Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penutup perdebatan Islam alaf kedua di dunia Melayu

Rate this book
Polemic on interpretation and translation of Koran.

132 pages, Unknown Binding

First published January 1, 1999

Loading...
Loading...

About the author

Mohd. Shaghir Abdullah

4 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (80%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
2 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 11 books285 followers
March 12, 2015
Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu (PPIAKDDM) karya Wan Mohd Shaghir Abdullah ini ditulis sebagai jawapan kepada buku Tasauf Falsafi dan Wahdatul Wujud Menurut Islam (TFWWMI) yang bukan hanya memperbesar-besarkan perkara khilafiah, bahkan menyentuh ulama besar alam Melayu, iaitu Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani serta mengecam aliran Al-Asya'irah yang diiktiraf sebagai tunjang kepada faham Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

PPIAKDDM menyorot pada asas ASWAJA - pengistilahan yang tidak boleh dipisahkan daripada dua ulama agung, iaitu Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Abu Manshur al-Maturidi yang turut memperkukuhkan akidah umat Melayu di alam Melayu, tetapi kemudian kerumitan yang tidak perlu ditimbulkan oleh kelompok yang membawa faham yang datang ratusan tahun kemudiannya, iaitu aliran pemikiran Muhammad bin Abdul Wahab, selain gerakan yang dihubungkan dengan Sheikh Muhammad Abduh serta anak muridnya, Saiyid Rasyid Ridha.

Disebabkan polemik yang dicetuskan oleh buku TFWWMI itu antara lain berpusat pada konsep Wahdatul Wujud, pengarang memberikan penjelasan tuntas terhadap salah-faham yang berlaku akibat mereka yang tidak memiliki latar ilmu dalam bidang tasawuf dan tariqat, cuba menjatuhkan hukuman secara terburu-buru dan jahil.

Pengarang menyenaraikan pembohongan yang dilontarkan oleh penulis TFWWMI itu yang turut memperlihatkan kekeliruan dalam memahami konsep penting dalam tasawuf sehingga terjebak ke dalam sikap menyamaratakan apa-apa saja yang zahirnya seolah-olah serupa.

Dalam konteks salafus-salih, iaitu istilah yang sering dijadikan label yang dipakai oleh kelompok aliran Wahabi itu, Wan Mohd Shaghir Abdullah turut memperbetulkan salah guna itu, sekali gus menegaskan takrif 'Salaf' tidak boleh seweneng-wenanngnya digunakan untuk dipakaikan kepada aliran yang brtentangan dengan jumhur ulama.

Isu maulid berzanji dan nur Muhammad turut disentuh oleh pengarang dengan merujuk kepada tradisi ilmu Islam yang benar termasuk ilmu hadis dan kefahaman terhadap disiplin ilmu berkenaan yang sebenar.

Bahagian kedua buku ini tidak kurang menariknya apabila memperkatakan keilmuan dan sumbangan besar Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang bukan saja meneruskan kesinambungan penulisan kitab fiqh di alam Melayu oleh ulama sebelumnya, bahkan menghasilkan kitab fiqh lengkap yang pertama di rantau ini, iaitu Hidayatul Muta'allim wa 'Umdatul Mu'allim pada tahun 1828. Kitab ini bertahan hampir 200 tahun kerana sehingga kini masih dibaca dan diajar - sekaligus menjadi senjata ampuh kepada pengarang PPIAKDDM untuk mencetuskan persoalan yang perlu dijawab oleh mereka yang cuba merendah-rendahkan kedudukan Sheikh Daud al-Fathani itu dengan membandingkan karya mereka yang memberikan kesan kepada pembaca dalam tempoh hampir dua abad.

Bahagian yang juga diambil daripada kertas kerja pengarang itu, turut membincangkan persoalan imam mujtahid, selain meluruskan konsep taklid dan talfiq yang digunakan sewenang-wenangnya oleh masyarakat pada masa kini bukan saja untuk amalan dan dakwah mereka, bahkan untuk merendah-rendahkan ulama terdahulu.

Persoalan bidaah turut disentuh oleh pengarang yang meskipun agak ringkas, ia dapat menjadi bekalan kepada pembaca dalam memahami makna bidaah yang sekali lagi disalah guna oleh sebahagian tokoh yang ada pada masa kini.

Buku PPIAKDDM ini sebenarnya sudah cukup sebagai asas awal yang dapat membina keyakinan kepada pembaca betapa Islam yang sampai ke alam ini dan kemudian tumbuh subur dan kukuh bukanlah berdasarkan ajaran dan amalan tradisi yang difahami oleh kelompok aliran Wahabi atau yang terpengaruh dengan simplistik pemikiran itu, sebaliknya dipimpin dan dihidupkan oleh ulama besar yang bukan saja diiktiraf dalam alam Melayu, bahkan tokoh seperti Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani pernah diberikan amanah oleh gurunya di Makkah dalam isu perselisihan pandangan antara Sheikh Muhammad Abduh dengan Sheikh Yusuf an-Nabhani di Mesir.

Pembacaan buku ini juga dapat menyedarkan pembaca tentang sikap mempertahankan Mazhab Shafie - bahkan memilih untuk mengikuti mazhab ini bukan saja dari kalangan orang awam, bahkan ulama besar di alam Melayu ini sebenarnya mengikuti jejak mulia ulama seperti Imam Bukhari dan Imam al-Ghazali yang tawaduk sehingga tidak mengisytiharkan keluar atau tidak berpegang kepada mana-mana mazhab fiqh walaupun mereka sendiri bertaraf mujtahid besar.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews56 followers
September 20, 2015
Buku ini menyanggah tulisan yang mendokong Faham Kaum Muda atau Wahabi yang menyentuh isu-isu seperti Nur Muammmad, amalan berzanji yang pernah ditulis dalam sebuah makalah. Penulis makalha tersebut tidak dinamakan menyebabkan pembaca yang tidak ernah membacanya menjadi tertanya-tanya. Buku ini penuh dengan sumber-sumber rujukan untuk memeprkuatkan hujah penulis. Ternyata penulis adalah pembaca hebat yang bukan sahaja membaca, menulis, juga mengumpul dan menyimpan naskhah-naskhah manuskrip dan kitab-kitab langka.

Membaca buku ini tidak kan membuatkan anda betul-betul faham akan topik perbincangan tetapi akan membuatkan anda rasa terpukau akan keluasan dunia ilmu dan terasa mahu mencarai kitab-kitab yang disebutkan. Sesungguhnya perdebatan dan perbincangan tentang perbezaan pendapat ini tidak kana berakhir sehingga ke akhir dunia. Amatlah malang jika manusia tidak belajar bersabar dalam berbeza, berlapang dada dan mengambil kebaikan dari perbezaan.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews