Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bila Tuhan Berbicara

Rate this book
Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan pula ekstremis agama. Sedangkan Mazlan, doktor perubatan yang masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda. Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dengan sebuah dunia baru yang diperintah wanita, Paduka Ratu.

Novel drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali ditemui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat mengesan jiwa. Dialog dan monolognya memberi cerminan kepada perangai, nilai dan falsafah kewujudan manusia.

Prosa segar Faisal Tehrani ini harus dimiliki!



Editor : Che Mazlan Saad
Pereka Grafik : Norfadilah Zakaria

Edisi Asal : Pertama kali diedar Mei 2007
-

374 pages, Paperback

First published May 1, 2007

13 people are currently reading
228 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
105 (29%)
4 stars
140 (38%)
3 stars
95 (26%)
2 stars
15 (4%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 17, 2015
07 Februari 2014

Sebuah karya pementasan drama yang dibawa dalam bentuk novel. Jadi, keseluruhan novel ni adalah dialog-dialog serta monolog dari para pelakunya.  

Bila Tuhan Berbicara membawakan kisah tiga lelaki yang berlainan karakter, bertemu semasa masing-masing mencari tempat pelindungan dari malapetaka yang bakal berlaku. Letusan gunung berapi di Toba yang mana kesannya seumpama kiamat telah menjelang tiba, seluruh kawasan berhampiran akan menerima akibatnya secara langsung atau tak langsung. Malah, kepulauan Nusantara mungkin akan bersatu semula menjadi satu dataran yang besar. Zaman ais mungkin akan kembali semula dan menenggelamkan segala kemodenan dan kemajuan yang ada pada hari ini.  

Masing-masing cuba mencari perlindungan di sebuah gua....ehhh...bunker. Sahlan, vulkanologis yang keliru dengan identitinya. Melarikan diri dari tugasnya memantau pergerakan gunung berapi kerana terlalu takut apabila memikirkan kesannya (seolah-olah kiamat telah tiba). Mazlan, seorang doktor yang gagal memimpin keluarganya, tidak tetap pendiriannya terhadap agama dan tidak begitu mengambil berat tentang keadaan sekeliling. Manakala Razlan pula seorang yang kuat beragama tetapi jalannya adalah agak ekstrim. Dia adalah 'Raja Bom' yang dikehendaki pihak berkuasa.  
Babak pertama banyak menyentuh tentang kejadian gunung berapi yang bakal terjadi. Apa kesannya. Diterangkan dengan panjang lebar oleh si vulkanologis Sahlan. Dan diselitkan dengan pandangan dari sudut agama oleh Razlan. Mazlan cuma menyampuk sekali-sekala, masih lagi dengan sikap skeptikalnya.  

Babak kedua juga lebih kepada kesinambungan babak pertama, sehinggalah ketiga-tiga watak penat bercerita dan mengambil keputusan untuk tidur.  

Babak ketiga, mereka dibangunkan semula dari tidur yang panjang. Keluar dari gua (ehh bunker!) untuk meninjau keadaan sekeliling tetapi alangkah terkejutnya mereka kerana keadaan sudah jauh berubah. Tiada lagi bangunan-bangunan pencakar langit yang gah, kemajuan duniawi yang dibanggakan selama ini, yang ada hanyalah udara segar dan hutan tebal, seolah-olah berada di dunia lain. Rupanya, gunung berapi tersebut memang benar-benar meletus dan kini tanah nusantara adalah satu dataran luas. Semua kemodenan yang pernah dikecapi telah hilang dan dunia mengambil masa ribuan tahun untuk pulih semula. Subhanallah...Sahlan, Mazlan dan Razlan rupanya telah ditidurkan lebih daripada sepuluh ribu tahun. Bangkitnya semula mereka adalah untuk mengajar semula manusia-manusia yang terselamat dari bencana tersebut, yang telah hilang semua pedoman.

Karya ini memang penuh dengan ilmu serta pengarang tidak lupa untuk turut berdakwah (seperti katanya dalam novel/ drama ini; ceramah agama tidak semestinya hanya di masjid, tetapi ketika menonton pementasan pun boleh juga berdakwah. Dalam ramai-ramai penonton yang hadir, akan terdapat mereka yang mahu mendengarnya). Diselitkan juga kritikan-kritikan dan sindiran terhadap isu semasa (karya ini mula ditulis pada tahun 2005).

