Jump to ratings and reviews

Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan

Menyingkap bait demi bait puisi-puisi indah tukangan penyair prolifik, Rahimidin Zahari ini, sesungguhnya ... seperti lewat karya-karya beliau sebelum ini, tema keagamaan dan kebudayaan sering kali menjadi nadi seni tari puisinya – tema yang dianggap beliau sebagai kesenian yang hampir pupus dan mati!

Maka, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan ini menzahirkan segala rasa kecintaan dan kerohanian diri secara harmonis dan puitis – dalam harmonis ada sengatnya, dalam puitis ada bisanya. Nikmatilah seberkas puisi “rasa dan jiwa” sejujurnya daripada beliau sepanjang menatang zaman kepenyairannya kerana esok mungkin ...

“ ... yang tinggal hanya nama dan bayang-bayang; juga sehelai daun kenangan”

65 pages, Paperback

First published January 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Rahimidin Zahari

44 books17 followers
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Halus daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Diploma Pengurusan Seni daripada Universiti Malaya (UM) ini telah menghasilkan karya dalam semua genre sastera serta memenangi pelbagai hadiah kesusasteraan di peringkat kebangsaan seperti Hadiah Penulis Muda Terbaik Cerpen ESSO-GAPENA, Hadiah Puisi Kebangsaan SHAPADU-GAPENA, Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA, Anugerah Sastera Islam Darul Iman, Hadiah Puisi Islam Yayasan Pelajar, Hadiah Sastera Kelantan, Hadiah Utusan Exxon-Mobil, Hadiah Sastera Perdana, penerima Anugerah Penghargaan MASTERA 2013 dan Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2013.

Menghasilkan sebanyak 20 buah buku perseorangan dan lebih 60 buah buku kumpulan karya bersama penulis lain serta 11 buah buku kumpulan puisinya telah diterbitkan, antaranya Lakaran Kampung, Sekepal Tanah, Matahari Berdoa, Di Kebun Khatulistiwa, Zamok Iz Peska (Istana Pasir - sebuah kumpulan puisi terjemahan dalam bahasa Rusia di Moscow), Aksara, Perjalanan Salik, Rawana (dwibahasa Melayu-Inggeris), Perahu Fansuri, Bayang Beringin dan Laut Tujuh Gelombang Buih. Puisi beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dunia seperti Inggeris, Rusia, Portugis, Korea, Arab, Thai dan Perancis.

Buku beliau seperti Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia (ITNM, 2010) dan Wayang Kulit: Shadow Play the Folk of the Malay Archipelago (ITBM, 2013) telah dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt (2010 & 2012).

Beliau pernah bertugas sebagai Pengurus Panggung di Istana Budaya dan Editor Majalah PENTAS di samping pernah memegang jawatan Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Munsyi Dewan (Sastera) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Beliau meninggal dunia kira-kira jam 4 petang pada 14 Mei 2015 di Hospital Sungai Buloh, selepas tidak sedarkan diri sejak seminggu. Beliau yang meninggal dunia pada usia 47 tahun itu, dimasukkan ke Hospital Selayang pada 6 Mei 2015 sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahan untuk menghentikan pendarahan di otaknya akibat serangan darah tinggi. Beliau meninggalkan seorang balu, Rosliza Zakaria dan lima anak berusia 9 hingga 20 tahun.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (35%)
4 stars
17 (50%)
3 stars
4 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 11 books285 followers
May 11, 2015
Sukar untuk membacakan puisi yang terlorek pada Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan pada masa ini tanpa menghubungkannya dengan realiti penyairnya, Rahimidin Zahari sedang dalam perjuangan antara nafas yang sementara dengan nafas yang abadi hatta judul kumpulan ini dan kulit depannya sendiri.

Bagaimanapun, karya Rahimidin memang sering menyelinap ke kalbu melalui bahasanya yang halus dan memikat yang menghantar makna yang digaul dengan sangat cermat lewat perjalanan keilmuan dan pengalaman yang menemukannya kepada tradisi agama dan budayanya.

Sukar untuk kita menemukan sosok penyair yang dapat meramukan agama dan budaya dengan sangat bagus pada wadah bahasa puitis - Rahimidin akan kekal menjadi antara pengamat dan perenung yang nadir itu.

Memang Rahimidin menyuntikan perbezaan pada kumpulan ini berbanding karyanya yang memenangi sayembara sebelumnya, iaitu Kumpulan Puisi Laut Tujuh Gelombang Buih kerana Sehelai Daun Kenangan ini ibarat daun-daun puisi yang melayang-layang dari sebuah pohon kehidupan kepenyairan, membawa bentuk dan warna yang lebih rencam.

Daripada puisi kemanusiaan yang dihimbau pada daun alam dan kenangan hinggalah pengucapan makrifat yang dapat direnung pada daun syariat dan hakikat; mengenalinya sebagai sosok yang setia menadah ilmu dalam tradisi ilmu yang tidak pernah putus di alam Melayu mungkin memudahkan saya untuk mencari-cari Rahimidin yang jernih pada hawa-hawa kesufian.
Profile Image for Rebecca.
Author 17 books155 followers
May 4, 2015
Tidak ada penyair lain seperti Rahimidin Zahari.
Imej biasa menjadi luar biasa di hujung penanya.
Bahasa mudah menjadi telus, jujur dan membekas di titis tintanya.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews56 followers
May 4, 2015
Puisi Rahimidin sentiasa memikat. Paling suka puisi beliau di Tanah Suci yang melembutkan jiwa.
Profile Image for Fur Abid.
229 reviews8 followers
July 9, 2021
Kembara nukilan diri dalam mencari makna untuk memaknai diri seorang sosok tubuh penulis yang bernama Rahimidin Zahari. Puisi yang mengungkapkan bait-bait yang penuh dengan mesej dan maksud yang memberi pengajaran.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews