Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!
Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?
“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN
“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN
“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS
Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS
Memang lelah nak baca buku ni. Tebalnya ya ampun! Lepas tu tak boleh dibaca semasa berbaring sebab kalau kena batang hidung, penyek terus hikhikhik
Mula-mula baca novel ni aku dah tersengih-sengih di part pesanan ayah Iris kepada Firman. Memang tabik habis. Tak pernah pula aku baca di mana-mana. Kalau diangkat ke versi drama, pengarah tak boleh tinggal adegan ni. Wajib ada tau hahaha ;P
Seperti yang sedia maklum, kesinambungan ini membawa kita kepada episod kebahagiaan bila saja kedua-dua pasangan ini akan diijabkabulkan. Alhamdulillah, seksa aku melihat pasangan ini tak sudah-sudah bergaduh. Jadi bila ada saja episod 2 pastinya aku mengharapkan yang indah-indah je.
Namun hidup tak selamanya indah. Apa lagi kehidupan juga tak mudah. Tapi Tuhan sentiasa ada buat hamba yang percaya pada-Nya. Tawakal dan usaha. Itu yang diajar oleh Firman kepada isteri tercintanya. Berusaha sehabis daya hingga penamatnya, dan disulam dengan doa dan tawakal. Bila Tuhan tak mengabulkan doa kita, jangan mudah putus asa. Ambillah sebanyak masa untuk merayu Tuhan-Mu, kerana Dia suka mendengar keluh-kesah dan permintaan para hamba-Nya.
Iris. Iris Firman Nur. Aku senang dengan perkembangan watak ini. Ada pelbagai warna yang dicorakkannya. Dia manja bila di sisi suaminya. Dia teguh di saat kelamnya. Dan dia lemah bila takdir menduganya. Sudah adat manusia, merintih hiba tatkala diuji. Namun Iris cukup bertuah dianugerahkan si suami yang benar-benar menyayanginya. Kekurangan Iris disempurnakan oleh Firman, saling melengkapi seadanya.
Firman. Ya, dia memang hero pujaan ramai. Aku akui. Kematangannya tak perlu diragui. Sang naga yang keras. Si ulat belancas yang gatal. Novel kali ni memberi kita ruang melihat perubahan emosi Firman. Daripada sepedas-pedasnya ke manis-manisnya hinggalah keanak-anakannya. Setianya Firman di sisi Iris saat badai melanda cukup menyentuh hati.
Kekuatan cerita ini pastinya terletak pada Firman-Iris. Melihat sejauh mana keutuhan cinta mereka. Saat bahagia, saat terjatuh dan menangis. Pasangan ini banyak mengajar kita apa ertinya hubungan suami isteri itu. Pasang-surut dan dugaan, masam manis kehidupan. Dan aku amat cadangkan novel ini buat mereka yang mahu atau pun sudah berumah tangga. Selamat bercinta setiap hari!
Oleh kerana kisah ini menjurus kepada hubungan Firman dan Iris, tak bermakna ianya kosong saja. Penulis bijak menyusun atur plot sekaligus menyelitkan segala bentuk nasihatnya. Secara peribadi, aku rasa novel ini lebih baik daripada ILUS kerana tidak terlalu meleret. Cuma aku terasa kehilangan Kemboja di sini. Walaupun aku sama-sama hanyut di Sungai Lui, ada masanya rindu juga dengan kehidupan Mai Tuan dan Fatimah.
Yalah, orang kata jatuh cinta pandang pertama. Tempat jatuh lagilah dikenang, ini pula tempat bermain. Phewitt.. ;P
1) Panduan percintaan suami isteri berdasarkan landasanNya. -a.k.a panduan berangan-angan yang akan/sedang/sudah bersuami-isteri. -a.k.a medium paling mudah untuk men'ciluk' ayat-ayat 'membunuh' untuk memujuk kekasih hati.
2) Pedoman untuk anak-menantu menjaga hubungan dengan ibu-bapa-mentua. -p/s: contohi Firman ye....
3) Guidelines ke arah parenthood yang diredaiNya. - watak Mai Tuan sebagai wakil kepada ibu mithali - watak Tuan Zakaria wakil kepada bapa yang ada kini - watak Datin Rose wakil kepada ibu antoganis yang memang wujud
4) Naskah motivasi untuk yang akan/sedang/sudah berputus asa.
5) Tesis tentang kepincangan sosial masyarakat kini.
Ini buku ilmiah yang ditulis atas tiket novel (sebab realiti pembaca kini kurang gemar dengan bahan-bahan berunsur ilmu...kan kan kan?)
Apa yang ingin anda cari... carilah dalam MY PRECIOUS IRIS. Termasuklah unsur2 'babak filem aksi' yang menyelit walaupun masih terbuai/terayan dengan percintaan si Iris dan Firman.
Walaupun, aku merasakan beberapa bab terakhir yang agak longgar diplotkan dan penuh dengan kekeliruan, tapi.... masih belum tergelincir dari landasan...(mungkin tuntutan komersial tetap perlu dipenuhi oleh penulis ini...)
DAN... please, khatam dulu I LOVE YOU, STUPID! sebelum meneroka MY PRECIOUS IRIS.... kalau x mahu sesat!
Oh Papa! Oh My English! Oh My Allah… Am impressedddddddd with Kak MJ’s book this time…. Like I’ve said before… Always expect the unexpected where Kak MJ is concern… MYPI! Hati ku jatuh berkali-kali-kali-kali-kali! Firman….TIADA BAYANGAN LELAKI LAIN YG LEBIH INDAH DARI DIA! Cukup sempurna dari setiap sudut! Kak MJ sungguh mengorek segala yang baik2 dan diterapkan kepada FIRMAN seorang saja. Sungguh saya cemburu dengan IRIS. Dengan sikap angkuh, ego, cepat melatah dan baran dia tu, kadang2 hati jahat ini mengatakan SHE DOESN’T DESERVE HIM! Sungguhlah kata2 Kak MJ hidup berkasih sayang, memang buku ini penuh dengan kasih sayang. Terkadang terleka saya dek kasih sayang Firman Ebrahim di dunia khayalan MYPI tapi tetap kembali berpijak di dunia nyata dengan kasih sayang suami sendiri. Hikhikhik.. Alhamdulillah. Nasib baik masih boleh membezakan antara khayalan dan realiti. Kalau tidak harus BERDOSA BESAR saya kerana menduakan suami…. Kikikiki…..
Kak MJ pandai menghanyutkan saya dan pandai pula membawa saya pulang. Setelah separuh saya belayar dengan buku MYPI sehingga saya tertanya-tanya apakah hanya dunia kasih sayang saja yang ada di sini?? Apakah Kak MJ saya telah lelah memberi pengajaran kepada saya dan ingin menjadi typical penulis novel cinta? Jangan salah sangka dgn saya. Bukan saya tidak sudi menerima. Apa saja dari Kak MJ, saya terima dengan lapang dada tetapi saya dah terbiasa dengan kata-kata nasihat serta kata2 azimat dari Kak MJ sehingga at one point saya dahagakan itu.
Dek kerana hanyut dengan keindahan berkasih sayang, mind saya tidak register apa yang sebenarnya disampaikan oleh Kak MJ… Berkasih dengan yang halal, menerima kekhilafan pasangan, melihat keburukan dan kehodohan pasangan dengan mata hati, bersabar dengan kekurangan pasangan, redha dengan setiap dugaan, tidak melatah apabila ditimpa musibah, berpaksi teguh kepada kata2 CUKUPLAH HANYA ADA ALLAH UNTUKKU. Dan yang paling terkesan adalah kata2 Mai Tuan kepada IRIS (m/s 814) apabila Iris menyatakan malunya dia kepada Allah kerana taubat berkali2 tapi tetap mengulangi kesilapan dan Mai Tuan menasihatkan dengan secara lembut dan berhemah sehingga diri ini sendiri merasa begitu malu sekali kerana saya juga manusia biasa, sentiasa khilaf, sentiasa bertaubat dan sentiasa mengulangi. Astaghfirullahalazim. Dan lebih terkesan apabila Mai Tuan menyingkap dan mengupas sedikit demi sedikit penderitaan Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Terkesima saya sementara dan dengan lafaz Subhanallah hati saya berbisik, comparing penderitaan Nabi Junjungan dengan saya, hanya sebesar hama cuma kesusahan yang saya lalui selama ini dan Nabiku tidak pernah sekalipun mengeluh tapi saya pula mengadu sana sini, konon bangga apabila dapat melalui kesusahan yang seciput itu…. Astaghfirulahalazim Astaghfirulahalazim…
Huwaaaaaaaa…. Kak MJ sangat kejam kerana telah mencuri air mata sayaaaa…. Saya sangat2 merasa kehilangan. Saya dah sampai level nak totop MYPI saya, balut dengan kain kuning, selotep banyak2 dan masuk dalam peti besi pastu konci peti besi ketat2. Takmo terima kehilangan abang pedas saya. Pastu saya dah standby nak marah Kak MJ pedas2 sebab buat saya kehilangan abang pedas saya…. Huwaaaaaaaaaaaa… Tapi saya lawankan prasaan saya, gagahkan diri saya untuk meneruskan pembacaan sehingga at one point, saya rasa saya pulak terlebih redha kehilangan abg pedas dpd Iris….
Indahnya pengakhiran apabila penderitaan yang dilalui ditempuhi dengan keredhaan dan kesabaran dengan ditemani oleh insan2 yang sangat2 penyayang. Begitulah secebis kisah kehidupan penuh kasih sayang Firman dan Iris. Sangat2 memukau dan sejujurnya kasih sayang yang Kak MJ olah itu sampai di lubuk hati saya yang paling dalam.
Alhamdulillah My Mentor is still here. Setiap bait perkataan Kak MJ masih meresap dalam jiwa. Memang tiada tolak bandingnya lagi. Kak MJ tetap utuh dalam menyampaikan sesuatu ilmu yang tak terperi harganya. Because of this n only this, saya sanggup merusuh bila2 masa saja untuk mendapatkan buah tangan belasahan Kak MJ… Kikikiki…. Kudos Kak MJ on your MYPI. As usual, TWO THUMBS UP and I’m looking forward to her next novel….
Jalinan ceritanya indah. Lenggok bahasanya indah dan terbuai seperti di goda iris si rama-rama kecil. Hati terhibur, tersayat, terhiba, tergoda dengan tingkah firman yang kadang menaga , menyinga dan kdg terlebih ulat beluncasnya. Ada kisah yang memberi impak yang besar dalam hubungan Firman Iris. Masih tegarkah cinta Firman pada Iris tatkala Iris berubah tingkah dan melukakan perasaannya. Ops masih belum boleh buat full review/synopsis. Cik Pah cuba pegang amanah Kak Melur Jelita untuk tak tulis lebih2. Hilang suspense nya . Lagipun ramai divas yang masih belum berjaya memeluk MyPI. Atau mmg Cik Pah biarkan macam ni kerana pasti ada divas lain yang lebih pandai mengayat
Niat di hati nak review pasal anthem, contengan jalanan..tapi tiap kali jari cecah keyboard untuk menaip idea saya terus hilang..bukan sebab buku2 tersebut tak seronok..tapi bila berkenaan dgn karya Hlovate..jari terus kelu untuk menaip..well thats another story..sekarang kita review pasal My Precious Iris dulu..
My Precious Iris ialah sambungan dari kisah Iris Nur dan Firman Ebrahim dalam ILUS (I Love You Stupid)..berbanding ILUS, MYPI agak kurang mukasurat dia. Alhamdulillah..tak penat sangat membacanya. Masalah saya dengan buku-buku yang bermukasurat tebal ini, di tengah-tengah cerita saya akan lost..hilang kawalan dan konsentrasi sebab cerita yang terlalu panjang. And itu yang terjadi dalam ILUS. Tapi MyPI pun actually panjang jugak tapi mungkin garapan Kak Melur tulis kali nie, agak mengurangkan kegagalan konsentrasi saya sebab cerita dia buat kita nak tau apa akan jadi seterusnya.
Baca bab pertama saja dah buat saya gelak sorang-sorang. Waktu papa Iris,kenakan 16 syarat untuk Firman Ebrahim atau Abang pedas waktu dia melamar Iris. Memang kelakar tapi bila difikir-fikir balik saya rasa memang patut setiap ayah yang ada kat muka bumi nie buat syarat macam tue. Bagi si lelaki tue sentap sikit. Ingat senang nak angkut dating anak dara orang.. :P
Kisah perjalanan alam rumahtangga Iris dan Abg Pedas beliau tak mudah rupanya.Kalau dalam ILUS, kita dibawa meneroka negara kemboja..dalam MyPI pulak kita dibawa menyusuri sungai Lui sebagai lokasi bulan madu.. :)
Dalam kita terbuai dengan ayat-ayat romantis dari mereka, kita tersentak dengan konflik-konflik dalam rumahtangga mereka. Ketika Iris hanyut sebentar kerana kesibukan Firman sebagai anggota polis, di mandrem, di pukul sampai buta, di siksa..buat jantung nie rasa teranjak dari lokasi asal. :)
Sebak menyelebungi hati saya ketika Iris melahirkan Ahmad/Putera tanpa Firman disisi. Tanpa mengetahui untung nasib si suami. Hidup atau mati. Nyaris-nyaris nak hujan saya sorang diri * sila masukkan runut bunyi lagu kehilangan dari Firman disini*
Di penghujung cerita, agak ada kekeliruan disitu sebab tak dinyatakan dengan jelas apa yang terjadi dengan Insp Ebrahim. Komakah? Matikah? Tiba-tiba dah duk berbalas tembakan dengan orang jahat. Harus saya baca dua tiga kali untuk faham jalan ceritanya. Tapi tak apalah. Masih boleh difahami.
Seperti biasa..saya menyanjung watak Firman Ebrahim..betapa dia seorang yang sangat melindungi. Melindungi seorang Iris yang sentiasa berperasan dia seorang diva,berani mengalahkan seorang lelaki. Saya menyanjung waktu Mai Tuan, dapat saya bayangkan lemah lembut tutur kata, sopan dalam tingkah laku.
Kak melur tak lupa selitkan kisah-kisah pengajaran dari al-quran dan sunnah.
"Apa dia empat perkataan yang disebut tanpa menggerakkan bibir bawah dan atas?" "Iris tak tau?" Geleng "Ia adalah kalimah La ilaha ill allah" "Satu perkataan?" "Allah"
Usah dipersoalkan ttg jalan cerita yang pasti akan membuatkan kita semua kelelahan dengan perasaan Iris dan Firman yang turun naik. Firman yg tidak lari dari sifat ego & perasaan cemburu yg membungkit, Iris yang masih bersifat manja dan sering menggoda. Aduh! bikin hati jadi tak menentu.
Saya tidak akan menyentuh, ttg jalan cerita disini. Tapi pengisian ttg ikatan perkahwinan yang jelas penuh onak berliku. Membina ikatan itu mmg mudah tapi ingin melaksanakan amanah ALLAH itu, perlukan kekuatan yang terlalu ampuh. tiap detik, tiap saat, rasa kasih dan cinta itu akan diuji samada kita bersedia atau tidak.
Saya amat tersentuh dengan kemurniaan cinta Firman, ketulusan kasih Iris untuk mempertahankan mahligai yang terbina. Andai perasaan menjadi pegangan, sudah pasti ikatan itu akan terlerai dengan mudah. Letaklah iman dihadapan, insya Allah walau taufan yg datang, ia tidak akan dapat meleraikan pertalian yang tersimpul.
Bacalah naskah ini dengan mata hati. selamilah apa yang ingin disampaikan. Berfikirlah dengan akal yg bijak pasti anda semua akan temui mutiara yang tersembunyi...
sesungguhnya saya membaca naskah ini dengan deraian airmata walaupun terselit senyuman yang mengasyikkan.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Dear Melur Jelita,
You're a genius! Yes, you are! I am in total awe of your crafts and creativity. You created characters that come to life in these pages; characters that sometimes it slipped my mind that they aren't real. And when I realize they aren't real, it made me sad. Because I wanted them to be real. Because they felt real to me.
Much love, Me
PS: ROMEO AND JULIET HAS NOTHING OVER FIRMAN AND IRIS!
Bought the series in 2022, but due to bad reading experience for ILYS, only managed (read: forced myself) to read this in 2024.
And I still stand with my opinion - both ILYS and MPI.
• Info dump • Unnecessary fillers • Firman - hmmm.. mmmyeah • Iris - stubborn, unbearable. Not to mention, rude af. She’s got what you call, ‘main character syndrome’ 🙄
I now can really confirm that the author’s writing style is unfortunately not for readers like me. With this, I officially belong to the minority - the series is definitely a miss.
Gigihku habiskan bacaan ya. guess what hahah I quite enjoy reading this. Tak rasa sebal macam baca ILYS.
1) Sama macam ILYS, saya lagi tertarik baca tentang Kemboja. Sejarah & adat banyak dikongsi. Tapi tak sebanyak yang dikongsi dalam ILYS. Baca MPI ni awal-awal tu macam baca diari bahagia Firman & Iris, apa yang Firman & Iris buat harini. Saya agak tertanya mana konfliknya ehh dah separuh buku kubaca 😌.
2) Saya boleh teruskan bacaan tanpa skimmed sebab ya tiada lagi perangai Iris belagak diva meletops yang mintak penampar. Saya suka Iris dalam ni, ada adab mulut pun dah pandai kawal bila bercakap. Cuma adalah sedikit kedivaan tapi boleh ditoleratekan lagi.
3) Firman hmmm, okaylah saya rasa saya dah boleh faham sikit kenapa Firman menjadi igauan & hero pujaan ramai. Okaylah for me, Firman yang sentiasa bersabar, bermulut manis, romantic, kadang2 bersikap keanak-anakan & manja tetapi matang dalam menghadapi musibah pasang surut berumah tangga (tapi sorry Nur Muhammad Irvan sentiasa dihati, carta paling tinggi).
4) Saya sangat suka bila ada scenes mai tuan bercakap dengan Firman & Iris. Rasa macam lembutnya lahai cara mai tuan bagi nasihat & semangat.
5) Cerita ni nak kata pain & sedih sangat tu ermm bagi sayalah kan tak berapa nak sampai kehati. Benda yang sama terus berulang sampai saya lelah jugak nak baca. Cuma saya sukalah dengan topik yang diceritakan dalam ni. Dan macam baca panduan buku bercinta antara suami isteri, hubungan yang perlu dijaga antara ibu bapa mertua. Banyak juga diselitkan motivasi & kata-kata semangat supaya tidak berputus asa. Turut diselitkan tentang sihir yang boleh menghancurkan rumah tangga & bagaimana untuk merawat, inshaAllah.
6) Tapi dekat nak tamat tu saya agak pening dengan penamat yang macam tu. Dia macam ehhh?? Apa dah jadi sebenarnya? Saya tengah nak sedih tapi tak jadi sebab kenapa tiberr sangat macam tu, agak memeningkan tapi kutadahkan je laa baca sampai penamat.
Selesai membaca My Precious Iris (Mypi) saya termenung sendiri… buku dibelek berkali-kali. Ini karya Melur Jelita ke? Sungguh, perasaan baca MYpi sangat lain dari membaca novel sebelumnya. Kerana… novel penuh dengan romantic… menggetarkan jiwa. Haha… 24 kali fikir… benarkan ini? Sebab dulu Melur jelita ada mention yang dia tak reti tulis yang romantic… dia geli… ekekeke… btw Mypi mmg mnggetarkan jiwa saya….. dengan Firman Ebrahim. Permulaan yang okey… saya terhibur… dan saya tak menjangka yang Firman akan memakai jubah semasa mereka diijabkabulkan. Terkejut saya. Ingat pak Arab mana la… Firman punya gatal tahap tak dapat diselamatkan. Sampaikan panjat rumah, kerana terlalu ingin berjumpa Iris. Dan selapas itu mula la adegan romantic. Kikikiki… Kahwin di taman, siap pedang bagai… Iris siap dicempung sebab kasut tinggi yang asyik mencucuk tanah. Honeymoon di Sungai Lui… unik. Haha… Bab 40 pertama yang best dan penuh dengan romantic… lepas tu. mulalah scene yang saya sedih… banyak yang terjadi.. Izhar muncul, buat guna-guna pada Iris sampai benci Firman. Haris… yang sukakan Iris… iris sanggup menipu Firman disebabkan kebenciannya. Dan ketika itu Iris pregnant, orang cakap pembawakan budak, namun Firman kan unik… dia boleh tau ada smthing wrong dengan iris. Izhar cuba bunuh Iris, melemaskan Iris dan hantuk kepala sehingga menyebabkan Iris buta. Firman pula tidak berjaya lagi menangkap Izhar. Stop setakat tu… ada lagi yang jadi...Izhar datang lagi selepas itu… habis polis yang berjaga dikelarnya. Dan masa tu iris sendirian, buta. Bergelut jugak la… bila firman sampai.. firman kena tembak… dan satu tembakan iris yang buat… ohh, nervous masa scene ni.. Iris melahirkan putera dan Firman koma… dan lepas tu… saya stop… hehe. But… happy ending.
Bought the series in 2022, but due to bad reading experience for ILYS, only managed (read: forced myself) to read this in 2024.
And I still stand with my opinion - both ILYS and MPI.
• Info dump • Unnecessary fillers • Firman - hmmm.. mmmyeah • Iris - stubborn, unbearable. Not to mention, rude af. She’s got what you call, ‘main character syndrome’ 🙄
I now can really confirm that the author’s writing style is unfortunately not for readers like me. With this, I officially belong to the minority - the series is definitely a miss.
Kesinambungan kisah Iris dan Firman,kisah yang sangat dinanti-nantikan permulaan yang sangat lancar dari babak ke babak unsur suspen yang sangat menjadi sehinggakan kita tidak dapat menjangka apa seterusnya tapi yang pasti membuat kita terus dan terus membaca,ada gelak ketawa,marah benci hilang punca,tapi yang pasti ada unsur-unsur dakwah dan terasa diri-sendiri sangat kerdil dan terasa seperti di"smash" oleh penulis.
[Review terdapat spoiler. I repeat. Major spoiler. Hahaha.]
Sebelum tu, let me take a deep breathe first, *inhales*, *exhales*. Finally, dapat jugak aku habiskan buku kedua Kak MJ. Alhamdulillah. Even busy beraya, menghabiskan sisa cuti mid-semester, dan busy berprogram di universiti. Sempat jugak tu. Hehehe.
MasyaAllah, itu saja yang boleh aku ungkapkan lepas habis Mypi. Buku ni, aku baca dalam bentuk e-book, dapat jugak aku habiskan. Tak amik masa berbulan pun untuk habiskan, hanya beberapa hari/minggu agaknya. Agak lelah nak habiskan sebab tebal. Tapi worth the read.
Aku mahu sujud syukur sebab aku tergerak hati untuk baca karya Melur Jelita yang ni. My personal view untuk yang baca Ilys dan Mypi: anda orang terpilih. Sebab karya Kak MJ ni bukan setakat novel biasa, ia penuh dengan nasihat, ada elemen dakwah, sirah Nabi dan juga para sahabat, not forgetting about kasih sayang, sacrifice, berserah diri pada Allah dan menyerahkan segalanya kepada-Nya.
Jujur aku cakap, untuk bacaan Mypi kali ni, banyak betul aku terasa, tersentuh, tersentak dan segala macam ter-lah! Jangan cakap berapa banyak kali aku menangis kali ni. Hebatnya dua insan dalam Mypi ni, Iris Nur dan Firman Ebrahim. Their love is so strong, even fictional sekali pun, boleh rasa macam mana diorang appreaciate each other.
Di permulaan bab, sangatlah sweet. Tersangat sweet sampai aku dah mula fikir pelik dah 'eh ni, kalau sweet sangat, jangan tetiba ada yang menangis akhir nanti, tak sanggup aku'. Sekali betul jadi!
Aku nak try listkan beberapa benda yang buat aku terkesan dalam novel ni and I love MJ so much for adding all these scene in her book!
💫 Remember bila Iris tetiba terasa jijik dengan Firman all of a sudden? Bila dekat dia benci, bila jauh dia rindu. Aku dah mula syak mungkin ada isu sihir-menyihir sini. Aku suka sangat bila MJ masukkan isu sihir ni dalam novel, because it really happens in real life! Pasangan yang bahagia dan ada orang dengki dengan kebahagiaan/orang tersebut. Sangat lama scene ni sampaikan aku rasa kesian sangat dengan Firman, dia sanggup and terpaksa hadap saja segala makian dan cacian dari isteri tercinta, Iris bunganya. Berapa kali meleleh air mata aku baca.
💫 Ada satu situasi bila Iris dah mula dengan perangai nakalnya, call office Firman cuba try goda dia (well you know her game). Knowing Firman yang workaholic dan sangat komited berkerja, tak recognise her wife's voice, terpanggil Iris 'perempuan jalang untuk jangan ganggu dia berkerja'. Terasa Iris tu sampai bila Firman balik dari kerja, Iris akan ungkit-ungkit semula perkataan 'jalang' tu. Memang panas betul adegan tu, panas-maksud aku you can feel the rage and uncomfortable-ness ketika itu, hoping that Iris will stop before bad things happen. She's spouting hurtful remarks to Firman that it worries me as a reader. But Firman buat apa? Dia tarik Iris ke bilik air dan basahkan diri mereka. Bak kata Firman, 'marah itu ibarat api, untuk sejukkan api kita redakan dia dengan air'. Aduh, tabahlah duhai hati.
Aku punya terkesan sampai aku terfikir apa benda aku buat sepanjang minggu-minggu aku. It makes me having a lot of self-reflection on myself. Buat aku sendiri beringat jugak, kalau marah, ambil lah wudhu' untuk kurangkan marah tu. Setiap apa yang diperkatakan oleh watak-watak dalam Mypi ni sangat bagi kesan dekat aku. Sekarang pun, aku mahu menangis teringat balik semua yang jadi.
💫 Kita dedahkan lagi dengan Iris mengandung dan tiba-tiba disahkan oleh Doktor Aidan yang dia buta sementara sebabkan hentakan kuat dibahagian kepala yang hampir dekat dengan mata. Iris koma beberapa hari/minggu rasanya. AllahuAkbar. Resah tengok Firman, kesian tengok Iris yang bertubi-tubi dugaan dia lalui sepanjang dia berkahwin. Rasanya waktu dia dekat Kemboja dulu tidaklah seteruk ni. Macam mana Firman kena lalui fasa Iris decided untuk membisu sebab tidak boleh terima kenyataan. Firman. Firmannnnn. Sanggup pasang niat untuk dermakan matanya untuk pulihkan Iris. Walaupun Doktor Aidan kata its illegal and stupid and too risky. Its too sad that i'm not going to write everything here.
But all i can say is that, Firman Ebrahim, MasyaAllah, wujudkah seorang lelaki seperti dia? Sangat lemah lembut dengan Iris Nur. Penuh dengan sabar dan hormat. Walaupun ada jugaklah nakal, pedas, seksi dia tu. Tapi kita boleh nampak, betapa sayangnya dia dekat Iris dari Ilys lagi. Who would ever thought Firman yang ego tinggi setinggi mount everest boleh ada perasaan dekat seorang da divaz Iris ni. Selalu sangat bagi nasihat, berkongsi cerita dengan Iris....dalam masa yang sama rasa macam Firman pun share story dengan kita semua (as reader, yes).
Firman, oh Firman Ebrahim. He fell hard for her that I feel so bad for him (in a good way 😭). He's way too loving that it hurts me. HE'S KILLING MY POOR SOUL 😭 Aku tak lupa Iris jugak, dalam Ilys, we can see how wild this girl was, tersangat wild and da divaz sampaikan Firman selalu jugak kenakan dia balik 😂 tapi Iris jadi sangat soft selepas berkahwin, dia cepat terasa dan tersentuh, it makes me think how marriage and your love for your spouse could actually change your life. I meant- for the better.
Kehadiran seseorang dalam hidup kita, sama ada dia akan mengubah kita ataupun kita yang memberi perubahan terhadap diri dia. I always pegang this phrase. And I would love to apply this on Iris x Firman relationship. How pure! How lovely!
Ha! Sebelum aku terlupa. Aku ada isu sikit nak ketengahkan. Kak MJ, what's with your almost ending? Hampir bagi saya heart-attack tau 😭 basah bantal sebab menangis, hidung tersumbat sebab sedih sangat dengan apa Kak MJ buat pada Firman dan Iris. Dalam beberapa bab jugaklah sebelum bab terakhir tu aku dah assume kita dah kehilangan Firman. Lepas tu, boleh pulak akhir-akhir tu diorang berdua pergi buat adegan semacam bollywood and sweet dekat tepi jalan. Recreate balik scene waktu first mereka berjumpa lah tu. Lahai dua ketul ni. Risau betul tengok 😭
Tetiba eh, apa ni? Siapakah jejaka ASP yang cari pasal dengan Inspektor Iris ni? Eh, Iris bekerja dengan PDRM ke? Dia ganti Firman ke sepanjang dia cuti sakit? Kenapa tak inform pun dalam bab sebelum tu yang Firman berehat dirumah. Lahhhh MJ buat plot twist rupanya! Scam! Hahahaha. Kenapa kena buat dia macam seolah dia takde? Ke aku ni lembab sangat sampai tak dapat tangkap line dalam buku ni? 😂 Aku bagaikan terasa kena scam, menangis teruk tetapi sebenarnya takde apa pun.
By the way, aku nak bagi warning jugaklah, buku ni banyak main emosi. Dia tak sekelakar macam Ilys. Isu yang diketengahkan dalam Mypi agak sensitif, its marital issue banyak, ada jugak isu yang berlaku dalam masyarakat Melayu like i said isu sihir tadi, its about maruah, kasih sayang antara suami isteri, anak kepada ibu bapa, limitasi dengan orang lain, and paling penting RESPECT. Ramai orang amik endah berkenaan hormat, aku salute betul dengan Kak MJ sebab tak lupa untuk insert element ni. Terima kasih.
Kalau boleh bagi rating lebih dari 5 untuk buku ni, aku kasi 100 star kot. Susah nak jumpa buku yang tebal macam ni tapi sarat dengan pelbagai benda. Nasihat dan pendedahan berkaitan agama itu penting. For those yang baca review saya yang tak seberapa ni, kalau ada terjumpa buku yang seakan MJ (penuh nasihat and semua), boleh rekomen pada saya? I would love to check them all. Walaupun dah banyak dah ni buku dekat rak, sempat tak sempat je baca 😂
Last but not least, selamat tinggal dunia Ilys dan Mypi. Selamat tinggal Iris Nur, Firman Ebrahim, dan putera mereka. Aku akan baca balik buku ni jika rindu itu meluap datang. But first, let me heal my wound first. Menulis review pun dengan mata berair. Huhuhu.
❝My precious. Cinta. Bunga Irisku.❞ ❝Sayang abang?❞ ❝Sayang abang pedas-pedas!❞
Novel yang mengajar pembaca tentang agama, percintaan antara Firman dan Iris, hormati dan tanggungjawab sebagai menantu, tabah menghadapi dugaan ... The person that i most respect is Aidan, walaupun Iris tak pernah sayangkan dia, dia tetap sayangkan Iris sebagai kawan. It's like dia sanggup buat apa-apa sahaja demi mahu melihat kebahagiaan Iris. Firman, watak yang saya kagumi iaitu mendidik Iris ke jalan yang benar, cintanya yang sangat ikhlas dan mendalam sekali sampai sanggup korbankan nyawanya demi kerjayanya(seorang polis) tdan isterinya, bertabah dengan sikap degil dan derhaka seorang isteri terhadap suami dan lain lain. Tapi part last tu, buat saya suspen pulak ingatkan Firman sudah jadi arwah selepas menyelamatkan Iris ngan anaknya daripada perbuatan kejam si Izhar. Ending dia seriously sweet ... Tak menyesal larh beli novel ni.
kesinambungan cerita kegemaran sy, I LOVE YOU STUPID! menceritakan tentang lovey dovey antara hero kesayangan saya(firman) dan heroin kesayangan saya (iris).
disebabkan sy belum kahwin, sy tak berapa nk feel kalau part2 kahwin ni. tp so far, sy yg bujang ni tetap merasa kemanisan dan keromantikan cerita ni. Sampai terfikir dan terdetik dalam hati. AKU NAK KAHWIN CEPAT-CEPAT! Muahahaha!
