Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pelangi Jingga

Rate this book
Pelangi berwarna jingga pada petang yang basah itu Muzafar tatap dengan mata yang tidak berkelip. Ada sesuatu dalam jalur pelangi itu yang sering menghantar keharuan lewat kehilangan adiknya. Luluh perasaannya.

Merenung pelangi membuatkannya sering teringatkan Surianor, justeru pelangi itulah yang sering sama-sama mereka nikmati keindahannya satu waktu dahulu. Di bawah lembayungnya dia bermain layang-layang sambil Surianor membina istana pasir, sebelum ribut menerjah untuk melihat mereka puntang-panting berlari ke rumah.


_______________________________
Novel ini telah memenangi tempat KETIGA
Pertandingan Novel Remaja
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2012
Pertama Dalam Getar Waktu Ruhaini Matdarin
Kedua Kotak Ruhaini Matdarin
Ketiga Pelangi Jingga Hartini Hamzah

206 pages, Paperback

First published November 15, 2013

3 people want to read

About the author

Hartini Hamzah

6 books10 followers
1. Beliau dilahirkan pada 3 September, 1970 di Selama, Perak Darul Ridzuan.
2. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Purun, Triang, Pahang.
3. Setelah tamat pendidikan menengah, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seterusnya memperoleh sijil perguruan asas pada tahun 1996.
4. Beliau kini berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, Bera, Pahang Darul Makmur.
5. Beliau berpengalaman menjadi pendidik di sekolah menengah kebangsaan. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, sama seperti watak Farhana dalam novel Melunas Rindu. Beliau juga merupakan insan yang bersifat "easy going" saling tak tumpah seperti Farhana.
6. Selain novel Melunas Rindu, karya lain yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Fatin Nabila (1991), Sesudah Mendung Berlalu (1992), Pia(1998), dan Merentas Kabus (2002).
7. Novel Fatin Nabila telah menerima hadiah sagu hati kategori Novel Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991.
8. Novel Pia memenangi tempat pertama kategori Novel Remaja sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1997.
9. Novel Melunas Rindu pula memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan-Public Bank bagi kategori Novel Remaja pada tahun 1998.
10. Cerpen beliau yang berjudul Sesudah Mendung Berlalu pula telah memenangi hadiah utama kategori Cerpen Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (28%)
4 stars
1 (14%)
3 stars
3 (42%)
2 stars
1 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books277 followers
December 31, 2017
Novel remaja yang membawa tema yang berat, iaitu keganasan dan terrorisme. Bagaimanapun, plot masih perlu diperhalusi kerana ada beberapa elemen kurang meyakinkan seperti kumpulan yang cuba menggulingkan kerajaan dianggap ‘tidak jahat’ dalam erti kata ‘jahat seperti perompak’ sehingga menyebabkan watak utama dan sampingan berani untuk berunding dengan mereka yang membuat perkhemahan di dalam hutan. MO kumpulan ini mungkin berselindung di sebalik gerakan yang mirip Hizbut Tahrir yang beranggapan pilihanraya dan politik kepartian tidak syar’i tetapi ia tidak diberikan pendedahan oleh pengarangnya. Begitu juga ada adegan yang kurang meyakinkan dari sudut perubahan perwatakan golongan yang sudah mengalami proses indoktrinasi.

Bagaimanapun saya senang dengan latar Dungun, kampung halaman bahagian kedua diri saya tetapi ia datang dengan mata kritikal terutama lokasi masjid yang dinyatakan pada bahagian akhir novel ini.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
September 2, 2018
Membaca deskripsi ketenangan hidup masyarakat kecil di kampung berdekatan dengan pantai, kesegaran udara dengan kehijauan berselang seli kicauan unggas dan haruman flora fauna, menyemarakkan lagi harapan saya agar tidak lama lagi, sebelum nafas terakhir, untuk tinggalkan kekecohan bandar dan tinggal nun jauh di hulu mana-mana, dalam Malaysia.

Agaknya, selaras dengan karya sastera remaja, novel Pelangi Jingga halus bahasanya dan lembut nadanya. Walaupun ada konflik sedikit, waktu Muzaffar ditemani Abang Khairuddin bekad bersemuka dengan Arif dan kumpulannya di hutan untuk menuntut pembebasan DekNor, pertuturan dan gaya penulisan masih agak mendatar. Rasanya ada juga caci maki dalam hati, tapi hanya cukup untuk tunjukkan bahawa wataknya sedang marah sedikit, tak cukup untuk menzahirkan watak yang sedang mendidih darahnya. Saya tidak pasti, bolehkah agaknya sebuah karya sastera menjadi lebih menarik untuk dibaca umum pelbagai lapisan umut dan lebih realistik, jika nada penulisan dipelbagaikan dan bahasa yang digunakan dinaik-turunkan bagi menggambarkan emosi seseorang watak, ke peringkat yang lebih extreme?

Pak Jidin dan wau-nya, Kak Limah dan kelasakannya, Abang Khairuddin dengan gaya garang askar pencennya... "Pelangi warna oren!" laung DekNor. "Bukan oren, dik. Pelangi itu warnanya jingga. Oren itu buah!" Ohhh, terima kasih Muzafar 😄saya pun baru jelas kini.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.