Malapetaka dan bencana yang menimpa manusia adalah akibat dari perbuatan manusia itu sendiri yang terlalu rakus mengejar kemodenan duniawi sehingga mengabaikan perhubungan kita dengan Tuhan terutamanya dan juga alam ini yang sepatutnya dijaga. Bila Tuhan berbicara, bagaimanakah kita akan menghadapinya...
Profile Image for farahxreads.
715 reviews263 followers
February 9, 2016
4/5 stars

This is my first drama script novel and it really intrigues me. Bila Tuhan Berbicara has an interesting premise where three men were trapped in a cave as a series of quakes rattled Malaysia. They soon felt sleepy and they fell asleep. And how long did they sleep? They slept for THOUSANDS YEARS for God sake and when they finally woke up, they didn't realize how long they have slept and they were suprised to see that Malaysia has changed so much and their adventures began here...

This book is half educational (its Faisal Tehrani kot haha), many issues were discussed; the day of resurrection, terrorism, culture, various type of preachings, broken marriage, some medical stuffs on leprosy and sex reassignment.

I enjoyed this novel but some parts turned me off.
1) The characters have quite similar names - Sahlan, Razlan and Mazlan, its confuses and frustates me.
2) The characters have different backgrounds but somehow they have no unique characteristics or attributes.
3) The third part of the book seems rushed.

Nevertheless, its an interesting read. Recommended for those who are interested in thought provoking issues but still within Islamic boundaries.

P/S : Buku ini kurang elemen Syiah :p
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 31, 2015
Pertama kali aku membaca buku skrip drama. Selama ini tak pernah baca. Baca pun masa sekolah menengah ada dalam silibus Bahasa Malaysia, Komponen sastera.

Rasanya Dr. Muhaimin Sulam pernah berusaha untuk mementaskan teater berdasarkan novel drama ini. (Lihat: Muhaimin Sulam, Sajak-sajak Terlarang)

Aku terkejut kalau drama ini dapat dipentaskan. Sebab ada satu scene di mana pelakon berdialog atau monolog sehingga 5-10 muka surat, bahkan lebih!

Macam-macam ada dalam buku ni. Kelakar pun ada. Faisal Tehrani seperti 'berbicara' dengan pembaca. Dari hal letusan gunung berapi, politik, biologi, kejadian alam, teologi, sosiologi, dan macam-macam lagi.

Tidak berapa berat sebagaimana yang diberitahu pada sinopsis. Dan FT seperti biasa tidak lari dari novel wacana. Wacana kali ini pelbagai, tetapi masih dalam kerangka Islam.

Permulaan membaca, terasa bagai hari hampir kiamat. Takut. Gementar dengan fakta-fakta yang diajukan oleh FT. Dan diselangi oleh humors dimana pelakon berbual dengan pembaca & penonton. Sehinggakan ada watak pengarah di dalam novel ini.

Banyak perkara yang boleh dapat dari buku ini.
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
June 10, 2025
Tiga watak utama yang mengambil jalan cerita pementasan drama: doktor yang membunuh isteri, militan atau ekstremis dan vulkanologis yang pekerjaannya sentiasa berdamping dengan lava gunung berapi.

Dialog-dialog yang dituturkan antara watak merapu-meraban dan tiada hala tuju. Sesak juga membacanya.

Cuma yang menarik adalah pada bahagian dialog panjang beberapa watak—wujudnya sesi khutbah. Watak-watak ini berkhutbah kepada pembaca dan audiens berkenaan beberapa perkara seperti teater fitrah yang digagaskan oleh SN Nordin Hassan dan pemikiran ekstrimis. Sedikit-sebanyak memberi fakta baharu kepada saya.

Barangkali novel ini boleh dijadikan pementasan drama. Mungkin nampak lebih 'hidup' dan bermakna, harapnya.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
January 7, 2018
Bila Tuhan Berbicara. Faisal Tehrani. Ameenbooks. 2007.

1) Aku memilih buku ini sebagai buku pertama untuk cabaran membaca 2018 ( 2018 reading challenge ). Buku yang aku pinjam daripada Perpustakaan USIM.

2) Buku ini merupakan sebuah novel drama. Gabungan antara novel dan drama. Nak tahu macam mana? Kau kena baca sendiri.

3) Buku ini mengandungi 3 babak dan setebal 374 mukasurat.

