Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bounce Back Better: Bangkit Dengan Al-Quran

Rate this book
Saat hidup dirundung ujian berat, seolah-olah tiada daya untuk bangkit semula, di
mana perlu dicari kekuatan dan ketenangam yang nyata.

Al-Quran, penawar yang menenangkan hati Rasulullah SAW, menyimpan rahsia
keteguhan—mengajarkan kita untuk kembali berdiri, penuh harapan dan
keyakinan.

"Bounce Back Better: Bangkit dengan Al-Quran" menghimpunkan panduan dari
pakar psikologi dan psikiatri, menyingkap bagaimana kisah Al-Quran dan Hadis
mendidik kita untuk memaknai ujian sebagai peluang membina iman.

Di bawah cahaya wahyu, temuilah inspirasi yang abadi— bangkitlah lebih kuat,
dengan tekad dan harapan sejati.

“It is okay to fall, as long as you bounce back, better.”

226 pages, Paperback

Published January 1, 2024

3 people are currently reading
16 people want to read

About the author

Alizi Alias

7 books12 followers
Assistant Professor
Department of Psychology
International Islamic University Malaysia

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (69%)
4 stars
3 (23%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
January 24, 2025
Saya membaca buku ini dari dua lensa yang berbeza👇🏻
🌼 Seorang yg mempunyai minat yang mendalam tentang terma-terma berkaitan psikologi dan kesihatan mental.
— secara peribadi amat gemar dengan akronim P.E.R.M.A dan bagaimana mengurus stigma.

🌼 Seorang ibu yg sedang bergelut untuk menjadi suri teladan kepada tiga orang cahaya mata.
— kisah Yaakub AS mengurus karakter anak-anaknya serta cara untuk berkomunikasi bersama ahli keluarga meletakkan saya ke posisi seorang yg mahu unlearn & relearn semula ilmu parenting dari tahap sifar.
***
Buku ini terbahagi kepada 6 topik utama membincangkan tentang proses² untuk bangkit dan pulih dari fasa² ketidakmekaran jiwa dan fikiran serta pergelutan dalam memaknai badai ujian.

Gandingan penulisan dari barisan pakar psikologi dan psikiatri serta puan pengurus projek @soulfitnesscentre ini memberikan pendedahan kepada pembaca tentang keperluan untuk memahami dan menekuni masalah seputar kesihatan mental, penyakit mental dan stigma masyarakat dengan memperbaharui niat dan tujuan selaras dgn seruan wahyu Tuhan.

Konten yg dibentangkan dalam naskhah ini juga mengandungi pelbagai solusi dan saranan yg membuka mata pembaca khususnya dalam konteks pengurusan emosi; menggalakkan pembaca untuk merujuk silang dan menjadi seorang yang lebih introspektif terhadap tahap daya tahan diri.

𝘛𝘪𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘩𝘢𝘥𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘭-𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘥𝘪𝘳𝘶𝘫𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘵𝘪𝘮𝘱𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢. 𝘛𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘢𝘭-𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘨𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘵𝘶𝘵 𝘪𝘭𝘮𝘶 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢𝘪𝘬𝘪 𝘤𝘰𝘮𝘱𝘢𝘯𝘨-𝘤𝘢𝘮𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪𝘳𝘪.

Melalui buku ini, saya fahami bagaimana akhirnya watak-watak yang diceritakan dari sumber utama agama ini mengajar kita untuk melihat cabaran dan ujian kehidupan sebagai suatu tanda kasih sayang Tuhan yang mahu kita jadi hamba yang '𝘽𝙤𝙪𝙣𝙘𝙚 𝘽𝙖𝙘𝙠 𝘽𝙚𝙩𝙩𝙚𝙧...𝙖𝙣𝙙 𝙨𝙩𝙧𝙤𝙣𝙜𝙚𝙧'✨
Profile Image for Nani S.
19 reviews2 followers
March 13, 2026
“Ingat, it is okay to fall as long as you bounce back, better.”

