Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selamat Pagi Cinta

Rate this book
Ulfah dan Erin adalah sahabat baik sewaktu mereka belajar. Bukan itu sahaja malah mereka duduk sebilik. Namun hubungan mereka berakhir akibat satu fitnah yang datangnya dari perasaan cemburu Erin terhadap Ulfah. Fitnah itu juga telah menyebabkan Ulfah putus tunang dan majlis perkahwinan yang akan berlangsung tiga bulan lagi terpaksa dibatalkan.

Selepas empat tahun mereka dipertemukan sekali lagi. Pada pertemuan kali kedua ini, hubungan mereka semakin buruk bila kekasih pertama Erin, Wadi Shafy tanpa sedar sudah jatuh cinta kepada Ulfah. Bekas tunang Ulfah, Ahmad Zaim pula kembali meraih simpati Ulfah walaupun dia sudah berumahtangga. Ulfah serba salah lebih-lebih lagi bila mengetahui Erin menghilangkan diri selama ini kerana mendapatkan rawatan di luar negara. Campurtangan ayah Ulfah, Tuan Zakri banyak membantu Wadi Shafy sehingga dia berjaya memiliki Ulfah.

602 pages, Paperback

First published April 1, 2015

1 person is currently reading
78 people want to read

About the author

Aidah Bakri

12 books43 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
55 (45%)
4 stars
48 (39%)
3 stars
13 (10%)
2 stars
4 (3%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 44 reviews
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
April 21, 2015
Wow!

Ini kisah Teacher Ulfah yang tegas, tapi baik hati. Ini kisah Wadi Shafy yang prejudis dan sarkastik. Ini kisah Erin yang cemburukan Ulfah. Ini kisah Ahmad Zaim yang mudah percaya membabi-buta. Ini kisah mereka yang punya pelbagai cerita.

Ulfah – Erin, mereka pernah bersahabat baik. Kerana rasa cemburu, Erin sanggup menabur fitnah memburukkan nama baik Ulfah hingga menyebabkan Ulfah putus tunang.

Ulfah – Ahmad Zaim, mereka pernah bercinta hingga mengikat tali pertunangan. Lagi tiga bulan mereka akan berkahwin, ikatan pertunangan mereka terlerai. Kerana fitnah, Ahmad Zaim tega membuang Ulfah. Di hari yang sepatutnya Ulfah diangkat sebagai isteri, Aqila dijadikan ganti. Ulfah kecewa. Bukan sedikit, bertahun dia mengelakkan diri daripada pulang ke kampung. Tapi Ulfah akur pada takdir. Dia pasrah walaupun harus menanggung kecewa.

Erin – Wadi Shafy, mereka pernah jadi kekasih. Tanpa alasan, Erin pergi tinggalkan Shafy tanpa sepatah kata. Shafy kecewa. Apatah lagi di saat dia bersedih dengan kehilangan kedua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan. Shafy marah pada Erin. Marah kerana tinggalkannya. Marah kerana membuatkan adiknya Wafi Shauqi menerima tempias kehilangan Erin. Selama dua tahun dia berusaha membuang rasa cintanya pada Erin. Di saat usahanya telah berjaya, Erin kembali menagih kasih.

Ulfah – Wadi Shafy, mereka pantang bersua muka, ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja kata sinis yang tercetus. Ada sahaja perkara yang membuatkan mereka berbahas kata, berbalah bicara. Tapi kerana Wafi Shauqi mereka ‘terpaksa’ berjumpa.

Apa kisah silam mereka? Dan apa yang terjadi pada mereka, bila perjalanan hidup mereka menemukan mereka pada satu titik yang dinamakan takdir? Selamat Pagi Cinta ada jawapannya.

***

Saya sukakan karya Aidah Bakri ini. Suka sangat-sangat!

Saya sukakan jalan cerita yang tidak meleret. Saya suka analogi sepasang kasut dan cinta. Menarik dan kreatif!

Saya sukakan mainan bahasa penulis yang indah berseni. Hatta tengah bergaduhpun, tutur kata tetap terjaga bahasanya. Tak padan dengan cikgu Fizik ya Ulfah. Kata-katanya sering menyuntik semangat (pada pelajar-pelajarnya) tapi ada kalanya sinis menusuk jantung.

Saya sukakan watak-watak yang dipotretkan. Teacher Ulfah yang baik hati, tapi dalam lembut ada tegasnya. Teacher Ulfah yang kasihkan pelajarnya. Teacher Ulfah yang rela berkorban (walaupun dalam rasa terpaksa).

Saya geram pada Erin, yang selalu ambil kesempatan atas kebaikan Ulfah. Saya menyampah pada Erin yang suka merayu-rayu tu.

Saya bengang dengan Ahmad Zaim yang mudah termakan kata. Kata cinta! Kata sayang! Tapi asas kepercayaan tak ada. Saya sokong Ulfah yang rasional dalam membuat keputusan (yalah diakan cikgu!) Dan Ahmad Zaim sememangnya tidak layak untuk Ulfah.

Saya rasional pada Wadi Shafy kerana bukan salah dia sukakan Teacher Ulfah dan bukan salah Teacher Ulfah bila Wadi Shafy jatuh cinta padanya kerana dia tak buat apa-apapun untuk menarik perhatian Wadi Shafy!

Saya suka juga dengan watak Mejar (B) Tuan Zakri yang garang tapi penyayang. Saya tak suka pada Kak Anum yang suka ambil tahu. Kepoh!

Pendek kata, hanya dengan bermain dengan laras bahasanya, penulis berjaya membangkitkan pelbagai rasa dalam jiwa saya. Tak terasa masa berlalu, tak tercuit rasa bosan tatkala 602 muka surat naskhah ini saya tekuni. Dan saya baca tanpa ada keinginan untuk berhenti selagi belum jumpa titik tamat. Ya, naskhah ini benar-benar telah mencuri tumpuan saya 200 peratus.

Tahniah kak Aidah! Kamu curi hatiku dengan bahasa indahmu!

(banyak pula simbol ‘!’. Ini menunjukkan betapa terujanya saya dengan naskhah ini) hikhikhik

Harap ada yang setuju dan berkongsi rasa yang sama dengan saya.
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
May 8, 2015
Amboi Wadi Shafy mulutnya kalah meriam tanah, asyik nak lancar perang saja. Mujur sangat jumpa Teacher Ulfah yang baik hati. Tapi, dalam baik tu boleh tahan juga tegasnya. Almaklumlah cikgu. Tak cukup Wafi yang menjadi pelajarnya, Ulfah 'sekolahkan' sekali Wadi (saya suka panggilan Wadi daripada Shafy ^^). Padan muka awak abam sado [saya kira Wadi Shafy ni boleh tahan sadonya kerana dia pemilik sebuah gym :)]. Silap oranglah awak nak bahasakan Teacher Ulfah. Walaupun mengajar subjek Fizik, tapi Teacher Ulfah sudah cukup berbahasa dengan awak Wadi Shafy. Kan dah terbalik kot. Dibahasakan pula awak sampai terdiam jadinya. Hahahaha.
Teacher Ulfah. Peritnya rasa yang ditanggung Teacher. Saya jadi kagum dengan teacher. Tak mudah goyah. Lagak seperti Iron lady (iron man versi perempuan) penuh perisai di sekelilingnya. Menangkis semua dugaan yang datang macam Lin Dan tepis shutlle. Sampai Erin terkesima.
Erin. Setiap kali berhadapan dengan perempuan seperti awak, saya jadi kasihan. Kasihan kerana awak terlalu lemah, ikutkan perasaan. Ya tahu, dia itu pernah jadi raja di dalam hati awak. Tapi, awak kena ingat takhta yang ditinggalkan kosong, takkan begitu selamanya. Pernah awak dengar sebuah kerajaan tanpa pemimpin. Ulfah bukan gulingkan awak pun tapi awak yang terbang tinggalkan sarang. Kan dah berleter panjang. hahahaba. Maafkan saya Erin. Apapun saya tak gemat melihat kaum saya lemah tunduk tak kena tempat.
Ahmad Zaim *geleng kepala*. Awak dah pilih jalan sendiri, mengapa dikacau laluan orang? Teruskan memandu kerana destinasi awak dan dia tak sama lagi. Faham tak? :p

Tahniah Aidah Bakri. Satu lagi naskah penuh emosi dan bahasa yang cantik :)
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
June 30, 2015
*boleh tak malam ni nak mimpikan Wadi Shafy ngeeeeee


Suka permulaan cerita,
suka hubung kait Wafi-Ulfah-Wadi
Suka sikap Ibu dan Ayah Ulfah walau adakalanya watak Tuan Zakri ni tak berapa relevan *garang sgt ngeri plak rasanya dgn pakcik tu tapi pakcik mmg Awesome ya.
Paling suka dua beradik tu lah kan.

Tak suka,
si Erin dari awal kemunculannya sampai lah nak berangkat tu phewww sakit jiwa je rasanya.
Teacher Ulfah yg tak berapa nak konsisten,pandai menasihati orang tapi tenggelam sendiri.
Tak Suka juga babak2 penolakkan Ulfah terhadap Wadi Shafy rasa nak jeritkan je Ulfah ni.

Puas hati dapat mengkhatamkan naskah ini lebih cepat dari yg dijangka.
Permulaan kisah mcm ala2 sweet je jadi igtkan nak lah bersantai-santai je bacanya,tiba-tiba si Erin muncul dan seolah-olah memonopoli keadaan terus stress bila dah stress tu faham-faham je lah otak bertindak
dengan lebih pantas kan.
Sejujurnya ada babak-babak yg buat saya rasa tawar hati tapi penyelamat kisah ini ialah babak-babak selepas Ulfah-wadi Shafy menjadi suami isteri, saya puji olahan penulis disini kerana bijak menzahirkan hubungan suami isteri tanpa perlu babak-babak terlebih gula(Extreme).Cukup dengan kata-kata dari Wadi shafy je dah buat hati Ulfah cair,kalo Ulfah yg keras hati tu pun cair saya apalah lagi *wink-wink.

P/S 4* tuk untuk Wadi Shafy je
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 7, 2015
3.30 am Selamat Pagi Cinta
Dalam tempoh 9 jam cerita ini habis di khatam.
Akhirnya boleh tidur sambil tersenyum bahagia zzzzz

-------------------------------------------------------

Sorang serangga perosak dan sorang lagi lipan tanah? Hehe kelakar apabila teacher Ulfah guru fizik kepada pelajar bermasalah Wafi Shauqi bertemu dengan penjaganya Wadi Shafy. Lelaki yang ego, sombong, sengal dan poyo di mata Ulfah. Silap la kalau Ulfah nak tunduk dengan lelaki sebegitu, memang dia kasi sengat bengkak menanah sampai Shafy tak senang duduk kalau sehari tak bertemu muka.

