Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dondang Pembukaan

Rate this book
makna dan kata bagai cahaya dan lampu
kala lampumu kelihatan asing; ayuh cari lampu baru
keindahan luaran sentiasa berbeza, tiap tukang
menghasilkan lampu dari pelbagai logam dan kaca
di tengahnya, pasti dimasukkan sumbu yang serupa;
sederhana atau luar biasa, mengapa lampu dicipta
kalau bukan untuk seberkas nyala?

68 pages, Paperback

First published April 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Lutfi Ishak

12 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (65%)
4 stars
19 (26%)
3 stars
4 (5%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Ramzah Dambul.
Author 9 books59 followers
April 24, 2015
Karya ini bukan sahaja merobohkan teknik pengucapan puisi yang lazim dalam dunia penulisan puisi Melayu (baik di Malaysia, mahupun Indonesia) - ia juga mendefinisikan semula tatacara bagaimana sebuah buku "kumpulan puisi" sepatutnya digubal. Apakah yang membezakan buku ini dengan kumpulan-kumpulan puisi yang lain?

Kumpulan puisi ini diolah dengan satu kesatuan inti pemikiran yang jelas. Ia ditulis dengan naratif seolah-olah seperti gaya novel. Ia membawa satu cerita yang dibina dengan plot dan watak-watak yang berkembang dari mula sampai ke penghujung. Buku-buku kumpulan puisi konvensional sebenarnya sekadar menghimpun sekumpulan puisi eceran - yang kemudian (kadangkala) ditema-temakan atau (kononnya) diberi satu juzuk naratif yang berkembang. Tapi sedar atau tidak, itu sebenarnya hanya pseudo-plot yang tidak pun menyatukan sebarang inti pemikiran secara holistik. Gagasan dan pemikirannya, jika benar-benar ditilik, masih rambang dan tidak menyatu.

Sebab itu saya sangat terpesona dengan keberanian Lutfi membunuh warisan 'klise' itu, dan menawarkan satu alternatif yang begitu segar. Dondang Pembukaan benar-benar sebuah buku yang mewakili roh "kumpulan puisi" yang tuntas. Jalur pemikirannya mengalir dengan dinamik yang saling berkesinambungan. Ia bukanlah sekumpulan puisi random yang sengaja disatukan secara paksarela di bawah tema yang bersifat 'buat-buatan' (Nota: Sebagai penyair, saya sebenarnya sedang mengata diri sendiri dengan ayat ini. Bukan mengata sesiapa yang lain!). Dalam kata mudah, Lufti menerusi karya ini telah meletak tanda-aras baru bagaimana sebuah buku kumpulan puisi patut ditukangi.

Tetapi memperkatakan kekuatan Dondang Pembukaan hanya dari sudut keberaniannya mengolah dan mendefinisikan semula kaedah olahan dan struktur sebuah buku kumpulan puisi - itu tidaklah adil. Sebab kekuatan terpenting buku ini bukan semata-mata kerana 'kelainan' yang dibawa, iaitu keberanian merobohkan warisan klise yang sudah sebati dalam jiwa penyair Malaysia selama bertahun-tahun. Kata SN Prof. Dr. Muhammad (salah seorang panel hakim): buku ini lahir daripada sebuah pena'akulan yang mendalam dan teliti (perbualan peribadi). Kekuatan sebenar itu terletak pada kejayaan penyair mengadun elemen cendikia dan pintar dalam pengungkapan karya-karyanya.

CENDIKIA: kerana Dondang Pembukaan adalah gagasan yang tepu falsafah (bukan membawa isu-isu implisit) bersabit kritikan sosiobudaya dan sosiopolitik kontemporari: yang melangkau persoalan agama, kepimpinan negara, pendidikan, jatidiri bangsa serta sikap masyarakat terhadap persoalan-persoalan ekonomi materi. PINTAR: kerana ia diolah dengan bahasa yang tidak melampaui "kayangan", serta masih tebal dengan elemen 'mesra-pembaca' yang munasabah dan mempesona. Kerana bagi saya, puisi yang tepu dengan pemikiran dan falsafah - tetapi disampaikan dengan 'bahasa aras syurgawi' yang hanya difahami oleh penyairnya sendiri dan burung-burung camar yang berterbangan di udara: adalah buku yang perlu dikuncirapi dalam almari besi pada sudut yang paling gelap dalam sebuah khutubkhanah.

