Jump to ratings and reviews
Rate this book

Detak Jantung Dia

Rate this book
Membisulah semahumu wahai bulan... kerana bisumu itu adalah keindahan.

Hidup Afra sunyi daripada kasih sayang orang tuanya. Sewaktu kecilnya, Afra terpaksa diserahkan kepada sebuah keluarga untuk dijaga. Apabila dewasa, tiada kemesraan dalam hubungan Afra dengan orang tuanya namun hidup Afra sentiasa ditentukan oleh mereka termasuk soal memilih pasangan hidup.

Hati Samir bergetar saat anak mata bertaut dengan renungan si gadis. Lebih manis lagi apabila mereka berkongsi debaran-denyut-detak jantung yang sama. Namun indahnya getar perasaan mereka hanya mampu disimpan kejap dalam bilik hati apabila kedua-dua orang tua Afra sudah menetapkan jodoh untuk Afra.

Bagi Hanif, Afra itu seperti adiknya sendiri. Tanpa sedar, perasaan sayangnya buat si gadis sudah bertukar rentak. Ada pedih yang terhiris apabila ternyata si gadis telah menemui cinta hatinya. Namun, untuk melepaskan Afra tidak termasuk dalam agenda hidupnya.

Apabila cinta adalah air mata... mampukah dia tersenyum nanti?

402 pages, Paperback

First published March 1, 2014

1 person is currently reading
54 people want to read

About the author

Aidah Bakri

12 books43 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (21%)
4 stars
28 (46%)
3 stars
16 (26%)
2 stars
2 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
April 18, 2014
18-04-2014

Afra:
Kerana masalah kesihatan Puan Jasmine, Afra dibesarkan oleh keluarga Umi Majidah, ibu susuannya di Darul Hanan, sebuah rumah anak-anak yatim yang diusahakan oleh Umi Majidah dan suaminya, Abi Daud. Selepas beberapa tahun, Afra diambil semula oleh kedua orang tuanya. Namun, kepulangan Afra tak pernah mendapat layanan selayaknya. Puan Jasmine dan Tuan Kazim lebih suka memanjakan Hanif, sepupu Afra berbanding anak sendiri. Semakin meningkat usia, hubungan antara Afra dan kedua orang tuanya semakin jauh. Sungguh pun kedua orang tuanya tak begitu suka Afra berhubungan rapat dengan penghuni Darul Hanan, Afra lebih senang menghabiskan masanya di situ. Di situ juga Afra bertemu dengan Samir, yang sentiasa berupaya mempengaruhi debaran-denyut-detak jantungnya. Namun, bila debaran hati sudah berlagu seiring, Afra dikejutkan dengan berita rencana pertunangannya dengan Hanif yang telah diatur oleh kedua ibu bapa mereka. Jadi, jalan mana yang perlu dipilih Afra? Ikut kata hati sendiri atau akur dengan pilihan keluarganya?

Samir:
Saat pertama kali bertentang mata, memang tidak dinafikan Afra punya tarikan tersendiri. Lantas, dengan bantuan Firdaus, kawan baik yang juga merupakan abang susuan Afra, Samir memulakan langkah. Salam perkenalan yang dihulur disambut baik oleh Afra. Mereka mula mengenali diri masing-masing dengan sokongan kuat ahli keluarga Darul Hanan. Yakin dengan rasa debaran-denyut-detak jantung masing-masing, Afra dilamar. Cuma yang menjadi halangannya adalah Tuan Kazim yang terang-terangan menentang hubungan Afra dan Samir. Alasannya, mereka sudah bercadang untuk menyatukan Afra dan Hanif untuk meneruskan legasi perniagaan mereka. Kemudian, muncul pula Doktor Lalila yang tak sudah-sudah mengejar Samir. Jadi, bagaimana penyudahnya hubungan Afra dan Samir?

Hanif:
Hubungan Hanif dan Afra memang rapat ibarat adik beradik. Ialah, mereka berdua anak tunggal dan sentiasa bersama semenjak Afra kembali bersama tinggal keluarganya. Mereka sentiasa ada untuk satu sama lain memandangkan kedua ibu bapa mereka sentiasa sibuk menguruskan perniagaan. Berbeza dengan Afra, Hanif dewasa sebagai seorang lelaki yang suka bersosial dan berfoya-foya. Rancangan pertunangannya dengan Afra mula membuat Hanif memandang Afra dari sudut berbeza. Dalam diam, perasaannya terhadap Afra telah mula bertukar rentak. Namun, Hanif bukanlah orangnya yang akan mengambil kesempatan dikala peluang terbentang di depan mata. Perlukan Hanif beralah atau tetap teruskan majlis pertunangan untuk memuaskan hati keluarga mereka?

