Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pujuklah Hati #2

Be Cool: Pujuklah Hati #2

Rate this book
Sequel kepada "Pujuklah Hati".

Perkongsian kisah yang biasa berlaku terhadap diri, pasangan dan sesiapa sahaja yang tampak sukar, sebal dan pelbagai namun sekiranya diamati ia merupakan kisah ‘semua' orang. Jika di tangani dan dilihat takdirnya dari mata hati serta fikiran yang positif, semuanya akan jadi mudah dan tenang-tenang sahaja.

184 pages, Paperback

First published January 1, 2015

7 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Bonda Nor

50 books76 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (47%)
4 stars
20 (43%)
3 stars
4 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Nur Elvina.
70 reviews20 followers
February 25, 2018
Kalau diberi highlighter pen untuk menanda ayat yang menyentuh hati, mungkin satu buku aku highlight.

Bonda Nor memang tidak asing dengan penulisan yang berbentuk motivasi yang sangat menyentuh hati. Cara penulisannya bagaikan seorang ibu menasihati anaknya.

"Dalam pedih dan perit luka ini. Dalam tangis yang seakan tidak mahu berhenti. Aku perlu berterima kasih seadanya. Kerana luka ini yang mencuci segala dosa. Kesakitan ini menjadi kafarah dari segala bencana. Yang tentu berlipat kali ganda sakitnya, andai terpaksa kutadah hukumannya 'di sana'.

Aku baca buku ni tepat waktu sebagai permulaan semester baru esok. Baru nak start kelas😂.
52 reviews3 followers
December 7, 2018
Buku yang banyak mengingatkan tentang sabar, redha dan bergantung sepenuhnya kepada Allah..la hawla wa la quwwata illa billah...Alhamdulillah..
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
December 5, 2019
Pujuklah hati 2 ini Naskah yg mengingatkan erti sabar, kebergantungan total kpd Allah dan reda. Buku yg menasihati n memujuk hati2 yg sedih n rasa putus asa.

Menceritakan sebahagian kisah penulis dan masyarakat yg kdg2 sering didgr. Kdg2 kita tewas dgn hati. Tp tdk boleh jadikan alasan utk kita berputus asa kerna Dia ada.

Kata2 Bonda terasa spt seorang ibu menasihati si anak. Sampai ke hati, terpancar keikhlasan dlm penulisannya.
Be cool damailah dgn masalah dunia yg sememangnya tempat kita berpenat lelah.
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
May 14, 2019
Alhamdulillah. Sedikit sebanyak menyejukkan hati saya yang kian panas umpama dicurah lava gunung berapi. Juga membuat saya melihat nilai kebahagiaan di sudut yang pelbagai. Kehidupan cuma sekali, jadi mengapa perlu bersedih? Mengapa perlu memuja sifat mazmumah, sedangkan Mahmudah itu indah dan mendamaikan
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
May 8, 2018
Naskhah ini mempunyai aura dan rohnya yang tersendiri...antara kehidupan dan juga kematian merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan...hidup di dunia memerlukan kekuatan dan kesungguhan namun akhirat yang merupakan kehidupan abadi tidak boleh dilupakan !
Profile Image for Aslam Arif.
16 reviews
December 8, 2019
Kalau ujian hanya seputar dan sekitar itu-itu sahaja, apa yang perlu kita takutkan? Allah kan ada! Kata ini menguatkan saya dalam berdepan ujian. Buku motivasi bersiri Pujuklah Hati ini sungguh menyentuh nurani untuk bertenang-tenang tatkala ujian datang bertandang. Syabas Bonda Nor!
Profile Image for Erin95.
151 reviews5 followers
January 31, 2020
Alhamdulillah, buku pertama untuk tahun baru. Terima kasih Bonda Nor, buku yang hebat menyentuh hati yang berduka. Allah Maha Baik, setiap ujian itu tanda Allah sayang. Manusia buat kita jatuh, Allah pasti akan buat kita bangkit semula. La haula wala quwwata illa billah.
Profile Image for Nona.
100 reviews
February 6, 2022
Q U O T E


"Barangkali di sebalik ujian yang kita anggap kekurangan ini, sebenarnya Allah telah menyelamatkan kita daripada sesuatu musibah."
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.