Bunga, seorang ahli psikologi yang selalu berkongsi tip rumah tangga melalui media sosialnya. Kehidupan ibu kepada seorang anak itu digambarkan sempurna dan bahagia. Tiba-tiba, e-mel aneh daripada HeloKiti muncul berterusan dan mengganggu emosi Bunga.
Si HeloKiti membocorkan hubungan rapatnya dengan Haris, suami Bunga. Apa tujuannya? Mengapa dia begitu berani mengirim e-mel yang boleh menyuburkan prasangka dan membuatkan hari-hari Bunga dipenuhi curiga? Padahal dia tahu, menjaga kejernihan fikiran itu sangat penting.
E-mel yang ditulis dengan pemilihan kata dan pendekatan yang menunjukkan pengirimnya terpelajar, terus melemahkan Bunga. Memaksa Bunga melihat Haris, lelaki baik hati, imam sempurna yang telah ALLAH hadirkan untuknya itu dari sudut yang berbeza.
Benarkah Haris telah berlaku curang? Atau ini cuma usaha seseorang yang tidak suka melihat kebahagiaannya sehingga tega untuk menghancurkan rumah tangga yang dibina?
Asma Nadia Education: Bogor Agricultural University (IPB, 1991) Home FAX: +622177820859 email: asma.nadia@gmail.com
Working Experiences: I was working as a CEO of Fatahillah Bina Alfikri Publications, and Lingkar Pena Publishing House, before starting AsmaNadia Publishing House (2008)
Writing residencies: in South Korea, held by Korean literature translation institute (2006) & and in Switzerland held by Le Chateau de Lavigny (2009)
Writing Workshop: - Conducting a creative writing (novel), Held by Republika News Paper, 2011 - Writing workshop instructor for (novel) participants from Brunei, Singapore, Indonesia, Malaysia, held by South East Asia Literary Council (MASTERA), July, 2011 - Conduct a writing workshop for Indonesia Migrant Workers in Hongkong (2004,2008, 2011), and for Indonesian students in Cairo, Egypt (2001, 2008), and University of Malaysia. - Giving a creative writing workshop for Indonesian’s students in Tokyo, Fukuoka, Nagoya, Kyoto (November 2009). - Giving writing workshop in Manchester; Indonesia Permanent Mission in Geneve; Indonesian Embassy in Rome, and for Indonesian students in Berlin (2009) - Held a writing workshop with Caroline Phillips, a Germany writer, in World Book Day 2008
Performance: - Performing two poems for educational dvd (Indonesian Language Center) 2011. - Public reading: (poem) in welcoming Palestine’s writers in Seoul, 2006; - Public reading short story in Geneve 2009, Performing monologue in Mizan Publishing Anniversary 2008, Ode Kampung Gathering in Rumah Dunia, etc.
Awards and honors: 1. Istana Kedua (The Second Palace), the best Islamic Indonesia novel, 2008 2. Derai Sunyi (Silent Tear, a novel), won a prize from MASTERA (South East Asia Literary Council), as the best participant in 10 years MASTERA, 2005. 3. PREH (A Waiting), play writing published by The Jakarta Art Council, honored as the best script in Indonesian’s Women Playwrights 2005 4. Mizan Award for the best fiction writer in 20 Years Mizan (one of Indonesian’s biggest publishers) 5. Asma Nadia profile was put as one of the 100 distinguished women publishers, writers and researchers in Indonesia, compiled by well-known literary critic Korrie Layun Rampan, 2001. 7. Rembulan di Mata Ibu (The Moon in the Mother’s Eye, short stories collection), won the Adikarya IKAPI (The Indonesian Book Publishers Association) Award, 2001 9. Dialog Dua Layar (Two Screen’s Dialogue, a short story collection), won the Adikarya IKAPI (The Indonesian Book Publishers Association) Award, 2002 10. 101 Dating, a novel, won the Adikarya IKAPI Award, 2005 11. The most influential writer 2010, awarded by Republika News Paper 14. BISA Award for helping Indonesia Migrants Workers who wants to be writers (held by Be Indonesia Smart and Active Hongkong) 15. Super Woman MAG Award 2010 16. One of ten most mompreneurship 2010, by Parents Guide Magazine
Summary of translations of work into other languages: 1. Abang Apa Salahku (published by PTS Millennia SDN.BHD 2009) 2. Di dunia ada surga (published by PTS Millennia SDN.BHD 2009) 3. Anggun (published by PTS Millennia SDN.BHD 2010) 4. Cinta di hujung sejadah (published by PTS Millennia SDN.BHD 2011) 5. Ammanige Haj Bayake (Emak Longs to Take The hajj), NAVAKARNATAKA PUBLICATIONS PVT. LTD, 2010 (in south indian language/Kannada)
Buku ni berada dalam cart dalam tempuh yang lama. Berkira² F nak beli. Tapi sebab F curious akhirnya F beli
Masa sampai rasa takut nak baca.. takut jiwa nie kacau... takut tak boleh cope
Helaian demi helaian di selak.. bacaan F jadi focus tanpa tinggal 1 ayat pun. Bahasa penulis sangat indah, feel warm bila baca
Kita disajikan dengan watak Bunga yang tenang. Kalau F in her shoes, F takleh nak imagine. Rasa berat hati ni. Terduduk terus. Issh kacau bilau terus hati ni
Orang yang kita trust selama ni betrayed kita berkali². Tamparan hebat pada Haris bila Bunga mempersoalkan tak cukup ke buat kat hotel sampai kat rumah dan kedai pun buat perkara tak senonoh.
Bila kita ada harta maybe kita boleh berdikari bila suami curang.. cuba kalau kita seperti Ayu yang berkali² suami curang tapi dia tak dapat nak keluar dari cengkaman husband dia sebab dia tiada apa².. rasa insecure.
-Kepada Perempuan Yang Menginginkan Suamiku -Asma Nadia // Helvy Tiana Rosa
Jujurlah ye saya beli sebab tajuknya 'mengundang' dan tidak meletakkan apa apa jangkaan yang luar biasa tentang novel ini. Yang saya tahu novelisnya terkenal di Indonesia.
Namun, selepas menemui perkataan tamat cerita ini benar benar membuat jiwa berkocak hebat. Bahasa yang digunakan sangat indah. Tahniah buat penterjemah Rahmah Mokhtar. Cerita tentang kecurangan. Saya rasa tak semua mampu membaca cerita ini dengan hati tenang kerana penulis berjaya membuatkan kita sebagai pembaca turut merasai kesakitan Bunga dan insan insan di sekeliling beliau yang berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Keseluruhannya, buku ini menarik untuk dihadam. Tentang bagaimana hebat dugaan itu datang, perempuan perlu kuat. Jangan pernah ada rasa kalah. Hidup ini bukan untuk berterusan berteman kesedihan. Tuhan hadirkan pelbagai emosi untuk diraikan. Berbahagialah. Untuk perempuan yang sedang bergelut dengan isu ini, teruslah kuat kerana Tuhan itu ada. Terima kasih buat penulis dan penterjemah untuk karya ini.
Selain anak-anak, dunia mana lagi yang dirindukan oleh seorang isteri? Suami nan setia.
Tiada satu pun insan yang memiliki kisah hidup yang sempurna. Begitu juga Bunga - nama nan indah, seorang wanita berusia 32 tahun yang hampir memiliki segalanya. Dia seorang ahli psikologi terkemuka, susuk ibu penyayang dan seorang isteri kepada suami yang setia.
Selepas, tujuh tahun membina mahligai perkahwinan, Tuhan mengujinya dengan tompok kepahitan. Suami yang dipercayai sepenuh hati, rupa-rupanya berlaku khianat.
Selepas sebuah pengkhianatan, mampukah seorang isteri melayani suami atas nama reda Tuhan?
Ada tiga sebab kalian perlu membaca novel ini: ✨️ Jalan cerita realistik dan tidak menimbulkan konflik yang terlalu menyakitkan hati ✨️ Penulis ada menyelitkan ilmu tentang psikologi (apa perlu dilakukan jika mendengar luahan individu, tidak melulu dengan prasangka dan usikan emosi) ✨️ Gaya penulisan penulis yang tidak menunjukkan wanita itu lemah dan diselubungi rasa melankolik yang terlampau
Dan mungkin juga kalian akan lebih peka tentang minyak wangi yang dipakai oleh suami (hahaha)
Kisah yang realistik dan tidak merapu. Isunya sangat dekat dengan isteri-isteri di luar sana iaitu pengkhianat oleh suami.
