“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.
Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!
“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.
“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!
“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.
Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.
“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!
Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..
Separuh pertama novel berkisar tentang intan raihana yang berperangai buruk terhadap ibunya hanya kerana sakit hati dengan kematian ayahnya. Dia tidak dapat menerima takdir yang telah ditentukan dan menyalahkan ibunya serta abangnya sebagai penyebab kehilangan ayah tempat bergantung. Hazab betul perangai intan masa ni...
Kemudian dia terperangkap dan berkahwin dengan daniel hakim yang sengaja mendera intan zahir dan batin. Punya la teruk digambarkan. Terpaksa duduk di rumah setinggan yang berkongsi kiri kanan di pisahkan dengan papan sahaja. Kemudian makin sakit hati daniel apabila mendapat tahu intan tidak mengandung... Bertambah derita intan. Habis ego intan dan disitulah intan mengenali diri sendiri serta tuhan.
Dia belajar bersabar dari setiap perbuatan daniel. Dia didapati mengandung setelah daniel mula menyukainya. Tetapi ego daniel terlalu tinggi menyebabkan dia menerima fariza yang merupakan sepupu intan serta cinta pertama daniel sebelum intan hadir.
Kejamnya daniel apabila dia mengugut intan dengan membuat surat perjanjian yang dia tidak sekali2 akan menerima anak yg dikandungi intan, serta memaksa intan bekerja sebagai security guard di pejabatnya demi melunaskan hutang tanah arwah ayah intan yang sedang mereka duduki. 50k hutang perlu dibayar dengan bekerja sehingga bersalin. Kejam sungguh. Intan menjadi security guard dgn perut memboyot sedangkan daniel suaminya ceo syarikat tsbt.
terbaik dari SR.. secara keseluruhannya saya suka. walaupun tema yg dibawa kali ini lbh kurang sama saja, tapi cara olahannya membuatkan saya tidak menutup naskah ini dipertengahan!
berbaloi walaupun berat! (sbb tebal sgt). Cara SR mendalami setiap waktak memang berbeza. Kisah Intan Raihana yg pd saya digambarkan sbg seorg yg tidak sedar diri itu ckp berkesan dihati. malah ramai juga dewasa ini yg berfikiran sptnya. Kerana status & maruah, sanggup dia menepikan kehidupannya yg 'sederhana' itu hanya kerana malu. Tanpa sedar, dia sebenarnya telah mengecewakan org yang btl2 menyayanginya.
bermula dari pertemuan pertama, hatinya seakan terpaut dengan sepupu Peggy, Daniel. Pertemuan kedua membuatkan terkedu kerana rahsianya terbongkar. Azamnya kian membara apatahlagi stlh dia tahu yang daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Ketika ini dia menjalankan misi utk mendapatkan daniel. Iskandar yang tidak tahu rancangan adik kesayangannya membantu Intan mendapatkan kerja dipejabat daniel. kebetulan Iskandar adalah pemandu daniel.
disinilah titik mula yg pada saya membuatkan saya tidak berhenti utk meneruskan pembacaan. kita akan dihidangkan dgn pelbarai ragam yg bisa meragut perasaan. Saya jd perasaan kasihan pada Iskandar & mak Asmah (ibu intan & Is). kerana terlalu kasihkan intan, mereka sanggup melakukan apa saja. hanya krn tidak mahu Intan berasa susah stlh pemergian ayah mereka. segala kemahuan Intan dituruti tapi sbg balasan Mak Asmah dimasukkan kerumah org tua dan Iskandar dibuang kerja hanya kerana perbuatannya. Ikhlas, ketika penghayatan kedua watak ini saya tersentuh. airmata mengalir. Saya percaya SR tidak sesuka hati mencoretkan didlm naskahnya kali ini hanya utk tatapan umum. Tersiratnya SR ingin mengajak kita sama-sama memikirkan apa yg terjadi ini sedang terjadi disekeliling kita, bilamana kita boleh lihat sendiri betapa ramainya anak derhaka pada ibubapa!Juga pengorbanan seorang abang yg btl2 menyayangi adiknya sehingga terkorban nyawa!
Daniel yg rasa tertipu pd perkahwinan kerana rasa dirinya diperangkap, mula mengatur rancangan utk memberi pengajaran pada Intan. Disini, ya saya bersetuju. tapi bila setiap perlakuannya pada Intan itu sudah keterlaluan, mula saya dibayangi perasaan marah, geram dan rasa nak sekeh2 jer... sakit hati btl!!
