Saya tak fikir isi Laporan Penilaian oleh Lembaga Penilai Manuskrip DuBook yang menyatakan bahawa manuskrip terbaharu Faisal Tehrani ini bebas Syiah sepenuhnya itu penting kerna soalan Mustaqim menampar saya selama 3 minggu yang berbunyi;
"Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?"
Tetapi yang lebih penting, manuskrip 'Bagaimana Anyss Naik Ke Langit' ini membuktikan fungsi 'sastera' dalam berpihak kepada masyarakat tertindas untuk melawan tirani. 'Sastera' tidak pernah dan tidak mungkin, berpaut dan bergayut di dagu pak menteri. Ini jelas melalui watak Ratu Sago;
"Dia dirogol berkali-kali. Setelah lembik, dia dimasukkan ke dalam sebuah prahu dan dihanyutkan di Sungai Melinau. Ketika itu berkalu, ada seekor belengang bertenggek di atas pohon jati memerhati. Ratu Sago tahu, ada roh orang mati datang melihat. Dan sejak itu Ratu berazam, untuk melaknat semua penjahat pembalak dan penguasa sepenuh hati. Dia mengidam untuk menjadi pennakoh. Dia akan memburu mereka.
Profesor Anyss masih ingat ayat akhir Ratu Sago dalam interbiu yang sulit dirakamnya itu; 'Pantat aku koyak. Pantat aku sakit.'
Memang kata-kata itu mengejutkannya. Tetapi perempuan Penan diperkosa. Dan seluruh negara tuli tidak mendengar. Tiada suara pembelaan. Seisi dunia tidak mendengar,"
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Pada mulanya, saya menjangkakan novel ini ada kena-mengena dengan pengalaman kerohanian dalam ilmu tasawwuf, melihat kepada tajuknya. Kulitnya juga memaparkan seorang wanita yang sedang ditarik sejalur cahaya berwarna kuning naik ke langit. Tapi rupa-rupanya, bukan. Faisal Tehrani lebih bertimbang rasa kali ini dengan tidak membebabkan kepala kita dengan persoalan-persoalan berat seperti dalam Perempuan Nan Bercinta, Sebongkah Batu Di Kuala Berang dan Karbala. Garis dalam Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? lebih lurus tanpa ada sebarang percubaan untuk melencong. “Bebas Syiah”, bak kata Lembaga Penilai Manuskrip DuBook yang dipetik Zul Fikri Zamir dan tercatat pada kulit belakang buku ini.
BANKL adalah gabungan kisah Profesor Anyss, seorang pejuang hak masyarakat peribumi Sarawak dengan lampiran-lampiran keratan akhbar, laporan berita, laporan bengkel, penyataan rasmi masyarakat natif dan lain-lain, lengkap dengan penyataan sumber dan nota kakinya. Jika tidak berhati-hati, kita mungkin menyangka buku ini adalah kompilasi laporan yang berkaitan masyarakat peribumi Sarawak dan perjuangannya. Tapi, jika tidak dibuat begini, mungkin kita juga tidak akan membaca laporan-laporan tersebut dari sumbernya yang asal. Saya tidak ada masalah dengan bentuk novel sebegini, malah bentuk yang lebih tidak konvensional pernah kita temui ditulis oleh Faisal. Lebih daripada itu, kita menghargai tema yang diangkat Faisal iaitu penderitaan masyarakat peribumi Sarawak yang diancam kehilangan tempat tinggal, malah nyawa akibat proses penghapusan alam sekitar (baca: pembalakan) yang rakus dijalankan para pemegang konsesi balak yang rata-ratanya orang yang memegang jawatan-jawatan utama dalam kerajaan negeri. Betapa isu ini adalah besar, Faisal mengaitkan bahawa pemerkosaan kaum perempuan Penan oleh komuniti jahat pembalak adalah salah satu taktik yang digunakan untuk mengusir mereka dari tempat tinggal mereka; sama seperti taktik perang. Dan Anyss dalam cerita ini yang berjuang untuk mereka akhirnya “naik ke langit” atau terbunuh di Beijing bersama laporan penyelewengan balak dan lain-lain.
Novel ini mengingatkan kita tentang sebahagian saudara kita yang teruk diperlakukan oleh warga sendiri. Memetik dialog Mustaqim dalam novel ini, “Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?”. Ya, isu ini serius dan mereka memerlukan pembelaan. Khaled Hoseini selepas menulis The Kite Runner, berjaya menginspirasikan penubuhan NGO-NGO pembela kanak-kanak Afghanistan, di serata dunia. Inilah peranan sastera yang sepatutnya, mengangkat suara warga marhaen untuk didengar seluruh manusia. Diharapkan novel Faisal ini juga mampu memberi kesan yang sama hebatnya.
5 bintang untuk tema yang membuka mata saya. Ayat pertama: Beberapa hari sebelum dia bergelut setelah diasak dan disergah Ping, semuanya berbeza. Ayat terakhir: Demikian caranya Anyss naik ke langit berkumpul bersama mereka.
