Jauh ke hujung antologinya ~ Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus ~ cerpen-cerpen Nisah Haron mencapai puncak ranumnya. Dalam bahasa yang semakin santai dan manis, kisah-kisahnya menjadi lebih menduga dan lebih mencabar. Maksudnya kita tidak mungkin menikmati karyanya begitu saja tanpa terlebih dulu berbekal ragam ilmu dan kesabaran.
Cerpen demi cerpen Nisah Haron, secara sedar atau alpa, tetap menghantar teka-teki atau teka-kata kepada pembacanya.
Tapak demi tapak, dalam ragu dan debar, kita terpaksa belajar menyusuri dan menekuni manusia-manusia pintar yang diselaminya.
- A. Samad Said -
Kandungan
Kata Pengantar oleh Sasterawan Negara A. Samad Said Selingkar Kata daripada Pengarang
1. Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus 2. Selagi Lading Masing Di Tangan 3. Persidangan Agung Wanita Klasik 4. Afidavit Emosi 5. Ziarah Izrail 6. Konspirasi 7. Kasih Di Pintu Rahim 8. Presiden Rebecca 9. Rindu Seorang Rafik 10. Impian Tsu-Ryi 2 11. Fata Morgana Akhir Musim Yuda 12. Saksi Delima Sakti 13. Pusaka Cendana 14. Citra Mukhlisah 15. Resepi Dari Istana
Born in Seremban, Negeri Sembilan on 20 April 1973, Nisah Haron has been writing as a hobby since 1988. She has written forty short stories, five novels, essays and a few poems published in local literary magazine and newspaper.
Nisah Haron had her legal education from National University of Malaysia and graduated in 1997. She also obtained her LL.M from the same instition in 2006. She practised as an advocate and solicitor as well as a syarie counsel for eight years before becoming a full-time writer in 2006. She advocates on the copyright awareness among writers and publishers. Nisah has also written a copyright book for laymen entitled "Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta" (Al-Ameen Serve Holdings, 2008).
Her works has been received my awards including Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan and many others. Recently, she won first place in Hadiah Sastera Berunsur Islam with her winning short-story, “Aset Istiqamah”.
Her personal blog is www.annyss.blogspot.com, or join her on Facebook "Nisah Haron - Pengarang".
Seringkali ketika membaca karya fiksyen oleh ramai penulis, saya teruja dengan keupayaan mereka menggarap pelbagai isu menjadi sebuah kisah menarik dan dramatik.
Karya ini, Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus, turut tidak terkecuali. Ia membuat saya bertambah kagum kepada penulis yang memiliki dua sarjana ini (Undang-undang dan Kesusasteraan Melayu). Nisah Haron telah benar-benar memanfaatkan ilmu yang ada dengan menggarap kisah-kisah benar yang berkisar dalam kehidupan masyarakat dunia ke dalam cerpen dengan begitu mengesankan.
Penggunaan bahasa yang menarik dan sesekali mencabar penguasaan bahasa Melayu dalam diri sendiri, menambah seri dalam bicara undang-undang yang dipermudahkan untuk difahami oleh masyarakat umum. Istilah undang-undang yang tidak biasa didengar oleh pembaca tanpa latar ilmu tersebut, dijelaskan dengan cara tersendiri dan lebih dekat dengan masyarakat umum.
Menariknya dalam edisi ini, setiap cerpen disediakan dengan nota ringkas di hujungnya yang menjelaskan serba sedikit tentang latar yang mendasari idea cerpen yang dihasilkan. Buku ini bertambah menarik lagi dengan adanya ulasan yang ditulis oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said, yang mana sisipan coretan dan tulisan tangan asal oleh Pak Samad turut disertakan sebagai lampiran.
Terasa puas apabila membaca cerpen-cerpen dalam koleksi ini, biarpun ia telah ditulis lebih 10 tahun yang lalu, isunya tetap relevan pada masa kini. Pengakhiran kisah yang tidak klise dan seringkali tersasar daripada jangkaan yang dibuat di awal cerita, juga turut mengujakan. Malah ia turut mengundang pembaca mengakrabi isu-isu yang diketengahkan dengan membuat rujukan silang kepada banyak buku dan kisah yang berkaitan.
CINTA Sangkuriang Rindu Oedipus, kumpulan cerpen Nisah Haron memuatkan 15 cerpen yang mengungkap kreativiti dan komitmen penulisnya terhadap isu sekitar kewanitaan, kebudayaan, keamanan, keadilan serta Islam.
Kumpulan cerpen anak kelahiran negeri Adat Pepatih ini, membuka mata dan minda pembaca dengan cerpen Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus yang menyelongkar isu sumbang mahram lewat watak dalam mitos Yunani mahupun Jawa, Jocasta dan Oedipus di samping Dayang Sumbi serta Sangkuriang.
Isu kewanitaan mendapat perhatian khusus Nisah lewat cerpen, Persidangan Agung Wanita Klasik, yang menampilkan perdebatan watak utama Mashi'ah dengan tokoh wanita dalam Sejarah Melayu seperti Tun Fatimah, Tun Teja, Puteri Hang Li Po dan Wan Anum untuk mengimbas gerakan wanita moden.
