Dalam sejarah tamadun dunia, Palestin menjadi saksi pergolakan, kemakmuran, dan kezaliman yang berlangsung beribu tahun. Buku "Palestin: Dari Sungai ke Segara" karya Ayman Rashdan Wong mengupas dengan mendalam tentang bumi barakah ini — dari sejarah Bani Isra'il, pemerintahan pelbagai empayar, hingga era kegemilangan Islam di bawah Khulafa' ar-Rashidin.
Setiap bab membawa pembaca menyelami isu-isu geopolitik, konflik Zionisme, dan perjuangan rakyat Palestin. Bermula dari asal usul tanah Palestin, kemunculan Zionisme, sehingga perjuangan semasa untuk membebaskan Palestin dari penindasan yang tiada penghujung. Penulis juga membongkar mitos-mitos yang sering dipropagandakan dan menyeru kepada pemahaman yang lebih adil dan menyeluruh terhadap sejarah Palestin.
Buku ini bukan sekadar naskhah sejarah, tetapi juga seruan solidariti terhadap perjuangan Palestin, menjadikan ia bacaan wajib bagi mereka yang ingin memahami akar konflik dan harapan untuk masa depan Palestin yang bebas.
Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
Tamat pembacaan buku Palestin: Dari Sungai ke Segara karangan Ayman Rashdan Wong. Sebuah buku yang menerangkan isu Palestin (historically and geopolitically) tetapi dengan pendekatan yang mesra orang awam yang mempunyai sifat ingin tahu.
Dengan ketebalan 184 muka surat dan saiz buku yang lebih kecil berbanding buku-buku terbitan Patriots yang lain, buku ini membawa isu Palestin daripada asal usulnya. Palestin merupakan sebuah negara yang melalui pelbagai kisah dan fenomena bersejarah. Kisah para anbia antaranya tidak terlepas daripada mem-background-kan tanah Palestin ini.
Penulis juga membawa pembaca ke zaman di mana Palestin ini sentiasa berubah tangan pemerintahan. Dari Parsi ke Rom ke Pemerintahan Islam dan kejatuhan Empayar Islam(Uthmaniyyah) yang menyebabkan Palestin menjadi Palestin hari ini. Sedih aku dibuatnya.
Isu-isu semasa juga disentuh dan disyarahkan oleh penulis (itu kepakarannya). Segala peristiwa sejak Perang Dunia Pertama hinggalah Operasi Tufan al-Aqsa pada 7 Oktober 2023 juga dijelaskan dengan terperinci dalam buku ini.
Dalam bab terakhir buku ini, penulis membantah beberapa mitos berkaitan isu Palestin. Antaranya yang mengatakan konflik Palestin dan Israel ini hanyalah konflik antara dua negara. Hakikatnya, ini adalah konflik anti-penjajahan.
Jika kita faham ini, kita takkan mempersoalkan pendekatan rakyat Palestin yang sering digelar “keganasan”. Sedangkan itulah sebuah perjuangan.
Sebagaimana Mat Kilau yang memperjuangkan hak mereka di bumi Pahang, sama lah juga para pejuang di Palestin sana. Penjajah akan menggelar semua yang menentang sebagai keganasan. Namun, hanya yang merasai peritnya penjajahan mengenal erti perjuangan.
Begitulah, 3 hari masa diambil sebelum exam untuk membaca karya baharu Ayman Rashdan Wong ini. Biasalah, bila dekat exam ni buku yang takda kaitanlah kita nak baca hshs.
Segulung apresiasi buat pemberi buku ini. Terima kasih kerana memberi diri ini buku buat bacaan sebagai jambatan menuju ilmu pengetahuan.
Sekian bebelan dalam bentuk tulisan. Nak study exam lak pasni.
Buku yang sangat bagus untuk dibaca buat pemula (beginners) sebagai panduan asas bagi mengetahui tentang sejarah Palestin dengan bahasa serta penerangan yang mudah difahami. Sekali lagi, penulisan saudara Ayman tidak mengecewakan. Tahniah!