4) Bila Tuhan Berbicara ini menghimpunkan 3 orang watak utama yang berbeza latarbelakang, ideologi serta pengalaman hidup. Mereka adalah Sahlan, Razlan & Mazlan.

5) Sahlan, seorang vulkanologis ( pakar dalam hal ehwal gunug berapi ) . Mazlan ( doktor perubatan ). Razlan ( ustaz muda ).

6) Penulis menghimpunkan ketiga-tiga watak ini di dalam sebuah gua. Mereka berlindung di dalam gua untuk menyelamatkan diri daripada letusan gunung berapi.

7) Ketika berada di dalam gua itu, pelbagai perbalahan yang berlaku antara mereka bertiga. Masing-masing berhujah dengan pendapat sendiri.

8) Di dalam cerita ini, penulis membawa kita untuk melihat alam. Alam dunia kita ini berfungsi sebagai ayat Allah, menunjukkan destinasi menuju Tuhan. Lebih dekat seseorang dengan alam lebih dekatlah dia dengan Tuhan. Sebagai orang Islam hikmah yang ditemui di mana-mana wajar digunakan asalkan tidak menyalahi akidah dan syariat. Ini adalah ayat yang aku petik daripada buku ini.

9) Cerita Bila Tuhan Bebicara ini diinspirasikan daripada kisah Ashabul Kahfi. Mazlan, Sahlan & Razlan tertidur di dalam gua tersebut. Dan apabila terjaga, mereka berada di dalam satu zaman yang baharu. Di situ, mereka dikehendaki menyelesaikan satu permasalahan. Nak tahu masalah apa? Bacalah sendiri. Aku taknak bagitahu.

10) Ok itu sahaja yang aku nak tulis. Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#breatheNread
#alonalonjanjikelakon
#2018readingchallenge
[ SATU ]
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
May 11, 2017
Tak berapa minat sangat dengan drama. Baca untuk mengekstrak perbendaharaan kata yang kian tumpul dek kerana jarang membaca buku berbahasa Melayu lebih-lebih lagi karya sastera.

Apabila sudah menginjak ke alam universiti, lebih-lebih lagi di luar negara, akses untuk buku-buku Bahasa Melayu amatlah sukar ditemui. Jurusan yang berbeza juga sedikit sebanyak menjarakkan lagi keupayaan untuk menikmati keharmonian dan keindahan langgam bahasa.

Antara tema yang diangkat dalam drama tiga babak ini ialah tema penjagaan alam kerana ianya ditulis selepas peristiwa Tsunami yang melanda Acheh. Kisahnya dijelmakan dalam watak ala-ala kisah 'Ashabul Kahfi'. Tiga sekawan yang akhirnya terjaga daripada lena mereka yang bertahun-tahun.

Kritik ke atas drama dan pementasan semasa juga turut dilontarkan lantaran kurangnya penerapan nilai-nilai Islam. Perlu diingat, pelakon yang membawa watak Islamik tersebut juga perlu mempunyai peribadi Islami supaya mesejnya benar-benar menembusi jiwa penonton (bukannya hipokrit semata-mata) dan watak tersebut mampu dipersembahkan secara spontan serta tidak kekok.

Hampir 50 juga kosa kata baru atau penggunaan perkataan baru yang mampu dicatat. Antaranya kenohong (sakit kusta), lelucon (jenaka), kekar (kembang), bergalau (kacau), bercempera (bertempiaran), linglung (bingung), simbai (sopan), melangir keris (cuci menggunakan limau nipis) dan peterana (bangku pengantin).
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
March 11, 2010
"Hujung akal itu fikir, pangkal agama itu zikir" (Hamka).

Mengisahkan Sahlan vulkanologis, Razlan ustaz muda, dan Mazlan doktor perubatan berlindung di sebuah 'bunker' err... atau gua ketika di ambang bencana alam yang besar(gempa bumi dan gunung-gunung berapi besar yang bakal meletus)

Dengan tiga watak yang penuh warna-warni ini maka di sini bermulalah perbincangan yang sesekali humor, sesekali serius, sesekali ringan, sesekali berat dan sesekali terhimpun semuanya.
Masing-masing ada rahsia.

