Buku setebal 71 muka surat ini ditulis oleh sarjana Perancis yang terkenal, Claude Guillot sebagai panduan kepada pembaca yang melawat ranah Banten, Jawa Barat.
Kesultanan Banten merupakan salah sebuah kerajaan awal Islam yang bertapak di kepulauan Jawa seiring dengan Demak dan Cirebon pada abad ke-16.
Terpampangnya nama kesultanan Banten dalam sejarah seiring dengan kemasyhurannya sebagai sebuah kerajaan yang makmur juga pelabuhan yang penting di Selat Sunda.
Claude berjaya memadatkan maklumat yang penting tentang kerajaan ini dengan baik. Bermula dengan pengasasannya oleh Sultan Hasanuddin pada tahun 1527, perkembangan ia menjadi kerajaan dan pelabuhan penting, cabaran yang dihadapi seperti kedatangan kuasa Eropah dan perluasan kuasa kerajaan lain seperti Mataram sehinggalah tamatnya kesultanan ini.
Semoga aku ada kesempatan untuk melihat tinggalan sejarah keagungan kesultanan ini nanti!