Bagi saya bab akhir memainkan peranan yang paling penting sekali dimana saudara Ayman berjaya memecahkan beberapa mitos-mitos tentang Palestin disamping membangkitkan semangat perjuangan pembebasan Palestin yang menjadi tanggungjawab serta perjuangan semua pihak dan bukan hanya segelintir golongan sahaja kerana seperti kata pepatah "We All Are Not Free Until Palestine Is Free" atau bak kata Nelson Mandela, "Our Freedom Is Incomplete Without The Freedom of the Palestinians".Saya juga suka dengan pandangan saudara Ayman yang optimis tentang Palestin pasti dapat dibebaskan pada suatu hari nanti, tidak perlu menunggu sehingga Hari Kiamat sahaja asalkan ada perpaduan ummah serta collective action yang kuat dikalangan ummah terutamanya Umat Islam sendiri. Tetapi sayangnya bak kata saudara Ayman, dua benda ini yang umat Islam kurang ada.
Antara contoh collective action yang mudah kita nampak adalah berapa ramai sahaja org kita yang join memboikot/BDS Movement daripada membeli produk-produk serta jenama daripada syarikat-syarikat yang pro-Zionis hari ini?.Sedangkan di luar negara sana, ramai yang bermati-matian memprotes serta memblock barang-barang produk Israel di supermarket mereka. Habis digeledah serta dikeluarkan produk-produk Israel dari rak-rak supermarket sambil menyeru customers lain agar tidak membeli produk serta barangan tersebut. Ada yang siap tampal label produk ini produk Israel pada barangan pun ada juga. Itu belum kira lagi usaha-usaha daripada bekas-bekas pekerja big tech companies lagi seperti Google, Apple dan Microsoft antaranya yang berjuang memprotes syarikat-syarikat mereka yang terlibat dengan projek-projek AI Israel seperti Projek Nimbus antaranya (boleh rujuk No Tech For Apartheid di Instagram) atau No Azure For Apartheid. Dockworkers shipping companies juga ada yang sampai bermati-matian membantah daripada menghantar bekalan parts ke Israel kerana ada shipping companies yang terlibat menghantar parts ke Israel seperti Maersk contohnya. Dari segi cultural serta academic industri pula, ramai yang memprotes keterlibatan Israel di dalam program-program akademik serta cultural melalui PACBI (Palestinian Campaign For The Academic and Cultural Boycott Against Israel). Bagi mengetahui lebih lanjut tentang PACBI serta BDS (Boycott, Divestment & Sanctions) ini, saya cadangkan agar merujuk kepada page BDS Movement. Boycotting apps juga ada dibuat sekarang ini bagi memudahkan para pengguna bagi mengetahui produk mana yang perlu diboikot seperti Boycat App, No Thanks! app serta DisOccupied.
Bagi saya the least and the minimal thing we could do first of all is to educate ourselves by reading and learning about the history of Palestine serta kisah-kisah perjuangannya kerana tidak mustahil yang apa yang berlaku ke atas Palestin boleh berlaku juga kepada kita semua. Jadi wajar bagi kita semua menjadikan kisah Palestin sebagai iktibar atau pengajaran buat kita semua. Kemudian,the other thing that we could all do is joining the BDS Movement dengan memboikot daripada membeli barangan serta jenama yg terlibat kerana strategi BDS ni sudah lama diguna pakai sejak daripada zaman Apartheid di South Africa lagi dan memang terbukti membawa kesan serta impak ke atas syarikat-syarikat Israel serta sekutu-sekutunya.
Alhamdulillah. Selesai membaca buku terkini karya ARW. Buku yg lama dinanti. Sebagai seorang yg sudahpon membaca buku2 tentang Palestin dlm bahasa English, saya rasa amat bersyukur dgn buku ini kerana sangat mudah untuk difahami dalam bahasa Melayu buat semua orang tak mengira latar belakang.
Buku ini ringkas, padat dan menyentuh semua garis masa dengan peristiwa2 penting di Palestin.
Ayman menggunakan bahasa dan analogi mudah untuk memahami kontext permasalahan Palestin bermula dari sejarah awal sebelum Masihi sehingga isu terkini: Taufan Al-Aqsa. Penggunaan bahasa yang tepat juga mendidik dan menggalakkan pembaca untuk menggunakan bahasa yang betul dalam menyebarkan naratif Palestin. Kudos to ARW and team.
Buku ini menceritakan sejarah wilayah Palestin dari zaman prasejarah, kerajaan-kerajaan purba, kisah para anbiya dari keturunan Nabi Ishak, pengusiran orang Yahudi dari Palestin, penguasaan Parsi dan Rom, pembebasan oleh kerajaan Islam, tragedi Perang Salib, penguasaan semula oleh Dinasti Ayubiyah dan Khalifah Uthmaniyah, penaklukan oleh British sehingga pada penubuhan negara haram Israel.
