisal Tehrani untuk belajar ilmu menjahit, jenis kain, bahagian mesin jahit, jenis-jenis jahitan, sejarah busana Melayu bagi menulis novel ini. Memang layak menang tempat pertama Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam novel ini ada dua cerita yang berselang-seli iaitu cerita Ziryab dan cerita Manikam Kalbu.

Cerita Ziryab

Ziryab seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama neneknya yang menghidapi penyakit Alzheimer. Ziryab pelajar pintar namun memilih untuk memasuki sekolah teknik untuk belajar menjahit. Sewaktu rakan sekelas lelaki yang lain belajar ilmu pertukangan, Ziryab seorang sahaja lelaki yang memegang jarum dan benang.

Seni menjahit Ziryab dikagumi oleh warga sekolahnya. Bakat itu sebenarnya dialirkan oleh neneknya yang sebelum ini merupakan jurubusana warga istana namun nenek Zainon menarik diri apabila warga istana memintanya membuat pakaian Melayu versi Barat. Pakaian itu tidak lagi serupa Melayu, ketat di sana-sini, nipis di sana-sini, singkat di sana-sini. Ziryab mempunyai seekor kucing bernama 'Manikam Kalbu' yang menemani nenek dan dirinya sendiri. Setelah neneknya meninggal, Ziryab tinggal bersama ibu bapa angkat dan Manikam Kalbu. Berkat usaha Ziryab untuk memartabatkan busana Melayu, Ziryab terpilih sebagai penerima biasiswa daripada UNESCO untuk belajar tentang fesyen di Paris.

Cerita Manikam Kalbu

Dalam cerita Ziryab, Manikam Kalbu ialah seekor kucing. Tetapi dalam cerita ini, Manikam Kalbu ialah seorang hamba lelaki zaman kesultanan Melayu yang pandai menjahit. Manikam Kalbu mempunyai seekor kucing yang pandai bercakap menggunakan telepati. Kucing itulah yang menjadi penglipur lara dalam cerita ini. Kucing itu membahasakan dirinya sebagai 'manira'.

Manikam Kalbu seorang hamba yang dibebaskan oleh Sultan Muhammad Syah kerana Manikam Kalbu berjaya memenangi pertandingan mereka pakaian untuk orang Melayu yang boleh dipakai oleh golongan bangsawan dan juga rakyat biasa serta mencerminkan nilai-nilai Islam. Setelah memenangi pertandingan itu, Manikam Kalbu dihantar ke Aceh serta diluar negeri yang lain untuk belajar membuat kain, mereka pakaian, menenun benang, mencanting corak serta memproses dan mencampurkan warna menggunakan sumber-sumber hutan.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
Membaca novel ini menuntut kesabaran yang cukup tinggi. Mungkin disebabkan penggunaan bahasanya. Aku perlu menjenguk halaman glossari di belakang buku dan ada masanya perlu menjengah ke Kamus Dewan hik3 lalala5 Namun, aku rasa ianya memang berbaloi. Sebuah cerita yang penuh harmoni dengan pelbagai jenis pakaian, warna, kain dan jahitan. Rujukan fesyen dan busana khususnya. Membawa aku mengenali dunia jahitan dalam falsafah Melayu. Sebuah cerita yang disampaikan dengan cukup santai walaupun ia sebenarnya gabungan cerita 2 zaman.

Ziryab; anak muda lelaki yang belajar menjahit. Sering diejek kerana dia dianggap lelaki yang tiada jantannya bila mendalami dunia fesyen. Namun, cinta Ziryab pada bidang ini tidak pernah luntur. Walaupun terpaksa menjaga neneknya yang menghidap penyakit alzheimer, Ziryab tak pernah putus harapan. Dia gigih belajar di samping mengambil upah menjahit di kedai peninggalan neneknya.

Manikam Kalbu – jangan terkeliru! Ia seekor kucing di zaman kini tetapi seorang jurubusana @ tukang jahit tersohor ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Watak ini tersangatlah istimewa. Aku suka dengan kucing yang comel penghibur duka buat Ziryab dan neneknya. Aku juga suka si tukang jahit yang begitu gigih memartabatkan busana Melayu bercirikan Islam ke seluruh pelosok negeri ketika itu. Pastinya kedua-dua watak ini berpadanan dengan tajuk novel ini sendiri… [jealous tengok cover si kucing comel yang sedang menjahit hahahaha:]

Ada cinta yang terselit di hati Ziryab. Pada gurunya sendiri. Lebih kurang sama dengan Manikam Kalbu yang angau dengan guru minangnya. Sedar akan kedudukan diri masing-masing mereka bangkit semula. Dikecewakan oleh cinta bukan pengakhirannya, tetapi dengan rasa cinta itu mereka semakin gigih mempelajari bidang fesyen dan busana Melayu.