Siapa Anyss? - Anyss? Prof Anyss yang kontroversi itu? Ada beberapa buku prof diharamkan bukan? - Saya tidak kontroversi. Yang kontroversi ialah isunya. Saya cuma tukang bawa.
Fav quote: - ...cinta adalah sumber segala. malah sumber kekuatan sesuatu kehidupan. Kebencian, kebencian dan dendam hanya akan memanah cinta sehingga rata.
- Prof Anyss tahu dia sedang menentang kuasa kapitalis setan yang besar, yang agam dan meraksasa sekian lama. Dia tahu, dia mungkin akan terkorban di hujung; tetapi dia mahu melawan
- mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?
Ini cerita [Prof] Anyss sebelum dia mati dibunuh [imbas kembali]. Cerita 'bagaimana Anyss naik ke langit'. Wanita ini memperjuangkan nasib Ratu Sago (wanita Penan) yang diperkosa pembalak dan masyarakat Asli Sarawak yang dirampas hak mereka dan pembalakan hutan di Sarawak. ------
***Buku ini agak 'offensive' jika anda penyokong parti politik tertentu. Juga agak 'kejam' kerana beberapa babak perkosa oleh pembalak dinyatakan penulis [sebab watak Anyss ini pembela mangsa]. Tak sanggup rasanya membaca. Mujur 112 ms saja.
Habis membaca saya terfikir. 'Is this real issue' kemudian 'what did I do'; 'what can I do'. Kemudian saya cuma tutup buku.
Saya sentiasa mengikuti karya-karya FT, semenjak di bangku sekolah lagi. Dari zaman beliau Syiah-Taliban sehinggalah beliau jadi Pejuang Hak Asasi yang menggulati isu-isu yang meningkah orang Penan, Sarawak. Saya secara peribadi amat meminati gaya realisme sosial; lebih-lebih lagi yang mengangkat masalah-masalah sosial dan menerjemahkannya ke atas kertas fiksyen. Namun, penekanan yang terlalu berat terhadap wacana-wacana sebegini, tanpa diseimbangkan dengan naratif yang segar, hanya akan menjadikan sesebuah cerita itu tempang berat sebelah.
BANKL ialah contohnya. Seperti terasa membaca wikipedia. Kekadang saya fikir, lebih molek sekiranya FT hanya menulis buku bukan fiksyen dengan isu ini, diberi susunan yang lebih kemas, dan disampaikan dengan bahasa yang berterus-terang tanpa diselitkan babak-babak novel. Barangkali dengan ini, pesan-pesan 'melawan penindasannya' lebih sampai.
Dan penutupnya, ya tuhan, tolonglah jangan tulis seperti ini lagi.
Terima kasih tuan Faisal Tehrani, kerana sedikit membuka mataku untuk sedikit memahami perasaan orang asli yang tertindas dek pembalakan negara kita yang tidak pernah berhenti.
Selama ni, aku suka mendengar naratif puak2 yang menganggap Tindakan orang asli di Kelantan (banyak lagi pembalakan di negeri lain, di dalam ceritera ini FT fokuskan di Sarawak)melakukan halangan dan tunjuk perasaan di jalan masuk hutan adalah tidak lebih dari taktik kotor politik untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri. Diambil kesempatan oleh pembangkang dan sebagainya.
Tapi ternyata tidak, kerana kita takkan faham. Takkan pernah faham. Kenapa? Kerana kita tidak pernah tinggal di hutan, tidak mempunyai rumah di hutan, tidak mengenal pokok-pokok di hutan,tidak mempunyai kenangan manis di hutan, masakan kita kisah jika semua ini dicabuli? Kita Cuma akan faham jika semasa kita tengah berselasa menulis ulasan di laman goodreads di rumah, tiba-tiba ada jentera datang merobohkan rumah kita, dengan rakusnya.
Saya adalah peminat tegar Faisal Tehrani. Semua karya beliau telah saya miliki dan baca. Mungkin ada satu dua karya awal beliau yang saya tidak punya kerana sudah tiada di pasaran. Yang lain semuanya ada dalam koleksi saya.
Kekuatan Faisal Tehrani terletak pada kekuatan ilmu bantu dan juga kekuatan beliau mengadun dan mengolah cerita. Kekuatan penceritaan seperti SN Arenawati boleh membuai pembaca. Banyak karya beliau yang dulu sangat kuat teknik penceritaannya sehinggakan yang fiksyen pun bagaikan sebuah kisah nyata. Watak seperti Nyemah Mulya dalam 1515 bagai menyihir pembaca untuk memepercayai kewujudan watak tersebut. Faisal juga banyak membuat kajian dalam menulis novel. Info dan maklumat diadun sebagai latar cerita dan memperkuatkan watak dan plot dalam novel. Info dan maklumat bukan sekadar tempelan tetapi diolah untuk memperkukuhkan cerita. Bedar Sukma Bisu sebagai contoh menyerlahkan ilmu perniagaan dan juga ilmu perkapalan sebagai latar cerita. Saya teringat, Faisal pernah bercerita yang beliau mengambil kursus ijazah perniagaan unytuk mendalami ilmu perniagaan.