Dondang Pembukaan adalah bukti bahawa penyair boleh berfalsafah tinggi tanpa hilang hubungan komunikasi dengan pembaca. Kerana ciri "komunikatif" adalah keindahan sebenar sebuah kumpulan puisi. Tahniah kepada Lutfi.
Profile Image for Fahd.
Author 58 books120 followers
April 24, 2015
Membaca Dondang Pembukaan membuatkan saya jadi malu kerana menulis puisi dan tertanya-tanya: "apa yang aku dah tulis selama ni?"
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books353 followers
December 17, 2015
" Kemuliaan penyair kerana kebenaran pada lidah
kebenaran yang berbisik atau meraung dalam puisi
sering mengirim penyair ke lembah puaka
sebelum mengirim penyair ke taman aulia
pantang penyair menazamkan kepalsuan
sekali dijunjungnya kebatilan, jadilah haiwan:
biar seekor belang ia tetap binatang
."

(halaman 57: syarah sang arif tentang puisi)

Begitu pesanan yang diberikan oleh sang arif kepada penyair. Mereka antara dua watak yang menghiasi puisi Lutfi. Dan watak yang menghiasi puisi Lutfi tidak ramai. Ini bukan puisi yang sibuk dan simpang siur membawa kita ke pelbagai latar pelbagai manusia. Hanya ada pemuda, penyair, seniman dan arif budiman. Namun seperti peluru padu yang menghentam pada tempat yang sama bertalu-talu, ia meninggalkan kesan yang dalam.

Membacanya perlu rajin dan giat membelek sejarah. Ini kerana ia karya yang sarat intertekstualiti. Malah banyak simbol yang digunakan diangkat daripada karya-karya besar dunia. Dalam karya Lutfi, ada bayangan jiwa Rumi, Farid al-Din 'Attar, Hayam Wuruk dan ramai lagi.

Selesai membaca himpunan ini, saya tergambarkan seorang pemuda yang bertekuk lutut di sisi arif budiman. Sang arif itu menjawab segala pertanyaan besar yang menjelma dalam hidupnya sebagai seorang pemuda, penyair dan seniman. Siapakah arif budiman itu? Dialah mursyid yang dirindu penyair ini dalam rintihannya,

" kumiliki, hanya cinta. kerana itu, Rabb
temukan murshidku....
"

Ini puisi paling luar biasa pernah saya hadam, membangkitkan pelbagai emosi dalam diri. Ia tidak sekadar mengguris di permukaan, tetapi ada parut yang ditinggalkan dalam hati. Sebahagian rasa itu tiba kerana Lutfi, pemuda penyair dan seniman ini, saya lihat dalam batas-batas puisinya, berusaha segigih mungkin untuk menyampaikan kebenaran - menjunjung amanat sang arif kepada dirinya.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews56 followers
April 29, 2015
Buku yang bagus akan buat kita rasa ingin baca berkali-kali dan ingin mencari sumber bacaan lain untuk menambah faham kepada makna. Buku ini salah satu antaranya. Puisi yang baik juga adalah puisi yang mempunyai lapis-lapis makna yang boleh dinikmati secara berlainan. Bait-bait kata di dalam buku ini bagai melekat di ingatan untuk dicari maknanya di dalam buku-buku lain. Tiba-tiba timbul rasa rindu untuk menyelusuri kembali lembaran kisah Mantiq At Tayr oleh Attar, untaian kata Maulana Rumi di dalam Mathnawi dan nasihat di dalamFi Hi Ma Fi Hi. Terasa mahu membongkar semula karya Annemarie Schimmel dan Seyyed Hossein Nasr milik saya. Sudah tentu mahu mengulang baca karya Pro SMN Al-Attas terutamnaya karya berbahasa Melayu yang terhimpun dalam Himpunan Risalah yang baru saya beli d Pesta Buku. Buku ini akan saya ulang baca lagi dan lagi. Tahniah dan terima kasih Lutfi.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books284 followers
May 21, 2015
Seluruh puisi yang terkandung dalam kumpulan puisi Dondang Pembukaan karya Lutfi Ishak ini menampilkan wacana yang sangat utuh dalam menjalurkan naratif perjalanan generasi muda pada zaman yang serba menggigit dan bergelut dengan cabaran yang menguji sisi akliah serta rohaniah mereka.