Bermula dari penguasaan British, penulis menulis dengan teliti semua peristiwa yang berlaku hingga ke tahun kini dari sudut politik dan masyarakat. Dimuatkan juga beberapa mitos perihal Palestin dalam minda umat Islam dan masyarakat antarabangsa yang telah dijawab oleh penulis dengan tuntasnya.
Penulis mengulas sejarah Palestin dari sudut geopolitik dengan mendalami keadaan geografi (disediakan peta) dan pembahagian wilayah pentadbiran dari setiap kerajaan yang pernah menguasai Palestin. Disertakan juga penerangan akan tindak tanduk negara yang nampak jelik tapi sebenarnya realistik dari sudut pandangan mereka seperti mengapa Mesir negara Arab pertama yang mengiktiraf Israel pasca perang Yom Kippur.
Antara isi menarik ialah penggunaan istilah 'Yahudi' bagi merujuk kepada nabi dan rasul bani Israel. Penulis berpendapat tidak wajar digunakan istilah Yahudi bagi merujuk sekali para anbiya kerana istilah Yahudi itu sendiri berasal dari saki baki bani Israel dari kerajaan Yehuda yang telah diusir keluar ke Parsi. Sedangkan Kerajaan Yehuda dari 3 puak bani Israel sahaja tak termasuk sekali dengan 10 Lost Tribes yang hilang selepas Kerajaan Assyria menakluk kerajaan Israel. Jadi, istilah Yahudi itu tidak merangkumi semua bani Israel termasuk para anbiya.
Selain itu, Identiti Yahudi itu sendiri berkait rapat dengan agama Yahudi semasa zaman pemerintahan parsi bukan dari keturunan yahudi itu sendiri. Dengan hanya menganut agama Yahudi boleh dianggap sebagai orang Yahudi. Autoriti kepada agama ini ialah para rabbi yang tidak wujud zaman bani Israel.
Masalah utama umat Islam ialah tiada tindakan bersama (collective action) yang berkesan. Masing-masing lebih mengutamakan kepentingan sendiri dari kepentingan umat. Akibat ketiadaan perpaduan antara negara Islam dan perjuang Palestin maka Israel boleh mengambil peluang menerusi pecah dan takluk. Israel itu sendiri dapat kemerdekaan dari British melalui perpaduan antara Haganah, Lehi dan Irgun yang merupakan pertubuhan separa tentera Zionis.
Apa yang perlu dibuat umat Islam kini bukan sahaja perlu terus menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap Palestin malah perlu kembali persiapkan diri dan umat dengan agama dan ilmu. Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh takkan berjaya menjadi tokoh pembela umat jika tidak kerana guru-guru mereka lah yang telah mendidik agama dan ilmu dengan secukupnya.
Susunan bab molek teratur, boleh dikatakan lebih rinci drpd A Very Short History of Israel-Palestine Conflict oleh Ilan Pappé (2024). Amat bermanfaat isinya ditelaah bagi pemula/ pembaca umum.
Seperti biasa tulisan Saudara Ayman Rashdan Wong tak pernah mengecewakan, sangat berbaloi untuk kita habiskan sehingga akhir. Saduran maklumat yang tersusun, fakta demi fakta, disulami dengan bahasa yang mudah untuk dihadam, perenggan demi perenggan langsung tak terasa beban.
Mula berkenalan dengan Ayman Rashdan Wong melalui bukunya Dunia Tanpa Tembok dan Politik Untuk Pemula sudah cukup untuk membuatkan kita merasa kecanduan dengan tulisan-tulisan beliau.
Buku ini memberikan kita pengetahuan tentang sejarah dan kronologi penting yang berlaku di Palestin secara sederhana tanpa sentimen agama dan bangsa. Kezaliman dan pelanggaran hak yang keterlaluan jelas terbentang di hadapan kita.
Paling saya suka ialah bab terakhir tentang mitos-mitos yang sering dipropagandakan kepada kita, penulis membentangkan empat mitos beserta jawapan dan kefahaman sebenar yang perlu kita perbetulkan dalam memahami persoalan-persoalan berkaitan Palestin.
Menamatkan bacaan buku menarik ini selama dua hari.
Buku ini menyorot sejarah, sosiopolitik dan geopolitik tanah Palestin dengan ringkas, mudah dan padat. Walaupun terdapat beberapa kesalahan tipis pada sudut ejaan dan ketidakselesaan dari sudut saiz buku (yang kecil), namun, olahan penulis mengenai Palestin dari zaman Anbiya’, pemerintahan Parsi-Yunani-Rom, peralihan kepada era Khulafa’-Umayyah-Abbasiyyah-Fatimiyyah-Ayyubiah-Mamluk-Uthmaniyyah sehinggalah kepada Deklarasi Belfour, Perjanjian Sykes-Picot, Perang Arab-Israel, Perang Yom Kippur, Intifada dan Tufan Aqsa sangatlah mengujakan.
