Jump to ratings and reviews
Rate this book

Revolusi

Rate this book

213 pages, Paperback

First published January 1, 2014

7 people are currently reading
71 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (41%)
4 stars
42 (47%)
3 stars
9 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Mali.
210 reviews
January 25, 2018
Ramai drpd my friends on Goodreads yang dah rate & review this book. Looks like I'm late to the party.

Buku ni buat saya wish yang Ustaz Pahrol lagi banyak melibatkan diri dalam bidang fiksyen. He has good writing skills and I don't doubt yang his works of fiction would be BOMB.

Almost cried on this one cerpen. And what a great idea untuk open the book with Darul Taqwa. Coincidentally, sebelum membaca buku ni, aku baca buku Sejadah, in which Malaysia dh ada at Future and pemerintahan 'Islamik', so reading Darul Taqwa memang made me smile.

5 stars because 1) gaya penulisan yang sngt indah
2) buat cerpen2 yang 'moving'
3)I can tell daripada his writing yang penulis banyak membaca, and tak asing dgn pop culture. Nama2 spt Francis Fukuyama, Machiavelli, Jlaw yang muncul dlm cerpen2nya prove this.

Still, I wished they chose a different cover for the book sbb buku ni dah lebih setahun on my shelf and I put off from reading it sbb covernya yang x brape 'mengancam'.
Profile Image for Aqilahamin.
2 reviews1 follower
January 12, 2015
Revolusi adalah sgt berbeza dari buku-buku lain Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Buku ini sedikit berat. Dan merupakan himpunan 15 buah cerita pendek.

Ada cerita yg buat aku kagum membygkan masa depan Islam yg maju, ada yg buat aku rasa manusia semakin tidak bertamadun, ada yg hampir menitiskan air mata. Berkitar tentang masyarakat Islam di akhir zaman.

Cerita terakhir adalah kisah benar, tentang kisah Ustaz sewaktu menjadi tahanan ISA. Itu perkongsian menarik. Tentang seburuk buruk kejadian, terselit pelbagai hikmah.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
July 18, 2017
Bahasa Ustaz Pahrol seperti biasa, sungguh indah. Revolusi ialah koleksi 14 cerpen yang mengandungi kritikan terhadap sesetengah manusia. Bukan sahaja mengkritik ahli politik yang menaburi janji-janji kosong, malah penulis juga turut mengkritik imam, ustaz dan kaki masjid yang judgemental. Antara topik lain yang menarik ialah tentang hipokrit peserta demonstrasi anti-Zionis.

Tiga cerpen paling menarik: 'Revolusi', 'Demonstrasi' dan 'Kuah Dalca yang Tumpah'. 'Revolusi' mengisahkan golongan beruk di hutan yang mahu menjadi moden seperti manusia. Keinginan itu datang dari surat Darwin kepada Raja Beruk yang mengatakan mereka bersaudara. Setelah Raja Beruk menghantar 4 utusan untuk memerhati kegiatan manusia di bandar sana, mereka terkejut. Manusia rupanya lebih kurang seperti beruk malah lebih teruk lagi. Saling mengebom, mengkhianat, menipu, mabuk sehingga hilang kewarasan. Kata Raja Beruk, tidak perlu lagi untuk mereka cuba untuk menjadi seperti manusia, "Kita tunggu sahaja manusia menjadi seperti beruk."

'Demonstrasi'. Mat Zin seorang pemuda yang mempunyai semangat berkobar-kobar menentang Amerika dan rejim Zionis. Katanya kepada ibunya, "Mak pula masih fikir kerepek mek, ladang, tikar mengkuang, kuih. Kita mesti bertindak, mak. Kita mesti bangun... bangun! Umat Islam adalah saudara kita!" Balas ibunya, "Kau pandai cakap... bangun, bangun, bangun, bertindak, bertindak, bertindak. Kalau kau boleh bangun cepat waktu mak kejutkan solat Subuh pun dah cukup. Ini tidak, suruh bangun, suruh bertindak, tapi apa yang bangunnya? Apa yang bertindak?"
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
August 24, 2025
Cerita yang pertama Darul Taqwa saja sudah menarik yang amat. Saya memang jenis yang hard-up mengharapkan suatu hari nanti, sewaktu nyawa masih dikandung badan, saya dapat saksikan Malaysia berrevolusi seperti yang di bayangkan dalam cerpen Darul Taqwa. Buku-buku fiksyen seperti trilogi Hero dan Takdir Hilal Asyraf juga memang bagi saya amat tinggi nilainya lantaran semua menggambarkan Islam memimpin. Derap Kasutnya, membuka mata saya mengenai Tamadun Islam vs Tamadun Orang Islam. Saya agak terkejut dengan pandangan Nizam tentang kemajuan yang dibawa oleh tokoh-tokoh beragama Islam yang saya fikir begitu gah seperti yang ditekankan oleh Prof Dr Zawawi. "Tokoh-tokoh Islam seperti Aviciena, ar-Radzi, al-Farabi mesti kita sanjung seperti mana kita menyanjungi Voltaire, Newton, Einstein, Socrates, Plato dan lain-lain". Saya tidak pernah terfikir dari sudut fikir Nizam. Betapa saya amat cetek tahu, terlalu banyak lagi pembacaan dan kajian mesti saya lakukan untuk berada hanya di pinggir rumah orang berilmu.