Sahlan saintis yang ingin jadi wanita dan hampir-hampir melakukan pembedahan menukar jantina tetapi akibat bencana besar yang mula melanda hasratnya tergendala. Razlan pula orang yang dikehendaki interpol serta dilabel teroris dan Raja Bom. Mazlan pula dalam keadaan 'keliru dan sesal' kerana tanpa sengaja membunuh isterinya yang solehah. 'Trademark' barangkali ada sahaja kisah cinta sebagai pemanis (Kisah Cinta Mazlan).

Itu babak yang pertama. Babak yang terakhir mereka bangun dari tidur di 'bunker' atau gua. Dunia sudah berubah, betul-betul berubah seolah-olah mereka sudah tertidur beribu tahun lamanya.

Membacanya memberi satu rasa yang lain dari novel biasa. Tetapi bukan sebab ia novel drama pertama yang pernah saya baca menyebabkan ia lain dari lain. Tetapi ide, gagasan, wacana falsafah, nasihat, peringatan dan ilmu bantu yang terkandung di dalam naskhah setebal 367 muka surat ini(tidak termasuk kulit).
Menarik dan mengesankan jiwa. Kisah kebangkitan semula, ashabul kahfi moden?

Selamat membaca =)

(www.makhluk-bernama-aku.blog.friendst...)

Zikir dan Fikir.
Profile Image for Ida Abdullah.
10 reviews5 followers
August 20, 2008
Awalnya, jalan cerita yang agak melerat. Ini yang membuat saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan. Tetapi setelah bab masuk Dunia Baru, kisah ini menjadi lebih seronok dan juga lucu.Bacaan juga semakin rancak. Banyak iktibar yang boleh kita fikirkan dengan lebih mendalam. Bolehkan Kisah Ashabul Khafi berulang kembali? Mungkin saja. Wallahualam!
Profile Image for Shaznie Mardhiah.
88 reviews
August 21, 2016
Malaysia asyik dgn drama gadis melayu kena paksa kawin anak dato, kawin dgn lelaki sombong lelaki sotong & mcm2 lelaki lagi. Skrip drama mcm karya FT ni lah y patutnya lebih byk lagi diterbitkan.
Profile Image for Ana Jannah.
27 reviews1 follower
October 13, 2012
kisah 3 orang sahabat yang ditidurkan lama sebelum bagun dan dunia baru datang
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
April 13, 2020
KARYA ini ada keunikan tersendiri. Pertama, ia sebagai novel drama. Kedua, ia sebagai novel serius yang penuh dengan wacana agama dan agak sarat dengan nilai dakwah dari segi sejarah, bahan, dan metodologi dakwah. Novel serius menurut Faisal, ada fungsi intelek dan fungsi estetik (lihat Tunas Cipta, April 2006). Ketiga, ia macam mendahului zaman, tegas membantah LGBT.

Tiga lelaki terperangkap dalam bunker akibat gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi. Mereka persis Ashabul-Kahfi yang tidur berabad-abad lamanya lalu bangkit dari tidur dalam suatu zaman yang cukup asing. Zaman baru itu diperintah oleh wanita, Paduka Ratu yang akhirnya terpaut dengan kebenaran dan keindahan Islam sebagaimana yang dibawa oleh Sahlan, Razlan, dan Mazlan.

Karya yang ada unsur intertekstualiti ini turut mengemukakan hipotesis-hipotesis menarik berbaur fantasi. Bagaimana kalau Nusantara dimusnahkan lalu dibangkitkan menjadi sebuah nusa, menafikan sempadan geografi dan politik masa kini? Bagaimana kalau Tuhan musnahkan Nusantara yang semakin penuh dengan maksiat, lalu menjadi wilayah baru yang penuh nilai keinsanan?

Sejarah dakwah di Nusantara cuba disorot oleh Faisal dalam beberapa halaman. Ada teori kedatangan Islam dari Tiongkok atau China dan ada juga teori kedatangan Islam dari Timur Tengah yang lazim diperkata oleh para sejarawan. Buku ini menyentuh kedatangan Islam di Nusantara kepada tiga peringkat zaman; 674, 878 (Islam bertapak di pelabuhan), dan 1204 (peluk Islam beramai-ramai setelah pemimpin memeluk Islam).

Bahan dakwah terlalu banyak. Cerita tentang gunung berapi dan penyakit sopak misalnya sungguh panjang lebar, malah sesiapa yang mahu menyiapkan tugasan mengenai mauduk-mauduk tersebut boleh saja sekadar jadikan novel ini sebagai bahan rujukan utama.

Bagi aktivis dakwah, tiada salahnya membumbui kebenaran dengan fakta-fakta sains. Semuanya dengan tujuan meningkatkan daya tarikan dan pesona agar mudah khalayak menerima mesej kebenaran, agar mudah manusia kembali fitrah lalu harmoni bersama fitrah alam yang selama ini muslim iaitu tunduk dan patuh kepada segala peraturan dan ketetapan Allah.

Fakta-fakta agama juga banyak. Sebagai contoh, Faisal secara sengaja membangkang amalan transeksualisme menerusi watak Sahlan yang berkongsi keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa kali keempat bertarikh 13 April 1982. Malah amalan meniru kelakuan jantina lain juga turut ditentang dengan sokongan beberapa hadis sahih di samping beberapa hujah logik yang lain.

Pengarang kelihatan menyokong aliran karya fitrah Sasterawan Negara Noordin Hassan. Menurut watak Pengarah, “Macam yang Cikgu Noordin tekankan dalam teater fitrah, hidup kita inikan terikat dengan perjanjian awal kita manusia sebagai hamba dengan Allah sebagai Pencipta, lama dahulu sebelum diutus ke bumi ini.”

Teater fitrah inilah yang saya maksudkan sebagai salah satu gagasan metodologi dakwah oleh Faisal. Selain itu adalah keseluruhan novel drama ini sendiri. Kalau merujuk kepada halaman 70, 71, dan 284, Faisal menyifatkan novel falsafah Islam ini jauh lebih baik daripada drama menceceh penuh absurd berakarkan surealisme tahun 70-an karya Dinsman, Johan Jaafar dan lain-lain (ya ampun).

Anda wajar mengeluh sewaktu membaca novel ini sebagaimana kata Mazlan, “Aduh pengarang, banyak betul wacana dalam drama ini. Siapa yang mahu menontonnya?”. Kalau anda penggiat teater, tentu lebih banyak mengeluh demi menyunting novel drama ini sebelum dipentaskan di khalayak. Novel ini memang agak berat sesuai sebagai sebuah novel falsafah.

Bagaimanapun, Faisal secara tersirat mahu memberitahu kepada khalayak karyawan dan seniman supaya serius menjadikan karya masing-masing sebagai medium dakwah. Faisal juga mahukan agar dakwah menjadi suatu tanggungjawab semua pihak lantaran dakwah bukan saja tugas ulama sebagaimana watak Sahlan yang menyanggah kata-kata Mazlan, “...dakwah buat di masjid sajalah. Kenapa nak buat di panggung?”

Susahkah karya hendak jadi karya dakwah, sampaikan risalah kebenaran? Jawapannya ada di halaman 138 dan 139 iaitu ‘penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan seniman muslim’. Penguasaan ilmu itu tentunya mesti dibarengi dengan kemahuan dan kehendak sebagaimana kita sendiri yang mahu atau tidak mahu mendengar bicara Tuhan.

(Ulasan buku ini pernah tersiar dalam Siasah)
Profile Image for aimi.
103 reviews5 followers
December 25, 2019
Pertama sekali, terima kasih kerana membuat kulit buku yang berwarna warni dan menarik seperti ini. Ia menarik perhatian anak saya berumur 4 tahun. Moga-moga satu hari nanti, anak akan memahami setiap inti pati dalam buku ni dan mengambil pengajaran di dalamnya.

Permulaan kisah agak perlahan. Kisah mula menarik apabila letupan berlaku dan Sahlan, Razlan dan Mazlan mula meyiasat apakah yang berlaku kepada mereka. Personaliti ketiga-tiga mereka yang berbeza antara satu sama lain menjadikan dialog kisah mereka penuh emosi dan hikmah. Seorang berbicara tentang kejadian letupan, seorang berbicara tentang agama dan seorang lagi, membantu dalam menyelesakan isu penyakit kenohong. Kehadiran Tuan Pengarah yang banyak menerangkan hala tuju drama sedikit sebanyak memberi informasi tentang peranan drama dalam memberi mesej positif dalam masyarakat. Bak kata Tuan Pengarah:

"Gagasan sastera Islam telah menjadi gejala dan melanda negara pada hujung tahun 70an, angin Islam turut mendapat tempat dalam genre drama dan pementasan teater." (m/s 57)

---------------

Antara dialog yang menarik bagi saya:

Razlan: "Bak kata ulama teragung Nusantara, Hamka- hujung akal itu fikir, pangkal agama itu zikir. Ini semua adalah bicara Tuhan kepada kita. Allah berbicara dengan manusia menerusi tiga cara. Pertama ayat maqruah atau ayat Alquran yang menampung dinullah atau syariat Alalh. Keduanya melalui ayat manzurah atau penciptaan diri dan kejadian alam yang mengandungi sunnatullah. Yang ketiga Allah itu berbicara dengan ayyamullah atau hari-hari Allah, dilihat sebagai law of nature, hukum sebab dan akibat yang telah menyebabkan manusia dengan kuasa fikir mengkajinya,..."(m/s 50 & 51)

Razlan: "Apa salahnya mendengar khutbah dalam pementasan atau menjadikan khutbah kandungan satu cerita? Ilmu bertenggek dalam khutbah, khutbah digalas oleh cerita, cerita menampung pengajaran dan hikmah" (m/s 54 &55)

Sahlan: "Aku ada akal yang mesti digunakan, aku ada fikiran yang mesti merenung meskipun aku ada naluri dan nafsu yang mahu buat apa sahaja tetapi aku bukan binatang, dan aku mesti terikat dengan sumber akidah" (m/s 193)

Razlan: "Tetapi kebebasan itu tidak boleh semberono. Kebebesan untuk tidak menghambakan diri sesama manusia dan menghambakan diri kepada nafsu atau menghambakan diri kepada benda" (m/s 291)

Oh ya, walau kadang kala saya tidak begitu berkenan dengan sikap 'gatal' Paduka Ratu, namun ada jua satu dua dialog beliau yang boleh diambil pengajaran.

"Sama ada agama itu yang perlu dihuraikan lagi sifat-sifatnya atau memang penganut agama itu yang tidak molek perangai dan tingkahnya hingga menyebabkan agama itu mendapat fitnah dan bau busuk" (m/s 270)

Secara keseluruhannya, walau novel ini bersifat novel-drama, namun setiap satu dialognya agak berat dan kadang kala perlu dibaca berulang kali untuk difahami konteksnya. Dari permulaan cerita berbicara tentang geografi gunung serta letupan, hari akhirat, sehinggalah berlaku letupan dan ilmu kenohong, setiap satu dialog adalah penting dan berkait antara satu sama lain.
Berat tapi masih ada humor terutama apabila mereka bertemu Paduka Ratu:)

*Buku dibeli di PBAKL 2019
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
January 11, 2025
Buku ini adalah ala-ala pementasan drama 3 babak yang melibatkan 3 orang lelaki bernama 'Lan'.

✅Sahlan - pakar gunung berapi (vulkanologi) yang pernah berhasrat hendak membuat pembedahan jantina.

Mazlan - seorang Doktor yang terbunuh isterinya semasa bertengkar akibat sikapnya yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

✅Razlan - ustaz atau adakah juga seorang pengganas?🤔

Mereka bertemu di dalam sebuah bunker apabila Kerajaan membunyikan amaran bencana mungkin berlaku di mana dunia Nusantara sedang dilanda musibah kemungkinan Danau Toba akan meledak.

Banyak isu berat yang dibincangkan seperti kiamat, sejarah bencana gunung berapi di dunia, filsuf, penyakit kusta, kisah Ashabul Kahfi dan pelbagai falsafah yang kadang-kadang buat den keliru.

Ketiga orang Lan ini saling berbalah mempertahankan fakta dan hujah masing-masing yang kadang-kadang membuatkan kita berfikir fakta yang mana sebenarnya perlu diikuti.
Ada perbualan mereka mengundang rasa geli hati.

Ada satu ayat paling lekat di hati den.
Kalau musibah yang berlaku akan membentuk Nusantara tentu Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Helmi dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) gembira.

Macam itu la lebih kurang ayatnya.
Ayat ini buat den sebak sebab perjuangan 3 orang tokoh ini untuk orang Melayu bukan calang-calang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
154 reviews1 follower
Read
November 9, 2023
If I could give minus rating, I would give a minus rating.

Sangat mengecewakan. Lebih mengecewakan lagi apabila kita mengetahui kemampuan Faisal untuk menghasilkan novel yang berkualiti seperti 1515.