Pada lapis pertama, ia mewakili proses pewacanaan dalaman penyair yang dimunculkan daripada perjalanan ilmiahnya dalam suatu tradisi ilmu yang kemudian meletakkan idea-idea yang diterimanya pada suatu cermin yang kritis.

Menyelak helai peribadi pada kumpulan puisi ini, kita akan membaca suatu latar anak muda yang menanggap pelbagai fenomena yang mengerpak kehidupan idea dan politik mereka tetapi tanpa sedar membentuk suatu sikap yang keras dalam diri untuk menentang apa yang mereka tanggap sebagai kebobrokan itu.

Di sinilah, Lutfi Ishak mengubah posisinya daripada anak muda kepada sang arif kerana ia sebenarnya mewakili sisi keilmuan penyairnya sendiri; pertama mengungkapkan pandangan anak muda dan kedua mendamaikan kemarahan dengan membawanya pada ranah keilmuan yang sebenar.

Pada bahagian akhir, Lutfi Ishak yang tidak terpisah daripada dunia sastera, mengambil kesempatan untuk memperbetul dan meluruskan faham yang dipegang oleh khalayaknya sendiri kerana sebagai manusia, kelak kita akan terlebih dahulu dipersoal terhadap apa yang paling dekat dengan kita.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
April 28, 2015

Buat pertama kalinya berjaya menghabiskan buku yang dibeli dari PBAKL sebaik sahaja tiba di rumah. Amat jarang dapat tenggelam dalam asyik dan keindahan puisi tetapi Dondang Pembukaan membawa diri mengecapi puncak nikmat. Di dalamnya kita melihat tamsilan yang bersirat makna, hanya difaham apabila melihat dengan kacamata hikmah.

Malah tidak jauh untuk menilai Dondang Pembukaan. Daftar kandungannya sudah menunjukkan betapa ia disusun dengan ketelitian, bukan kesengajaan. Seperti membaca Rumi, Sa'di, Attar, Hafiz dan Iqbal, itulah Dondang Pembukaan yang menghidangkan hakikat kefahaman yang boleh dicapai dengan ilmu. Tahniah Lutfi. Inilah bentuk puisi yang lama ku cari-cari. Jawapannya kutemukan di ranah sendiri. Bukannya pada Rumi, Sa'di, Attar, Hafiz dan Iqbal.

Dondang Pembukaan adalah dimensi baharu dunia puisi tanah air yang merupakan satu magis dari peradaban persuratan yang telah lama hilang

*pertama kali bagi 5 bintang!
Profile Image for Muhamad Fahmi.
129 reviews22 followers
February 1, 2016
Lepas habis baca buku puisi ni, wujud suatu perasaan nak jelajah buku-buku sejarah dan cari rujukan silang yang lebih lanjut.

Sangat hebat! Lain daripada yang lain. Saudara Lufti Ishak berjaya membawa satu dimensi baru ke dalam dunia puisi Melayu sekaligus menempa tanda di dalam dunia kesusasteraan Malaysia. Pemilihan diksi yang taksa; meluas dan sarat dengan makna yang mendalam.

Puisi yang wajib dibaca oleh semua generasi terutamanya generasi muda - panduan untuk mencari ilmu yang meluas. Saya sendiri tentu akan membelek buku puisi ini berkali-kali.
Profile Image for Za'im Yusoff.
Author 8 books18 followers
April 22, 2015
Ia renungan yang maha dalam dan tajam dari seorang kekanda di hujung usia muda untuk membuatkan anak-anak muda semisal saya faham bahawa kehidupan nan singkat tidak sesekali boleh membenarkan kebobrokan adab berlaku yang jika tidak jelas di dalam benak anak-anak muda akan menarik peradaban jatuh seraya mustahil bangun kembali. Peradaban bermula dari dalam diri atas binaan-binaan pemikiran yang PASTI.
Profile Image for Farid Akram.
111 reviews17 followers
August 7, 2015
Kumpulan puisi yang saya akan baca berulang kali walaupun mengambil masa untuk memahaminya.

Is sebuah perjalanan,seperti pedoman untuk anak muda seperti saya yang masih menyelusuri jalan mencari kebenaran.Moga diberi kefahaman yang sejati dalam mencari kebenaran.
Profile Image for Hani.
Author 4 books24 followers
May 20, 2015
Tatkala rakan-rakan bertanya pandangan mengenai buku ini, dengan jujur saya menyatakan saya sengaja meninggalkan buku ini sebagai santapan terakhir setelah selesai 'hanyut' dengan 9 lagi buah buku yang telah meraih kedudukan dalam sayembara ITBM-PENA-BH 2. Saya tidak mahu terganggu perasaan dengan 'ketamakan' saya mahu menyudahkan buku-buku lain sama. Memang benar dan memang tepat keputusan saya itu. Dondang Pembukaan bukan hal main-main. Membacanya memerlukan kesediaan akal dan fizikal.

DP pada pandangan saya menjawab sekian pertanyaan seorang orang muda yang kadangkala keliru memilih jalan benar. Sebagai anak muda yang hidup dalam keadaan masa ini, pertanyaan-pertanyaan ini memang menghimpit pilihan. Kehadiran orang arif menjawab dengan penuh hikmah daripada ilmu-ilmu Paduka Tuan sekaligus menerangkan jalan terang yang sering digelapkan kehilangan adab baik terhadap ilmu mahupun golongan berilmu itu sendiri.


DP seperti namanya masih lagi permulaan. Pembicaraan masih terlalu dasar. Moga ada siri setelah ini yang membawa pembaca sedikit mendalam mengenai inti falsafah yang hendak di bawa. Membaca DP menimbulkan kerinduan pada siri syarahan malam sabtu Prof Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al Attas di CASIS,UTM. Jika syarahan itu berat namun, DP menerusi tulisan Lutfi Ishak menerangkan dengan lebih bersahaja, santun, baik dan tajam serta mampu difahami dengan lebih mudah oleh pengikut pemula.


Syabas Abang Lutfi Ishak. Permulaan yang tersangat baik saya kira.
Profile Image for Wan Mohd Aimran.
10 reviews42 followers
April 29, 2015
Satu sinar baru dalam menyambung tradisi persuratan Islami yang luhur sejak zaman-berzaman. Contoh bahasa Melayu yang diangkat martabatnya dalam menggarap persoalan kemanusiaan yang halus lagi sejagat; dalam menyingkap rahsia di antara makhluk dengan Pencipta; dalam menyuluh jalan muda-mudi menjejak bahagia sejati dalam berbakti.
Profile Image for Ibnu Assingkiri.
Author 16 books10 followers
August 29, 2015
Bismillahirrohmanirrahim,

Naskah ini merupakan pemenang tempat pertama sayembara penulisan ITBM-PENA-BH (2) tahun lepas. Harapan saya agar naskah ini berjaya lari dari pola tuang (acuan) pengucapan lama benar-benar tercapai. Bagus. Naskah yang bagus setara dengan pencapaiannya dalam sayembara tempohari.

Saya dapati sajak-sajak dalam naskah ini umpama belati tajam tersimpan dalam lipatan sutera. Ia melukai, menghiris, melapah malah memotong tulang-tulang dalam santun. Benar-benar mewarisi kebijakan sastera Melayu tradisi. Bukankah sastera itu kebijakan yang membijaksanakan?

Tukangan bahasa secara prosa mungkin salah satu aspek yang membezakan dan memberi kelainan serta berjaya menggilap kelusuhan pengucapan arus perdana Malaysia yang terperangkap dalam sesawang klise. Bukan itu sahaja, tukangan bahasanya begitu indah dan penuh estetika.

Setiap sajak kaya simbol yang kuat dan indah. Simbol-simbol yang berkisar istana itu menarik sekali dan dekat dengan Melayu, atau sekurang-kurangnya paling dekat dengan Melayu berbanding yang lain!

Lutfi Ishak menggilap, mengasah dan menghalusi diksi dan berjaya memuasi jelira seni. Beliau (amat) berbakat (besar) kerana hanya mengambil masa singkat (menurut prakata) untuk melahirkan karya sebaik ini.

Dalam prakatanya terdapat analogi tukang rumah bukannya mempamer kemahiran membuat ukuran, menggergaji kayu, atau memaku papan...tapi menghasilkan sebuah rumah yang menjadi keperluan setiap orang. Mungkin ini resmi padi; setiap satu skil tukang/artisan pembuat rumah akhirnya akan dinikmati (atau dikomplen) selagi tuan rumah tinggal di rumah tersebut.

Sebagai orang yang tinggal di rumah baru siap, adalah biasa jika mereka nampak bahagian yang tidak dihalusi mengikut kehendak dan piawai tuan rumah dek kerana tukang/artisan terlepas pandang atau mungkin terdapat perbezaan piawai.

Ada beberapa hal yang masih boleh diperhalusi antaranya pada sajak "anak muda memunculkan diri: dondang pembukaan nombor 3" - nota kaki 1 Hadis nabi langsung tidak memberi nilai tambah kerana tidak dinyatakan hadis mana, sumber mana dan siapa perawi.

Pada sajak "anak muda memunculkan diri: dondang pembukaan nombor 6" rangkap 2 baris ke 2, "siapa yang mencari sempurna, akan mati kafir." Tanpa mempertikai intensi pengarang, frasa tadi agak menyesak nafas kefahaman para pembaca pemula.

Kewenangan Licentia Poetica dalam menulis tajuk panjang (prosaik) telah diambil tanggungjawab dalam prakata. Penggunaan huruf kecil semua dan hanya memakai huruf besar pada nama dan ganti nama Tuhan bagaimanapun tidak diperjelaskan. Timbul pula persoalan kecil kenapa nama para nabi dan malaikat (nama khas) tidak dihurufbesarkan. Ada lagi beberapa hal yang menimbulkan pertanyaan kecil terkait sajak-sajak relegi dalam naskah ini.

Secara keseluruhan naskah ini berjaya mencapai harapan (yang saya pasang) sebelum membacanya. Ia menyampaikan pesan-pesan bermanafaat kepada semua golongan penting yang menganggotai masyarakat tergantung pula samada mereka dapat menghadam amanat melalui medium sajak-sajak indah dalam naskah ini.

Golongan pengarang, pemuisi dan sasterawan patut berterima kasih kepada pengarang Lutfi Ishak kerana turut menyampaikan pesan-pesan bermanafaat khas kepada mereka dan juga kerana beliau telah menetaskan sajak-sajak yang menginspirasi dan meletakkan penanda aras baru dalam dunia perpuisian tanah air.

Wallahua'lam.


Profile Image for ainunsailah.
88 reviews15 followers
December 29, 2015
Ini cubaan pertama baca buku puisi. Rasa mahu terteleng kepala berfikir makna di sebalik setiap kata penulis. Maafkan aku. Aku akan cuba lagi baca buku puisi. Mungkin puisi ini terlalu berat untuk jadi yang pertama. Dan masanya juga tidak sesuai. Tergesa-gesa. Sedangkan puisi itu ketenangan dan penghayatan.

Mesej nya cukup mendalam tentang perjuangan anak muda.
Profile Image for Md. Khir.
Author 2 books10 followers
November 24, 2015
Aku selama ni tertanya-tanya, tak ada ke novel yang diolah dengan sajak?

Dan aku jumpa buku ni.

Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
December 31, 2018
Buku terakhir dibaca pada 2018.

Saya membaca Dondang Pembukaan seolah seperti orang rabun yang melihat dalam kesamaran. Penggunaan intertekstualiti yang banyak serta penggunaan kosa kata yang belum saya fahami membuatkannya agak sukar untuk memahami maksud yang ingin disampaikan penyair. Saya fikir saya perlu membacanya berulang kali untuk dapat memberikan review yang lebih layak bagi karya ini.

Saya juga boleh katakan gaya puisi ini dikumpulkan juga sangat unik. Ini kali pertama melihat puisi rupanya boleh sahaja ditulis dan dikumpulkan seperti babak babak berkesinambungan yang akhirnya menjadi sebuah hikayat.

Saya pasti akan membacanya semula.
Profile Image for Muzaf Ahmad.
Author 5 books20 followers
August 8, 2015
Puisi yang baik adalah puisi yang mampu membuat pembaca menutup buku dan termenung seketika sambil bermuhasabah dirinya.
Saya mengenali Lutfi Ishak melalui kumpulan cerpen Cerita Malam Pertama. Ia terbit pada tahun 2011, dan ketika itu jugalah saya membacanya.
DP tampil dengan sejumlah wacana dan gaya yang saya fikir agak baru dalam dunia penulisan puisi Malaysia. Walaupun tidak memahami sepenuhnya maksud penulis, patah-patah kata di bahagian hujung kumpulan puisi ini membuatkan pembaca menutup buku, termenung dan berfikir jauh.
Tahniah!
Profile Image for Qifuat.
4 reviews
May 22, 2015
Cuma satu soalan, memang segala watak dan dialog dalam novel puisi (saya gelar ia novel puisi kerana memang macam novel dah. Cuma dalam bentuk puisi) ini dicipta dari satu kepala ke? Atau memang berguru untuk mendapat segala jawapan itu? Ah! Best lah! Andai masa lapang sedekad panjang, akan kutelaah dan tafsiri sebutir demi sebutir diksi yang terkandung. Segala dondang memang mengasyikkan dan membukakan pandangan, pemikiran. Terima kasih bang Lutfi Ishak atas buku ini.
Profile Image for Keon Safaai.
37 reviews
January 10, 2016
Membuka tahun baru dengan Dondang Pembukaan, menemukan diri dengan kata indah bersusun sulam bagai sutera kiraan benang tertinggi. Sarat nasihat, sarat kiasan sinis menampar usia yang semakin lanjut. Kepada penulis hamba ucapkan tahniah, dan terima kasih.
Profile Image for Faiz • فائز.
388 reviews3 followers
November 11, 2024
Sedari awal helaian buku, pada bahagian prakata lagi, saya sudah meyakini bahawa puisi-puisi yang terkandung di dalamnya ialah puisi yang berisi, bukan sekadar susunan aksara yang nihil pada inti. Ada tiga perkara utama pada bahagian ini yang ingin saya petik semula.

Pertama, keasyikan pada pembaca tatkala menjamah puisi ialah pada pentafsiran bait-baitnya, dan hal ini tidak seharusnya direnggut daripada pembaca; dinukil daripada pesanan Prof. Syed Muhd Naquib al-Attas dalam Rangkaian Rubaiyyat.

Kedua, Lutfi (penulis) memperingatkan pembaca bahawa pengarang itu menjadi terpandang bukanlah kerana keahliannya dalam memintal kata semata-mata, namun menggunakannya untuk “menyampaikan kenyataan-kenyataan pasti tentang sesuatu (halaman xv).

