Lepas baca novel pertama, terus tonton drama. Pelakon pula rasa macam tak sesuai dengan watak. Nak pula pelakon dilanda pelbagai gosip, lagi la rasa adesss gitu.
Tapi saya tak nak nilai novel ke-2 atau kesinambungan ni berdasarkan semua tu.
Dalam novel kali ni, Irham yang dah agak sweet masa penghujung novel pertama dulu, dah kembali ke sikap arrogant-nya, selalu menyakat dan membuli Zaara. Dan Zaara pun masih dengan kesabarannya yang tahap gaban tu. Pasangan ni dikurniakan cahayamata comel, Iman.
Pasangan kedua yang memang sweet ialah Hadry dan Iza/Fiz dengan anak mereka Adra. Hadry ialah sepupu Irham sebelah ayahnya, yang dulu pernah menaruh perasaan pada Zaara manakala Fiz pula ialah bekas rakan sekerja Zaara merangkap sahabat dunia akhirat.
Pasangan ketiga ialah Faisal dan Khadeeja. Faisal ialah salah satu watak antagonis dalam novel pertama. Tapi dalam novel ni dia dah insaf dan berubah ke arah yang lebih baik. Betullah janji Allah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Faisal dipertemukan dengan Khadeeja.
Sherry yang dulunya lari ke London kembali menuntut dendam. Kali ni bertemankan watak baru yang turut berdendam dengan Irham.
Kalau dipecahkan satu persatu, setiap babak dalam novel ni boleh dijumpai dalam drama Thai. Serius saya tak tipu. Baca saja, saya stop dan kata, eh macam drama Thai sekian sekian. Baca lagi, stop lagi, dan ayat sama keluar dari mulut.
Permulaan cerita bagus walaupun terganggu dengan sifat naif Zaara. Masuk pertengahan dah sedikit bosan. Pun masih tak puas hati dengan sifat naif Zaara tu. Dekat penghujung dah teruja, bukan sebab Irham dan Zaara pun tapi lebih ke arah Faisal dan Khadeeja. Sikit saja babak pasangan ketiga ni tapi lebih menarik dari babak pasangan utama.
Rasanya kalau penulis tulis tentang Hadry dan Fiz atau Faisal dan Khadeeja pun lagi bagus. Entah kenapa saya rasa kejayaan novel ni, bagi sayalah, ialah pada Faisal dan Khadeeja.