Tambahan pula, ulangan jenaka pecah dinding keempat sama sekali tidak menjadi. Kupasan isu-isu kontemporari seperti jantina dari perspektif watak Sahlan juga sangat terhad. Seolah-olah isu transjantina hanya berpokok pangkal dari hedonisme. Bagaimanapun kritikan ini tidak adil bagi novel ini secara spesifiknya, kupasan isu kontemporari oleh faisal sememangnya sentiasa berpandangan terhad. Cumanya tanpa kualiti artistik seperti prosa yang mempesona, kecacatan ini tampak lebih cela.
230 reviews4 followers
May 14, 2008
Sebuah novel drama. Berbeza dengan karya-karyanya yang lain, buku ini tidak memberi kesan yang mendalam terhadapku. Terus terang aku sedikit bosan kerana karyanya agak meleret..... Idea-idea yang cuba dikupas memang baik tetapi kerana penyampaiannya lebih kepada bentuk ceramah dan tidak diselitkan dalam plot, ia sedikit membosankan meskipun penulis cuba memasukkan lawak jenaka ke dalam jalan cerita. Ku beri tiga bintang kerana idea-idea yang diketengahkan, lebih-lebih lagi tentang kemungkinan untuk membangunkan teater yang betul-betul Islami (bukan macam 'Ayat-ayat Cinta').
Profile Image for Zoul Yazix.
Author 5 books29 followers
May 5, 2012
Permulaan cerita agak lambat, jadi saya mengambil masa yang lama untuk menyambung pembacaan selepas berhenti akibat terlalu penat menunggu.

Tapi selepas letupan gunung berapi meletus dan ketiga ketiga watak utama berada di dalam gua (ops, bunker) saya tidak berani untuk berhenti membaca kerana perasaan seperti menonton sebuah teater itu sudah ada. Selingan kemasukan watak pengarah itu menarik, tetapi adakalanya meleret leret.

Apa pun, novel ini dipenuhi fakta yang diolah dengan begitu menarik. Idea yang biasa, tapi dipersembahkan dalam bentuk yang luarbiasa.
Profile Image for Basma Hashem.
48 reviews3 followers
February 21, 2015
bentuk penulisan baru yang jika dilihat dari susun atur dialog, seperti sesuatu yang santai dan ringan tetapi tetap sahaja sarat makna. saat membaca penerangan panjang volkanis memberi ilmu dunia baru yang bukanlah suatu bidang popular yang digilai ramai pelajar, justeru kerana jumlah manusia yang sedikit itu menjadikan mereka seorang yang amat menguasai ilmu berkaitan tanah dan alam semulajadi.
terdapat banyak keilmuan yang dipersembahkan didalam naskhah novel drama ini. pembacaan yang mengesankan.
Profile Image for SinudaMN.
40 reviews1 follower
June 2, 2011
akhirnya berjaya juga membaca satu hasil tulisan Faisal Tehrani, selain Kerana Manisnya Epal yang memang salah satu daripada Komponen Sastera di sekolah. Kisah yang diketengahkan menarik, mempunyai unsur islamik dan meninggalkan kesan jika difikirkan dengan mendalam. Bagaimanpun, pada saya, sedikit mengganggu apabila watak-watak kerap menyebut-nyebut tentang mereka dalam pementasan, entah apa perkataan yang sesuai. Mula-mula memang lucu, kemudiannya jadi menjengkelkan.
Profile Image for Nurul Nafi.
4 reviews5 followers
Currently reading
August 19, 2008
Im still reading this book. Eventhough Faisal said it is a light novel drama but it actually full of facts.Quite hard to understand some hidden meaning but it challenges me!
2 reviews
June 18, 2012
Sungguhpun berat isinya, tapi insyaAllah mampu dicerna. Makan masa seminggu nak habiskan novel drama ni, catchy at times. Owh, faisal tehrani yang tulis cerita Kerana Manisnya Epal tu.
Profile Image for Anwaruddin Tajuddin.
19 reviews98 followers
December 2, 2012


Latar tempat yang "disitu-situ" tapi pengisian cerita yang menarik! Buku pertama Faisal Tehrani yang saya baca. Seterusnya, Perempuan Nan Bercinta!
Profile Image for Cikgu Wana.
36 reviews4 followers
December 14, 2010
Agak berlainan daripada penulisan FT yang lain. Percubaan sebuah drama-novel yang hebat
1 review
Read
April 5, 2017
macam mana nak bli buku ni? cri kat kedai dah xda
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.