Faisal juga rajin berkesperimen dengan menggunakan teknik penulisan yang berbagai-bagai. Teknik jungkir balik dalam Perempuan Politikus Melayu sangat menghiburkan. Oksidentalisme dalam 1515. Persuratan baru dalam Tuhan Manusia dan Tuhan Berbicara sebagai contoh.
Novel ini merupakan novel pendek yang cuba meneroka kisah nasib Penan di hutan Sarawak. Satu idea yang mulus kerana memang isu ini kurang diperkatakan oleh penulis tempatan. Bermula dari idea yang baik tetapi tidak diperkembangkan dengan penceritaan yang baik. Membaca novel ini bagaikan membaca kumpulan berita dan artikel tentang nasib kaum Penan. Mungkin faktor saya pernah duduk di Sarawak dan pernah ke perkampungan Penan di Ulu Baram, fakta di dalam novel ini tidak menambah ilmu baru buat saya. Cerita tentang negara Cina pula bagaikan membaca kisah travelog pelancong yang dimasukkan ke dalam novel. Kisah pemerkosaan gadis Penan digambarkan dengan sangat bergaya seolah seperti membaca karya Ayu Utami.
Saya habiskan novel ini dalam sehari dalam penerbangan ke KL dan pulang ke KB. Perasaan saya bila habis membaca novel ini sama seperti membaca Rahsia Ummi novel awal beliau yang saya beri 2 bintang.
Semasa menulis rebiu ini, saya mengadap pembinaan apartmen mewah 14 tingkat di atas 'bekas' tanah rizab hutan simpanan Selangor. Bunyi daripada kerja-kerja pembinaan saja sudah sangat mengganggu. Khabar angin mengatakan ia dijual seorang bekas Menteri Besar. Mengenangkan ia masih berlaku dan akan terus menerus berlaku cukup menakutkan. Betapa buku terbaru Faisal Tehrani, 'Bagaimana Anyss Naik Ke Langit' benar-benar menggoncang.
Membaca buku ini sepintas lalu, kita dapat mengagak ia ditulis pantas untuk penerbitan. Tetapi itu tidak bermakna ia 'selekeh', malah jauh mencengkam. Kita tahu isunya. Sangat biasa dibaca, didengar. Tetapi apabila diletakkan selambak sekaligus, membuat saya terpana. Memang telah jelas seperti catatan di blurb oleh Zul Fikri Zamir; ' 'sastera' tidak pernah dan tidak mungkin, berpaut dan bergayut di dagu Pak Menteri'. Ia disimpulkan oleh kata-kata Prof. Anyss sendiri;
"Saya tidak kontroversi. Yang kontroversi ialah isunya. Saya cuma tukang bawa."
Sekali lagi dengan gaya penulisan manuskrip, membawa kita kepada himpunan berita dan penulisan berkaitan aktiviti pembalakan di bumi Borneo. Berselang seli pula dengan kisah dan pertemuan Prof Anyss dengan Ratu Sago, perempuan Penan yang mewakili kaumnya di atas penindasan berganti-ganti pembalak 'halal'. Kau fikir mereka cuma mengganggu penempatan mereka? Makanan mereka? Kau tahu apa yang mereka lakukan kepada perempuan-perempuan mereka? Kata Ratu Sago;
"Mereka merogolnya di bawah pokok pera kunyit di Ulu Tinjat. Enam lelaki merogolnya. Ia bagai pesta. Satu temasya tengahari."
Kali pertama membaca saya terpaksa berhenti beberapa kali. Rasa jijik, ngilu. Begitu grafik sekali adengan jahanam itu. Tegar sungguh dia bercerita begini. Tetapi jika tidak diceritakan dengan jelas, berani, mahukah kita mendengarnya? Bukankah semua karya yang baik harus punya kuasa untuk menggoncang jiwa?
Ratu Sago: "Mahukah redo dja-au memberitahu orang di Petra Jaya tentang semua ini? Biar semua orang di Kuching tahu? Orang di Putrajaya?" Prof. Anyss: (Menangis)"Mereka tidak akan peduli. Mereka punca semua ini."
Saya tidak sukakan tajuk panjang berjela lagi memberi petunjuk kepada penutup. Dan saya emo untuk menulis panjang. Saya benci dan sayang dengan buku ini. Anda perlu baca sendiri. Seperti tanya Mustaqim kepada Prof Anyss;
"Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?"
Naskah karya Faisal Tehrani ini harus dibaca tatkala sedang tenang-tenang memandangkan ia sarat dengan fakta walaupun sekali imbas kau mungkin kata buku ini nipis berbanding naskahnya yang lain.
