“Aku okey lagi ni. Ada orang lagi teruk. At least, aku masih hidup.”
*** Sama ada mahu akui ataupun tidak, kita semua pernah terluka dan tercedera emosi. Ada yang berlaku semasa kita masih kecil, dan mungkin keadaan telah memaksa kita untuk memendam apa yang dirasa.
Namun hakikatnya luka itu sentiasa ada. Ia menjadi beban emosi apabila kita masuk ke alam dewasa.
Jadi bagaimanakah kita boleh move on dengan luka masa lalu yang menghantui sehingga hari ini? Adakah kita perlu berpatah balik masa untuk memperbetul segalanya? Atau cukupkah kita hanya perlu berdamai saja?
Melalui buku ini, Aiman Amri mengajak kita untuk berdepan dengan luka dan kesakitan lalu dengan cara penuh empati, agar kita mampu berdamai dan memaafkan diri.
Kenali apa kecederaan emosi yang pernah dialami dan bagaimana ia memberi kesan terhadap kehidupan kita dalam alam dewasa.
***
“Orang yang takkan sesekali tinggalkan kita walau seteruk mana pun kesilapan yang kita lakukan dan akan terus bersama kita, ialah diri kita sendiri.”
Sebagai pembaca yang lambat menghabiskan buku bukan fiksyen, saya dapat habiskan buku ni dalam masa sehari, jadi boleh dikatakan buku ni adalah bacaan ringan. Secara jujurnya, ia topik yang sangat sukar bagi saya. Pengalaman buruk satu persatu muncul semula sepanjang pembacaan, membuatkan saya struggle untuk baca sampai habis. But I did it, yay.
Saya suka gaya penulisan buku ni yang santai namun mesejnya masih sampai untuk kita memahami diri sendiri bahkan orang lain; bagaimana masa lalu pasti memberi kesan terhadap masa kini, dan bahawa kita sentiasa ada harapan untuk mengubah masa depan walau apa pun yang telah terjadi.
Bahagian yang paling saya suka ialah refleksi mencintai diri sendiri. Di sebalik kecederaan emosi, penulis membantu kita merenung kembali tentang kekuatan-kekuatan diri yang kita peroleh daripada pengalaman tersebut, sebagai peluang untuk kita manfaatkan pada masa depan.
Penulis menekankan bahawa pada akhirnya, ia bukan tentang salah siapa tapi apa yang boleh kita lakukan untuk terus berjalan. Pada kebanyakan masa sebenarnya ia bukan salah kita, tapi ia tetap masalah kita yang perlu dihadapi dengan baik. Konsepnya sama seperti kemalangan jalan raya; walaupun orang lain yang langgar kita, kita tetap perlu bertanggungjawab memperbaiki kerosakan kenderaan agar kita boleh terus bergerak dengan mudah.
Kesimpulannya, ini buku yang baik sebagai kesedaran dan validation.
Menangis baca buku ni. Terasa begitu dekat sekali apa yang berlaku pada kelima-lima watak contoh dalam buku ini pada inner child aku. Boleh aku katakan apa yang dialami oleh Izzat, Mastura, Idzzty, Adilah dan Yusri, semuanya telah terjadi pada aku.
Buku ini memberi contoh akan bagaimana luka emosi boleh memberi impak kepada pertumbuhan emosi diri daripada waktu kecil hingga dewasa. Luka emosi pada waktu kecil, impaknya pada waktu dewasa, boleh katakan, sangat memeritkan. Otak sentiasa berada dalam keadaan survival mode.
Buku ini santai dalam menyampaikan maklumat, tetapi cukup meninggalkan kesan pada diri aku. Masih lagi berusaha mencuba untuk berdamai dengan masa lalu walaupun masih ada masanya aku down sangat-sangat dan masih mengucapkan kata-kata negatif pada diri sendiri. Aku banyak mempraktikkan self care dan self love pada usia sekarang sebab itu satu-satunya cara yang aku mampu buat masa sekarang.
To unfortunate souls out there, whom are in the same boat with me, it's okay. Pat yourself on the back and say "it's okay, it's going to be okay in the end". I'm sending all my loves to you. Kudos buat penulis untuk buku ini.
Antara penyebab membeli naskhah ini adalah kerana kulit muka hadapannya yang menarik. Sangat menaikkan semangat untuk membaca. Saya jarang kalau ingin membaca naskhah sebegini. Namun, buku ini lain ceritanya.
Setiap dari kita sebenarnya membesar dengan membawa luka semalam tanpa sedar. Secara perlahan lahan ia sebenarnya menghakis dalaman kita hingga membuatkan kita berubah total. Buku ini sangat menarik dijadikan sebagai bahan rujukan untuk mereka yang sedang berjuang dengan emosi dan perasaan. Terdapat banyak tips atau metode yang berguna untuk anda cuba bagi membantu melawan rasa yang sedang berperang dalam diri.
Tahniah buat penulis atas penghalisan naskhah ini.
Penulisan yang tidak terasa berat dan terasa "ada jiwa".Hal ini mungkin kerana penulis pun melalui masalah serupa menjadikan penulisannya terasa ada empati.Pembaca akan berasa bahawa mereka tidak keseorangan mengalami beban emosi zaman kanak-kanak.Bak kata penulis, mengenal pasti beban emosi merupakan langkah pertama untuk kita menyelesaikan isu ini.Buku ini sesuai sebagai langkah pemula kita mengenali apa itu kecederaan emosi.
MasyaAllah, isinya memang bagus. Membuka mata pasal kecederaan emosi yang berangkai jika tidak diambil peduli.. cumanya saya bagi empat bintang sebab ada beberapa macam salah cetakan sampai saya macam pening baca 😅
Banyak penambahbaikan daripada buku terdahulu seperti Pendiam. Anekdot yang dikupas berkaitan dengan konsep/teori psikologi yang dihuraikan.
Secara peribadi, saya rasa seperti kupasan 8 tahap perkembangan Erik Erikson di muka surat 49 seperti kurang perincian (bentuk senarai/perenggan/rajah).
Ini buku Aiman Psikologi yang ke-3 yang aku baca. Beli masa Pesta Buku Pahang 2024 lepas. Aku habiskan buku ni dalam masa kurang 4 jam. Bererti buku ini sangat santai dan tidak berat. Namun, untuk mengamalkan segala ilmu dan teknik dalam buku ini bukanlah mudah
Buku ni pada bahagian satunya menelusuri tentang emosi yang tercedera dengan kisah 5 orang watak yang kelima-lima mereka mempunyai kecederaan emosi masa kecil yang membentuk diri mereka sekarang. Izzat dan kejayaan yang tidak pernah cukup dek kerana ibu bapa yang ada tetapi 'tiada', Adilah yang membenci diri sendiri kerana dicederakan secara emosi oleh ibu bapanya, Mastura yang selalu gagal dalam hubungan romantik disebabkan tiada figura kebapaan semasa kecil, Idzzty yang trauma takut untuk buat salah atau gagal dan yang terakhir Yusri yang kosong emosinya. Tertarik dengan 8 tahap perkembangan psikososial manusia menurut Erik Erikson: kepercayaan, berdikari, mengembara, prestasi, identiti, hubungan rapat, keluarga dan kerjaya serta refleksi hidup.
Bahagian kedua pula tentang menyembuhkan emosi. Juga di selitkan pada bahagian ini tentang teori kenapa kita tak pernah dengar kes kesihatan mental pada masa lalu. Bukanlah kerana generasi baru itu lembik, akan tetapi faktor tekanan hidup pada zaman lepas tidak setinggi zaman sekarang. Juga bukan tidak wujud masalah kesihatan mental pada zaman terdahulu, tetapi disiplin ilmu psikologi zaman dahulu tidak seperti zaman sekarang yang lebih baik. Seterusnya, ditulis kesihatan mental bukanlah seperti suis lampu akan tetapi ia seperti spektrum. Zon hijau, sihat. Zon kuning, reaksi. Zon oren, cedera. Zon merah, sakit. Trauma juga dianalogikan dengan beban batu yang dibawa dalam beg sewaktu berjalan. Lagi banyak dan lagi lama kita pikul itu tanpa membuangnya akan lagi penat kita. Turut dijelaskan tentang melepaskan bebanan emosi.
Bahagian ketiga pula bertajuk bangkit kembali. Benda menarik dalam bahagian ini ialah formula L.O.V.E. Listen to your story. Observe your emotional injury. Validate and accept it. Empathize and be compassionate.
a good read to heal your inner child and identify the old pain in your inner child. this book taught me that i shall view myself as a survivor, no longer a victim of past trauma to move on and heal myself.
author wrote a simple and easy to understand method. the background story of the five characters will make you feel relatable and make you want to read more. remember that instead of forgetting your past trauma, learn to accept and validate the feelings you felt and be a better person.