Main character ialah Bunga. Bunga ialah seorang isteri yang bekerjaya dan kuat. Saya sangat sukakan Bunga sebab beliau tak buang masa untuk memujuk suami untuk kembali. Bunga juga tak buang masa untuk menangis. Bunga tak cakap panjang - beliau terus ceraikan suami dia. Mantap sis.
Penulis Malaysia kena contohi penulis Indonesia. Ketengahkan watak wanita yang kuat.
Dalam lebih kurang 5 jam bacaan, aku berjaya habiskan 300 halaman novel ini.
Prolog pada permulaan cerita sudah cukup membuatkan aku terpaku untuk mengetahui lebih lanjut. Membawa pembaca jauh ke masa lalu Megat Haris dan seorang budak lelaki yang kecewa dengan Haris. Prolog ini hanya terjawab betul-betul pada akhir cerita. Sungguh sempurna, pada pandanganku.
Jalan cerita yang menimbulkan seribu satu persoalan. Siapa HeloKiti? Adakah di antara 3 orang sahabat karib bunga - Laila, Ayu, Tiara? Atau salah seorang pengikutnya di media sosial? Ataupun rakan sepejabat suaminya sendiri?
Pada awalnya sungguh aku tidak mengesyaki orang paling dekat dengan mereka. Mungkin akan ada plot twist lain, begitu fikirku. Penulis juga bijak untuk meletakkan hint kecurangan pada watak-watak perempuan lain juga, membuatkan sukar aku menebak perempuan curang tersebut.
Ya Tuhan, aku rasa macam tak boleh berhenti baca sebab memang intrigue sangat2. Terjemahan dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu pun sedap. Rasa lancar dan puas membacanya.
Beberapa babak ditulis dengan meletakkan perempuan curang sebagai POV 1, tanpa mendedahkan siapa sebenarnya dia. Ya Tuhan, sumpah geram gila bila baca bab-bab berkenaan.
Ternyata dendam perempuan tersebut mempunyai kaitan dengan masa lalu keluarganya dahulu. Sungguh tidak disangka.
Puas juga aku baca kesimpulan daripada cerita ini. "Pada akhirnya, kita sendiri faham... setiap orang akan diuji sesuai kemampuan masing-masing."
at first saya ingat ni buku melayu rupanya buku indo tapi diterjemahkan. cis, tipah tertipu. tapi wtv, jalan cerita tak kekok and takde language barrier langsung. so saya dapat faham dengan baik.
curang tu pilihan. ye, takdenya bukan pilihan. kalau curang setakat berbalas text iloveu imissyou ok lagi, ini sampai ke katil tak ke pelik? jangan normalize kan curang and pls communicate with your spouse. communication is the key. penat nak habaq sejuta kali.
lost one star sebab i really want to know what happened to penyondol aka pelakor and her husband. jangan ingat yg terpaling bahagia di socmed sebenarnya bahagia di kehidupan nyata. stay lowkey always.
saya baca buku ni selepas Cinta Maha Luas. Cinta Maha Luas buat saya menitikkan air mata. Tapi Kepada Perempuan Yang Menginginkan Suamiku memberikan vibe yang sungguh berbeza. Saya rasa lebih bersemangat.
Bunga bukan seorang wanita yang lemah. Walaupun satu demi satu email diterima membayangkan kecurangan sang suami, dia tidak cepat bersangka-sangka dan bertindak melulu. Dia menghadapi setiap satunya dengan tenang. Setenang saya membaca helaian demi helaian buku ini.
Buat perempuan itu, sejarah silam nya sungguh perit. Tetapi bukan asbab dan sebab untuk menghancurkan rumah tangga bahagia orang lain.
Buat suami itu, mudahnya menabur janji manis dan berkata-kata.
WOAH, this book is literally giving me hot flashes all around the bodv. (Note: adrenaline rush from the emotional roller coaster)
Buku ni agak slow pada awalnya, tapi plot twist dia pergh! Penuh dengan sandiwara dan cemuhan. Hakikatnya, antagonis dalam cerita ini turut berduka kerana ada kepahitan dalam kisah silamnya yang berkait dengan Bunga, seorang ahli psikologi dan pempengaruh. Bunga seorang wanita sempurna, penuh elegan dan tata tertib sering menyelesaikan masalah- masalah wanita yang mengalami kemelut dalam rumahtangga. Meskipun hidupnya tampak sempurna, memiliki kekayaan dan anak yang pintar serta suami vang baik, dia menerima beberapa e mel daripada seseorang perempuan yang mendakwa suami Bunga telah mencurangi Bunga dengan menjalinkan hubungan intim bersamanya. Bukan sekali, atau dua kali. Tetapi berkali-kali. Pada awalnya, Bunga masih lagi skeptikal dan bersangka baik terhadap suaminya sehingga pada akhirannya, dia menemui wanita yang berselindung di sebalik nama samaran helokiti yang menghantar pesanan e-mail kepadanya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Selesai baca dalam masa seminggu, beli sebab penulisnya Asma Nadia 🌸 Vibe dia macam Ipar adalah Maut—cumanya ada twist kat hujung dan watak utamanya (yang tersakiti tu) seorang wanita muslimah yang kuat. Sakit hati juga baca part kecurangan tu, tak ingat hukum hakam! Dan membuatkan isteri yang sah itu trauma di banyak tempat; tempat kerja dan even di rumah sendiri ☹️
Cumanya cerita ni lambat panas. 1/5 menuju hujung je baru dia reveal siapa yang menggoda tu, walaupun dari awal dah boleh agak dah siapa. Jadinya agak draggy.
Ini buku pertama yang saya baca hasil penulisan penulis ini. Pada mulanya, saya menjangkakan kisah ini seperti kisah suami curang yang lain. Plotnya mungkin kita boleh jangka, tapi saya sangat mengkagumi cara penulisan beliau yang cukup santai namun menusuk ke titik paling dalam di kalbu.
Saya sangat kasihan dengan watak HeloKiti ini. Dia terlalu inginkan pengiktirafan sehinggakan dalam merampas suami orang pun, dia masih inginkan pengiktirafan bahawa dia seorang gadis hebat yang mampu mengambil tempat seorang isteri yang telah halal.
Tapi, benarkah begitu? Wanita yang mengambil tempat seorang ISTERI kepada sang suami itu, adakah benar dia hebat? Hebat dalam apa? Dalam menggoda? Dalam melayan? Atau dalam kisah ini, HeloKiti sangat bangga dengan zaman mudanya yang tak mungkin dikecapi semula oleh sang isteri. Yelah, mana mungkin kita ni makin muda, kan? Tapi itu bukan tiket untuk ambil suami orang, tau!
Bunga, saya suka kepada Bunga. Dia tidak hancur walaupun ada perempuan yang inginkan suaminya. Kalau dia mampu buat suaminya nampak hebat, takkanlah dia tak boleh nak hebatkan dirinya sendiri kan? Itulah kuasa isteri yang tiada pada perempuan lain. Dia bersifat juang yang tinggi dalam membentuk suami dan mendidik anak-anak, ini kejayaan isteri yang sebenar.
Bunga bangkit semula walaupun dia ditikam oleh orang yang dia percayai. Dan kepada perempuan yang mengiginkan suaminya, ambillah dan cuba jadikan dia lelaki hebat seperti mana Bunga jadikan dia.
Tapi kan, kalau suami sibuk dengan kerjaya, orang kata bagus dia berusaha utk keluarga. Tapi kalau isteri yang sibuk menjayakan kerjayanya, dikatakan isteri yang sengaja biar suaminya sendirian tanpa perhatian. Sebab itulah suami cari lain. Jadi, perempuan selamanya tak boleh jadi lebih berjaya daripada lelaki ke, terutamanya lebih daripada suami? Maka, apa sebabnya kita ni nak belajar tinggi dan kerja hebat?
Akhirnya, saya percaya pilihan untuk menjadi wanita macam mana itu terletak pada tangan kita sendiri tak kisahlah ada atau takde perempuan lain yang cemburu. Kesian, dia kurang kasih sayang. Abaikan dan move on sahajalah. Allah kan ada sebagai tempat kita bergantung, bukan pada sang suami itu.🌸
Membaca kisah keluarga yang harmoni membuatkan saya berfikir. Ke arah mana cerita ini nanti? Haris dan Bunga ialah pasangan bahagia. Memang idaman semua suami isteri di dunia. Suami yang prihatin, penyabar, romantis. Isteri yang cantik, bijak, lemah-lembut malah ahli psikologis.
Mempunyai seorang cahaya mata yang sihat dan cerdas, rumah lengkap serba-serbi, ada pembantu rumah dan kedai kek kelolaan Bunga. Suami juga mempunyai pekerjaan yang bagus.
Ah, awal-awal Bunga mendapat emel daripada pengirim misteri bernama HeloKity, pembaca turut berdebar memikirkan benarkah begitu buruk perlakuan Haris? Siapakah HeloKity ini? Adakah sekadar follower Bunga yang ingin menguji?
Namun, apabila semakin ke penghujung cerita, terasa sangat pedih dengan hakikat yang berlaku. Sungguh ya. Bertakwalah walau di mana pun kita berada! Ini bukan soal pasangan tidak cantik, kasar atau pemalas. Tetapi kedua-dua susuk pasangan ini hampir sempurna serba-serbi.
Lalu di mana silapnya? Iman. Justeru, Ittaqullah! Ya Allah, jauhkan kami dari musibah kecurangan dan ujian yang menggugat akidah kami. Tiada daya dan upaya melainkan kuasa-Mu. Amiin.
Penulis-penulis ini mengangkat sisi seorang perempuan yang teguh dengan pendirian dan agama. Tidak berlama-lama meratap dan menyalahkan diri. Bukan begitu sikap Bunga. Tetapi, saya maklum hanya mereka yang melaluinya faham betapa perit realiti yang perlu ditelan.
*** Perasaan saya roller-coaster semasa membaca kisah ini sehingga penamat. 😣
Loveee this book! Jalan cerita tak terlalu meleret jadi tak rasa terlalu penat nak habiskan sebab kisah curang ni selalunya agak berat nak baca but this one is just nice. Love the message in this book. Buku ni memberi semangat kepada wanita yang mengalami masalah rumah tangga untuk terus menjadi wanita yang kuat dan tidak mudah ditindas
Saya kali pertama baca buku begini sebab tertarik dengan reviu saudari azzah. Agak emosi juga bila membacanya dan mampu berdoa yang baik2 untuk keluargaku. Huhu.
Genre cinta mungkin selalunya jadi pilihan saya yang akhir-akhir untuk dicapai. Entah la tak tahu kenapa, memang kurang sikit minat. Novel ni saya nampak sangat baru, diletakkan di rak library, panas-panas gitu. Jadi sangat tertarik untuk dipinjam dan dibaca.
Pandangan saya, novel ni sedap juga dibaca, sebab pace nya yang laju, tidak meleret dengan plot yang tak perlu. Tambah pula, plot-plot dan jalan cerita sangat sama dengan sebuah filem yang pernah viral tempoh hari 😅 disebabkan saya dah tonton filem itu, maka lebih cepat lah pembacaan. Saya tak tahu sama ada kena mengena atau tidak kaitan novel dan filem.
Ditunjangi oleh seorang perempuan bijak, bekerjaya, sukses iaitu Bunga. Suaminya pula Haris seorang lelaki serba serbi lengkap pakej dan terlalu baik sikapnya. Tetapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Sebab tu lah saya tak suka baca cerita macam ni 😂suami baik pun ada helah sebaliknya.
Tapi itulah realiti kan, banyak je terjadi pada kehidupan. Kita tak boleh nak ikutkan perasaan bila baca kisah orang lain. Apa-apa pun, saya sangat sukakan Bunga di mana dia berdiri dengan prinsip dan menjadi wanita kuat bila dia menghargai dan menyayangi diri sendiri dahulu.
Semua wanita, semua insan layak bahagia. Namun bahagia tak semestinya gembira setiap masa. Tetapi hati yang tenang dan yang redha dengan ujian adalah tanda orang bahagia walaupun diuji. Bunga cipta bahagia dia sendiri dan buat apa mengharap pada insan yang mengkhianati.
Done baca buku dalam masa satu hari. Beli buku dekat book festival di central market. Saya memang baca buku ni sampai habis sehari sebab saya suka ayat buku Indonesia memang puitis dan plot yang sangat dekat dengan realiti zaman sekarang. Saya dah dapat teka HelloKitty dari awal cerita lagi cuma saya memang nak tahu macam mana Bunga akan tahu dan reaksi Bunga terhadap realiti sebenar. Saya amat kagum dan kesiankan Bunga pada masa yang sama. Walaupun pendekatan Bunga sangat matang dan boleh dipuji, tetapi saya tahu sebagi seorang isteri bukan mudab untuk berfikiran dan bertindak begitu