Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dialog Dengan Sasterawan

Rate this book
Intisari:
Kata Mula
Nota Penerbit
Kata Pengantar Edisi Pertama
Kata Pengantar: Nyanyi Sunyi Seorang Revolusioner

Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden

Aliran-Aliran Terbaru Dalam Persajakan Melayu

Musafir: Sebuah Tafsiran

Winstedt Dengan Kesusasteraan Melayu

Dari Mana Punai Melayang

Penyajak Yang Serius

Salina: Kesan-Kesan Naturalisme dan Materialisme

Tugas Penulis-Penulis Kita Hari Ini

Pulangnya Seorang Atheis

Satu Teori Sastera Yang Progresif

Pesimisme Sepanjang Jalan: Sebuah Kritik Terhadap Ranjau Sepanjang Jalan

Pengarang Kita dan Masalah-Masalahnya

Di Manakah Keindahan Di Dalam Sajak?

Beberapa Soal Pokok Di Dalam Kritik Sastera

Masalah Kriteria Dalam Sastera (I)

Masalah Kriteria Dalam Sastera (II)

Teori dan Prinsip-Prinsip Kritikan Sastera

Kritikan Marxis (I)

Kritikan Marxis (II)

Menziarahi Semula Lembah Yang Kemarau

Shahnon Ahmad: Novelis Pencari Kebenaran Asli

Kemelut Yang Berpanjangan: Kritikan Sastera di Malaysia Kini

180 pages, Paperback

First published January 1, 1977

6 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Kassim Ahmad

29 books41 followers
Kassim Ahmad is Malaysia's foremost thinker and philosopher. He grabbed national headlines in the 1950s with his dissertation on the characters of Hang Tuah (Perwatakan Hang Tuah), the Malay literary classic. In it he challenged the traditional interpretation and made the hitherto hero Hang Tuah as nothing more than a palace hack, and elevated the anti-hero Hang Jebat as the true hero, willing to kill even the sultan in defence of honor and principles. Kassim was jailed for nearly five years under the ISA for daring to express openly his political views, an experience which he recounted in his book, Universiti Kedua (Second University). Kassim again shook the Malay world with his "Hadith: A Re-Examination" in which he challenges the infallibility of the purported words of Prophet Muhammad s.a.w. Except for an honorary doctorate in Letters conferred by the National University of Malaysia, the country has not seen fit to honor this great public intellectual.

- - - - - - - - - - - - -
Dr Kassim Ahmad seorang politikus, penulis, penyair dan sarjana dilahirkan di Kampung Kubang Tampang, Lepai, Kubang Pasu, Kedah, pada 9 September 1933, dengan nama Osman, tetapi diubah namanya kerana sering sakit, mendapat pendidikan awal di Sekolah Bandar Bahru, Kulim.

Peluang meneruskan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada 1949, membuka pintu khazanah ilmu serta persuratan kepadanya sehingga memungkinkannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya (UM) di Singapura pada 1955.

Dunia pengajian tinggi di menara gading itu mendedahkannya kepada pemikiran sosialisme dan Islam melalui kepustakaan dan percambahan fikiran bersama-sama rakannya yang masing-masing membina ketokohan tersendiri, selain mula terbabit dalam Kelab Sosialis UM.

Dengan sokongan Pensyarah UM Singapura, JC Bottoms, Kassim menyahut pelawaan untuk mengajar bahasa dan sastera Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London, pada 1962 hingga 1966.

Dalam ranah sastera, Dr Kassim dikenali sebagai penyair yang tidak sunyi daripada kontroversi apabila menghasilkan puisi, Sidang Roh dan Jalan ke Parlimen pada 1960, selain disertasinya, Perwatakan Hang Tuah yang mencabar interpretasi keperwiraan Hang Tuah sehingga mengangkat Hang Jebat, turut mendapat perhatian.

Pembabitannya dalam politik pula menyaksikan beliau mengepalai Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) selama 18 tahun bermula beliau pulang ke tanah air pada 1966, sebelum mengambil keputusan untuk berundur daripada gerakan itu pada 1984.

Kassim pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir lima tahun yang turut mendorongnya membukukan pengalaman itu dalam memoir Universiti Kedua.

Selepas mengundurkan diri daripada politik, Beliau menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) dan menghasilkan buku Hadis: Satu Penilaian Semula yang mencetuskan kontroversi sehingga dianggap anti-hadis.
(Kredit: Mohd Nazmi Yaakub)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (40%)
4 stars
22 (55%)
3 stars
2 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
December 12, 2014
Ah pak kassim, mengapa sastera harus disempitkan hanya utk tinju dikepal ke udara dan laung marah raksasa? Adakah orang-orang miskin yang mengamuk di jalan raya penting; orang gemuk meratah donut di Big Apple tidak? Bagaimana pula dengan kekasih yang berpcaran di Genting Highlands? Cinta mereka tidak berbaloi untuk dimuatkan ke dalam sastera? Atau kemurungan seorang lelaki yang ingin bunuh diri? Adakah kisah-kisah ini tidak berbaloi untuk dipetakan? Apakah cerita hanya sekadar marah-marah itu?

Ada org suka menulis hal besar: politik, reformasi, rusuhan; ada yg lebih gemar hal sederhana: cinta, kenangan, persahabatan dll. Cerita tetap cerita; sastera tetap sastera. Saya langusng tiada masalah dengan sastera kritikan sosial, tetapi secara peribadi, saya lebih sukakan cerita-cerita orang biasa. Cerita-cerita yang memancarkan hal-hal yang ringkas dan kecil, sering membuat kita menghargai waktu-waktu, orang-orang, dan objek yang kita ketemui sepanjang hari. Kritikan sosial pula, seperti yang saya lihat, ialah seekor Ramayana dengan panahan berapi, ia terlalu epik untuk seorang penulis muda seperti saya.
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
May 4, 2017
'Perlu diingatkan, sastera bukan seorang dewi yang ditugaskan Brahma untuk menghiburkan manusia terkutuk di dunia ini, tetapi sebuah kandil yang menenangkan fikiran, hati dan jiwa makhluk yang berbahagia.'

Polemik dan kemelut di dalam dunia sastera pasca kemerdekaan Tanah Melayu sehingga awal 70-an diulas dengan kemas oleh Pak Kassim. Kritikannya sangat tajam, namun membina. Pak Kassim mempersoalkan tentang tujuan sastera dalam masyarakat, apakah sekadar hiburan dan eskapisme atau membuat masyarakat berfikir mencari jalan keluar permasalahan harian. Ternyata, Pak Kassim cenderung akan teori sastera merujuk seni untuk masyarakat, bukan sekadar seni untuk seni. Apalah gunanya sastera jika sekadar indah sudut bahasanya namun tidak menyentuh hal mustahak masyarakat terbanyak.

Pun begitu akan lebih menarik jika disertakan pandangan terkini Pak Kassim berkenaan perkembangan terkini sastera di Malaysia. Barangkali lebih banyak yang mahu dikritiknya, atau punyai pandangan positif, siapa tahu?
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews168 followers
March 25, 2021
Selepas buku Pandirisme dalam Komuniti Dunia karangan Mohd Affandi Hassan yang melabrak dunia kesusasteraan tanah air yang mengesampingkan inti-inti kebenaran ketimbang estetika, Kassim Ahmad dalam karyanya ini turut mengangkat keseimbangan antara inti dan estetika.

Kata pengarang, “Seorang pengarang yang terasing daripada masyarakat dan kehidupan rakyat, yang mencari ilham di dalam bilik-bilik sunyi dan dari angan-angan kosong semata-mata atau menulis dari menara gading, pasti tidak akan dapat menghasilkan karya-karya yang besar. Sebaliknya perdampingan dengan masyarakat dan penglibatan dengan gerakan-gerakan sosial tanpa mempunyai kebebasan dan kebolehan untuk mencairkan dan menghayati bahan-bahan itu ke dalam satu gambaran yang seni dan jujur tidak juga akan dapat melahirkan satu karya yang besar. Pendirian di pihak rakyat adalah perlu, tetapi perlu juga kebolehan untuk menggambarkan masyarakat dan manusia secara konkrit dan artistik.”

Dunia kesusasteraan tanah air saban tahun, sarat dengan karya yang lebih artistik berbanding inti. Di sinilah penulis cuba meneguhkan kembali peri pentingnya mengangkat tema, plot, ideologi dan mesej sosial dalam karya-karya sastera tanpa mengabaikan aspek-aspek estetika, alam, bahasa dan metafora.

Perkara-perkara ini termanifestasi dalam karya-karya semisal Ranjau Sepanjang Jalan karangan Shahnon Ahmad yang mengangkat nilai pesimisme dan tragedi tanpa menawarkan solusi dan realiti rakyat petani dalam menegakkan hak yang sebenar, karya Salina karangan A. Samad Said yang tunduk kepada sistem pemerintahan kolonial apabila rakyat akur dengan struktur sosial yang menimpa mereka pada era penjajahan tersebut dan beberapa karya tersohor yang lain.

Kassim Ahmad, tidak syak lagi, mendukung gagasan ‘seni untuk masyarakat’, berbeza dengan kebanyakan sasterawan lain yang mendukung gagasan ‘seni untuk seni’. Perbahasan panjang Kassim Ahmad dengan Shahnon Ahmad mengenai polemik ini boleh dibaca dalam Polemik Sastera Islam.
Profile Image for Iza B. Aziz.
218 reviews27 followers
September 12, 2025
Buku ini kalau diikutkan tidak ada kepentingan pun untuk saya.

Cuma atas kerana minat terhadap kritikan dan perbincangan sastera, saya cuba telusuri. Ternyata pandangan Almarhum Kassim Ahmad, amat saya kagumi dan sanjung. Malah, kerana beliau juga saya kukuh dengan prinsip '𝘴𝘦𝘯𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵' dan '𝘮𝘦𝘯𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵'.

Esei-esei yang disampaikan sebenarnya turut membantu saya sebagai pembaca untuk bijak menilai karya dan ulasan karya. Penulis dan karya yang baik bukan hanya lulus dari sudut teknik dan estetika. Penulis harus menyampaikan kebenaran supaya pembaca tidak terus alpa.
_____________________
Begitu juga dengan para pengkritik sastera yang tidak terlepas ditegur oleh beliau. Esei yang menjadi pujaan saya adalah '𝗞𝗲𝗺𝗲𝗹𝘂𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻: 𝗞𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗮𝘀𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗶'. Saya amat tertarik dengan keperluan untuk menjadi pengkritik, yakni mempunyai..

"𝚜𝚞𝚊𝚝𝚞 𝚙𝚊𝚗𝚍𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚑𝚒𝚍𝚞𝚙 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚋𝚎𝚗𝚊𝚛 𝚝𝚎𝚗𝚝𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚊𝚗𝚞𝚜𝚒𝚊, 𝚖𝚊𝚜𝚢𝚊𝚛𝚊𝚔𝚊𝚝 𝚍𝚊𝚗 𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚜𝚎𝚖𝚎𝚜𝚝𝚊."

Penulis, pengkritik dan pembaca akhirnya harus akui isi kejujuran antara menjadi aspek kekuatan sesebuah karya.
_____________________
Mungkin 𝘱𝘰𝘺𝘰 untuk saya katakan, selepas membaca Dialog Dengan Sasterawan. Saya akan lebih cerewet untuk memilih bacaan sastera yang seterusnya. Saya pun tidak mahu berkongsi bacaan yang semberono buat rakan-rakan di sini.

Akhirnya buku ini menjadi satu kepentingan untuk saya belajar menjadi (sekali lagi saya ulang) pembaca yang bijak menilai, mentafsir dan menikmati sastera.
_____________________
Profile Image for Usaid Asmadi.
27 reviews10 followers
April 23, 2019
Melihat Kassim Ahmad sudut berbeza darupada kontroversi yang lebih masyarakat kenal. Buku sangat baik untuk kita memahami tentang makna dan tujuan sastera. Bahagian paling penting kritikan tajam beliau terhadap karya tokoh sasterawan yang lain seperti Shahnon Ahmad dalam tulisan Ranjau Sepanjang Jalan dan A. Samad Said dalam tulisan Salina.
Profile Image for Wan Khuzairey.
19 reviews9 followers
September 26, 2018
Kassim Ahmad diakui merupakan salah seorang penulis yang mempunyai stamina cukup tinggi bagi memastikan kualiti sastera negara terus maju.

Buku ini sedikit sebanyak banyak menyentuh soal ilmu sastera di Malaysia. Menurut Kassim Ahmad sastera itu perlukan kritikan, bukan setaka formatnya juga kontennya supaya pembaca sedar apa yang sedang berlaku disekelilingnya.

Kassim Ahmad juga seorang sasterawan yang berpegang pada mazhab sastera untuk masyarakat dan bukannya sastera untuk sastera, kerana bagi beliau sekiranya sastera itu bukan refleksi manusia, maka sedikit sebanyak tulisan akan menjadi kosong.

Buku ini juga ada menyenaraikan kritikan-kritikan terhadap karya-karya besar dari A. Samad Said, Masuri S.N, Shanon Ahmad dan banyak lagi.

Buku ini mampu membawa pembaca untuk memikirkan semula hala tuju sastera negara supaya kualitinya dapat dijaga dan dipertingkatkan.
Profile Image for Izzat Isa.
414 reviews50 followers
June 11, 2023
Apa yang boleh saya katakan dengan buku ini? saya memuji langam bahasa yang digunakan penulis. sedap dan selesa untuk dibaca. Penulis berusaha membedah buku-buku terutamanya yang digelar karya agung sasterawan Malaysia. Saya terkesan dengan pemerhatian beliau terhadap karya-karya tempatan lewat tahun 1950-an dan 1960-an. Contohnya kritikan terhadap novel Salina dan Ranjau Sepanjang Jalan.