Jika diteliti susur galur konflik di Gaza, salah satu faktor teras yang membawa kepada pembersihan etnik di penjara terbesar di dunia (meminjam istilah Pappe) ini juga adalah faktor perpecahan. Penulis optimis bahawa tekanan harus sentiasa diberikan kepada Israel kerana terdapat sudut positif dalam jangka masa panjang di mata dunia.
Puisi-puisi Mahmoud Darwish, tulisan-tulisan Edward Said (seperti biografinya, Out of Place) dan Noam Chomsky mengenai isu Palestin ini juga turut membantu dalam memahami isu global yang merentas agama, negara dan bangsa ini.
Sebuah buku yang padat dengan informasi dan sejarah. Buku ini ditulis dari awal, membawa pembaca memahami rentetan peristiwa sejarah dari satu zaman ke zaman seterusnya.
Buku ini seperti sebuah ringkasan kepada semua peristiwa-peristiwa yang ditulis dengan kemas. Sejarah negara Palestin yang panjang dan penuh likunya.
"Selagi Palestin hidup dalam sanubari orang-orang yang cintakan perdamaian dan keadilan, selagi itu obor perjuangan pembebasan Palestin akan dapat diteruskan, sehingga hari Palestin dan Baitulmuqaddis dibebaskan."
"Masalah utama umat Islam ialah ketiadaan tindakan bersama (collective action) yang berkesan".
Kata-kata oleh penulis dicatat pada helaian-helaian terakhir buku dan memberi kesan yang mendalam untuk saya, dan juga kita fikirkan bersama. Adakah anda setuju dengan kenyataan di atas?
Kita semua sedia maklum bahawa kenyataan di atas ada benarnya. Namun, penulis tidak memberi fokus buku ini untuk mengulas isu itu yang mana ianya di luar kawalan kita. Melalui buku ini, penulis akan membawa kita untuk mengetahui siapakah bangsa Israel ini sebenarnya. Dan melalui buku ini, saya pertama kali mengetahui bahawa Bani Israel itu bukanlah apa yang selama ini kita tahu dan faham dan The Chosen People yang digembar-gemburkan itu bersyarat yang mana syaratnya telah dikhianati dari satu keturunan ke keturunan yang berikutnya.
Suka untuk saya kongsikan dapatan melalui pembacaan saya ini bahawa konflik Palestin ini bukanlah konflik antara agama iaitu Yahudi dan Islam. Malah, lebih daripada itu. Benar, bagi kita yang beragama Islam, tanah Palestin adalah bumi para nabi dan rasul, Baitulmaqdia pernah menjadi kiblat umat Islam, dimensi keagamaan ada di situ.
Yang menjadi masalah utamanya ialah ketamakan pihak Zionis yang ingin membolot tanah Palestin itu dan mendirikan negara mereka sendiri dengan cara yang amat jahat. Pengusiran rakyat Palestin yang bukan sahaja terdiri daripada orang Islam, malah ada juga rakyat Palestin yang beragama Kristian turut diusir dan dibunuh. Isu ini telah menjadi isu kemanusiaan. Maka, perihal agama tidak dapat menjadi dasar untuk kita memperjuangkan isu Palestin.
"Sekiranya kita hanya memperjuangkan isu Palestin dari sudut agama, maka kita akan menjauhkan (alienate) banyak pihak yang turut bersolidariti dengan perjuangan Palestin".
"Apa-apa perjuangan yang berjaya mesti dibina atas sokongan luas (broad-based support), bukannya dengan menyempitkan perjuangan".
Saya memilih untuk membaca buku ini di saat beberapa orang sukalerawan dengan mengemudi kapal mereka The Freedom Flotilla 'Madleen' belayar untuk menembusi sekatan Israel, demi menghantar bekalan ubat-ubatan, makanan dan sebagainya untuk rakyat Palestin. Dan sukalerawan itu tidak semuanya beragama Islam.
"There can be no climate justice on occupied land". (Greta Thunberg)
Sesuatu untuk kita fikirkan, dan sama-sama perjuangkan! #freePalestine
Buku paling lengkap pasal sejarah Palestin dari awal sejarah hingga hari ini.
