Jump to ratings and reviews
Rate this book

Resesif

Rate this book
“Pernah lihat bayi yang dilahirkan berkulit biru?”

“Engkau tak akan merasa sakit, Marisa. Selama-lamanya engkau tidak akan memahami apa ertinya perasaan sakit itu,”

“Nanti kalau kau jatuh cinta dengan dia, tak nak balik Bumi, macam mana? Semua orang tahu Bumi lebih baik dari planet buruk ni!”

218 pages, Paperback

First published May 2, 2015

1 person is currently reading
7 people want to read

About the author

Nor Azida Ishak

10 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (33%)
4 stars
4 (22%)
3 stars
6 (33%)
2 stars
1 (5%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 18, 2016
2.5* untuk naskah ini. Yeah!

Seperti biasa ada beberapa buah cerpen yang buat aku rasa 'WOW!' dan ada yang aku rasa lemau nak baca sampai habis.

Ada cerpen yang seronok dibaca tapi endingnya buat aku kerut dahi. Itu saja? Kenapa buat pembaca tertanya-tanya apa yang jadi seterusnya? Seperti baru nak sampai kemuncak tapi terus ditamatkan. Tiada peleraian yang mutlak. Atau cuma aku seorang saja yang rasa begitu?

Memang tidak dinafikan, membaca karya yang ada di dalam naskah ini, menampakkan yang penulis membuat kajian untuk semua cerpen yang dihasilkannya. Cuma kekadang dialog yang dituturkan oleh watak yang ada, kedengaran agak kejung apabila cuba dituturkan.

Tapi apa-apa pun, naskah ini masih baik. Sesiapa yang minat cerpen sai-fai, bacalah buku ni.

Peace!
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
June 25, 2015
Kumpulan cerpen ini dikonstruk secara sederhana untuk membawa idea bahawa manusia yang dianggap dunia mikrokosmik masih banyak misteri yang belum terungkap secara saintifik. Secara emosional, intelektual dan biologi - manusia itu sendiri masih menimbulkan enigma sehingga sebarang usaha untuk melandaskan apa yang berlaku akan sentiasa mencetuskan daya tarikan - ibarat menyelam ke dasar laut, dan itupun ilmu yang kita miliki ibarat setitis daripada lautan ilmu Tuhan.

Tanpa kuras kreatif atau proses kreatif yang dikongsi oleh cerpenisnya pada setiap permulaan cerpen, kita dapat membaca persilangan dan pengaruh sains fiksyen Barat yang menjelma pada suatu karya yang bersifat inovatif ini. Memang ada dua sisi daripada kesan pembacaan secara langsung pada kepengarangan seseorang; idea akan lebih cepat dikonstruk tetapi impak negatifnya, ia akan terikat dan terbayang daripada karya yang asal.

Barangkali pengaruh atau bayangan sains fiksyen Barat akan dapat dinipiskan, bahkan dihilangkan sekiranya elemen tempatan lebih banyak dibaurkan dalam karya ini dengan menggabungkan mungkin mitos dan legenda, budaya dan seni serta pandangan alam Melayu.

Daripada aspek bahasa, sebagai karya sulung, dapat difahami pergerakan dan lenggok bahasa masih agak kaku, barangkali juga didorong oleh pengaruh karya yang asal yang belum dapat dipisahkan betul-betul atau cerpenis masih dalam pencarian langgam dan gaya bahasa yang tersendiri.

Tidak adil untuk saya menghakimi genre yang saya kurang dalami ini tetapi dalam aspek pengalaman pembacaan secara umumnya, beberapa kekangan seperti pengaruh dan bahasa diharap dapat diatasi untuk karya seterusnya, selain beberapa idea besar tentang misteri dan enigma yang belum terungkap dengan baik yang barangkali kerana menggunakan struktur cerpen yang ekonomik sifatnya sehingga tidak mendapat kebebasan dari segi bentuknya.
06/24 page 111 50.0% "Pengaruh daripada sains fiksyen Barat memang terasa sehingga membuatkan saya tercari-cari nilai dan elemen yang kita miliki. Alangkah bagusnya kalau dapat membaca karya seumpama ini dengan latar budaya yang lebih dekat."
06/24 page 141 64.0% "Harapan saya terpenuhkan apabila cerpen ini mula menjalar di tanah air (kecuali cerpen sebelum yang seolah-olah terpencil di tengah-tenfah pengaruh sains fiksyen Barat). Bagaimanapun bahasa dalam karya ini agak kaku mungkin kerana kesukaran mengungkapkan laras sains secara kreatif."
Profile Image for Afa.
129 reviews
January 18, 2022
Kumpulan cerpen saifai yang saya suka setakat ini, hanya berpunca penulis menyibak sedikit tabir pembikinan setiap satu cerita yang ada. Saya amat berterima kasih juga atas usaha penulis menjayakan buku pistol laser lisa, juga sebuah kumpulan cerpen saifai. Semoga terus berhasil dan terinspirasi untuk menulis.
Profile Image for Atikah Wahid.
Author 4 books37 followers
March 3, 2017
When I started the "Read Malay Novels Challenge" early this year, it is about reading any Malay book every month and that includes some pretty awful ones. My third pick, this sci-fi short story anthology, is pretty bad. To be fair, Malay novels and sci-fi are both book categories that I hardly prefer but I think the problem goes beyond that. After reading seven short stories out of 12, I can safely say that this book is just not well-written.

I usually avoid sci-fi because sci-fi stories tend to be technical-heavy. You know, the authors would take pains in explaining every single detail in their universe so you can fully immerse in it. When it comes to sci-fi, I prefer light explanations that make everything seems plausible and then I'm good. The problem I have with this anthology is the complete opposite: there's hardly any science in this. Azida would suggest some sci-fi concept into the story and bail! For example, the first short story in this anthology "Virus A2" is more romance than sci-fi. A woman falls in love and then, spoiler alert, her lover dies due to the virus. The virus itself is introduced in the driest infodump at the end of the short story and then, that's it. Other short stories have similar issues. Passages of [sci-fi concept] somewhere in the story instead of trying to incorporate the concept seamlessly with the plot.

It makes a really lacklustre read. It's almost like Azida simply wants to introduce the [sci-fi concept] rather than tell a story about it.

Even if you take out the [sci-fi concept] out of the story, the stories themselves have so many flaws. Flat one-dimensional characters, plotlines that jump around erratically, unconvincing dialogues, etc. The only upside is that the prose is easy to read. I can't even praise the short stories for being short because some of the stories here are too short. Just when the plot picks up and the story becomes quite interesting, it ends! For example, in "Mainan Teknologi", we find out the villain is a scientist fiddling with army vets to create powerful army cyborgs. That's intriguing, right? Well, just when the main character finds evidence to nail that guy, the investigation ends because of government intervention and the story is over. WHY? Some of the stories in here feel like an introduction chapter to a much longer fiction.

I'm actually rather surprised with this anthology. Even though I don't read much Malaysian sci-fi, Azida is one of the more recognisable writers in the genre. She has published a number of titles in magazines and co-written another sci-fi novel as well. So, I definitely had higher expectations. Most of these stories are written circa 2010 so it is possible that this anthology is a collection of stories back when she was just starting out and not representative of her writing skills now. I won this book in a giveaway and I have another Simptomatik Press title in my TBR. I read a Simptomatik Press book last year which is even worse that this one. I'm not looking forward to reading that book and I'll think twice of buying a book under this label.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.