Ziryab – agar busana Melayu tidak diikuti di seluruh dunia hanya pada gaya dan fesyen, bahkan pada prinsip dan falsafahnya… bahawa pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab. Busana Melayu akan menjadi senjata keamanan sejagat! [page 356-357:]
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
March 11, 2010
I read lot reviews of Manikam Kalbu as I just can’t get my hand on the novel copy until KLIBF (thanks to my ignorance to the existence of ujanailmu.com @ a proud traditional cash & carry type of customer).
But then I still at lost to make my own review after three weeks reading thoroughly this award winning novel. Manikam Kalbu left me speechless.

One of the highlight of most reviewers is the humour quality in the novel. But personally the three days that I spent, Manikam Kalbu repeatedly touched my sensitive side of feeling and emotion. Especially the part of the struggling of orphaned Ziryab who is obliged to take care of his grandmother an Alzheimer patient. It reminds me of my late grandmother. I was sixteen then, just like Ziryab but lack of maturity and patience that Ziryab possessed. Serius sedih!

Before I got too carried away I better stop writing about that. Back to the review ok!

The novel is a combination of two tales of two eras. One is about an orphan named Ziryab a high school boy who aim to be a fashion designer and reform (or in this novel tajdid) the fabric world.
The other one taking time of the Malacca Sultanate, about a boy named Manikam Kalbu who is from a slave became the sultanate royal designer. I'm super glad to learn the philosophy of dressing, the origin and meaning behind our national costumes from this novel.
After reading Manikam Kalbu, ignoring Azzar and Hafiz rantings of me being 'fashion disaster' I should not =)

Definitely, Manikam Kalbu has overtaken 'Tuhan Manusia' in Dyat all time hitz novel rankings. From me, Manikam Kalbu is the best ever work by Faisal Tehrani.

(www.makhluk-bernama-aku.blog.friendst...)
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
March 28, 2020
Bacaan yang enak dan kajian yang cukup terperinci mengenai busana Melayu.

Faisal Tehrani lewat penghasilan karya Manikam Kalbu ini, cuba mengangkat tema kesenian dan jati diri Melayu ketimbang sains dan modenisasi.

Walaupun pena FT tidaklah setajam dan menyengat seperti pena Shahnon Ahmad (terutamanya dalam memperihalkan latar alam, menyelitkan mesej satira, pengulangan dan penyampaian mesej yang membekas), tetapi kupasan mengenai busana Melayu, destar (tanjak), jenis-jenis khat, kepelbagaian jenis jahitan serta falsafah baju Melayu dan baju Kurung digarap dengan cukup baik dalam karyanya ini.

Pembinaan plot buku ini juga agak memuaskan kerana FT membawa pembaca menyorot dua jalan cerita yang berbeza latar tetapi mengangkat tema yang sama secara serentak. Buku ini juga bertambah enak dengan beberapa lelucon yang diselitkan oleh penulis.

Tema jati diri melalui pemakaian bukanlah topik yang menarik minatku tetapi kekayaan mesej dan fakta yang diadun oleh penulis membuatkan buku ini tidak kurang signifikannya kepada masyarakat Malaysia.

Perbahasan yang lebih mendalam dan menusuk mengenai inti Melayu sudah tentulah boleh dibaca melalui karangan sejarawan, ahli falsafah dan ilmuwan Malaysia, Prof. al-Attas dalam buku Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu dan beberapa buah bukunya yang berkaitan semisal Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago dan Historical Fact and Fiction.
Profile Image for Hairie R.
28 reviews8 followers
October 28, 2017
Ceritanya ringkas dan mudah. Novel ini padat dengan borak-borak tentang falsafah pakaian Melayu. Itu saja. Ianya berinformasi tapi masih santai dan mudah dihadam.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
May 5, 2023
Perasaan selepas baca Manikam Kalbu tak seperti yang saya jangka. Saya jangkakan akan suka buku ini, akan terasa kepuasan meneguk fakta dalam fiksi yang ditulis dengan cara yang magis sebagaimana hasil tangan FT kebiasaannya. Tapi alangkah kecewa bila saya tak merasakan semua itu dan lebih kecewa bila kebanyakkan pembaca berkongsi keseronokan seperti yang saya impi-impi.

Cuma saya rasa 'ketidaksampaian' terhadap apa yang ditulis dalam Manikam Kalbu disumbangkan oleh faktor-faktor dari saya sendiri (masa tak sesuai, kurang fokus dan etc). Jadi tidak saya mahu menghukum karya ini tidak bagus, kerana itu bukan asbab perasaan pos-bacaan saya.

Sepertimana beberapa karya FT yang lain, buku ini memang diisi dengan fakta. Lebih menarik pabila fakta-fakta itu adalah sesuatu yang jarang-jarang kita dengar dan didedahkan. Berkenaan busana melayu, saya agak yakin jarang buku-buku ilmiah/fiksi memilih tajuk ini dan mengupasnya dengan baik.

Tambahan bila plot cerita dibina dengan kreatif, menggunakan POV seekor kucing madura dan menggunakan penceritaan dari dua zaman berbeza. Segala-gala tentang buku ini menarik.

Saya teringatkan Surat-surat Perempuan Johor (SSPJ) dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit (BANKL). 'Kepekatan' fakta yng ditumpahkan dalam kedua buku ini menyamai Manikam Kalbu. Saya memang keletihan otak selepas baca SSPJ dan BANKL. Cuma buku-buku itu lebih nipis berbanding Manikam Kalbu. Jadinya perjalanan Manikam Kalbu adalah perjalanan yang sangat panjang dan memenatkan bagi saya.

Akan saya baca buku ini sekali lagi, dengan lebih bersedia. Jumpa lagi si kucing madura.
Profile Image for lost soul.
49 reviews10 followers
April 29, 2014
Pembacaan aku ketika membaca Manikam Kalbu tergendala sebentar berikutan kelas memandu yang tidak sudah-sudah dan berakhir dengan test JPJ semalam. Hasilnya bukan sesuatu yang menggembirakan malah aku gagal dalam ujian ini, atau dalam bahasa memandunya, "kandas'.

Mungkin sahaja aku patut habiskan Manikam Kalbu sebelum aku menghadiri ujian ini. Mungkin juga aku akan lebih bersedia dan lebih terhibur, relax agaknya.

Apapun, biarlah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Begitu juga dengan pembacaan ini.

Menyoroti kisah Ziryab, aku juga turut kagum dengan minatnya dan sikapnya yang tidak peduli dengan pandangan sinis masyarakat tentang seorang lelaki melibatkan diri dalam dunia fesyen dan busana. Biarpun diejek malah diajak bertumbuk, aku jadi suka melihat sikap Ziryab yang tidak ambil pusing tentang provokasi sekeliling. Cabaran Ziryab mungkin terletak kepada keadaan neneknya yang sudah tidak mengenali cucunya. Turut diselitkan dengan kisah purbakala dengan Manira menjadi penglipur lara. Ceritera Manikam Kalbu dikisahkan, pengembaraannya dijadikan bualan.

Menarik. Sesuatu yang baru.

Tahniah saudara Faisal Tehrani!

Cuma 4 bintang sahaja yang mampu aku berikan sebagai manusia yang tidak tahu apa-apa tentang benang, mesin jahit dan busana tradisional. Baju kurung dan Baju Melayu tahulah. Sedih sekali.
20 reviews
October 31, 2024
Bagus. Cuma terlalu preachy. Dan lawak bapa-bapa yang tida menjadi– Hambar. Empat bintang bukan sebab plot atau watak atau apa-apa. Tapi sebab ideologi dan tema yang diangkat oleh penulis‚ tersurat atau tersirat. Juga untuk ilmu-ilmu yang ada dalam buku‚ kalau mau tulis pasal novel bernuansakan alam nusantara‚ ya silakan baca buku ini sebab banyak input-input mahal yang ada di dalam. Nampak betul penulis betul-betul buat kerja sebelum menulis.

Tapi satu‚ watak-watak dia susah mau relate.
Dan dua‚ sinopsis di belakang tidak mengambarkan apa yang terjadi di dalam buku.
Jadi agak kecewalah juga.

Buku ini sesuai dibaca untuk tujuan ilmiah tapi ditulis dalam bentuk fiksyen. Jadi agak sedikit bosan kalau tia berminat pasal kebudayaan dan keseniaan orang kita. Teda babak perang-perang ka atau apa-apa yang boleh buat kau duduk tapi tida duduk. Ah faham ka.