Setiap perbuatan pasti ada balasan. Intan sudah menerima balasan hingga dia tidak diterima ibunya. Sudahlah buta, diperlakukan spt itu pula. hati ibu mana yg tidak kecewa. Tp naluri seorg ibu itu tetap memaafkan walau sebesar manapun kesalahan seorang anak. Dia tidak akan sanggup untuk terus dengan rajuknya. Lihatlah, walau apapun yg terjadi, keluarga amat penting dalam kehidupan kita. ketika menghadapi saat2 sukar dlm hidup, merekalah yg menjadi pendorong. begitu juga dengan Daniel. terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan memakan diri!
walaupun pengakhirannya membahagiakan, saya lebih suka tekankan apa yg SR ingin smpikan dalam novel ini. setiap perinciannya adalah utk kita berfikir baik & buruk setiap perbuatan itu. hormat, kasih sayang pada keluarga. walau siapapun kita, merekalah nadi yang menjadikan kita lbh kuat utk hari esok.
To be honest saya kurang layan novel SR sebab bagi saya novelnya too dramatic. Tapi saya tau SR ramai pengikutnya so itu kira pilihan masing2.. Terlayan drama CCC kat tv dan saya punya kesabaran yang nipis nak menunggu episod demi episod so grab la jugak preloved novel ni. As expected, quite dramatic n drama air mata tu memang trademark SR.. Sikap Intan pada mulanya memang menjengkelkan but then dia dah insaf n sikap menjengkelkan itu beralih kepada Daniel pulak. Ego sampai tahap hilang kewarasan fikiran. Sanggup menafikan hak anaknya untuk berbintikan namanya. Tapi at least dia tak naik tangan pada Intan cuma mulut lepas. Bila kebenaran terbongkar baru terhegeh-hegeh meraih kemaafan. Quite dragging bab memujuk rayu ni. Kalau Intan dengan watak anak n adik yang kurang ajar n derhaka mampu meraih kemaafan abang Is n ibunya, kenapa susah pula dia memberi kemaafan buat suaminya.. Overall boleh dilayan cuma untuk ulang baca itu rasa cukuplah sekali 😅
seperti biasa, novel SR dah boleh agak temanya macam mana. Pasti berkait dengan bezanya darjat,hero kaya,heroin miskin atau sebaliknya ke, mesti ada derita heroin,kemudian hero kena balik. tapi sebab cara garapan penulis menyentuh emosi, agak menarik jugalah untuk dibaca. Ending, boleh agak dah dan jadi panjang tu part memujuk aje.kalau sy jadi Daniel, konpem dah cari lain.
Selesai jugak baca buku tebal ni. Macam macam rasa penulis taburkan dalam cerita CCC ni. Paling tak menahan tu ~ masa Inta n masih lagi dengan evil character dia. Serious, I feel like throwing this book masuk dalam bakul sampah dalam bilik tidur aku ni. Mulut dok muncung sedepa ~ kening berkerut-kerut sebab tak puas hati. Sampai macam tu sekali penangannya. Well, this is my very first experience baca karya penulis. And it was recommended to me by a friend. Hasilnya, sangat memuaskan hati. Cerita bagus ~ agak meleret sikit la. Kalau masuk TV ni memang ala-ala menonton sinetron kot. Berat storyline buku ni. Part aku ternangis sekejap masa Iskandar mati. Ewahhh duk dalam lepas bersahur aku sobsob sengsorang atas katil. Muahahahaa. Okay, udah udah la merepek. Kudos Siti Rosmizah. Best.
tremendous. I love it so much. 2 days finished. heheheheh. kaau karya sebelum ni kisahnya ego..yg ni pun egonya melampau2 lah hahahahah. watak heroinnya..amboi....tak nak kalah..dari watak baik hingga watak insaf masih pejal dgn egoisnya.baibwatak hero pulak..tak banyak sangat perubahan kerektor dari watak2 novel2 siti rosmizah sebelum ni.keja memang makanan hero dah..anyway..I love it.