kisah rumah tangga pasangan yg meletops ni... sgt membuai perasaan. penuh rasa dan pelbagai perasaan bermain di hati sewaktu membaca novel ni. part kelakar, memang gelak sampai nak terkeluar isi perut. ketawa sorang-sorang tak ingat dunia.
part romantik rasa macam nak cair macam aiskrim. memang umph!!! terbaik! muehehe
sampai part sedihhhh. air mata dan air hidung semua silih berganti meleleh di muka. serius sedih. dugaan yg sangat berat yg ditanggung oleh hero&heroin membuatkan sy turut terkena tempiasnya. maksud sy, sy pn boleh rasa mcm mana pasangan ini rasa. sampai menangis sambil baca buku. sblum ni sy tak pernah menangis ketika baca novel tp karya kak MJ berjaya buat sy menangis! AMAZING! TAHNIAH MJ!
menelusuri kehidupan penuh dugaan oleh pasangan ini buat sy berfikir ; kalau aku yg diuji dgn dugaan ini, mampukah aku menempuhnya?
seriously! sgt menyentuh jiwa. MALAH membuatkan kita terasa sangat dekat denganNYA. MasyaALLAH... kak MJ betul-betul buat sy menginsafi diri. membuatkan sy rasa bersyukur dgn apa yg sy ada dan kecapi hingga sekarang. membuatkan sy rasa... hargailah org yg menyanyangi kita. kasih syg tak boleh dibeli tp ia perlu dicari dan dihargai...
ending dia... sgt lain dr yg lain! nak tahu? Sila beli dan baca sendiri! ;)
total :
jalan cerita : 4.5 star gaya penulisan : 5 star conflict : 4.5 star moral value : 5 star all : cukup rasa. cukup rempah. membuai perasaan. BERJAYA buat saya berfikir. TAHNIAH MELUR JELITA. I'M WAITING FOR YOUR NEXT MASTERPIECE!
1. Storyline ILUS sangat dragging and same goes to MPI. Kalau dalam ILUS aku stress dengan relationship Iris dan Firman yang dari awal sampai akhir asyik bergaduh, dalam MPI aku stress dengan perangai Iris bila dah kahwin dengan Firman.
2. The only thing that I like about this series, apa yang penulis ceritakan tentang Kemboja. Itu yang buatkan aku baca jugak sampai habis. For the sake of knowledge.
3. MPI ni lebih kepada kisah suka dan duka Iris dan Firman di alam perkahwinan. Dari awal sampai akhir banyak dialog2 sweet dan romantik. Kalau dalam ILUS asyik dialog perdebatan diorang je.
4. Dekat2 nak ending baru ada konflik berat. One thing yang aku suka, Iris alone fight for her life. Firman dah down awal2 lagi. There's no knight on shining armour in this story.
yeay! akhirnya saya berjaya menamatkan Mypi. maaf, saya tak dpt memberi 5 bintang. bukan karyanya tak meletop. SANGAT meletop, lagi2 novel ASST. saya juga sangat menyayangi novel Mypi ni. in love with Firman. how i wish satu hari nanti dapat lelaki macam Firmam. hehe. tapi, ada satu persoalan yang belayar di fikiran.
kenapa kak MJ tak cerita pasal Firman sepanjang berbulan-bulan dia tiada..saya buat andaian, dia koma..okey.. lagi satu, waktu kat kubur..Iris tengok dr jauh shj..pengebumian siapa? saya buat andaian majlis pengebumian detektif yang jaga Iris..di situ saya tak jelas dengan apa yg telah terjadi..harap maaf..
tapi..buku Mypi sangat bermakna buat saya..macam2 yang saya dapat rasa..kesedihan..kebahagiaan..kengerian..Putera Firman yang sangat comel bagi saya...hihi..
I fall in love with Insp.Ebrahim aka Abang Pedas aka Firman..Aku terbawa2 dgn perasaan Nur Firman Iris aka Iris. Karya MJ tidak pernah mengecewakan. Kisah cinta yg sentiasa dicurah dgn kasih sayang. Kisah2 Nabi yg dijadikan panduan. Hadith2 yg dijadikan rujukan dalam alam rumahtangga....kisah dunia yg penuh hasad dengki yg menjadi kan manusia bkn lagi manusia.....kisah Perikemanusian yg mengalirkan airmata dan terkesan dihati....kisah kekhilafan yg tercalit murka. Kisah tolak ansur yg saling luka melukai...ahhhh terlalu banyak ilmu dn kisah teladan yg dicurahkan dalam karya ini. alhamdulilah Allah s.w.t Menganugerahkan bakat kepada MJ. alhamdulilah.
Kesinambungan kisah di antara Iris dan Firman. Karya yang perlu dikhatam bagi setiap pencinta novel. Walaupun Kak MJ telah meninggalkan kita, hasil penulisan beliau tetap hidup. Penuh dgn pengajaran dan hikmah. Al Fatihah untuk arwah.
awesome! so very well-wrote. ini novel berkualiti *my personal opinion. kisah dia, sambungan antara kisah Firman dengan Iris dalam I love You Stupid! kalau tak baca lagi, sila baca ILUS dulu. saya betul-betul maksudkannya! novel ni memang kelakar tak hengat, sedih sampai teresak-esak menangis. cukup perencah. okey, saya review novel ni, sekarang!
FIRMAN. dia lelaki yang terlalu diam-diam ubi berisi. apa aje yang dia buat kat iris, mesti ada benda. betapa romantiknya sikap dia tapi masih menjaga batas pergaulan. dia menghormati ayah Iris yang bukan main garang lagi di awal cerita. bukan setakat ayah, mak nenek datuk orang, memang dia respect. teringat satu scene, dia berjalan kat belakang orang tua yang nak meniti jambatan... dia tak melintas sebab dia hormat orang tua tu walaupun orang tua tu tak beragama islam.
kisah dia dekat Kelantan pun boleh tahan jugak buat orang gelak tak hengat! kelakar + comel dia dengan Iris.
Banyak dugaan diorang lalui. Iris berubah sikap, jadi biadap. berlagak. sundal sikit.. errr.. Firman kena berhadapan dengan bermacam dugaan. precious dia dah suka melawan, curang! berani ikut jantan lain. iris menyakitkan hati sangat-sangat. tapi firman tetap tabah... terharu bila baca betapa sabarnya hati seorang firman... kalau aku, memang tinggal trus! dia kan kacak?! tentu-tentu ramai yang nak... kihkih. iris tak nak, dekna lee nak!
okey, back to the topic, iris pun kesian bila dia kena pukul tu. sampai trauma. jadi buta. tak nak cakap dengan firman langsung. siapa yang pukul? firman ke? atau orang lain? itu kena baca sendiri. ;) yang pasti, novel ni bakal mendekatkan diri kita dengan Nya. ;) i wish there were more stars i this goodreads. 100 stars!
kita hidup umpama kapal layar di lautan..dipukul badai ombak namun terus berlayar dan tiba masanya kita akan tenggelam..Bukan senang Iris dan Firman Ebrahim melayar bahtera.Kehadiran pemecah masuk di rumah mereka menyababkan Iris buta sementara..Sedih,kecewa,marah..semestinya Iris rasa..tapi ada hikmahnya..dia sedar meski tiada sesiapa lgi di dunia ini dia masih ada Tuhan..Ya..Dia selalu ada.. Kisah tentang kehidupan,cinta dan dendam..menarik
Mula membaca saya kagum...kemudian saya geram...seterusnya saya hayut dalam cinta Firman & Iris....yg paling tragis perkataan T A M A T...saya tak bole terima....thanks kak Melur Jelita you're the best author ever !
Apa yang boleh diceritakan ttg novel ni, antara hasil karya terbaik penulis melur jelita.Novel ni adalah hasil kesinambungan dari novel pertama beliau ILUS, tak terlalu keterlaluan untuk saya kata kan beliau mampu membuat pembaca jatuh cinta pada watak dan jalan cerita yang dihasilkan. Pertama kali baca ILUS, sudah cukup buat hati ingin menghabiskan nya secepat mungkin,dan MYPI , memang membuat saya jatuh cinta lagi,kesinambungan yang baik, tapi tak lupa sifat kekeluargaan dan menghormati setiap insan dan setiap ciptaan ALLAH.Cinta yang wujud antara firman dan iris bukanlah cinta nafsu tapi hadir cinta antara mereka kerana itulah jodoh yang ALLAH tetapkan untuk mereka. konflik? rasa setiap novel pasti ada konflik, bab demi bab saya baca, adakala saya rasa seperti berlegar kedalam cerita ni..kewujudan insan ketiga itu adalah biasa, tapi bila benda halus diwujudkan kedalam cerita ni, ianya menampakan kelainan dan keterujan untuk membacanya. kesabaran firman melayan kerenah iris, tapi disaat bahagia mendatang dugaan datang lagi...yang pasti untuk keseluruhan cerita ni memang mengundang bermacam perasaan. one think i should say, saya menangis bila membaca disaat khabar yang disampaikan kepada iris..dan kehadiran citan kasih mereka membuat semuanya begitu sempurna...apapun tahniah untuk penulis MELUR JELITA atas karya yang begitu baik sekali.
Agak lama buku nie di peram sebelum akhirnya di baca. Rasanya, buku nie dibeli pada tahun 2013 lagi. Disebabkan kekangan waktu, ia tersadai dan akhirnya, dibaca juga!!
Tak seperti ILUS, MPI jauh lebih baik. Lancar je masa membaca. Tak seperti ketika membaca karya cinta bergula penulis lain. Rasa dibuat2 dan kdg keterlaluan. Memang ada part manis bergula 2 ada, dan sgt byk, tapi secara jujurnya bahasa yang indah membuatkan ia rasa natural. Seolah2 Iris dan Firman itu hidup bukan sekadar watak.
Cara MJ suntikkan pesanan dan nasihat amat saya kagumi. Sedikit sebanyak saya terkesan dan ini membuatkan saya bagi 5 bintang. A very good read. Di samping pembaca boleh ambil pengajaran bagaimana cara untuk bercinta dgn suami sendri. Suami sendri yea,bukan suami org. Plss!!
Huarghhhhh.. Actually,this is not a love novel(like..you love me,i love you..muah3..)not...Ya,sbb percintaan ni byk...Bkn special couple tu semata....mmg best...dn nvel kak mj yg ni paling sedih...Dan novel ni jugek buat mata haku bengkak dan novel ni jugalah yg buat aku meraung buat kali yg prtama bila baca novel dan rasa nk cmpak ke dinding!Seriously,aku tak sangka laa plk smpai mcm tu skali aku menangis..Teruk bebenor daa gayanya..Sampai abah aku ketuk pintu tanya aku knapa nangis mlm2 buta.Dgr laa kut aku meraung tu
Her writing style was so easy to get into and I always find it hard to put her books down. The story flowed well. It has a storyline that isn't like the normal one's I've read in this genre. Thumbs up!