Boleh tak aku nak cakap yang cerita ni versi cinta islamik typical bercinta selepas kahwin tetapi yang sedap dibaca & terus tembus dihati ditambah lagi dengan pengisian yang bermakna serta menggunakan bahasa yang lembut & terbuai-buai. Ustaz Umar Abdul Aziz yang pandai berkata-kata dan berpuitis digandingkan pulak dengan Cikgu Najiha si pemalu.
‘Kalau abang tulis nama Jiha di pasir, nanti datang ribut gurun, hilang nama Jiha. Kalau abang tulis nama Jiha di dada langit, nanti datang awan, hilang nama Jiha. Biar abang tulis nama Jiha di hati ini saja, insyaAllah nama Jiha akan bersemadi di sini sampai akhir hayat abang’ - Ustaz Umar
Tawakal hanya kepada Allah. Percaya sepenuh hati pada Rabbul Izzati. Belajar untuk menerima apa saja ketentuan Ilahi. - Umar & Jiha
p/s - sahaja aku baca lambat-lambat sebab sayang betul hendak habiskan bacaan. Banyak betul Ilmu yang diletak dalam ni. Dan rasanya lepas ni dah boleh hafal surah Taha ayat 1 hingga 5, dululah.
p/ss - nampaknya aku kena cari, buka dan baca semula buku tebal terbitan JS & Adiwarna sebab nak cari cerita pendek karya penulis. Ye laa, dulu2 sanggul beli novel setebal alam sebab nak baca cerita dari H,S &RR saja yang lain dah tak baca meanyehee 😌
Dah lama rasanya tak baca novel yang penuh pengisian seperti ini... Sangat suka dengan jalan cerita dan setiap watak yang ada dalam ni. Suka juga dengan bahasanya! ^__^
.
.
.
[ review penuh kemudian - kalau rajin ya! Sekarang hanya ada mood membaca dan menikmati isi cerita yang dipaparkan ]
Suka dengan bahasanya yang lembut memikat hati... (I wish i can write like that)... Suka dengan ilmu yang berisi... Suka dengan pengetahuan baru yang dikongsi... Suka dengan kisah lepas kahwin yang manis TANPA adegan yang boleh membuat pembaca malu sendiri... Suka dengan perkongsian tentang bidang perguruan yang luas dan terperinci... (Tumpang tanya, penulis ni guru ye? ;) )... Suka dengan isu semasa yang diketengahkan... Suka dengan sunnah Rasulullah saw yang diselitkan... Pendek kata, banyak yang saya suka tentang novel ini... Well done, dear writer! Teruskan menulis. You definitely have a gift to give... :)
Sebuah naskah yang sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki dan diabadikan sebagai koleksi peribadi. Kisah yang sarat dengan kasih sayang dan juga penuh dengan ilmu.
Kisah yang ditulis dengan begitu indah. Membacanya juga lambat-lambat. Bukan kerana bosan tapi kerana takut cepat sampai kepada perkataan TAMAT.
Sedihnya la apabila kasih Jiha dan Umar terputus di saat mereka di ambang bahagia. Berjayakah Jiha mendapatkan kembali kasih sang suami ? Kenalah beli dan hayati kisah mereka ini.
Jika nak cari novel islamik yang manis dan berilmu, belilah novel ini. Tiada aksi melampau atau tergedik ya amat yang buatkan kita loya. Semuanya masih di atas landasan yang lurus.
Tahniah untuk penulis. Aku beli naskah ini selepas aku baca kisah Suri Hati Abang yang awesome tu. :)
Tawakal itu pada Allah.. bukan pada mata (ini contoh kisah tauladan dalam buku ini sebab Umar ada masalah penglihatan).
Buku ini sangat bagus. Pada permulaan, saya sukar mendapat rentak, baca pulak berhenti-henti (disebabkan komitmen sendiri). Tapi semakin dibaca semakin menarik.
Murninya hati Najiha yang sanggup menjaga dua orang anak saudaranya seperti anak sendiri dan mengimpikan mereka menjadi huffaz. Umar yang sanggup menerima pakej Najiha + Lutfi + Rafiq terpaut kepada 'mak Rafiq' kerana cita-cita Najiha itu. Impian mereka sama, melahirkan huffaz!
Kagum tentang kaedah melahirkan huffaz (teknik murajaah, aktiviti harian dan pemakanan), perbualan dengan maksud tersirat (teknik Najiha si pemidato), hikmahnya hadiah al-Quran tulisan saiz besar yang Najiha berikan kepada Umar, juga nasihat Umar kepada Najiha; tentang solat, membaca al-Quran, menutup aurat. Juga, Umar yang sering membaca surah Toha kepada Najiha. :)
Bahasa yang digunakan mudah difahami. Walaupun latar belakang cerita di negeri Sarawak, tapi tak ada sepatah pun dialek Sarawak di dalamnya. Tiada juga watak antagonis orang ketiga, namun konfliknya tetap mendebarkan. Perasaan saya apabila membaca kisah ini agak sama sewaktu membaca Jaja & Din.