Ketiga, apa sahaja bidang yang kita ceburi, maka ditaklifkanlah ia sebagai fardhu ‘ain ke atas diri kita. Perjuangan untuk merubah sesuatu itu bermula dari dalam diri sendiri.

Berkenaan puisi pula, tidak tergambar bagaimana saya ingin mengungkapkannya. Bukan hanya terlalu indah jalinan katanya, bahkan yang lebih utama ialah wacana yang terkandung didalamnya. Pembaca dipimpin bersama, melewati persoalan-jawapan dan peristiwa yang dirasai oleh anak muda. Rehlahnya di pasar, kemudiannya membawanya ke dewan. Di sinilah dia bersoal jawab dengan sang arif—isi hatinya diluahkan dan persoalan yang membelenggu dibebaskan.

Antara bahagian yang saya paling gemar ialah pada muka surat 22; memerihalkan anak muda dan penguasa, dan muka surat 43; mengimbas semula kegemilngan andalusia, alhambra dan cordoba. Setakat ini, kumpulan puisi ini yang paling terbaik yang pernah saya miliki.

hal. 22:
"siapa lagi hakim terbilang
kalau bukan jelata terbuang?"

hal. 48:
"oh, kemenangan, penanya milik raja,
biar tintanya darah jelata"
Profile Image for Hadi Muss.
148 reviews20 followers
July 2, 2022
Puas hati bila baca naskhah kumpulan puisi ini. Sememangnya asyik menafsirkan bait-bait puisi seperti prakata penulis di awal naskhah. Isinya kohesif dalam bentuk cerita, bercerita tentang hal-hal perjalanan mencari hakikat kehidupan, tentang ilmu. Puisi yang dikarang berupa persolan dan jawapan namun, jawapan juga dalam bentuk perlambangan yang menuntut supaya kita terus berfikir. Bukan hanya disuap semata.

Naskhah ini mengingatkan saya dengan Sidang Unggas dari segi isi, perlambangan dan nuasa cerita. Padan lah ia sebagai pemenang kepada sayembara penulisan ITBM-PENA-BH. Kepada yang meminati puisi yang ber'isi', saya sarankan baca.
Profile Image for Izzat Isa.
423 reviews52 followers
November 20, 2024
Saya fikir kumpulan puisi ini merupakan karya masterpiece kepada penyair ini. Membaca karya ini mengingatkan saya kepada teknik soal jawab dan pembincangan yang menjadi amalan kepada para ahli falsafah dan ulama dahulu kala. Tidak dapat dinafikan, buku ini merupakan salah satu karya penting kepada perkembangan puisi di abad ke-21 di Malaysia.
Profile Image for Amirul Zulkefli.
8 reviews2 followers
December 2, 2015
Diakui ni adalah salah satu buku puisi yang tinggi bahasanya. Macam seorang pendeta mempersembahkan puisi-puisi. Aku yang baca puisi terpaksa cari maksud dkt kamus. Maka, rating yg patut diberi adalah 4 bintang sebab mmg karya sastera. Buku puisi sarat dengan keindahan bahasa yg ditulis dgn metafora,personifikasi dan simile, juga penggunaan diksi yg jarang didengari.

Recommend reader
Puisi ni memang sesuai dibaca oleh orang yg ingin mendalami puisi sastera dan kepada peminat-peminat sastera
Profile Image for Izzan Naz.
2 reviews
January 22, 2021
Teguran yang indah dan sangat mendalam diukir sebaik-baiknya oleh penulis. Disamping membuka minda buat para pemuda
Profile Image for Fur Abid.
228 reviews8 followers
June 3, 2021
Sebuah penulisan puisi dari seorang anak muda (pada zaman beliau menulis buku ini). Bijak bermain dengan kata-kata bahkan bahasa-bahasa jargon yang digunakan bisa menggugatkan jiwa yang membaca.
Displaying 1 - 25 of 25 reviews