I'm smiling when I read this line. Alhamdulillah, untuk segala suka dan duka dalam sedekad yang lepas. At this moment, whatever happens, happens. Kun fayakun. Al-Fatihah, ayat 6-7.

Sebelum ini, aku ada baca buku-buku tentang kesihatan mental dan psikologi, kebanyakannya daripada penulis (juga doktor) dari luar negara. Satu hal yang aku perasan akhirnya, solusi kepada apa yang kita cari mestilah berlandaskan cara hidup kita- Islam is the way of life. Jadi sebab itu aku rasa puas bila habis baca buku ini. Bangkit dengan Al-Quran.

Buku ini ditulis oleh empat orang individu yang tiga daripadanya adalah doktor dalam bidang masing-masing. Rasa macam doktor bercakap dengan aku secara bersemuka. (Yes, been there done that.)

Buku ini bukan sahaja menyentuh tentang fobia dan trauma individu, tetapi merangkumi peranan keluarga dan kita sendiri sebagai masyarakat secara amnya dalam menghentikan stigma kesihatan mental.

Kisah-kisah yang dipetik dapat membuatkan kita belajar dari peristiwa di zaman nabi agar kita dapat mendidik jiwa kita untuk lebih kuat dan memaknai ujian sebagai peluang membina iman.

Bacalah buku ini walaupun sekali. Jika anda tidak mengalami masalah kesihatan mental, anda boleh memahami dan membantu orang di sekeliling anda.

📙: Bounce Back Better: Bangkit Dengan Al-Quran
✍🏻: Dr. Alizi Alias, Dr. Ahmad Rostam Md Zin, Dr. Rozanizam Zakaria, Hajar Hidayati.
📖: 223 m/s
📇: Cetakan 1 - 2024. Karya Bestari.

#BounceBackBetter #BangkitDenganAlQuran ##karangkrafreadingchallenge #ramadanbangkitkankekuatan #qnanisreads
Profile Image for Hikmah Reads.
18 reviews2 followers
Read
February 21, 2025
Saat jatuh, kisah dalam wahyu mengajar kita untuk bangkit lebih kuat.

Buku Bounce Back Better ini mengubah perspektif kita—melihat ujian bukan sekadar beban, tetapi peluang membina iman.

Saya suka bagaimana buku ini menggabungkan psikologi, kesihatan mental, spiritual dan pengajaran al-Quran. Rasa lebih lengkap berbanding buku-buku antarabangsa yang kurang unsur Islam.

Salah satu bahagian yang menyentuh saya adalah kisah ibu Nabi Musa. Jarang sekali trauma dan luka emosi dibincangkan daripada perspektif ini, menjadikan buku ini lebih istimewa.

Ia bukan sekadar teori, tetapi juga panduan praktikal untuk bangkit daripada kesulitan—bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk membantu orang sekeliling yang sedang diuji.

📖 Kisah Maryam ibu Nabi Isa mengajar kita bahawa walau seteguh mana iman seseorang, tekanan berat tetap boleh menggugat. Kita perlu mengurus emosi agar ia tidak menguasai diri.

📖 Kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya pula mengingatkan kita tentang betapa pentingnya sentuhan seorang bapa dalam membentuk kekuatan emosi anak-anak.

Mungkin saat ini kita sedang diuji, tapi ketahuilah—kita mampu bangkit. Buku Bounce Back Better akan membimbing kita ke arah itu.

Jom jadikan buku ini sebagai bacaan Ramadan. Boleh dapatkan di karangkrafmall.com. Terima kasih @karyabestariofficial atas karya yang begitu berharga ini.
Profile Image for Hamidah Effendi.
436 reviews6 followers
January 22, 2025
Alhamdulillah berjaya mendapat sesuatu pelajaran yang baik dari buku ini..tidak sia-sia membeli buku ini🥰.