Pengisiannya pada aku tidak terlampau berat jika dibandingkan dengan buku-buku karya beliau yang diharamkan. Tapi, kalau kau pernah baca naskah Perempuan Nan Bercinta, Sebongkah Batu di Kuala Berang sekalipun --- ianya tidak akan mengganggu kau untuk membaca naskah ini.
Jadi, aku secara peribadi --- mengharapkan Faisal Tehrani (FT kedua selepas Faizal Tahir yang aku suka) akan meneruskan kelangsungan menulis dan diterbitkan oleh Dubook. Senang untuk aku dapatkan.
Antara percaya atau tidak? Fakta atau auta? Lebih pening apabila disajikan dengan nama-nama besar yang cukup dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai syarikat yang tidak pernah kenyang menelan hutan Sarawak.
Mengisahkan pejuangan Dr Anyss dalam menegakkan hak peribumi Penan dalam mempertahankan hutan yang menjadi kediaman mereka bergenerasi. Di mana undang-undang? Hanya wujud di atas kertas. Bukan sekadar tanah mereka dirampas malah perempuan sunti turut dirobek maruahnya dan dibiarkan senyap kerana golongan minoriti ini bergantung harap kepada kenderaan syarikat pembalakan untuk tujuan mobiliti selain bias pemerintah dan media massa.
Sudah, cukup sampai sini saja.
112 muka surat yang beremosi walaupun saya rasa buku ini selayaknya dibaca dengan fikiran rasional kerana padat dengan pembentangan undang-undang, keratan akhbar dan sedutan perbicaraan mahkamah.
Kejam. Manusia rakus mengejar harta dan dunia hingga manusia lain menjadi mangsa. Ketika membaca buku ini, rasa kasihan terhadap bumi Sarawak menjadi jadi.
Penindasan sewenang-wenangnya dilakukan bukan sahaja kepada bumi bahkan kepada pribumi. Wanita Penan menjadi mangsa nafsu pembalak haram. Sungguh menyedihkan. Lagi-lagi apabila tiada pembelaan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa.
Maka kekallah yang berkuasa menjadi raksasa. Punya kuasa tapi gila. Moral dan kemanusiaan diketepikan sama sekali.
"Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa" FT
Kalau pun buku ini diharamkan(tak pasti diharamkan atau tidak), pasti sebabnya adalah kerana ia menelanjangkan pihak tertentu. Membongkarkan realiti yang ramai tidak tahu.
Apabila habis ditarah segala hasil, apa pula selepas itu?
untuk berbicara secara mendalam mengenai sastera dalam buku ini, saya bukanlah orangnya.
untuk membandingkan karya2 FT sebelum ini, juga sya bukanlah orangnya.
namun, sebagai pembaca, saya kira FT berjaya menyedarkan sesuatu yang seringkali kita, sebagai masyarakat terlepas pandang. pepatah jangan menjaga tepi kain orang tidak relevan digunapakai dalam sesetengah perkara, terutama isu2 kemanusiaan seperti ini.
acapkali, hatta dimana-mana pun, tidak saja di Malaysia, penindasan terhadap kaum yang lemah/minoriti seringkali membarah tanpa sebarang penawar. dunia seakan bisu untuk melaungkan kalimat-kalimat pembelaan, malah ramai yang hanya serigala berbulu biri-biri, serampang dua mata saja.
Buku yang nipis dengan isi yang berat. Memberi pelbagai rasa yang tak tahu hendak diungkap. Ini naskah berani yang membawa beberapa isu semasa yang berat. Antara realiti kehidupan dan fiksyen, naskah ini berjaya memberi gambaran betapa kejamnya jenayah rogol, suatu topik yang jarang dibawa oleh penulis lain. Naskah ini juga berat mengulas perihal hak tanah adat dan kehidupan pribumi di Sarawak. Naratif cerita pula ala travelog berlatar belakang perjalanan di sekitar Beijing. Dan pengakhiran di balik nama "bagaimana Anyss naik ke langit", penulisan yang genius, penutupan yang wajar walau terasa sebal membacanya. Fakta-fakta juga dipersembah secara natural. Naskah Faisal Tehrani tak pernah menghampakan.
Faisal Tehrani walau dengan segala kontroversi dan perbezaan, akan sentiasa jadi Penulis Tempatan kegemaran. Buku dan karya-nya akan sentiasa menimbulkan ingin membaca dan memiliki.
Beliau berjaya menyatukan non-fiksi dan fiksi dalam satu karya dan menjadikan segala fakta berat berkenaan isu yang dipilih tidak terlalu menjadi beban untuk pembaca. Seperti kau membaca artikel atau jurnal dengan sedikit rencah dan hiburan. Tidak lah ia menjadi terlalu membosankan.
Sekurangnya itu apa yang aku rasa.