Kelas tuisyen untuk Wafi dan rakan sekelas yang lain dijadikan tiket untuk Shafy bertemu Ulfah tanpa sedar kehadiran Ulfah itu bagai menyiram hati dia yang mati dan sepi ditinggalkan kekasih hati lebih 2 tahun lamanya.

Hidup aman damai Ulfah tergugat bila Erin kembali semula ke sekolah tempat dia mengajar. Sahabat lama ini memang seboleh-bolehnya dia hindari kerana kisah 4 tahun lalu masih melukakan hati dan maruah keluarga Puan Ezzah dan Tuan Zakri. Tak tahu mana silap dia, Erin sanggup fitnah dia ada skandal dengan pensyarah dan hampir meruntuhkan rumahtangga pensyarah mereka dan lebih malang dia dibuang tunang sendiri yang bakal diijab kabulkan 3 bulan lagi. Alasan Erin memang tidak dapat diterima dek akal tapi siapa yang pernah kena tikam dengan kawan seperti yang berlaku pada Ulfah tak tahu bagaimana mahu ketawa atau menangis dengan orang sebegini.

Cerita makin panas, disangkakan Erin kembali untuk memusnahkan lagi hidup dia. Ada kisah yang lagi menarik kerana kali ini melibatkan kisah cinta 3 segi antara Ulfah-Shafy-Erin. Masalahnya Ulfah tu tak ada hati pun pada Shafy. Itu kata Ulfah. Kata Tuan Zakri pula lain. Peranan Tuan Zakri yang garang dengan anak daranya memang mencuit hati. Apatah lagi bila cerita tentang anaknya orang masih dok jaja, lesen besar terus diberi pada Shafy. Dengan anak sendiri macam bapak harimau tapi dengan anak yatim piatu berdua itu Wafi dan Shafy dilayannya bagai anak sendiri. Opsss sudah terlebih bercerita Cik Pah, korang dapatkan sendiri naskah ini. Pasti tak mengecewakan.

Falsafah cinta Shafy memang lain daripada lain. "Seperti sepasang kasut, meski berbeza kanan dan kiri, tetapi tetap berjalan menuju ke satu tujuan. Tetap seiring hingga ke garisan terakhir. Jika salah satu daripada hilang, maka tak ada maknanya sebab yang sebelah lagi tak mampu berjalan sendiri."

"Sepasang kasut yang saya sayang dulu dah hilang sebelah. Lalu satu yang tinggal dah saya buang jauh-jauh. Apabila saya jumpa semula kasut yang hilang itu, saya tak rasa nak cari balik sebelah yang dah saya buang. Sebab saya dah tak perlu kasut itu lagi."

Ulfah , Shafy ni nak kasut baru. Ada faham! :)










Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
May 20, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM20.00. PM je...

Naskah ini ku beli di pbakl untuk seorang teman GR (yang x pernah bersua muka dan mendengar suara). Hanya dengan hai and hello di PM and Wassap, dia 'sua tengkuk' dengan mengkreditkan sejumlah wang untuk bayaran beberapa buku yang disenaraikan.

Betullah kata seorang penulis, buku boleh 'mengikat' sesiapa sahaja. Isu menipu atau tertipu memang tiada dalam kamus penggemar2 buku. Hanya bersangka baik sesama manusia....

Ohhhh... dan kerana tidak tahan dengan pembakaran terbuka teman-teman seperjuangan (mereka2 ini pejuang barisan hadapan a.k.a tentera berkuda; gagah berani menakluk 'musuh' yang tiba), aku terpaksa mencari naskah ini di toko buku. X de keja cari keja. Kalau disekalikan pembelian hari tu kan senang, siap ngan TT penulis lagi!!!

Ulfah? Sukaku pada dia hanya 50-50. Gemarkan kelancangan kata2nya mematahkan hujah2 Wadi Shafy yang pasti berbau sinis. Geramkan prinsipnya yang tidak kena tempat bila masih membawa cinta Ahmad Zaim biarpun dah bertahun-tahun ditinggalkan.

Wady Shafy? Ramai pejuang2 barisan hadapan yang 'tewas' dengan pakcik ni! ;P

Cuma.... Aku masih tercari-cari rasa Wady Shafy terhadap Ulfah. Titik tolak rasa Wady untuk Ulfah 'tenggelam'... tidak sampai di hati aku. Seperti ada sesuatu yang teringgal di situ.

Apapun.... aku tetap sukakan Dandelion dan Angsana Kuning kerana mampu mekar sepanjang siang... bukan setakat di waktu pagi.

Peace



Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
July 12, 2015
3.8 bintang

Disebabkan masih belum pernah membaca mana-mana karya Aidah Bakri, maka saya agak 'kebal' dengan godaan rakan-rakan yg begitu teruja dengan naskhah ini. Namun, semakin hari, semakin kuat pula lambaiannya memanggil-manggil supaya dibaca.