Merah di mana-mana dalam buku Revolusi bagi saya membawa kesedihan dalam. Begitu juga dengan Perlumbaan Terakhir. Wajah-wajah di Cermin bikin saya sangat sangat marah dengan mereka yang berhati binatang, seperti Encik Johan. Peluru dan Mata Hati, membacanya membuat bulu tengkuk saya meremang, sungguh. Betapa cemerlangnya kehidupan di Darul Jannah bersama Pak Cik Muhammad Abdullah Qawi.

Bunga Dari Kamunting, betul ke Ustaz Pahrol pernah menghuni Penjara Kamunting? Saya tidak jumpa maklumat itu dari carian di Google. Saya tak mahu jual buku ini, melainkan jika dapat naskah tambahan.
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
March 21, 2014
Adik beli. Aku tumpang baca. Ada beberapa buah cerpen yang pernah terbaca sebelum ini seperti Darul Taqwa tetapi tidak ingatbila dan di mana. (Pentingkah?) Saudara Pahro, sememangnya pandai menulis. Nampak gaya penulisan orang lama. Halus dan berhati-hati. Cerpen Merah sangat klasik kanak-kanak walau berakhir dengan terlalu tragedi. Membacanya teringat antologi cerpen tiga dunia kepunyaan ayah dahulu. Nostalgik. Buku yang baik dengan bacaan yang bagus. Begitu.
Profile Image for Aini.
43 reviews6 followers
June 2, 2014
sgt puas hati bila membaca buku ni. permasalahan umat diketengahkan dlm pelbagai sudut. cinta, masyarakat, keluarga, binatang pun ada. Sesetengah ceritanya cukup sinis. setiap adegan dpat di hayati kerana gaya penceritaannya cukup dekat dgn kita dan aku percaya manusia mmg sedang berevolusi!
Profile Image for Siti Nurunnajwa.
3 reviews1 follower
April 2, 2014
Satu bacaan yang menyentap jiwa.
Antara tajuk kegemaran ialah Derap Kasutnya yang berkaitan dengan kehidupan mahasiswa di Univesiti cuba menjawab kesalahfahaman pensyarahnya terhadap Islam.
Profile Image for Mohammad Adhwa.
7 reviews
July 31, 2014
Buku ini sarat dengan gaya penceritaan yang penuh dengan pengajaran dan maksud yang tersirat.
Profile Image for Ahmad Fauzan.
4 reviews
January 2, 2017
Revolusi - Perubahan menyeluruh & mendadak, terutamanya pada cara berfikir dan bertindak
Evolusi - Perkembangan @ perubahan secara beransur-ansur & perlahan-lahan
-DBP-
-----
Islam datang dalam keadaan dagang/asing, dan akan kembali dalam keadaan dagang/asing.
Maka beruntunglah bagi al-ghuraba' (orang-orang yang asing)
Mafhum hadith Nabi s.a.w

Dengan bermisikan "memanusiakan manusia", beliau (al-fadhil Ustaz Pahrol Mohd Juoi) telah menunjukkan bahawa dalam menggapai tangga maratib amal yabg tertinggi dan yang terakhir, tidak dapat tidak, ianya perlu bermula sedari pembentukan asas/fundamental yang kukuh pada tangga maratib amal yang pertama lagi utama; individu yang dimateri dengan muwasofat tarbiyyah.

Bagi menjayakan impian revolusi pada lapisan teratas yang menyeluruh dan berlandaskan Quran dan Sunnah, sewajibnya ia didahului oleh evolusi pada lapisan terasas, yakni melahirkan Muslim yang "soleh" wa muslih (baik dan membaiki).
-----
Penyampaian dalam bentuk cerpen yang santai dan bersahaja, namun terselit seribu satu nasihat dan pengajaran.

Wallahua'lam.
Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews2 followers
April 24, 2021
14 cerita yang ditampilkan oleh Ustaz pahrol mempunyai makna yang tersirat dan mendalam.Ceritanya menjentik pemikiran pembaca dan dapat memberi kesan kepada sanubari pembaca.Di akhir belaiu mengongsikan pengalamannya berada dalam tahanan ISA melalui judul: Bunga dari kemunting.Memang selalu terjadi kepada insan seperti yang diceritakan oleh Ustaz Pahrol bahawa sekiranya Allah tak uji kita mungkin kita belum berubah lagi seperti beberapa watak dalam penjara yang diceritakan oleh beliau
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
March 3, 2020
Koleksi cerpen oleh ustaz Pahrol.Pelbagai tema yang bertujuan memanusiakan kembali manusia.

Koleksi cerpen oleh ustaz Pahrol.Pelbagai tema yang bertujuan memanusiakan kembali manusia.Semuanya ada 14+1 (penutup).Top 3 kegemaran saya:

1.Revolusi
-Mengisahkan raja beruk yang mendapat wasiat dari moyangnya darwin.Wasiat supaya melakukan revolusi untuk hidup dalam dunia manusia.Lalu raja beruk menghantar utusannya ke tempat manusia tinggal untuk melihat bagaimana kehidupan manusia.4 utusan itu pergi ke timur,barat,utara dan selatan.Kisah ini satira bagi kehidupan manusia kini mula menanggalkan sedikit demi sedikit sifat-sifat kemanusiaan.Namun satu persoalan ditinggalkan.3 utusan raja beruk pulang dengan berita buruk dari pemantauan masing-masing.Namun satu utusan tang dihantar ke timur tidak pulang,Raja beruk dan rakyat nya tidak tahu apa yang berlaku di timur.

2.Demontrasi
Kisah mat Zin seorang yang bersemangat dalam isu-isu penindasan umat islam.Mempunyai semangat cintakan islam yang membara.Namun ibunya hairan tentang sengat islam membara tetapi malas mengerjakan ladang peninggalan bapanya.Dia hanya pada perjuangan demontrasi.Berlaku wacana ringkas tentang demontrasi antara mat zin dan ibunya.mat zin rakan-rakannya tekad mahu menyertai demontrasi yang akan berlangsung di johor.Jauh dari tempat tinggalnya.Demi perjuangan katanya.Akhirnya kemalangan menimpa mat zin semasa demontrasi.Dan selepas demotrasi juga berlaku kejadian yang tidak menggambarkan perjuangan langsung oleh rakan-rakan demostrasi mat zin.

kisah ini mengingatkan saya kepada diri saya sendiri suatu ketika dahulu punya semangat yang membara dalam perjuangan islam.Namun jauh dari ilmu,pengetahuan dan akhlak.Hanya semata berpaksi semangat semata-mata.Malas menuntut ilmu,membaca,mengkaji dan menimbang antara realiti dan emosi.

3.Melawan arus.
kisah dua orang tok guru yang mempunyai pendapat dan pegangan yang berbeza dalam hal politik.Kedua-duanya bersemangat tinggi dalam menegakkan syiar islam.Pantang melihat kemungkaran.Tok mengambil pendekatan agresif dalam isu-isu agama.Tok guru salleh pula sebaliknya.Lebih menumpukan kepada perkara asas dalam perjuangan atau agama iaitu Ilmu.Kedua-dua terus di jalan masing-masing sehinggalah berlaku peristiwa besar yang akhirnya memerlukan pendekatan politik yang dipegang oleh tol guru salleh.Sangat memerlukan tindak dan pandangan Tok guru Salleh.

Kisah ini boleh kita terjemah dengan realiti hari ini beberapa kumpulan islam yang bersemangat tinggi menegakkan islam.Disangkanya perjuangan memerlukan semangat semata-mata.Sedangkan utamanya adalah ilmu.Kumpulan ini kelak memberi kesan berlakunya pandang serong terhadap islam.Bagi saya penuntut Al-Azhar,saya harap tidak keterlaluan menganlogikan kisah ini dengan pertembungan AL-Azhar dan Ikhanul muslimin.Pandangan politik Tok Guru Salleh persis pandangan Al-Azhar dalam bab politik.

Penutup-Bunga dari kamunting
Ustaz pahrol menukilkan pengalaman beliau semasa berada di kem tahanan kamunting.Iktibar positif yang diperoleh oleh beliau semasa dalam tahanan.Kisah beliau memberi isnpirasi kepada kita untuk cuba berfikiran positif ketila dilamda musibah dan ujian.Perkara ini tidaklah semudah menulis dan berkata.Namun ust Pahrol menghadapinya sendiri.Semoga kita dikurniakan keberanian dan ketabahan seperti itu.
Profile Image for Khaleeda Asyikin.
5 reviews
November 21, 2020
Oke hai. Harini aku nak review buku Revolusi. Buku ni dah lama dah baca. Tapi disebabkan cerita fiksyen yang dikarang penulis buatkan aku tak jemu, aku suka baca berulang ulang kali.

Revolusi ada 15 koleksi cerpen dan ia banyak mengetengahkan isu isu yang melanda masyarakat sekarang. Sejak mutakhir ini ramai umat islam yang tidak mengikuti ajaran agama islam secara keseluruhannya. Ya, ramai yang arif akan tetapi nak terapkan dalam diri sangat susah. Lemah.

Aku lebih terkesan dengan perkongsian penulis berkenaan dengan cerita beruk. Harapan Sang Raja Beruk yang ingin rakyatnya menjadi seperti manusia ternyata meleset sama sekali. Utusannya pulang dan mengkhabarkan keadaan manusia di seluruh penjuru. Lagi teruk daripada beruk! Akhirnya Sang Raja mengubah keputusan. Katanya, biarlah manusia yang mengikuti mereka.
Banyak lagi cerita yang buatkan aku sebak. Antaranya Peluru dan Mata Hati, Perlumbaan Terakhir dan juga Bukan Cacat Hatinya.

Penyampaian yang sangat halus sehingga menyentap jiwa. Penulis bijak membawa masyarakat agar lebih sedar dan cakna dengan isu yang melanda sekarang. Dan ini adalah antara buku fiksyen yang paling aku suka. Fiksyen bagi aku yang bukan biasa biasa.

Penulisannya juga yang bersahaja malah terdapat beribu nasihat yang boleh kita ambil. Nak rasa kelainan? Ini adalah antara buku yang kalian boleh cuba.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
May 5, 2024
Baca buku himpunan cerpen ust Pahrol buat kali pertama setelah 10 tahun percetakan pertamanya, iaitu pada tahun 2014. Tak sangka bukunya masih 'evergreen'. Mungkin kerana stail penulisannya. Dan seperti biasa, keindahan yang pertama pasti pada susunan ayat dan bahasanya.

Yang kedua, pada sindiran sikap manusia. Tak kisah tua atau muda, ustaz atau orang jahil, pendosa atau abid dan sebagainya. Semuanya kena kerana manusia itu sentiasa berbuat khilaf dan dosa walau label dan nama apa kita pakai.

Ust menyindir secara berhikmah kerana ingin memanusiakan manusia. Bukan mudah tapi ust berjaya lakukannya dengan baik. Tahniah dan syabas atas cerpen2 yang menarik ini. Paling memberi kesan emosi, merah di mana2. Menangis teruk baca :'(
Profile Image for N.H.
15 reviews1 follower
November 5, 2015
Penceritaan di dalam buku ini mengetengahkan isu-isu ummat dari sudut penyampaian yang kreatif. Kisah berkenaan Darul Taqwa memberikan saya gambaran tentang keadaan Ustaziatul Alam yang segala-galanya mengutamakan Islam dan itu lah fasa kegemilangan Islam. Kisah berkenaan beruk yang ingin membuat kajian terhadap manusia benar-benar menimbulkan persoalan tentang betapa tenatnya keadaan ummat akhir zaman yang sikapnya lebih dasyat daripada beruk. Setiap kisah dalam judul ini hadir dengan isu yang semakin kita endahkan. Kita endahkan sehingga kita fikir revolusi itu sekadar tentang perubahan orang lain, bukannya 'diri' sendiri.
13 reviews
Read
August 1, 2016
"X pe lah.. Kalau kita x boleh jadi manusia, kita biarkan mereka perlahan2 menjadi seperti kita" kata ketua beruk.

Menarik sangat! Terutama bagi peminat Ust Pahrol Mohd Juoi. Dan in shaa allah lagi santai sebab ni cuma antologi cerpen.
Profile Image for Wee.
66 reviews1 follower
March 22, 2014
inginkan kelainan, boleh cuba :)
Profile Image for Jamal Ismuni.
5 reviews
May 14, 2017
Bahan bacaan yang aku kira sebagai satu sensasi hiburan buat minda dan santapan buat jiwa. Penulis dengan bijak mengajak pembaca menyelongkar persoalan kasar yang disampaikan secara halus. Sangat terkesan dengan perkongsian penulis berkenaan dengan cerita "Bunga Dari Kamunting: Satu Catatan Peribadi". Bukan itu sahaja, cerita Beruk yang lebih "baik" dari cerita manusia turut mempersona. Bacalah, kerna buku ini dekat dengan kita.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.