Dan untuk karya-nya kali ini, FT memilih isu pembalakan dan nasib orang asal yang sangat tertindas di Sabah dan Sarawak. Isu pemilikan tanah, konsesi pembalakan yang dimiliki ahli politik, dan hak kemanusiaan mereka diceroboh. Tragis. Sangat banyak dibincangkan dalam buku nipis ini.
Pernahkah kita dengar isu ini dibincangkan secara terbuka, dengan halus dan teliti dan diberikan perhatian berat oleh mana pihak yang berautoriti? Nasib mereka memang dilupakan dan tidak diberi perhatian berat.
Kecewa dengan karya terbaru FT ini. Tiada yang baru - FT kembali kepada stroke lama sebelum novelnya yang paling mengesankan, 1515. FT seperti malas, mengadun fakta yang kelihatan seperti ditempel-tempel pada latar dan watak yang dilukis dalam kerangka cereka.
Watak-watak tidak berkembang, ada watak yang memang jelas dibawa untuk menjelaskan sesuatu, diberi sedikit background sentence sebelum lenyap entah ke mana. Contoh: Prof Shah (untuk menjelaskan bukti-bukti patologi pemerkosaan wanita Penan), dan Mustakim yang tidak diceritakan motivasinya, apa yang dibuatnya di Osaka (dan kenapa Osaka? KL tak boleh ke?)diselit sedikit-sedikit sebelum diberi baton di akhir cerita.
Latar juga serasa jauh - isu tempatan tetapi disentuh dari jarak fizikal yang jauh. FT mengkritik, tetapi seperti tidak terlalu mahu masuk bergulat di dalam gelanggang.
Faisal Tehrani telah banyak memfiksyenkan isu-isu berat. Sebut sahaja pluralisme, feminisme, alam sekitar bahkan peristiwa besar kedatangan Islam ke Nusantara tak lepas daripada karyanya.
Karya ini tak ubah seperti novel Bahlut. Bezanya kali ini beliau lebih terus-terang memaparkan fakta, tiada drama-drama tambahan yang banyak daripada watak lain. Saya sebagai pembaca terkesan dengan isu yang cuba diketengahkan berbanding permainan plot dan watak pengarang. Walaupun ia lebih hampir kepada laporan ilmiah berbanding karya sastera, pendekatannya kali ini mengajak pembaca agar bertindak menyelesaikan masalah yang benar-benar terjadi ini.
Mungkin ini yang dikatakan seorang pengulas di blog Tuan Hj. Affandi Mohd Hassan, '...dipenuhi taburan maklumat', nyata komen ini bias untuk memuaskan hati empunya blog.
Habis membaca dalam satu sesi. Sarat. Mencelikkan mata terhadap isu pembalakan yg menindas kaum asli Sarawak semenjak 1980an hingga kini masih tiada kesudahan.
Spesis khalifah di muka bumi Allah, tetapi ramai menjadi perosak alam sebab kerakusan.
Jawablah nanti di akhirat. Bersama dosa-dosa yg dilakukan ke atas orang yg tersiksa disebabkan pembalakan.
⭐Banyak kali saya terhenti semasa membaca BANKL. Ia berkisar tentang isu pembalakan ketika hutan Borneo mengalami peralihan dramatik pada tahun 80-90an. Diselitkan juga kisah perjuangan Profesor Anyss yang cuba merungkai bukti bagi membantu mereka yang tertindas oleh ketidakadilan penguasa. Walaupun buku ini boleh dikatakan 65% daripadanya adalah himpunan artikel dan esei tentang isu yang difokuskan, ia tidak mematikan ketertarikan saya untuk terus membaca hingga halaman terakhir, malah membuatkan saya ingin tahu informasinya lagi dan lagi.
⭐Tak terbayang keperitan orang-orang kaum asli yang tertindas angkara sikap penting diri manusia yang tamak haloba. Bukan saja tamak harta, malah bernafsu binatang pada insan-insan yang dianggap lemah tak berdaya. Demi memuaskan nafsu sendiri pada hal-hal duniawi, sanggup menidakkan hak-hak orang asal. Sejujurnya saya sendiri rasa malu, kerana kurang ambil tahu kejadian hitam ini pernah berlaku di tempat saya membesar, Sarawak. Meski bukan berlaku ke atas datuk, nenek, atau keturunan keluarga sendiri, tetapi ini berlaku ke atas masyarakat di sekitar kita, dan ia sangat menyakitkan. Antara lima rukun negara kita adalah kesopanan dan kesusilaan, tetapi apa yang dilakukan oleh pihak penindas orang-orang asal ini seperti tidak menerapkan rukun negara kelima ini dalam diri. Mereka tidak menghormati malah tidak mahu bertolak ansur pada masyarakat yang sebelumnya percaya bahawa merekalah yang akan membantu memajukan taraf hidup penduduk asal. Sayangnya, hutan digondol sesuka hati dan penduduk semakin merana. Ditambah pula dengan kawalan media oleh segelintir pihak ketika itu, tidak banyak berita yang tersebar untuk menceritakan kejadian sebenar, seolah-olah cuba mengaburi dan menyembunyikan penderitaan yang dialami masyarakat pedalaman.