Apabila sudah berada di tangan, oooohhh...patutlah mereka semua begitu teruja. Memang kisah yang sangat menarik, ditambah dengan bahasa indah yang lembut. Dan watak-wataknya seperti hidup, tanpa perlu beria-ia digerakkan oleh si pencerita. Tidak terasa halaman demi halaman yang diselak (tapi saya tetap ambil masa nak habiskan, sebab kekangan waktu membaca yang terhad). Perasaan teruja tu boleh dikatakan berada pada graf yg sama, tanpa ada turun naiknya. Sehinggalah lebih kurang 100 mukasurat terakhir...

Saya agak terkilan dengan olahan plot pada ketika ini bila Ulfah seolah-olah bermain tarik-tali dengan Ahmad Zaim, bekas tunangnya. Penolakannya seperti memberi harapan pula... hmmm... sedangkan Shafy yang terang-terang tiada ikatan, ditolak mentah-mentah, hanya kerana rasa kasihan melampau pada Erin. Selepas mereka berkahwin, sikap Ulfah agak tidak rasional pada pandangan saya. Si suami yang sah, yang patut dihormati, yang patut dicintai, yang patut ditaati, diabaikan malahan didesak supaya kembali kepada Erin. Adoiii la Ulfah, Shafy tu kan manusia, mana boleh main passing2 gitu jer. Dia pun ada perasaan, dia pun ada hak untuk membuat keputusan ke atas hidupnya. Lepas sahajalah Erin tu dengan hidupnya, makin dilayan, makin menjadi la dia :-( Kesian Shafy...(punca bintang dikurangkan sedikit ye ;-) )

Bahasa yang membuai dan olahan yang menarik cuma kadang-kadang seperti ayat tu diulang-ulang, tanpa variasi (mungkin akan menimbulkan perasaan kurang selesa jika dibaca pada masa yg tidak kena). Namun, kisah ini berjaya menarik saya untuk mencari naskhah-naskhah lain penulis :-)
Profile Image for Hajar.
284 reviews
May 12, 2015
Suka Teacher Ulfah. Suka Wadi Shafy. Diorang berdua ni memang serasi sangat. Macam buku bertemu ruas. Hihi.

12-05-2015

Ulfah:
Saya sangat suka watak Teacher Ulfah ni. Selamba dan tak mudah mengalah. Biar pun pernah lalui fasa kecewa kerana putus tunang angkara orang yang dianggap sahabat karib sendiri, Ulfah tak pernah jadikan itu sebagai penghalang untuk dia meneruskan hidup. Mengendalikan kelas Wafi yang kononnya sukakan Teacher Ulfah membawa Ulfah mengenali abang Wafi yang kerek tu. Walaupun Wadi Shafy (Shafy) selalu jalankan operasi provokasi terhadapnya, Ulfah sedikit pun tak melatah. Malah setiap hujahan berjaya dipatahkan dengan baik sekali. Memang macam bertemu buku dengan ruaslah. Haha.
Kemunculan Erin, teman yang pernah 'menikam'nya itu pada mulanya agak meresahkan Ulfah. Ialah, bukan senang nak bangkit dari kesedihan lalu. Tapi Ulfah ni bukannya jenis cepat mengalah. Selamba ajalah dia 'bahasa'kan Erin bila mereka berselisih pendapat. Mampukah hubungan mereka pulih kembali seperti dulu?

Wadi Shafy:
Siapa sangka lelaki sinis dan kerek ini pernah berdepan dengan kisah perit dalam hidup? Kehilangan kedua orang tuanya dalam ditambah pula dengan pemergian insan tersayang tanpa pesan membuat Shafy tekad memulakan hidup di tempat baharu. Perkenalannya dengan Ulfah bagai memberi semangat kepada Shafy. Tapi itulah, mereka ni macam kucing dengan anjing. Pantang bertemu. Ada saja perbalahan dan perang mulut yang tercetus. Tapi kerana adik kesayangannya, Shafy terpaksa juga bertemu dengan Ulfah. Kemunculan Erin turut memberi impak terhadap Shafy. Apa tidaknya, Erinlah penyebab Shafy membawa diri selepas pemergian kedua ibu bapanya. Heh. Sibuklah merayu dengan alasan penyakit yang disembunyikan daripada pengetahuan Shafy selama ini. Tegakah Shafy untuk mengenepikan rasa indah yang berputik terhadap Ulfah semata untuk memenuhi permintaan dan rayuan Erin? Heh.

Komen saya:
1. Suka Ulfah. Lembut tapi tegas. Baik hati. Tak terlalu mementingkan diri. Masih boleh berkompromi walaupun kehadiran Erin di sekolah yang sama dengannya telah 'merampas' banyak tugas hakikinya. Tapi ada juga sikap komprominya yang buat saya rasa macam nak cepuk dia sekali terutamanya bila melibatkan Shafy dan Erin. Huh.

2. Suka dengan falsafah kasut Wadi Shafy. Unik.

"Seperti sepasang kasut, meski berbeza kanan dan kiri, tetapi tetap berjalan menuju ke satu tujuan. Tetap seiring hingga ke garisan terakhir. Jika salah satu daripada hilang, maka tak ada maknanya sebab yang sebelah lagi tak mampu berjalan sendiri."

3. Suka dengan Mejar (Bersara) Tuan Zakri. Luarannya nampak garang. Tapi siapa sangka dalam hati ada taman orkid. Hihi. Segarang-garang Tuan Zakri boleh ngam pula dengan Wafi dan Shafy. Manalah Ulfah tak bengang?

4. Tiba untuk watak yang saya tak gemar, Erin. Suka sangat pergunakan alasan sakit tu untuk tarik perhatian orang lain (terutamanya Shafy la). Dan gunakan kabel pakcik sendiri untuk kepentingan peribadi di sekolah baharunya. Haila Erin. Lain kali fikir panjang sikit sebelum buat keputusan ya? Tak pasal berputih mata bila tau tempat di hati Shafy sudah pun terisi dengan kehadiran gadis lain. Padanlah muka. Heh.

5. Suka gaya bahasa yang digunakan. Tak terlalu berbunga tapi rasa menyenangkan. Tahniah dan terima kasih buat penulis untuk kisah yang indah ini. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus menulis.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
January 4, 2019
Suka sangat-sangat...

Dua insan yang ada kenangan pahit angkara dari orang yang sama. Ulfah yang difitnah sahabat baik manakala Shafy ditinggalkan kekasih secara tiba-tiba. Kisah ini jadi menarik mungkin sebab cara penulisan penulis itu sendiri. Kalau orang lain yang tulis belum tentu perasaan membaca itu sama. Betul tak?

Ulfah ni lambat nak sedar akan kehadiran Shafy. Dah jadi suami isteri baru nak terbuka hati untuk mencari bahagia. Pada aku, Ulfah mungkin dah tutup pintu hatinya setelah putus tunang dengan Zaim. Tapi dalam kata tak mahu, dia masih mengenang akan kenangan dengan bekas tunang. Kalau tak dipaksa Tuan Zakri untuk menerima Shafy entah bila la nak merasa tengok Ulfah bersuami. Garang-garang Ulfah sebenarnya hati dia sangat lembut.

Shafy plak yang konon membawa diri sampai ke Johor semata-mata patah hati bak kata Ulfah sangat tak berbaloi. Sampai adik sendiri diabaikan. Saudara mara di Ipoh pun tak dilawatnya. Dan tawaran pada Ulfah untuk jadi cikgu tuisyen pada Wadi mungkin sebagai taktik nak mengorat. Shafy tak kisah kalau Ulfah yang selalu sangat marah-marah dan lokek dengan senyuman. Ada saja ayat-ayat sindir diantara mereka berdua kalau berlawan cakap. Shafy memang suka cari pasal dengan Ulfah.

Dan jodoh mereka berdua ni dimudahkan lagi bila adanya bantuan dan sokongan malah restu dari Tuan Zakri dan Puan Ezzah. Mana ada orang boleh bantah dengan kemahuan Tuan Zakri. Keras kepala Ulfah tu menurun dari ayahnya lah kan tapi lembut hati Ulfah datang dari ibunya. Melibatkan orang ketiga ni terutama sekali dari Erin, aduhai... degilnya Erin untuk melepaskan Shafy ditambah lagi dengan sikap prejudis bila dengan Ulfah. Bertuah tau tak ada kawan baik macam Ulfah kenapa nak cemburu tak tentu pasal.

Tuan Zakri cakap lupakan semua yang menyakitkan, lupakan semua fikiran yang sia-sia dan jangan cuba membayangkan apa yang mungkin bakal berlaku esok. Perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada apa yang kita fikirkan.

Teori sepasang kasut tu memang comel.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
September 22, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Best!!! Tak sangka sebenarnya~ Ingatkan cerita yang biasa-biasa sahaja. Yes, jalan ceritanya memang biasa-biasa. Tapi pengolahan dan kehalusan penyampaian membuatkan ia menjadi luar biasa. Banyak kata kiasan dan perumpamaan digunakan. Tapi itu yang membuat Selamat Pagi Cinta sangat addictive. Kata-kata sinis pun boleh terasa halus tapi tetap menikam dek penangan ayat-ayat yang 'power'.

Semua watak-watak dalam cerita ini memainkan peranan untuk menghidupkan cerita. Sampaikan watak Erin si villain pun N boleh jatuh simpati. Sakit hati pun yer, kesian pun yer. Sakit hati dengan apa yang telah dia lakukan pada Ulfah. Kesian kerana N rasa dia seorang yang fragile and vulnerable dan sebab hubungannya dengan Shafy terputus di tengah jalan. Setiap kali Erin merayu, ia membuat N terasa goyah. "How will this story end? Adakah Shafy akan memilih Ulfah yang beku? Atau kembali pada Erin yang amat memerlukannya?"

Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews61 followers
June 3, 2015
Pertama, Mencari Taman Dihati..
Kedua, Dandelion Ditiup Angin..
Ketiga, Detak Jantung Dia..
Keempat, Selamat Pagi Cinta..


Baru selesai membaca kisah Teacher Ulfah dengan Wadi Shafy.. Sepanjang membaca, hati sentiasa berdebar.. Dalam masa yang sama, hati sering berkata; Jadi la Ulfah ni dengan Shafy.. Mintak-mintak jadi la dorang berdua ni.. Jangan la Shafy tu dengan Erin.. Mintak-mintak Erin tu mati la.. Kejam sungguh pemikiran sampai nak watak Erin tu dimatikan..! Siapa suruh menempel dan mengacau hubungan dorang berdua, kan...? Ahahaha..