Tapi still‚ ideologi‚ tema dan falsafah yang membuatkan buku ni hebat. So saya still respect dengan buku ni. Sekaligus dengan penulislah. Ada love-hate relationship begitu. Mau bagi 3 star tapi 3 star tu telampau jahat untuk penulis macam Faisal Tehrani. So can-can lahkan 4 bintang.
Profile Image for Ira Nadhirah.
601 reviews
January 13, 2015
Selang seli cerita kini dan masa lampau. Satu naratornya manusia dan satu lagi naratornya seekor kucing yang hidup 600 tahun. Banyak mengupas tentang aurat dan pakaian melayu. Jika anda memang minat mendalami fesyen dan berniat untuk menyelamatkan dunia fesyen kita dari anasir-anasir luar, mungkin anda boleh membaca buku ini bagi menyuntik semangat. Bagi saya, terlampau banyak maklumat yang tidak berapa minat menjadikan pembacaan berterusan tanpa pemahaman dan perasaan. Setelah membaca beberapa naskhah Faisal Tehrani, apa yang dapat disimpulkan adalah, Faisal Tehrani suka menggambarkan watak utama yang kuat, tabah dan tidak terkalahkan lebih-lebih lagi godaan dari jantina yang berbeza. Seperti biasa, bahasanya tip top. Dan masih kagum dengan kajian yang beliau lakukan sebelum menghasilkan satu naskhah yang bermanfaat.
Profile Image for Siti Salha.
76 reviews8 followers
June 2, 2010
Mengenali busana Melayu yang sememangnya ada pelbagai maksud yang tersirat. Seronok mendengar kisah si kucing madura bernama Manira/Manikam Kalbu. Buku ini suatu kelainan, tentang seorang pelajar lelaki yang mengambil aliran vokasional jahitan. Tapi, saya ada skip bukan sedikit tapi banyak bahagian zaman dahulu. Sedikit bosan.

p/s: Tercari-cari juga, apakah benar kucing madura wujud? Ciri-cirinya, berekor sedikit bengkok di bahagian hujung, bulu berwarna kelabu asap (kebiruan) dan sedikit gelap di bahagian hidung, telinga dan ekor. Dan benarkah kucing madura boleh hidup beratus tahun? Hmm...
Profile Image for Idamandarin Azhar.
49 reviews5 followers
August 26, 2009
Manikam Kalbu sememangnya "manikam kalbu" saya. Saya menjumpai buku ini ketika KLIBF 2009 bersama penulisnya sekali. Sejak menjadi peminat "Kerana Manisnya Epal", saya tidak henti-henti mencari buku ini. Cara penulisan FT padat dengan "research" fabrik dan busana Melayu, mungkin pada sesetengah pembaca merasakan ini sesuatu yang membosankan, tapi pada saya ini adalah ilmu yang sangat menarik (terutamanya pada mereka yang ingin mengetahui lebih mengenai jati diri Melayu). Apa yang pasti, saya rasa sungguh bangga menjadi Melayu setelah membaca buku ini. Terima kasih FT :) Miau~
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
December 2, 2023
🧶Kisah 2 Zaman iaitu Zaman Kesultanan Melayu Melaka di bawah naungan Sultan Muhammad Syah, adanya hamba yg dianugerahkan bakat mengilhamkan baju tradisi Melayu. Zaman kini adanya Ziryab Za'im pelajar aliran fesyen dan jahitan yang menyahut kata2 ' Tajdid semula busana Melayu'.

🪡 Memperincikan Busana Melayu, Falsafah sebenar pakaian Baju kurung dan Baju Melayu. Penghubungnya adalah seekor kucing montel bernama Manira sebagai penglipur lara kita.

🧶Bermula Sultan dapat mimpi Puterinya memakai pakaian mencolok mata benar² membimbangkan nasib pakaian Melayu akan datang. Langsung ulamak dirujuk dan diadakan pertandingan mereka busana Melayu seterusnya di angkat sebagai jurubusana Istana. Manikam Kalbu inilah melahirkan idea menakjubkan serta hujah yang menepati citarasa Sultan.

🪡Aku dapati, sangat teruja dan sayangkan pakaian tradisi kita. Lihatlah bagaimana Baju Kurung 'asal', dipakai oleh perempuan dulu dan kini. Sempurnanya mampu jadikan pakaian harian bukan sekadar pakai untuk majlis, perayaan malah baju sekolah rasmi kita pun potongannya adalah Baju Kurung.Dari baju kurung, baju Melayu, Kebaya, Songket dan Destar.Betapa falsafah sebalik baju buat aku sayang dan bangga akan baju² kita.