Paling membuatkan saya tersentak, adalah dialog Mustaqim dengan ibunya, Prof. Anyss ;
"Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?"
Terpukul hati saya bila membaca pertanyaan ini. Ini menyedarkan saya, tak kira di manapun, apabila berlaku penindasan, tetaplah ambil peduli. Jika suara mereka dibungkamkan, kitalah yang menggantikan suara-suara itu untuk didengarkan kepada seluruh dunia.
⭐Jika anda terjumpa buku ini di mana-mana (perpustakaan atau mungkin kedai buku), ambil dan bacalah. Ini adalah realiti yang pernah berlaku dan mungkin masih terjadi hingga kini. Sayangilah alam ini dan segala isinya dengan sebenar-benar kasih.
“Ada juga pihak-pihak yang mengatakan bahawa kami menentang pembangunan jika kami tidak bersetuju meninggalkan tanah dan hutan kami. Penyataan sebegitu memberikan gambaran yang salah mengenai pendirian kami. Pembangunan tidak bermakna merampas/mencuri tanah dan hutan kami. Ini bukan pembangunan tapi adalah pencurian tanah kami, hak kami dan identiti kebudayaan kami”. - Bagaimana Anyss naik ke langit by Faisal Tehrani . . This reads like “Kim Ji Young, Born 1981” especially on the plot craft and the way it was written. For those who have read the book, you can picture exactly the way it was done. For those who dont, we followed the main character which is a fictional, Professor Anyss - A sociologist cum professor that wanted to get the justice for Penan People. She left Malaysia and went to China to escape from media and government. She was given a break so that once she returned to Malaysia, her spirit will be renewed and the fight to get the justice will ensue once she got rejuvenated. This is where it becomes non fiction as the issue they brought on into this book is true and based on factual events. Some Penan women were raped to intimidate the tribes, to stop them from complaining against loggers that taking over the land bit by bit, on top of that - the state government and the federal government turning the blind eye, citing that it is the main income for the state and country, not only that they themselves were involved as timber concession were given to their chronies and families further capitalizing the profit that they made from the industry. I just type “Penan illegal logging Sarawak” in google and the recent news is October 2021. I was not surprised but i am utterly disappointed as Penan People has been fighting this one sided war from 1980s, and 30 years later, they still fighting. All the reports and complaints fell into deaf ears. This is my first book of Faisal Tehrani and i am glad that this is the first one. Through Professor Anyss, i saw the desperation of Penan people - as they saw their land were being robbed, the food source were dwindled, the wild animals left, the river were polluted and what once was full of luscious green now turned bald , brown and full of mud. I also cannot stomach the rape. It was horrific. When Ratu told Professor Anyss about how these loggers took the girl forcefully , i shuddered. It was so graphic. In 2009, after series of investigation over the claims, government confirmed that Penan girls were raped by the loggers. Again, rape was being weaponized but this time it is not only happened in war but in a business deal. In this book, it is also revealed that the timber concession granted by the state government harmed other tribes as well - Dayak , Iban, Kenyah, Kelabit, Kayan, Lun Bawang, Murut, Berawan and others. The land, Flora and Fauna and the way of life that has been there for ages got destroyed in the name of ‘Modernization’ and ‘Prosperity’. Some states in Malaysia experienced its worst flood at the end of 2021 and it continuously happened in the beginning of 2022. With the flood, few states saw that timbers and logs were being floated to the residential area and raised questions like is the logging even permitted in the area? Does this actually contributed to this flood? As landslides and shallow river due to sediment and mud happened because they keep cutting the trees without following the sustainable way. Overall, this is an apt book to introduce the logging issues faced by Natives in Sarawak. It lay down the facts in the chronological order. I would recommend this if you dont know about this issue at all. However, a supplimentary is needed. i believe i must find and read books written by Sarawakian, possibly coming from either Penan, Dayak or other tribes that actually lived in the Baram river area - whereby i can read their experience on facing the looming crisis and at the same time understand the insider perspective.
Buku ini walaupun nipis, tetapi ceritanya tidak 'mentah', malah disajikan sempurna untuk pembaca. Saya yang sememangnya menggemari karya Faisal Tehrani, berasa lega kerana berjaya mendapatkan buku ini, serta menghabiskannya dalam tempoh sehari.
Dari sudut cerita, penulis tampak seolah-olah bereksperimen dengan gaya penulisannya yang lain dari kebiasaan. Bahasa yang agresif, gaya penceritaan tanpa bab, juga keratan-keratan akhbar yang amat banyak, tetapi tidak mencacatkan karya ini.
Dari sudut isu yang diketengahkan, penulis memang sering cuba menaikkan isu yang dilihat agak terpencil dalam masyarakat. Tiada unsur-unsur 'syiah', ataupun jalan cerita yang berbelit-belit, seakan-akan menyuruh para pembaca agar turut cakna akan isu yang dibawa.
Siapa yang patut baca buku ini?
-Penggemar karya Faisal Tehrani
-Mereka yang mahu berjinak-jinak dengan karya Faisal Tehrani
-Mereka yang mahu cakna dengan isu alam sekitar
-Mereka yang mahu cakna dan memperjuangkan hak asasi manusia, lebih-lebih lagi hak asasi wanita.
Oh satu lagi. Bak kata penulis, bukan isu Palestina saja yang boleh bawa kita ke syurga.
*ulasan penuh di blog den. *5 bintang sebab aku bias kat penulis.
buku ini cukup membakar jiwa ditambah ketika musim pembalakan kelantan serta pembunuhan gajah yang kian terancam di borneo.walaupon buku ini seperti 'tergantung' pada pandangan zahir aku tapi ia seperti memberikan aku panahan batin.tulisan ini seperti mahu sahaja aku teruskan cerita melawan tirani.bagi aku karya seperti ini bukan soal sedapnya bahasa membawa fantasi tapi bagaimana pedihnya realiti untuk kita pijak dan hadam. buku ini menggunakan bahasa santai dan bagus bagi remaja hari ini supaya dapat membantu semangat serta keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar. jika ramai orang tertarik pada kalam "mengapa orang kita rasa menolong palestina lebih bersyurga kalau penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?",aku lebih tertarik pada kalam fudhail bin yasar "apalagi iman itu,kalau bukan cinta dan benci?" yang disusun masuk ketika permulaan buku ini.
Tema yang membuatkan saya tersedar dari lamunan panjang.Nasib masyarakat natif yang kita seringkali terlepas pandang. Mungkin buku ini boleh ditambah lagi bilangan muka suratnya supaya kupasan yang lebih mendalam boleh dibuat.
"Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?"
Saya tidak pernah membaca karya Faisal Tehrani sebelum ini. Pada saya kalau sebut sahaja Faisal Tehrani mesti isunya yang berat2. Yang ini pun sebab dia mengetengahkan isu pencabulan hak orang asal Sarawak. Saya rasa ingin tahu. Isu yang ditulis bukan sebarang. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Maka sekarang saya sudah jatuh cinta. Dengan karya beliau.
Bukunya nipis namun berinti padat. Bila meledak, terburai segala isi macam bunga api di wajah langit malam tahun baru. Ada kelompok yang terpesona dengan coraknya dan tak kurang juga pasti ada yang gelisah tidak senang duduk.
Membaca buku ini seperti membaca surat khabar dan buku teks. Fakta dan fakta.
Fakta mengenai penindasan orang asli khususnya masyarakat Penan di Sarawak dirangkumkan di dalam sebuah buku.
Penulis seperti ingin menyampaikan mesej padat tetapi diselitkan juga unsur kemanusiaan.
Mana-mana manusia yang pernah dirogol tak kira lelaki atau perempuan, dia mesti akan trauma dan peristiwa hitam tu akan melekat kuat pada diri dia sampai akhir hayat dia. Pokoknya, rogol ni bukan perkara biasa. Perogol layak dipanggil Iblis kerana bagi aku, diorang dari geng dan suku yang sama. Jahat tak bersempadan. Yang melindungi perogol ni pun dua kali lima jugak. Aku tak nak doakan mak atau anak dia kena rogol. Tak tak tak. Tapi, aku doakan dia sendiri yang kena rogol. Biar dia tahu!
Akhir sekali, walaupun membaca buku ni serasa macam baca surat khabar, ianya sangat membuka mata. Lebih-lebih lagi aku, seorang yang bukan aktivis dan tak berapa ambil tahu. Ya, aku pun salah..
Semoga orang asli menang berjuang menuntut tanah adat mereka. Semoga kapitalis setan yang tamak 'bayar' untuk setiap apa yang mereka rampas.
Buku yang telah membuka mata dan minda aku tentang pemerkosaan wanita-wanita Penan serta tanah dan hutan mereka. Diceritakan dalam gaya fiksi bersulam rujukan akademik (lengkap dengan rujukan nota kaki), aku terasa seperti menonton sebuah doku-drama, dan hal itu bukanlah satu masalah langsung bagi aku.
Plotnya bagi aku, meski tidak longgar, tidak begitu banyak pencirian. Pada fikiran aku, mungkin memang itulah niat penulis. Matlamat utama karya ini dilihat lebih kepada mahu membuka mata masyarakat luar tentang penderitaan masyarakat Penan di Sarawak. Watak fiksi Profesor Anyss cuma menjadi tulang belakang yang menggerakkan cerita serta buah fikiran penulis tentang perkara-perkara yang ingin disampaikan mengenai perlanggaran hak asasi kaum tersebut. Dan pada aku, penulis berjaya. Diakui, tema dan isu-isu yang dilontarkan berat (walau mungkin tidak seberat karya-karya Dr. Faizal yang lain). Penindasan terhadap kaum natif. Pemerkosaan hutan. Ahli akademik yang jadi buruan. Pemodenan serta kerakusan manusia bertembung dengan keteguhan masyarakat yang ingin kekal dengan cara hidup mereka. Buku ini sarat dengan fakta. Namun tak terlalu payah menghadamnya. Aku menghabiskannya tak sampai seminggu di celah-celah kuliah serta timbunan tugasan.