Saya akan simpan buku ini dan baca berkali kali sebagai dedikasi dan solidariti kepada pejuang Palestin dan rakyat Palestin yang sampai ke hari ini tuntut keadilan di bumi sendiri
Ayman has long been my favourite author in the realm of geopolitics. His Dunia Tanpa Tembok series 1-3 was my gateway into the world of geopolitical literature, and I’ve been captivated ever since. His ability to break down complex global issues into engaging, thought-provoking narratives is nothing short of brilliant.
One of the things I admire most about Ayman’s writing is how he seamlessly weaves history from its earliest roots to the present day. While tracing each event in detail would be an overwhelming task, he masterfully condenses vast historical contexts into a single volume, making it both accessible and deeply insightful.
This book is yet another testament to his expertise and storytelling prowess. Thank you, Ayman, for such an outstanding read. I’m eagerly awaiting Adikuasa Dunia!
Buku ini wajib dibaca sekiranya anda menyokong perjuangan di Palestin. Bermula dengan rasa ingin tahu semasa membaca kisah sejarah, namun makin ke bab penghujung, hati saya semakin beremosi dan marah. Buku ini membuka mata saya tentang konflik Palestin yang bukan baru bermula, tetapi telah bergolak sejak zaman berzaman. Penulis menerangkan dengan jelas tentang sejarah tanah Palestin sejak zaman pra-sejarah hingga sekarang. Antara perkara penting yang saya pelajari: ⭕Bangsa Filistin atau orang Kanaan adalah penduduk asal tanah Palestin. ⭕Tanah ini telah bertukar-tukar pemerintahan sejak dahulu lagi. ⭕Orang Yahudi yang menduduki Palestin secara haram hari ini bukanlah Bani Israel yang disebut dalam al-Quran. ⭕Fahaman Zionis lahir daripada semangat nasionalisme di Eropah. Yahudi Ashkenazi yang tinggal di Eropah ingin wujudkan negara bangsa sendiri, tetapi mereka tiada tanah. Jadi mereka bercita-cita untuk menjadikan Palestin sebagai negara mereka. ⭕Zionis adalah penunggang agama. Ramai dalam kalangan mereka bukanlah orang yang kuat beragama. ⭕Kebanyakan konflik yang berlaku di dunia pada hari ini adalah berpunca daripada penjajahan British yang memandai-mandai memecahkan sempadan dan memberikan tanah kepada pihak yang tidak berkaitan. Senang kata, "sukahati bapak dorang je'. ⭕Suatu ketika dahulu, umat Islam dan Kristian di Palestin pernah bersatu menentang penjajahan Zionis. ⭕Asal-usul “kerajaan haram” Israhell hari ini adalah bermula daripada kumpulan pengganas. ⭕Mesir, yang kini sering dikecam umat Islam, dahulunya merupakan penyokong dan tonggak kuat perjuangan Palestin (sekitar 1950-an hingga 1960-an ketika pemerintahan Jamal Abdul Nasser). ⭕Israhell dapat bertahan sehingga kini kerana negara-negara sekelilingnya, terutamanya negara-negara Islam tidak bersatu. ⭕Kelemahan umat Islam juga menyumbang kepada jatuhnya Palestin ke tangan musuh. ⭕Setiap peristiwa silam memberi kesan "butterfly effect" , dan akhirnya hari ini kita melihat anak-anak kecil di Gaza dibom, dibunuh dan dibiarkan kebuluran. Penulis menggunakan rujukan-rujukan kukuh daripada penulis-penulis terkenal seperti Norman Finkelstein dan Ilan Pappé. Gaya bahasa mudah difahami, sangat sesuai dijadikan bacaan umum. Kisah perjuangan Palestin masih belum berakhir. Mudah-mudahan akan ada siri kedua buku ini tentang kisah kemerdekaan Palestin yang kita semua dambakan. InsyaAllah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
This book is the real definition of ringkas dan padat. It's a quick read but I feel that every chapters are important and meaningful.
Buku yang sesuai dijadikan asas untuk lebih memahami isu Palestin.
Penulisan Ayman Rashdan sendiri adalah sangat baik dan mudah difahami. I read his previous book, Kitab Tamadun Cina and really impressed with the details. Definitely looking forward for his next book.
aku kongsikan kan sedikit petikan daripada buku ni yang aku rasa menarik dan penting untuk kita belajar;
"Kelahiran Zionisme
Faktor penghijrahan Yahudi ini ialah kebangkitan nasionalisme di Eropah pada abad ke-19 di mana bangsa-bangsa di Eropah masing-masing ingin mewujudkan negara bangsa yang berasaskan persamaan bahasa dan sistem kepercayaan.
Kebangkitan nasionalisme ini meletakkan orang Yahudi dalam dilema. Sekiranya mereka memilih untuk mendakap nasionalisme, maka mereka perlu meninggalkan budaya lama mereka dan berasimilasi dengan budaya masyarakat majoriti.
Berdepan dengan keselamatan nyawa dan harta, para cendekiawan Yahudi berpandangan bahawa penyelesaian kepada dilema Yahudi ini adalah dengan mewujudkan nasionalisme Yahudi dan negara bangsa Yahudi yang tersendiri.
Namun orang Yahudi tidak memiliki tanah di Eropah yang boleh dianggap tanah air sendiri. Jadi, nasionalis Yahudi telah menyasarkan Palestin yang dianggap sebagai 'historic home' bagi orang Yahudi.
Pemikiran ini dinamakan sebagai Zionisme. Perkataan Zion atau Tsiyon ialah nama sebuah bukit di Baitulmuqaddis yang dijadikan sebagai sinonim kepada Baitulmuqaddiss dan Tanah Palestin dalam Tanakh (kitab Yahudi)."
Dalam membaca sejarah Palestin ini, kita sedar bahawa dalam perjuangan ini, perkara asas adalah perpaduan dalam kalangan kita. Tanpa perpaduan, kita hanya buih dalam lautan. Segala maklumat dalam buku ini secara tak langsung memberi keinsafan dan kesedaran kepada kita bahawasanya isu Palestin ini adalah isu kita dan antarabangsa. Dengan memahami sedikit geopolitik, kita akan sedar, kawasan sana (timur tengah) amat bergelut untuk membebaskan Palestin.
Namun dengan penggunaan internet, di era globalisasi ini. Kelemahan moral Zionis iblis ini semakin lama semakin nampak dan Warga net yang berada di mana-mana semakin rancak protes dan demonstrasi di jalanan bagi membantah pembantaian dan genosid oleh Iblis Zionis terhadap Palestin. Masyarakat dunia kini, lebih cakna dan sekarang Presiden dari Amerika Latin (Columbia) berani menentang kepada kuasa besar seperti AS. Ini dapat dilihat bahawasanya masyarakat dunia tidak lagi bodoh, tidak dibeli dengan 'Hamas is Terrorist'.
Akhir Kata. Fuck You Netanyahu. Fuck You Israel. Palestin Libera. Hidup Palestin. Dari Sungai ke Segara. Palestin Pasti Bebas
Sememangnya penulisan saudara Ayman Rashdan Wong tidak pernah mengecewakan. I read this book in one sitting. Penulisannya bermula daripada sejarah bumi anbiya sehinggalah kepada rentetan-rentetan yang berlaku sehingga kini (tahun 2025). Dengan adanya buku ini, kita lebih memahami akar konflik kepada penindasan yang berlaku di Palestin dan sekaligus memberikan semangat serta harapan kita untuk melihat Palestin merdeka. InshaaAllah. Janji Allah itu pasti.
The writing style is casual yet rich with facts. The history of Palestine is well-crafted, making it easier for readers to understand the lineage of the original Palestinian inhabitants. However, the author's conclusion in the final chapter provides a genuine perspective that all Palestinian liberation fighters need to comprehend.
Very easy to digest. Pack with history and facts in simple writing style but still managed to get the point across. Im glad that i took the time to read this book. Palestine is carved deeper in my heart after reading this book. May Palestine be free one day.
Buku yang ringkas dan padat menceritakan tentang genosid zionis kepada palestin. Siapa2 yang menyokong rejim pro genosid zionis akan ubah fikiran bila baca buku ini!
Bila baca buku Korang akan rasa marah, bengang, menyampah Terhadap orang Yahudi .. terhadap orang Kristian Terhadap British dan Amerika Syarikat Serta pengkhianat orang Islam ...
Alhamdulillah.. Setiap sejarah diselitkan secara ringkas dalam 1 naskah yang comel ni, tapi ia penuh dengan ilmu pengetahuan yang padat dan sangat bermanfaat. Buku ni sedikit sebanyak menjawab tanda tanye yang selama ni bermain dalam kepala. Alhamdulillah..
Dari Sungai ke Segara, Palestin Pasti MERDEKA! 🇵🇸✊🏻