A surprise!! Masa baca sinopsis di belakang novel ni macam cerita biasa2 jadi asyik bertangguh untuk beli, tapi di Pesta Buku Selangor, JS staff recommended this novel. Memang cerita biasa2 tapi lenggok bahasa, perjalanan cerita membuat saya tak boleh nak letak, keep on reading walaupun tiada high drama or cerita kontroversi. Bahasa yang asyik tapi tidak melampau antara pasangan suami isteri, pengisian dari sudut ugama, isu kemelut Arab Spring, kerjaya pengajar yang semakin mencabar dan jugak kaedah2 mendidik generasi anak2, di sampaikan dengan lembut dan sungguh berkesan. Tahniah!! Satu lagi koleksi novelis yang di tunggu2
Kalau abang tulis nama Jiha di pasir, nanti datang ribut gurun, hilang nama Jiha.. Kalau abang tulis nama Jiha di dada langit, nanti datang awan, hilang nama Jiha.. Jadi abang tulis nama Jiha di dalam hati saja, InsyaAllah nama Jiha akan bersemadi di sini sampai akhir hayat abang ~ Warkah Pengikat Hati, m/s 442
Siapa sangka seorang ustaz tahfiz mampu membelai jiwa isterinya bila berkata-kata, sampaikan si isteri terus membayangkan bunga daisy..hahaha. Najiha oh Najiha..kalau dibayangkan bunga, tiada bunga lain yang didahulukan. Daisy juga yang disebut dahulu. Mana tak nya, bunga daisy itu mempunyai maksud kesucian, kesederhanaan dan kasih sayang yang tulus ikhlas dan setia. Kalau tak, takkanlah Umar Abdul Aziz tahan perut tiap-tiap hari makan nasi goreng, ayam goreng, sayur goreng dan semua yang bergoreng Tapi itulah juga nadi kisah ini. Loyalty and undivided love.
Cinta mereka bermula selepas ijab dan qabul. Kasih mereka diikat dengan kecintaan mereka terhadap Al-Quran dan golongan huffaz. Bukan mudah mengajar hati untuk ikhlas menerima pasangan yang tidak dikenali, maka tentunya rasa sayang yang terbit lebih indah. Manisnya cinta Umar dan Najiha, dan indahnya perjalanan cinta mereka membuat segalanya istimewa, walaupun berbicara tentang..ehem..bendera merah Tatkala terpisah kerana tuntutan cita-cita, rasa rindu Umar dan Jiha hanya diluahkan melalui alam maya dan telefon. Mereka belajar untuk bersabar, malah jarak dan masa hampir 4 tahun itu hanya suara dan kata-kata mengisi ruangan hati dan mimpi, menguatkan mereka untuk menanti saat disatukan kembali. Dan pabila kasih dan kesetiaan mereka diuji, tiada lain yang di dalam hati mereka kecuali Redha. Ya. Redha. Perkataan yang menuntut sejuta keikhlasan dari hati dan insani. Saya sendiri tidak pasti samada saya boleh sekuat Jiha dan setabah Umar.
Sesungguhnya cinta yang berpaksikan Allah mengajar kita makna redha yang sebenarnya. Dari redha itulah akan datangnya rasa hati kita. It's not how we act in front of the one we love that matters but what we do above and beyond to prove to him that he is and will always be the one in our heart.
Sebuah novel yang saya noktahkan bacaan dengan senyuman.
Novel ni mendekatkan kita pada cinta kepada anak yatim, cinta lepas pernikahan dan paling utama cinta pada Allah SWT. Jiha & Umar bagi saya karakter yang hebat dan disebalik latar belakang Sarawak yg jarang dpt saya baca, saya suka. belajar aspek untuk menjadi huffaz dan teknik yang di beri, can put it as a pointer. Alhamdulillah, I belajar juga dari pembacaan ni. Selamat menghadapi 10 mlm terakhir Ramadhan.
Penat nangis sampai bengkak mata. Serius, tak tipu. Literally lepas habis baca buku ni, aku pergi cermin muka aku. OMG. Bengkak weh. hahaha .
"Kalau mim mati bertemu ba, disebut ikhfak syafawi. Kalau saya bertemu Jiha, itu disebut cinta." .
"Kalau baca Quran, jangan berhenti sesuka hati, kena sempurna ikut tajwid. Saya harap cinta kita macam itu, hanya akan terhenti sempurna pada akhir hayat." .
Ini kisah Najiha dan Umar Abdul Aziz. .
Mereka bersatu atas dasar memiliki matlamat hidup yang sama. .
Najiha, seorang guru pemulihan khas, membesarkan 2 anak saudaranya, dengan matlamat untuk menjadikan mereka seorang huffaz. Umar pulak berhasrat untuk berkahwin dengan seorang wanita yang boleh memahami dan sama-sama mendidik anak-anak mereka untuk menghafal Quran. .
Beberapa kali pertemuan, Najiha ni tak perasan pun Umar yang merupakan Ustaz tahfiz tempat anak saudaranya, Rafiq belajar. Tapi, Umar ni perasan je. Mula-mula dulu, dia ingatkan Najiha ialah mak Rafiq. Bila dah tahu tentang matlamat hidup Najiha, dia berhasrat untuk melamar Najiha. .
Bila kahwin, OMG, Umar ni sweet ya. Tambah-tambah, Najiha yang merupakan bekas pemidato pun, boleh diam malu dan tergagap-gagap depan Umar. Lagilah Umar suka mengusik. .
Tambah-tambah, Umar suka bacakan ayat Taha kepada Najiha. hahahah..Najiha tahu je, bila dia nak argue ngan Umar, tetiba dia jadi tergagap-gagap tu, dia tanya je Umar, ada bacakan surah Taha ke tadi? hahahaah .
Seronok baca mereka bercinta. Sangat sopan. Najiha ni sangat pemalu. So, kalau nak salam ngan Umar pun, dia salam dalam bilik je. .
Suka part Umar tegas menegur bab mandi wajib, bab menjaga makanan untuk Lutfi dan Rafiq supaya hafazan mereka terjaga. Suka semuanya la. .
Dan tibalah saat memilukan. .
Apabila cinta menjadi reda. .
Umar minta izin untuk sambung Master di Universiti Al-Azhar. Najiha ni sangat memahami. Mereka sama-sama istikharah sebelum akhirnya setuju untuk ber PJJ. So, sebelum berpisah, mereka banyak mengabdikan kenangan indah mereka. .
Bila berjauhan, semuanya masih sama. Umar masih menghantar emel pada Najiha. Mereka masih berhubung setiap minggu. Dan Najiha mengandung. .
Tapi, keadaan mulai genting bila terjadinya rusuhan dan pergolakan di bumi Mesir. Tetiba, Umar dikhabarkan antara rakyat Malaysia yang terkorban. Sedihnya Najiha bila Umar pergi tanpa pesan. Bukan Najiha je sedih, aku pun menangis sambil peluk bantal. .
Najiha berdoa pada Tuhan, dia masih mengharapkan keajaiban. Kalau Umar masih hidup, dia sanggup kena marah ngan Umar, sanggup kena cubit ngan Umar. Asalkan Umar ada disisinya. .
Dan keajaiban terjadi. Tapi, tidak semudah yang disangka. Masih menuntut pengorbanan daripada Najiha. .
Buku ni serius best! Tapi sedihnya tak tertanggung. Aku beli buku ni masa PBAKL 2022, tanpa tahu yang ia akan jadi sebegini sedih. Buku ni mengingatkan aku pada buku Jaja & Din. .
Overall, buku ni best. Semua watak dalam ni best dan menghiburkan. Suka Umar dan Najiha. Suka baca keletah Rafiq yang selalu mengelak bila disuruh murajaah. Bila suruh baca surah, dia selalu pilih surah al-kautsar. hahaha. Suka part Najiha gigih mendidik anak-anak menjadi huffaz. Overall, suka semuanya la.
Sebuah karya berunsur Islamik. Umar dan Najiha tidak berjumpa atau cakap di telefon walau dah bertunang. Percintaan Umar dan Najiha berlandaskan ugama hanya sesudah mereka bernikah. Saya kagum dengan Najiha yang menjaga dua orang anak saudaranya selepas Naurah, kakaknya meninggal dunia. Saya kagum dengan keikhlasan dan keluhuran Umar setuju dengan syarat Najiha untuk terima pakej Lutfi dan Rafiq sekali jika nak kahwin dengannya. Keseluruhan jalan cerita yang penuh pengisian. Ada motivasi keluarga dan ada motivasi ugama. Banyak kali saya menangis mengenangkan Umar dah buta mata kanan dan Najiha tinggal satu saja fallopian tube. Betapa tabah, reda dan tawakal dengan kekurangan diri mereka demi membesarkan anak-anak yang masih kecil. Cuma pada saya, penceritaan penulis terlalu perlahan. Ada beberapa bahagian yang meleret dan berulang-ulang agak membosankan. Biography cikgu serta ustaz dan ustazah too detailed and lengthy don’t interest me.
ya Allah, sayangnya buku ni tak publish dah😞 rasa nak nangis (dah nangis dah pun) sebab buku ni best sangat2. bersyukur sangat2 sbb Allah gerakkan hati utk beli buku ni bila terjumpa kat kedai buku😭❤️