🧶Ada unsur misteri untuk berteka-teki. Nenek Ziryab merupakan pesakit Alzheimer yang sangat obses dengan busana Melayu seolah² terhubung dengan zaman Sultan Melaka dan akhirnya peninggalan lakaran² tua busana Melayu rapi tersimpan dalam beg kulit lembu itu akhirnya menjawab😍

🪡 Untuk lebih faham, buatlah carian lanjut, bertemulah Nama ZIRYAB juga satu hal terbaru aku kenal✨

P/s: 'Masyarakat Melayu tidak mencipta sesuatu itu tanpa sebab' -Ziryab
Profile Image for Fatihah Zunaidi.
74 reviews1 follower
October 23, 2025
buku ni fiksyen la pasal macam mana terjadinya baju tradisi melayu yang dibuat oleh jurubusana kerajaan melaka pada zaman kesultanan melayu melaka dulu. sebabnya sultan mimpi anak puterinya pakai baju seksi nampak lurah segala. maknanya pakaian anak generasi akan datang tu mesti akan hilang harga diri. ada dua zaman tau dalam buku ni, moden dan lampau. saling berkait juga at the end jadi jalan cerita nya sangat membina.

Subhanallah, saya suka! buku yang ketengahkan isu jati diri bangsa macam ni patut masih diteruskan karyanya hingga sekarang. isu pakaian tradisional ni masih lagi bersesuaian kalau dibahaskan sekarang pun. benar, pakaian itu lambangnya iman, lambangnya kehormatan diri. tak sangka kan kita? islam seindah itu. mengajar kita berpakaian yang menutup malu. bertambah untung kita ni melayu. kaum yang memartabatkan budaya dan agama dalam apa jua hal. hatta dalam penggunaan destar berbeza mengikut darjat, negeri dan adat. mesti bersebab kenapa namanya baju kurung, kenapa potongan nya sebegitu dan begini. semua nya berbalik kepada agama. subhanallah!

banyak benda saya belajar semula bila baca buku ni. naik pula semangat anak muda melayu tu hihi 🥹🫶🏻 sampaikan lah kepada anak anak kita kelak apa ertinya menjadi anak melayu. biar tak hilang budaya dan warisan melayu di generasi akan datang termasuklah jati diri dan falsafah sebagai anak melayu.

sebab buku ni ada main pantun/seloka jadi saya pun nak selit saya punya kat review ni hihi 🫣

kurung songket berbaju melayu,
dipakai sang mempelai indah makna,
mengajar erti sifat melayu,
jangan kahwin aje kita guna 🫣

akhir kata, saya rasa macam nak belajar lagi pasal baju kurung, kebaya, pesak gantung cekak musang segala untuk kita pakai sehari hari. kita cuba slow slow!
Profile Image for Faiz.
47 reviews2 followers
July 1, 2022
Kisah dua zaman berbeza tapi tetap menjunjung matlamat yang sama yakni mengangkat busana melayu dan falsafah disebaliknya.

Kisah Ziryab yang jatuh cinta dengan dunia fesyen sehingga sanggup mendaftar dirinya kedalam kursus Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan ketepikan cakap-cakap orang sekeliling tentang stereotaip yang orang laki-laki tak pantas belajar tentang ilmu menjahit sebaliknya harus belajar untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar dan sesuai dengan jantina. Hasilnya, dia sahaja seorang kumbang di tengah-tengah bunga yang mengikuti kursus itu. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Ziryab sepanjang pengajiannya dalam usaha menjadi seorang pereka fesyen.

Kisah sewaktu Zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila Manikam Kalbu yang merupakan anak hamba yang dimerdekakan setelah beliau berjaya memenangi pertandingan mencipta busana melayu dan diberi ganjaran oleh Sultan untuk pergi belajar falsafah seni busana melayu dan islam ke serata negeri melayu sebelum pulang ke Melaka semula dan menjadi pereka busana diraja.

Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang penuh ilmu dan rasa. Saya pasti banyak kajian telah dibuat oleh penulis berkaitan falsafah busana melayu serta segalanya tentang dunia fesyen dan jahitan. Tak hairan lah karya ini diangkat sebagai pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP bagi kategori novel remaja. Syabas!
Displaying 1 - 30 of 90 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.