Komen saya: Indah. Rasa terbuai dengan gaya bahasa penulis ni. Puitis dan penuh metafora. Phew. Suka. Dan suka Hanif juga. Suka dengan pilihan dan apa yang telah dilakukannya. Salute dengan tindakan Hanif yang berani menegur kedua ibu bapa Afra yang dah jauh tersasar tu. Dia pandai manipulasi kelebihan dia untuk pujuk kedua ibu bapa Afra. Eh, dah bias ni. Hahaha. Tahniah buat penulis atas garapan penuh bahasa indah ni. Moga dikurniakan lebih banyak ilham untuk berkarya.

Petikan dari halaman 375 yang saya sangat suka:-

“Tak suka dipanggil sayang?”

Afra angguk.

“Pelik”

“Suka sayang yang hati rasa. Tak perlu jadi sebutan di bibir...tapi hati dapat rasa. Sayang di mulut kadangkala sekadar sebutan tak bermakna. Lagipun kalau sayang selalu sangat diucap, manisnya akan hilang.”

Self note: Untuk memaknakan rasa sayang tu tak perlu diucap selalu. Nanti manisnya cepat hilang. Takut daripada manis terus rasa tawar bila dah selalu sebut. ;)
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
September 4, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM10.00. PM je...

Ini kisah biasa. Pergolakan jiwa seorang anak yang diketepikan haknya oleh ibu-bapa hanya kerana dia seorang perempuan dan hadirnya dianggap sebagai pembawa malang. Diserahkan kepada keluarga angkat untuk disusukan. Dijodohkan dengan sepupu sendiri atas dasar keuntungan perniagaan. Jatuh cinta dengan si jejaka yang serba sempurna untuk membimbingnya.

TAPI.... ini kelebihan penulis yang memang tidak dapat disangkal lagi. Mengluarbiasakan yang biasa dengan pemilihan laras bahasanya. Puitis, halus, lembut, membuai....etc etc

TAPI... hanya itulah. Menghadam naskah ini umpama mengadap sepinggan nasi goreng kosong. Tiada tersembunyinya potongan cili api yang sedia 'meletup' bila tergigit. Tiada timun bertemankan sambal belacan sebagai pengikat selera. Tiada juga papadom di tepi sebagai perangup... Hanya itulah.

Pergerakan plot terlalu lambat. Biarpun ada babak2 yang sepatutnya mengujakan, tetapi ditenggelamkan dengan dominasi penggunaan perkataan indah yang menidakkan fungsi babak2 tersebut.

Maaf... hanya itulah.


75 reviews6 followers
Read
November 14, 2015
Masih lagi dalam kembara perasaan antara Afra & Samir. Lalu, aku perlukan masa untuk berkelana mencari bait yang indah untuk dititipkan disini.

Buat Puan Penulis, sekalung TAHNIAH atas naskah yang cukup indah ini.. aku masih larut dalam tiap kata yang terlakar...


Profile Image for Azizah.
392 reviews6 followers
May 10, 2014
3.5 star

'Perkenalan' Afra-Samir pada malam 13 purnama. Malam yang telah mencuri tenang dan damai antara detak jantung keduanya. Walaupun dalam kelam dan jauh, getarnya tetap mereka rasa. Walau tidak kenal antara mereka.

Afra - Anak gadis tunggal pasangan Kazim-Jasmine tetapi dia tidak pernah mendapat layanan yang istimewa dari orang tua sendiri. Gelaran anak tunggal tidak melembutkan hati Tuan Kazim-Puan Jasmine, malah Umi Majidah-Abi Daud pula yang lebih kasih & sayang terhadap Afra. Afra lebih tenang di Darul Hannan di persekitaran yang ada Abang Firr yang pritahin & juga anak yatim yang diberi sepenuh kasih sayang oleh umi & abi. Mereka itu lebih beruntung berbanding Afra yang dilimpahi segala kemewahan tetapi sangat miskin dengan kasih sayang. Hanif, sepupu tunggal Afra pula yang lebih disayangi oleh mama & papa Afra. Saat Afra sudah bertemu pilihan sendiri, cadangan orang tua yang tidak boleh dibantah pula menjelma. Dan kesanggupan Hanif yang dianggap sebagai seorang sepupu yang akrab untuk menurut perintah kedua orang tua mereka sungguh menekan hidup Afra. Detak jantung Afra tidak pernah berdebar saat bersama Hanif, namun jantungnya sentiasa bekerja keras apabila bersama si dia, si pemuja bulan!