Antara yang menarik dalam buku ini :
✅️ ada panduan dan info tentang penyakit mental dan bezanya dengan kesihatan mental.
✅️ memotivasikan diri dengan konsep penulisan gabungan sudut al-Quran dan psikologi.
✅️ ada Qr code video - jangan lupa scan setiap kali sebelum memulakan bab baru.
✅️ rekaan buku dari cover kepada penulisan isi buku menyebabkan kita keep on nak baca lagi, mata tak sakit dibuatnya.
✅️ bab parenting juga ada diselitkan, walaupun sedikit tetapi informasi sangat2 membantu saya yang masih tercari. Banyak tips diperolehi, buku bukan hanya tentang fokus psikologi semata2 tapi dihubungkan semua dari ayat2 al-Quran yang diselitkan.

Extra2 : please ada lagi buku seperti ini, berinformasi walau tidak setebal mana, tidak2 meleret2, tiada pengulangan, cover dan printing kertas sangat menarik..saya suka buku ni.will be one of my favorite untuk dibaca berkali2.

Tak buat semua apa yang dipelajari tidak apa, buatlah satu2- bukan perfect parent yang kita cari tapi good enough untuk anak2 kita generasi akan datang.

Me usaha untuk perbaiki mana yang kurang sebab tak nak my trauma transfer to my children.Insyaallah.🥰
4 reviews1 follower
March 13, 2026
Bounce Back Better.

Saya suka buku kesinambungan daripada Healing The Invisible Wound ini. Saya paling suka topik tip mendengar dengan baik iaitu L.O.V.E: listen, observe, validate dan emphatize. Walaupun belum ada anak, terasa nak aplikasikan pada adik-adik ketika berkomunikasi. Mahu sangat belajar menjadi pendengar yang baik! Insya-Allah.

Cuma, saya kurang berpuas hati sebab bila masuk topik kisah Hajar, diterangkan cara mendepani orang yang ada suicidal thoughts, bukan cara diri sendiri mendepani suicidal thoughts. Saya menjangkakan ada tip-tip seperti mengamalkan teknik pernafasan dan menyerahkan diri ke jabatan kecemasan. Tetapi tidak ada. Agak kecewa.

Tapi, saya sukalah buku ini bilamana banyak keadaan kesihatan mental dan penyakit mental dikaitkan dengan tokoh-tokoh dalam al-Quran dan hadis. Belajar untuk redha, tawakal dan meningkatkan keimanan kepada Allah.

Adapun saya puji buku ni sebab ada sertakan kod QR untuk menonton video pendek tentang tadabbur ayat al-Quran berkaitan ujian dan kehidupan.

#karangkrafreadingchallenge
#ramadanbangkitkankekuatan
#cabaranminisatu
Profile Image for Vida Ariff.
129 reviews
February 28, 2026
Pedoman yang dinaratifkan melalui kisah Saidatina Khadijah dan Muhammad saw, ibu Nabi Musa, Saidatina Maryam, Nabi Yaakub dan Saidatina Hajar cukup meresap ke dalam kalbu. Ia seolah-olah memberitahu bahawa sesungguhnya manusia tidak akan sunyi daripada ujian.

Secara peribadi, buku ini sedikit sebanyak melorongkan diri ke arah jalan keluar daripada keluh-kesah kehidupan. Sebagaimana yang diingatkan dalam buku ini, "It is okay to fall as long as you bounce back, better."
Profile Image for Hanisah.
63 reviews1 follower
February 28, 2026
Buku yang baik untuk menerokai kesihatan dan penyakit mental (yang sememangnya berbeza). Mengambil ibrah daripada cerita dalam Al-Quran, membuatkan kita lebih dekat dengan manusia-manusia yang dijadikan contoh dalam buku ini. Walaupun mereka adalah Nabi atau orang alim, masih juga mereka mempunyai emosi dan tindakan seperti kita.

Hanya sedikit ulasan. Saya tidak dapat fahamkan kesinambungan untuk Topik 5. Adakah topik ini untuk cuba mendidik anak agar lebih cekal minda dan emosi? Tapi topik ini lebih kepada cara-cara melayan anak dengan baik. Jadi pada pendapat saya, topik ini agak lari dari keseluruhan buku. Rasa tidak cohesive. Topik itu sendiri baik untuk pembacaan.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews