Jump to ratings and reviews
Rate this book

Zikir Cinta

Rate this book
Layari www.october.my atau pm October @ October Love atau whatsapp 010-792 4664 untuk pembelian secara online

“Kan aku dah cakap, aku cuma mahu lelaki kacak dan kaya. Budak kampung tu bukan taste aku.”

Daniel, dia hanya lelaki biasa. Anak seorang penjual kuih. Penghijrahannya selama tiga tahun ke kota Canberra telah mempertemukan dirinya dengan Cinta Aulia. Namun angkuhnya gadis itu dengan kekayaan yang dimiliki menjadikan dia tahu mencermin diri sendiri.

“Aku mengaku aku sukakan dia, tapi aku tak pernah berangan nak bersama dengan dia. Aku sedar yang status keluarga aku dan dia ibarat langit dengan bawah tanah.”

Cinta Aulia, dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang pedih luka hidupnya ketika zaman kanak-kanak. Peristiwa silam yang menjadikan dirinya seorang pendendam dan membenci lelaki. Tujuannya hanya satu; mahu lelaki tunduk dan patuh di kakinya!

Tiba-tiba Cinta Aulia meluahkan perasaan membuatkan Daniel begitu bahagia, menyangka gadis itu benar-benar ikhlas mengasihi dirinya. Namun tanpa sedar, perasaannya hanya dijadikan bahan gurauan dan dipijak-pijak bagai tidak berharga.

Namun lelaki yang dipermainkan dan dihina itulah yang akhirnya menjadi penyelamat maruahnya. Lelaki itulah yang membimbing dan menyedarkan dirinya daripada terus leka dengan permainan dunia. Saat Cinta Aulia mulai sedar dia telah menemui cintanya di dalam diri Daniel, Daniel sudah tidak sudi untuk menoleh kepadanya untuk kali yang kedua.

Tetapi takdir seakan-akan mempermainkan dirinya kerana sekali lagi takdir menemukan mereka di Malaysia. Dan Cinta Aulia yang kini dijumpainya bukan lagi Cinta Aulia yang dikenalinya sewaktu di Canberra dulu. Lalu… tekad Daniel akhirnya tewas dengan hatinya sendiri.

Siapa menyangka, pertemuan mereka pada kali ini menemukan mereka kepada kebenaran. Kebenaran yang menyebabkan perasaan antara dua insan itu tidak mendapat restu sekali gus membatalkan niat suci Daniel. Dan kini… setelah mereka mengetahui yang mereka tidak boleh bersatu, adakah masih ada ruang untuk Cinta Aulia mengecap kebahagiaan bersama lelaki bernama Daniel?

“Saya cintakan awak dan saya perlukan sokongan awak. As long as you’re with me, come what may... I know that I will be able to face it…”

889 pages, Paperback

First published October 3, 2014

1 person is currently reading
26 people want to read

About the author

Nuraqilah Syuhaida

6 books27 followers
Bekas pelajar Communication & Media Studies dari UiTM Alor Gajah, Melaka. Mula menulis novel sejak di Tingkatan 1. Novel pertama (Kutemui Cinta) terbit pada usia 17 tahun dibawah terbitan Buku Prima. Kini berusia 22 tahun. Masih bertatih dalam bidang ini dan cuba memperbaiki corak penulisan dari semasa ke semasa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (56%)
4 stars
6 (18%)
3 stars
6 (18%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (6%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
April 27, 2015
Ehem Ehem, Kenapa ye bila bace novel ni aku rasa macam aku tengah baca novel Ayat-Ayat Cinta? Hmmm...

Mungkin sbb ada watak Jessica gadis Indonesia atau pun cara Daniel yang macam err.. Entah lah.. Mula2 nak bagi 3 bintang, tapi tambah satu lagi bintang utk reward diri sendiri yang berjaya habiskan novel setebal kamus oxford fajar.

Cerita ni okay dan masih boleh dihadam tapi agak slow bagi I. Rating pun tinggi utk novel ni, sooo..... OKAY :)
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
June 10, 2015
komen sbb apa 4* jer ;-

1-mcm2 kisah ade kat dlm...mule2 kisah hero n heroin penulis tekankan...lepas tu kisah erma pulak...lepas tu kisah adrian n jessica pulak...lepas tu kisah razak amir pulak...lepas tu kisah dato' razak pulak...lepas tu kisah katy pulak...lepas tu kisah mak cik aisya pulak...apa mcm byk sgt kisah2 watak sampingan kat dlm buku ni?! aku lebih suke penulis just tekankan kisah watak utama jer...x slh klu ade kisah watak sampingan...tp klu dah byk sgt, ia membuatkan pembaca spt aku ni...mood merundum jatuh mase membaca!

2-mule2 start bace, memang aku feeling excited...lebih2 lg masa Daniel start bercinta dgn Cinta kat Canberra tu...tp lama-kelamaan lebih2 lg lepas separuh novel tu aku baca, mood excited aku dah jatuh dlm gaung...yg ada cuma mood 'sekadar nk habiskan pembacaan'...mood aku jatuh tu sbb aku rase kisah Daniel n Cinta semakin meleret~~~dkt bab nk last2 baru 2 manusia tu kahwin...lambat giler nk boleh ke nikah tu...

komen sbb apa aku beri 4* ;-

1-aku suka gaya penulisan nyer...

2-byk info yg aku dpt pasal hadis,zikir,ayt al-quran semua tu~~~

3-aku suke watak adrian...seorg kwn yg baik hati...part plg aku suke mase adrian lempang Cinta(good job adrian!)...n aku hrp penulis akn sambung kisah adrian pd novel nyer akn dtg...

4-aku suke kisah dato' razak...memang sedih...sbb isteri sendiri x nk percayakan suami...siap dgn package kena kutuk kaw kaw lg...padahal dato' razak kena fitnah di 'betina' tu...n aku x suke mak cik aisya sbb buat mcm tu kat laki dia...x nk dgr sebarang explanation drp dato' razak, terus failkan penceraian...'bgus' punya isteri~~~


#tu jer laa yg mampu aku komen ikhlas dr hati~~~
Profile Image for Afrina Humaira.
1 review1 follower
December 3, 2014
novel ni padat dengan pengajaran. banyak ayat2 alquran n hadis2 diselitkan. mcm2 kisah ada kat dlm ni n combine jadi satu.
12 reviews
February 23, 2015
Zikir Cinta...

Saya suka suka suka sangat dgn cerita ini. Cara olahan, jalan cerita dan watak-wataknya semuanya membuat jalan cerita lagi indah.


Tahniah kepada penulis.
154 reviews2 followers
August 31, 2018
I guess, pengajaran utama cerita ni: manusia - termasuk dengan orang2 yang beriman - memang perangai 'cakap tak serupa bikin' (Surah As-Saff (61) ayat 2 & 3...); selain dari tu aku takde laa masalah dengan (terjemahan) ayat2 Quran dan hadis2 (ada yang disebut sumber dan ada gak yang tak disebut sumber...) yang berselerak dalam cerita, cuma kadang2 cara selitan tu tak berapa smooth, macam tak kena dengan situasi dan karekter 'pelakon2' cerita, jadi rasanya macam objektif tak begitu tercapai; dan yang agak 'glaring' tazkirah sembahyang jemaah takde, hmm

* lain2 kritik:

Cerita: bab2 awal kat Australia agak bagus lagi solid, tapi bila dah sampai Malaysia semua kebagusan dan 'kesolidan' tu jadi terbarai - disia2-kan IMHO - pasal penulis (IMHO lagi) gagal mengawal fokus penceritaan, banyak sangat plot2 sampingan ditimbulkan sampai buleh buat 2-3 novel lain kut!

Watak2: watak2 utama terlalu 'yo-yo', kejap macam Imam Muda/Ustazah Pilihan kejap macam hero/heroin drama jiwang gred C; watak2 sampingan pulak macam terlebih sudu dari kuah, macam diaorang pulak yang jadi hero/heroin

Konklusi: I did not like it
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
May 28, 2017
Cinta Aulia, rupa seindah nama. Tetapi sayangnya, sikapnya tidak seindah itu. Gadis yang hanya memandang rupa dan harta. Mungkin kerana sejarah silamnya mengajar dia begitu.

Daniel pula lelaki yang cukup pakejnya kecuali satu. Dia tidak punya harta. Maka itu cintanya pada Cinta Aulia disimpan dalam hati sahaja walaupun berjaya ditebak oleh sahabat karibnya.

Atas saranan kawan-kawan dan wang yang menjadi taruhan, Cinta Aulia mula menggoda Daniel. Dan Daniel ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, menerima dengan hati yang gembira.

Daniel mengajar Cinta Aulia akan erti kehidupan sebenar. Di saat cinta gadis itu mula memekar untuk Daniel, rahsia pertaruhan terbongkar.

Mereka dipertemukan kembali selepas lama terpisah. Cinta Aulia yang kini bukan lagi Cinta Aulia yang dulu. Dan hati Daniel yang keras akibat dipermainkan, mula goyah.

Mampukah dua hati ini bersatu?

* * *

Kalau baca dari summary, novel ni sepertinya berkisar pada kisah Daniel dan Cinta Aulia sahaja. Tetapi sebenarnya ada banyak watak sampingan dengan cerita mereka sendiri. Nak kata tebal sangat, tak juga. Tapi sebab cerita meleret dan terkadang melompat ke cerita orang lain, buat saya keliru.

Jadinya saya ambil...letak, ambil...letak dan baru-baru ni saja ada masa lapang untuk hadap dengan sepenuh hati. Tapi ada juga part yang saya skip sebab macam tak berkaitan dengan watak utama pun.

Awal-awal memang benci sangat dengan Cinta Aulia. Tapi lama lepas dah tengok perubahan dan kesungguhan dia, tu yang buat hati nak teruskan bacaan.
Profile Image for N.A.N.A.
219 reviews5 followers
February 16, 2023
Best betul novel ni. Banyak pengajaran yg kita dapat bila beli buku ni walaupun tebal nak mmpus 😅
2 reviews
March 20, 2015
saya baca novel2 karya nuraqilah syuhaida dari novel first dia sehinggalah novel latest,Zikir Cinta.

writer dah byk improve dari segi skill penulisan dan gaya bahasa.watak2 dlm novel ni dan plot ceritanya sgt awesome! kudos to the writer, such a great story

and yes,this is the first novel i fall in love with the second hero (Adrian) more than the first hero (Daniel)
Profile Image for Khalif Syakir.
2 reviews1 follower
April 28, 2015
mula2 tgk tajuk,ingatkan ceritanya sama mcm Ayat2 Cinta,Ketika Cinta Bertasbih etc...tp aku amik gak risiko utk beli n baca.

bila dh baca rasa xleh nak stop lak.cerita x sama lgsung dgn novel2 islamik indonesia wlopon ada wtak awek indo dlm ni. dan ada beberapa part yg menyentuh hati. beberapa potong ayat zikir n hadis aku dh bleh hafal sbb novel ni
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
April 20, 2016
Cerita ni okay. Ada banyak juga unsur nasihat yang diketengahkan. Cumanya, terlalu banyak watak sampingan yang berkait-kait. Awal pembacaan, okay je boleh fokus membaca tapi apabila dah sampai di pertengahan cerita, dah mula berbelit-belit dan bersimpang-siur. Pening dibuatnya.

Profile Image for Jessy Fea.
3 reviews
March 15, 2015
one of the best novel ever read!!!
tajuknya ZIKIR Cinta, bunyi mcm islamik
tp my non-muslim friends love it!
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.