Apa yang boleh dikatakan, penulis sememangnya mengangkat tema golongan bawahan seperti apa yang diperjuangkan dalam arena politik. Saya tidak mahu menyentuh tentang jenis kritikan yang digunapakai atau kritikan oleh penulis lain. Masing-masing punya hujah tersendiri. Namun, saya boleh tanggapi bahawa Kassim Ahmad mempunyai pendirian tersendiri sewaktu menulis dan menerbitkan buku ini. Serba sedikit, penulis telah menwarnai dunia kritikan sastera Melayu ketika hayatnya.
Profile Image for Mat Jack.
38 reviews6 followers
October 15, 2016
Aku tak ada ingatan, bilakah naskhah ini dibaca? Mungkin ketika berada di Perpustakaan Pengajian Melayu, UM. Mungkin juga. Aku memang jarang-jarang menjadikan naskhah yang membicarakan tentang kritikan/pendapat/pandangan berkaitan kesusasteraa Melayu ketika itu. Aku lebih tertarik kepada buku-buku yang berkaitan dengan bahasa sahaja, khususnya bahasa Melayu. Tapi nama Kassim Ahmad telah menyebabkan aku tertarik untuk mengambilnya di rak, duduk lalu membacanya dengan tekun.

Pemikiran atau alur bicara tentang kesamartaan sememangnya teras kepada naskhah ini. Apalah nak dihairankan sangat? Kassim Ahmad memang pun seorang pejuang rakyat yang menjadikan sosialis sebagai teras perjuangannya, sebelum dia menyertai UMNO.

Lupakan sahaja tentang siasah dan orang-orang siasah!

Daripada 22 penulisan dalam naskhah ini, aku sangat tertarik kepada penulisan yang bertajuk "Kritikan Marxis (I)" dan "Kritikan Marxis (II). Tulisan-tulisan ini sebenarnya "menjawab" kepada kritikan Salleh Ben Joned yang tidak begitu setuju dengan pendirian Kassim Ahmad yang mengatakan bahawa penulis ialah jurucakap rakyat. Pandangan keras Salleh Ben Joned yang tidak bersetuju dengan konsep tersebut, telah menbabkan Kassim menuduh pula Salleh Ben Joned sebagai pejuang kepada golongan penindas.

Membaca polemik antara Kassim Ahmad dengan Salleh Ben Joned ini mengingatkan aku percakaran yang berlaku antara Dr. Muhammad Haji Salleh dengan Mohd Afandi Hassan. Agaknya, orang sastera ini, selain mempunyai mata akal yang tajam, mereka juga kelompok manusia yang bengkeng!.
Profile Image for Kamarudin Mamat.
45 reviews8 followers
Read
April 26, 2015
Sesuatu yang menghiburkan. Ralit baca ketika aku terbang ke KK. Sampai KK, 2/3 sudah habis. Rupa-rupa seronok juga baca kritikan sastera. Bukan asyik bersetuju je dengan penulis. Kritikan pun untuk membina bukan memusnah. Penulis pun jangan syok sendiri. Tak semesti buku anda laku keras, buku tu dah cukup bagus. Ada buku yang menjemukan pada awalnya, akhirnya bagus. Ada buku dari awal sampai akhir menjemukan. Macam-macam ada.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews58 followers
December 5, 2014
Buku lama yang diterbitkan semula tetapi masih terasa segar dan relevan dibaca kini. Kassim Ahmad pendokong kuat sastera untuk masyarakat. Sastera dan penulisan harus datang menggugah. Bukan sekadar terpesona dengan estetika tetapi wajib membawa makna untik mengubah keadaan. Sastera perlu disulam estetika dan makna.
Profile Image for Ikhwan Tajudin.
3 reviews1 follower
April 13, 2015
padu dan sedap dibaca setelah letih seharian.kupasan tentang novel ranjau sepanjang jalan yang dikatakan pesimis itu ada benarnya juga.
Profile Image for Humam.
1 review
April 30, 2015
Sekali-sekala baca kritikan sastera. Menarik.
Profile Image for adinatagus.
12 reviews10 followers
July 3, 2015
Kita ada hak untuk melawan sesuatu yang bersifat konvensional,untuk mencipta lebih banyak kemungkinan.Namun.kritikan memang bersifat krtikan.Kita belajar berlapang dada.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.