Samir - Pakar forensik yang sungguh manis segala ayat yang terkeluar dari dua ulas bibirnya. Seorang yang amat tenang dan juga dalam ilmu sopan dan agama. Terdidik dalam keluarga yang sederhana, Samir tenang dan mudah mendampingi orang di sekelilingnya. Hatinya sudah diambil saat diintai dara pada malam 13 purnama dalam kelam malam. Namun apabila segala rasanya ditolak oleh ibu bapa Afra, dia tetap yakin yang di hati-hati mereka dipegang oleh Yang Satu. Hanya doa penghubung untuk mereka. Dia tetap yakin hatinya akan selamanya terletak di bilik hati Afra.

Hanif - Ya, pada zahirnya dia lelaki yang hampir sempurna pada mata insan lain waima pada mata Afra sendiri. Namun tidak pernah orang lain tahu bahawa dia memendam segala rasa dan sunyi sendirian. Dia yang hampir sesat dalam sunyi senyap tanpa bimbingan orang tua. Padanya cadangan orang tua untuk menyatukan dia-Afra adalah titik mula untuk dia mencari sebuah cahaya. Namun apabila Afra yang sudah terang menolak kasihnya, dia tidak pernah mahu meretakkan hubungan yang sedia ada. Segala rasa sayang & kecewa dipendam sendiri kerana dia tahu tidak mungkin senyuman yang mekar di bibir Afra akan menjelma jika Afra berada di sisinya. Dia juga sedar hati Afra sudah dimiliki oleh lelaki lain, lelaki yang sentiasa tenang apabila berhadapan dengannya.

Komentar:

Buku nipis ini KakChik ambil masa hampir 3 hari untuk dikhatamkan. Mungkin disebabkan bahasa penulis yang puitis bagai terlebih madu & gula yang bisa menyebabkan diabetes,kot!

Kisah ini bukan kisah cinta 3 penjuru pada KakChik kerana apa yang terlakar di hati KakChik adalah segala tingkah dan angkuhnya Tuan Kazim-Puan Jasmine. Owh, mereka digambarkan sepasang manusia yang tidak bersyukur. Mendapat anak yang setaat Afra pun, tidak pernah melembutkan hati mereka. Kenapa sejarah mereka tidak pernah dijadikan titik tolak untuk mereka menjadi yang lebih baik? Aduhhhh, sakit mata KakChik apabila baca segala bahasa mama-papa Afra ini apabila berkomunikasi dengan anak menggunakan I-You. Rasa kasar semacam aje. Peribahasa kera di hutan disusukan & anak di rumah dibiarkan kelaparan, memang sesuai dengan keadaan keluarga ini.

Namun keadaan ini mampu diseimbangkan dengan bahasa puitis yang menguasai hampir 80% karya ini. Hubungan Umi Majidah-Abi Daud dengan Afra juga menunjukkan kasih sayang tidak pernah terbatas. Bukan harta dan kedudukan yang menjadi ukuran. Yang penting, hubungan itu diredai oleh Yang Diatas.

Walaupun Afra-Samir masih menjaga tutur kata dan perlakuan namun kadang kala hati muda mereka tidak mudah untuk dikawal. Betullah pesan Rasulullah, kita perlu menjaga pandangan mata untuk mengelakkan segala maksiat. Kadang kala hanya dengan lirik mata sudah menjatuhkan segala rasa yang terpendam.