Gaya penceritaannya langsung tidak apologetik kepada sesiapa (ehem). Tidak ada cubaan untuk mengkaburkan atau menggelapkan fakta , termasuklah nama pihak yang terbabit dalam pembalakan hutan Sarawak. Membacanya kadang merobekkan hati, dek kerana simpati yang terlalu akan nasib kaum Penan. Tak perlu aku mengulas panjang. Bacalah, kalau kau peduli akan nasib masyarakat marjinal, dan sebelum ia mungkin menjadi sebuah lagi karya Faisal Tehrani yang diharamkan pemerintah.
"Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?" Begitu Dr. Faizal menampar kita yang hipokrit.
Sejujurnya aku mula mengikuti karya FT ini bermula daripada 1515 dan kemudian perubahan karya-karya beliau menjadi begitu drastik berikutan sastera yang bersulamkan wacana. Aku masih teringat 'kekesalan' FT dalam menyuguhkan pembaca dengan elemen cinta dalam karya yang terakhir seumpama itu melalui Tunggu Teduh Dulu. Selepas itu FT mula 'menyiksa' pembaca untuk berfikir semasa membaca tulisan-tulisannya.
Aku beli di UYA! Bangi hari ini, dan hari ini juga aku habiskan.
Melalui Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ini sebenarnya walaupun ringkas dan nipis, namun sebenarnya penuh dan padat dengan sindiran dan elemen esentrikal yang tersembunyi. Terdapat pelbagai lapis yang boleh disuling melalui karya kali ini. Jila dibaca sekali imbas mungkin ceritanya hanya bergulir kisah penderitaan etnik Penan. Namun sebenarnya ada lapisan-lapisan yang tersembunyi dibawah setiap ayat-ayat karya ini (pada para pejuang mazhab termarjinal anda pasti tersenyum apabila angka dua belas diulang beberapa kali) Temanya masih tidak lari daripada perjuangan golongan minoriti.
Syabas FT kerana berlapang dada memilih aliran alternatif dan lari daripada kebejatan dan ketepuan karya [baca: sampah] Hey, Suamiku Playboy atau Isteriku Tomboy! Dan seangkatan yang lain terbitan arus perdana!
Buku kedua saya baca dari Faisal Tehrani hadiah dari seorang kawan baik saya. Tidak dapat disangkal buku ini penuh dengan garapan mesej, fakta, kebenaran seiring dengan kisah wanita penan dan pembalakan yang berleluasa ditanah orang asli.
Tapi buku ini terlalu singkat kandungannya. Terlalu banyak tanda tanya, untuk keratan surat khabar yang dilampirkan dan untuk kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Prof Anyss.
Kata saya? Bagaimana Prof Anyss boleh naik ke langit setenang itu dengan memberi pesanan hikmah pada Mustaqeem sahaja? Jadi seperti apa kata Ratu Sago sudah selesai? Disudut mana?
Tertarik juga saya pada ayat ini ;
“Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?”
Memberi satu erti lain pada saya untuk terus membantu orang disekeliling saya yang susah dan tergolong dalam orang teraniaya juga. Jika dikejauhan hati kita rasa berdegup kencang untuk membantu, memasakkan kezaman jihad. Dan kenapa bukan disini juga? Manusia itu sejagat, islam itu seluruh dunia juga.
Untuk buku kedua dari FT, jangan ia berakhir disini harap ada sambungannya.
Aku kira reviu aku akan terletak segaris dengan reviu orang-orang power. Ahh peduli apa. Aku nak menulis juga!
Akhir-akhir ini umat majoriti segak melaungkan nama pemodenan. Benih-benih mukjizat ini (baca:bangunan) perlu ditanam atas tanah milik peribumi. Agar semua bergerak seiring atas kapasiti nama pemodenan.
Sebelum tanam benih baru; akar kayu lama (baca: orang peribumi) perlu dipunggah keluar dari tanah. Agar benih baru ini hidup subur tanpa persaingan berebut tanah.
Apa mekanisme/tools yang digunakan untuk menggembur tanah keluarkan akar ?
Nahh, disinilah FT cuba mengetuk kepala pembacanya bahawa wujud penindasan nama-nama besar terhadap orang peribumi. Untuk menakut-nakutkan orang peribumi; aktiviti merogol adalah upacara yang dihalalkan bagi menghalau orang peribumi berangkat dari tanah sendiri.
Aku syak di helaian terakhir akan ada pembaca yang terangguk-angguk mendapat jawapan kenapa judul buku ini bertulis "Bagaimana Anyss naik ke langit?"