Kena baca kisah dorang berdua ni dari awal hingga akhir untuk dapatkan lebih rasa kemanisan, lebih rasa kepoyoan, lebih rasa kegeraman dan macam-macam rasa lagi.. :D Punya la aku tahan hati supaya jangan curi-curi selak muka surat terakhir.. hehe...


p/s: Ada peningkatan dari segi penyampaian cerita.. Dan aku suka kisah Ulfah dan Shafy ni... :) Tahniah untuk penulis..
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 23, 2019
Pertama kali baca novel Aidah Bakri. Tengok review di GR novel ni nampak menarik.

Aku suka part pergaduhan antara hero & heroin. Nampak sweet.

Bagi aku novel ini dalam kategori bahan bacaan yang ringan. Konfliknya tidak terlalu berat.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
June 1, 2015
permulaan cerita dah buat MB teruja
wowww teacher ulfah kata kata awak
sangat selamba ya.. terkaku si teruna sorg tu..
hehehe

erin ni MB xtau la nak cakap short lost memory ke?? gila betul kau macam orang yang tak buat salah je kan..


yeahh finally done 30 may 15

apa yg boleh MB kata kn karya ni mmg best sgt menarik momentum pembacaan sentiasa teruja.. tak klise tak boring

cuma MB rasa boleh tak ku nak nyahkan watak Erin dlm SPC ni termasuk paksu dan cikgu anum.. arghh sangat menjengkelkan ok.. buat malu profesion guru sahaja menyalah guna kuasa..

watak Erin MB rasa dia ni ada masalah mental je sebab dia sekejap ok sekejap mcm dlm dunia dia sdri.. ohhh nyampah gila MB.

watak ulfah rasa nak peluk2 je dia hehehe
apa shj yang keluar dari mulut dia MB rasa wow bernasnya wow comelnya.. lagi2 bilandia berdebat dengan wadi shafy ku rasa merdu shj.. :>

setiap watak dalam SPC ni mmg mengkagumkan sbb semua watak jenis tegas dari watak utama samp watak sampingan..

konflik ohhh saya suka wlwpn klise tapi berbeza kalo cerita2 lain bila x dah sakit mst dorg sibuk nak bersimpati terhegeh2 nak bersama semula dalam SPC i'm sorry ya no a chance.. bgs wadi shafy saya berbangga dengan awak...

part yang MB tak suka bila kisah Erin kidah Zaim di meleret2kan patutnya xperlu panjang sampai bt MB rasa seriusly menyampah.. lepastu part ulfah ni nak paham apa yg shafy ni rasa ketegasan dia terlalu melangit.. sehingga ke hujung cerita pn masih mcm tu penerimaan dorg each other sgt unik sampai MB terfikir dia ni suka ke tdk sbnrnya.. hehe

apa2 pun cerita ninmmg menarik
recommended la 150%

hehe
Profile Image for Susi Majid.
58 reviews24 followers
June 3, 2015
'Nak buat apa cemburu sedangkan sebelah kasut awak dah ada dalam genggaman saya. Dan untuk pengetahuan awak, encik suami..saya takkan lepaskan kasut awak hingga ke garis penamat. Saya akan pastikan ia melangkah seiring hingga ke garis terakhir' - Teacher Ulfah

'Saya takkan lepaskan awak jauh daripada saya, teacher. Renungan senyap awak betul2 mengganggu kesihatan jiwa saya' - Wadi Shafy

Another masterpiece by Cikgu @aidahbakri yg wajib dimiliki..sila masukkan dlm list tau
286 reviews52 followers
May 31, 2015
Satu lagi karya terbaik daripada cikgu aidah....

Kali ni beliau tampil dgn sebuah kisah yg simple dan sgt mudah untuk dihadam.....dan apa yg plg sy suka dlm karya ini adalah hero nya, wadi shafy.....shafy merupakan seorang yg tegas dgn pendiriannya....walau pun diasak dgn pelbagai permintaan drpd ulfah, namun pendiriannya tetap teguh.....hatinya bkn lagi utk erin....kisah cinta ant shafy dan erin dh lama berlalu...xkn mungkin bersatu kembali walau pun kesihatan erin berada ditahap membimbangkan....

Spt apa yg penah diungkapkan oleh shafy,
"Memberi dia harapan palsu juga bukan terapi yang baik untuk dia. Walau apa pun yang dia mahukan daripada saya, dia perlu terima hakikat yang saya sudah memilih awak untuk ada di sisi saya."

"Saya sanggup jadi isteri kedua awak. Saya tak akan minta awak abaikan isteri pertama awak. Saya tak akan ganggu hubungan awak berdua. Saya...saya sanggup bermadu dgn ulfah." ~ erin

"Mengarut! Jangan cakap ikut sedap mulut awak saja tanpa fikirkan perasaan orang lain. Apabila saya dah pilih ulfah bermakna tak akan ada wanita lain dalam hati mahu pun hidup saya." ~ shafy

"Tolong hormat perasaan isteri saya. Kata-kata awak melukakan hati dia. Ada ulfah dgn saya, hati saya dah penuh terisi. Sedikit pun tak ada ruang untuk orang lain." ~ shafy

Bukannya tiada simpati di hati shafy bt erin, tetapi hatinya tidak sanggup utk melukakan hati isteri yg dinikahi dgn lafaz ijab dan kabul....skt bkn alasan utk suami berpoligami....