Owhhhh, KakChik rasa macam sudah jatuh hati dengan Hanif *tetiba*. Hanif yang mengorbankan segala rasa sayang pada Afra. Hanif yang berusaha untuk mencari ubat untuk sunyi. Tapi sayang hanya sedikit kisah Hanif dalam DJD ini. Puan penulis, nanti boleh kisahkan cerita Hanif, tak? :P

Pengulangan frasa 'debaran-denyut-detak jantung' yang terlalu banyak (pada KakChik) agak menggangu sedikit pembacaan dan ia bagaikan menghilang eksklusif frasa itu sendiri. Itu yang KakChik rasa. :P
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
September 11, 2014
Dari satu pandangan di kejauhan, dua hati memulakan perkenalan. Dari renungan yang mengetarkan, dua hati bersapaan. Dari detak yang sama, dua jiwa merasa cinta.

Ini kisah Afra yang kalah direnung si doktor bijak bahasa. Ini kisah Samir yang sentiasa menunggu bulannya di malam tiga belas purnama. Pertemuan demi pertemuan. Satu demi satu petunjuk hati diberi. Rindu pun sudah menjadi angin yang menderu di jiwa. Tapi...

Tapi... ada halangnya. Ada mereka yang melarang. Ada si kesepian yang mengharap. Dan, si doktor swasta itu pun belum mahu berhenti mengejar. Lalu Afra dan Samir? Mampukah terus berkongsi debaran yang sama?

~
Suka. Janggal. Suka. Janggal. Buku ini membuat hamba yakin hati hamba punya gear D dan R-nya sendiri. Kerap benar perasaan ini maju dan mundur. Berhenti dan membelok sesukanya. Laju dan perlahan seenaknya. Sungguh, jika saja ada bengkelnya, pasti sudah hamba hantar hati ini untuk dibaiki. Sudah lari alignment agaknya. Huhu.

Namun, begitulah. DJD benar-benar membuat hamba tidak tahu hendak merasakan apa lagi. Lenggok bahasanya yang puitis adakalanya menghumban hamba dalam suka dan sebentar kemudian memerangkap hamba dalam janggal pula. Indah memang indah tetapi seperti tidak realiti pula terutamanya dialog-dialog lisan antara Afra dan Samir yang terlalu berbunga dan kekadang terlebih pemanis.

Selain itu, hamba fikir cerita ini dibawa terlalu leret. Afra dan Samir menjadikan perasaan meraka seperti satu permainan tarik tali yang panjang. Permainan yang lama sehingga hamba merasa tidak betah untuk terus merasa teruja. Namun ya, pastilah ada babak-babak di antara itu yang buat hati mengembang bak gerbera. :)

Oh ya, di sini juga hamba ingin nyatakan bahawa hamba merasa agak jengkel dengan Samir. Perasan ini bukan didorong oleh perasaan hamba yang tergelincir suka pada Hanif ya. Tidak. Tidak sama sekali. Ini kerana perwatakan doktor forensik itu sendiri. Ada bezanya tahu antara tenang dan tidak berusaha.

Kenapa? Kenapa lambat melamar? Kenapa sepertinya tidak punya keberanian untuk berjuang? Berserah dan pasrah itu seharusnya datang setelah mencuba habis-habisan, kan? Berusahalah, dekatilah, pujuklah agar ibu bapa si gadis setuju. Jika sebelum itu berani memandang bunga di taman orang, kenapa tidak menyungguhkan tindakan untuk memetiknya? Jika pun tidak merempuh, tekan saja lonceng pagarnya. Bunyikan terus biar pun yang pertama kalinya tidak bersambut.
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
May 30, 2014
5*****
Twinkle twinkle sparkling stars!

Ida mengambil masa yang agak lama untuk menamatkan pembacaan naskah terbaru Aidah Bakri ini. Bukan kerana kurang menarik, bukan juga kerana bosan.

I take my own sweet time to finished this because when i read 1 page, i got the urged to share each and every sweet words in my fb wall!

I just loved how she created SAMIR, si mulut manis bergula, sangat indah bermadah kata hingga semua semut saling berlumba-lumba mengejar sang hero. Tak seiring betul kerjayanya dengan tutur kata bergula itu.

AFRA, si malam 13 purnama yang dipuja oleh Samir, detik pertama kali pandangan mata mereka berpaut. Mengintai dan diintai sang bulan menjadikan mereka pencinta dalam diam. Saling cuba mentafsirkan apa yang dirasai dalam hati masing-masing dengan lenggok bahasa yang amat indah,sehingga Ida yang membaca merasa bahagia.

Cara pengolahan yang ringkas tetapi amat menarik membuatkan Ida terasa sayang nak menamatkan pembacaan. Tak ada konflik berat dengan simpang siur yang memeningkan kepala pembaca. Kisah anak yang terasing dalam kemewahan tanpa kasih sayang keluarga.

Kak Aidah, you wowed me with your Dandelion di Tiup Angin. And you did it again with Detak Jantung Dia. Once I finished this story, my mind already know what i want to posed this novel with.

Yellow, lavender and orange! ( It's not roses though ) but it is Samir way of showing how deep his love for Afra is.

So,readers. If you're looking for something sweet for your mind and soul's dessert, this novel is the one you should buy and read. Spread the love to the universe!!

Uhibbuki fillah.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
September 8, 2016
Membaca naskhah terbaru garapan Aidah Bakri ini saya jadi terlebih sopan! Suka dengan bahasa penulis yang penuh puitis. Bagaikan auranya menyerap ke jiwa saya. Suka!

Suka dengan kisah yang diketengahkan penulis. Kisah anak yang ketandusan kasih sayang ibu bapa kandung, menumpang kasih pada 'ibu susuan'. Sedihnya! Apabila si ibu dan si ayah lebih sayangkan anak saudara berbanding dengan anak sendiri.


*bersambung
Profile Image for Mslvoe.
2,115 reviews204 followers
March 18, 2024
Dah la tengah puasa.. terbayang² air sirap dek panahan ayat² manis tahap gula tumpah dalam karya ini.
Profile Image for Pips.
221 reviews30 followers
April 5, 2014
Indah.
Semuanya indah.
Bahasa.
Cerita.
Dan penamatnya.

Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,042 reviews378 followers
May 31, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

I like! Walaupun biasanya N kurang suka dengan novel yang menggunakan bahasa puitis dan kiasan (sebab N tak paham!), N boleh terima Detak Jantung Dia. Pada N, jalan ceritanya yang ringkas and straight forward agak charming apabila digandingkan dengan dialog kiasan antara Afra dan Samir. Cinta 'intai pandang pertama' antara mereka dan watak Samir yang ibarat lelaki melayu terakhir membuat N terbuai dengan keindahan cinta mereka <3
Profile Image for Sakinah.
17 reviews2 followers
March 31, 2014
Bila baca memang berdetak deras jantung ni dan rasanya boleh kena diabetes...hahaha apapun tahniah penulis.:D
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
January 2, 2015
Manis cas cerita bulan pungguk ni. Agak lambat juga Cik Pah nak habiskan bacaan, seperti mengeja pula patah demi patah. Melekit. Tersenyum simpul dengan ayat-ayat manis Samir buat Afra si 13 purnama. Seperti kisah hikayat-hikayat yang tutur katanya banyak berkias berlapik. Samir ni dari zaman Hang Tuah ker Aidah Bakri?
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 8, 2014
Manis bergula je cerita ni.. Senyum simpul je baca walaupun jantung sedikit berdetak risau akan perjalanan dan kesudahan cinta Samir dan Afra..


p/s: Aku baca nama Afra tu sebagai Arfa.. Macam berbelit je lidah nak sebut nama Afra tu.. :D
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
June 19, 2017
bergula gula betul la novel ni , tapi realitinya ada ke lelaki manis manis bahasanya macam Samir ni hahahah
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
April 4, 2019
Ini rupanya kisah arfa dengan samir.... Buku yg penuh dengan bahasa2 yg sangat cantek susunan ..bahasa yg indah.... Mmg melting wey... And jugak mcm si hanif tu suka arfa..

Hehehe... Baca buku ni semacam baca buku2 puisi, mendayu dayu, n sampai mmbawa ku keawang awangan... Love this...💓💓💓💓💓

Good job kak aidah...
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
September 20, 2016
saja baca buku ni slow, perlahan.. Nak tenang hayati bait-bait kata yang disulam cantik menjadi ayat. Nak tenang hayati keindahan kisah. Nak tenang hayati momen menarik yang ada di setiap bab.. Nampak tak betapa ayat-ayat indah boleh memukau pembaca hingga lupa hendak memandang arah lain, hingga lupa untuk membuka mulut supaya berkata-kata....

Sebuah novel terbitan tahun 2014, lama dok terperuk rupanya ada kisah yang cantik yang boleh dihadam dengan sangat baik. Kisah afra yang tersisih kasih sayang dari ibu bapanya. Sehingga dewasa hanya hubungan kaku yang ada antara afra dan ibu bapanya. Bila ibu bapa yang lebih pentingkan duniawi, lebih pentingkan kemewahan hingga lupa hendak mengenang jasa manusia, hingga lupa pada kuasa Allah.. Aduhai.. Betapa afra tidak mahu menjadi anak yang tidak beradab, betapa dia tetap mahu menjadi anak yang baik namun adakala begitu mencabar jiwanya..

Paling tidak dapat diterima bila jodohnya turut menjadi dagangan. Mahu disatukan dengan hanif, langsung tak dapat diterima. Hanif yang disayangi hanya setakat sepupu mana mungkin mahu diterima sebagai suami. Apatah lagi hatinya terpaut pada samir.. Bulan, bunga menjadi gantian tanda perasaan mereka.. Tapi, bagaimana mahu ditolak arahan mandatori ibu bapa afra? Adakah hanif mahu mengikut kata afra yang tidak mahu menerimanya sebagai pasangan hidup? Adakah samir hanya berserah dengan ketentuan yang ditetapkan oleh ibu bapa afra? Adakah afra akan memberontak menolak apa yang diarahkan? Haa... Nak tau betapa bergulanya novel ini bolehla cari dan baca ya....
33 reviews6 followers
June 15, 2014
sebuah karya yang bahasa puitisnya membuai perasaan dari awal hingga ke akhirnya
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
December 18, 2021
melayan novel ini dengan santai, kerana muka suratnya kurang 500.

cuma, patah-patah puisi/pantun untuk setiap bab tu, tak boleh nak relate la. saya bukan pemuja puisi.

walaupun terlalu banyak ayat-ayat puitis setiap bait kata antara Samir dan Afra, masih lagi boleh menerima. kurang sarat dan lebih straight forward, masih ada kiasannya. (mungkin kalau saya ulang baca akan tambah bintang lagi) kurang rasa umph sweet dan getaran hati saya tidak seirama dengan Afra dan Samir. hanya 2-3 bab terakhir baru terasa. hu-hu. kalau ada dari awal bab terasa detak itu, saya lagi teruja.

plotnya cerita sedikit bosan, walaupun 400 muka surat masih lagi terasa meleret.

Tuan Kazim dan Jasmin terlalu ego, penat dengan bahasa dua ibu bapa ini. Tan Sri Jalil dan Puan Sri Raha sesuai dengan kedudukannya masih lagi rendah diri (walaupun asyik berada di luar negar, pemikiran mereka lebih terbuka - dan tidak banyak watak ini diserlah hanya disebut-sebut sahaja antara Tuan Kazim dan Haniff).

Afra dan Samir tidak perlu diulas, seperti blurb belakang buku, begitulah watak mereka.

cinta Haniff disambung buku seterusnya...
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
August 14, 2015
My earnest review of this book..emm, sweetness overloaded. Dah lama tak baca kisah cinta epic yg bersaksikan bulan purnama 13 haribulan. Ternyata Samir Mr. forensic pathologist ni dapat inspiration masa buat case management agaknya. Gulanya novel ni buat aku presure. Tak dapat aku sangkal gaya bahasa amat baik with good quotes spotted almost everywhere. Kisah yg berdasarkan concept cinta yg disangka tak kesampaian. Hanif is an awesome cousin for Afra.. What he did is amazing. Baca lah kalau rasa nak hati yang di powder icing sugar on it. Dream it Wish it. Next book from Aidah Bakri please. I'm glad I picked her book for a dosage of sweetness in a loving journey through life.
Profile Image for Uswatun Hasanah.
22 reviews4 followers
November 24, 2014
sweet book
Bahasa bombastic..
'tatapan mata dari kejauhan...
ada debaran-denyut-detak jantung yang menggila..
sehingga larian nadi tergelincir daripada landasan asal..'
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 24, 2016
cerita dia ok, ayat cam biasa memang tersusun indah..

cuma, kurang 'rasa'... entah, mungkin aku yang gagal menyelami hati seorang Afra.

kekadang, tak faham dengan Afra yang nampak lembut, tapi ada masanya membantah juga mama papanya.

apa pun, masih boleh dihadam.
Profile Image for Nadiah.
35 reviews
September 17, 2015
Yang kaya tak semestinya terus diingati bila ditimpa susa. Yang miskin tak semestinya tidak mampu memberi pertolongan kepada yang kaya. Best!
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.