Mendewasa Dengan Luka, tulisan Aiman Amri – Kemuncak Buku Healing?
Mendapat perhatian penulis iaitu saudara Aiman Psikologi, amatlah menyemai bunga di hati kecil kami, Book Surgeon, semoga menjadi tanda resensi kritis kami makin mendapat tempat dalam hati industri buku tanah air dan antarabangsa.
Sejurus memperoleh naskah buku ini, saya terus memulakan pembacaan. Buku yang tidak terlalu tebal, sekitar 200 lebih halaman, agak mudah dicerna isinya oleh minda. Sungguhpun sudah tentu generasi Z menjadi tumpuan buku ini (atau setidaknya rumah penerbitan Iman ) namun isu yang diketengahkan penulis wajar diberikan tumpuan rentas generasi. Saya membaca buku ini dengan memfokuskan fikiran dan peranan sebagai seorang ayah yang masih cuba ‘membesar’ dan menjadi ayah yang terbaik. Mungkin pembaca lain membaca naskah ini dengan pemikiran yang berbeza, tetapi saya percaya intipati yang patut kita tuai akan ada persamaannya.
Isu utamanya mudah, iaitu memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada emosi. Bak kata penulis, tiada emosi yang negatif atau positif, yang ada hanya emosi. Hujahan penulis ini dilihat konsisten sepanjang ranjau penulisannya. Satu lagi mesej utama yang diselitkan ialah untuk kita sama-sama menghentikan kitaran penganiayaan atau pengabaian emosi yang sedang berlaku. Jika kita pernah menjadi mangsa, sepatutnya kita tidak menjadi pemangsa kepada generasi seterusnya. Sungguhpun pengalaman kecederaan emosi saya berlaku dalam konteks yang berbeza, namun, saya boleh katakan kepada penulis, “I can relate”.
Kritikan awal kepada buku ini ialah di beberapa bahagian cetakan yang didapati terdapat kelompongan dan pengulangan. Di halaman 49, penulis ada menyatakan tentang ringkasan lapan tahap perkembangan psikososial manusia mengikut Erik Erikson tetapi apabila saya cuba mencari senarainya, ia tiada di situ. saya sudah sahkan dengan penulis, bahagian itu tertinggal semasa cetakan. Saya kira perlu saya nyatakan kekecewaan besar saya di sini dan persoalan saya kepada penerbit dan pencetak, bagaimana bahagian penting seperti ini boleh terlepas dan tidak dicetak?
Berlaku pengulangan cetakan beberapa perenggan yang saya kira turut mengganggu aliran pembacaan saya kerana beberapa perenggan yang tersalah cetak itu tiada kaitan dengan perenggan sebelumnya. Hal ini boleh didapati di halaman 134 dan 135. Manakala di halaman 85, berlaku pengulangan perenggan yang serupa sebanyak dua kali. Kesalahan-kesalahan cetakan seperti ini, pada saya, membantutkan momentum pembacaan melainkan ada justifikasi yang tepat berkenaan kenapa perenggan tersebut diulang. Saya menuntut penerbit atau pencetak untuk memberikan penjelasan berkenaan hal ini.
Penulis ada menyatakan bahawa buku ini bukanlah buku panduan keibubapaan (halaman 26) walaupun sebenarnya penulis menyinggung beberapa isu keibubapaan terutamanya berkaitan pengiktirafan emosi anak-anak oleh ibu bapa. Maka ketika saya membaca halaman 21,
“Papa minta maaf. Sorry papa tinggi suara tadi.”,
satu persoalan timbul di minda saya. Adakah masa senggang yang diberikan kepada Adam sudah mencukupi untuk ayahnya meminta maaf? Kerana, saya risau jika ayah terus meminta maaf sejurus selepas teguran atau pembetulan diberikan oleh ayah kepada anak, teguran itu atau aura karisma dan autoriti ayah itu akan hilang atau selepas itu, apabila anak ditegur lagi, teguran itu sudah tiada berat dan kesannya lagi. Saya nantikan jawapan penulis dan saya sedia dibetulkan jika pandangan saya dalam isu ini salah.
Walaupun begitu, saya amat bersetuju dengan kenyataan penulis pada halaman 23,
“Peranan kita sebagai ibu bapa pula adalah untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong ini. Bukan bermaksud perlu gembira dan bergelak ketawa sepanjang masa. Sebaliknya, perlu meraikan dan mengiktiraf setiap emosi yang anak-anak lalui supaya kita sama-sama memproses dan move on, bukannya dipendam dan dinafikan kewujudannya. Ia nampak seperti kecil, tetapi kesannya sangat besar pada perkembangan emosi seseorang.”
Jika pembaca membaca buku ini sehingga tamat, sedikit sebanyak 5 kisah yang bakal pembaca baca kelak, akan mempunyai persamaan dan perkaitan dengan hujahan utama pada halaman 23 ini.
Antara kekuatan buku ini ialah pada penghormatan istilah yang selalu penulis sebutkan. Misalnya pada halaman 30, penulis menyatakan bahawa beliau cuba sedaya upaya untuk mengelakkan penggunaan perkataan trauma untuk merujuk kepada tekanan yang dilalui sepanjang proses seseorang itu membesar kerana istilah seperti itu agak berat dan risau disalah fahami dan dikaitkan pula dengan istilah perubatan.
Penulis menambah lagi di halaman sama,
“Seboleh-bolehnya kita tidak gunakan istilah tersebut dengan semudah itu kerana khuatir seperti meromantikkan sesuatu keadaan yang amat serius.”
Sudah tentu saya setuju dengan penulis 400% dalam kenyataannya ini, kerana jika dikaitkan dengan istilah ‘healing’ dalam kalangan masyarakat sekarang, istilah itu terlalu kerap digunakan sehingga hal-hal kecil yang tiada kena mengena dengan penyembuhan juga diberikan jolokan ‘healing’ yang jika dikaitkan dengan penyakit, membawa maksud sembuh. Walhal, sebenarnya, tidaklah segala perkara atau aktiviti di dunia ini bersifat menyembuhkan. Tetapi, akibat kita meromantikkan sesetengah istilah, maka makna utama istilah itu semakin pudar.
Seperkara lagi, beberapa kali penulis menyatakan bahawa buku ini tidak menawarkan ‘penyembuhan’, contohnya seperti di halaman 69. Makanya, walaupun kedengaran kontradik, mungkin saya akan katakan buku seperti inilah yang akan mengukir jalan ke arah penyembuhan yang sebenarnya kerana buku ini tidak sewenang-wenang menggunakan istilah sembuh, penyembuhan dan ‘healing’ bahkan berterusan memberikan cadangan untuk berjumpa pakar.
Seperti yang saya tuliskan di bahagian awal, saya membaca buku ini sebagai seorang bapa yang sedang berusaha untuk membesarkan seorang anak bersama isteri saya. Jadi, saya amat terkesan dengan beberapa tulisan penulis berkenaan ibu bapa. Antaranya,
“Mungkin juga ibu bapa kita sendiri mempunyai tangki-tangki yang terabai daripada generasi sebelumnya menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi tangki kita.” (Halaman 128)
Betapa kuatnya pernyataan ini oleh penulis, yang bagi saya, perlu kita baca dan hayati berulang kali. Kerana, saya yakin, jika tidak semua antara kita yang mempunyai masalah dengan gaya keibubapaan ibubapa kita dahulu, mungkin sebahagian daripada kita mempunyai masalah tersebut, ataupun menjadi mangsa gaya keibubapaan tersebut. Maka, pernyataan penulis ini boleh kita jadikan hujah sangkaan baik yang boleh kita gunakan ketika kita marah atau kecewa dengan ibubapa kita yang kita rasakan telah bersalah dalam gaya mereka membesarkan kita. Mungkin disebabkan ilmu keibubapaan dan kesedaran keibubapaan yang sebenar tidak diketahui dan dipelajari oleh generasi terdahulu, kesilapan dalam cara membesarkan anak-anak telah dilakukan oleh mereka. Makanya proses memenuhi tangki emosi generasi sekarang, mungkin tidak sempat berlaku.
Tetapi, kita selaku ibubapa zaman kini, sepatutnya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama yang dilakukan oleh ibubapa kita dahulu, meskipun jika benar mereka memang melakukan kesilapan. Hal ini kerana, jika kita mengulangi hal yang sama, maka bagaimanakah kitaran kecederaan emosi ini akan dapat dihentikan?
Jujur saya katakan, setiap kali saya membaca buku yang menyentuh isu emosi, ‘healing’ dan kesihatan mental atau jiwa, mungkin disebabkan secara tidak sedar, saya mengimbau beberapa kenangan atau terbaca beberapa perkataan, maka saya terasa sedikit berdebar seakan-akan menanti sesuatu bakal berlaku. Namun, buku ini membekalkan saya dengan satu cara pernafasan yang amat membantu untuk mengurangkan rasa berdebar-debar tersebut. Teknik ini boleh didapati di halaman 176 dan 177. Caranya mudah, tarik nafas sedalam-dalamnya dalam kiraan 4 sedang tangan diletakkan di dada dan perut untuk merasakan dada dan perut kita mengembang ketika menarik nafas. Kemudian, tahan nafas dalam kiraan 7 sebelum menghembuskan dengan perlahan dalam kiraan 8 melalui mulut yang dibuka kecil sahaja. Maka, kita dapat lihat, apabila seorang ahli bidang menulis tentang bidang yang digulatinya, pembaca dapat mengutip manfaat yang besar, termasuk teknik pernafasan di atas.
Seperkara lagi tentang kekuatan buku ini yang saya jumpai ialah bagaimana penulis ingin seboleh-bolehnya supaya pembaca tidak taasub atau obses dengan konsep yang dibawa dalam buku ini. Penulis menyatakan di halaman 206,
“Usah terlalu obses dengan konsep dalam buku ini dan jangan pula kita meletakkan sepenuhnya kesilapan mak ayah itu sebagai punca kita menjadi begini pada hari ini.”
Hal ini, setepatnya, amat diperlukan oleh generasi kita dan generasi akan datang. Kita perlu berani melangkah ke hadapan tanpa terus meletakkan kesalahan kepada ibubapa atau sesiapa. Hal ini kerana, sepatutnya sebagai seorang yang dewasa, kita perlu berani untuk berhadapan dengan punca pengalaman pahit yang kita hadapi (sama ada siapa atau apapun punca tersebut), kemudian berani untuk meninggalkan pengalaman tersebut di tempat selayaknya iaitu masa silam dan berani juga untuk memulakan kehidupan baru tanpa terus merasakan kaki dan tangan diikat oleh pengalaman pahit tersebut.
Saya kira jika hal ini yang dijadikan asas untuk kita ‘move on’ daripada pengalaman buruk yang lampau, insyaallah, kekuatan dalaman diri kita selaku generasi hari ini dan generasi akan datang akan dapat dibina utuh dan ampuh.
Akhir kata daripada saya, tidaklah tulisan ringkas saya ini dapat menggambarkan keseluruhan kebaikan buku ini. Namun, kritikan dan persoalan yang saya suarakan serba sedikit dalam coretan ini, andai dapat diambil maklum dan dijawab oleh pihak penulis, penerbit dan pencetak, amatlah saya berbesar hati dan saya ucapkan tahniah.
Insyaallah saya akan menghasilkan beberapa video untuk menyentuh sisi-sisi lain yang mungkin tidak sempat atau tidak sesuai untuk saya sentuh dalam penulisan kali ini. Besar harapan saya supaya para pembaca resensi ini untuk mendapatkan buku Mendewasa Dengan Luka dan membaca sendiri buku ini, kemudian bandingkan dengan resensi yang saya coretkan, adakah benar atau salah pujian dan kritikan yang saya berikan.
Semoga dengan perbincangan dan keterbukaan untuk kita berbeza dalam industri buku ini dapat mengeratkan silaturahim sesama penulis, pembaca, penerbit dan pengulas/pengkritik buku, sekaligus memperbaiki masyarakat kita yang berpotensi amat besar namun mungkin melakukan banyak kesilapan tanpa sedar.
Wallahu'alam.
Talhah Wasabi, Salah Seorang Book Surgeon. 9/9/2023 10.20 pagi
This book explores how many of our personal struggles can be traced back to childhood experiences, particularly those shaped by a toxic or unhealthy home environment. It emphasizes that instead of ignoring or suppressing emotions, we should analyze them to understand their roots. As we grow older, we often realize taht certain negative traits or habits stem from our upbringing, and unlearning these patterns is crucial to breaking the cycle for future generations.
A key idea in the book is that a home should be more than just physically safe—it should also be a space where children feel emotionally secure. PArents play a crucial role in creating this environment, not just by providing basic needs but by helping their children process emotions in a healthy way. Rather than dismissing or punishing feelings, parents should guide their children through them, ensuring they feel heard and understood.
The book also highlights the difference between discipline and control. When a child is scolded, is it to teach them a lesson or simply to release parental frustration? Is the goal to educate or to instill fear? These distinctions matter because children should grow up with guidance, not fear, and they deserve a childhood filled with understanding and emotional security.
Ultimately, this book encourages self-reflection. It helps readers identify the emotional scars left by their own upbringing and provides insight into healing from them. By doign so, we can avoid passing down the same patterns to the next generation and create a healthier emotional environment for both ourselves and our future children.
I enjoyed this read, would also recommend to newly weds or planning parents or... i guess any parent to be fair. Although its more focused on us being the child and what we can do to heal, it is also good introspection for a parent to read - while also remembering you were once a child.
Sebuah buku yang agak ringan dan santai untuk dibaca.
Di dalam buku ini, penulis mengajak pembaca untuk cuba menyelami keadaan mental diri sendiri apabila berada dalam keadaan 'tidak okey'.
Contoh keadaan 'tidak okey' antaranya; berada dalam keadaan sedih/murung berpanjangan, kerisauan yang tidak berkesudahan, tiada semangat untuk meneruskan kehidupan, hilang perasaan, dan banyak lagi.
Premis kepada buku ini adalah, pengalaman ketika membesar boleh memberi kesan kepada emosi, yang jika tidak diselesaikan akan mempengaruhi kehidupan seseorang (cara berfikir dan bertingkah laku).
Inilah apa yang penulis rujuk sebagai 'kecederaan emosi' semasa kanak-kanak.
Kecederaan emosi ini terjadi akibat kurang atau tidak wujud elemen berikut ketika membesar: 1️⃣ Rasa selamat (safe space) 2️⃣ Rasa didengari (heard) 3️⃣ Rasa disayangi (loved) 4️⃣ Rasa dihormati / diraikan (respected)
Selepas memahami lebih sedikit tentang diri sendiri, seterusnya penulis mengongsikan apa yang boleh dilakukan untuk 'menyembuhkan emosi'.
Saya puji etika yang ditunjukkan oleh penulis di mana berulang-ulang kali beliau menyatakan bahawa apa yang ada dalam buku ini tidak bermaksud ia boleh menggantikan sesi terapi/kaunseling bersama ahli psikologi klinikal atau kaunselor bertauliah.
Buku ini lebih kepada 'pembuka mata' untuk menyedari sama ada diri memerlukan penyembuhan dan jika ya, mengorak langkah seterusnya ke arah penyembuhan emosi diri dengan merujuk kepada ahli psikologi klinikal / kaunselor bertauliah.
Ia juga sebuah buku yang baik buat pembaca yang ingin membantu rakan-rakan atau ahli keluarga yang mengalami kelesuan mental; bukan sebagai 'tukang kaunseling jadian' tetapi lebih kepada memimpin mereka untuk mengambil langkah yang betul.
Secara umumnya, sebuah bacaan yang baik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang kesihatan mental.
Sama ada mahu akui ataupun tidak, kita semua pernah terluka dan tercedera emosi. Ada yang berlaku semasa kita masih kecil, dan mungkin keadaan telah memaksa kita untuk memendam apa yang dirasa. Namun hakikatnya luka itu sentiasa ada. la menjadi beban emosi apabila kita masuk ke alam dewasa.
Sepanjang membaca buku ini, segala kisah sewaktu kecil dahulu seolah-olah diputar kembali dalam kepala saya. Ya, kita tidak mampu mengubah masa silam kita tapi kita mampu untuk mengawal reaksi dan tindakan kita dan belajar untuk menerima dan memaafkan setiap peristiwa buruk yang berlaku dalam hidup kita.
Di akhir penulisan buku oleh Aiman Amri ini, penulis berkongsikan formula LOVE untuk membantu kita bangkit dari masa silam tersebut.
L - Listen to your story O - Observe your emotional injury V - Validate and accept it E - Empathize and be compassionate
Ia proses yang panjang dan menyakitkan untuk kita lawati semula episod lampau dan mengingat segala kesakitan lalu. Namun walau sesakit manapun yang kita rasai, semua langkah ini merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan.
Banyak dari kita yang membesar dengan past trauma, unsolved questions, unvalidated emotion. Adapun buku ini tidaklah memberi penyelesaian total. Tetapi, objektif penulisan buku ini adalah agar pembaca dapat sedikit insight on what to do, what you have done, and what you should be.
Belajar memaafkan dan mengenal your inner child itu tidak mudah. Meski kita tahu, those remaining thought slowly will engulf ourself, but sometimes we just dont really know how to do it right.
Pergilah bertemu pakar dan carilah your safe space to speak with. Semua emosi yang kita rasa adalah valid dan wajar.
Tapi bagaimana kita mendidik dan menyalurkannya saja yang menjadi persoalan.
'Dengan meletakkan nama dan penjelasan fenomena emosi ini, makan ia merupakan langkah pertama untuk lebih mengenali diri dan memahami kecederaan emosi yang pernah dilalui pada suatu ketika dulu dan masih ada kesannya sehingga sekarang.
Pepatah 'time heals' itu belum cukup lengkap. Pepatah yang betul mestilah 'time and treatment heals', barulah ia menepati syaratnya.'
-----
Please get well soon, somebody is waiting and praying for your recovery.
Aku suka gaya bahasa Melayu yang santai dalam buku ni—mudah difahami, terutamanya bagi rakyat biasa yang tiada latar belakang dalam psikologi. Banyak benda yang aku boleh relate dari zaman silam aku, yang selama ni aku abaikan sebab pahit nak dikenang. Mungkin inilah jawapan kenapa aku susah nak move on—sebab aku tak pernah betul-betul memaafkan inner child dalam diri sendiri.
Apa-apa pun, penulis sendiri dah cakap, buku ni bukan pengganti rawatan profesional. Tapi at least, ia boleh meyakinkan kita bahawa rawatan profesional memang boleh membantu.
Cuma, satu benda yang aku kurang suka—latihan yang diberi tak ada penerangan yang cukup jelas. Aku tak sure bila patut buat. Adakah hanya time sedih? Andaian aku, jawapannya adalah kita sendiri yang kena decide, dan kalau perlu, jumpalah pakar profesional.
Apa-apa pun, buku ni menarik, dan aku habiskan dalam dua kali duduk sahaja.
The story gently reveals the wounds I personally tried to forget, connecting with the shared struggles of growing up.
On the positive side, the book acts like a mirror, showing the common fear and desire for revenge against those who hurt us. It's a relatable journey that many can connect with emotionally.
However, there's a downside. The way the story is told feels a bit like reading a distant research paper instead of an engaging story about the characters. I wished for a stronger connection with them, to hear their personal stories more vividly.
Still, this book encourages self-reflection. It prompts us to face our pain, even if the characters themselves remain a bit distant. While the storytelling might not be as detailed as I hoped, it opens a door to healing and personal growth.
Overall, I like how the book are well-written sebab dia memudahkan orang untuk faham dengan term and concept in psychology yang digunakan dalam buku ni. I like how the book are very santai and senang untuk orang yang bukan background psychology untuk faham and baca. Dengan ilustrasi yang menarik membuatkan pembaca seperti saya seronok nak baca and tak bosan. For me, i think it's a good book to start accepting the kecederaan emosi that some of us had waktu kecil and mengalami proses sembuh setelah validating perasaan and kecederaan emosi itu. So, buku yang highly recommended untuk dibaca for anyone yang nak faham how our childhood can affect diri kita yang sekarang.
To those who debated whether to seek psychiatrist help- This might just be the book you need.
This book can be a form of validation and acknowledgement of your feelings. To know and name your emotions. To find ways to manage your emotions. To heal yourself from the wounds you have endured.
There are plenty of interesting concepts discussed in the book such as inner child, the link between situation, thoughts, and action, emotional wounds and a lot more. Personally, I found the discussions really interesting.
Bagus dibaca sebagai bacaan ringan dan santai-santai. Ditulis oleh seorang ahli psikologi melalui pengalaman beliau sendiri juga dgn mengambil contoh kisah 5 individu iaitu Mastura, Izzat, Idzzty, Adilah dan Yusri yang mengalami tekanan emosi pada zaman kanak-kanak yang memberi kesan hingga dewasa kerana tidak dirawat. Kebanyakkan puncanya adalah daripada ibu bapa dan juga keluarga secara tidak sedar. Buku ini memberi panduan bagaimana cara mengawal dan merawat emosi tersebut agar kehidupan dapat diteruskan dengan baik.
Tak pernah terbayang perlu persiapkan mental sekebal ini untuk menghabiskan buku ini. Penulis berjaya menulis dengan penuh empati sesuai dengan momentum buku ditulis.
Dalam membaca buku ini, terdetik persoalan, kenapa adanya inner child? Dan selang beberapa mukasurat seterusnya muncul penerangan penulis mengenai inner child. Terima kasih untuk langkah pertama menyedarkan dan validasi kecederaan emosi seorang saya.
Naskhah tulisan Aiman Amri ini membantu saya menyelami perasaan sendiri, yang terluka sejak bertahun lamanya. Alhamdulillah, dengan gaya penulisan yang tenang dan mudah difahami, saya dapat berdamai dengan perasaan sendiri yang kadangkala mempengaruhi tingkahlaku sendiri yang sekarang juga seorang bapa.
Sangat2 membantu untuk penghidap MDD seperti saya. Membantu saya untuk berfikir dengan lebih jelas & teratur. Penulisan yang sangat bagus dan soothing bagi orang2 yang mempunyai masalah pengawalan emosi seperti saya. Meletakkan diri sebagai seorang yang bermasalah seperti dalam buku tersebut, saya merasakan keseluruhan buku ini memberi manfaat untuk saya.
Bila baca buku ni baru saya dapat refleks semula luka pada masa lalu yg sebenarnya memberi kesan kepada emosi diri pada masa kini. Yg pada awalnya saya hanya mengira itu cuma perkara remeh dan tiada sangkut pautnya dengan luka masa lalu. Overall its a good read!!
Overall intipati bagus cuma rasa macam kekosongan sebab isi dia lebih kepada permasalahan dalam family jadi dengan character yang ditunjukkan semua ada problem dengan famili, kalau ada luka tentang kehilangan,luka kematian lebih saya suka
*Buku ini sememangnya pilihan yang tepat untuk peringkat saringan…* …bagi mereka yang ingin muhasabah dan mengenal masalah diri(jika ada) dan mencari keyakinan diri untuk pergi mendapatkan bantuan(jika perlu). Sebabnya, ada orang mungkin tiada masa, atau segan untuk berjumpa dengan kaunselor kerana fikir, masalah beliau perkara biasa, dan orang sekeliling ramai tak memahami.
*Bahasa mudah faham dan mesra pembaca. * Ada empati. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Tetapi masih memerlukan orang yang mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang baik atau orang yang memang minat membaca. Sebabnya, saya ada beri kepada seorang remaja dewasa perempuan berbangsa India, beliau hanya baca sekerat jalan sahaja kerana banyak perkataan yang beliau tak “familiar”.
*Pembahagian bahagian utama dan penyusunan kandungan yang baik dan memberangsangkan.* “Masalah” atau “simptom” atau “kecendurangan akibat trauma” yang kebanyakan orang alami, disimpulkan dan disampaikan dan 5 bentuk cerita.
Selepas bahagian penceritaan, baru sampai ke bahagian perbincangan mengenai kisah-kisah yang disampaikan, dan apa diperjelaskan lagi isu-isu yang ingin diketengahkan dan dikenalpasti serta apa stigma atau stereotaip masyarakat mengenai perihal-perihal tersebut.
Dan di bahagian terakhir, diberikan bahan-bahan dan alat-alat pengukur kendiri, untuk kita self-evaluate. Kemudian, cuba buat keputusan apa langkah seterusnya.
Cuma, perkongsian rajah dan jadual sampingan yang diselitkan, tulisannya rata-rata agak kecil. Kalau tak pakai kaca mata pasti susah nampak. Kalau orang yang sah-sah rabun dekat, lagilah!
Dalam bab pengenalan- ia membuatkan saya mengimbau kembali sesi saya bersama psikologis. Sama seperti penulis, tujuan asal hadir ke sesi rawatan sebenarnya lain, tapi ia berakhir dengan sesi2 mengenal dan merawat inner child saya.
Saya sebenarnya mencari “saya” dalam buku ini, tapi tak berapa jumpa. 5 watak yg diwujudkan dalam buku ini tak dapat mewakili saya, tetapi, banyak juga yg sy belajar tentang luka-luka dalaman dan kesannya kepada anak di kemudian hari.
Sebagai seorang ibu baru, semestinya buku ini menambah awareness saya tentang kesan2 tindakan seorang ibu atau ayah pada waktu kecil. Hasilnya, saya berazam untuk tidsk jadi “begitu”
Saya juga ada luka-luka yg belum sembuh, tapi di “subur” lan kembali pada waktu dewasa. Saya sedang cuba untuk merawat nya lagi. Penulis ada memberi bimbingsn, bagaimana kita nak “sort” perasaan kita sendiri. Agak berguna untuk mereka yg taktahu nk bermula dr mana.
Harap sangat penulis buat siri kedua untuk buku ni sbb tak banyak penulis malaysia yang menulis berkaitan dengan konteks nii. I would really recommend other people to read this book and gift the book to other people.