Bak kata kak sab, citer ini berpijak di bumi yg nyata....kisah seorg guru yg berjaya mendidik dan menyelami hati seorang remaja yg diselubungi masalah dan kurg ksh syg akibat kehilangan kedua org tuanya....bkn setakat ilmu dan didikan shj yg ulfah berikan bt wafi, tapi sebuah keluarga yg sarat dgn ksh syg....wafi dpt merasakan kembali ksh syg seorg ibu dan ayah malah krn ulfah jugalah tlh mengeratkan semula hubungan kekeluargaan shafy dan wafi dgn keluarga arwah ibu mereka...
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 4, 2015
satu yang paling utama yang pembaca boleh dapat dalam buku ni ialah bahasa dan lenggok ayat yang sungguh menikam jiwa! dari awal pembacaan sampai akhir memang terpegun dengan setiap susunan bait-bait perkataan yang di sulam menjadi ayat yang begitu indah pembacaannya. susunan ceritanya pun begitu menjadi untuk membuat pembaca tidak mahu meletakkan penanda buku dicelah-celah dan berhentikan pembacaan. "alaaa. untuk yg suka baca buku cinta leh la ada perasaan macam tu..." haha.... silapla kalau ada tanggapan macam tu. bagi yang minat dengan sastera atau suka dengan bahasa melayu itu sendiri akan suka dengan buku ini yang rasanya bebas bahasa asing...

ulfah, menjadi guru tuisyen kepada wafi shauqi setelah abang wafi, wadi shafy mahukan ulfah menadakan kelas tambahan untuk adiknya. mereka kemudian selalu berjumpa tapi dalam keadaan yang sentiasa sinis dan tegang antara satu sama lain. cumanya bagi shafy, keterujaan melihat ulfah seringkali menusuk jiwanya.. dalam pada masa yang sama, muncul erin di sekolah ulfah membuatkan ulfah merasa amat tidak selesa tambah lagi erin mengambil kelasnya. hubungan yang tidak baik antara mereka disebabkan sejarah lampau membuatkan pertemuan mereka juga sentiasa tegang. kebetulan pula, erin juga punya sejarah buruk dengan shafy. hubungan tegang tiga penjuru makin menarik apabila ibu bapa ulfah turut tiba-tiba ada di dalamnya. hubungan rapat antara tuan zakri, bapa ulfah dengan adik beradik bujang berdua itu memainkan peranan utama dalam menghidupkan perasaan suka dalam diri shafy terhadap ulfah. makin memuncak bila tuan zakri meminta bantuan shafy ketika bekas tunang ulfah mengganggu ulfah semula. adakah suka shafy terhadap ulfah dengan restu tuan zakri membawa mereka ke jinjang pelamin? bagaimana pula harapan cinta erin terhadap shafy?.. hubungan erin dengan ulfah pula?...
Profile Image for Rodhiah Rahman.
79 reviews21 followers
May 15, 2015
Done Selamat Pagi Cinta!
Suka semuanya dalam novel terbaru sis Aidah Bakri ni. Bait2 katanya yang ada kala puitis, ada kala mencuit hati sehingga tersenyum sendiri.
Suka dengan heroin yang teguh pendirian.
Suka dengan hero yang bijak mengusik.
Dan of course suka dengan Tuan Zakri yang tegas tapi sporting! Hehe..
Kisah yang cukup rencah suka duka.. Terima kasih tak terhingga pada sis penulis yang sudi berkongsi kisah manis ini.

And one of my most fav parts:

'Baik mengaku yang Erin tu kekasih awak dan BALIK SEKARANG JUGA!!

Tanpa sedar ulas bibir Shafy sudah mengukir senyum. Dia angkat kepala lalu menentang pandangan tajam milik Ulfah. Sebentar kemudian jari-jarinya sudah laju menari di skrin telefonnya.

Tiba-tiba terasa nak mengaku yang saya memang ada simpan perasaan pada awak, teacher.

"Shafyyy!" Jerit Ulfah sebaik sahaja dia membaca mesej itu.
Shafy tak mampu lagi menahan ketawa sehingga kedua-dua orang tua Ulfah terpinga-pinga memandang mereka silih berganti.
"Kamu berdua dah kenapa?" Jerkah Tuan Zakri.' ~ Selamat Pagi Cinta (ms 407).

Dan saya sudahi pembacaan kisah ini dengan senyum puas hati di wajah...
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
January 11, 2016
permulaan cerita yang baik. namun meleret dengan pengulangan dialog yang sama. dan membazirkan beberapa helai muka surat yang mana harus saya langkau untuk sampai ke titik pangkal.

tetapi saya tidak beberapa pasti kaitan tajuk dengan cerita ini. hmmm...
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
March 25, 2018
I should say I love this book. Cover cantik. Bahasa cerita pun secantik cover buku juga. Penulis bijak menggunakan bahasa2 indah sepanjang penceritaan kisah Ulfah and Shafy. Not much to comment sebenarnya. Actually tiada complaint langsung.


Minus 1 star? Sebab apa?
I just cannot brain laaaa perangai baik si Ulfah ni. Wujud ka orang baik macam dia dekat dunia ni? I myself absolutely wont be sebaik dia if I were in her shoes. 😆 so disebabkan itu, deduct satu bintang. Luls.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
September 18, 2015
it's a sweet novel dengan bahasa yg agaknya santai. tak brat sangat seperti Detak Jantung Dia yg pernah aku baca 3 minggu yg lalu. Wadi Shafy ni gym owner yg adorable sangat tambah dengan Poyo buat dia menarik. Ulfah aku bayang kan seorang yg sweet tapi introvert Soal hati. Erin is definitely irritating tapi paling best is Tuan Zakri & Wafi.. one of those novels yg santai dengan jalan cerita yg bagi aku predictable but most of all sweet. I like sweet sickly romantic novel. baca pun time tgh demam.. memang patut lah aku tersampuk. teacher Ulfah... you are the best
Profile Image for Nana H..
13 reviews4 followers
August 26, 2015
Ohsem!!! dr mukasurat 1 hingga terakhir sy melekat & sy terpikat dgn watak Teacher Ulfah;sinis, kiasan & tegasnya.. sgt ohsem bg sy..
pertama kali jgak sy lbh terpikat dgn watak heroin berbanding hero...
2 thumbs up utk penulis..
Profile Image for cik_ngoh.
34 reviews
October 17, 2015
Seronok baca cerita ni. Jatuh cinta dengan watak Shafy, tapi paling suka dengan watak Tuan Zakri.
Profile Image for Cthajarronaldo.
48 reviews5 followers
June 2, 2015
Nak jual buku ni...ada yg berhajat boleh PM saya ye....
Profile Image for Nadiah.
35 reviews
September 17, 2015
Encik Sarkastik ni memang bak buku bertemu ruas dengan Cik Ulfah. Pembacaan yang menarik
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
May 16, 2015
Buku ketiga penulis yang saya baca (ada sebuah terlepas, mencari taman di hati, tak mengapa, akan catch up balik selepas ini. Hehe)

Kisah teacher ulfah dan wadi shafy mungkin termasuk dalam kisah yang biasa tetapi terasa dekat di hati. Penulis tidak hanya menukilkan kisah cinta teruna dan dara semata2 tetapi nilai kasih sayang antara murid dan guru, sesama manusia. Ya, sejujurnya saya lebih terkesan dengan hubungan ulfah dan anak muridnya berbanding hubungan ulfah dan shafy. Ah, mungkin saja kerana saya dan teacher ulfah berkongsi profesion yang sama. Terima kasih teacher ulfah kerana membuat saya bertambah sayang kepada profesion ini.
Oh ya, Tuan Zakri terima kasih juga kerana mengajar erti kasih sayang sesama manusia.

Penggunaan bahasa penulis tidak perlu dipertikaikan lagi. Spc bertambah indah dengan bahasanya yang indah. Jalan cerita yang mudah dihadam dan tidak terlalu bersimpang siur. Santai namun tetap ada manisnya. Pastinya semua akan teringat-ingat ke`manis`an watak ulfah dan shafy tu. Ah, siapa tak suka kan kalau kena sakat manja macam shafy lakukan pada teacher ulfah tu.

Falsafah2 yang diketengahkan boleh membuat kita berfikir sejenak. Dan ya, banyak pengajaran yang boleh diambil. Banyak yang dipelajari daripada watak2 dari cerita ini. Teacher ulfah bagi saya penuh dengan ketegasan dan berprinsip. Walaupun nampak sisi kurang perempuan melayunya tapi hatinya baik. Gaduh2 dgn erin pun tetap tak sampai hati melukakan hati kaum sejenis. Shafy juga. Walaupun ada sisi tidak serius tapi tetap punya karisma tersendiri, kuat dan cekal hati.

Sungguhpun memerlukan sedikit kesabaran untuk menyudahkan naskhah yang saya kategorikan agak tebal juga, namun cerita ini tetap menarik dan berbaloi untuk dibaca. Spc punya kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.


P/s: Teruslah menulis yang indah2 kak aidah, saya menunggu yang seterusnya.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
August 15, 2019
Pinjam novel ini dari library bila tgk banyak review yg positive di Goodreads ni.

Lengthy.
Itu yg saya rasa.
Banyak sangat dialog yang panjang-panjang dan berbunga-bunga. Kurang realiti dari hidup sebenar.
Watak lelakinya kurang umph utk itu. Lelaki yang terlalu banyak bercakap.Dan laki yg begitu mudah jatuh cinta.
Dan senangnya Tuan Zakri itu pun menyukai Shafy. Senang-senang memberi kebenaran utk anaknya ke hulu ke hilir bersama.kurang sopan bagi aku yg konservatif ini.
Perasaan seakan kurang dihuraikan.hanya cerita yg Ulfah yg cantik dan senyumannya cantik juga watak Shafy yg hensem.
Peribadi yg baik ada tetapi seakan kurang dihuraikan kecuali watak Ulfah yg baik dan mahukan kebaikan pada semua orang termasuk Erin musuhnya dahulu.
Dan mudahnya dah berkahwin.
Ok maaf banyak sgt yg mudah dan kurang berpijak di dunia nyata.
Profile Image for Ainaa Akemi.
46 reviews4 followers
June 23, 2015
Novel yang sangat comel! Sememangnya akan menjadi salah satu novel yang bakal di ulang baca.

Kisah Ulfah yang tabah dan walau dalam apa perkara cuba berbuat baik biarpun Erin pernah cuba memusnahkan hidup dia. Pengajatan buat diri ini.

Rasa comel sahaja mengingatkan pergaduhan Shafy dan Ulfah.

Aidah Bakri sememangnya seorang penulis yang mempunyai kelasnya yang tersendiri. Jatuh hati dengan karyanya ini.
Displaying 1 - 30 of 44 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.