Sesuai dengan latar belakang guaman penulisnya, buku ini menampilkan cerpen yang sarat dengan perdebatan dalam konteks undang-undang seperti pembunuhan menebus maruah (crime of honour) di Asia Barat, euthanasia dan pelaksanaan hukum bunuh lewat Ziarah Izrael.
Isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Ligitan sehingga ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda serta perebutan Pulau Batu Putih turut dirakamkan dalam Rindu Seorang Rafik manakala kedudukan agama Islam dan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pula melatari Impian Tsu-Ryi 2.
Pengalaman penulis dalam prosedur guaman terutama keperluan menghadiri sebutan kes di mahkamah. Turut dimuatkan dalam Afidavit Emosi, sekali gus menampilkan kreativiti apabila dipamerkan perbicaraan sidang video untuk menjimatkan masa.
Kumpulan cerpen ini turut mengangkat nilai dan warisan kebudayaan bertepatan dengan negeri kelahiran penulis yang bertunjang kepada Adat Pepatih lewat Pusaka Cendana dengan nyanyian tradisional bongai dan Selagi Lading Masih Di Tangan (seni mempertahankan diri dan senjata Melayu).
Cerpen lain dalam buku ini ialah Konspirasi, Kasih Di Pintu Rahim, Presiden Rebecca, Fata Morgana Akhir Musim Yuda, Saksi Delima Sakti, Citra Mukhlisah dan Resepi Dari Istana.
Kata pengantar kumpulan cerpen ini ditulis Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said manakala setiap cerpen mempunyai nota pengarang pada penghujungnya, menerangkan proses kreatif dan sumber ilham.
saya paling suka kata pengantar oleh a. samad said, apatah lagi nota-nota tulisan tangan beliau yang dilampirkan. dalam salah satu catatan di hujung salah sebuah cerpennya, penulis mengajuk pernyataan yang ditujukan khas kepad beliau: 'nisah suka menyusahkan pembacanya'. mungkin beginilah caranya untuk menghasilkan karya yang layak diketengahkan dan dimenangkan. mungkin.
~ biar, biar aku buktikan. mereka menaikkan bendera agama menunjangi perjuangan mereka bertongkatkan agama hingga melupakan aspek-aspek kehidupan yang lain. tetapi mereka juga manusia. mereka manusia yang bagaimana, pawana? sewaktu kegemilangan empayar-empayar besar agama mereka, aku juga terlalu kecut untuk mengapa-apakan golongan ini. mereka kuat. mereka menyatukan semua aspek penting dalam fitrah seorang manusia.
mereka gabungkan fizikal, mental dan spiritual dalam hidup. para ilmuwan mereka bukan sekadar pakar dalam satu cabang ilmu tetapi seboleh-bolehnya mahu menguasai hampir kesemua sekali. belum ada tamadun bangsa yang mempunyai tokoh agamawan yang boleh bersyair serta boleh bercakap bahasa sains dan teknologi. sains, seni dan agama bersatu. kesemua cabang ilmu bersimbiosis. agamanya tidak menghalang cabang ilmu yang lain. tokoh sainsnya membuktikan teori-teori dan mengaitkan dengan keagungan Tuhan. itu yang menjadikan mereka sungguh ampuh membina tamadun.
itulah dia, pawana. agama mereka sudah menjadi sinonim dengan sambutan-sambutan sahaja.
Antologi cerpen ini ibarat satu hidangan bufet yang amat menyelerakan. Pelbagai jenis pembuka selera, lauk-pauk, kuih-muih dan pencuci mulut.
Saya ingin menyama-tarafkan beliau (Nisah Haron) dengan Jeffrey Archer. Koleksi cerita pendeknya memang tidak stereotaip, walaupun ada beberapa darinya menampilkan tema yang sama (darihal undang-undang).
Mengambil masa lama untuk mula membaca. Kerana sangkaku, bahasa yang digunakan akan memberiku masa untuk dimengerti. Tapi ternyata, bila aku mula membacanya, langsung jatuh hati. Setiap satu ceritanya ada nilai tersembunyi dan menarik. Aku paling gemarkan cerita Cinta Sangkuriang, Rindu Oedipus, Konspirasi, Presiden Rebecca dan juga Resipi Dari Istana. Tetapi yang lainnya juga menarik dan unik. Boleh aku katakan buku ini memikat hati aku, pada bahasanya, penceritaannya, dan sudut pandang yang dibawanya. Mungkin rentetan dari ini, aku akan memburu karya-karya Nisah Haron yang lain.
Bonus, aku menyukai kata pengantar daripada sasterawan A. Samad Said berserta lampiran aslinya (di halaman belakang) dan juga nota daripada Nisah Haron. Membaca nota itu ibarat ada interaksi antara penulis dengan pembaca, bukan sekadar buku kompilasi cerpen semata.