5* untuk author for the great story. 2* untuk Intan sebab terlalu angkuh pada awal cerita padahal dirinya kosong..I mean nothing to be proud of except having a pretty face. 2* untuk Daniel sebab ego melangit sedangkan sikap dia juga tiada beza ngan Intan. 5* untuk abg Is..Sedih akan apa yg dah terjadi pada dirinya di akhir cerita.
first time baca novel yg heroinnya jahat wataknya di permulaan novel..tapi last2 nya insaf dan berubah jadi baik...tp mcm logik la jgk...lain dr yg lain sbb slalu novel atau citer tv ni heroinnya mesti sopan santun ala2 pompuan melayu terakhir gitu..
Masa mula2 baca sinopsis kat belakang buku nie, saya terpk,ermmm..dah boleh agak dah jln cerita dia cmna. Tapi, saya mmg org yg jenis, kalau mulakan,kena habiskan. Xde nak ngelat2. Walaupun buku nie tebal ya amat.
Tapi bila dah mula baca, wow!! Memang jalan ceritanya klise sgt, tp gaya penyampaian SR, cara SR mainkan hati dan perasaan kita dan SR terapkan byk sgt nilai2 murni. Tp satu yg mmg bila2 pun akan terkesan dalam hati kita adalah kasih syg mak. Kan? Pada saya, apa saja cerita kalau dah ada nilai2 kasih syg mak dan betapa kita sebagai anak perlu hormat mak kita lebih dari segalanya, saya akan bg 5 bintang. Haha.
Nie karya ke2 SR yg saya baca selepas Andai Itu Takdirnya (AIT). Mencurah2 jugak air mata saya, especially part Iskandar mati 2. Mmg kena pandang serong seketika oleh Encik Suami seblm dia phm kenapa bini dia nie cengeng sgt. Haha.
Terima kasih SR sbb berjaya mainkn semua emosi saya ketika bca novel ini. A very good read indeed.
Kebetulan, hari nie hari lahir wanita yg plg hebat di dalam dunia nie, IBU saya. Selamat Hari Lahir MAK, sayang mak ketat2!!!!
First of all, i would like to thank Siti Rosmizah for writing another amazing book... very amazing and its well-written. I'm so happy i get to know her and able to read her books!
This book is filled with lots of lessons... i can not say much about this book. What i wanted to highlight here is, i REALLY AND ABSOLUTELY RECOMMEND EVERY MALAY BOOKS LOVER, TO READ THIS BOOK. I love you Siti Rosmizah! <3
tp x setanding 7 hr mencintaiku n andai itu takdirnya(bg aku laa...)*citarasa masing2
mcm biasa...klu karya SITI ROSMIZAH...confirm ade part AIR MATA...sedih giler part Iskandar mati...
n aku suke part Dani jerkah org tua sapi tu...tp...x sangka lepas tu Intan pulok marah2 Dani...aku ingatkan Intan akn terharu lah dgn Dani sbb tolong dia...tp lain pulok jd...kesian jugak aku kat Dani tu...sampai menangis teresak-esak...kesiann...with double n...
Walaupun jalan cerita ni tema serupa dengan sebelum-sebelumnya, tapi watak heroin yang bodoh sombong belagak lagi perasan tu cukup untuk menjadikan cerita ni ada kekuatan sendiri. Walaupun benci dengan watak heroin ni, tapi sebak juga bila hero dah buat sesuatu yang melukakan hati dia. Heroin jadi pengawal keselamatan oleh hero, kesian :(
Diantara novel SR, saya rasa ini lah yang terbaik. Banyak part yang mampu buat saya sebak & mengalir air mata. I would give this novel all the stars in the sky if I could. Tahniah SR!
As usual, novel SR mmg best! Mula2 baca memang rasa geram betul dengan watak Intan Raihana ni,so gedik, ego, sombong, angkuh,bongkak,derhaka semua cukup package...sape yg kawan w her,mmg meluat n sakit hati!! Dan betapa meluatnya si Dani (Daniel Hakim) ni nak melayan perangai gedik Intan ni..benci betul. Dani ni pulak memang dah ada buah hati, Iza merangkap sepupu Intan. nak dijadikan cerita, Intan sakit hati sebab dibandingkan diri dia dengan Iza, Intan rasa dia lagi cantik dan lagi layak kalau berdamping dengan Dani yang kaya raya dan anak jutawan tu dan bukannya Iza yang tak reti berfesyen, simple dan so kolot bagi Intan.
So, Intan ni buatlah rancangan nak pikat Dani, tapi haram Dani nak melayan si Intan sebab Dani kenal perangai Intan yang penipu besar tu...dia tolong Intan dapatkan kerja pun sebab dia kesiankan Iskandar (abang Intan) & Iza pujuk Dani suruh terima Intan kerja jadi secretary sementara Dani.
Dan satu hari tu, terjadilah kejadian dimana ada orang perangkap Dani, dan Intan pulak terjerat dengan perangkap dia sendiri.... nak tahu kejadian apa, sila baca. tak best kan kalau da story...lolxx!! then Dani nak bertanggungjawab sebab Intan rasa dia sejahat-jahat dia, belum pernah dia terfikir dia akan bertindak sejauh tu. kononnya masih kenal halal dan haram...
Bila dah kawin macam2 si Dani ni ajar Intan. yelahh, perempuan berlagak tak bertempat, yang mata duitan, yang sanggup lakukan apa sahaja demi duit. bertemu dengan lelaki yang penuh dengan rancangan jahat, yang berhati-hati dan penuh dendam....kena sgt kan they kawin!! Masing2 nak berperang...dan akhirnyaaaa Intan sedar diri. dia berubah menjadi lebih baik....
SR dan airmata tak pernah berpisah...banyak pengajaran yang boleh diatentang realiti kehidupan, tentang sikap manusia yang tamak, yang angkuh, yang tak berpijak dibumi yang nyata. kisah pengorbanan seorang abang yang melindungi adiknya, kisah ibu yang buta yang makan setiap kata nista anak kesayangan dia, kisah anak yang taat kat ibunya sampai sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan ibu dia...
"Di dalam perjanjian ini.... SATU,Anak yg dikandung Intan Raihana,tidak akan menuntut apa2 jua harta milik Daniel Hakim. DUA,Anak itu tidak boleh tahu siapa bapanya.TIGA,Anak itu tidak boleh diBin atau Binti namanya...." Putri Iman Adeliana Binte ????
Ambil masa 3 hari untuk habis kesemua 1165 pages, biasanya ambil masa seminggu-dua untuk habiskan buku tebal sebab maklumlarh saya sibuk ngan kerja dan sekolah lagi. Tapi disebabkan jiwa saya terpikat dengan jalan ceritanya lagi-lagi kalau novel yang berkaitan dengan penulis Siti Rosmizah, memang saya akan baca. Jujur saya kata, novel karya Siti Rosmizah paling TOP sekali belum ada lagi penulis lain boleh lawanya. Saya bukan nak membandingkan antara Siti Rosmizah dan penulis lain sebab lain orang ada lain cara. Tapi nak buat macam jiwa saya lebih kepada buku karya SR.
At first, watak Intan ni buat saya menyampah, geram, marah, kecewa dengan perwatakan Intan yang sangat mata duitan sampai sanggup kikis duit bekas-bekas teman lelakinya, tidak menerima kedua-dua abang yang kaki tempang dan ibunya yang buta disebabkan kisah lalu mereka, sanggup melakukan apa apa sahaja demi kepentingannya tanpa mempedulikan perasaan orang lain termaksud sepupu, makciknya. Tapi bila Intan sudah berubah jadi lebih baik dan dekatkan dirinya dengan Tuhan, dia telah diuji banyak dugaan. Hingga suami yang dia mula sayang hina, mengkhianatinya, bencinya hanya disebabkan ...... Saya salute betapa kuatnya dia berhadapan ujian ini demi keluarganya(Abang Is dan ibunya) dan anaknya, Iman. Novel ini telah berjaya membuat air mata saya mengalir. Dan tak menyesal beli novel ini, sangat berbaloi.
Aku pernah menangis baca karya Siti Rosmizah, tapi nashkah kali ini, aku tak menangis. Bukan sebab tak seronok, tapi aku rasa kelakar baca setiap monolog Intan dan Daniel. Dalam marah-marah pun, boleh lagi ada inner conflict, bergaduh dengan akal masing-masing.
Puas sebab dua-dua Intan dan Daniel dapat pengajaran. Intan yang mata duitan, dan Daniel yang ego. Bila mereka sedar dan insaf, rasa puas sebab mesej yang nak disampaikan jelas, tentang wanita yang tidak seharusnya materialistik, dan lelaki yang harus belajar merendahkan ego.
Cerita nih buat saya menangis n insaf. Genre cerita ini Sgt bgs Dan ending yg baik. Novel Siti Rosmizah terbaik x pernah x bg pembaca menangis. Watak watak yg Sgt teliti Dan jln cerita menarik.